PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

dokumen-dokumen yang mirip
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN TIGA 2015

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

AMALAN BAHASA MELAYU

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKI-LAKI METHODIST JALAN HANG JEBAT KUALA LUMPUR TAJUK JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT. OKT. NOV. DIS.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 5

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

KATERING DAN PENYAJIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

KANDUNGAN KBSM HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PENDIDI KA N MORAL. RUKUN NEGARA ii. BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH LANDSKAP DAN NURSERI

KESUSASTERAAN MELAYU

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

PENDIDIKAN KESIHATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KESIHATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Kurikulum Kebangsaan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH SENI VISUAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH MEMBUAT PERABOT

KANDUNGAN KBSR HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PENDIDI KA N MORAL RUKUN NEGARA

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

PENDIDIKAN JASMANI (MASALAH PEMBELAJARAN)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN DUA

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN REKA CIPTA TINGKATAN EMPAT 2002

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

BIDANG PEMBELAJARAN 2 NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN

PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PEMBELAJARAN)

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KANDUNGAN KBSR HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PENDIDI KA N MORAL. RUKUN NEGARA v

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK

TEKNOLOGI VOKASIONAL - SAINS

Transkripsi:

Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH +85$,$168.$7$13(/$-$5$1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 Pusat Perkembangan Kurikulum

+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%60 KANDUNGAN RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN v vii HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 7 TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRI 8 KATA PENGANTAR ix TEMA 2 : HUBUNGAN KEKELUARGAAN 9 PENDAHULUAN 1 KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH KHIDMAT MASYARAKAT 5 STRATEGI PELAKSANAAN 6 2 TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA TEMA 5 : MALAYSIA NEGARA BERDAULAT TEMA 6 : CABARAN MASA DEPAN 10 11 12 13 PENILAIAN 6 PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT 15 iii

+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%60 RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v

+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%60 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. vii

+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%60 KATA PENGANTAR Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, teori pelbagai kecerdasan, pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontruktivisme dan pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dan kesedaran murid tentang hak dan tanggungjawab sebagai warga negara dengan mengambil kira aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik. Guru juga perlu menekankan aktiviti khidmat masyarakat yang merupakan komponen penting dalam memupuk kesedaran sivik di kalangan murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan. Dalam usaha menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan universiti serta pegawai Kementerian Pelajaran dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pelajaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. (MAHZAN BIN BAKAR SMP, AMP) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia ix

+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%60 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada masa dahulu, pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya. 1.2 Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab. 1.3 Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Melalui kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan negara. 1

.%60 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 2.0 KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH 2.1 Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia 2.2 Objektif Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. 2.2.1 Objektif Pengetahuan: i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera. iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif, dinamik dan patriotik. v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara. vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara. 2

+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%60 2.2.2 Objektif Kemahiran: i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi. 2.2.3 Objektif Nilai: i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan. iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia. iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama. vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab. vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat. 3

.%60 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 2.3 Tema Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kandungan ini disampaikan menerusi enam tema seperti berikut: 1. Pencapaian Kendiri 2. Hubungan Kekeluargaan 3. Hidup Bermasyarakat 4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 5. Malaysia Negara Berdaulat 6. Cabaran Masa Depan Tema-tema ini tidak semestinya diajar secara urutan dan guru boleh menyesuaikan tema ini dengan peristiwa atau isu semasa yang berlaku sama ada dalam sekolah, masyarakat atau di peringkat negara. Misalnya, tema Malaysia Negara Berdaulat boleh diajar dalam konteks sambutan Bulan Kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia. 4

+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%60 3.0 KHIDMAT MASYARAKAT Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Aktiviti ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahn. Murid perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Khidmat Masyarakat harus dikait rapat dengan pembelajaran akademik dalam bilik darjah. Khidmat Masyarakat bertujuan membina individu yang bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Guru harus memastikan murid menjalankan kerja projek ini mengikut tema yang ditetapkan seperti berikut: Tingkatan 1 Tema 1. Pencapaian Kendiri 2. Hubungan Kekeluargaan 2 3. Hidup Bermasyarakat 3 4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 4 5. Malaysia Negara Berdaulat 5 6. Cabaran Masa Depan 5

.%60 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 4.0 STRATEGI PELAKSANAAN Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus memberi penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu, strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu. 5.0 PENILAIAN Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, guru digalakkan menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk penilaian yang boleh dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan, dan laporan. 6

+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%60 6.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 6.1 Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengandungi tiga lajur, iaitu Tema/Tajuk, Hasil Pembelajaran dan Cadangan Aktiviti. 6.1.1 Tema/Tajuk Lajur ini mengandungi tema, tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran. Ini menentukan skop pengajaran bagi sesuatu tema mengikut tahun yang berkenaan. 6.1.2 Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid diharap mencapai dalam setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan tema dan tajuk. 6.1.3 Cadangan Aktiviti Lajur ini mengandungi aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran bagi tema dan tajuk berkenaan. Guru juga boleh menggunakan aktiviti lain asalkan sesuai dengan tajuk pengajaran. 7

7,1*.$7$1 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 1. PENCAPAIAN KENDIRI a. Pilihan kerjaya i. Mengetahui peluang-peluang kerjaya yang ada di dalam dan luar negara ii. Mengenal pasti kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran yang diperlukan mengikut kerjaya yang berbeza iii. Berupaya memilih kerjaya yang terbaik untuk diri iv. Mempunyai keyakinan diri untuk meneroka kerjaya yang diminati i. Mengumpul maklumat tentang tokohtokoh yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing dan mengaitkannya dengan potensi diri ii. Membuat kajian dan analisis daripada maklumat yang dikumpulkan melalui keratan akhbar dan sumber-sumber lain tentang iklan jawatan kosong setiap sektor, seterusnya meneroka kerjaya bersesuaian dengan potensi diri iii. Membuat kajian tentang kerjaya yang diminati dari segi faedah sosio-ekonomi diri b. Keputusan yang bijak dan adil - Tindakan yang bertanggungjawab i. Mengetahui dan memahami bahawa setiap keputusan yang dibuat dalam semua situasi mempunyai kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain ii. Berkemahiran menjejaki rantaian kesan dan akibat daripada sesuatu keputusan iii. Membuat keputusan yang bijak dan adil serta bertanggungjawab dalam semua situasi iv. Prihatin tentang kesan keputusan yang diambil terhadap orang lain i. Main peranan dalam satu situasi atau dilema yang memerlukan murid membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah tersebut ii. Mengadakan perbincangan tentang jurusan yang akan dipilih untuk peringkat menengah atas mengikut kesesuaian potensi diri dengan kerjaya yang diminati 8

+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 7,1*.$7$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 2. HUBUNGAN KEKELUARGAAN a. Tanggungjawab terhadap keluarga - Kasih sayang - Kepekaan terhadap keperluan fizikal, mental, emosi dan rohani - Keselamatan dan perlindungan - Menjaga maruah keluarga i. Memahami tanggungjawab anggota keluarga dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan ii. Menjalin hubungan yang erat antara anggota keluarga iii. Menjaga keselamatan dan melindungi anggota keluarga iv. Menunjukkan sikap bertanggungjawab sebagai anggota keluarga v. Mengambil berat terhadap keperluan anggota keluarga vi. Menjaga nama baik keluarga i. Main peranan sebagai anggota keluarga yang mengambil berat akan keperluan dan masalah keluarga (bahan kisah benar daripada majalah, surat khabar, drama televisyen dan lain-lain) ii. Membuat penilaian kendiri tentang sumbangan dan kewajipan terhadap keluarga iii. Menghasilkan karya kreatif seperti puisi, pantun dan kad ucapan kepada anggota keluarga sebagai tanda penghargaan atas tanggungjawab yang telah mereka laksanakan iv. Membuat kajian tentang tanggungjawab tokoh ibu atau bapa mithali dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau bapa terhadap keluarga v. Menghasilkan brosur tentang penjagaan keselamatan anggota keluarga vi. Mengumpul keratan akhbar tentang masalah sosial yang berlaku di kalangan murid dan membincangkan implikasinya terhadap nama baik keluarga 9

7,1*.$7$1 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 3. HIDUP BERMASYARAKAT a. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar - Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar - Tanggungjawab bersama untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar i. Memahami dan menyedari kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar ii. Memahami peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar iii. Merancang projek kecil untuk memelihara dan memulihara alam sekitar di kawasan sekolah iv. Melibatkan diri dalam memelihara dan memulihara alam sekitar v. Bertanggungjawab terhadap alam sekitar i. Menghasilkan brosur atau risalah tentang penjagaan alam sekitar untuk sebaran sekolah atau komuniti di tempat tinggal murid ii. Membuat projek kehijauan untuk meningkatkan kualiti alam sekitar di kawasan setempat iii. Mengumpul maklumat dan berbincang tentang agensi yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar b. Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah alam sekitar - Pencemaran alam - Bencana alam i. Mengenal pasti jenis-jenis pencemaran dan bencana alam ii. Memahami dan menyedari kesan-kesan pencemaran alam dan bencana alam iii. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mengatasi isu dan masalah alam sekitar iv. Peka terhadap isu-isu yang menjejaskan alam sekitar v. Menghargai alam sekitar i. Membuat kajian tindakan tentang masalah alam sekitar di kawasan setempat ii. Menghasilkan buku skrap tentang isu dan masalah alam sekitar iii. Menyiasat dan membuat laporan tentang sesuatu isu alam sekitar di kawasan setempat (mengkaji jenis-jenis bahan terbuang dan mengkategorikan mengikut tahap biorosot) 10

+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 7,1*.$7$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 4. WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA a. Adat resam dan pantang larang pelbagai kaum i. Memahami adat resam dan pantang larang pelbagai kaum ii. Mengamalkan adat resam dalam kehidupan harian iii. Berupaya menyesuaikan diri dengan kepelbagaian adat resam dan pantang larang pelbagai kaum iv. Berbangga dengan keunikan kekayaan warisan budaya Malaysia v. Menerima dan menghormati adat resam dan pantang larang pelbagai kaum i. Menonton tayangan video/slaid yang menunjukkan cara hidup pelbagai kaum di Malaysia dan membuat rumusan tentang adat resam dan pantang larang pelbagai kaum ii. Mengunjungi rumah guru, rakan dan jiran tetangga pelbagai kaum semasa hari perayaan dan membuat catatan tentang adat dan pantang larang yang diamalkan iii. Menghasilkan folio tentang adat resam dan pantang larang pelbagai kaum iv. Membuat kajian dan menyediakan laporan tentang persamaan dan perbezaan adat resam dan pantang larang pelbagai kaum di Malaysia v. Mengkaji asal-usul beberapa adat resam dan pantang larang pelbagai kaum daripada pelbagai sumber (temu bual, soal selidik dan sebagainya) 11

7,1*.$7$1 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 5. MALAYSIA NEGARA BERDAULAT a. Jentera pentadbiran Negara Malaysia - Badan-badan kerajaan (Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman) - Suruhanjaya Diraja b. Kenali kementerian-kementerian di Malaysia i. Memahami peranan dan tugas badanbadan kerajaan (Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman) dan Suruhanjaya Diraja ii. Menghasilkan carta organisasi struktur pentadbiran negara iii. Menghargai peranan jentera pentadbiran negara dalam menjaga kestabilan dan kemakmuran negara i. Mengenal pasti kementerian-kementerian di Malaysia ii. Mengenal pasti agensi-agensi/jabatanjabatan di bawah kementeriankementerian di Malaysia iii. Mengetahui dan memahami peranan kementerian-kementerian dalam pembangunan negara iv. Menyampaikan maklumat umum berkaitan dengan kementeriankementerian di Malaysia kepada orang lain v. Menghargai peranan kementeriankementerian dalam pembangunan negara i. Membuat carta organisasi tentang struktur pentadbiran negara ii. Membincangkan kepentingan peranan jentera pentadbiran dalam mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara iii. Main peranan sebagai anggota parlimen membahaskan sesuatu isu berkaitan dengan pembangunan negara i. Mengumpulkan maklumat dan menghasilkan buku skrap atau brosur tentang kementerian-kementerian di Malaysia ii. Mengadakan lawatan sambil belajar ke salah sebuah tempat berikut: - kementerian-kementerian - mahkamah - parlimen iii. Mengadakan kuiz untuk mengenali kementerian-kementerian dan agensiagensi/jabatan-jabatan di bawahnya iv. Membuat carta organisasi tentang sktruktur kementerian dan agensiagensi/jabatan-jabatan di bawahnya 12

+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 7,1*.$7$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 6. CABARAN MASA DEPAN a. Mengekalkan keamanan negara dan sejagat - Ancaman dalaman - Ancaman luaran - Sumbangan kepada keamanan dunia i. Menyedari tentang kepentingan keamanan negara dan sejagat ii. Mengetahui atau mengenal pasti ancamanancaman dalaman dan luaran yang boleh mengganggu keamanan dan keharmonian negara iii. Merancang pelbagai aktiviti untuk memberi sumbangan kepada keamanan dunia iv. Menghargai keamanan negara dan sejagat i. Mengadakan perbincangan tentang ancaman dalaman dan luaran yang boleh menggugat keamanan negara ii. Menjalankan aktiviti untuk menyumbang kepada keamanan negara Contoh: - menulis esei cara-cara untuk mengekalkan keamanan dan menyelesaikan konflik bersenjata - mengadakan sesi forum untuk membincangkan isu-isu dengan keamanan - mengadakan pameran bertemakan keamanan iii. Mencipta lirik lagu yang bertemakan kemanusiaan dan keamanan sejagat dan menyanyikannya iv. Main peranan sebagai anggota parlimen untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan perpaduan dan keamanan negara v. Menghasilkan skrip drama yang bertajuk Mengekalkan Keamanan Negara Tanggungjawab Bersama 13

7,1*.$7$1 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI b. Memastikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (International Humanitarian Law IHL) dipraktikkan - Perspektif kemanusiaan - Had-had dalam konflik bersenjata - Pelaksanaan undang-undang kemanusiaan - Menegakkan keadilan - Bantuan kemanusiaan i. Menyedari keperluan peraturan dan undang-undang untuk mengurangkan kemusnahan dan penderitaan akibat konflik bersenjata ii. Mengetahui peraturan-peraturan asas dalam undang-undang kemanusiaan antara bangsa iii. Mengenal pasti beberapa contoh pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa iv. Mengenal pasti cara-cara menegakkan keadilan v. Merancang projek berkaitan bantuan kemanusiaan yang diperlukan akibat konflik bersenjata vi. Berupaya mengambil perspektif yang pelbagai dalam menghadapi sesuatu situasi vii. Bersyukur dengan keamanan dan keharmonian negara viii. ix. Menghormati nyawa dan maruah manusia Prihatin terhadap masalah dan dilema yang dihadapi oleh pihakpihak yang terlibat dalam konflik i. Mengadakan sesi perbincangan, sumbangsaran dan main peranan dengan menggunakan bahan-bahan sebenar (gambar, dokumen, video, kajian kes) yang berkaitan dengan: - perspektif kemanusiaan - had-had dalam konflik bersenjata - pelaksanaan undang-undang kemanusiaan - menegakkan keadilan ii. Merancang kem pelarian untuk mangsa peperangan atau bencana alam 14

+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 7,1*.$7$1 Pelaksanaan Khidmat Masyarakat Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Murid dikehendaki menjalankan khidmat masyarakat di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Matlamat (1) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. (2) Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. (3) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Cadangan Aktiviti Khidmat Masyarakat untuk tingkatan tiga adalah berpandukan tema Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia. Berikut ialah cadangan aktiviti Khidmat Masyarakat mengikut tema: Tingkatan Tema Aktiviti yang dicadangkan 3 Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia - Persembahan kebudayaan pelbagai kaum - Projek jualan makanan pelbagai kaum - Pameran pelbagai budaya Malaysia - Cadangan pemuliharaan bangunan/artifak bersejarah - Kajian seni bina bangunan bersejarah - Projek stesen radio sekolah Murid boleh memilih projek Khidmat Masyarakat lain yang difikirkan sesuai dengan tema yang telah ditetapkan di atas. 15

7,1*.$7$1 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 Strategi Pelaksanaan Murid perlu membuat persediaan sebelum melaksanakan sesuatu projek Khidmat Masyarakat. Panduan yang berikut dapat membantu anda membuat persediaan dan melaksanakan projek Khidmat Masyarakat secara terancang dan sistematik. 1. Perancangan a. mengenal pasti dan memilih tajuk projek b. menentukan objektif, jenis aktiviti dan tempoh masa melaksanakan projek c. mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat d. menyenarai dan membahagikan tugas e. menentukan cara mengumpul maklumat f. menentukan cara merekod projek 2. Kerja Amali a. melaksanakan projek b. merekod/mencatat tugas yang dijalankan c. mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas 3. Refleksi a. menilai kerja yang telah dijalankan b. menyusun dan menyemak dokumen dan catatan c. membuat kesimpulan 4. Laporan a. menentukan cara menyediakan laporan b. menulis laporan individu atau kumpulan c. membentangkan laporan 16 5. Penghargaan a. menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek.