MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2016

dokumen-dokumen yang mirip
PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM / 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos

SULIT 1103/2. Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Soalan 1 Petikan Cerpen. [4 markah]

SULIT 1103/2

CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK

Set 2 MODUL CEMERLANG SPM BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SULIT 1103/1 PENILAIAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG BAHASA MELAYU. Kertas 1. Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Soalan 1 : Rumusan. [30 markah]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos Dua jam tiga puluh minit

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. 2 1/4 jam Dua jam lima belas minit

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Soalan 1: Rumusan. [30 markah]

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit


SULIT 1103/2 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Bahagian A [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit]

PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos

Bahagian A. [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit]

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM

SULIT 1103/1 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

SULIT 2 PT3/02. Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ]

SMK DESA CEMERLANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 1/2 jam Dua jam tiga puluh minit

MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

SULIT 1103/2. Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

UJIAN BERTULIS. ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.

Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ]

Soalan 1 Rumusan (30 markah)

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU. 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

INAMA PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 PMR. Kertas 2. Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan


Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008 BAHASA MELAYU

OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6 MARKAH:


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

SULIT 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI PERLIS SEJARAH.

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

SULIT 1103/1. Modul Kecemerlangan Akhir Tahun TAHUN 2016 TINGKATAN 4 SKEMA BAHASA MELAYU. Kertas 1


Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

2011

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Soalan 1 : Rumusan. (30 markah)

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos jam

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

kita tidaklah selalunya seronok dengan keputusan yang telah kita ambil.

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Tetamu terhormat, Dr. Yaacob Ibrahim Menteri Penerangan, Perhubungan & Kesenian merangkap Menteri Bertanggungjawab Atas Ehwal Masyarakat Islam

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

1. (1) menyiapkan (2) bersiap (3) disiap (4) tersiap ( )

PEPERIKSAAN II TAHUN AKADEMIK 2014 TAHAP II MASA : 2 JAM 30 MINIT

SEJARAH SPM 1249/2 (Set C)

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

SULIT 1103/2 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015 BAHASA MELAYU KERTAS 2 2 JAM 30 MINIT


SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 2 (KERTAS 1 - PEMAHAMAN) PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH PENGGAL 2. Nama: ( ) Markah: % Kelas: 2 ( ) Tarikh : /10/2017

i. Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-pertua, Yang Dipertuan, dan Yang di-pertuan ii. Soal Jawab Masalah Tatabahasa iii.

01 Yang manakah penyataan yang benar tentang perancangan korpus bahasa Melayu?

Transkripsi:

BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2016 2 ½ jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2016 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Modul Latihan Berfokus ini mengandungi 9 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah

2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pelaksanaan dasar MBMMBI dan kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kerajaan pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya dan sesuai dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama dalam pendidikan berasaskan Akta Pendidikan 1996. Tujuan utama pelaksanaan dasar MBMMBI ini jelas kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Dalam bidang pendidikan, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu kerana banyak buku ilmiah sama ada buku terbitan asal ataupun buku terjemahan menggunakan bahasa Melayu sebagai medium untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Semua guru disarankan agar memahami sepenuhnya maksud dan definisi MBMMBI serta dapat memaklumkan hasrat dan matlamat pelaksanaaan dasar ini kepada murid-murid dan masyarakat dengan jelas. Dengan meletakkan bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya kebudayaan bangsa Melayu akan terpelihara dan seterusnya dapat dilestarikan. Umum mengetahui bahawa, dalam masyarakat pelbagai etnik, perlu wujud satu medium untuk mereka saling berhubung. Dasar MBMMBI ini diaspirasikan agar satu bentuk komunikasi yang berkesan dapat dilakukan dalam kalangan masyarakat. Hal ini akan dapat memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain. Di sekolah, para guru perlu membudayakan penggunaan bahasa Melayu baku agar martabat bahasa itu dapat diletakkan pada kedudukan yang sewajarnya. Bagi perkembangan bahasa Inggeris pula, kepentingan bahasa ini sebagai bahasa kedua tidak dapat dinafikan. Bahasa Inggeris penting sebagai alat komunikasi antarabangsa dan menjadi medium untuk wacana ilmu di peringkat tersebut. Dasar MBMMBI yang dilaksanakan ini juga memberikan penekanan kepada bahasa Inggeris kerana bahasa ini membantu perkembangan kemajuan dalam sektor perniagaan dan ekonomi global pada era globalisasi ini. Kesimpulannya, dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris kena pada tempatnya dan tepat pada masanya. Marilah sama-sama kita menjaga dan memartabatkan budaya bangsa kita. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana MBMMBI, Buletin Pendidikan, Disember 2010)

Soalan 2(a) Petikan Umum 3 Soalan 2: Pemahaman [35 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Berikan maksud rangkai kata memartabatkan budaya. [2 markah] Nyatakan peranan guru bagi memastikan objektif MBMMBI ini dapat direalisasikan? [3 markah] Pada pendapat anda, bagaimanakah penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dapat ditingkatkan? [4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden 3 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kedua-dua belah tanganku menggigil di dalam poket jaket kain. Kedua-dua belah kakiku yang bersarung stoking bulu kambing di dalam kasut kulit, turut terasa dingin. Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan burung di situ. Pakaiannya hanya kain kapas nipis. Tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan. Kakinya berstoking lusuh. Kasutnya, aku tidak pasti sama ada aku sedang melihat warna stoking kehijauan di hujung kasutnya yang koyak, atau warna kasutnya. Aku membeli tiga piring makanan burung dan memberinya LT5 walaupun harga satu piring Cuma LT1. Wanita tua itu menyusun sepuluh jari sebelum mengarahkan jarinya ke dada sebagai tanda terima kasih. Aku menaburkan bijirin. Beratus-ratus burung merpati berterbangan turun dari kubu tinggalan kerajaan Uthmaniah. Nasib burung itu jauh lebih baik daripada nasib wanita tua itu, dapat makanan percuma dan gambarnya diabadikan dalam kamera sedangkan wanita tua itu seakan-akan figura hidup yang tidak disedari kewujudannya. Seorang remaja kurus datang menghampiriku. Di tangannya terdapat sebuah beg plastik hitam yang besar. Matanya melingas ke kanan kiri. Dia bercakap separuh berbisik. Black market, black market. Good price. Aku teringat akan pesanan Encik Yuksel tentang bahaya membeli barang di tepi jalan. Aku menggelengkan kepala tanda tidak berminat. Remaja itu menghampiri Kak Chah dan Shahmeem. Perfume. Wallet. Jacket. Please! (Dipetik daripada cerpen Jaket Kulit Kijang, oleh Maskiah Haji Masrom dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) Gambarkan keadaan wanita tua seperti yang dinyatakan dalam petikan tersebut. [2 markah] Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan? [3 markah] Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional 4 Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, "Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?" Maka sembah segala orang banyak itu, "Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku." Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, "Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar." ' Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, "Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?" Maka sembahnya, "Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku." (Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) Berikan maksud senantiasa beringgit? Apakah yang terjadi setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar? [2 markah] [3 markah] Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak bermuafakat? [3 markah]

Soalan 2(d) Gurindam 5 Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BEBERAPA PETUA HIDUP Za ba Fikir dan Kata Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. Silang Sengketa Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita. Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari. Ilmu Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna. Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar. Dunia Pergaulan Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan. Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya. Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. Sifat-sifat yang Baik Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bunga di taman. Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan. Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerah. Perbuatan yang Baik Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa. Menolong sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu dahulu. Sifat-sifat yang Jahat Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit. Barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak memberi laknat. Kalung Bunga Za ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka

6 Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa Apakah maksud rangkap gurindam di atas? [2 markah] Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tidak boleh menggunakan bahasa yang kasar dalam pergaulan? Berikan tiga alasan anda. [3 markah] Huraikan dua pengajaran daripada gurindam tersebut. [4 markah]

7 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (iv) (v) (vi) mewangi menyukat menjulang menyusut menyelam menyisih [6 markah] (b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi. Kawat berduri yang berlingkaran itu memagari kawasan di sekeliling rumahnya. Pengetua telah melantik Cikgu Shaari sebagai guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan tugas. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Serunding daging yang dikeluarkan oleh Syarikat Deen itu telah dieksport ke negaranegara Timur Tengah dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Kempen anti-rokok yang sudah berlangsung sejak beberapa tahun lalu masih belum dapat menyedari rakyat tentang bahaya yang berpunca daripada rokok. Orang ramai disarankan menghadkan pengambilan makanan berlemak agar dapat mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. [6 markah]

8 (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Encik Yasir berbangga hati mempamerkan lukisan-lukisannya yang cantik-cantik bersempena dengan pameran lukisan yang diadakan di Kuala Lumpur. Kompleks membeli-belah terkemuka itu akan dibuka semula secara resmi pada minggu hadapan setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai dilakukan. Rakyat di negara ini diseru agar menguburkan perasaan cintakan tanah air serta menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. [6 markah] (e) Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud yang berikut. (iv) Nasib yang baik akan menyebabkan seseorang itu selamat atau mendapat rezeki, jika bernasib malang seseorang itu akan menghadapi masalah. Jika melakukan sesuatu secara perlahan-lahan, akhirnya bertambah hasilnya. Orang yang tidak tahu untuk membaiki sesuatu benda tetapi cuba membaikinya hingga benda itu menjadi rosak. [6 markah]

9 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin Pantai Kasih karya Azmah Nordin Tirani karya Beb Sabariah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Silir Daksina karya Md Nizar Parman (a) Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah daripada novel di bawah, huraikan watak dan perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan bagi novel tersebut. NOVEL WATAK SAMPINGAN Leftenan Adnan Wira Bangsa Pak Saidi Di Sebalik Dinara Karl Jendela Menghadap Jalan Danel (iv) Pantai Kasih Doktor Sadiz (v) Tirani Raidah (vi) Songket Berbenang Emas Embong (vii) Bimasakti Menari Muhammad Taufik (viii) Silir Daksina See Hwa / Ai Ling [7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang dapat dikaitkan dengan kesepakatan melakukan sesuatu pekerjaan. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT