PEMAKAIAN AKTA HAKMILIK STRATA 1985 DAN KAITANNYA DENGAN KAEDAH-KAEDAH PENAMBAHBAIKAN DALAM URUSAN PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN HARTANAH

dokumen-dokumen yang mirip
AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2014

AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2014. Penubuhan Perbadanan Pengurusan Subsidiari

KERAJAAN MALAYSIA PENERANGAN RINGKAS MENGENAI AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007 [AKTA 663]

EMIRUL SARIFUDIN BIN NOR AZMI HAWA HAZIQAH BINTI HALIB FATIN NADZIRAH BINTI MISRAN STEPHANIE LEE SHEN LING

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Hakmilik Strata (Pindaan) 1 D.R. 33/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

(nombor Kad Pengenalan / Nombor Pendaftaran Syarikat /

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Perjanjian Penyewaan Untuk (MASUKKAN ALAMAT DI SINI),

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

BAHAGIAN I PERMULAAN

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 PERINTAH SARAAN PEGUAM CARA 2005

BAB SATU PENDAHULUAN

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

Borang Permohonan bermaksud borang permohonan yang dikeluarkan oleh Bank untuk langganan kepada Perkhidmatan (seperti yang ditafsirkan di sini).

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN 0701AUC

MUHAMMADYASIR BIN YAHYA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

PENGENALAN KEPADA AKTA HAKMILIK STRATA 1985 (Akta 318) l DDPN3193 l Dr. Khairul Hisyam Kamarudin [khairulhkamarudin.wordpress.

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

KOPERASI KAKITANGAN FELCRA (M) BERHAD ATURAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI PEMBIAYAAN

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PERISYTIHARAN JUALAN

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Khas

STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2015

PERJANJIAN AL-BAI BITHAMAN AJIL UNTUK SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN KAKITANGAN MAJLIS DAERAH TUMPAT

KAEDAH KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AHLI PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN PERIBADI (AL-BAI AINAH)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

Tatacara Pengeluaran Bayaran

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

MEKANISME PELAKSANAAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

Transkripsi:

PERSIDANGAN MEMPERTINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHDIMATAN KERAJAAN PENAMBAHBAIKAN URUSAN-URUSAN PEMAJUAN SERTA PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN HARTANAH TAJUK KERTAS KERJA: PEMAKAIAN AKTA HAKMILIK STRATA 1985 DAN KAITANNYA DENGAN KAEDAH-KAEDAH PENAMBAHBAIKAN DALAM URUSAN PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN HARTANAH Oleh: DR. AZIMUDDIN BAHARI Pengarah Seksyen Pengurusan Strata Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Aras 3, Podium 1, Lot 4G3, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62574 PUTRAJAYA No. Tel : 03-8871 2603, No. Faks : 603-88884627 14 APRIL 2007

PEMAKAIAN AKTA HAKMILIK STRATA 1985 DAN KAITANNYA DENGAN KAEDAH-KAEDAH PENAMBAHBAIKAN DALAM URUSAN PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN HARTANAH 1. PENDAHULUAN 1.1 Akta Hakmilik Strata 1985 merupakan satu undang-undang utama yang membolehkan bangunan berbilang tingkat dipecah bahagi untuk dikeluarkan hakmilik strata ke atas petak-petak bangunan dan kemudiannya membolehkan bangunan-bangunan ini diurus dan disenggara secara berterusan oleh suatu badan statutori dikenali sebagai perbadanan pengurusan. 1.2 Akta ini mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1985 dan telah melalui beberapa kali pindaan. Yang terbaru, Akta 318 telah melalui satu lagi pindaan yang berkuatkuasa pada 12 April 2007. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Pada dasarnya, Akta Hakmilik Strata 1985 mampu menjadi suatu instrumen undang-undang yang berdaya saing seiring dengan peredaran masa, baik dari segi pemohonan pecah bahagi bangunan mahu pun dari segi penyenggaraan dan pengurusan bangunan berhakmilik strata. Namun demikian, akibat beberapa kelemahan, bangunan-bangunan ini terus dibelenggui dengan masalah penyenggaraan dan pengurusan sehingga ada bangunan-bangunan dalam skim strata yang tidak boleh didiami lagi. 1

2.2 Dalam konteks penyenggaraan dan pengurusan bangunan berhakmilik strata, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memelihara kemudahan-kemudahan yang disediakan. Perbuatan vandalism seperti merosakkan tong sampah, melukis graffiti di dinding bangunan dan mencuri logam adalah antara cabaran penyenggaraan bangunan. Sikap masyarakat tidak ambil peduli tentang pengurusan bangunan dan tabungan kumpulan wang pengurusan yang tidak dapat menampung kos mengurus turut mengekang usaha pengurusan yang sempurna. Penyenggaraan dan pengurusan ini hanya boleh ditingkatkan menerusi kesedaran sivik dan pendidikan. 2.3 Namun demikian, undang-undang berkaitan penyenggaraan dan pengurusan juga mampu membawa pembaharuan kepada urusan penyenggaraan dan pengurusan hartanah. Justeru, Akta Hakmilik Strata 1985 telah dipinda bagi membantu Kerajaan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai yang terlibat dalam pembangunan sektor hartanah melalui semua pejabat tanah, pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Pihak Berkuasa Tempatan yang bertindak sebagai Pesuruhjaya Bangunan, Jabatan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perumahan Negara dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian khususnya kepada semua pemaju perumahan, pengurusan hartanah, jurukur tanah berlesen, pembeli-pembeli premis berhakmilik strata dan pemilik-pemilik petak strata. 2.4 Pindaan 2007 dengan pindaan dan penambahbaikan beberapa peruntukan telah dapat meningkatkan keberkesanan penyelenggaraan dan pengurusan bangunan berhakmilik strata seperti mempercepatkan pengeluaran hakmilik strata. Antaranya, 2

dengan mempercepatkan penubuhan perbadanan pengurusan bagi skim kos rendah dan bukan kos rendah supaya pemilik petak cepat mengambil alih pengurusan bangunan mereka daripada pemaju. Pindaan ini juga membolehkan Pihak Berkuasa Negeri mengambil alih pengurusan bangunan kos rendah, penyediaan akaun secara mandatori oleh pemaju untuk accounting transparency dan perlaksanaan penubuhan Lembaga Hakmilik Strata untuk menyelesaikan pertikaian di antara pemilik dan pemilik atau pemilik dengan pemaju. 2.5 Keberkesanan penyelenggaraan dan pengurusan bangunan berhakmilik strata ini telah ditingkatkan dengan memperkenalkan peruntukan-peruntukan di mana akta ini dibaca bersama dengan lain-lain akta terutamanya Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan pengurusan) 2007 yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab Pesuruhjaya Bangunan. 3. KAEDAH-KAEDAH PENAMBAHBAIKAN 3.1 Penubuhan Perbadanan Pengurusan Yang Lebih Awal Perbadanan pengurusan adalah satu-satunya institusi pengurusan dalam sesebuah skim bangunan berhakmilik strata. Sehubungan itu, perbadanan pengurusan adalah penentu kejayaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan. Melalui tinjauan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bersamasama dengan pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, salah satu faktor kegagalan pengurusan di skim strata berpunca daripada masalah kelewatan penubuhan perbadanan pengurusan dan lazimnya perbadanan pengurusan ditubuhkan pada keadaan bangunan sudah mengalami kerosakan serius dan akan menelan 3

belanja yang tinggi untuk membaikinya. Bagi mengatasi masalah kelewatan penubuhan perbadanan pengurusan, terdapat tiga kaedah baru yang dimasukkan dalam Akta Hakmilik Strata 1985. 3.1.1 Pindah Milik Dalam Masa 12 Bulan Dan Denda Bagi Yang Mengingkarnya. Salah satu punca kelewatan penubuhan perbadanan pengurusan datangnya dari sikap pembeli sendiri. Perbadanan pengurusan hanya boleh ditubuhkan apabila pembeli-pembeli memindah milik dari pemaju. Bagi tujuan pindah milik, pembeli dikehendaki membayar fi guaman dan duti setem. Justeru, ada pembeli yang sengaja melewatkan pindah milik atas alasan tiada wang dan ada antara pembeli tidak menghiraukan keperluan ini. Akta Hakmilik Strata 1985 tidak menentukan sebarang had masa bagi pemindahan milik dari pemaju kepada pembeli sehinggalah pindaan yang terbaru di mana bagi memastikan pemilik asal dan pembeli tidak melewatkan penyempurnaan pemindahan hakmilik-hakmilik strata, seksyen 40A dimasukkan dan sekiranya penyempurnaan tidak dapat dalam masa 12 bulan, maka denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih sepuluh ribu ringgit akan dikenakan. 3.1.2 Tempoh Permulaan Berakhir Di Satu Perempat Pindah Milik Aggregat Unit Syer Bagi membolehkan perbadanan pengurusan ditubuhkan dengan lebih cepat, Akta Hakmilik Strata 1985 (pindaan 2007) telah dipinda supaya tempoh permulaan disingkatkan 4

daripada satu pertiga aggregat unit syer kepada satu perempat. Contohnya, bagi skim strata yang mempunyai 100 petak, perbadanan pengurusan yang terdiri daripada pemilik-pemilik petak hanya dapat dibentuk selepas lebih kurang 33 pembeli telah menyempurnakan pindah milik hakmilik strata. Justeru, pindaan terbaru membolehkan hanya dengan 25 pembeli memindahmilik hakmilik strata, perbadanan pengurusan dapat ditubuhkan. 3.1.3 Bagi Skim Kos Rendah, Tempoh Permulaan Juga Berakhir Di Satu Perempat Pindah Milik Kehidupan komuniti dalam flat-flat kos rendah sememangnya sinonim dengan longgokan sampah sarap di merata tempat, dinding yang kotor dan lif yang rosak. Keadaan ini juga berlarutan sehingga menjadi suatu budaya komuniti flat kos rendah. Bagi rumah-rumah flat kos rendah, tempoh penubuhan perbadanan pengurusan adalah 100 peratus iaitu sekiranya suatu skim itu mempunyai 100 petak, maka kesemua petak-petak ini harus dipindah milik hakmilik strata terlebih dahulu bagi membolehkan skim tersebut diurus di kalangan pemilik. Selagi semua pembeli tidak menyempurnakan pindah milik, selagi itu perbadanan pengurusan tidak dapat diurus oleh pemilik. Pindaan baru ke atas Akta Hakmilik Strata 1985 telah membolehkan penubuhan perbadanan pengurusan ditubuhkan selepas penyempurnaan 25 peratus pindah milik iaitu 25 pembeli daripada keseluruhan 100 pembeli, iaitu sama seperti kes bangunan kos biasa. 5

3.2 Penguatkuasaan Ke Atas Pemaju Yang Gagal Memanggil Mesyuarat Agung Pertama Mesyuarat Agung Pertama menandakan tahap baru dalam penyenggaraan dan pengurusan bangunan berhakmilik strata. Ia adalah detik permulaan pengurusan di kalangan pemilik-pemilik petak yang mengambil alih tugas mengurus daripada pemaju. Ironiknya, pemaju yang sepatutnya bersedia menyerahkan tanggungjawab dan obligasinya sebagai perbadanan pengurusan, berminat untuk terus menguruskannya. Lazimnya pemaju ini mempunyai kepentingan tertentu dalam perbadanan pengurusan tersebut. Ini seterusnya mengundang masalah pemaju tidak enggan menyerahkan perbadanan pengurusan kepada pemilik. Tindakan ini adalah melanggar peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 dan akan dikenakan denda. Namun, denda bagi kesalahan ini dinaikkan daripada satu ribu ringgit kepada 25 ribu ringgit dan denda tambahan yang tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. 3.3 Penggubalan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 Sebagai Pelengkap Akta Hakmilik Strata 1985 Selepas buku daftarai strata dibuka, maka tertubuhnya perbadanan pengurusan yang mana pada tahap ini ianya diurus oleh pemaju. Penyenggaraan dan pengurusan sesebuah skim strata akan melalui tiga tahap bermula dari bangunan yang baru didiami. 6

i. Tahap 1 - pemaju akan memikul tanggungjawab mengurus yang lazimnya dibuat mengikut perjanjian jual beli; ii. Tahap 2 - pemaju yang bertindak sebagai perbadanan pengurusan, dan; iii. Tahap 3 - pemilik sebagai perbadanan pengurusan Ini ditunjukkan melalui ilustrasi seperti di bawah: Rajah 1: Sebelum Pindaan Pendaftaran Hakmilik Strata Tempoh Permulaan 1 2 3 Pindahmilik 1/3 aggregat unit syer Pemaju Pemaju sebagai Pemilik mengambil Alih Perjanjian Jual Beli Perbadanan Pengurusan Perbadanan Pengurusan Akta Hakmilik Strata 1985 Sebelum Pengeluaran Hakmilik Strata Selepas Pengeluaran Hakmilik Strata Permasalahan pengurusan lazimnya berlaku pada tahap 2 di mana pada masa itu, di mana satu daripada kelemahannya adalah disebabkan tiada masa menentukan tamatnya tempoh permulaan. Pada keadaan sebenar, tempoh permulaan boleh mengambil masa melebihi lima hingga sepuluh tahun. Sehubungan itu, dengan adanya tempoh masa 12 bulan bagi tempoh permulaan diikuti dengan penubuhan Joint Management Body di antara pemaju dan pembeli dalam tempoh interim, penyenggaraan dan pengurusan dapat diteruskan dengan baik sehingga pengambilalihannya oleh pemilik selepas tamatnya tempoh permulaan. 7

Rajah 2 : Selepas Pindaan Bangunan Siap Dibina Vacant Possession Tempoh Permulaan ABHB Tempoh Interim ABHB Tempoh Permulaan AHS 1 2 3 JMB dan JMC Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 Akta Hakmilik Strata 1985 Kawalan Pesuruhjaya Bangunan ABHB Akta Bangunan dan Harta Bersam AHS Akta Hakmilik Strata JMB Joint Management Body JMC- Joint Management Corporation Dengan penggubalan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) dan penguatkuasaan Akta Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2007), kedua-dua akta ini akan saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain supaya penyenggaraan dan pengurusan bangunan adalah konsisten dan berterusan. Di samping itu, tugas seorang Pengarah Tanah dan Galian turut dilengkapi dengan seorang Pesuruhjaya Bangunan bagi mezahirkan penyenggaraan dan pengurusan bangunan strata yang terbaik. 3.4 Perintah Lembaga Hakmilik Strata Diperluaskan Lembaga Hakmilik Strata adalah sebuah badan statutori yang ditubuhkan di bawah Bahagian IXA, Akta 318 untuk mendengar dan memutuskan pertikaian-pertikaian yang dibuat di bawah Akta itu. Fungsi Lembaga adalah hampir sama dengan badan 8

pentadbiran keadilan yang lain seperti Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Tribunal Tuntutan Pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Lembaga Hakmilik Strata merupakan platform terbaik bagi perbadanan pengurusan mahupun pemilik petak membawa sebarang permasalahan untuk diadili. Meskipun begitu, perintah-perintah yang boleh dikeluarkan oleh Lembaga adalah terhad. Justeru, pindaan 2007 telah memperluaskan perintah-perintah Lembaga Hakmilik Strata bagi membolehkan perbadanan pengurusan berfungsi dengan lebih efesien. 4. RUMUSAN Akta Hakmilik Strata 1985 ditambahbaik melalui pindaan demi pindaan, supaya ianya dapat mengubah senario penyenggaraan dan pengurusan skim strata semasa. Penambahbaikan yang dilalui Akta ini adalah tunjang kejayaan pengurusan bangunan pada masa akan datang. Namun, tanpa sokongan dan kesedaran pelbagai pihak terutamanya pemaju, perbadanan pengurusan, pemilik, penyewa dan penghuni ianya tidak mampu dicapai. 9