BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Bab ini adalah kesimpulan daripada perbincangan di dalam bab-bab sebelumnya. Merujuk

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 3 PELAKSANAAN ZAKAT PERTANIAN DALAM KONTEKS MALAYSIA. Pertanian sudah terkenal sejak kemajuan pertanian kerajaan Saba 1 yang masyhur dengan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

BAB 14 AUDIT DALAMAN

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Zulkifli Hasan

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

BAB SATU PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pencalonan Universiti Sains Malaysia

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

KOS PENANAMAN (KP) DAN KOS SARA HIDUP (KSH) DALAM PERAKAUNAN ZAKAT PADI DI MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 6. pendapatan dan (7) mengenalpasti kesan agihan zakat dari perspektif maqāṣid syarīah.

SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

PERSIDANGAN MEJA BULAT: ISU & CABARAN KONTEMPORARI DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Hakim Wanita Di Mahkamah Syariah: Isu dan Cabaran

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1982 PERATURAN-PERATURAN MENGENAI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

AMALAN PENETAPAN HAD KIFAYAH DI MALAYSIA. Prof Madya Baharuddin Sayin Pengarah Institut Kajian Zakat & Wakaf Malaysia (IKaZ) Universiti Teknologi MARA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

بسم هللا الرحمن الرحيم

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Nora`inan bt. Bahari Calon Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 19/Jun/ :05 AM 1

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. mengenai zakat lazimnya menjurus kepada pentadbiran harta zakat. Selaras dengan

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) /1999. BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, Pemangku Raja Selangor

SURAT PEKELILING BENDAHARI

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

Menjelang tahun 1390H / 1970, isu penentuan awal Ramadhan dan Syawal menjadi

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

TAJUK 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Transkripsi:

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN 5.0 Pendahuluan Bab ini adalah kesimpulan daripada perbincangan di dalam bab-bab sebelumnya. Merujuk kepada permasalahan dan objektif kajian yang ingin dicapai, terdapat beberapa kesimpulan dan saranan dikemukakan untuk diambil perhatian oleh semua pihak yang berwajib. 5.1 Kesimpulan Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, penulis merumuskan bahawa hukum zakat pertanian di Malaysia berdasarkan fatwa sama ada berstatus warta atau sekadar keputusan yang diputuskan di peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri sepertimana yang diperuntukkan di dalam Enakmen atau Ordinan Pentadbiran Agama Islam Negeri. Keseluruhan negeri di Malaysia hanya mengehadkan fatwa zakat pertanian ke atas hasil tanaman padi dengan memakai qaul muktamad mazhab Syafi`e iaitu mengenakan zakat ke atas makanan asasi sesuatu negeri, termasuk negeri Perlis yang pada dasarnya tidak terikat dengan sesuatu pendapat sahaja dalam penetapan sesuatu hukum fatwa. Hakikatnya, metode penetapan sesuatu fatwa di Malaysia tidak hanya bertaqlid semata-mata kepada qaul muktamad mazhab Syafi`e, malah sepertimana peruntukkan di dalam seksyen 54 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan seksyen 39 Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 membenarkan (transformasi) sesuatu hukum, sama ada diharuskan talfiq kepada mazhab-mazhab muktabar yang lain, ataupun dibenarkan berijtihad tanpa terikat kepada sebarang mazhab tertentu berasaskan faktor maslahah dan kepentingan awam. 145

Transformasi hukum yang dimaksudkan adalah berasaskan maqasid syari`ah dengan melihat kepada nilai semasa, setempat, `urf dan maslahah. Ini kerana kemungkinan pandangan atau fatwa yang pernah diputuskan hanya sesuai untuk zaman dan keadaan masa itu dan tidak sesuai dengan perkembangan keperluan daruri semasa manusia iaitu daruriyyat meliputi pemeliharaan maslahah agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Oleh itu, Maqasid syari`ah dalam memperluaskan hasil zakat tanaman kepada tanaman komersial yang lebih menguntungkan di Malaysia seperti tanaman kelapa sawit, getah dan kelapa berdasarkan dalil yang digunakan oleh Imam Hanafi yang bertepatan dengan keumuman nas sepertimana yang telah dibahaskan oleh Yusuf al-qardawi. Maqasid perluasan hasil zakat pertanian ini disebabkan terdapatnya unsur kekayaan, subur dan menguntungkan para asnaf, berdasarkan statistik ekonomi pertanian semasa Malaysia 2006-2011. Begitu juga, analisa daripada persepsi masyarakat dan responden kajian melihat kewajaran memperluaskan hasil zakat tanaman selain daripada tanaman padi sahaja. Isu kedua ialah maqasid penolakan kos-kos tertentu sebelum dikenakan zakat tanaman. Di Selangor zakat tanaman dikenakan ke atas hasil kasar sahaja, berbanding di negeri Sarawak, Pulau Pinang dan Terengganu zakat tanaman dikenakan selepas ditolak kos operasi. Di Perlis secara rasminya membenarkan penolakan kos operasi dan kos sara diri. Objektif utama zakat adalah mengambil daripada orang berada lalu diberikan kepada golongan miskin. Kos operasi yang tinggi terpaksa ditanggung oleh para petani iaitu 50% daripada hasil pendapatan kasar di samping kupon subsidi yang diterima juga dikira sebagai pendapatan kasar petani. Manakala kewajaran penolakan sara diri had kifayah bagi memelihara keperluan asasi daruriyyat diri petani dan tanggungannya terdiri daripada penyediaan makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan. Jika kos- 146

kos ini tidak ditolak akan mendatangkan mafsadah kepada ekonomi petani iaitu tergolong di bawah pendapatan garis kemiskinan PGK, impak negatifnya juga kepada keturunan nasl dan perkembangan akal. 5.2 Saranan 5.2.1 Saranan Dalam Aspek Pentadbiran Zakat a) Taksiran Zakat Pertanian Semasa Badan yang telah diamanahkan dalam pentadbiran dan pengeluaran fatwa seperti Baitulmal Negeri dan Jawatankuasa Fatwa Negeri perlu menilai semula hukum yang pernah diputuskan dan dianalisis dari semasa ke semasa agar bersesuaian dengan maqasid semasa. Hal ini kerana kemungkinan fatwa yang telah diwartakan hanya bersesuaian dengan keadaan semasa dan setempat ketika itu sahaja. Antara isu-isu yang perlu diberi perhatian dalam kes zakat pertanian ini adalah: i. Terminologi Zakat Pertanian Semasa Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terminologi zakat pertanian berbeza di setiap negeri, walaupun kesemua negeri di Malaysia berpegang kepada qaul mazhab Syafi`e dalam menetapkan skop zakat pertanian. Tafsiran secara istilah yang digunakan terlalu umum berdasarkan dalil daripada surah al-baqarah 2:267 dan pendapat mazhab Syafi`e yang mengehadkan kepada makanan asasi iaitu tanaman padi di Malaysia sepertimana amalannya di Lembaga Zakat Selangor, Pusat Urus Zakat Pulau Pinang dan Tabung Baitulmal Sarawak. 147

Justeru penulis mencadangkan Pegawai Penyelidikan Syarak setiap negeri membangunkan sistem garis panduan tafsiran setiap istilah jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat dan juga kelapan-lapan asnaf yang berhak mendapat zakat bersesuaian dengan keadaan semasa dan setempat sepertimana aplikasinya di dalam perundangan yang mempunyai interpretasi semasa. Implikasinya modus operandi perlaksanaan pengurusan kutipan dan agihan zakat akan selari dengan definisi yang ditetapkan dan ini akan memudahkan pegawai zakat dalam mengorak langkah dengan lebih produktif. ii. Ketetapan Kadar Zakat Pertanian Berdasarkan Setempat (Lokaliti) Di Malaysia terdapat tiga kepelbagaian dalam ketetapan kadar zakat pertanian. Pertamanya, hanya mengenakan kadar tunggal sepertimana aplikasinya di Lembaga Zakat Selangor dan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang dengan masing-masing mengenakan dengan kadar 5% dan 10%. Keduanya, negeri-negeri yang mengambil pendapat sarih hadith Ibnu `Umar dan hadith Mu`az dengan memberi pilihan berdasarkan kaedah pengairan yang digunakan sepertimana amalan di MAIDAM dan Baitulmal MAIPs. Ketiga adalah di TBS yang menggunakan kaedah alternatif ketiga iaitu 7.5% bersumberkan pendapat Ibnu Qudamah. Ketetapan kadar zakat pertanian di atas berdasarkan keadaan setempat berfaktor jenis saliran lokaliti yang digunakan sama ada menggunakan jentera moden dan saliran air tradisional dan geografi setempat seperti di Sarawak yang berbukit bukau yang mengehadkan penggunaan teknologi saliran. Walaupun begitu, penulis menyarankan agar penilaian hukum pengairan ini dikaji dari semasa ke semasa disebabkan perkembangan teknologi pengairan. Sinergi di antara pihak Baitulmal, Jabatan Pengairan Saliran, Jabatan Pertanian Negeri dan Jawatankuasa Fatwa Negeri perlu dipererat lagi demi maslahah dan kerelevanan semasa sesuatu hukum zakat pertanian. 148

iii. Kadar Nisab 5 Awsuq Berdasarkan Timbangan Metrik Semasa. Di Malaysia kesemua negeri berpegang dengan pendapat jumhur ulama dengan mengenakan nisab dengan kadar 5 awsuq. Namun berdasarkan penganalisisan penulis mendapati terdapat ketidakselarasan dengan tiga kepelbagaian kadar gantang Malaysia iaitu 363 gantang, 375 gantang dan 400 gantang. Begitu juga dengan kepelbagaian takaran kilogram iaitu 987kg, 1080kg, 1300kg dan 1306kg. Kepelbagaian ini jelas disebabkan oleh timbangan tradisional lokaliti yang masih digunakan seperti pasuk, kunca dan naleh. Oleh itu dicadangkan menggunakan kaedah timbangan metrik yang moden seperti penimbang jenis digital yang disediakan oleh Unit Metrik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dipraktikkan bagi memastikan ketepatan timbangan menyamai 5 awsuq atau 300 gantang baqhdad kepada takaran gantang Malaysia. Sepertimana penilaian yang dilakukan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia membincangkan cara penetapan harga zakat fitrah seluruh Malaysia dinilai dari semasa ke semasa. b) Penambahbaikan Dalam Aspek Pentadbiran i. Mewujudkan Panel Kajian Syariah (Penyelidikan R&D). Disarankan diwujudkan Panel Kajian Syariah bagi melakukan penyelidikan terkini berasaskan nilai semasa dan setempat di setiap Baitulmal Negeri sebelum dipanjangkan kepada pihak Jabatan Mufti Negeri. Bagi menjamin sesuatu kajian itu bersifat semasa dan berfokus dicadangkan setiap jenis harta dikaji oleh seorang (Person Incharge) dengan pelantikan pegawai zakat yang kompeten agar menilai perkembangan terkini perluasan harta, taksiran dan definisi semasa. Panel Kajian Syariah ini perlu diketuai oleh ulamaulama atau pakar dalam bidang zakat dan perjumpaan bulanan ditetapkan bagi membincang 149

isu atau mendapat sebarang taujihat. Sinergi antara pihak baitulmal dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga sangat perlu bagi melakukan kajian yang lebih mendalam teoretikal mahupun empirikal melibatkan isu-isu zakat kontemporari. 5.2.2 Saranan Dalam Aspek Perundangan i. Keluasan Berpegang Kepada Pendapat Mana-mana Mazhab Berdasarkan Maslahah. Pihak Jawatankuasa Fatwa seharusnya mengoptimumkan peluang yang telah diperuntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam dengan mengambil qaul-qaul muktamad daripada mazhab muktabar yang lain jika melibatkan maslahah dan kepentingan umum agar sesuatu hukum itu lebih praktikal pada zaman globalisasi ini. Kesesuaian bertaqlid kepada satu mazhab sahaja, hakikatnya tidak bertempat di sisi syarak kerana boleh sahaja pendapat dalam sesuatu mazhab itu betul atau salah sehingga membantutkan keanjalan Syariat Islam itu sendiri dan memberi pandangan negatif bahawa hukum Islam bersifat jumud dan tidak relevan pada setiap masa dan zaman. ii. Penilaian Fatwa Zakat Perlu Dinilai Dari Semasa Ke Semasa. Penilaian sesuatu fatwa yang telah diputuskan perlu dinilai semula dari semasa ke semasa sepertimana peruntukan di dalam seksyen 50 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri (EPAI) dengan memberi bidang kuasa kepada Jawatankuasa Fatwa dalam meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan sesuatu fatwa dari semasa ke semasa. Namun, amalannya di Malaysia sesuatu fatwa yang pernah diputuskan tidak dinilai semula, kecuali jika ia menjadi isu kontroversi sepertimana termaktub di bawah seksyen 47 EPAI. Hal ini perlu diatasi segera kerana mengeluarkan sesuatu fatwa yang bersifat ad-hoc akan mengakibatkan sesuatu fatwa itu tidak menepati maqasid semasa yang kemungkinan hanya 150

relevan pada masa dan ketika isu kontroversi itu timbul dan demi kepentingan sesetengah pihak sahaja. Jika sesuatu isu atau dasar melibatkan kepentingan nasional menyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana jabatan hendaklah dicadangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) di bawah seksyen 51 EPAI. Apabila sesuatu fatwa itu telah diwartakan, Jawatankuasa Fatwa Negeri hendaklah menerima pakai syor atau nasihat JFK sepertimana di bawah seksyen 52 EPAI. Namun hakikatnya penerimaan syor JFK ini dipolemikkan di peringkat negeri dan tidak mengambil saranan ini untuk diwartakan sepertimana isu penetapan harga zakat fitrah yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-57 dengan menetapkan harga zakat fitrah berdasarkan berat segantang beras di Semenanjung 2.6kg, manakala di Sabah dan Sarawak seberat 2.7kg. Amalannya di negeri-negeri berbeza dengan menetapkan kadar masing-masing, kecuali di Terengganu dengan mengambil saranan ini untuk dikuatkuasakan pada tahun 2012. Ini jelas memperlihatkan keupayaan JFK untuk menangani isu-isu nasional diragui di peringkat negeri. Disarankan agar penambahbaikan sistem pentadbiran fatwa ini dengan memberi mandat yang lebih besar kepada JFK dalam menguatkuasakan fatwa yang telah diwartakan di seluruh Malaysia demi menjaga kemaslahatan perpaduan umat Islam di Malaysia. iii. Bidang kuasa Dalam Penetapan Hukum Objektif penubuhan Baitulmal adalah untuk memperkasa pengurusan institusi zakat, memaksimumkan potensi kutipan zakat, menangani dan membasmi kemiskinan, meningkatkan syiar Islam dan membangunkan sosioekonomi ummah. Manakala segala 151

hukum hakam zakat bersumberkan fatwa yang diputuskan di peringkat Jawatankuasa Negeri. Namun, persoalan mengenai autoriti sesuatu dasar disangsi sama ada Jabatan Mufti mempunyai bidang kuasa sepenuhnya terhadap hukum hakam zakat atau diberikan sedikit kelonggaran membuat peraturan kepada Baitulmal. Misalnya timbul persoalan sama ada hukum-hakam berkenaan zakat diputuskan di peringkat Baitulmal MAINs (Perlis) sahaja di bawah Peraturan 72B (1), Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Perlis, tanpa mengambil pandangan daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis. Tindakan ini akan terdedah kepada keputusan yang diputuskan di peringkat bahagian Baitulmal sahaja ultra virus. Ini kerana, berdasarkan temu bual bersama Timbalan Mufti Perlis hukum zakat pertanian diputuskan pada tahun 1980an dan sehingga kini (tahun 2012) masih belum dibuat penilaian semula. Akan tetapi pihak Baitulmal telah meminda kadar nisab daripada 986.7kg kepada 1300kg tanpa pengetahuan pihak Jabatan Mufti Perlis. Oleh itu, penulis mencadangkan agar terdapat ketetapan khusus di dalam EPAI berkenaan bidang kuasa menggubal sesuatu hukum mengenai zakat. Misalnya segala dasar yang menyentuh hukum syarak terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Mufti dan kaedah perlaksanaannya terserah kepada kebijaksanaan pihak Baitulmal. iv. Penambahbaikan Dokumentasi Berdasarkan temu bual bersama pihak Mufti Negeri Sarawak, keputusan Jawatankuasa Fatwa berkenaan zakat pertanian masih mengaplikasikan hukum zakat padi yang lama dan tidak dapat dipastikan dokumentasi pewartaan hukum tersebut kerana masalah dokumentasi atas alasan kebanyakan pegawai adalah baru. Begitu juga, kegagalan penulis dalam mendapatkan statistik perolehan zakat padi dari tahun 2006-2010 daripada bahagian akauntan Baitulmal kerana perolehan kutipan 152

sebelum dari tahun 2011 hanya direkodkan secara manual di dalam buku, oleh itu sukar bagi pihak Baitulmal MAIPs untuk menyemak semula dan menyediakan kepada penulis. Saranan penulis agar segala minit mesyuarat, laporan-laporan rasmi dan kertas kerja perlu didokumentasikan secara sistematik dan kegagalan berbuat demikian akan menyukarkan pihak-pihak terkemudian untuk menyemak semula untuk mengaudit sistem pentadbiran semasa. 2. Saranan Dalam Aspek Masyarakat a) Kefahaman Dan Kesedaran Berkenaan Ilmu Zakat Pertanian Masyarakat perlu difahamkan akan kepentingan syariat berzakat dengan menjelaskan hikmah-hikmahnya. Penyebaran maklumat ini dengan memanfaatkan perkembangan teknologi semasa dengan memuatkan maklumat-maklumat berkenaan dengan zakat disertakan dengan dalil-dalil yang sahih di laman sesawang sepertimana yang telah dilakukan oleh kebanyakan negeri. Gerakan dakwah juga perlu dipergiatkan lagi di kawasan-kawasan pendalaman, di jabatan-jabatan mahupun di kawasan-kawasan awam melalui ceramah, sebaran pamplet dan lain-lain bagi menanam nilai kepercayaan terhadap Baitulmal sebagai pemegang amanah dalam pengagihan kepada asnaf-asnaf, sepertimana yang sedang dibangunkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak cawangan Sri Aman iaitu Makmal Kaedah Pembayaran Zakat Pertanian 2012. b) Saranan Kepada Kakitangan Akademik Dan Pelajar Agar Melakukan Kajian Zakat. Disarankan agar kajian berkenaan zakat pertanian diteruskan dengan melihat kepada isu-isu semasa misalnya impak ekonomi pertanian kelapa sawit di FELDA dan tanaman getah FELCRA kepada perubahan hukum zakat pertanian. Kajian empirikal juga perlu 153

diperbanyakkan kepada negeri-negeri selain daripada batasan kajian penulis khususnya di Sabah disebabkan perbezaan struktur geografi, kepelbagaian kaum dan bagaimana maqasid mengatasinya. Kerjasama di antara Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Saliran Negeri, MARDI dan jabatan-jabatan yang terlibat secara langsung dengan pertanian perlu diperkukuhkan agar sesuatu hukum yang dikaji lebih bersifat holistik. 154