RISALAH KETERANGAN PRODUK

dokumen-dokumen yang mirip
RISALAH KETERANGAN PRODUK

RISALAH KETERANGAN PRODUK

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

PB ISLAMIC ASIA EQUITY FUND

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND

PUBLIC ISLAMIC ASIA TACTICAL ALLOCATION FUND PUBLIC DANA ALOKASI TAKTIKAL ASIA ISLAMIK (PIATAF)

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Conventional Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Konvensional)

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (Ditubuhkan pada 20 Oktober 2010)

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Conventional Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Konvensional)

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (Ditubuhkan pada 20 Oktober 2010)

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

PELABURAN DWI-MATA WANG-i

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

TAKAFULINK DANA URUS PROFIL DANA 2015

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

SYNERGY CARDS SDN BHD

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Permohonan Kemudahan Pembiayaan Peribadi Xpress Cash-i

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Shariah-based Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Berlandaskan Syariah)

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad berkaitan Kempen CIMB Clicks einvest ("Kempen")

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

2. KESAHAN MATA GANJARAN


(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Giro Takaful Pelindung

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Akaun Pelaburan Waheed

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Transkripsi:

RISALAH KETERANGAN PRODUK BIMB i DIVIDEND FUND PENGURUS: BIMB INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD (276246-X) PEMEGANG AMANAH: CIMB ISLAMIC TRUSTEE BERHAD (167913-M)

PERNYATAAN TANGGUNGJAWAB Risalah Keterangan Produk ini telah disemak dan diluluskan oleh pengarah-pengarah BIMB Investment Management Berhad dan mereka secara bersama dan individu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketepatan maklumatnya. Setelah membuat semua pertanyaan yang munasabah, mereka mengesahkan bahawa berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan, tidak terdapat kenyataan palsu atau mengelirukan atau peninggalan fakta lain yang akan menjadikan mana-mana pernyataan dalam Risalah Keterangan Produk ini palsu atau mengelirukan. PERNYATAAN PENAFIAN Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membenarkan penerbitan BIMB i Dividend Fund dan salinan Risalah Keterangan Produk ini telah diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kebenaran bagi BIMB i Dividend Fund dan serah simpan Risalah Keterangan Produk ini tidak seharusnya dianggap bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengesyorkan BIMB i Dividend Fund atau bertanggungjawab terhadap ketepatan mana-mana pernyataan atau pendapat atau laporan yang dinyatakan di dalam Risalah Keterangan Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa ketidakdedahan oleh BIMB Investment Management Berhad yang mana bertanggungjawab terhadap BIMB i Dividend Fund dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan Risalah Keterangan Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak mengesahkan tentang ketepatan atau kesempurnaan Risalah Keterangan Produk ini dan menafikan secara nyata apa jua liabiliti yang timbul daripada atau bergantung pada keseluruhan atau mana-mana bahagian kandungannya. NOTA: RISALAH KETERANGAN PRODUK INI ADALAH TERJEMAHAN DARIPADA VERSI BAHASA INGGERIS. JIKA TERDAPAT SEBARANG PERBEZAAN KANDUNGAN, RISALAH KETERANGAN PRODUK VERSI BAHASA INGGERIS DIANGGAP MUKTAMAD. 1

Risalah Keterangan Produk ini hanya menekankan ciri penting dan risiko tentang produk pasaran modal yang tidak tersenarai ini. Pelabur dinasihatkan supaya meminta, membaca dan memahami dokumendokumen penzahiran sebelum membuat keputusan untuk melabur. RISALAH KETERANGAN PRODUK BIMB i DIVIDEND FUND MAKLUMAT RINGKAS TENTANG PRODUK 1. Apakah produk ini? Kategori Produk Pengurus Dana Ekuiti Jenis Produk Pendapatan dan Pertumbuhan BIMB Investment Management Berhad Tarikh Permulaan 18 Mac 2011 Kekerapan Urus Niaga Modal Dijamin Setiap Hari Urus Niaga Pemegang Amanah Dasar Pengagihan Tahun Kewangan Berakhir CIMB Islamic Trustee Berhad Pengurus akan mengisytiharkan agihan tahunan (tertakluk kepada pendapatan diperolehi). 31 Oktober Tidak Penanda Aras Dana akan diukur berdasarkan penanda aras pulangan mutlak 6% setahun. Ini bukannya pulangan terjamin dan hanya ukuran prestasi Dana. Dana mungkin atau tidak mungkin mencapai kadar pertumbuhan 6% setahun pada manamana tahun kewangan tertentu tetapi menetapkan sasaran untuk mencapai pulangan ini menerusi pertumbuhan jangka panjang. 2. Produk ini sesuai untuk siapa? KESESUAIAN PRODUK Profil Pelabur Sesuai bagi pelabur yang:- inginkan portfolio pelaburan tempatan yang pelbagai dan patuh Syariah. mahu meraih pendapatan mantap dan mencapai peningkatan modal. mempunyai tempoh pelaburan jangka sederhana hingga jangka panjang*. mempunyai toleransi risiko sederhana hingga tinggi. Profil Risiko Pelabur Ufuk Pelaburan *Nota: jangka sederhana hingga jangka panjang dalam konteks ini merujuk kepada tiga (3) tahun atau lebih. Sederhana hingga tinggi Ufuk pelaburan jangkamasa sederhana hingga panjang 2

CIRI-CIRI UTAMA PRODUK 3. Apakah pelaburan yang saya buat? Prinsip Syariah Yang Diguna Pakai Objektif Pelaburan Polisi & Strategi Pelaburan 1- Pelabur melantik Pengurus untuk mengurus dan melaburkan Dana di bawah kontrak Islam Wakalah Bil Istithmar atau Agensi untuk Pelaburan. 2- BIMB Invest dilantik untuk menjalankan aktiviti pelaburan bagi pihak pelabur dengan mengenakan fi ( Ujrah ). 3- Pemegang amanah ialah pihak bebas yang melindungi kepentingan pelabur dan memastikan pengurus bertindak menurut surat ikatan dan Garis Panduan SC. Tujuan utama Dana ini adalah untuk menyediakan kepada pelabur, kombinasi pendapatan tetap dan berulang serta pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga jangka panjang* melalui pelaburan di dalam ekuiti patuh Syariah yang menghasilkan dividen, yang mana mengikut sejarah menawarkan prestasi yang kukuh dan secara amnya lebih stabil berbanding pasaran ekuiti secara keseluruhan. *Nota: jangka sederhana hingga jangka panjang dalam konteks ini merujuk kepada tiga (3) tahun atau lebih. Untuk mencapai objektifnya, Dana akan melabur dalam portfolio ekuiti dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah dengan rekod pengagihan dividen yang konsisten dan potensi pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga jangka panjang*. Tumpuan utama Dana ialah terhadap pendapatan, dan juga sedikit sebanyak untuk mencapai pertumbuhan modal. Peruntukan Aset *Nota: jangka sederhana hingga jangka panjang dalam konteks ini merujuk kepada tiga (3) tahun atau lebih. Minimum 70% - 98% daripada NAB Dana akan dilaburkan dalam ekuiti patuh Syariah yang tersenarai dalam Bursa Malaysia; dan Minimum 2% - 30% daripada NAB Dana akan dilaburkan dalam tunai dan persamaan tunai. KEDUDUKAN DEFENSIF SEMENTARA Untuk membantu mencapai objektif Dana, dalam keadaan pasaran tidak stabil atau kurang baik yang mungkin menjejaskan Dana, kami mungkin mengambil pendekatan defensif buat sementara untuk menghadapi keadaan tersebut dan melindungi pulangan pelaburan jangka panjang Dana. Urus Niaga Unit Kedudukan defensif ini mungkin dalam bentuk pengurangan sementara pendedahan kepada pelaburan yang terjejas akibat keadaan ini dan menggantikannya dengan pelaburan yang kami anggap dapat melindungi nilai Dana walaupun tidak semestinya menepati sepenuhnya peruntukan aset Dana buat sementara waktu. Kedudukan defensif tersebut termasuk meningkatkan pendedahan dalam aset cair/tunai dan/atau aset sama seperti aset tunai kepada lebih 30% daripada NAB Dana. Pelaburan Permulaan Minimum Pelaburan Tambahan Minimum Amaun Pegangan Minimum RM500 RM100 500 Unit 3

Pembelian Unit Pelaburan permulaan minimum bagi Unit Dana ialah Lima Ratus Ringgit (RM500) atau amaun lain yang akan diputuskan oleh Pengurus dari semasa ke semasa. Pelaburan tambahan minimum bagi Unit Dana ialah Satu Ratus Ringgit (RM100) atau amaun lain yang akan diputuskan oleh Pengurus dari semasa ke semasa. Andaikan pelabur A memutuskan untuk melabur RM30,000 dalam Dana dan NAB seunit Dana ialah RM0.5000. Berdasarkan maklumat di atas, pelabur A akan memperolehi 56,980.06 Unit dikreditkan ke dalam akaun pelaburan seperti yang ditunjukkan di bawah:- Amaun yang dilaburkan = RM30,000 NAB seunit = RM0.5000 Kadar Caj Jualan* = 5% Kadar GST = 6% daripada caj jualan Amaun Pelaburan Jumlah Pelaburan = = RM30,000 [(1.0000 + kadar caj jualan) + (kadar GST daripada kadar caj jualan)] RM30,000 [(1.0000 + 5%) + (6% X 5%)] RM30,000 1.0530 = RM28,490.03 Amaun Caj Jualan = RM1,424.50 Amaun GST = RM85.47 Unit yang diperuntukan kepada Pelabur = RM28,490.03/NAB seunit RM28,490.03/RM0.5000 = 56,980.06 unit *Caj jualan di atas adalah tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau apa-apa cukai jualan atau levi lain yang serupa yang akan dibayar oleh Pemegang Unit. Pelabur dinasihatkan tidak membuat bayaran tunai kepada mana-mana ejen individu atau dibankkan ke akaun ejen individu apabila membeli Unit Dana 4

4. Dengan siapakah saya melabur? Pengurus Profil Korporat Pengurus Pemegang Amanah Peguam Cara Juruaudit Penasihat Cukai Jawatankuasa Syariah BIMB Investment Management Berhad (BIMB Invest) BIMB Invest ialah anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad. BIMB Invest, syarikat pengurusan dana Islam berlesen, diperbadankan pada 14 September 1993 dan memulakan operasinya pada 20 Jun 1994. BIMB Invest telah berkecimpung dalam industri unit amanah selama 20 tahun. BIMB Invest mempunyai modal dibenarkan sebanyak RM20 juta dan modal diterbitkan serta modal berbayar sebanyak RM15 juta. CIMB Islamic Trustee Berhad Tetuan Naqiz & Partners KPMG Desa Megat & Co. KPMG Tax Services Sdn. Bhd Ustaz Dr Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon Ustaz Dr Yusof Ramli Ustazah Dr Asmak Ab. Rahman 5. Apakah hasil yang mungkin diperoleh daripada pelaburan saya? Pelabur mungkin mendapat perolehan daripada kenaikan harga unit hasil kenaikan nilai asas dan/atau akruan keuntungan yang diperoleh. Walau bagaimanapun, pelaburan melibatkan risiko. Nilai bagi Dana dan pengagihannya (jika ada) boleh naik atau turun. Faktor risiko ini, antara lain, boleh menyebabkan anda kehilangan sebahagian atau semua pelaburan anda. RISIKO UTAMA 6. Apakah risiko utama yang dikaitkan dengan produk ini? Anda terdedah kepada risiko berikut: a. Risiko Sekuriti Tertentu Risiko sekuriti tertentu merujuk kepada risiko melabur dalam mana-mana sekuriti tertentu. Risiko sekuriti tertentu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tindakan guaman, persekitaran operasi yang bersaing, kemerosotan keuntungan dan salah urus syarikat tertentu yang menerbitkan sekuriti. b. Risiko Kredit/Mungkir Risiko ini timbul apabila penerbit tidak dapat memenuhi apa-apa obligasi berkala, contohnya, pembayaran keuntungan atau membayar amaun pokok apabila sampai tempoh masa. Dalam kes tersebut, pelabur akan mengalami kerugian besar. c. Risiko Dividen Kemungkinan akan ada masa yang syarikat-syarikat tidak dapat mengisytiharkan apa-apa dividen. Oleh itu, Dana mungkin akan memperolehi pendapatan yang kurang bagi tempoh tersebut. d. Risiko Pengkelasan Semula Status Syariah Risiko ini merujuk kepada risiko sekuriti patuh Syariah yang dipegang pada masa ini dalam portfolio Dana yang boleh dikelaskan semula sebagai tidak patuh Syariah dalam kajian semula sekuriti patuh Syariah yang dijalankan oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC) SC dari semasa ke semasa. 5

FI & CAJ 7. Apakah fi dan caj yang terlibat? Terdapat fi dan caj yang terlibat dan pelabur dinasihatkan supaya mempertimbangkan fi dan caj tersebut sebelum melabur dalam Dana. Jadual ini menerangkan fi dan caj yang mungkin ditanggung secara langsung apabila anda membeli atau menebus Unit. Caj Jualan Fi Penebusan Fi Pemindahan Dana Fi Pertukaran Dana Pengurus akan mengenakan caj jualan sehingga 5.00% daripada NAB seunit ke atas jualan unit. Pengurus TIDAK akan mengenakan apa-apa fi penebusan ke atas apa-apa urus niaga penebusan. Tiada. Fi pertukaran dana mungkin dikenakan oleh Pengurus seperti yang berikut:- a. Kali pertama : Tiada b. Kali ke-2 dan seterusnya : RM25 setiap transaksi (Fi pertukaran dana dikecualikan kepada pelabur yang mempunyai pelaburan melebihi RM100,000 dan ke atas dengan BIMB Invest). Jadual ini menerangkan fi yang mungkin ditanggung secara tidak langsung apabila anda melabur dalam Dana. Dana membayar yuran pengurusan tahunan sebanyak 1.5% setahun daripada NAB kepada Pengurus untuk menguruskan Dana. Yuran pengurusan adalah dikira dan diakru secara harian, serta dibayar secara bulanan kepada Pengurus. Contoh: Fi Pengurusan Sebagai contoh, andaikan NAB Dana ini adalah RM45 juta untuk hari tersebut, dan yuran pengurusan ialah 1.5% setahun, maka, yuran pengurusan terakru setiap hari adalah: RM45 juta x 1.5% x 1/365 = RM1,849.32 dan jumlah yang perlu dibayar kepada Pengurus setiap bulan ialah: RM1,849.32 x 30 hari = RM55,479.60 Gambaran fi pegurusan di atas tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau apa-apa cukai jualan atau levi lain yang serupa yang akan dibayar oleh Pemegang Unit. Dana membayar yuran pemegang amanah tahunan sebanyak 0.06% setahun daripada NAB Dana. Yuran pemegang amanah dikira secara harian dan dibayar secara bulanan kepada Pemegang Amanah. Contoh: Fi Pemegang Amanah Andaikan NAB Dana adalah RM45 juta sepanjang bulan tersebut, dan yuran Pemegang Amanah ialah 0.06% setahun, maka, yuran pemegang amanah terakru setiap hari adalah: RM45 juta x 0.06% x 1/365 = RM73.97 dan jumlah yang perlu dibayar setiap bulan kepada Pemegang Amanah ialah: RM73.97 x 30 hari = RM2,219.10 Gambaran fi pemegang amanah di atas tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau apa-apa cukai jualan atau levi lain yang serupa yang akan dibayar oleh Pemegang Unit. 6

Perbelanjaan Dana Lain-lain Perbelanjaan Dana termasuk: Bayaran juruaudit, yuran ejen cukai dan lain-lain yuran profesional yang berkaitan: Kos percetakan dan pengedaran laporan tahunan dan interim: Kos pengubahsuaian Surat Ikatan selain daripada untuk manfaat Pengurus dan / atau Pemegang Amanah: dan Notis-notis kepada Pemegang Unit dan perbelanjaan yang berkaitan dan perlu bagi pentadbiran Dana seperti yang dinyatakan di dalam Surat Ikatan. Dalam menjalankan urus niaga, caj tertentu mungkin harus ditanggung. Pelabur perlu menanggung caj urus niaga tersebut, contohnya, caj bank, caj telegraf dan caj kurier. Pengurus berhak mengubah syarat tersebut dari semasa ke semasa, yang akan dimaklumkan kepada pelabur secara bertulis. Nota: Pengurus boleh, atas apa-apa sebab dan pada bila-bila masa, mengetepikan atau mengurangkan amaun apa-apa fi atau caj yang perlu dibayar oleh Pemegang Unit berhubung dengan Dana. Fi-fi di atas adalah tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau apa-apa cukai jualan atau levi lain yang serupa yang akan dibayar oleh Pemegang Unit. 8. Berapa kerapkah penilaian dilakukan? PENILAIAN DAN PENARIKAN DARIPADA PELABURAN Penilaian Dana dilakukan di penghujung setiap Hari Urus Niaga. Pemegang Unit boleh mendapatkan maklumat berhubung dengan Dana daripada laman web Bank Islam di http://www.bimbinvestment.com.my. NAB seunit Dana bagi setiap hari boleh didapati di pejabat urusan Pengurus. 9. Bagaimanakah saya boleh menarik diri daripada pelaburan ini dan apakah risiko dan kos yang terlibat? Anda boleh menarik diri daripada Dana dengan menebus pelaburan anda dalam Dana pada bila-bila masa hanya dengan melengkapkan borang permohonan penebusan dan mengembalikannya kepada pejabat urusan BIMB Invest dan/atau di cawangan Bank Islam yang terdekat semasa waktu perniagaan/urusan bank biasa. Pengurus tidak mengenakan amaun minimum bagi apa-apa urus niaga penebusan. Walau bagaimanapun, amaun minimum bagi apa-apa urus niaga penebusan tertakluk pada keperluan pegangan minimum. Anda akan menerima hasil penebusan dalam tempoh 10 hari dari hari Pengurus menerima permintaan penebusan dan sebelum tamat had masa. Had masa bagi urus niaga penebusan adalah pada atau sebelum jam 4.00 petang pada mana-mana Hari Urus Niaga. Had masa akan ditentukan berdasarkan waktu dan tarikh cop yang dibuat oleh pejabat kami. Jika permintaan belian balik diterima selepas had masa yang disebut di atas, permintaan tersebut akan dianggap sebagai diterima pada Hari Urus Niaga berikutnya. 7

Contoh berikut menunjukkan dua (2) kaedah pengiraan penebusan: Pengiraan no. 1 Permintaan Penebusan melalui arahan Jumlah Ringgit Mutlak Permintaan Amaun Penebusan Caj Penebusan = 0% NAB Seunit Jumlah Unit yang ditebus = RM10,000 = RM0.5000 =Amaun Penebusan dibahagi dengan NAB Seunit = RM10,000 / RM0.5000 = 20,000 Unit Pengiraan no. 2 Permintaan Penebusan melalui arahan Jumlah Bilangan Unit Permintaan Penebusan Unit Caj Penebusan = 0% NAB Seunit Jumlah Hasil Penebusan = 10,000 Unit = RM0.5000 = Unit yang ditebus x NAB Seunit = 10,000 Unit x RM0.5000 = RM5,000 MAKLUMAT PERHUBUNGAN 10. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk maklumat lanjut atau untuk membuat aduan? Anda boleh menghubungi kami di alamat berikut: BIMB Investment Management Berhad Aras 19, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur. Tel. : 03-2161 2524 / 03-2161 2924 Faks : 03-2161 2464 Nombor Bebas Tol : 1800-88-1196 E-mel : marketing.bimbinvest@bankislam.com.my Laman Web : http://www.bimbinvestment.com.my Pejabat Agensi Johor Bahru 33 Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 79100 Nusajaya, Johor Darul Takzim Tel : 07-239 5608 Faks: 07-239 5609 Melaka Agency Office (Qashrina Agency) SU 1447, Tingkat 1, Taman Masjid Tanah Ria Utama, 78300 Masjid Tanah, Melaka Tel :06-3851076 Faks :06-3851076 8

Kelantan Agency Office (Buhairatul Zahab) PT 381, Tingkat 1 Pusat Perniagaan Bandar Baru Tanjung 15100 Kota Bharu Kelantan Tel: 09-7479990 Cawangan Bank Islam yang terdekat Atau Pejabat IUTA lain seperti berikut: IFAST Capital Sdn Bhd (782978-H) Aras 28, Menara Standard Chartered No.30, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel : 03-2149 0500 Faks : 03-2143 1218 Phillip Mutual Berhad B-2-7, Block B, Unit 7,Megan Avenue II, 12, Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur. Tel : 03-2783 0300 Faks : 03-2166 6417 Talian Khidmat Pelanggan : 03-2783 0200 Faks : 03-2711 3036 Emel : phillipmutual@poems.com.my Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Cawangan BSN terdekat Bahagian Pengurusan Kekayaan, Jabatan Pengagihan, Tingkat 10, Wisma BSN, 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel : 03-2162 3222 Sambungan. 5740 Faks : 03-2161 0376 11. Bagi penyelesaian pertikaian dalaman, anda boleh menghubungi: Jabatan Rangkaian & Pengagihan Maklum Balas Tingkat 18, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur. Faks: 03-2782 1337 12. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan proses penyelesaian pertikaian dalaman, sila rujuk pertikaian anda kepada Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC): a. melalui telefon di : 03-2282 2280 b. melalui faks ke : 03-2282 3855 c. melalui emel ke : info@sidrec.com.my d. melalui surat kepada : Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC) Unit A-9-1, Aras 9, Menara A Menara UOA Bangsar, No. 5, Jalan Bangsar Utama 1 59000 Kuala Lumpur. 9

13. Anda juga boleh mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti walaupun anda telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan SIDREC. Untuk membuat aduan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti: a. melalui telefon di Talian Utama Aduan : 03-6204 8999 b. melalui faks ke : 03-6204 8991 c. melalui e-mel ke : aduan@seccom.com.my d. melalui borang aduan dalam talian yang boleh didapati di : www.sc.com.my e. Melalui surat kepada : Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia No. 3 Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur. LAMPIRAN: GLOSARI Hari Urus Niaga Dana Jangkamasa Panjang Jangkamasa Sederhana NAB SC Sukuk Hari di mana Bursa Malaysia dibuka untuk dagangan. BIMB i Dividend Fund. Bermaksud tempoh lebih daripada lima (5) tahun. Tempoh diantara 3 dan 5 tahun. Nilai Aset Bersih. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Dokumen atau sijil yang mendokumenkan pemilikan prorata aset pendasar yang tidak dibahagikan. Sak (tunggal kepada Sukuk) didagangkan secara bebas pada tara, premium atau diskaun. 10

Halaman ini sengaja dibiarkan kosong