KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

dokumen-dokumen yang mirip
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DSP Dunia Muzik Tahun 2 5 Januari 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN DUA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA ARAB TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN KESIHATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN JASMANI (MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENAMBAHBAIKAN UPSR DAN PMR

DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH KEBANGSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT

PENDIDIKAN KESIHATAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 1

4. Mengaplikasi kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik irama, dan gimnastik artistik dengan betul dan selamat;

PENDIDIKAN KESIHATAN

DRAF SULIT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU PENDIDIKAN JASMANI

Kurikulum Kebangsaan

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

2. Melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan kecergasan secara menyeluruh.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

Mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari

Transkripsi:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." 2

PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 3

TAFSIRAN o o o o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai. o Evidens : Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain. o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain. 4

KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND STANDARD 1 Tahu 2 Tahu dan Faham 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali 5

TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN 1 TAHU 2 TAHU DAN FAHAM Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi. 4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. 6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. 6

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 1, murid dapat: 1. Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa, dan kelajuan 2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal 3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik pendidikan, pergerakan kreatif, gimnastik irama dan pendidikan pergerakan dengan betul dan selamat 4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan 5. Melibatkan diri dalam pengurusan alatan sukan dan permainan serta mengetahui isu-isu dalam sukan dan permainan 6. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan 7

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan I, murid dapat: 1. Memahami kesan malnutrisi 2. Memahami institusi kekeluargaan dan isu berkaitan 3. Memahami peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga 4. Memahami masalah remaja dan cara menghadapinya 5. Memahami keperluan makanan berdasarkan piramid makanan 6. Mengklasifikasikan ubat dan dadah 7. Mengaplikasi prinsip dan prosedur Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation ( D.R.A.B.C.) 8

BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran. 2 3 4 5 6 Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman. Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran merancang, berkomunikasi dan empati dengan orang lain serta berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat. Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan dan menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera serta berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat. 9

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 1 Tahu B1 Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran. B1 DJ1 Mengetahui komponen kecergasan fizikal. B1 DJ2 Mengetahui kemahiran asas permainan dan olahraga. B1 DJ1 E1 Menyatakan definisi komponen-komponen kecergasan fizikal. B1 DJ2 E1 Menyatakan kemahiran asas dalam permainan bola sepak, bola jaring dan pingpong. B1 DJ2 E2 Menyatakan fasa-fasa lakuan dalam larian pecut dan lontar peluru. B1 DK1 Mengetahui maksud malnutrisi dan institusi kekeluargaan. B1 DK1 E1 Menyatakan maksud malnutrisi. B1 DK1 E2 Menyatakan makna perkahwinan dan kerukunan rumah tangga. B1 DK2 Mengetahui maksud konflik, stres dan penyalahgunaan bahan. B1 DK2 E1 Menyatakan maksud konflik dan stres. B1 DK2 E2 Menyatakan maksud penyalahgunaan bahan seperti dadah dan ubat. B1 DK3 Mengetahui hak dan tanggungjawab pengguna. B1 DK3 E1 Menyenaraikan hak dan tanggungjawab pengguna. 10

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 2 Tahu dan Faham B2 Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran. B2 DJ1 Menyatakan organ dan otot dalam komponen kecergasan fizikal. B2 DJ2 Menyatakan otot utama dalam kemahiran sukan dan fasa-fasa lakuan dalam olahraga. B2 DJ1 E1 Menyatakan organ-organ yang terlibat dalam aktiviti daya tahan kardiovaskular. B2 DJ1 E2 Menyatakan otot utama yang terlibat semasa menjalankan aktiviti daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan kuasa. B2 DJ2 E1 Menyatakan otot utama yang terlibat dalam kemahiran permainan bola sepak, bola jaring dan pingpong. B2 DJ2 E2 Menyatakan otot utama yang terlibat dalam kemahiran lari pecut dan lontar peluru. B2 DJ2 E3 Mengenal pasti fasa-fasa lakuan dalam acara lari pecut dan lontar peluru. B2 DJ3 Menyatakan pergerakan asas gimnastik. B2 DJ3 E1 Menyatakan teknik-teknik lakuan dalam kemahiran pendaratan dan kemahiran statik. B2 DJ4 Mengetahui dan memahami asas perkhemahan. B2 DJ4 E1 Menyatakan ciri-ciri pemilihan tempat perkhemahan, mendiri dan mengemas khemah. 11

B2 DJ5 Memahami pengurusan sukan dan isu-isu dalam sukan. B2 DJ5 E1 Mengenal pasti alatan sukan dan permainan mengikut saiz, bentuk dan berat objek. B2 DJ5 E2 Menyenaraikan isu-isu dalam sukan dan permainan. B2 DK1 Mempunyai kefahaman tentang malnutrisi dan institusi kekeluargaan. B2 DK1 E1 Menjelaskan tanda, simptom dan kesan malnutrisi. B2 DK1 E2 Menyatakan cara menghormati orang yang lebih tua, ahli keluarga yang sakit dan orang berkeperluan khas. B2 DK2 Mempunyai kefahaman tentang kumpulan makanan, pengurusan konflik dan stres. B2 DK2 E1 Menyatakan kumpulan makanan dan fungsinya dalam setiap aras piramid makanan. B2 DK2 E2 Menyatakan sebab-sebab dan kesan berlaku konflik dan stres. B2 DK3 Mempunyai kefahaman tentang Hak Kepenggunaan. B2 DK3 E1 Menyatakan peranan agensi yang terlibat dalam hal ehwal pengguna 12

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat B3 Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran. B3 DJ1 Melakukan aktiviti komponen kecergasan fizikal. B3 DJ2 Melakukan kemahiran asas permainan. B3 DJ3 Melakukan aktiviti pergerakan asas pendidikan pergerakan. B3 DJ1 E1 Melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan, kuasa dan kelajuan. B3 DJ2 E1 Melakukan kemahiran asas dalam permainan bola sepak, bola jaring dan pingpong. B3 DJ3 E1 Melakukan aktiviti kemahiran pendaratan dan kemahiran statik. B3 DJ3 E2 Mengenal pasti komponen kecergasan yang diaplikasikan dalam aktiviti pergerakan kreatif dan gimnastik pendidikan. B3 DK1 Menerangkan cara menguruskan konflik dan stres B3 DK1 E1 Menerangkan prosedur menguruskan konflik dan stres. 13

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab B4 Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman. B4 DJ1 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti kecergasan fizikal. B4 DJ2 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran olahraga. B4 DJ3 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran pendidikan pergerakan. B4 DJ4 Mengaplikasikan aspek keselamatan dalam aktiviti perkhemahan. B4 DJ1 E1 Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti dalam komponen daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan, kuasa dan kelajuan dengan betul dan selamat. B4 DJ2 E1 Melakukan kemahiran lari pecut dan lontar peluru dengan betul dan selamat. B4 DJ3 E1 Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran gimnastik, gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif. B4 DJ4 E1 Mengaplikasikan aspek keselamatan sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti perkhemahan. B4 DK1 Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli keluarga. B4 DK1 E1 Menerangkan cara penjagaan warga tua, ahli keluarga yang sakit dan orang istimewa. B4 DK2 Mengklasifikasikan dadah dan ubat. B4 DK2 E1 Membanding beza antara dadah dan ubat. 14

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji B5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran merancang, berkomunikasi dan empati dengan orang lain serta berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat. B5 DJ1 Menguasai tatacara melaksanakan latihan kecergasan fizikal. B5 DJ2 Menguasai kemahiran, undangundang dan peraturan dalam situasi permainan dan olahraga. B5 DK1 Menjalankan tugas dan peranan sebagai ahli keluarga yang bertanggungjawab. B5 DJ1 E1 Menjelaskan kaedah dan faedah melakukan latihan kecergasan fizikal. B5 DJ2 E1 Mempamerkan dan mengaplikasi kemahiran, undang-undang dan peraturan dalam situasi permainan dan olahraga. B5 DK1 E1 Membincangkan peranan ahli keluarga untuk mencapai ciri-ciri keluarga bahagia. B5 DK2 Menilai kesan penyalahgunaan dadah. B5 DK2 E1 Membincangkan bahaya dadah kepada individu dan negara. B5 DK3 Mengetahui peranan agensi yang berkaitan dengan pengguna. B5 DK3 E1 Membincangkan bagaimana pengguna boleh menggunakan perkhidmatan agensi yang terlibat. B5 DK4 Mengaplikasi pengetahuan keselamatan dan pertolongan cemas B5 DK4 E1 Menunjuk cara prosedur pertolongan cemas D.R.A.B.C. 15

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali B6 Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan dan menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera serta berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat. B6 DJ1 Menghayati nilai-nilai dan ciri-ciri kecergasan fizikal yang berkualiti. B6 DJ2 Menguruskan sukan secara efisyen. B6 DK1 Mengamalkan gaya hidup sihat melalui pengambilan makanan seimbang. B6 DJ1 E1 Melibatkan diri secara tekal dalam aktiviti kecergasan fizikal B6 DJ2 E1 Merancang, memimpin, mengurus, mengawal dan menilai susun atur peralatan sukan. B6 DK1 E1 Merancang hidangan makanan seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. 16