TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH

dokumen-dokumen yang mirip
MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 159 TARIKH: 20 JUN 2014 (JUMAAT); JAM: PAGI TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN

TITAH TUANKU CANSELOR DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN PELAN STRATEGIK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 165 TARIKH: 6 JAMADIL AKHIR 1437/15 MAC 2016 (SELASA); JAM: PAGI; TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Bismillahi Rahmani Rahim.

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK SAS/CTU 553 BAB 8 - ISLAM HADHARI 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH UPACARA PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH SELAMA

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Sambutan Presiden RI pada Peringatan Nuzulul Qur'an 1433 H, Jakarta, 7 Agustus 2012 Selasa, 07 Agustus 2012

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

Bab 2. Bab 5. Bab. Bab 1. Bab. 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 10. Bab

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah


FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

Sambutan Presiden RI pada Musabaqah Tilawatil Qur'an, 5 Juni 2010 Sabtu, 05 Juni 2010

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Sambutan Presiden RI pada Peringatan Nuzulul Quran 1430 H, Senin, 07 September 2009

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA


TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Sambutan Presiden RI pada Peringatan Isra Mi'raj Nabi Muhammad SAW, Jakarta, 30 Juni 2011 Kamis, 30 Juni 2011

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH ( CAWANGAN PULAU PINANG ) MODUL PENILAIAN S.P.M 2011 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN SURAU KAMPUS TETAP UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 12 Mac 2014

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

TEKS UCAPAN MUSABAQAH TILAWATIL QUR AN PERINGKAT AKHIR BELIA KEBANGSAAN 1432H/2011M

PERASMIAN SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2017

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

Transkripsi:

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 1435 HIJRAH/2014 MASIHI TARIKH: 14 JANUARI 2014 (SELASA), JAM: 10.00 PAGI TEMPAT: AMAN JAYA CONVENTION CENTRE CASUARIA@MERU, IPOH Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji milik ALLAH Subhanahu Wata ala yang telah mengutus seorang Rasul, untuk menjadi rahmat bagi semesta alam. 1 Selawat dan kesejahteraan ke atas Rasul Junjungan dan penghulu kami, Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, semulia-mulia kejadian; kurniakan rahmat ke atas Baginda, demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh kegelapan. Semoga memperoleh ihsan sehingga ke hari kebangkitan. 1 Al-Quran, Al Anbiyaa (21:107) 1

2. Sambutan Maulidur Rasul kali ini bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Secara harfiahnya, Wasatiyyah bermaksud kesederhanaan, perilaku dan perbuatan baik yang menjauhi amalan melampau dan keterlaluan, berunsur ekstreme. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah Sallallahu alai Wassalam itu suri teladan yang baik bagi mu (ia itu) bagi orang yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH. 2 3. Mengamalkan kesederhanaan adalah antara sifat terserlah yang dimiliki oleh Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam hingga berupaya mencipta kejayaan gemilang menyebarkan risalah Islam merentasi sempadan kafilah, kaum, bangsa dan budaya. ALLAH Subhanahu Wata ala mengutus Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam untuk memperlihatkan contoh teladan kepimpinan yang unggul lagi menyeluruh untuk memimpin umat manusia, mengatasi permasalahan, menyelesaikan konflik serta membina umat yang bersopan lagi beradab, tertib dan patuh kepada peraturan menurut ketetapan yang telah diwahyukan oleh ILAHI. Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada insan yang mengharapkan rahmat ILAHI dan yang memohon ditunjukkan SIRATULMUSTAKIM, jalan yang lurus, untuk mengambil iktibar dan pelajaran daripada sifat-sifat unggul yang diamalkan oleh Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam, dijadikan pedoman hidup dijadikan panduan dijadikan rujukan dalam menggubal tata cara, 2 Al-Quran, Al Ahzab (33-21) 2

kaedah dan pendekatan pemerintahan untuk membina ummah yang bersatu padu. 4. Bumi Malaysia ini dan penduduknya berjaya membentuk sebuah negara dan satu warga merdeka berasaskan prinsip penyatuan; penyatuan yang telah berjaya dibentuk dalam kepelbagaian. Selama 56 tahun mencapai kemerdekaan, perpaduan telah berjaya dipupuk hingga membolehkan negara menikmati suasana kehidupan yang aman lagi harmoni. Keamanan yang berjaya dipupuk telah membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan untuk memaju dan mengusahakan kekayaan sumber rezeki yang telah dikurniakan oleh ILAHI di bumi ini, hingga Malaysia muncul sebagai negara yang makmur lagi sejahtera. Hubungan harmoni antara warga pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai agama, berlatar belakang pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa adalah tunggak asas, membina kekuatan warga dan keutuhan negara; hingga Malaysia dijadikan negara contoh malah turut diiktiraf sebagai sebuah negara Islam yang berjaya dari segi pembangunan ekonomi dan pembangunan ummah, di samping berjaya memupuk hubungan harmoni antara agama antara kaum. 5. Kebelakangan ini kelihatan tercetus senario yang berpotensi menggugat tunggak asas kekuatan kestabilan negara, susulan polemik yang sedang berlaku di antara penganut Islam dan penganut Kristian. Senario ini, jika gagal diredakan, amatlah 3

membahayakan. Tindak tanduk keterlaluan dari mana-mana pihak adalah perbuatan yang bercanggah dengan prinsip Wasatiyyah yang sedang dianjurkan oleh pimpinan negara. 6. Perkara berkaitan agama terlalu sensitif dan sangat mudah menyalakan emosi marah menghidupkan sentimen bermusuh. Sejarah telah menunjukkan, isu agama, jika gagal ditangani secara segera - secara bijaksana, terlalu cepat membuahkan perselisihan hingga merebak kepada perbalahan, mencetuskan pergaduhan, mengakibatkan persengketaan. Sentimen agama tidak boleh sama sekali diizinkan untuk disensasikan oleh manamana pihak. Psikologi dan minda mana-mana penganut ketika mempertahankan pendirian agama masing-masing wajib difahami; ia melibatkan unsur-unsur kesucian dan kekudusan, ia dipengaruhi dorongan dalaman dorongan spiritual, ia menyentuh emosi, ia menyentuh maruah, ia menyentuh harga diri. Tidak ada pihak yang mahu menerima kekalahan; oleh itu ia memerlukan formula penyelesaian yang bijaksana lagi berhemah, memperlihatkan dan meyakinkan pihak-pihak yang bertelagah akan berlakunya keadilan. 7. ALLAH Subhanahu Wata ala telah mencipta alam semesta dengan kehidupan yang tidak seragam. ALLAH Subhanahu Wata ala telah mencipta umat manusia yang pelbagai untuk menghuni bumi ini seperti yang digambarkan dalam ayat 13 Surah Al-Hujurat, bermaksud; 4

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. 3 8. Kebijaksanaan menerokai formula yang dapat menjalinkan hubungan harmoni di antara umat manusia yang telah ALLAH ciptakan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku amat penting untuk mewujudkan dunia dan negara yang aman, tenteram, makmur lagi sejahtera. Ia amat perlu difahami serta dihayati, ia amat relevan dalam konteks negara kita yang komposisi warganya begitu pelbagai, baik dari segi kaum, agama, budaya dan bahasa. 9. Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam, sepanjang hayat Baginda secara bijak lagi tertib telah mempamerkan contoh-contoh keadilan yang harus dijadikan panduan dalam hasrat memupuk keharmonian ketika berurusan dengan pengikut agama lain. Amalan berhikmah lagi adil Baginda turut dicontohi oleh para sahabat untuk mengelakkan berlakunya konflik dan salah faham di antara agama selaras dengan seruan yang terkandung dalam ayat 8, Surah Al-Maa-idah bermaksud; 3 Al-Quran, Al-Hujurat (49:13) 5

Wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu jadi orangorang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana ALLAH, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencian mu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. 4 10. Baginda senantiasa mempamerkan sifat hormat kepada penganut agama lain, merintis langkah menjalinkan hubungan dan kerjasama untuk membina kedamaian dan kesejahteraan hidup. Terdapat pelbagai peristiwa yang memperlihatkan terjalin kerjasama baik di antara Baginda dengan kalangan bukan Islam, diasaskan atas semangat saling menghormati. Untuk sekian lamanya, Baginda ditemani dan dibantu oleh seorang pemuda Yahudi. Baginda tidak pernah memaksa Pemuda tersebut menukar agama, hingga pada saat pemuda itu menghadapi nazak, dengan ketentuan dan rahmat ILAHI, pemuda tersebut atas pilihan sendiri, meminta izin dari bapanya untuk memeluk Islam. Diriwayatkan Baginda berdiri tanda menghormati, ketika usungan jenazah seorang Yahudi melintasi Baginda. 11. Ummu Salamah bersama anak yang terpisah dengan suaminya telah dibantu dan dilindungi oleh Uthman ibn Talhah, 4 Al-Quran, Al Maa-Idah (5:8) 6

seorang bukan Islam untuk sampai ke Medina. Sayidina Abu Bakar Radiallahuanhu telah mendapatkan khidmat Abdulla ibn Urayqat, seorang Badwi bukan Islam sebagai pemandu, membantu menunjukkan jalan ketika Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam melakukan Hijrah. 12. Ketika umat Islam di bumi Mekah menghadapi pelbagai penderitaan akibat perbuatan zalim puak Quraisy, Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam telah menganjurkan pengikut Baginda berundur dari bumi Mekah, berlindung buat sementara waktu di Abyssinia. Meskipun Raja Abyssinia beragama Kristian, Raja tersebut bersifat adil dan membenarkan pengikut Baginda menetap di Abyssinia serta bebas mengamalkan Islam. Umat Islam menetap di Abyssinia selama hampir lima belas tahun sebelum menyertai Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam di Medina selepas berlakunya peristiwa Hijrah. 5 13. Adab dan tertib menghormati agama lain diperlihatkan juga oleh para sahabat. Syaidina Umar Al-Khattab, Radiallahuanhu ketika berada di Jerusalem, memperlihatkan sifat menghormati rumah ibadah penganut Kristian apabila menolak saranan melakukan solat di dalam Gereja Holy Sepulcher; di samping khuatir perbuatan bersolat di dalam Gereja tersebut, berkemungkinan memberikan mesej salah kepada umat Islam di kemudian hari, hingga umat Islam terdorong bertindak ganas 5 Tariq Ramadan, 62 7

tanpa rasional meruntuhkan gereja untuk digantikan dengan masjid. 14. Dalam menangani sesuatu krisis, akal dan ilmu berperanan utama. Kata-kata hikmah yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam hendaklah dijadikan asas pegangan. Baginda memperingatkan; Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika dia mahukan kejayaan di akhirat, maka dia hendaklah juga berilmu, dan jika dia mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu 15. Islam adalah agama berteraskan ilmu. Umat Islam hendaklah mencerminkan imej, lalu disegani dan dihormati sebagai umat berilmu. Umat Islam wajib mempamerkan watak dan sifat insan berilmu; berfikir serta bertindak berlandaskan akal dan ilmu. Insan berilmu senantiasa mempamerkan watak dan sifat sederhana, berfikiran rasional, berjiwa tenang lagi sabar, bertindak bijak lagi berhikmah, serta memiliki daya mengawal nafsu dan emosi marah, supaya tidak terlatah ketika berhadapan provokasi. Umat Islam sewajibnya membina imej dan kekuatan daya tahan berteraskan ilmu selaras dengan Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah akan sabda Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam, 8

Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah. 16. Dalam pada itu, hendaklah turut difahami bahawa insan juga memiliki nafsu amarah. Oleh itu, sifat toleransi sesuatu pihak ada batas sempadannya; selagi provokasi yang dilakukan tidak sampai ke peringkat yang dilihat telah melanggar sempadan menceroboh kawasan. Komponen adab dan tertib untuk tidak menghina dan merendahkan agama lain hingga ke peringkat mencetuskan kemarahan, terkandung dalam ajaran semua agama. Perbuatan merendahkan agama Islam, begitu juga perbuatan merendahkan agama lain adalah perbuatan yang tidak mencerminkan watak yang diasaskan kepada roh agama. Perbuatan sedemikian lebih bersifat perosak kepada hubungan harmoni antara agama. Perbuatan sedemikian akan menjadi pencetus kepada persengketaan. 17. Isu agama hendaklah ditangani dalam semangat dan roh agama, di kalangan ulama dan di kalangan mereka yang arif dalam ilmu agama masing-masing, bertujuan dan berhasrat untuk mencari penyelesaian demi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara kekal terpelihara dan hubungan harmoni antara pengikut kekal terjamin. Isu agama hendaklah dipisahkan dari dijadikan umpan politik dan senjata politik kerana ia boleh memakan diri sendiri, ia boleh mencetuskan persengketaan, ia 9

boleh mengakibatkan berlakunya porak-peranda yang perlu dibayar dengan kos tinggi dan memakan masa lama sebelum dapat diselesaikan. Pimpinan politik, terutama pimpinan politik di peringkat tertinggi, wajib memperlihatkan sifat negarawan dan sifat bertanggung jawab dengan mempamerkan sebaik contoh untuk tidak mensensasikan isu agama. 18. Dalam mempertahankan kesucian agama, umat Islam hendaklah bersatu pendirian - bersatu pegangan. Agama Islam terlalu kudus terlalu suci; ia tidak boleh diheret hingga ke peringkat dikompromikan kerana kepentingan politik. Kekudusan dan kesucian agama Islam wajib dipertahankan daripada sebarang bentuk penodaan, baik secara tersurat apatah lagi secara tersirat. Umat Islam adalah bersaudara. Pada saat dan ketika berlaku usaha-usaha yang mahu menodai kesucian Islam, umat Islam wajib bersatu dalam semangat ukhuwah Islamiah. Jangan kerana kelainan kabilah politik, umat Islam memilih untuk mengambil pendirian berbeza, tidak mahu bersama mempertahankan kesucian Islam. Pendirian sedemikian, akan memberikan mesej yang salah; pendirian sedemikian akan melemahkan kekuatan ummah. Pendirian sedemikian akan lebih membawa rugi daripada keuntungan. Barang dijauhkan umat Islam di negara ini, berakhir seperti Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai. 10

19. Dalam semangat menghargai peranan besar penghulu kami, Rasul Junjungan, Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, kami pohonkan hidayah dari Mu Ya ALLAH untuk mencantumkan hati-hati seluruh umat Islam ke arah membina silaturahim hingga terbangunnya angkatan ummah yang cekal bersatu - kukuh berpadu. Kami mohon dikurniakan kekuatan dari Mu Ya ALLAH untuk membolehkan kami meneruskan usaha yang telah dirintis oleh Rasul pilihan Mu, menyebarkan risalah Islam, melaksanakan syariat Mu, dan mempertahankan kesucian Islam dari sebarang bentuk penodaan; kami pohon dikurniakan nur petunjuk untuk menemui SIRATULMUSTAKIM. Kami pohonkan agar kami mendapat syafaat dari Penghulu kami, Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam, ketika kami amat memerlukannya pada hari pengadilan kami di Padang Mahsyar nanti. Amin Ya Rabul Alamin. Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 11