UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Batang : Tumbuh menegak, bercabang dan berwarna hijau.. Buku warna hijau atau ungu.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kesing/Pianggang dewasa dan nimfanya menyerang padi dengan menghisap biji padi pada peringkat susu. Hasil akan terjejas teruk kerana biji padi akan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Amalan pengurusan seperti ini adalah penting dari segi kos dan isu alam sekitar.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LOGO. Kandungan. 6.1 Pembiakan Secara Keratan Batang. 6.2 Penanaman Anak Pokok. 6.3 Penjagaan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA DOKUMEN SEBUTHARGA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

2.0 FERTIGASI (PENANAMAN ROCKMELON) 2.1 PENGENALAN

v. Akar dan kelihatan keluar dari lubang pasu.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

3528/2 [ Lihat sebelah

: Kelapa : Cocos nucifera : Palma

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGELUARAN MANGGA SECARA TERANCANG. Omran Hashim, Tengku Ab Malik Tengku Maamun dan Ithnin Badri

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

1. Cara Membuat IMO1 (MOL Nasi)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Menurut Dr. Ahmad, kos. ISMAIL Semenanjung Malaysia sejak pad a

TUMBUHAN HERBa di malaysia

PENGURUSAN PEROSAK UTAMA TANAMAN MANGGA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Teknologi Pengeluaran Bahan Tanaman

M+'t H,r? UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II sesr 20lll20r2 SULIT SULIT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Teknologi Perbanyakan Benih Mangga melalui Sambung Pucuk

MANUAL PENGGUNA PENGHASILAN KOMPOS DARIPADA SISA PEPEJAL KANTIN DAN SISA TUMBUHAN

BUDIDAYA BELIMBING MANIS ( Averhoa carambola L. )

III. METODE PENELITIAN A. Tempat dan Waktu Penelitian

TIPS MEMBUAT CHEESECAKE

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Luka Terbakar dan Melecur

TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN SISTEM PEMBERIAN SERANGGA (DIPTERA) SEBAGAI SUMBER MAKANAN KEPADA BURUNG WALIT (AVES: APODIDAE)

KLASIFIKASI KETAHANAN SEMULAJADI KAYU KAYAN MALAYSIA Oleh: Noor Azrieda Abd Rashid & Dr Salmiah Ujang

TEKNOLOGI PRODUKSI TSS SEBAGAI ALTERNATIF PENYEDIAAN BENIH BAWANG MERAH

Perkembangbiakan Tanaman

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BAB VI HASIL ANALISIS DAN PERBINCANGAN

KOLEKSI MODUL PECUT 2015 SULIT 018 SAINS OGOS 2015 KOLEKSI SOALAN PECUT 2015 SAINS

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/TPU/P003

TINJAUAN PUSTAKA. Biologi Hama Penggerek Buah Kopi (Hypothenemus hampei Ferr.) Menurut Kalshoven (1981) hama Penggerek Buah Kopi ini

BUDIDAYA DURIAN PENDAHULUAN

Sebiji Benih Menjadi Rimba

5.10 GARIS PANDUAN AKTIVITI PERTANIAN

Pemeliharaan Ideal Pemeliharaan ideal yaitu upaya untuk mempertahankan tujuan dan fungsi taman rumah agar sesuai dengan tujuan dan fungsinya semula.

Penembusan Mendalam Ke Dalam Kulit Anda, Semburan Ajaib Untuk Memadamkan Tanda- Tanda Penuaan ~ H+

KANDUNGAN TAKLIMAT. Nyamuk aedes Denggi Rawatan denggi Pencegahan denggi Statistik Kes Dan Kematian Aktiviti promosi dan pendidikan di sekolah

SDS Risalah Data Keselamatan

Kaedah biasa yang digunakan untuk mencerunkan dasar parit adalah : a) Penggunaan ROD ARAS b) Penggunaan timbang air dan kayu lurus

III. METODE PELAKSANAAN. Penelitian ini dilakukan di kebun budidaya Ds. Junrejo, Kec. Junrejo,

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.2/1995 :: Penjagaan, Penggunaan Dan Penyimpanan Alat Total Station ::

1 0 0 % B E B A S K I M I A B E R T O K S I D P R O D U K B I O - F

BAHAN DAN METODE. Tempat dan Waktu

I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN loris PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 ARAHAN KOD VAC3033 KURSUS:TANAMANLADANG

Arkib Negara Malaysia

LATIHAN TOPIK 5. Rajah Yang manakah di antara berikut TIDAK BENAR tentang struktur bunga dan fungsinya?

BAB II TINJAUAN PUSTAKA. Klasifikasi tanaman mentimun ( Cucumis sativus L.) (Cahyono, 2006) dalam tata nama tumbuhan, diklasifikasikan kedalam :

II. TINJAUAN PUSTAKA

BAGIAN-BAGIAN BUNGA DAN FUNGSINYA

III. BAHAN DAN METODE. Penelitian ini telah dilaksanakan di lahan gambut Desa Rimbo Panjang

II. TINJAUAN PUSTAKA. A. Klasifikasi dan Deskripsi Tanaman Cabai Rawit (Capsicum frutescensl.)

BAB II TINJAUAN PUSTAKA

BAB II KAJIAN PUSTAKA. 2.1 Klasifikasi dan Morfologi Kopi Liberika (Coffea liberica)

Untuk mengkaji hubungan antara perbezaan bentuk dan jenis awan dengan cuaca

Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian 78

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/TPU/P003

TINJAUAN PUSTAKA. Botani Tanaman. Sistem perakaran tanaman bawang merah adalah akar serabut dengan

BULETIN TEKNOLOGI PERTANIAN FAKULTI PERTANIAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MAKLUMAT. Penyakit Kencing Manis. Ubat Untuk Merawat PESAKIT. Insulin. Medicine To Treat: Diabetes What You Need to Know About Insulin

Baja bal{teria. Bacto-IO istimewa

4.5 KONSEP PEMBIAKAN PADA TUMBUHAN

Garis panduan ini disediakan bagi tujuan menjelaskan pengasingan dan pengkelasan sisa klinikal dilaksanakan.

TINJAUAN PUSTAKA. Taksonomi Tanaman Teh

Cuaca di Sekeliling Kita

TINJAUAN PUSTAKA. Botani Tanaman. akar-akar cabang banyak terdapat bintil akar berisi bakteri Rhizobium japonicum

Penanganan bibit jati (Tectona grandis Linn. f.) dengan perbanyakan stek pucuk

Transkripsi:

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Belimbing BUKU PANDUAN TANAMAN BELIMBING TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 10

Isi Kandungan Bil. Tajuk Muka Surat 1 Pendahuluan 3 2 Penanaman 3 2.1 Variati/kultivar yang disyorkan 3-4 2.2 Penyediaan Bahan Tanaman 4 2.3 Sistem Tanaman 2.4 Penanaman Di Ladang 3 Penyelenggaraan 5 3.1 Pengurusan Air 5 3.2 Pembajaan 5-6 3.3 Pemangkasan 6 3.4 Kawalan Penyakit Dan Perosak 6-7 4 Kematangan Dan Mengutip Hasil 8 5 Pengendalian lepastuai dan Penyimpanan 10 6 Rujukan 10 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drp 10

1. PENGENALAN Nama : Saintifik Averrhoae Carambole L. Nama Tempatan : Belimbing Besi Famili :Oxalidaceae Belimbing berasal dari gugusan pulau-pulau Asia Tenggara. Buah belimbing mengandungi vitamin A dan C yang tinggi dan komposisi nutrien lain ialah tenaga, protin, lemak, serabut dan mineral (Ca, Fe). 2. PENANAMAN DAN KESESUAIAN TANAH: Belimbing boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah iaitu dari tanah liat hinggalah ke tanah berpasir. Belimbing adalah sejenis tanaman yang tumbuh dengan cepat dan memerlukan kelembapan yang mencukupi sepanjang tahun untuk hidup subur. Kebanyakan penanaman belimbing di kawasan lombong menggunakan sistem pengairan renjis untuk memberikan kelembapan pada tanah dan kos penggunaan sistem ini hendaklah diambilkira yang mana lebih tinggi jika dibandingkan dengan penanaman di kawasan selain daripada kawasan lembab. Belimbing ditanam dengan jarak 0.5 m x 0.5 m hingga 0.7 m x 0.7 m bergantung kepada jenis yang hendak ditanam. Saiz lubang tanaman berukuran 60 x 60 x 60 cm dan dicampurkan dengan 10 kg. tahi ayam dan 200 gm CIRP bagi setiap lubang. Kayu pancang digunakan untuk menyokong tanaman semasa peringkat awal pertumbuhan. 2.1. Varieti / Kultivar Yang Disyorkan B2 Berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan didaftarkan pada tahun 1966. Dikenali dengan nama MAHA 66. Buahnya berbentuk bujur, bersaiz sederhana besar (160-220 gm sebiji) dan berukuran diantara 13-15 cm panjang. Buah berwarna kuning kehijauan dan berubah kepada kuning pucat apabila matang. Isinya manis dan berair, tekstur isinya halus dan tidak bersabut, rasanya tidak kelat tetapi kualiti penyimpanannya rendah. Pengeluaran hasil adalah tinggi. Bunga belimbing mempunyai benang sari yang panjang dan klon ini digunakan sebagai pendebunga kepada pokok-pokok klon B10 dan B17 untuk meningkatkan hasil buah. B10 Berasal dari Serdang Baru, Selangor dan didaftarkan pada tahun 1968. Merupakan klon paling popular dan ditanam secara besar-besaran. Berat buah ialah 180-250 gm sebiji, berbentuk bujur iaitu besar di bahagian pangkal dan kecil di bahagian hujung buah. Kadangkala, ukuran buah melebihi 15 cm panjang. Kulit buah licin dan berkilat. Buah masak berwarna oren atau kemerah-merahan. Isinya manis dan berair, tekstur isinya rapuh, bersabut sedikit dan beraroma. Pengeluaran hasilnya tinggi. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drp 10

B17 Berasal dari Triang, Pahang. Popular dengan nama Belimbing Madu dan didaftarkan pada 14 Januari 1988. Buah berbentuk bujur panjang dengan ukuran diantara 10-15 cm panjang. Tangkai buahnya besar, hujung buah lekuk ke dalam. Berat buah adalah diantara 200-300 gm sebiji. Bahagian tepi seginya masih berwarna hijau walaupun buah telah masak. Buah masak berwarna oren dan berbintik-bintik putih di tepi segi. Tekstur isinya rapuh, pejal dan sederhana halus. Rasanya sangat manis dan berbau harum. Pengkelasan klon belimbing mengikut jenis benang sari Benang Sari Klon Jenis Pendek Jenis Panjang B3, B4, B8, B9, B10, B13, B14, B17 B1, B2, B5, B26, B7, B11, B12, B15, B16, B18, B19 Belimbing dari jenis benangsari pendek memerlukan pendebungaan silang dari jenis benangsari panjang. Proses ini diperlukan untuk menggalakkan pembentukan buah yang seragam. Kegiatan serangga seperti lebah akan menyeragamkan bentuk buah dan meningkatkan lagi pembentukan buah. 2.2. Penyediaan Bahan Tanaman Menggunakan bahan tanaman dari baka klonal yang dibiak secara vegetatif. Pokok penanti disediakan dengan menyemai biji benih yang matang. Biji diproses dengan membasuh dan mengeringkan sebelum di semai. Biji benih mula bercambah 4-5 minggu selepas disemai. Anak benih yang subur berumur sebulan dipindahkan ke dalam polibeg yang diisi dengan tanah campuran dengan kadar 3:2:2 (tanah:pasir:bahan organan). Anak benih disusun di bawah lindungan yang mempunyai sekurang-kurangnya 50% teduhan. Racun serangga dan kulat disembur jika perlu untuk mengawal serangga dan penyakit. Baja sebatian NPK (15:15:15) pada kadar 30 gm bagi setiap anak pokok diberi dua bulan sekali. Pokok penanti yang berumur antara 5-6 bulan (tinggi 20 cm) adalah sesuai untuk dibuat cantuman mata tunas. Torehan melintang 0.5 cm dan torehan ke bawah 3 cm, di paras 5 cm dari tanah, dibuat pada pokok penanti. Mata tunas dari pokok induk disediakan dengan saiz yang agak kecil sedikit dari tapak torehan pokok penanti. Mata tunas yang sudah dipisahkan dari kayu diselitkan ke dalam kelopak kulit torehan pokok penanti. Ianya dibalut degan pita plastik cantuman dengan kemas supaya kedua-dua kambium mata tunas dan tapak torehan bersentuhan. Selepas 3 minggu pita cantuman dibuka. Penilaian kejayaan ditentukan dengan kehijauan mata tunas. Mata tunas yang aktif akan bercambah dan tumbuh dengan segar. Pokok-pokok penanti dipotong pada para 3-4 cm dari tempat cantuman dan pertumbuhan tunas. Selepas 4-5 bulan pada ketinggian 25 cm pokok cantuman yang subur dapat dipindahkan ke ladang. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drp 10

2.3. Sistem Penanaman Boleh menggunakan samada sistem penanaman empat segi tepat, sistem empat segi sama atau sistem tiga segi sama. Belimbing yang ditanam secara komersil sebaik-baiknya mengamal konsep tanaman tunggal supaya kerja-kerja pengurusan dapat dijalankan dengan sempurna. Penanaman klon komersil dan klon pendebunga dengan kadar 5:1 (5 pokok klon komersil dan 1 pokok klon pendebunga) adalah digalakkan. Selain daripada mempunyai sistem seperti di atas, pokok belimbing klon komersil boleh juga dicantum dengan klon pendebunga pada dahannya. Dengan ini setiap pokok komersil mempunyai klon debunga di atasnya untuk membantu proses pendebungaan. 2.4. Penanaman Di Ladang Selepas seminggu, anak-anak pokok cantuman yang terpilih diubah ke ladang. Anak-anak pokok diletakkan di tengah-tengah lubang setelah polibeg dipotong dan dibuang. Boleh ditanam pada jarak 4.5-6.0 m bergantung kepada klon yang dipilih dan jenis tanah. Jarak penanaman yang sesuai ialah 6m x 6m (278 pokok/ha.), sementara di tanah bekas lombong jarak 4.6 m x 4.6 m (480 pokok/ha) boleh digunakan kerana pertumbuhan pokok di tanah jenis ini tidak begitu besar berbanding dengan keadaan tanah mineral. Pengusaha boleh menggunakan sistem kepadatan tinggi dengan jarak 4 m x 6 m (417 pokok/ha) bagi tanah mineral. Kayu sokongan yang berukuran 1 meter tinggi perlu dipacak pada setiap anak pokok untuk mendapatkan pertumbuhan tegak pada batang utama. 3. PENYELENGGARAAN 3.1. Pengurusan Air: Pengurusan air yang berkesan dapat mengurangkan kematian pokok pada peringkat awal pertumbuhan pokok. Terdapat dua jenis sistem pengairan yang boleh digunakan untuk tanaman belimbing iaitu sistem pengairan titis dan sistem pengairan penyembur. Pemilihan jenis sistem pengairan bergantung kepada kedapatan sumber air, kualiti air, bentuk muka bumi, topografi, perbezaan aras tinggi dan terendah serta modal kos pembangunan. Pengairan untuk tanaman belimbing selalunya dibuat pada sebelah pagi dan petang, ini adalah untuk mengelakkan perwapan yang berlaku di waktu tengahari, meningkatkan kecekapan pengairan dan menentukan supaya air yang dibekal bukan air panas yang terkena kepada cahaya matahari. Jangkamasa pengairan setiap hari bergantung kepada keluasan zon akar, faktor tanaman, keupayaan pegangan air bagi tanah, jumlah penyebar setiap pokok, kadar alir air setiap penyebar, cuaca dan peringkat pertumbuhan pokok. Pengairan perlu dikawal pada peringkat matang pokok untuk merangsang pembungaan. 3.2 Pembajaan: Seperti jadual di bawah:- Kadar penggunaan baja Umur Jenis Baja Masa (kekerapan) 1 tahun NPK 14:14:14 (1.8 kg) + tahi ayam (2.0 kg) 3-4 kali setahun 2 tahun NPK 12:12:17:2 (3.6kg )+ tahi ayam (15 kg) 3-5 kali setahun selepas kutip hasil TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drp 10

3 tahun NPK 12:12:17:2 (7.3 kg) + tahi ayam (15 kg) 3-5 kali setahun selepas kutip hasil 4 tahun NPK 12:12:17:2 (11.4 kg)+ tahi ayam (20 kg) 3-5 kali setahun selepas kutip hasil 5 tahun NPK 12:12:17:2 (18.2 kg) + tahi ayam (20 kg) 3-5 kali setahun selepas kutip hasil 6 tahun NPK 12:12:17:2 (27.3 kg)+ tahi ayam (20 kg) 3-5 kali setahun selepas kutip hasil 7-15 tahun NPK 12:12:17:2 (27.3 kg) + tahi ayam (20 kg) 3-5 kali setahun selepas kutip hasil 3.3 Pemangkasan Biarkan pokok 30-45 cm dari permukaan tanah, pangkas dan biarkan tunas baru naik. Simpan 4-5 tunas sebagai dahan utama. Kemudian dahan tersebut dibiarkan mempunyai 4-5 ranting sahaja. Ini dilakukan kepada pokok yang telahpun mengeluarkan hasil, cantasan perlu dilakukan memandangkan belimbing begitu cepat mengeluarkan pucuk dan tunas baru. Bagi kaedah menggunakan sistem pepara, dahan-dahan diikat pada kayu sokong yang dicondongkan supaya ia memanjat sehingga sampai ke para-para setinggi 6 kaki yang dipasang di atas. Kaedah seperti ini dilakukan untuk memudahkan kerja-kerja memangkas, membalut buah dan memungut hasil. 3.4 Kawalan Penyakit Dan Perosak 1. Mati rosot dahan (Cephaleuros virescens) Disebabkan oleh Cephaleuros virescens, sejenis alga yang menyerang daun, batang dan buah. Ia merebak melalui angin. Alga ini boleh menyebabkan batang bengkak, retak dan seterusnya daun gugur serta mati rosot pada batang. Jangkitan pada daun tidak penting kerana ia hanya menyerang pada lapisan luar sahaja. Bahagian pucuk yang diserang diselaputi dengan tompok-tompok alga. Pangkas pokok bagi mengurangi serangan alga ini. Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun kulat yang mengandungi kupram pada kadar yang ditetapkan. 2. Penyakit akar putih (Rigidoporus lignosus) Disebabkan oleh kulat Rigidoporus lignosus yang merebak melalui akar. Merbahaya dan boleh menyebabkan kematian pokok. Pokok yang diserang boleh menyebabkan daun menjadi layu, kering dan gugur. Akar-akar yang dijangkiti akan kelihatan bebenang kulat atau rizomof yang berwarna putih di permukaannya. Cara jangkitan ialah dari akar ke akar melalui bebenang kulat. Akar yang diserang hendaklah dibuang dan siram tanah keliling dengan racun kulat disirim dengan racun jenis sistemik seperti tridemorf atau triademenol. Jika serangan teruk, pokok hendaklah dicabut dan dibakar bersama akar-akar yang berpenyakit. 3. Bintik Daun (Cercospora averrhoae) Disebabkan oleh Cercospora averrhoae. Kulat ini menyerang daun dan kerap berlaku apabila keadaan lembab. Tanda awal serangan ialah bintik-binti kecil nekrotik pada daun dan bintik-bintik ini akan bercantum menjadi besar. Bahagian tengah bintik berwarna putih kelabu manakala bahagian tepi gelap dan dikelilingi oleh tisu klorotik. Serangan teruk boleh menyebabkan daun muda gugur. Sembur dengan racun kulat yang mengandungi kupram atau mancozeb. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drp 10

4. Daun berumpun dan kerekot (bunchy and mainformed top) Cladosporium oxysporum dan interaksi dengan kutu thrip) Serangan berlaku pada betik eksotika. Pucuk daun yang diserang kelihatan cacat dan terdaapt bintik daun serta bintik berlubang. Pada daun tua kelihatan bintik perang dan daun kelihatan kerekot. Pokok kelihatan bantut dan menjadi kecil. Sebur dengan racun kulat seperti mancozeb dan sembur racun serangga bagi kawalan kutu trip. Serangga Perosak 1. Lalat buah Perosak utama buah belimbing dan perosak yang sukar dikawal. Buah belimbing muda rentan terhadap serangan lalat buah dalam tempoh 2-3 minggu selepas peringkat buah berputik. Bungkus buah kerana selepas waktu ini lalat buah betina mula bertelor. Tanda buah yang disengat ialah bintik hitam pada buah hijau dan coklat atau lebam pada buah masak. Pengusaha dinasihatkan memusnahkan buah-buah yang tidak dibalut (atau tidak diperlukan) di atas pokok dan juga buah-buah yang rosak dan jatuh ke tanah bagi mengurangkan perumah lalat buah. Jika tidak lalat buah ini akan membiak di dalam buah tersebut dengan cepat. Pembungkusan hendaklah dijalankan pada 2-3 minggu selepas pembentukan buah. Racun serangga (fenthion atau cypermethrin) juga digunakan untuk mengawal lalat tetapi penggunaan secara terus ke atas buah hendaklah dielakkan demi untuk menghindarkan kesan sisabaki berlebihan. Semburan umpan protin (campuran protin hydrolysate dan racun serangga) atau perangkap lalat jantan menggunakan bahan penarik juga boleh diamalkan. 2. Ulat bunga Larva ulat ini mengorek bunga dan putik buah. Serangan yang teruk boleh merosakkan keseluruhan jambak bunga dan akibatnya buah tidak terbentuk. Putik buah yang diserang akan gugur. Apabila menjadi wabak, sekali semburan dengan racun serangga seperti cypermethrin dan malation adalah memadai kerana jika berlebihan akan memberi kesan buruk kepada serangga pendebungaan. 3. Ulat lymantriid Larva menyerang bahagian bunga dan permukaan kulit buah tanpa mengorek ke dalam isi. Serangan selalu terjadi keatas buah muda yang tidak dibungkus. Boleh dikawal dengan parasitoid larva. 4. Ulat buah Larva menyerang buah muda yang tidak dibungkus. Juga menyerang daun hijau yang matang. Larva menyerang lapisan kulit luar daun dan menyebabkan bahagian itu menjadi kering dan coklat. Buah yang diserang hendaklah dibuang semasa pembungkusan buah. Sebelum membungkus buah, sekali penyemburan dengan eltametrin atau metamidofos 0.05% adalah memadai. 5. Pengorek batang Serangga bertelur di celah-celah rekahan kulit batang. Larva yang menetas mengorek batang dan menyerang permukaan kulit. Larva seterusnya membentuk terowong dan liang-liang. Kepompong terjadi di lorong dalam batang dan akan bergerak ke liang sebelum serangga dewasa terjadi. Racun serangga (metamidofos) disuntik ke dalam liang dan kemudian disumbat dengan tanah bagi mengelakkan larva keluar. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 7 drp 10

4. KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL Membungkus buah: Buah perlu dibungkus untuk mendapatkan kualiti yang baik. Juga dapat mengelakkan daripada diserang lalat buah dan perosak-perosak lain serta mengelakkan kerosakan ketika buah diangkut ke rumah pembungkusan. Buah belimbing mula dibungkus pada peringkat empat minggu selepas berputik. Membungkus pada peringkat ini memberikan peratus kejayaan pembentukan dan pembesaran buah lebih daripada 90%.. Buah yang dipilih untuk dibungkus berbentuk lurus, bersih dari titik-titik hitam atau tanda-tanda sengatan. Buah yang dibungkus juga adalah lebih besar, lebih menarik dan berkilat daripada buah yang tidak dibungkus. Mengutip Hasil: Belimbing adalah tanaman tidak bermusim tetapi ada 3-5 kali hasil yang banyak dalam setahun. Jangka masa dari bunga berkembang hingga masak ialah 2 1/2 bulan. Buah mestilah dibalut bila berukuran 2-4 cm panjang. Buah boleh masak dalam masa 40-60 hari. Kerja-kerja memetik mestilah dijalankan pada awal pagi. Tempoh yang dilarang mengutip hasil selepas semburan akhir racun perosak adalah seperti berikut:- Racun Perosak Malathion 7 Fenthion 14 Cypermethrin 5 Tiademefon 30 Racun berunsur kuprum- Glufosimate-amonium 14 Pemasaran: Tempoh Dilarang Tuai Untuk tujuan pemasaran, dari segi buah hendaklah dijaga supaya tidak rosak kerana ianya mudah diserang penyakit dan cepat menjadi busuk. Buah boleh diisi ke dalam kotak atau bakul dan disusun di antara 4-5 lapisan. Buah belimbing boleh dipetik apabila didapati masak 75%. Warna buah menjadi kuning. Ianya tahan 1-2 minggu jika disimpan didalam suhu bilik 24 o C- 35 o C dalam suhu 5 o C. Ianya boleh disimpan selama 5 minggu tanpa kerosakan pada rasa dan kualiti. INDEKS KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH BELIMBING Indeks warna belimbing telah dibentuk mengikut peringkat kematangan tertentu yang boleh digunakan sebagai indeks kematangan. Warna kulit dikelaskan kepada 7 jenis seperti berikut:- Indeks warna 1 : Keseluruhan buah hijau gelap Indeks warna 2 : Buah berwarna hijau muda berkilat Indeks warna 3 : Buah berwarna lebih hijau daripada kuning Indeks warna 4 : 50% bahagian buah berwarna hijau dan 50% kuning Indeks warna 5 : Buah berwarna lebih kuning daripada hijau Indeks warna 6 : Keseluruhan buah berwarna kuning Indeks warna 7 : Keseluruhan buah berwarna kuning oren TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 8 drp 10

Bagi varieti B10, buah pada indeks warna 1 masih belum matang dan tidak sesuai untuk dituai dan dipasarkan. Buah pada peringkat ini mempunyai rasa yang masam dan kelat. Buah yang dipetik pada warna 2 dan 3 sesuai dipetik untuk dieksport melalui kapal laut. Buah yang dipetik pada indeks warna 4 dan 5 mempunyai warna lebih kuning dan sesuai untuk dieksport melalui udara. Buah pada indeks warna 6 tidak digalakkan untuk dieksport, walaupun masih boleh dieksport melalui udara, kerana buah sudah terlalu masak dan tidak tahan lama. Walau bagaimanapun, buah pada indeks warna 6 dan 7 adalah paling manis dan berjus. Pokok belimbing berbuah tidak bermusim dan penuaiannya boleh dilakukan 4-6 kali setahun. Penuaian varieti B10 dilakukan dengan tangan selepas 60-65 hari dari peringkat berputik ketika buah mencapai peringkat indeks warna 2. Buah biasanya dibalut dengan beg pembungkus lebih kurang 4 minggu selepas berputik dan saiznya mencapai 5-6 cm. Beg pembungkus daripada kertas surat khabar diberi kod warna untuk memudahkan penuaian. Belimbing biasanya dipetik dengan tangan secara menarik buah yang berbungkus daripada ranting. Buah yang masih berbungkus disusun dengan cermat secara berbaring di dalam bakul plastik dan diletakkan di tempat redup sementara menunggu untuk diangkut ke rumah pembungkusan. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 9 drp 10

5. PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN Bungkusan buah yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang sedia dibawa oleh pemetik ke pusat pengumpulan sementara. Di sana, pembalut dan buah tidak ditanggalkan dan disusun rapat ke dalam bakul plastik atau kotak kertas beralun. Ini dapat mengurangkan geseran yang terjadi antara kertas kering dan sading buah. Buah-buah disusun secara terbaring pada garis panjang. Setiap lapisan buah dialas dengan kertas. Kaedah ini sesuai untuk pengangkutan buah ke tempat yang dekat. Buah belimbing yang dipasarkan perlu dikendalikan dalam bangsal atau tempat pembungkusan yang sesuai. Rumah pembungkusan perlu ada ruang untuk aktiviti pemilihan, penggredan, membuat rawatan, bilik sejuk dan stor untuk menyimpan kotak dan peralatan. Buah digred mengikut piawaian SIRIM. Buah belimbing untuk dieksport mestilah segar iaitu dibungkus dalam tempoh 24 jam selepas dipetik. Pembungkusan adalah perlubagi menjamin mutu buah agar sentiasa berkeadaan pejal, kulit tidak bertukar warna dan buah tetap berwarna hijau ketika dipasarkan. Terdapat 3 cara pembungkusan untuk pasaran eksport iaitu, buah dibungkus dengan filem regang jenis poliner klorida (PVC) buah dibungkus dengan kertas tisu buah dibungkus dengan polystyrene net Buah yang telah dibungkus disusun di dalam kotak yang disedia khas. Kotak-kotak yang telah diisi hendaklah diasingkan kepada lot-lot mengikut kelas saiz besar, sederhana dan kecil dan disimpan dalam bilik sejuk untuk tujuan eksport. 6. RUJUKAN SUMBER : JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 10 drp 10