Angina Pektoris. Angina merujuk kepada sakit dada yang sementara yang tidak tetap, yang disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke jantung.

dokumen-dokumen yang mirip
Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi

Memahami Angin Ahmar. Menambahkan usia Sihat kepada penduduk Singapura. Sebuah Buku Pendidikan untuk

Apakah yang membimbangkan anda? 3. Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4. Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

Gangguan Hipertensi semasa Hamil

Hidup dengan Hiperlipidaemia

MAKLUMATPESAKIT Ubat Untuk Merawat Penyakit Jantung Agen Anti-anginal Nitrates Medicine To Treat: Cardiac Diseases Anti-anginal Agents Nitrates

Masalah Ketika Hamil

UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSTI MALAYSIA PERLIS Risalah Kesihatan Bulan Ogos 2008.

Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.

Kehamilan Ektopi. Mempunyai sejarah perubatan menghidap Salpingitis atau penyakit keradangan pelvis (PID)

Pendarahan Semasa Kehamilan

PENGAWALAN KENCING MANIS

MAKLUMAT. Penyakit Kencing Manis. Ubat Untuk Merawat PESAKIT. Insulin. Medicine To Treat: Diabetes What You Need to Know About Insulin

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin

sebesar 0,8% diikuti Aceh, DKI Jakarta, dan Sulawesi Utara masing-masing sebesar 0,7 %. Sementara itu, hasil prevalensi jantung koroner menurut

Simptom-simptom buasir termasuk : Pendarahan dan sakit ketika membuang air besar. Bengkak pada dubur ketika membuang air besar.

KANDUNGAN. Bil. Tajuk Muka surat. BAB 1. Kecergasan BAB 2 Kemahiran BAB 3 Kesukanan BAB 4 Kesihatan Diri dan Keluarga 46 51

Energy Life Water. Nilai ph dalam badan yang sihat adalah di antara

KANSER PAYU DARA. 1 dalam 32 orang Mungkinkah ANDA? menyerang. kanserpayudara (ap-768-mj-05-11)).indd 1

Batu Karang Hati & Hempedu

Penyakit Jantung Koroner

QRA Water by QRA Brand

FAQ REISHI GOLD & EXCELLIUM GOLD

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Soalan yang kerap ditanya mengenai Salindah

Beberapa jangkitan, yang mungkin tidak tersebar secara seksual, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi orang-orang HIV.

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN. Alat Anda untuk Kesihatan yang Baik

Soalan: Mohd Shukri Kuantan. Jawapan:

Luka Terbakar dan Melecur

Penyumbatan Pembuluh Darah

MAKLUMAT. Penyakit Jantung. Ubat Untuk Merawat PESAKIT. Medicine To Treat: Cardiac Diseases. Ubat Pengurang Lemak

Penatalaksanaan Astigmatism No. Dokumen : No. Revisi : Tgl. Terbit : Halaman :

ENOXAPARIN. (i) Tujuan/ Kegunaan Ubat

Penyakit Jantung Koroner

PENGANTAR KESEHATAN. DR.dr.BM.Wara K,MS Klinik Terapi Fisik FIK UNY. Ilmu Kesehatan pada dasarnya mempelajari cara memelihara dan

Perlukah saya memulakan Insulin?

Rajah 1. (a) Pada rajah 1 di atas, tulis anter, stigma dan filamen untuk melabel bahagian-bahagian tertentu pada bunga itu.

BAHAN AJAR PENYAKIT JANTUNG HIPERTENSIF DAN

Kesan kecacatan bayi Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang

Walaupun hanya beberapa minit untuk menjawab soalan-soalan ini, tetapi keputusannya boleh kekal selama-lamanya. Nama: USANA ID:

BAB 1 PENDAHULUAN. merupakan pembunuh nomor satu di seluruh dunia. Lebih dari 80% kematian

KEBIMBANGAN. kebimbangan menjadi begitu teruk dan berpanjangan sehingga ianya mula mengganggu kebolehan kita untuk mengendalikan aktiviti seharian.

ARIPIPRAZOLE. i) Tujuan/ Kegunaan Ubat

HSA 1403 CVS and Hematology

LAPORAN ESKLUSIF: Katakan Tidak Jerawat Badan Hidup Lebih Sihat Tanpa Jerawat Badan

Gaya Hidup Sihat dalam Gerakan Koperasi

Cuba untuk mengambilnya pada masa yang sama setiap hari.

Penyakit Kelamin (STIs)

BAB II TINJAUAN PUSTAKA

ISI KANDUNGAN. Kata-kata aluan Objektif Produk Latar Belakang Produk Keistimewaan Produk Gambar Produk Cara Penggunaan 5 Tips Kekal Sihat

TAKLIMAT MERS-CoV UNTUK AGENSI / PENGENDALI JEMAAH UMRAH

KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder)

TAJUK 1 MEMAHAMI KECERGASAN FIZIKAL DAN SUAIAN FIZIKAL

BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO.

Kurang nutrisi. Big» dah 1Q j. lemak tubuh, imbasan ketumpatan tulang, pengambilan. dilakukan dalam sehari. K e t u a Program Sains Nutrisi Universiti

Diabetes semasa Hamil

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)

TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN

LAPORAN PROJEK KUMPULAN LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SESI 2016/2017 TAJUK: KEMPEN JOM SIHAT NAMA PENSYARAH: DR NORA MUDA

MINGGU MODUL / TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN JAN

Gejala Awal Stroke. Link Terkait: Penyumbatan Pembuluh Darah

Fig : Lepuhan air terbentuk pada kulit akibat geseran, gosokan, garu atau tape pelekat

TAJUK 5 SENAMAN FLEKSIBILITI (KELEMBUTAN)

Serat Mikro Kaca Bukan Tenunan

TAKAFUL PUTERI. Hayatilah hidup anda hari ini dengan kebebasan sepenuhnya.

Bahagian I. Adakah anda pernah ATAU sedang mengalami : BIL PERIHAL YA TIDAK CATITAN. 1. Masalah mata. - katarak. -pandangan monokular

Gemuk punca penyakit berulang

Hepatitis B dan Kehamilan

BAB I PENDAHULUAN. penyempitan pembuluh darah, penyumbatan atau kelainan pembuluh

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

TOPIC 9 EMPLOYEES AND THE WORKPLACE (PEKERJA DAN TEMPAT KERJA)

Buku Panduan Mudah Bagi. Refleksologi Tapak Tangan

TEKANAN DARAH TINGGI (Hipertensi)

dari inti yang banyak mengandung lemak dan adanya infiltrasi sel makrofag. Biasanya ruptur terjadi pada tepi plak yang berdekatan dengan intima yang

PRO NATURE V. Terapi Medan Elektrostatik. Terapi elektrostatik berbilang fungsi 3 dalam 1 Terapi Haba Terapi Optikal Terapi Elektrostatik

BAB I PENDAHULUAN. gangguan kesehatan yang semakin meningkat di dunia (Renjith dan Jayakumari, perkembangan ekonomi (Renjith dan Jayakumari, 2011).

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang Masalah

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang Penyakit jantung koroner merupakan penyakit yang sangat menakutkan

Penyakit AIDS. pelbagai kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia yang normal. beberapa jenis kanser yang jarang-jarang berlaku

PruBSN CrisisCover. Di kala memerlukan, kami sentiasa bersama anda.

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

[BUKU SAKU UNTUK JEMAAH HAJI]

Serat kaca bukan tenunan

GARIS PANDUAN KESELAMATAN UMUM PENGGUNAAN AUTOKLAF

#11 Amalan Mudah Ketika Berpantang Selepas Bersalin

PruBSN CRISISCOVER DI KALA MEMERLUKAN, KAMI SENTIASA BERSAMA ANDA.

RISPERIDONE. (i) Tujuan/ Kegunaan Ubat. Skizofrenia

Topik : Infark Miokard Akut Penyuluh : Rizki Taufikur R Kelompok Sasaran : Lansia Tanggal/Bln/Th : 25/04/2016 W a k t u : A.

PUNCA KECACATAN. Baka/ Genetik Jangkitan Pranatal, Perinatal Dan Pascanatal Metabolisme Persekitaran Trauma

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

KUMPULAN 2 Aktiviti menyejukkan badan selepas bersenam

Rajah 1 : ECG At-104

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.

A. dilatih dan lulus dalam MSOC B. dilatih dan lulus dalam OPSOC C. dilatih dan lulus dalam SSIC D. dilatih dan lulus dalam CSOC

Mengatasi sakit sendi, tulang dan saraf dengan Royalife Rec Pluz

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

PUSAT INFORMASI ANGIN AHMAR

Transkripsi:

Angina Pektoris Pengenalan Angina merujuk kepada sakit dada yang sementara yang tidak tetap, yang disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke jantung. Penerangan Jenis-jenis angina Angina stabil: angina yang paling biasa berlaku. Angina jenis ini seringkali berulang dengan ciri-ciri dan pola yang tertentu. Biasanya, seseorang itu hanya dapat mengenalpasti serangan angina jenis ini setelah beberapa kali serangan itu berulang dan setelah terbentuknya satu pola atau sifat yang jelas. Tahap tekanan yang menyebabkan angina berlaku telah dapat dijangka dan pola ini berubah beransur-ansur. Angina tidak stabil: Angina yang berlaku dalam keadaan yang sangat teruk pada kali pertamanya, atau beberapa serangan yang berlaku dengan kerap, ataupun apabila berlaku perubahan yang mendadak pada corak serangan yang biasa dialami, yang diaruh oleh hanya sedikit senaman, atau angina yang berlaku pada waktu rehat. Istilah ini juga digunakan apabila simptom-simptom yang wujud seolah-olah seperti terkena serangan jantung. Akan tetapi tiada bukti yang dapat mengesahkan serangan jantung tersebut setelah ujian-ujian dijalankan di hospital. Angina Varian (Prinzmetal): Angina jenis ini disebabkan oleh vasospasma. Vasospasma merupakan kekejangan yang menyempitkan arteri koronari dan mengurangkan pengaliran darah ke jantung. Angina jenis ini jarang berlaku. Angina Mikrovaskular: Pesakit angina jenis ini akan mengalami sakit dada tanpa sebarang sekatan yang nyata pada arteri koronari. Sakit yang dirasai adalah disebabkan oleh gangguan pada fungsi saluran-saluran darah yang kecil yang membekalkan darah ke jantung, tangan dan kaki. Asas Saintifik Jantung adalah organ yang mengepam darah ke seluruh badan melalui saluran darah yang dikenali sebagai arteri. Darah ini membawa bersamanya oksigen dan nutrien-nutrien yang penting untuk tisu-tisu badan. Apabila arteri tersebut berpenyakit, dindingnya menjadi tebal dan keras serta diselaputi oleh mendapan lemak yang dikenali sebagai plak, yang lama-kelamaan boleh menjadikan saluran darah tersumbat. Walaupun pengaliran darah ke jantung mungkin mencukupi untuk keperluan biasa, namun apabila jantung memerlukan lebihan 1

oksigen, arteri yang membekalkan darah ke jantung tidak mampu memenuhi permintaan ini kerana ia telah tersumbat atau menyempit. Oleh yang demikian, angina boleh dianggap sebagai satu mekanisma untuk memberi amaran kepada badan bahawa ianya sedang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung. Penyebab Angina berlaku apabila otot jantung memerlukan bekalan oksigen yang lebih pada waktu-waktu tertentu, contohnya semasa senaman, makan atau stres. Punca biasa yang menyebabkan angina ialah arteriosklerosis ataupun jenis-jenis penyakit kardiovaskular yang lain yang boleh menyempitkan arteri yang membekalkan nutrien ke jantung. Faktor- Faktor Risiko Faktor-faktor risiko bolehubah Merokok Tekanan darah tinggi Kandungan kolesterol darah yang tinggi Faktor-faktor lain Tekanan psikologi yang berterusan Diabetes Mellitus Obesiti Gaya hidup sedentari Faktor psikososial Faktor-faktor risiko tak bolehubah Peningkatan umur Lelaki Sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung pramatang Lelaki, di bawah 50 tahun Perempuan, di bawah 60 tahun Faktor pencetus angina Tekanan emosi Aktiviti fizikal yang memerlukan bekalan darah yang lebih ke jantung Kesejukan atau kepanasan badan yang melampau Makan terlalu banyak sehingga menyebabkan lebih banyak darah menuju ke perut bagi membantu penghadaman 2

Alkohol Merokok - menyebabkan arteri koronari menyempit dan seterusnya mengurangkan kebolehannya untuk mengangkut darah Insidens Penyakit kardiovaskular merupakan penyebab utama kematian di hospitalhospital kerajaan iaitu sebanyak 24.5% dari kesemua kes kematian dalam tahun 1998. Penyakit jantung koronari adalah penyebab utamanya. Tanda - Tanda Dan Gejala Sakit dada yang datang secara tiba-tiba. Biasanya, ini berlaku semasa atau selepas senaman, tekanan atau semasa makan. Biasanya sakit yang dialami itu seperti mencengkam di bawah tulang dada. Ia boleh menjalar ke lengan atau bahu, biasanya bahu kiri. Kadangkala rasa seperti makanan tidak hadam ataupun pedih ulu hati Kesesakan nafas Pucat Biasanya sakit ini berlarutan selama hampir 5 minit, namun begitu ada juga kesakitan yang berakhir antara 30 saat hingga 30 minit lebih. Komplikasi Akibat daripada angina termasuk : Infarksi miokardium yang akut (serangan jantung) Aritmia kardiak yang teruk. Ini termasuklah takikardia dan fibrilasi ventrikel Kematian jantung secara tiba-tiba Ujian - Ujian Apabila seseorang pesakit mengalami sakit dada, adalah penting untuk memastikan samada sakit ini sakit dada kardiak atau sakit dada bukan kardiak. Pemeriksaan fizikal, mengambil EKG (elektrokardiogram) sewaktu rehat, dan juga ujian stres akan dilakukan untuk memantau keadaan jantung semasa bersenam. Ujian - ujian ini boleh menolak dan mengecualikan sebab-sebab sakit dada yang lain yang dialami itu seperti sakit otot rangka, kosto-kondritis, refluks esofagitis, penyakit pundi hempedu ataupun Pleurisi (inflamasi pada membran yang menyelaputi peparu). 3

EKG (Elektrokardiogram) Kemungkinan besar doktor anda akan melakukan ujian stres senaman yang dapat menunjukkan aktiviti jantung anda melalui elektrokardiogram dan memantau gejala-gejala sewaktu anda bersenam pada sesuatu tahap tertentu. EKG akan merakamkan impuls elektrik jantung. Ini mampu menunjukkan bahawa otot jantung tidak menerima oksigen yang mencukupi (iskaemia); ia juga mampu menentukan keabnormalan ritma jantung atau keabnormalan jantung yang lain. Untuk merakamkan EKG, seorang juruteknik akan meletakkan beberapa konteks kecil pada lengan, kaki dan dada dan bahagian-bahagian ini kemudian disambungkan kepada sebuah mesin EKG. Bagi kebanyakan pesakit angina, bacaan EKG sewaktu rehat adalah normal. Ini merupakan perkara biasa kerana gejala angina timbul ketika mengalami tekanan. Oleh sebab itu fungsi jantung perlu diuji sewaktu dalam tekanan, selalunya ketika bersenam. Angiogram (X-ray pada arteri koronari) juga boleh dilakukan terutamanya apabila bacaan EKG ketika stres didapati tidak normal Ekokardiografi stres Merupakan satu prosedur diagnostik yang mengkaji struktur dan pergerakan jantung melalui ultrasound apabila jantung berada dalam keadaan stres. Arteriografi koronari Ini merupakan cara yang paling tepat untuk menilai tahap sekatan yang ada dalam arteri koronari. Doktor akan mengunjurkan tiub plastik yang kecil (kateter) melalui arteri di lengan atau di kaki dan seterusnya memasuki arteri koronari. Kemudian sejenis pewarna yang boleh dilihat disuntik ke dalam kateter tersebut. Gambar X-ray berhalaju tinggi akan menunjukkan cecair itu mengalir melalui arteri. Doktor akan dapat mengenalpasti sumbatan di dalam arteri dengan mengikut jejak aliran cecair tersebut. Rawatan Farmakologi Penggunaan ubat-ubatan (samada bertindak cepat atau lambat) biasa diberi untuk melegakan gejala-gejala yang muncul, contohnya nitrogliserin yang diambil secara oral, yang disapukan atau ditampal pada kulit, dadah beta-blockers ataupun antagonis kalsium. Nitrogliserin Dadah tradisional biasa digunakan (contohnya amil nitrit atau nitrogliserin) yang boleh mengembangkan saluran darah jantung digunakan sebagai rawatan. Tablet atau lapikan yang ditampal pada kulit menyebabkan saluran darah mengembang dan seterusnya mengurangkan beban jantung. Anda boleh terus menggunakan ubatan ini untuk menghentikan 4

sakit. Rawatan dadah yang lebih baru termasuklah dadah penghalang beta adrenergik atau dadah penghalang saluran kalsium yang juga boleh digunakan bersama dadah yang telah lama digunakan. Rawatan Bukan Farmakologi Angioplasti - penggunaan kateter yang mempunyai belon di hujungnya untuk membuka arteri yang tersumbat. Kadangkala satu alat lain diperlukan untuk membiarkan arteri tersebut sentiasa terbuka. Proses ini mengelakkan keperluan untuk melakukan pembedahan, tetapi mempunyai risikonya yang tersendiri iaitu, arteri tersebut boleh tersumbat kembali ( stenosis semula). Pembedahan - untuk memintas sekatan. Ia hanya dilaksanakan apabila pesakit mengalami serangan angina terlalu kerap serta menyakitkan, dan angiogram koronari pula menunjukkan penyakit arteri koronari yang teruk. Pemantauan Dengan menurunkan berat badan, anda boleh mengurangkan tekanan ke atas jantung. Ia juga boleh membantu mengurangkan jumlah kolesterol di dalam darah. Prognosis Dalam kebanyakkan kes, satu serangan boleh berlaku berterusan sehingga hampir 5 minit tetapi kadang-kadang boleh berlaku antara 30 saat hinggalah lebih daripada 30 minit. Gejala-gejala yang berpotensi mengancam nyawa termasuklah tahap kesakitan yang semakin meningkat, atau kesakitan yang terlalu kerap berlaku. Ini menandakan penyakit tersebut sudah menjadi semakin teruk dan boleh membawa kepada kehilangan fungsi jantung tanpa sebarang tanda-tanda kesakitan atau sesak nafas. Pencegahan Pastikan anda mengambil kira perubahan-perubahan cara hidup seperti: 1. Perubahan pada diet Kajian telah menunjukan bahawa makanan yang tinggi kandungan kolesterol dan lemaknya (terutamanya lemak tepu) boleh meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah dan seterusnya meningkatkan lagi risiko untuk mengidap penyakit jantung koronari 5

2. Senaman Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang tidak bersenam adalah lebih cenderung untuk mendapat serangan jantung. Jadikan senaman sebagai sebahagian dari cara hidup anda. 3. Kawal tekanan darah anda Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan lain-lain. Keadaan ini boleh dikawal melalui pemeriksaan kesihatan yang kerap, mengawal pengambilan makanan dan rawatan yang berterusan. 4. Kawal berat badan Penyakit-penyakit (terutamanya diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung koronari) boleh menyerang dengan mudah pada individu yang mengalami berat badan yang berlebihan. Berjumpalah dengan doktor atau pegawai pemakanan untuk mengetahui tentang berat badan yang ideal atau unggul. Jika perlu, dapatkan nasihat diet yang betul 5. Jangan merokok Demi jantung yang sihat, jangan merokok. Jika anda adalah seorang perokok, berhenti dengan segera. Membuang tabiat ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Oleh itu, adalah satu tindakan yang bijak apabila anda bertindak berhenti merokok. 6