SYARAT DAN KATEGORI ANUGERAH KECEMERLANGAN PUTRA SESI 2014/2015 SYARAT AM 1. Calon merupakan pelajar tahun akhir pengajian yang belajar secara sepenuh masa di peringkat Bacelor Universiti Putra Malaysia sahaja. 2. Calon mesti memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (CGPA) 3.00 dan ke atas kecuali calon dari program Doktor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. 3. Calon tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti. KATEGORI ANUGERAH A. TERBUKA KEPADA PENCALONAN INDIVIDU (seorang atau lebih calon layak menerima) 1. ANUGERAH EMAS KECEMERLANGAN PUTRA dibuka kepada pelajar tahun akhir yang mempamerkan penglibatan dan kepimpinan yang berwibawa, komitmen terhadap kepimpinan yang tinggi dan kualiti kepimpinan yang cemerlang di dalam perancangan, perlaksanaan dan pengurusan aktiviti kokurikulum serta pembangunan sahsiah diperingkat antarabangsa/ kebangsaan/ IPT/ universiti/ kolej/ fakulti/ persatuan/ kelab. Calon memiliki kemahirankemahiran insaniah dan mempunyai perwatakan kepimpinan yang boleh diteladani. Calon melibatkan diri secara aktif dan berterusan dalam program/ aktiviti kepimpinan, amal kebajikan, sukan, aktiviti menguji ketahanan fizikal dan mental (rekreasi), kebudayaan dan kesenian, aktiviti inovatif dan kreatif serta menglibatkan diri dalam kursus dan bengkel bagi meningkatkan potensi diri. 2. ANUGERAH SUKARELAWAN PUTRA dibuka kepada pelajar tahun akhir yang banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja amal dan kebajikan untuk kesejahteraan komuniti masyarakat melalui program seperti bakti siswa, aktiviti sukarelawan, kesedaran, pemeliharaan dan pemuliharaan bagi menjamin kelestarian alam sekitar serta aktiviti-aktiviti pembangunan pendidikan, ekonomi atau sosial yang melibatkan anak-anak yatim, belia, warga tua, warga istimewa dan sebagainya.. 3. ANUGERAH KECEMERLANGAN PUTRA (KEPEMIMPINAN FAKULTI) dibuka kepada pemimpin pelajar fakulti (tahun akhir) yang menunjukkan ciri-ciri kepemimpinan berwibawa. Muka surat 1 dari 5
4. ANUGERAH (KEPEMIMPINAN KOLEJ) dibuka kepada pemimpin pelajar kolej (tahun akhir) yang menunjukkan ciri-ciri kepemimpinan berwibawa. 5. ANUGERAH KECEMERLANGAN PUTRA (KEPEMIMPINAN PERSATUAN) dibuka kepada pemimpin Persatuan/ Kelab pelajar (tahun akhir) yang menunjukkan ciri-ciri kepemimpinan berwibawa. 6. ANUGERAH KECEMERLANGAN PUTRA (KEPEMIMPINAN KEUSAHAWANAN) dibuka kepada pelajar tahun akhir yang banyak terlibat dan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam program keusahawanan, mempunyai komitmen yang tinggi di dalam organisasi keusahawanan serta berbakat besar dan berpotensi memajukan diri dalam bidang keusahawanan pada masa akan datang. 7. ANUGERAH KECEMERLANGAN PUTRA (KEPEMIMPINAN KEBUDAYAAN) dibuka kepada pelajar tahun akhir yang banyak terlibat dan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan, mempunyai komitmen yang tinggi di dalam organisasi serta berbakat besar dan berpotensi memajukan diri dalam kesenian dan kebudayaan pada masa akan datang 8. ANUGERAH PEMIMPIN HARAPAN dibuka kepada semua pelajar KECUALI pelajar tahun akhir yang terlibat dengan pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah sama ada diperingkat antarabangsa/ kebangsaan/ IPT/ universiti/ kolej/ fakulti/ persatuan/ kelab. B. TERBUKA KEPADA PENCALONAN PERSATUAN (satu atau lebih organisasi persatuan/kelab pelajar layak terpilih) 1. ANUGERAH PROGRAM FAKULTI TERBAIK 2014/2015 2. ANUGERAH PROGRAM KOLEJ TERBAIK 2014/2015 3. ANUGERAH PROGRAM PERSATUAN TERBAIK 2014/2015 4. ANUGERAH PROGRAM KESUKARELAWANAN TERBAIK 2014/2015 5. ANUGERAH PROGRAM KEUSAHAWANAN TERBAIK 2014/2105 6. ANUGERAH PROGRAM KEBUDAYAAN TERBAIK 2014/2105 7. ANUGERAH PROGRAM BADAN BERUNIFORM TERBAIK 2014/2105 8. ANUGERAH PROGRAM KESELURUHAN TERBAIK 2014/2015 C. PEMILIHAN KHAS OLEH JAWATANKUASA PENILAI 1. ANUGERAH PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TERBAIK 2014/2015 2. ANUGERAH MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA KOLEJ TERBAIK 2014/2015 Muka surat 2 dari 5
3. ANUGERAH PERSATUAN/ KELAB TERBAIK 2014/2015 4. ANUGERAH KECEMERLANGAN PROGRAM KEBUDAYAAN INTERKOLEJ Anugerah ini diberikan kepada tiga kolej yang cemerlang dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian interkolej yang diadakan sepanjang sesi 2014/2015. 5. ANUGERAH TOKOH SISWA UPM Semua kategori anugerah KECUALI Anugerah Pemimpin Harapan layak dipertimbangkan untuk menerima Anugerah Tokoh Siswa UPM KRITERIA PENILAIAN & PEMILIHAN 1. Calon boleh memohon sendiri atau dicalonkan oleh Pegawai Universiti (Dekan Fakulti/ Pengetua Kolej/ Penasihat Persatuan/Kelab/ Pegawai BHEP/ Pensyarah sahaja (bukan Pelajar). 2. Seorang Pegawai Universiti boleh menamakan lebih daripada seorang calon bagi setiap kategori anugerah. 3. Penilaian dibuat adalah berdasarkan penglibatan pelajar dalam aktiviti/ program kokurikulum sepanjang pengajian. 4. Pelajar melibatkan diri secara berterusan dengan program-program yang meningkatkan kemahiran insaniah iaitu; a. Kemahiran Berkomunikasi b. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah c. Kemahiran Kerja Berpasukan d. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat e. Kemahiran Keusahawanan f. Etika dan Moral Profesional g. Kemahiran Kepemimpinan Muka surat 3 dari 5
MAKLUMAT UMUM PANDUAN MENGEMUKAKAN PENCALONAN 1. Borang pencalonoan Anugerah Kecemerlangan Putra boleh didapati di Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau dimuat turun (download) di laman web Bahagian Hal Ehwal Pelajar www.hep.upm.edu.my 2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan betul dan tepat berserta dengan sekeping gambar (terkini) berukuran passport (hard copy) dengan berpakaian formal beserta kot/ blazer berwarna gelap. 3. Calon dikehendaki menghantar sendiri permohonan yang telah lengkap kepada Urusetia Anugerah Kecemerlangan Putra di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, pada/sebelum 8 JUN 2015 (ISNIN) sebelum jam 1.00 tengahari. Borang yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan diproses. 4. Bersama-sama borang pencalonan, pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan penglibatan di dalam kegiatan aktiviti kokurikulum berdasarkan format laporan yang telah dilampirkan bersama. 5. Laporan penglibatan aktiviti kokurikulum atau maklumat program/ aktiviti hendaklah ditaip sendiri oleh pelajar/ calon berdasarkan format yang telah ditetapkan (menggunakan perisian Microsoft Word sahaja) dan hendaklah disalin di dalam cakera padat/ CD (sahaja) beserta cover CD sewaktu menghantar borang pencalonan. Sila muat naik (upload) juga soft copy gambar (terkini) berukuran passport dengan berpakaian formal beserta kot/ blazer berwarna gelap ke dalam cakera padat tersebut. 6. Kegagalan pemohon mengikut format laporan yang telah ditetapkan boleh menyebabkan permohonan ditolak. Format laporan boleh dimuat turun (download) di laman web Bahagian Hal Ehwal Pelajar www.hep.upm.edu.my 7. Calon dikehendaki melampirkan salinan sijil-sijil penglibatan aktiviti kokurikulum (pencalonan individu) dan salinan sijil (penyertaan/pengiktirafan/penghargaan), salinan laporan program @ salinan laporan impak program, salinan laporan keratan akhbar/ majalah/media baharu/video (jika ada) atau gambar-gambar semasa program dijalankan (pencalonan pasukan) yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat di Universiti Putra Malaysia. 8. Bagi penglibatan yang tidak mempunyai sijil, sila lampirkan surat pengesahan daripada pengetua, dekan atau penasihat persatuan & kelab. 9. Semua dokumen permohonan hendaklah diletakkan dalam satu sampul surat bersaiz A4 sebelum diserahkan/ dialamatkan kepada URUSETIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PUTRA, BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. 10. Sila tampalkan Senarai Semak Penyerahan Dokumen Pencalonan di bahagian hadapan sampul. Muka surat 4 dari 5
11. Calon-calon akhir yang berjaya akan dihubungi oleh Urusetia Anugerah Kecemerlangan Putra serta dimaklumkan melalui papan kenyataan yang berkaitan. 12. Urusetia Anugerah Anugerah Kecemerlangan Putra berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak mengikut atau mematuhi kriteria dan syarat yang telah ditetapkan. Muka surat 5 dari 5