Ketokohan Imam Asim Al-Kufi Dan Sumbangannya. Mohd Nazir bin Kadir

dokumen-dokumen yang mirip
ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-4

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL- QURAN DAN AL-SUNNAH 2014 MINGGU KE-3

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Mengganti Puasa Yang Ditinggalkan

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-5

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Yang Diizinkan Tidak Berpuasa

ILMU QIRAAT MODUL 2. Diploma Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah 2013

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

BAB TIGA PENGENALAN IMAM WARSH. Warsh adalah seorang perawi qira: a:t al-qur a:n yang terkenal pada

Sunnah menurut bahasa berarti: Sunnah menurut istilah: Ahli Hadis: Ahli Fiqh:

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Keutamaan Akrab Dengan Al Qur an

Bacaan Khusus Riwayat Hafs Menurut Tariq al-shatibiyyah

Ilmu Qira at. Oleh: Eka Safitri Anasari (C ) Faisal Abdillah (C ) Jurusan Sastra Arab. Fakultas Sastra dan Seni Rupa

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Anjuran Mencari Malam Lailatul Qadar

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

TAHAJJUD (QIAMUL LAIL) & WITIRNYA. Oleh: Rasul bin Dahri

MUSHAF UTSMANI Sejarah Ringkas, Metode Penulisan dan Riwayat Hafsh

KOMPETENSI DASAR INDIKATOR:

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

BAB I PENDAHULUAN. sesuai dengan penciptaan manusia. Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Pengenalan 10 Imam Qiraat dan Perawi mereka

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

Hadis Sahih. Kamarul Azmi Jasmi

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Orang Yang Meninggal Namun Berhutang Puasa

MUZARA'AH dan MUSAQAH

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ ASWANZIE ABBYD BIN ZAINAL ABIDIN USTAZ MUHAMMAD ALI BIN JANAS MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

KUNCI MENGENAL ISLAM LEBIH DALAM

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

BAB I PENDAHULUAN. ajaran yang sangat sempurna dan memuat berbagai aspek-aspek kehidupan

BAB IV KONSEP SAKIT. A. Ayat-ayat al-qur`an. 1. QS. Al-Baqarah [2]:

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM 1 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 285

Ustadz Ahmas Faiz Asifuddin, MA. Publication: 1436 H_2014 M. Disalin dari Majalah al-sunnah, Edisi 08, Th.XVIII_1436/2014

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

Biografi Singkat Empat Iman Besar dalam Dunia Islam

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

Keutamaan Puasa Enam Hari dibulan Syawal

Interaksi dengan Al Qur'an

SULIT 1223/2 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 2 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

Mengabulkan DO A Hamba-Nya

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

CARA PRAKTIS UNTUK MENGHAFAL AL-QUR AN

Hak Cipta Terpelihara :

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk


Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia

Penakwilan ini sesuai dengan sejumlah riwayat yang ada dari Ibnu Abbas dan yang lainnya :

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

DOA dan DZIKIR. Publication in PDF : Sya'ban 1435 H_2015 M DOA DAN DZIKIR SEPUTAR PUASA

PENEMPELAN PHOTO PADA MUSHAF AL-QUR AN (KEMULIAAN AL-QUR AN)

JABATAN PELAJARAN TERENGGANU SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 PENDIDIKAN ISLAM

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD S.A.W. MATI DALAM KEADAAN KAFIR ATAU SEBALIKNYA

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

I. PENDAHULUAN A. LATAR BELAKANG

PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA DAN KEPERLUANNYA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

QIRA AT AL-QUR AN (Makna dan Latar Belakang Timbulnya Perbedaan Qira at)

BAB IV KUALITAS MUFASIR DAN PENAFSIRAN TABARRUJ. DALAM SURAT al-ahzab AYAT 33

BAB IV MUSNAD AL-SHĀFI Ī DALAM KATEGORISASI KITAB HADIS STANDAR. Ulama hadis dalam menentukan kitab-kitab hadis standar tidak membuat

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

Qasim bin Muhammad. Cucu Abu Bakar Ash-Shiddiq. Publication: 1435 H_2014 M. Oleh: Ustadz Abu Minhal, Lc

BAB IV ANALISIS HADIS SUGUHAN KELUARGA MAYAT. sanad. Adapun kritik sanadnya, antara lain sebagai berikut:

2. Tauhid dan Niat ]رواه مسلم[

BAB I PENDAHULUAN. Islam adalah agama yang dipeluk mayoritas masyarakat Indonesia.

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Cara Termudah Menghafal Al-Qur`an Al-Karim

Syarah Istighfar dan Taubat

LAMPIRAN B. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara dan saudari yang budiman,

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

Hadits Mu`allaq Dalam Shahih Al-Bukhari

Mengadu Domba Sesama Muslim. E-Artikel dari UstadzAris.com

Hadits Palsu Tentang Keutamaan Mencium Kening Ibu

PUSAT DOWNLOAD E-BOOK ISLAM. Copyright 1439 H/ 2018 M Untuk Umat Muslim

Oleh: Shahmuzir bin Nordzahir

Iman Kepada Kitab-Kitab Allah Syaikh Dr. Abdul Aziz bin Muhammad Alu Abdul Lathif

Berkompetisi mencintai Allah adalah terbuka untuk semua dan tidak terbatas kepada Nabi.

BAB IV ANALISIS KETENTUAN KHI PASAL 153 AYAT (5) TENTANG IDDAH BAGI PEREMPUAN YANG BERHENTI HAID KETIKA MENJALANI MASA IDDAH KARENA MENYUSUI

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM I

ULANGAN HARIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS XI

Qawaid Fiqhiyyah. Niat Lebih Utama Daripada Amalan. Publication : 1436 H_2015 M

PENGHARGAAN. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pengertian Istilah Hadis dan Fungsi Hadis

BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP PEMBERIAN WASIAT DENGAN KADAR LEBIH DARI 1/3 HARTA WARISAN KEPADA ANAK ANGKAT

BAB V ANALISIS. 1. Pendapat ulama yang Melarang Keluar Rumah dan Berhias Bagi Wanita Karier.

Wa ba'du: penetapan awal bulan Ramadhan adalah dengan melihat hilal menurut semua ulama, berdasarkan sabda Nabi r:

Hadits yang Sangat Lemah Tentang Larangan Berpuasa Ketika Safar

Transkripsi:

Ketokohan Imam Asim Al-Kufi Dan Sumbangannya Mohd Nazir bin Kadir Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) ABSTRAK Kota Kufah merupakan satu kota besar yang menyimpan pelbagai khazanah dan ketamadunan Islam. Maka tidak hairanlah mengapa ia terkenal dengan nama jolokan, kota seribu satu malam. Ketika zaman kegemilangannya telah banyak melahirkan tokoh-tokoh ilmuan yang tinggi ilmu pengetahuan dan falsafahnya, Imam Asim adalah di antaranya. Untuk tujuan tersebut, artikel ini ditulis bertujuan menganalisis ketokohan serta sumbangan imam qiraat ke-5, Imam Asim al-kufi. Kajian ini dilakukan berdasarkan metode kajian kepustakaan dengan meneliti dan menyaring maklumat dari sumber primer mahupun sekunder. Dari hasil saringan tersebut pengkaji membahagikan kepada empat (4) bahagian; latarbelakang Imam Asim, latabelakang keintelektualan, sorotan sosio masyarakat dan sumbangan beliau. Berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati bahawa Imam Asim merupakan seorang tabiin yang sangat tinggi keilmuannya, sangat masyhur tidak hanya di kota Kufah sahaja, berhubungkait sanab keturunan dengan baginda s.a.w. dan pakar dalam bidang qiraat. Kata kunci; Imam Asim, sanad, kota Kufah, qirā āt sab ah dan kota seribu malam. Pendahuluan Ilmu qiraat merupakan salah satu cabang ilmu al-quran yang amat penting selain dari bidang tafsir dan penterjemahan al-quran. Melalui disiplin ilmu qiraat, para sarjana dalam bidang ini telah membahaskan isu-isu utama seperti pembahagian jenis qiraat, tokoh-tokoh utama sama ada dari qirā āt sab ah (qiraat tujuh), thamāniyyah (qiraat lapan), asyarah (qiraat sepuluh) dan sebagainya. Termasuk juga perbahasan tentang kepelbagaian kaedah sebutan dan bacaan al- Quran. Berdasarkan kepada kepentingan mempelajari bidang ini, ilmu qiraat semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat Islam dari seluruh dunia, tidak terkecuali di Asia Tenggara khususnya di Malaysia. Oleh yang demikian bertitik tolak dari kesedaran tersebut, masyarakat mula mendengar dan mengenali jenis-jenis qiraat yang dibaca seperti riwayat Qālūn, Warsh, Khallāf, al-kisā i dan sebagainya termasuklah riwayat Hafs an Asim al-kūfi. Sejarah Perkembangan Ilmu Qiraat di Kufah Kufah merupakah salah satu kota Islam yang terbesar selain Mekah, Madinah dan Basrah. Kufah juga pernah menjadi satu mercu dalam ketamadunan yang unggul, khususnya dalam bidang ilmu pengetahuan. Disebut dalam Ensiklopedi Hukum Islam, Kufah merupakan kota bersejarah di 71

kawasan Iraq dan menjadi pusat pemerintahan pada zaman Ali bin Abi Talib (603-661H). Di samping itu ia merupakan daerah terbesar dalam penyebaran mazhab ahli ra yi (madrasah alra yi) iaitu golongan fikiran (Abdul Azis Dahlan, 1997) kerana ketika itu ilmu pengetahuan Islam terbahagi kepada dua dan yang satunya adalah mazhab ahli hadith (madrasah al-hadith). 1 Menurut Dr Zulkifli Mohammad (2008), selain alim dalam ilmu fiqh di Iraq, Imam Abu Hanifah (lahir 80H) merupakan ketua bagi mazhab ahli ra yi. Pada mulanya, Kufah merupakan sebuah tempat yang tidak berpenghuni, di tepi Sungai Furat berdekatan dengan kota Herot. Kemudiannya dibangunkan oleh tentera Muslim pada tahun 19H, iaitu dua tahun selepas mereka mendirikan kota Basrah. Sebenarnya Kufah adalah sebuah kota yang diwujudkan oleh bangsa arab ketika zaman Umar al-khattab (581-644H) dan seterusnya beliau menyusun dan menginstrukturkan agar ia dibangunkan sebagai sebuah kota baru dengan didirikan rumah-rumah kediaman dari batu, masjid dan kawasan pemerintahan secara kekal. Lanjutan dari pembangunan tersebut, Kufah menjadi pusat ilmu pengetahuan, politik dan pusat ketenteraan yang strategik (Abdul Azis Dahlan, 1997). Oleh kerana itulah memungkinkan kota penuh bersejarah tersebut menjadi pusat segala aktiviti sama ada pendidikan, politik, ekonomi dan sosialnya. Perkembangan qira at di Kufah mengikut hemat pengkaji bolehlah dikatakan telah bermula semasa era pemerintahan khalifah kedua, Umar ibn al-khattab r.a. (13-32H/634-644M). Selain peluasan penaklukan kota-kota baru, seiring itu beliau telah menghantar beberapa tokoh qira at antaranya Ibn Abbas r.a. ke Kufah. Beliau mengajar penduduk dengan qira atnya dan mula kemuncak pada era khalifah ketiga, Uthmān r.a. (223-35H/644 656M, selama tempoh 11 12 tahun) kerana ketika itu penduduk Kufah telah pun mengamalkan bacaan yang diambil daripada ikhtiyār Ibn Mas ud. Sementara penduduk Syam pula dari ikhtiyār Ubay bin Ka ab r.a. dan yang lain dari ikhtiyār Abu Musa al-asy ari r.a. ( Abdul Fattāh al-qādhi, 1994). Kemudiannya, perkembangan ilmu qira at semakin ketara apabila umat Islam dari segenap kota-kota Islam datang berkumpul bagi sesebuah tujuan (seperti peperangan dan perniagaan). Masing-masing membaca al-quran dengan qiraat yang berbeza. Akibatnya mereka saling menyalahi dan kekadang hingga mengkafirkan. Dari sudut positifnya, ia menggambarkan umat Islam sangat berpegang utuh pada pengambilan bacaan al- Quran sesama sahabat dan dari nabi s.a.w. Serta menzahirkan kekuatan akidah Islamiah. Tokoh-tokoh Qiraat di Kufah Tokoh-tokoh qiraat sememangnya tidak hanya tertumpu tugas dalam majlis-majlis Iqra. Seperti riwayat kedua masyhur bagi Imam Ibn Kathir al-makki (945-122H), iaitu al-bazzi (170-250H). Ibn al-jazari menyebut beliau merupakan guru dan ketua dalam majlis Iqra serta segala sanad qira at di Mekah akan berakhir kepadanya. Selain itu masyarakat meletakkan beliau sebagai insan istimewa dengan diberi amanah menjadi muazzin di Masjid al-haram (Muhammad Sālim Muhaisin, t.th). Al-Sakhāwi dalam Jamāl al-qurrā (2010) menyebut, para qurra selepas para sahabat dan tabiin, muncul beberapa para qurra yang sangat mendalami ilmu qiraat hinggakan manusia pada zaman tersebut menjadikan mereka sebagai tempat rujuk utama. Mereka adalah terdiri dari 15 rijāl dari setiap kota-kota Islam. Setiap kota mewakili tiga rijāl. Di Kufah ialah Yahya bin Waththāb, Asim dan al- Amāsh. Yang tertinggi kedudukannya adalah Yahya, diikuti Asim dan al- Amāsh. Selepas 1 Ahli ra yi yang kebanyakkannya tinggal di Iraq dan ahli hadith pula di Madinah. 72

tempoh zaman mereka berlalu, imam Hamzah pula mengganti mereka. Antara mereka yang mengambl bacaan beliau ialah Sālim bin Isa. Para qurra Kufah diibaratkan seperti cahaya yang berkilauan, seperti kata Imam al-syātibi (538-590H) dalam qasidahnya Hirzi al-amāni: و ا بلك وف ا ة ال غ ر ا ا ء ا من ه م ث الث ة # أ ذ اع وا ف ق د ض اع ت ش ذ ا و ق ر ن ف ال Abu Syāmah menafsirkan kalimah اء ) (ال غ ر dengan maksud baidhā munīrah para qurra Kufah yang sangat masyhur dan terkenal, mereka laksana cahaya yang menerangi kerana terlalu ramainya bilangan mereka (t.th: 30). Al-Dhabbā pula menyebut kerana sifat mereka menyebarkan ilmu (2006). Manakala Ibn al-qasih memberi maksud baidhā masyhūrah dan maksud tiga dalam perkataan (ث الث ة ) pula merujuk kepada tiga imam Kufah dari qirā āt sab ah iaitu Asim, Hamzah dan al-kisā i (1954). Syeikh Abdul Fattāh al-qādhi (2003) pula menafsirkan dengan al-baidhā, iaitu sifat bagi Kufah dengan maksud bersinar terang berkat ramainya para alim ulama ketika itu. Sementara kalimah (أ ذ اع وا) bermaksud وا),(ن ش ر kerana mereka sentiasa menyebarkan ilmu kepada manusia. Secara keseluruhannya Ibn al-jazari membuat perumpamaan para qurra asyarah kesemuanya laksana matahari yang menerangi dengan ungkapan: و ا من ه م ع ش ر ش وس ظ ه را # ا ضي اه م و ا ف األ ن ام ان ت ش ر ا Selain Imam Asim, imam-imam Qiraat yang Mujāhid di Kufah ialah Imam Hamzah (80-156H 2, wafat pada zaman Abi Ja far al-mansur) dan Imam al-kisae (wafat 189H). Menurut al-zahabi (1995) para ulama sepakat mengatakan tahun kelahiran Imam Hamzah adalah bersamaan dengan tahun kelahiran Imam Abu Hanifah, iaitu pada tahun 80H/660M. Oleh itu berdasarkan kiraan tahun, pengkaji mendapati perkembangan ilmu fiqh dan era mujtahid berada dalam zaman perkembangan ilmu qiraat seperti yang berlaku di antara Imam Abu Hanifah dalam bidang fiqh dan Imam Hamzah dalam bidang qiraat. Malah lebih menakjubkan menurut al-zahabi kedua-dua imam tersebut adalah berbangsa Parsi (al-zahabi, 1990). Kehidupan Imam Abu Hanifah adalah di zaman Umawiyah dan Abbasiyah serta kewafatannya pada zaman khalifah pertama, Abi Ja far al-mansur. Semasa hidupnya berlaku bermacam-macam pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan sama ada dalam bidang politik mahu pun agama. Berlaku pertukaran potitik, Umawiyyah kepada Raja Adhudh dsan timbulnya pelbagai fitnah. Seruan perkauman (nasionalis) dan anti bangsa asing mula menular. Semasa zaman Abbasiyah pula, wujudnya pertelingkahan sengit antara pro-abbasiyah dengan pro-umawiyyah. Seterusnya wujudlah dua pemikiran dalam memahami nas-nas al-quran dan hadith kerana pengaruh material di negeri Arab (percubaan menyatukan antara nas-nas agama dengan kehidupan 2 Imam Hamzah memjadi penghulu majlis Iqra selepas kewafatan Imam Asim. Lihat Abu Syamah (t.th), Ibraz al- Ma ani min Hirzi al-amani, tahkik Ibrahim Utwah Awadh, Mustafa al-babi al-halabi wa Awladuh, hlm. 7. Ibn al- Jazari menambah, menjadi penghulu selepas Imam Asim dan al- Amash. Dr Salim Muhaisin (t.th), Al-Hadi, Dar al- Jil, J. 1, hlm. 40. 73

sekular telah lahir): (1) Golongan yang berpegang kepada zahir ayat atau hadith sahaja dan (2) Golongan menggunakan akal sebagai tambahan dalam menafsir ayat-ayat al-quran dan hadtih yang mempunyai kekeliruan (mutasyābihāt). Oleh kerana Imam Abu Hanifah tinggal di bandar Baghdad, Iraq yang mana ketika itu perkembangan ilmu amat pesat. Akhirnya Iraq terkenal sebagai pusat puak-puak ahli fikir (ra yi) dan kesannya suasana tersebut sikit sebanyak mempengaruhi beliau (Zulkifli Mohamad, 2008). Tokoh seterusnya Imam al-kisae (119-189H), imam ketiga masyhur bagi qurra Kufah. Selepas kewafatan gurunya Imam Hamzah 3, tempat beliau telah diganti oleh Imam al-kisae (Muhammad Salim Muhaisin, t.th). Walaupun berasal dari Parsi, beliau pakar dalam ilmu-ilmu al-quran, bahasa dan merupakan pengasas pusat nahw di Kufah (Sabri Mohamad & Mohd Faizulamri, 2010). Selain itu al-dāni (t.th) menyebut dalam al-taisīr, kota Kufah juga menyaksikan seorang lagi tokoh qiraat yang wafat di sana, Imam Abu Amr al-basri iaitu pada tahun 154H (walau bagaimanapun beliau lahir di Mekah). Latar Belakang Biografi Imam Asim al-kūfi Nama penuh imam Asim ialah Asim bin Abi an-najūd bin Mālik bin Nasr bin Qa ain bin al- Harith bin Tha labah bin Dūdan bin Asad bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyās bin Mudar bin Nizar bin Ma ad bin Adnān. Al-Dāni (2003) berkata, beliau tergolong dalam tabi in. Ada pendapat mengatakan nama bapanya ialah Abdullah. Dikatakan beliau terkenal dengan nama Ibn Bahdalah atau Asim bin Bahdalah, iaitu nisbah kepada ibunya yang bernama Bahdalah, sepertimana Hammād bin Salamah berkata: Aku melihat Asim bin Bahdalah duduk dan melakukan sepertimana gurunya, Abdul Rahmān al-sulami. Berdasarkan petikan teks tersebut jelas menunjukkan bahawa Hammād bin Salamah telah menyebut nama beliau dengan Asim bin Bahdalah. Sementara itu al-sakhawi menyebut, dikatakan nama ibu beliau ialah Bahzalah (بهذلة) dengan huruf Zal (2004). Nama gelarannya (kunyah) adalah Abu Bakar (al-dāni, 2003; al-qādhi, 2003) atau Abu al-najūd (Sya bān Muhammad Ismāil, j1, 1987; al-qadhi, 2003), iaitu dengan nama bapanya. Ibn Khalawaih dalam Irāb al-qirā āt menambah, Abu Amr (j1, 1992). Manakala tahun kelahirannya tidak disebut dalam kebanyakan sumber rujukan. (أسدى ) Menurut Syeikh Abdul Fattāh al-qādhi beliau adalah Asadi al-kūfi (2003). Maksud Asadi iaitu nisbah kepada Bani Asad, dari suku bangsa Arab. Berdasarkan butiran maklumat dari Atlas al-hadīth al-nabawi, Bani Asad ialah mereka yang menetap di bahagian barat laut Jazirah Arab. Khususnya mereka yang berada di antara Tabuk dan Taima (Syauqi Abu Khalīl, 2007). Manakala maksud al-kūfi ( كوفى (ال pula merujuk kepada kota Kufah. Dari sudut geografi, Kufah terletak di pertengahan negara Iraq, iaitu di bahagian barat sungai Furrat (Syauqi Abu Khālil, 2007). Seterusnya maklumat dari Mu jam al-buldān, al-hamawi memberitahu terdapat beberapa pendapat yang menyebut tentang asal usul nama Kufah, antaranya disebabkan ramai manusia yang berkumpul di situ, oleh itu tempat tersebut dinamakan Kufah. 3 Selain Imam Hamzah, antara gurunya ialah Syu bah, perawi pertama Imam Asim al-kūfi dan Al-Khalil bin Ahmad al-farahidi dalam ilmu nahw. 74

Dikatakan juga kerana nama Kufah diambil dari perkataan al-kūfān.(الكوفان) Juga kerana ia merupakan satu bahagian ( (قطعة dari negara (j3,1990). Selepas gurunya Abdul Rahmān al-sulami wafat (wafat 73H), penumpuan penduduk Kufah dalam bidang qiraat telah beralih kepada Imam Asim. Ini tidak bermakna kota Kufah pada asalnya menggunakan qiraat al-sulami dan Imam Asim sahaja. Dalam merungkai persoalan ini Ibn Mujāhid (2007) menyebut pada permulaan mereka secara keseluruhannya membaca dengan qiraat Ibn Mas ūd r.a. kerana beliaulah sahabat yang diutuskan oleh khalifah Umar bin al-khattāb r.a. Seperti imam-imam yang lain, Ibn Abbās menjadikan masjid sebagai tempat mengajar hinggalah qiraat beliau tersiar nama baik di kota tersebut. Selepas Ibn Abbās, tiba masanya ketika al-quran mula dihimpunkan dalam satu mushaf, iaitu pada zaman Uthmān bin Affān r.a. Beliau mengutuskan Abdul Rahmān al-sulami berserta sebuah mushaf khas untuk penduduk kota Kufah serta mengajar mereka dengan qiraatnya yang berpusat di Masjid al- Azim selama empat puluh (40) tahun hinggalah beliau wafat. Guru dan Sanadnya Dari sudut sanad qiraat, Imam Asim telah mengambil bacaan al-quran dari Abu Abdul Rahmān Abdullah bin Habīb bin Rabī ah al-sulami ad-dharīr, Abu Maryam Zir bin Hubaish bin Habasyah al-asadi dan Abu Amr Sa ad bin Ilyās al-syaibāni (al-dāni, 2005; Ibn al-jazari, j1, 2006 & al- Qadhi, 2003). Kemudian mereka pula mengambil bacaan dari Abdullah bin Mas ūd. Manakala Zir dan al-sulami mengambil bacaan dari sayyidina Uthmān bin Affān dan sayyidina Ali bin Abi Tālib. Seterusnya al-sulami mengambil bacaan dari Ubay bin Ka ab dan Zaid bin Thābit. Seterusnya Abdullah bin Mas ūd, Uthmān bin Affān, Ali bin Abi Tālib, Ubay bin Ka ab dan Zaid bin Thābit mengambil bacaan dari Rasulullah s.a.w. (2003). Secara jelas al-dāni (2005) menggunakan lafaz ta allam belajar dari al-sulami dengan saiyidina Uthman. Manakala arad dengan saiyidina Ali, Ubay bin Ka ab, Zaid bin Thabit, Ibn Mas ūd dan Ibn Abbās. Begitu juga Zir dengan saiyidina Uthmān dan Ibn Abbās. Mereka juga membaca secara arad dengan baginda s.a.w. Manakala al-syaibāni membaca (قرأ) dengan Ibn Masūd dan beliau pula membaca dengan baginda s.a.w. Berdasarkan carta aliran sanad tersebut, pengkaji mendapati bahawa sanad Imam Asim adalah dari tiga (3) sahabat iaitu al-sulami, Zir dan al-syaibāni. Manakala al-sulami dari lima (5) sahabat. Mereka ialah Zaid bin Thābit, Abdullah bin Mas ūd, Muaz bin Jabal, Uthmān dan Ali. Zir pula dari dua (3) sahabat, Uthmān, Ali dan Abdullah bin Mas ūd. Manakala al-syaibāni dari seorang (1) sabahat iaitu Abdullah bin Mas ūd sahaja. Ini bermakna al-sulami mempunyai sanad terbanyak kerana mengambil dari lima orang sahabat tertinggi. Oleh itu tidak hairanlah jika beliau menjadi guru kepada sekalian para qurra di Kufah ketika zaman beliau. Berdasarkan keterangan tersebut juga mendapat lima sahabat terawal mengambil sanad langsung dengan baginda s.a.w. Manakala tiga sahabat seterusnya adalah melalui perantaraan. 75

Kewafatannya Dalam menentukan tarikh kewafatan beliau para ulama berbeza pendapat, antaranya Syeikh Abdul Fattāh al-qādhi (2003), al-dani (2005) dan Abu Maryam dalam kitabnya al-kitāb al- Mūdhah (j1, t.th) tahun 127H di Kufah. Walau bagaimanapun al-zahabi dalam Mizān al- Itidāl menambah pada penghujung tahun 127H (j1, t.th). Menurut al-sakhāwi pula tahun 128H dan yang,(السماوة) lain berpendapat tahun 129H. Dikatakan beliau wafat di satu tempat bernama Samāwah Syam (j1, 2004). Berbeza Ibn al-qāsih, menurutnya sama ada di Kufah atau di Samāwah, iaitu pada tahun 127, 128 atau 129H ketika zaman pemerintahan Marwan (1954). Begitu juga menurut Abu Syāmah sama ada di Kufah atau di Samāwah, tetapi sekitar tahun 120, 128, 129 atau 130H. Beliau menjelaskan Samāwah ialah nama satu kawasan perkampungan yang terletak antara Syam dan Iraq dari arah al-furrat (t.th). Seterusnya menurut Syeikh Abdul Fattāh al-qādhi dalam al-budūr al-zāhirah (j1, 2010) dan Tārīkh al-qurrā (2003) serta Prof Dr Sāmi Abdul Fattāh dalam Nasy ah al-qirā āt (2007) menyebut Imam Asim menghembuskan nafas terakhirnya di Kufah pada tahun 128H. Ibn al- Jazari berpendapat pada penghujung tahun 127 atau 128H di Kufah. Manakala al-ahwazi menyebut, Imam Asim wafat di Samāwah, tetapi beliau memaksudkan di Syam. Wafat pada tahun 120H pendapat Ahmad bin Hambal atau 127, 128, 129H atau pun dekat-dekat tahun 130H. Walau bagaimanapun kebanyakannya memilih tahun 129H (j1, 2006). Latar Belakang Intelektual imam Asim Sering disebut-sebut dalam beberapa kitab dan kajian tentang ketokohan beliau dalam bidang al- Quran dan qira at. Di sini pengkaji membahagikan keintelektualan beliau dalam dua bahagian, qira at dan hadith. Berikut adalah huraiannya: Keintelektual Imam Asim Dalam Bidang Qiraat Menurut Ibn Mujāhid (2007), Imam Asim merupakan seorang yang terkenal pada zamannya, mempunyai kefasihan yang tinggi dan terkenal dengan sifat ketekunan. Sangat alim dalam ilmu nahu di kota Kufah. Al-Hasan bin Sālih berkata apabila beliau berkata-kata, sesiapa yang mendengarnya seakan-akan terpukau dengan keindahan bahasanya yang tinggi. Oleh itu, berdasarkan kenyataan tersebut menggambarkan Imam Asim adalah seorang yang pakar dan meluas penguasaannya dalam bidang bahasa dan seorang yang sangat berhati-hati dalam bicaranya. Syeikh Abdul Fattāh al-qādhi (2003), pernah Imam Ahmad bin Hambal ditanya tentang beliau, jawabannya beliau adalah seorang yang salih rajulun sālih, baik khayyir dan dipercayai thiqah. Ibn al-jazari menyebut pernah Imam Ahmad bin Hambal bertanya kepada bapanya tentang keperibadian Imam Asim, beliau menjawab Asim adalah seorang yang salih rajulun sālih, baik khaiyyir dan dipercayai thiqah. Ditanya lagi: Apakah qiraat yang sangat ayah sukai?. Jawabnya: Qira at ahli Madinah, jika tiada saya akan memilih qiraat Asim. Kewibawaan Asim diperakui juga oleh Abu Zur ah dan beberapa kumpulan orang yang lainnya. Di sebabkan keintelektualan dan sifat keperibadiannya yang unggul, hinggakan saat hampir ث م ر د وا إل ى للا م و اله م ال ح ق أ ال ل ه ال ح ك م و ه و ( ayat: wafatnya Syu bah berkata, beliau berkali-kali membaca 76

surah al-an ām, 6: 62. Dibaca dengan jelas dan teliti seolah-olah beliau sedang 4 (أ س ر ع ال ح اسبين bersolat (j1, 2008). Selain dalam bidang qira at, Imam Asim juga mempunyai ijtihajnya sendiri dalam perbahasan ilmu fawasil. Ilmu fawasil ialah ilmu yang membahaskan ayat-ayat al-quran dari sudut kiraan jumlah ayat bagi setiap surah, apakah kepala ayat (ru ūsu al-aiy) dan akhirnya (Al-Mukhallilati, 2009). Ibn al-jazari (j1, 2008) menyebut sebagaimana yang diriwayatkan oleh Yahya bin Adam dari Abu Bakar (Syu bah) bahawa Imam Asim tidak mengira ayat-ayat berikut sebagai satu ayat: Alīf Lām Mīm (pada 6 surah, surah al-baqarah dan selepasnya, surah al- Ankabūt dan tiga surah selepasnya), Hā Mīm (pada 7 surah, surah Ghāfir dan enam surah selepasnya), Hāf Hā Yā Aīn Shād (surah Maryam), Tāhā (surah Tāhā) dan seumpamanya. Abu Bakar berkata ini adalah bertentangan dengan bilangan yang dipegang oleh ulama fawasil Kufah. Ternyata keintelektualan beliau terbukti dengan dikurniakan kesungguhan yang gigih khususnya dalam bidang al-quran. Di samping itu ketokohan beliau dalam bidang qiraat dapat dinilai dengan melihat siapakah guru-guru beliau. Berikut adalah perinciannya: i Abdul Rahmān al-sulami Dalam menyenaraikan guru-guru Abdul Rahmān al-sulami, Ibn Mujāhid (2007) dan Ibn al-jazari (j1, 2006) merekodkan mereka yang menjadi guru beliau ialah (1) Uthmān bin Affān r.a., (2) Ali r.a., (3) Zaid bin Thābit r.a., (4) Ibn Mas ūd r.a. dan (5) Ubay bin Ka ab r.a. Berdasarkan kuantiti dan kredibiliti guru beliau, memungkinkan menjadi kekuatan kepada qiraat Asim melalui riwayat Hafs lebih terkenal di dunia sekarang. Uthmān bin Affān r.a. merupakan salah seorang sahabat baginda yang paling hampir. Oleh itu tidak mustahil jika baginda s.a.w. memberi penyaksian mereka adalah sebaik-baik kurun khairu ummati qarni thummallazi yalūnahum (al-bukhari; no 3650). Selain Imam Asim, menurut Ibn Khalawaih (1992) antara imam-imam qiraat yang lain yang mengambil bacaan dari Uthmān r.a. ialah Imam Ibn Amir dari gurunya, al-mughīrah bin Abi Syihāb al-makhzūmi. Sya bān Muhammad Ismā il (j1, 1987) menambah selain al-mughīrah, guru Ibn Amir juga Abdullāh bin Umar bin al-mughīrah al-makhzūmi dan Abu Dardā. Oleh Ibn Amir berguru dengan tiga orang sahabat. Mereka juga dari Uthmān r.a. Ibn al-jazari (j1, 2006) pula menambah dikatakan juga beliau mengambil bacaan langsung dari nabi s.a.w. Begitu juga menurut Yahya bin al-haris al- Zimmāri (al-sakhawi, j1, 2004). Seterusnya al-dāni (2003) menyebut, Imam Ibn Amir merupakan qadhi di kota Damsyik pada era pemerintahan al-walid bin Abdul Mālik. Beliau juga merupakan tabi in. menurut Ibn al-al- Jazari, Ibn Amir dianggap sebagai ketua umat Islam di masjid al-jāmi al-umawi pada zaman Umar bin Abdul Azīz dalam tempoh yang lama (Sya bān Muhmmad Ismā il, 2008). Ibn al-jazari (j1, 2006) menyebut mereka yang mengambil bacaan secara arad dari Uthmān r.a. ialah al- 4 Bermaksud: Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). 77

Mughīrah bin Syihāb al-makhzūmi, Abdul Rahmān al-sulami, Zir bin Hubaish dan Abu Aswad al-duali. Walau bagaimanapun Imam Asim tidak mengambil bacaan al-quran dari Uthmān r.a. secara keseluruhannya kerana ketika itu beliau merupakan seorang ketua pemerintah khalifah Islam ketiga. Sebagaimana yang dikisahkan bahawa Uthmān r.a. berkata kepada al-sulami; Sesungguhnya aku sibuk dengan urusan pemerintahan. Justeru pergilah kamu kepada Zaid bin Thābit dan sempurnakan bacaan di hadapannya. Sesungguhnya bacaanku dan bacaan Zaid adalah sama, tiada perbezaan. Lantas beliau menemui Zaid dan membaca seluruh al-quran. Pernah satu ketika, Abdul Rahmān al-sulami berjumpa Ali bin Abi Tālib dan bertanya tentang Zaid bin Thābit dan kisah bacaan al-quraannya di hadapan Zaid bin Thābit. Ali r.a. berkata: Istiqamahlah kamu dengan Zaid bin Thabit. Abdul Rahmān al-sulami mendampingi dan menuntut ilmu al-quran daripada Zaid selama 13 tahun. Akhirnya beliau berkata: Baru aku mengerti betapa hebatnya Zaid bin Thābit serta kuat dhabitnya tentang al-quran dan rahsia pengakuan Uthmān bin Affān yang diberikan kepada Zaid bin Thābit selama ini. Seterusnya Ali r.a. Ibn Mujāhid (2007) menyebut al-sulami banyak kali membaca al-quran dengan beliau. Memeluk Islam seawal usia mudanya. Menurut Ibn al-jazari (j1, 2006) anak beliau Husain pernah berkata Ali memeluk Islam ketika umurnya baru lapan tahun. Oleh itu tidak hairan jika beliau tersenarai sebagai salah seorang guru al-quran yang mashyur kerana dengan tempohnya yang panjang, beliau diberi kesempatan sentiasa bermulazamah baginda s.a.w. Selain itu ketokohan beliau juga sebagai ketua umat Islam khalifah. Sambung Ibn al-jazari lagi (j1, 2006) selain Abdul Rahmān al-sulami, mereka yang mengambil bacaan dari beliau ialah Abu Aswad al-du ali dan Abdul Rahmān bin Abi Laili. Zaid bin Thabit. Dalam sahih al-bukhari; 4986, al-tirmizi; 3029 dan Musnad Ahmad; 72, saiyidina Abu Bakar r.a. menyifatkan beliau sebagai seorang pemuda yang kuat rajulun syāb, yang tinggi akal fikirannya āqil, tidak pernah sesiapa pun yang menghinanya serta seorang penulis wahyu bagi baginda s.a.w. kuttab al-wahy (al-sakhawi, 2010; Taufiq Ibrāhīm Dhamrah, 2008). Bahkan beliau merupakan sahabat yang paling popular dan banyak menulis ayat-ayat suci al-quran. Al-Zarqāni menambah ketika perbentangan akhir beliau ada bersama baginda s.a.w. urdhah al-akhīrah, seorang hafiz al-quran, sebaik-baik pemuda, warak, tinggi amanahnya, bagus akhlak dan agamanya (1995). Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., apabila baginda s.a.w. wafat, al-quran hanya dikumpul pada empat orang sahabat, Abu Dardā, Mu āz bin Jabal, Zaid bin Thābit dan Abu Zaid Qais bin al-sakān, pakcik Anas bin Mālik (al-zarqani, 1995). Sya ban Muhammad Ismail menyebut beliau merupakan sahabat yang diutus ke kota Madinah bagi mengajar al-quran ketika zaman saiyidina Uthman. Antara yang mengambil bacaannya ialahabu Hurairah, Ibn Abbas, Ibn Umar dan Anas bin Malik (2008). Ibn al-jazari (j1, 2006) menjelaskan, Abu Hurairah dan Ibn Abbās adalah dari sahabat, manakala dari tabi in antaranya Abdul Rahmān al-sulami, Abu al- Aliyah al-riyāhi dan dikatakan juga Abu Ja far. Ibn Mas ūd r.a. merupakan sahabat yang diutuskan oleh saiyidina Umar bin al-khattāb r.a. bagi mengajar al-quran kepada penduduk Kufah. Ini menjadikan bacaan beliau popular bermula 78

kedatangannya hinggalah sampai zaman saiyidina Uthmān r.a. dengan menghantar Abdul Rahmān al-sulami. Ibn al-jazari menyebut selain al-sulami mereka yang mengambil bacaan dari beliau antaranya al-aswad, al-hāris bin Qais, Zir bin Hubaish, Alqamah, al-syaibāni, Masrūq dan lain-lain. Beliau sempat mengkhatamkan al-quran dengan baginda s.a.w., hingga baginda pernah bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ingin membaca al-quran sebagaimana ia diturunkan maka bacalah dengan qira at Ibn Ummu Abd (Ibn Mas ūd) (j1, 2006). Ubay bin Ka ab merupakan salah seorang penulis wahyu (al-zarqāni, 1995). Menurut Muhammad Sya bān Ismā īl, beliau termasuk salah seorang sahabat yang mendapat pengiktirafan oleh Ibn Sirīn, menurutnya al-quran telah terkumpul pada zaman baginda s.a.w. pada empat orang sahabat yang tiada diragui lā yakhtalif fīhim. Ketokohan beliau dalam bidang al-quran sangat diperakui kerana beliau adalah di antara sahabat yang sempat mengkhatamkan al-quran dengan baginda s.a.w. (2008). Ini menunjukkan beliau sentiasa mengikuti dan bermulazamah dengan baginda s.a.w. dalam banyak keadaan. Oleh itu tempoh yang panjang menjadikan beliau tersenarai sebagai salah seorang sahabat yang hebat. Dalam masa yang sama beliau tidak hanya menghafal al-quran dari nabi s.a.w. malah mendapat tunjuk ajar dari baginda sendiri. ii Zir bin Hubaish Zir bin Hubaish merupakan seorang tokoh qiraat yang mengambil qira at dari saiyidina Uthmān dan Ibn Mas ūd. Wafat ketika zaman al-hajjāj dalam usia 120 tahun (al-dāni, 2005). Imam Asim berkata, pernah Ibn Mas ūd bertanya kepada Zir tentang beberapa persoalan berkaitan bahasa Arab (Ibn al-jazari, j1, 2006). Oleh itu selain ketokohan beliau dalam bidang qiraat beliau juga menjadi tempat rujuk dalam selok belok bahasa Arab. iii Sa ad bin Ilyās al-syaibāni Al-Dāni menyebut, al-syaibāni mengambil bacaan dengan Ibn Mas ūd dan beliau pula dari baginda s.a.w. (al-dāni, 200). Menurut Ibn al-jazari (j1, 2006) selain Imam Asim, antara yang berguru dengannya ialah Yahya bin Waththāb اب).(وث Katanya lagi al- Syaibāni hidup pada zaman nabi s.a.w. walau bagaimanapun beliau tidak sempat berjumpa dengan baginda s.a.w. Walau pun nama Sa ad bin Ilyās al-syaibāni disebut sebagai salah seorang guru Imam Asim, tetapi tidak semua sumber rujukan menyebut nama beliau melainkan hanya nama al-sulami dan Zir sahaja. Antara sumber bertulis tersebut ialah al-sakhāwi dalam Fathu al-wasīd (j1, 2004), al-dāni dalam al-taisīr (2003). Sementara sumber bertulis yang menyebut ketiga-tiga nama antaranya Ibn al-jazari dalam al-nasyr (j1, 2002) dan Ghāyah al-nihāyah (j1, 2006), Sy bān Muhammad dalam Qirā āt, Ahkāmuhā wa Masdāruhā (2008), al-nuwairi dalam Syarh Taiyibah al-nasyr (j1, 2003) hāulā al-thalāthah, Syeikh Abdul Fattāh al-qādhi dalam Tārīkh al-qurrā (2003), Sya bān Muhammad Ismāil dalam kalam mukadimah Ittihāf Fudhalā (j1, 1987), Syeikh Mahmūd al- Hushairi dalam Ahsan al-athār (t.th) dan Dr Sālim Muhammad Muhaisin dalam Fī Rihāb al- 79

Qur ān (j1, 1989). Lebih kukuh lagi mereka menyebut ketiga-tiganya membaca dengan Abdullāh bin Abbās dengan menggunakan lafaz hāulā al-thalāthah mereka bertiga. Keintelektual Imam Asim Dalam Bidang Hadith Para qurra bukan hanya pakar dalam bidang qiraat bahkan mereka menguasai pelbagai ilmu sebagai contoh imam Ibn Amir, qadhi di Damsyik (al-dāni, 2005). Imam Abu Amr dan al-kisā i pakar dalam ilmu nahw. Oleh itu sebagaimana menurut Ibn Bulaimah, dalam istilah ilmu qiraat gelaran al-nahwiyān (النحويان) merujuk kepada Imam Abu Amr dan al-kisā i kerana ketokohan mereka dalam ilmu bahasa ( Abdul Ali, 2011). Keintelektualan Imam Asim dapat diketahui melalui pujian dan sanjungan yang ungkap oleh para ulama antaranya Abu Hātim al-sijistāni. Menurut Ibn al-jazari, al-sijistāni merupakan orang yang pakar dalam bidang nahw, qira at, bahasa, arud di kota Basrah dan juga imam di Masjid Basrah (j1, 2006). Al-Sijistāni mengungkapkan, Asim adalah sidq. Hadith-hadithnya terdapat dalam semua kitab kutub sittah (Ibn al-jazari, j1, 2008 & al-qādhi, 2003). Ahmad Abdullāh al- Ijli dalam Ma rifah al-thiqāt berkata, beliau thiqah dalam hadith, tetapi hadith dari Zir dan Ubay Wāil adalah diperselisihkan (j2, t.th). Syeikh Abdul Fattāh al-qādhi (2003) menyebut, beliau meriwayatkan hadith-hadith dari Abu Ramthah Rifā ah al-tamimi al-sahabi dan dari al-harith bin Hisan al-bakri. Al-Harith adalah sahabat baginda s.a.w. Hadith-hadith dari Abu Ramthah tersebut diambil dari Musnad Imam Ahmad bin Hambal. Manakala hadith dari al-harith pula dari kitab Abu Ubaid Abdul Qāsim bin Salam. Al-Sakhawi (j1, 2004) menukilkan dari Abu Ishak al-siba i, Asim merupakan imam dalam hadith aimmah al-hadīth pada zamannya. Begitu juga dalam fiqh, ilmu kesusasteraan bahasa Arab dan selok belok agama. Seterusnya Imam Asim juga meriwayatkan beberapa athār sebagaimana yang diambil dari gurunya Zir bin Hubaish dari Ibn Abbās bahawa Ali bin Abi Tālib berkata kepada kami: Sesungguhnya rasulullah s.a.w. memerintahkan kamu agar membaca al-quran sepertimana yang diajarkan kepada kamu. Al-Tabari juga meriwayatkan athār tersebut dalam tafsirnya (Ibn Mujāhid, 2007). Abu Syāmah menyatakan beliau merupakan salah seorang imam yang terhormat dalam qiraat dan hadith (t.th). Walau bagaimanapun terdapat juga sebahagian ulama yang mengkritik beliau sepertimana yang disebut oleh Ahmad Abdullāh al- Ijli (j2, t.th), Asim merupakan seorang yang thiqah dalam hadith tetapi terdapat yang disangsikan tentang hadith yang diambil dari Zir dan Abu Wāil. Seperti hadith yang diriwayatkan oleh Hammad bin Zaid dari Asim dari Abu Wāil dari Abdullāh, beliau berkata: Baginda s.a.w. telah membuat satu garisan untuk kami. Selanjutnya mengikut sebahagian ahli Kufah, hadith tersebut diambilnya dari Zir dari Abdullāh, bukan dari Abu Wāil. Menurut al-zahabi (j2, t.th) dalam Mīzān al- Itidāl, Imam Asim adalah thabit dalam qiraat, tidak dalam hadith. Al-Nasā i berkata beliau tidak hāfiz laisa bi hāfiz. Tidak kurang juga yang dinyatakan seperti Daruqutni, bahawa dalam hafalan beliau punyai sesuatu (yang diragukan) fi hifzi Asim sya i. Ibn Kharrāsh berkata hadithnya nakirah. Ibn Sa ad menyebut Asim thiqah tetapi 80

dalam hadith-hadithnya banyak kesalahan akhta. Ahmad dan Abu Zur ah tampil menegaskan bahawa beliau adalah seorang yang thiqah. Seterusnya Ahmad bin Hambal menyifatkannya thiqah dan beliau sendiri memilih bacaan Asim. Abu Hatim berkata tidaklah mustahil untuk mengatakan bahawa beliau adalah seorang yang thiqah. Berdasarkan keterangan tersebut mendapati bahawa Imam Asim bukan sahaja terserlah dalam bidang al-quran dan qiraat bahkan dalam hadith. Walau bagaimanapun terdapat beberapa nukilan yang menunjukkan beliau lemah dalam hadith seperti yang disebut dalam Mīzān al- Itidāl dan Ma rifah al-thiqāt. Kesimpulannya sekalipun terdapat ungkapan-ungkapan yang melemahkan beliau dalam sudut ilmu hadith, ternyata keunggulan beliau dalam bidang qiraat tiada siapa pun yang menyanggalnya. Hinggakan beliau menjadi salah seorang imam qirā āt sab ah dan asyarah yang mutawātir. Latar Belakang Sosio Masyarakat Imam Asim Menurut Ibn Mujāhid, walaupun terdapat qiraat lain yang dibaca di kalangan penduduk Kufah, ternyata qiraat Asim sangat masyhur (2007). Sumbangannya dalam ilmu qiraat sangat diperakui oleh masyarakat dan para ulama sezaman dengannya. Syeikh Abdul Fattāh al-qādhi menyebut, Abu Amr yang juga salah seorang imam qirā āt sab ah juga mengambil bacaan dari beliau. Selain beliau Imam Hamzah al-zayyāt dan al-khalīl bin Ahmad, ulama tersohor dalam bidang nahw juga mengambil bacaan dari beliau (2003). Berdasarkan keterangan tersebut, ia menggambarkan suasana sosio masyarakat Islam ketika itu, khususnya di Kufah sangat menitikberatkan ilmu dalam tradisi keilmuan, ilmu didatangi bukan ilmu yang datang. Guru didatangi bukan guru yang pergi mencari. Dalam beberapa nukilan, kota Kufah sering dikaitkan dengan zaman kegemilangan Islam sama ada dari sudut ilmu, budaya, kemajuan dan kemakmuran. Maka tidak hairanlah kota tersebut mendapat jolokan kota seribu satu malam. Kufah merupakan salah satu dari tiga bandar terpenting di Iraq. Di era khalifah saiyidina Ali r.a., pusat pentabiran Islam telah berpindah dari Madinah al-munawarah ke Kufah. Mukhlas asy-syarkani (2004) menyenaraikan kota Kufah juga telah melahirkan para ilmuan Islam seperti Imam Abu Hanīfah, pengasas mazhab Hanafi, Abu Yūsuf, ulama fiqh yang berjaya menggubal undang-undang pajak Islam di Baghdad dan terkenal pada zaman khalifah Hārūn al-rasyīd. Seterusnya Imam Syāfi i (150-220H) yang menetap di Baghdad dan menyebarkan ilmunya di kota tersebut, Imam Ahmad dan al-jabīr, tokoh kimia moden pertama yang berkembang di Baghdad. Kepesatan perkembangan ilmu di Kufah dapat dilihat juga melalui majlis iqra talaqqi al-quran. Pada permulaannya penduduk Kufah dibimbing oleh Ibn Abbās r.a. pada zaman Umar al-khattāb r.a. Kemudiannya Abdul Rahmān al-sulami pada zaman Uthmān r.a. dan seterusnya Imam Asim selepas kewafatan gurunya, al-sulami. Keadaan tersebut menjadi bukti sosio masyarakat ketika itu sangat mencintai ilmu dan talaqqi al-quran. Hidup aman damai dalam suasana harmoni Islam. Mereka yang datang mempelajari al-quran dan qiraat tidak hanya dari penduduk setempat. Ini berdasarkan perawi Imam Nāfi al-madani, Warsh yang berasal dari Mesir datang semata-mata mempelajari qiraat dari gurunya, Imam Nāfi di Madinah al-munawarah. Begitu juga imam Abu Amr al-basri. Syeikh Abdul Fattāh al-qādhi (2003) menyebut beliau lahir di Mekah, membesar di Basrah dan kemudiannya pergi mempelajari qiraat di Mekah, Madinah dan Kufah selain Basrah. 81

Sumbangan Imam Asim Dalam Ilmu Qiraat Dalam meneruskan tradisi talaqqi qiraat di Kufah, Imam Asim tidak ketinggalan dalam sumbangannya kepada umat Islam dan penduduk Kufah khasnya. Buktinya setelah kewafatan al- Sulami, majlis iqra atau majlis talaqqi qiraat telah beralih tumpuan kepada beliau. Orang ramai datang menemui beliau semata-mata bertalaqqi qiraat. Maka tidaklah hairan jika hari ini bacaan qiraat yang lebih masyhur ialah bacaan dari salah satu riwayatnya, Hafs Abi al-najūd. Menurut Ibn Mujāhid (2007) al-sulami adalah utusan rasmi saiyidina Uthmān r.a. selepas pembukuan al- Quran bersama-samanya sahabat yang lain seperti Zaid bin Thābit r.a. yang dihantar ke kota Madinah. Al-Sulami menjadi guru qiraat bagi penduduk Kufah di masjid al- Azam selama empat puluh (40) tahun, malah menurut Abu Ishak al-sabi i, hingga beliau wafat. Al-Dāni (2005) menambah al-sulami menjadi guru di Kufah selepas kewafatan Abdullah bin Mas ūd dengan membawa qiraat Zaid bin Thābit. Al-Sakhāwi merekodkan bahawa masyarakat amat menggemari bacaannya dan suka mendengar bacaan darinya, kuat beribadah ābd, berperibadi elok serta banyak bersolatnya. Pada hari jumaat ketika di masjid, beliau tidak akan bangun beredar hinggalah setelah mendirikan solat Asar duduk lama dalam masjid (j1, 2004). Ibn Mujāhid turut memuji, beliau merupakan seorang yang tersohor pada zamannya, terkenal dengan kefasihan bahasa dan terkenal dengan sifat ketelitiannya (2007). Selepas mengetahui sifat-sifat dan sumbangan beliau terhadap ilmu qiraat khasnya kepada penduduk Kufah, menurut Ibn Mujāhid lagi, sebahagian penduduk Kufah membaca dengan al- Quran dengan qiraat Asim sekalipun tidak merangkumi keseluruhan penduduk Kufah kerana ketika itu perawi yang masyhur ialah Syu bah. Hinggalah pada hari ini penduduk Kufah secara keseluruhannya telah bertukar kepada qiraat Hamzah bin Habib al-zayyāt (2007). Berdasarkan kenyataan tersebut pengkaji beranggapan yang dimaksudkan pada hari ini oleh Ibn Mujāhid ialah pada zaman beliau. Dr Muhammad Sālim Muhaisin menyebut beliau lahir pada tahun 245H dan wafat tahun 324H. Dari sudut sanad hadith, beliau meriwayatkan dari Ibn Kathīr. Manakala antara mereka yang meriwayatkan dari beliau ialah Abu al-qāsim bin al-nakhkhās, Abu al-hasan al- Daruqutni dan lain-lainnya. Seterusnya dalam bidang qiraat antara gurunya ialah Ibn Mahrān, Abdullāh bin Ahmad bin Hambal dan lain-lainnya dan muridnya pula seperti al-hasan bin Ahmad al-fārisi, Ibn Khalawaih dan lain-lainnya. (j1, 1992). Sumbangan Imam Asim Terhadap Masyarakat Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Begitulah perumpamaan orang Melayu dalam menyifatkan bakti seseorang yang sangat berjasa. Sumbangan Imam Asim terhadap masyarakat tidak terhad kepada penduduk Kufah atau sezaman dengannya, malah lebih dari itu. Beliau menjadi sebab masyarakat Kufah ketika itu berlumba-lumba dalam mempelajari ilmu al-quran, khususnya dalam bidang qiraat kerana setelah gurunya wafat, masyarakat Kufah telah menjadikan beliau sebagai guru dan imam dalam bacaan al-quran, hingga qiraat beliau telah tersebar ke sebahagian kota Kufah. Syeikh Abdul Fattāh al-qādhi (2003) berkata masyarakat dari segenap pelosok datang menemui beliau semata-mata untuk mempelajari qiraat darinya. 82

Berdasarkan petikan tersebut pengkaji pengandaikan orang ramai yang datang dari segenap pelosok dan kemudiannya pulang ke tanahair mereka untuk mengajar pula kepada masyarakat setempat. Dengan cara ini menjadi faktor ilmu qiraat cepat berkembang ke luar dan akhirnye ke negara-negara ajam (bukan Arab), termasuklah negara-negara Asia. Kesannya keseragaman dan kesatuan umat Islam tampak terserlah dengan tersebarnya ilmu qiraat melalui riwayat Hafs bin Sulaiman al-kūfi yang mana bacaan tersebut dibaca di kebanyakan negara. Antara sumbangannya lagi ialah melalui anak muridnya yang ramai. Terdapat ramai dari kalangan manusia yang sezaman samada hanya membaca atau meriwayatkan bacaan dari baliau. Mereka yang membaca antaranya Hammād bin Salamah, Sulaimūn bin Mahrān al- Amāsh, Abu al- Munzir Salām bin Sulaimān, Sahl bin Syu aib, Syaibān bin Mu awwiyah, al-mufaddhal bin Muhammad al-dhabbi dan lain-lain lagi. Manakala antara mereka yang meriwayatkan bacaan dari beliau ialah Abu Amr bin al- Alā dan Hamzah bin Habīb. Kedua-duanya merupakan imam qiraat yang masyhur. Seterusnya al-khalāl bin Ahmad al-farahidi, tokoh tersohor dalam bidang nahw dan ramai lagi. Walau bagaimanapun hanya dua riwayat sahaja yang paling masyhur berbanding periwayat yang lain iaitu Abu Bakar bin Ayyash (Syu bah) dan Hafs bin Sulaimān (Sāmi Abdul Fattāh, 2007). Mereka meriwayatkan bacaan secara terus dari Imam Asim tanpa menemui perantaraan wasitah. Ini bermakna mereka berhadapan mengadap guru mereka. Imam al-syātibi berkata dalam qasidah masyhurnya: # ه اب ز أف ض ال ف ش ع بة ر اوي ا امل م ف ض ل # و ح ف ص و بإلتق ا ان كان ف أم ا أب و ب ك ر وع ا ا صم ا س ه و ذ اك اب ن ع ي اش أب و ب ك ر الر اض ا Seterusnya Ibn al-jazari pula dalam qasidahnya Tayyibah: ث الثة ا من كوفة ف ع ا ا ص م ف ع ن ه ش عبة و ح ف ص ق ائ م Dasar Perbezaan Qiraat antara Hafs dan Syu bah Dasar perbezaan yang wujud dalam qiraat bukanlah dilihat dari perbezaan bahasa dan kepelbagaian suku bangsa semata-mata, bahkan tidak lain datangnya dari wahyu Ilahi sabagai taisīr lil ummah. Ini berdasarkan kenyataan bahawa Imam Asim telah mengajar Hafs dengan sanadnya dari Abū Abdul Rahmān al-sulami dari Ali bin Abi Tālib r.a. Manakala Syu bah pula dari riwayat Zir bin Hubaish dari Abdullāh bin Mas ūd r.a. Manakala Ali r.a. dan Abdullāh bin Mas ūd r.a dari baginda s.a.w. Begitu juga sebagaimana Imam Nāfi yang mengambil sanad bacaan dari tujuh puluh (70) sahabat. Ibn Mujāhid berkata Imam Nāfi merupakan imam di Madinah selepas para tabi in. Pernah Mālik bin Anas berkata qiraat ahli Madinah adalah sunnah. Jelas beliau, qiraat ahli Madinah adalah qiraat Imam Nāfi. Begitu juga kata Abdullāh bin Ahmad bin Hambal ketika beliau bertanya bapanya, qiraat manakah yang ayah sangat sukai? Jawabannya: Qiraat ahli Madinah. Jika tidak ada, barulah qiraat Imam Asim (Mahmūd al-husyairi, t.th). # Kenyataan tersebut dikukuhkan dengan pengakuan Imam Asim dari dialog yang berlaku antara beliau dengan Syu bah. Diriwayatkan dari Hafs bahawa beliau berkata: Aku bertanya kepada 83

guruku Asim. Sesungguhnya Syu bah berkhilaf denganku dalam bacaan. Jawab Asim; Aku bacakan kepadamu dari apa yang kuriwayatkan dari Abū Abdul Rahmān al-sulami yang diambil dari Ali bin Abi Tālib r.a. Manakala Syu bah pula dari riwayat Zir bin Hubaish yang diambil dari Abdullāh bin Mas ūd r.a. Ibn Mujāhid berkata: Jumlah perbezaan antara Hafs dan Syu bah ialah sebanyak 520 huruf (kalimah) yang masyhur ( Abdul Fattāh al-qādhi, 2003). Oleh itu berdasarkan kenyataan tersebut pengkaji secara yakin menyatakan bahawa wujudnya perbezaan-perbezaan antara qiraat Hafs dan Syu bah (usūl dan farsh) adalah didasari wahyu atau tauqifi yang langsung dari baginda dalam aturan ahrūf sab ah. Penutup Ilmu qiraat merupakan salah satu cabang dari ilmu ulum al-qur ān. Lebih-lebih lagi qiraat itu sendiri sangat berhubungkait dengan ayat-ayat wahyu. Oleh itu segala bentuk (wujūh) qiraat sama ada dari sudut usul dan farsh datangnya dari Allah SWT kepada nabi s.a.w. dengan orang tengahnya, malaikat Jibril a.s. Penisbahan kepada qurra tidak lebih untuk memudahkan umat membezakan antara qiraat dengan qiraat yang lain, bukan bermaksud qurra sab ah itu adalah qirā āt sab ah sepertimana yang disebut dalam hadith-hadith baginda s.a.w. Berdasarkan latarbelakang dan kekuatan qiraat Imam Asim al-kūfi menjadi salah satu punca tersebarnya qiraat beliau melalui riwayat kedua masyhurnya, Hafs bin Sulaimān al-najūd. Walaupun beliau masyhur dalam bidang qiraat, sumbangannya periwayatan hadith juga tidak boleh diabaikan hingga imam al-tirmizi sendiri ada meriwayatkan hadith yang jalur perawinya dari Imam Asim sendiri iaitu dalam hadith bernombor 2944, dalam Kitāb al-qirā āt, bab Mā Jāa anna al-qur ān Unzila alā Sab ah Ahruf, bahawa Ahmad bin Manī menceritakan, al-hasan bin Mūsa menceritakan, Syaibān menceritakan dari Asim dari Zir bin Hubaish dari Ubay bin Ka ab hadith tentang baginda s.a.w. bertemu Jibril a.s. Hadith tersebut berkaitan khabaran baginda s.a.w. kepada malaikat bahawa ummatnya yang ummi, ada yang tua lemah, kanak-kanak, hamba dan orang yang tidak tahu langsung membaca (Al-Mubarakfuri, j7, 2001: 360). Akhirnya semoga dengan kajian kecil ini dapat memberi sumber inspirasi dan semangat mendalami ilmu agama, khususnya dalam bidang Quran Qur aniyah. Di samping itu dengan ketokohan dan kejuhudan Imam Asim menjadikan kita lebih tabah dalam mengutip mutiaramutiara ilmu pengetahuan. Rujukan Ali bin Muhammad al-hahmdani Al-Sakhawi (2010M/1431H), Jamal al-qurra wa Kamal al- Iqra, tahkik Jamaluddin Muhammad Syaraf, cet 1, Tanta: Dar al-sahabah. Ali bin Muhammad al-hahmdani Al-Sakhawi (2010M/1431H), Jamal al-qurra wa Kamal al- Iqra, tahkik Jamaluddin Muhammad Syaraf, cet 1, Tanta: Dar al-sahabah. Ali bin Muhammad al-hamdani al-sakhawi (2004M/1425H), Fathu al-wasid fi Syarh al-qasid, tahkik Jamaluddin Muhammad Syaraf, cet 1, j. 1, Tanta: Dar al-sahabah. Abdul Azis Dahlan (1997), Ensiklopedi Hukum Islam, j. 3, Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve. 84

Abu Amr Uthman al-dani (2003M/1424), Kitab al-taisir fi al-qira at al-sab e, cet 1, Kaherah: Maktabah al- Ilm. Abu Amr Uthman al-dani (t.th), Kitab al-taisir fi al-qira at al-sab e, tahkik Dr Syawqi Dhif, cet 3, Beirut: Dar al-mua rif. Abu Syamah (t.th), Ibraz al-ma ani min Hirzi al-amani, tahkik Ibrahim Utwah Awadh, Kaherah: Mustafa al-babi al-halabi wa Awladuh. Abu al-qasim Firruh al-syatibi (1996M/1417H), Matan al-syatibiyyah, Hirzu al-amani wa Wajhu al-tahani, tahkik: Muhammad Tamim al-zu biy, cet 3, Madinah: Maktabah Dar al-huda. Al-Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad al-syatibi al-ru aini (1996M/1417H), Matan al- Syatibiyyah, tahkik Syeikh Muhammad Tamim Zu bi, cet 3, Madinah: Maktabah Dar al-huda. Dr. Muhammad Salim Muhaisin (1989M/1409H), Fi Rihab al-qur an al-karim, cet 1, Beirut: Dar al-jil. Dr. Muhammad Salim Muhaisin (t.th), Al-Hādi Syarh Tayyibah al-nasyr, Beirut: Dar al-jil. Dr. Sabri Mohamad & Mohd Faizulamri (2010), Dinamika Ilmu Qira at Qur aniyah, Bangi: UKM. Dr. Zulkifli Mohamad al-bakri (2008), Tafsir al-quran, Ayat-ayat Ulul Albab, Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sbn. Bhd, Siri 1. Ibn Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Uthman al-dhahabi (1990), Siyar A`lam al-nubala, Beirut: Mu assasah al-risalah. Ibn Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Uthman al-dhahabi (1995), Mizan al-i`tidal Fi Naqd al-rijal, Beirut: Dar al-fikr. Ibn al-jazari (2006M/1427H), Ghayah al-nihayah, tahkik G. Bergstraesser, cet 1, Beirut: Dar al- Kutub al-ilmiyyah. Ibn Mujahid (2007M/1428H), Kitab al-sab ah fi al-qira at, tahkik Syeikh Jamaluddin Muhammad Syaraf, cet 1, Tanta: Dar al-sahabah. Prof Dr Sami Abdul Fattah Hilal (2007), Nasy ah al-qira at, Tanta: tanpa pencetak. Syeikh Abdul Fattah al-qadhi (1994), Tarikh al-mushaf al-syarif, Kaherah: Al-Idarah al- Markaziayyah li al-ma ahid al-azhariyyah. Syeikh Abdul Fattah al-qadhi (2003M/1423H), Al-Wafi fi Syarh al-syatibiyyah, cet 1, Kaherah: Dar al-salam. 85

Syeikh Abdul Fattah al-qadhi (2003M/1424H), Tarikh al-qurra al- Asyr wa Ruwatahum, Kaherah: Al-Hai ah al- Ammah li Syu an al-matabi al-amiriyyah. Syeikh Abdul Fattah al-qadhi (2010M/1431H), Al-Budur al-zahirah fi al-qira at al- Asyr al- Mutawatirah, cet 3, Kaherah: Dar al-salam. Syeikh Mahmud Khalil al-hushari (t.th), Ahsan al-athār fi Tārīkh al-qurrā al-arba ah Asyar, Kaherah: Al-Tharmi. 86