Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)

dokumen-dokumen yang mirip
Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

Mellisa (Abdullah Hussain)

Penangguhan (Wijaya Mala)

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi)

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

Drama 1400 (Nordin Hassan)

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

Prosa Tradisional (Merah Silu)

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Cerpen Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Sinopsis

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

Prosa Tradisional (Hikayat Upu Daeng Menambun) Sinopsis. Bab III

Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 2.0

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BUKU B. (5) yang selalu mengambil berat tentang diri saya. (6) belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lain

Oleh Nor Affizar Ibrahim. com.my. gurau tidak lekang

Tetamu terhormat, Dr. Yaacob Ibrahim Menteri Penerangan, Perhubungan & Kesenian merangkap Menteri Bertanggungjawab Atas Ehwal Masyarakat Islam

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNANM)

Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun)

NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG. TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK a. Pengakhiran cerita 2001 November

hangat hangat hangat hanyut hanyut hanyut haus haus haus

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

Kisah pelarian Rohingya: 'Myanmar tanah air kami' RUZY ADILA IDRIS 20 Ogos 2012

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

TANTANGAN Karya: Norhisham Mustafa

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Cerpen Hutan Rimba ( Sasjira)

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

Memilih Perkataan. kedatangan mengucapkan memohon SAMPEL. membuat berangkat berpindah. kesalahan memberi tiba. pergi sibuk banyak

OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6 MARKAH:

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

LAPORAN PROGRAM JARINGAN AMAL DAN IFTAR BERSAMA RUMAH ANAK- ANAK YATIM DAN ASNAF AS-SOLIHIN TARIKH 5 JULAI 2015 (AHAD)

(1) ada hati (2) ambil hati (3) baik budi (4) makan suap (5) membawa nasib (6) murah hati (7) seperti kacang lupakan kulit (8) tolak ansur

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

JENIS-JENIS PERENGGAN DEDUKTIF, INDUKTIF, dan GABUNGAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

ENCIK ZAQY MOHAMAD, PENGERUSI, BULAN BAHASA 2013, DI PELANCARAN BULAN BAHASA MELAYU 2013, SABTU, 7 SEP JAM 2.00 PTG DI RIVER ROOM, MUZIUM TAMADUN ASIA

MODUL PERNIAGAAN KOMIK KETUHANAN PERTAMA NEGARA

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

CATATAN PAMERAN MATJA. Oleh Aishah Maulana,UNIMAS,Malaysia.

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Basikal.

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

(1) tanam budi (2) makan suap. (3) perah tenaga (4) tangan terbuka. (5) tumbuk rusuk (6) seperti kacang lupakan kulit

ASPEK KAJIAN SASTERA. 1. Ringkasan cerita lebih kurang patah perkataan. 2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan

1.1 Perancangan Projek

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

1. Semua orang menyukai Julia kerana dia seorang gadis yang. 2. Kita tidak boleh bersikap terhadap orang lain yang memiliki keistimewaan tertentu.

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

dengan dunianya? Mereka saling menonjolkan

Hassan ta. kg bidang logistik. Syarikat miliknya mempunyai lebih 60 lori kontena yang beroperasi di seluruh negara ,/"IT" I "A~..

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERENDAH POLISI SEKOLAH SELAMAT

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

SJK ( C ) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( 3 ) Nama: ( ) Markah: % Kelas :1 ( ) Tarikh : /8/2017

1 Gambar rajah berikut menggambarkan suasana yang dapat dilihat semasa pentadbiran Brooke di Sarawak.

kotor kuat kusut lagi

Hikayat Opu Daeng Menambun

Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui pelaksanaan.

Bahagian A ( I ) : Ringkasan ( Masa yang Dicadangkan 40 minit ) ( 20 Markah )

Sesi Meet and Greet bersama Penulis I'm a Backpackers: Korea Halian Azurin

LAPORAN PROGRAM IFTHAR MAHABBAH KOMUNITI

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

bermain layanglayang tidak memberi perhatian mengalami kecederaan terjatuh SELESAI

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

SMA/MA IPS kelas 10 - BAHASA INDONESIA IPS BAB 11. KETERAMPILAN BERSASTRALatihan Soal 11.4

LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

30 TiPS LULUS TEMUDUGA

Transkripsi:

Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi) Sinopsis Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman. Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yng ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan. Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai.

Tema Semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat. Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucunya dalam usaha beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan. Persoalan 1. Persoalan kesediaan menghadapi cabaran. Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu. 2. Persoalan rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa. Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negara sendiri. 3. Persoalan jati diri yang teguh. Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.

Plot Binaan Plot (i) Permulaan Mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwa Pak Itam. (ii) Perkembangan Pak Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 tahun. Sambutan yang julung kali diadakan ini turut bertujuan untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam juga turut menyatakan harapannya untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan majlis hari jadinya agak kurang dan ini menjadikan Pak Itam berasa sedih dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini kian dilupakan. (iii) Klimaks Pak Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya. (iv) Peleraian Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya membawa sejambak ros merah menjadikan penduduk kampung tertanya-tanya. Hanya Tuk Mat mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak Itam kesampaian juga.

Teknik Penceritaan 1. Pemerian Pak Itam toleh kiri kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik dan rumput-rampai sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi 2. Dialog Dah kaujemput budak-budak suratkhabar? tanya Pak Itam. Sudah! jawab Tuk Mat. 3. Imbas Kembali Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan dimana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah. 4. Monolog dalaman Pak Itam sudah berfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu akan mengerumuninya, menghulur berbelas, mungkin berpuluh kaset perakam suara mahu menemuramahnya. Watak dan Perwatakan Watak Utama Pak Itam 1. Berasal dari Kuala Semantan, Pahang. 2. Berumur 85 tahun. 3. Mempunyai isteri iaitu, Siti Nurhidayah dan dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman yang terpisah sejak isterinya meminta fasakh ketika dia di penjara. 4. Mempunyai seorang anak angkat bernama Sidah.

5. Suka membaca. -, Pak Itam suka membaca akhbar dan majalah di kerusi malas di kaki lima rumahnya. 6. Seorang nasionalis tulen. - Pak Itam berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk bangsanya. 7. Seorang yang taat akan perintah agama.- Pak Itam sentiasa beribadat dan menggunakan waktu malam untuk mendekatkan diri kepada tuhan. 8. Baik hati - Pak Itam bersedia melayan tetamu yang datang untuk bertemu dengannya di rumah. Watak Sampingan Tuk Mat 1. Bekas anggota polis. 2. Jiran Pak Itam. 3. Bertubuh sasa, kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas. 4. Rajin. - beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya. 5. Boleh diharapkan dan berdisiplin -, hal ini diakui oleh Pak Itam apabila membandingkan sifat anak-anak muda seperti Isa dan Latif dengan watak Tuk Mat. Siti Nurhidayah 1. Bekas isteri Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara. 2. Sempat hadir pada hari kematian Pak Itam. 3. Mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.

Latar Latar Masa 1. Sehari sebelum hari lahir Pak Itam yang ke-85 tahun- Tuk Mat dan penduduk kampung sibuk menguruskan persiapan untuk majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam. 2. Sebelum Zuhur - Pak Itam masih menanti. Dia amat kecewa. Tuk Mat menyuruhnya berehat. 3. Selepas Zuhur - Kiah menjerit memberitahu Tuk Mat bahawa Pak Itam sakit. Pak Itam meninggal dunia dan bacaan Yasin diadakan. Latar Tempat 1. Kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya- tempat majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam dan pameran diadakan. 2. Di kaki lima rumah Pak Itam - tempat Pak Itam duduk sambil membaca akhbar dan majalah seharian di atas kerusi malas. 3. Kampung Pak Itam di Hulu Langat- perkampungan yang nyaman tetapi mula tercemar apabila dua buah kilang dari Korea dan Jepun mula beroperasi. 4. Penjara di Singapura - Siti Nurhidayah, isteri Pak Itam datang bersama dua orang anaknya membawa surat kadi meminta fasakh ketika Pak Itam meringkuk di situ. Latar Masyarakat 1. Masyarakat pejuang yang mencintai bangsa dan negara. Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara.

2. Masyarakat penulis dan wartawan. Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah menggunakan mata pena. 3. Masyarakat kampung yang masih mengamalkan amalan gotong royong serta bekerjasama. Tuk Mat dan beberapa orang pemuda kampung yang membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran.. Gaya Bahasa 1. Simile - kian mengecil seperti sebiji debu 2. Peribahasa - seperti enau di belukar 3. Metafora -tangisan ketakwaan 4. Penggunaan Bahasa Inggeris - vision, Happy Birthday To You 5. Personifikasi - Pungguk di belakang rumah terus merintih, merindu bulan Nilai 1. Nilai pengorbanan. Pak Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan negara. 2. Nilai cinta akan negara. Pak Itam berjuang untuk membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu kemiskinan dan mahu melihat anak bangsanya mendapat pendidikan tinggi. 3. Nilai bekerjasama. Semua penduduk kampung tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam.

Pengajaran 1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara agar tidak dijajah oleh bangsa lain. 2. Kita wajarlah saling membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah. 3. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah tuhan dengan meningkatkan amal ibadah agar mendapat kesenangan di kemudian hari. 4. Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara walaupun masa berubah. Latihan 1. Siapakah yang membantu Pak Itam menguruskan persiapan majlis sambutan hari jadinya? 2. Nyatakan 2 tujuan Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadinya? Jawapan 1. Tuk Mat merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam. 2. Tujuan Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadinya adalah untuk menjamu anak-anak Kampung Langat,cucu cicitnya di pusat pengajian tinggi yang datang menemu ramahnya untuk membuat buku dan ingin berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang pejuang.