Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

dokumen-dokumen yang mirip
Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

Penangguhan (Wijaya Mala)

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

Drama 1400 (Nordin Hassan)

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

Cerpen Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Sinopsis

ASPEK KAJIAN SASTERA. 1. Ringkasan cerita lebih kurang patah perkataan. 2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi)

Mellisa (Abdullah Hussain)

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH SENARAI PERIBAHASA

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun)

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Perangai anak mirip perangai ibu bapanya

Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)

NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG. TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK a. Pengakhiran cerita 2001 November

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 613 Pengenalan Kepada Kaunseling Islam

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Memilih Perkataan. kedatangan mengucapkan memohon SAMPEL. membuat berangkat berpindah. kesalahan memberi tiba. pergi sibuk banyak

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Cerpen Hutan Rimba ( Sasjira)

Bahagian A: Imbuhan (10 markah)

Seterusnya? Memahami Kesedihan

Hasrat Penjagaan Saya

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Basikal.

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

mengajak waktu rehat membersihkan bilik darjah melontar mentertawakan menjadi marah menegur meminta maaf

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

NOVEL KEMBARA AMIRA (Amer Hmzah L.Kadir) Sinopsis

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

Prosa Tradisional (Merah Silu)

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

Penerbit UTHM Cetakan Pertama 2011

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

11 Cerita Sosial Adab

P3 Kata Berimbuhan 2 (5 marks)

Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda.

Peranan Guru Peranan Murid Sebelum Sebelum Semasa Semasa Selepas Selepas

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Rangka karangan. Pendahuluan. - Alamat pengirim - Tarikh - Kata-kata aluan dan bertanya khabar

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMAHIRAN MENDENGAR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

TANTANGAN Karya: Norhisham Mustafa

: Duit syiling 1 sen Lampiran 1 - Lembaran grafik Lampiran 2 - Borang senarai semak

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN BINA INSAN GURU INVENTORI PERSONALITI SIDEK.

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

bermain layanglayang tidak memberi perhatian mengalami kecederaan terjatuh SELESAI

BAGAIMANA MENGORAK LANGKAH PERTAMA KE ARAH KEJAYAAN

Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010)

: Saya Adalah Ibubapa_Keluarga. : Booklet Memahami Relapse & Cara Mencegahnya. Maklumat Am

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan. Pada akhir pelajaran, murid dapat:

Siapa saya? Dan, bagaimana saya Berjaya membina bisnes cenderahati?

Anda dibenarkan untuk menyebarkan dan berkongsi fail PDF panduan ini dengan seiapa sahaja

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) PENILAIAN MAC BAHAGIAN B. memberhentikan memperlahankan memandu. membawa mengucapkan mendengar

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA


Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

Janji Allah kepada Abraham

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Mukjizat Yesus

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Janji Allah kepada Abraham

7 Kaedah Efektif Mendidik Anak Dalam Zaman Penuh Fitnah

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Mukjizat Yesus

BINA INSAN GURU IPGK SULTAN ABDUL HALIM. Prof. Sidek Mohd Noah

MEREKA TIDAK MENGERTI

Transkripsi:

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh) Sinopsis Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya, Mir mula beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih. Tema Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar. Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia.

Persoalan 1. Persoalan kemiskinan para nelayan Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan. 2. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut. 3. Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama. Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku. 4. Persoalan kepetingan menjaga alam sekitar Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu, Amirah sering membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya. Plot Secara keseluruhannya plot cerpen digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Amirah yang mengalami tekanan perasaan. Amirah dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan tinggal bersama seorang rakan bernama Hakimah.

(ii) Perkembangan Amirah sering memikirkan kehidupan ayahnya di kampung yang telah berpindah ke rumah panjang kerana rumah mereka di tepi pantai akan dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Dia juga sering teringat akan pesanan ayahnya untuk menjaga pantai daripada sebarang pencemaran. Sahabatnya Hakimah cuba membantu dengan cara membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya. (iii) Konflik Sikap Amirah semakin berubah kerana fikirannya semakin bercelaru memikirkan masalah keluarganya. (iv) Klimaks Ibu Hakimah menyuruhnya mengajar Amirah mendekati diri Tuhan lalu, Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung. (v) Peleraian Amirah berjanji akan menggunakan kain telekung tersebut. Akhirnya Amirah sembuh dan kembali seperti biasa. Teknik Penceritaan 1. Pemerian Pengarang memerikan perihal kehidupan ayah Amirah yang bekerja sepanjang hari di dalam lautan mencari rezeki. 2. Dialog Perbualan antara Amirah dengan Hakimah membincangkan soal lautan dan juga ombak yang sering didengari oleh Amirah. 3. Imbas Kembali

Mir mengimbas kembali kata-kata ayahnya yang menyuruh dan memesannya agar menjaga lautan daripada pencemaran. 4. Suspens Pengarang membiarkan pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada rumah Mir di tepi pantai. 5. Monolog Dalaman Mulut Mir terkumat-kumit mengingati tentang khazanah kehidupan nelayan yang perlu dijaga untuk kelangsungan ekosistem. 6. Monolog Luaran Mir mengulangi kata-kata ayahnya tentang apa yang harus dilakukan ketika rumah kesayangan mereka dirobohkan. apa yang harus kulakukan? Watak dan Perwatakan Watak Utama Mir / Amirah Anak seorang nelayan yang menuntut ilmu di universiti tempatan. Ibunya telah meninggal dunia ketika dia dilahirkan. Anak tunggal. Mengidap penyakit skizofrenia yang menyebabkan Mir menjadi pendiam. Memiliki rambut yang cantik. Seorang yang penyayang - Amirah anak yang baik kerana sentiasa memikirkan nasib dan pesanan ayahnya yang tinggal di rumah panjang.

Suka menyendiri - Amirah mula berubah sikap mengasingkan kerana tekanan perasaan. Tabah - Amirah tetap meneruskan pembelajaran walaupun, dihimpit oleh kesusahan hidup keluarganya. Watak Sampingan 1. Hakimah Gadis yang sedang menuntut di universiti tempatan bersama-sama dengan Amirah. Ibu yang tinggal di kampung. Sahabat yang baik - Sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan perasaan. Prihatin - Membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya. Penyayang - Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya. 2. Ayah Ayah kepada Amirah. Bekerja sebagai nelayan. Sudah tua Tinggal di rumah panjang di kampung. Badannya agak kurus. Kehidupannya miskin - Rumah yang dibina di atas tanah kerajaan akan dirobohkan untuk pembangunan

Redha dengan takdir Tuhan - Menerima nasib dirinya yang terpaksa berkongsi rumah panjang kerana rumahnya di tepi akan dirobohkan. Gigih - Ayah seorang yang kuat semangat untuk terus mencari rezeki di laut bagi menampung kehidupan dia dengan anaknya. 3. Ibu Ibu kepada Hakimah Tinggal di kampung. Seorang yang baik hati - menghadiahkan Amirah telekung dengan niat agar Amirah mendekatkan diri dengan Tuhan. Penyayang - Mendidik anaknya dengan baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Prihatin - Menyedari sahabat Hakimah sakit lalu ibu membantu Amirah agar mendekati diri dengan Tuhan. Patuh kepada ajaran agama - Sentiasa mengingati Hakimah agar mengajar Amirah membaca al-quran dan mengenali Tuhan yang satu. Latar Latar Masa Latar Masa Waktu Hujan - Ketika itu Amirah kembali teringat kata-kata dan juga pesanan ayahnya. Hari Sabtu - Hakimah mengajak Amirah berjalan-jalan di kota untuk menenangkan fikiran. Latar Tempat Di laut- tempat ayah Amirah yang menjadi nelayan mencari rezeki.

Di rumah Hakimah Hakimah membawa Amirah bercuti juga menceritakan masalah Amirah. Di Kampung - Bapa Amirah tinggal di rumah panjang di kampung. Di Kampus - Tempat Amirah dan Hakimah belajar. Latar Masyarakat Masayarakat yang saling sayang menyayang - Amirah menyayangi ayahnya yang tinggal di kampung. Masyarakat yang prihatin - Hakimah mengambil berat soal kesihatan sahabatnya yang mengalami tekanan perasaan. Masyarakat yang berpendidikan tinggi - Amirah dan Hakimah menuntut di Intitusi Pendidikan tinggi tempatan. Masyarakat yang miskin - Ayah amirah mewakili sekumpulan nelayan yang tinggal di rumah panjang secara berkongsi dan miskin. Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama - Ibu Hakimah meminta Hakimah menghadiahkan telekung agar Amirah kembali kepada Tuhan yang satu. Gaya Bahasa 1. Simile - Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau Mir. 2. Sinkope kau, ku dan tak 3. Repitasi - Berpintal-berpintal dan bergulung-gulung. Berpintal-pintal dan bergulung-gulung. 4. Peribahasa - hati perut. 5. Hiperbola - Aku bercakap dengan ombak dengan samudera. Nilai 1. Nilai kasih sayang - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi. 2. Nilai prihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan kepadanya.

3. Nilai kesabaran Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan. 4. Nilai rasional - Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan. 5. Nilai patuh kepada agama Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah. Pengajaran 1. Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam kesusahan. 2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui kehidupan seharian. 3. Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di luar batasan. 4. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung. 5. Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi pendidikan kepada kita. Latihan 1) Jelaskan sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama cerpen tersebut. 2) Nyatakan perwatakan Hakimah berserta contoh berdasarkan cerpen tersebut.

Jawapan 1. Sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama: Rumah mereka akan dirobohkan Ayahnya terpaksa tinggal di rumah panjang berramai-ramai. Memikirkan soal kehidupan ayahnya yang miskin yang telah kehilangan rumah. 2. Perwatakan Hakimah: Seorang sahabat yang baik iaitu sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan perasaan. Seorang prihatin iaitu sanggup membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya. Seorang yang penyayang contohnya, Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya.