BAB 7 Dasar Infrastruktur

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

RANGKA DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KERAJAAN

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 RANGKA DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KERAJAAN

BAB 14 AUDIT DALAMAN

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

DASAR KESELAMATAN ICT JPP DAN POLITEKNIK DKICT JPP DAN POLITEKNIK

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

GARIS PANDUAN KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (GPKTMK) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1/12 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)

Kawalan & pengauditan sistem maklumat. Sinopsis:

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

KELULUSAN. Diluluskan oleh: Disokong oleh: ... Rosmi bin Othman Timbalan Pengarah Pengurusan Strategik & Sokongan Pengguna

DASAR PERKAKASAN DAN PERISIAN AUTOMASI PEJABAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

DASAR UMUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.8 TAHUN 2011

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEROLEHAN BERKAITAN INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) DAN RANGKAIAN INTERNET

3. Pegawai Yang Layak: Pengawal Keselamatan (Gred KP11/14) yang telah Menduduki peperiksaan disahkan dalam perkhidmatan.

BAB 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI UMP

2, Penjanaan sumber dalaman pada masa ini telah banyak dilaksanakan di PTj. Antaranya

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI

Program Membangunkan Keupayaan ICT MKM

Kawalan & pengauditan sistem maklumat. Kandungan: Prakata BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGAUDITAN SISTEM MAKLUMAT. Pengenalan

3. Pegawai Yang Layak Penyelia Asrama (Gred N17) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan.

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Polisi Privasi. Pengenalan

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat yang dilantik terus;

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

POLISI KELAYAKAN BAGI KEMUDAHAN & PERALATAN ICT UNTUK STAF DAN JABATAN DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

3. Pegawai Yang Layak Pembantu Keselamatan (Gred KP17/22) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan. BAHAGIAN II (3 JAM)

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN ICT. Disediakan oleh: Jawatankuasa ICT, Politeknik Jeli Kelantan.

UTHM.PB/100-6/4 ( 21 ) 22 Januari 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2009

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

SURAT PEKELILING BENDAHARI

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM)

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen : UPM/ISMS/SOK/P001 PROSEDUR PELAN TINDAK BALAS INSIDEN ICT

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

PANDUAN MENAMBAH BAIK PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MENERUSI PENGGUNAAN KIOS DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

DASAR PENGGUNAAN ALATAN PANDANG DENGAR DAN MULTIMEDIA

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

DASAR PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

TATACARA PENGGUNAAN DAN KESELAMATAN ICT KKM. Versi 3.0

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

DASAR MEDIA SOSIAL UNIVERSITI

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)


Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

PEKELILING BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

KUATKUASA 1 JULAI Kelulusan MTM Bil.2/2014 (30/6/2014)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pengawal Keselamatan yang dilantik terus;

Transkripsi:

BAB 7 Dasar Infrastruktur 7.1 Pengenalan 7.2 Objektif 7.3 Definisi Infrastruktur 7.4 Skop 7.4.1 Perlaksanaan Rangkaian 7.4.2 Rangkaian UniMAPNet 7.4.3 Keselamatan 7.4.4 Penyelenggaraan 7.4.5 Pengauditan 7.4.6 Pemulihan 7.4.7 Pembangunan 7.4.8 Penggunaan Telefon 7.4.9 Sokongan kepada Pengajaran dan Pembelajaran 7.4.10 Sokongan kepada Penyelidikan 7.4.11 Sokongan kepada Perkhidmatan 7.4.12 Latihan 7.5 Tanggungjawab PTJ 7.6 Tanggungjawab Pusat ICT 7.7 Kesimpulan 7.1 Pengenalan Universiti sentiasa memberi perhatian terhadap Infrastruktur ICT terutamanya dalam usaha menjayakan pembangunan dan perlaksanaan Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia. Penggabungan prasarana fizikal ini khususnya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran dan pengurusan, akan mewujudkan persekitaran peningkatan pengguna yang didasarkan kepada sistem ICT. Ini merupakan sebahagian daripada kesan ledakan pembangunan ICT yang telah mencorakkan budaya kerja serta cara penyampaian perkhidmatan Universiti kepada pelanggannya. Infrastruktur memainkan peranan yang penting dalam keseluruhan perlaksanaan ICT di peringkat Universiti. Ianya mengandungi antara lain bekalan elektrik yang stabil, sistem rangkaian dan komunikasi, kehendak perkakasan untuk pangkalan data dan aplikasi, peruntukan untuk Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM), komputer, dan infrastruktur data. 7-1

Infrastruktur ICT merupakan keperluan asas kepada perlaksanaan Matlamat Keenam dalam Pelan Strategi UniMAP. Keupayaan lebarjalur rangkaian untuk pemindahan maklumat hendaklah dipertingkatkan bagi menampung bilangan pengguna yang bertambah. Ini mengambil kira rangkaian kampus yang diperluaskan ke kolej kediaman bagi menjayakan strategi pembudayaan ICT di UniMAP selaras dengan hasrat untuk membuat perubahan daripada UniMAP sebagai pengguna ICT kepada UniMAP sebagai peneroka dan penjana ICT. Oleh yang demikian perkara-perkara berikut perlu ditekankan: i. meningkatkan keupayaan lebarjalur pada pengguna UniMAPNet ke tahap yang menyokong aplikasi multimedia; ii. memperluas tulang belakang gentian optik yang ada; iii. menyediakan kemudahan rangkaian ke seluruh kampus; iv. menerima pakai sistem rangkaian terbuka yang memenuhi piawaian yang diamalkan oleh industri; v. meningkatkan kapasiti laluan Internet berpandukan lebarjalur kepada setiap pengguna; dan vi. meningkatkan Sistem Rangkaian. 7.2 Objektif Objektif utama Dasar Infrastruktur ICT UniMAP adalah seperti berikut: i. memastikan kelancaran operasi Universiti dan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan; ii. melindungi kepentingan pihak yang bergantung kepada sistem maklumat daripada kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehdapatan, kesahihan maklumat, dan komunikasi; iii. mencegah penyalahgunaan aset ICT Universiti; dan iv. memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi Universiti. 7.3 Definisi Infrastruktur Infrastruktur ICT didefinisikan sebagai keadaan yang melibatkan segala urusan 7-2

menyedia dan membekal perkhidmatan yang berasaskan kepada sistem ICT berjalan secara berterusan tanpa gangguan yang boleh menjejaskan produktiviti atau penerimaan maklumat daripada sumber yang sah dan mengandungi ciri kebolehdapatan iaitu peralatan dan infrastruktur hendaklah boleh digunakan secara sempurna serta dapat dicapai pada sebarang waktu dan tempat di dunia. 7.4 Skop Skop dasar ini melibatkan perancangan dan pembangunan kemudahan infrastruktur ICT seperti rangkaian komputer dan sistem telekomunikasi yang merangkumi aspek keselamatan, penyelenggaraan, pengauditan dan pemulihan untuk menyokong penggunaan ICT dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, dan perkhidmatan profesional. 7.4.1 Perlaksanaan Rangkaian Sambungan ke Internet hendaklah tersedia kepada komuniti kampus secara berterusan tertakluk kepada prosedur terhadap perkhidmatan dan laman web yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pepandu ICT Universiti. Dasar Universiti untuk membangunkan infrastruktur rangkaian Universiti mengandungi: i. sambungan antara kampus iaitu di antara Kampus Utama dan Kampus Cawangan; ii. tulang belakang utama kampus untuk setiap kampus tersebut; iii. tulang belakang bangunan untuk setiap bangunan; iv. tulang belakang tingkat yang mengandungi rangkaian tempatan; dan v. titik akhir pengguna. i. Sambungan Antara Kampus (Inter-Campus Connection) Dasar Universiti menyediakan peruntukan untuk sambungan dan penyelenggaraan antara Kampus Utama dan Kampus Cawangan. 7-3

ii. Tulang Belakang Utama Rangkaian Kampus Tulang belakang utama rangkaian kampus akan menjadi nadi dan merupakan titik masukan untuk Sistem Rangkaian Utama Universiti. Titik masukan ini adalah lokasi suis teras utama yang memberikan sambungan kepada semua bangunan yang berdekatan dengannya. Tahap kelajuan penghantaran tulang belakang utama hendaklah tidak kurang daripada dua (2) kali ganda tahap kelajuan penghantaran tulang belakang bangunan. Peruntukan kelewahan (redundancy) dalam reka bentuk tulang belakang utama rangkaian hendaklah diwujudkan bagi mengelakkan kegagalan rangkaian. Perkakasan tulang belakang utama rangkaian kampus hendaklah dibekalkan dengan kuasa elektrik yang stabil termasuk janakuasa tunggu sedia dan bekalan kuasa berterusan. iii. Tulang Belakang Rangkaian Dalam Bangunan Tulang belakang rangkaian dalam bangunan adalah diambil daripada tulang belakang utama rangkaian kampus mengikut lokasi suis teras utama yang terdekat. Tulang belakang bangunan hendaklah menjadi titik masukan kepada tulang belakang tingkat bangunan dengan tahap kelajuan penghantaran tidak kurang daripada dua (2) kali ganda tahap kelajuan penghantaran daripada tulang belakang tingkat. Hendaklah ada peruntukan kelewahan dalam reka bentuk kepada tulang belakang bangunan bagi bangunan yang tertentu. Perkakasan tulang belakang rangkaian bangunan hendaklah dibekalkan dengan kuasa elektrik yang stabil termasuk janakuasa tunggu sedia dan bekalan kuasa berterusan. iv Tulang Belakang Rangkaian di Tingkat Bangunan Tahap kelajuan penghantaran tulang belakang tingkat hendaklah melebihi tahap kelajuan penghantaran di titik akhir pengguna. Tulang belakang tingkat hendaklah menjadi sebahagian daripada pendawaian berpusat (central wiring) bagi rangkaian tempatan di tingkat tersebut. Perkakasan tulang belakang tingkat hendaklah dibekalkan dengan kuasa elektrik yang 7-4

stabil termasuk janakuasa tunggu sedia dan bekalan kuasa berterusan. v. Titik Akhir Pengguna Titik akhir pengguna hendaklah direka untuk sistem talian yang berstruktur dan teratur. Ianya dihubung ke tulang belakang tingkat dan diletakkan di kawasan kerja atau tempat umum yang telah dikenal pasti. 7.4.2 Rangkaian UniMAPNet Pihak UniMAP Sistem rangkaian UniMAPNet merupakan komponen utama sistem infrastruktur ICT UniMAP. UniMAPNet hendaklah diurus dengan sebaik mungkin bagi menjamin keselamatan dan kelancaran operasi. Rangkaian UniMAPNet akan diuruskan oleh Pusat ICT dan hendaklah beroperasi secara berterusan (24 jam sehari, 7 hari seminggu). Untuk membantu kelancaran operasi UniMAPNet, setiap PTJ hendaklah mempunyai staf yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal ICT. Rangkaian UniMAPNet akan diuruskan oleh sekumpulan staf dari Pusat ICT. Tugas utama pengurusan adalah seperti dinyatakan dalam Bab 1, seksyen 1.5.2. Selain itu, pentadbir sistem UniMAPNet di Pusat ICT hendaklah bertanggungjawab untuk: i. memastikan hanya individu yang telah diberi kebenaran sahaja boleh mendapat capaian kepada sistem rangkaian UniMAPNet; ii. mengelakkan berlakunya pengwujudan data, pertukaran data atau pemusnahan data daripada individu yang tidak dibenarkan; iii. memastikan pengguna yang sah tidak diketepikan haknya untuk mendapat capaian; dan iv. memastikan sumber digunakan dengan cara yang dibenarkan. Pihak Luar Mana-mana pihak yang ingin menghubungkan sebarang peranti dan/atau 7-5

persisian secara terus atau tanpa wayar ke talian UniMAPNet, hendaklah terlebih dahulu memohon kelulusan daripada Pusat ICT. Pihak swasta yang telah mendapat kelulusan, hendaklah membayar semua kos yang ditetapkan oleh Pusat ICT. 7.4.3 Keselamatan Tujuan dasar keselamatan ini adalah untuk memaklumkan kepada pengguna keperluan keselamatan dalam menjaga teknologi dan aset maklumat yang merangkumi data, peralatan ICT, media storan, komunikasi dan peralatan rangkaian, perisian aplikasi, dokumentasi, dan premis ICT. Perlaksanaan langkah-langkah kawalan keselamatan hendaklah dijalankan secara tetap dan meliputi sebahagian daripada pengurusan sumber maklumat. Kriteria yang ditetapkan adalah: i. Kebolehlaksanaan; ii. Penguatkuasaan; iii. Kebersendirian; iv. Kebolehcapaian; v. Akauntabiliti; vi. Sambutan; vii. Keluwesan; dan viii. Ketahanan/Kebolehselenggaraan. Langkah berikut hendaklah dilaksanakan, iaitu: i. sistem rangkaian mestilah dibangunkan sepenuhnya dengan suis bagi mengelakkan pengguna membuat intipan (snooping) ke atas akaun dan kata laluan daripada Internet; ii. kesemua talian di antara suis hendaklah menggunakan gentian optik; dan iii. kesemua data yang melalui talian perhubungan ke sistem maklumat kritikal universiti seperti Sistem Kewangan dan pangkalan data pelajar dan staf, hendaklah dihalang daripada intipan dengan menggunakan kaedah penyulitan komunikasi (encrypted 7-6

communication). Tanggungjawab penjagaan keselamatan ICT Universiti adalah seperti berikut: i. Umum Pusat ICT; ii. Pelayan Maklumat Universiti Pusat ICT; iii. Pelayan Maklumat Fakulti/PTJ Pasukan Teknikal Fakulti/PTJ; dan iv. Pengguna Akhir Pasukan Teknikal Fakulti/PTJ dan Pengguna Akhir. 7.4.4 Penyelenggaraan Sistem rangkaian ICT dan infrastrukturnya hendaklah boleh dipercayai, selamat, pantas, berkesan dari segi kos, dan boleh diubahsuai. Semua infrastruktur komponen sistem rangkaian hendaklah diselenggara mengikut sistem selenggaraan yang berjadual. Tahap penyelenggaraan adalah seperti berikut: i. Tahap Pertama di peringkat PTJ; ii. Tahap Kedua di peringkat Pusat ICT; dan iii. Tahap Ketiga di peringkat Pembekal berdasarkan kontrak penyelenggaraan. 7.4.5 Pengauditan Pengauditan adalah tindakan untuk mengenal pasti insiden yang berkaitan dengan infrastruktur atau keadaan yang mengancam infrastruktur. Dengan itu, aset ICT seperti komputer, pelayan, penghala (router), tembok api (firewall), dan rangkaian hendaklah dapat menjana dan menyimpan log tindakan infrastruktur yang boleh digunakan sebagai jejak audit. Jejak audit ini menjadi penting apabila wujud keperluan untuk mengenal pasti punca masalah atau ancaman kepada infrastruktur ICT. Oleh itu, rekod audit hendaklah dilindungi dan tersedia untuk penilaian dan tindakan serta merta. 7.4.6 Pemulihan 7-7

Pemulihan sistem amat perlu untuk memastikan kebolehsediaan dan kebolehcapaian. Objektif utama pemulihan adalah untuk meminimumkan sebarang gangguan atau kerugian dengan: i. menyemak dan menguji Pelan Pemulihan Malapetaka/Kesinambungan Perkhidmatan; dan ii. mengamalkan tatacara membuat salinan data dan amalan baik dalam penggunaan ICT seperti menghapuskan virus dan langkah pencegahan kebakaran. 7.4.7 Pembangunan Pembangunan universiti akan terus ditumpukan kepada usaha meningkatkan keupayaan, menambah peralatan dan kemudahan serta memperbaiki kecekapan perkhidmatan yang berkaitan. Dari segi tambahan kapasiti, pendekatan perancangan bersepadu akan dilaksanakan dengan tujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi baru dan canggih serta dapat menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap dan menyeluruh serta merangkumi tiga fungsi utama universiti iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Semua perancangan dan pembinaan bangunan yang baru hendaklah dilengkapi dengan sistem infrastruktur rangkaian. Bagi bangunan yang sedia ada, sistem infrastruktur rangkaian akan dibangunkan jika bersesuaian. Reka bentuk dan perlaksanaan sistem rangkaian tersebut, sama ada untuk bangunan baru atau menaik taraf bangunan yang sedia ada, hendaklah mendapat kelulusan Pusat ICT. 7.4.8 Penggunaan Telefon Universiti menyediakan kemudahan telefon untuk memudahkan staf menjalankan tugas rasmi. Pihak universiti menyedari hakikat keperluan penggunaan telefon tetapi staf hendaklah membayar untuk setiap panggilan peribadi. Penggunaan telefon hendaklah berdasarkan kepada penggunaan yang 7-8

berkesan dari segi kos dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh universiti melalui pekeliling dari semasa ke semasa. Definisi i. Panggilan rasmi panggilan yang dibuat atas urusan yang boleh menyumbang dan menyokong urusan rasmi Universiti; ii. Panggilan peribadi - panggilan yang tidak termasuk dalam makna panggilan rasmi; iii. Telefon Universiti - telefon yang dibayar oleh Universiti sama ada dalam atau luar kampus yang dibeli bagi tujuan rasmi Universiti; dan iv. Telefon selular Universiti - telefon selular yang dibayar oleh universiti sama ada dalam atau luar kampus yang dibeli bagi tujuan rasmi Universiti. Telefon Selular Teknologi komunikasi yang semakin berkembang membolehkan perhubungan secara tanpa wayar. Ini memudahkan perhubungan dengan staf yang berada di luar pejabat. Dasar penggunaan telefon selular adalah seperti berikut: i. Terdapat PTJ yang menghendaki stafnya membawa telefon selular untuk menjalankan tugas. Dalam keadaan sedemikian, kos set telefon dan sebarang caj yang dikenakan mengikut pekeliling yang berkuatkuasa hendaklah dibayar oleh PTJ setelah mendapat kelulusan daripada Naib Canselor; ii. Kriteria utama kelulusan telefon selular adalah bagi urusan rasmi yang memerlukan perhubungan serta merta dengan pihak lain yang tidak dapat dilakukan melalui talian telefon biasa dan tanpa penggunaannya boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini; iii. Telefon selular yang dibekalkan hendaklah didaftarkan atas nama Universiti Malaysia Perlis. Hanya bayaran wajib bagi perkhidmatan asas ditanggung oleh universiti. Bagi tujuan akauntabiliti, ketua PTJ hendaklah mewujudkan sistem rekod agihan dan penggunaan telefon selular yang teratur. Ketua PTJ hendaklah memastikan bahawa caj yang dikenakan bagi kegunaan telefon selular adalah atas panggilan rasmi sahaja; 7-9

iv. Bil panggilan rasmi bagi setiap bulan yang ditanggung oleh pihak Universiti adalah terhad kepada kadar maksimum yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Universiti dan staf mestilah membayar baki tersebut sama ada ianya dibuat atas panggilan rasmi atau tidak; v. Had harga telefon selular termasuk aksesori adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Universiti; dan vi. Pembinaan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi di dalam kampus hendaklah mengikut Garis Panduan Pembinaan Menara dan Struktur Sistem Pemancar Telekomunikasi di dalam Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Telefon Sambungan Semua staf diberi kemudahan telefon sambungan untuk memudahkan komunikasi semasa menjalankan tugas bergantung kepada kumpulan jawatan. Definisi Kategori i. Talian Kategori A - berkeupayaan membuat panggilan ke seluruh Negara termasuk panggilan ke talian telefon selular ii. Talian Kategori B - berkeupayaan membuat panggilan tempatan sahaja iii. Talian Kategori C - berkeupayaan membuat panggilan antara sambungan sahaja iv. Talian Kategori D - berkeupayaan menerima panggilan sahaja. Semua staf dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan diberikan talian kategori A. Setiap Pejabat Am Unit Pentadbiran akan dibekalkan talian telefon kategori_c. Walau bagaimanapun pengecualian akan diberi jika ada keperluan dan pengesahan daripada ketua PTJ. Semua staf yang menggunakan kemudahan telefon Universiti untuk urusan peribadi dikehendaki membayar kos panggilan tersebut. 7-10

7.4.9 Sokongan Kepada Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam kampus atau jarak jauh yang fleksibel berdasarkan teknologi terkini (satelit, sidang video, aplikasi web, sembang) akan diberi tumpuan. Infrastruktur ICT secara pakej dan integrasi perlu disediakan bagi membantu perlaksanaannya. Segala masalah dan rintangan yang boleh membantutkan perlaksanaannya perlu diatasi. Tindakan berikut hendaklah dilaksanakan untuk membantu pengajar dan pelajar: i. Menyediakan keperluan capaian ke Intranet Universiti dan rangkaian awam yang dibenarkan; ii. Menyediakan akaun e-mel dan ruang storan setiap pelajar yang berdaftar di Universiti seperti yang ditetapkan dalam Pelan Strategi UniMAP dan Peraturan ICT; iii. Menyediakan kemudahan capaian rangkaian wayarles dalam kampus di kawasan yang terpilih berdasarkan kesesuaian; dan iv. Menyediakan kemudahan perolehan sistem komunikasi yang bersesuaian seperti yang ditetapkan dalam Peraturan ICT. 7.4.10 Sokongan Kepada Penyelidikan Sokongan kepada penyelidikan hendaklah merangkumi perkara berikut: i. Menyediakan keperluan capaian kepada Intranet Universiti dan rangkaian awam yang dibenarkan; ii. Menyediakan ruang storan untuk bidang penyelidikan di universiti atau pelayan khusus milik kumpulan atau bidang penyelidikan tertentu; iii. Menyediakan kemudahan sambungan rangkaian Intranet dan Internet untuk pelayan kumpulan atau bidang penyelidikan; dan iv. Memberikan kerjasama kepada kumpulan atau bidang penyelidikan tertentu yang memerlukan kemudahan komunikasi yang bersesuaian. 7.4.11 Sokongan Kepada Perkhidmatan Profesional 7-11

Sokongan kepada perkhidmatan profesional hendaklah merangkumi penyediaan: i. keperluan capaian kepada Intranet Universiti dan rangkaian awam yang dibenarkan; ii. akaun e-mel universiti yang rasmi untuk setiap staf dengan kapasiti storan maksimum yang ditetapkan dalam Pelan Strategi UniMAP dan Peraturan ICT bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan Kumpulan Sokongan; iii. ruang Web untuk setiap staf dengan kapasiti storan maksimum yang ditetapkan dalam Pelan Strategi UniMAP; iv. kemudahan capaian rangkaian tanpa wayar dalam kampus di kawasan yang terpilih berdasarkan kesesuaian; dan v. kemudahan perolehan sistem komunikasi yang bersesuaian seperti yang ditetapkan dalam Peraturan ICT. 7.4.12 Latihan Latihan hendaklah disediakan bersesuaian dengan tahap dan bidang tugas staf yang terlibat dengan pembangunan dan/atau penyelenggaraan sesuatu sistem infrastruktur tersebut. 7.5 Tanggungjawab PTJ Semua PTJ hendaklah memahami dan mematuhi Dasar Infrastruktur ICT Universiti. Tugas dan tanggungjawab ketua PTJ adalah seperti berikut: i. Menentukan semua staf PTJ mematuhi piawaian, garis panduan, prosedur, dan langkah infrastruktur di bawah Dasar Infrastruktur ICT Universiti. Tindakan sewajarnya hendaklah diambil apabila berlaku sebarang perlanggaran Dasar Infrastruktur ICT dan Peraturan ICT; dan ii. Mengadakan Pelan Rancangan Kontigensi yang bertujuan untuk mengurus risiko yang timbul akibat daripada ketidakpatuhan kepada piawaian, garis panduan, prosedur dan langkah infrastruktur ICT. 7-12

Tugas di atas hendaklah dilaksanakan oleh staf yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal ICT di PTJ masing-masing dan melaporkan kepada ketua PTJ dan Pengarah Pusat ICT. 7.6 Tanggungjawab Pusat ICT Tanggungjawab Pusat ICT adalah seperti berikut: i. Sebagai badan penasihat untuk mengkaji dan meluluskan kesemua pembangunan Infrastruktur ICT dan melaporkannya kepada Jawatankuasa Pepandu ICT Universiti; ii. Memberi penjelasan tentang Dasar Infrastruktur ICT Universiti; iii. Mengemas kini Dasar Infrastruktur ICT Universiti termasuk menetapkan piawaian, garis panduan, prosedur, dan langkah infrastruktur dari semasa ke semasa; iv. Menyediakan perkhidmatan berpusat untuk menerima laporan insiden yang berkaitan dengan infrastruktur ICT, penyebaran maklumat dan penyelarasan tindakan pembetulan; dan v. Melaksana, memantau dan menguatkuasakan Dasar Infrastruktur ICT Universiti. 7.7 Kesimpulan Pentadbiran universiti akan dapat menjadikan sistem rangkaian kampus sebagai asas pengurusan yang berkesan kepada persekitaran yang dinamik bagi membolehkan staf berkomunikasi dalam komuniti akademik antarabangsa. Dasar Infrastruktur ICT akan mewujudkan kemudahan ICT bertaraf dunia sekaligus meletakkan UniMAP dalam kategori universiti bertaraf dunia. 7-13