PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

MEMAHAMI UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM. Zulkifli Hasan

ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) /1999. BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, Pemangku Raja Selangor

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

D.R. 51/96 RANG UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1996

Undang-Undang Malaysia

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

UNDANG-UNDANG KELUARGA BUKAN ISLAM

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

0C2B F A4?OpenDocument

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

PENDAKWAAN DI MAHKAMAH BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Zulkifli Hasan

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-840/12 ANTARA RIDWAN FARID BIN SUBAIRI DAN MERCURY MARINE SDN. BHD. AWARD NO: 551 TAHUN 2017

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

Hakim Wanita Di Mahkamah Syariah: Isu dan Cabaran

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 1 D.R. 9/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

Undang-Undang Malaysia

PENDAKWAAN JENAYAH SIHIR : PRINSIP-PRINSIP PEMBUKTIAN DAN AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1 Oleh: DR. ZULFAKAR RAMLEE SAAD. 2

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN [GUAMAN SIVIL NO. MT ] ANTARA JASRA ENTERPRISE...

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

AKTA PILIHAN RAYA 1958

D.R. 7/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 D.R. 19/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Tatacara Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang Jenayah Syariah : Analisis Perundangan Dan Amalan Di Malaysia

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

PEKELILING PERLAKSANAAN ARAHAN WAJIB TAKSIR DAN PEMBAYARAN ZAKAT PENDAPATAN

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

Penjara (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 10/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penjara 1995.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

MAKLUMAT PINJAMAN PENDIDIKAN

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

ANALISA KES MELIBATKAN ANAK TAK SAH TARAF DI MAHKAMAH SYARIAH

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

KEPERLUAN SURAT KONSULAT : PEMBUKTIAN PERMOHONAN PENGESAHAN NIKAH DI MAHKAMAH SYARIAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

ii) Harta Tak Alih/Tanah dan harta alih seperti wang tunai, saham,kwsp,asn,asb, dan sebagainya; dan 1. TUJUAN 1.1 Tujuan buku ini diterbitkan ialah:-

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

BAB II PROFIL MAHKAMAH SYARIAH SHAH ALAM SELANGOR. A. Sejarah Singkat Mahkamah Syariah Shah Alam Selangor

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 1 D.R. 6/2017 RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15 DI ANTARA TAN POH THIAM DENGAN DAILY FRESH FOODS SDN. BHD. AWARD NO: 308 TAHUN 2017

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KETIGA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

Transkripsi:

Tarikh : 23 24 Disember 2009 / 6-7 Muharram 1431 Tempat : Dewan Annex, SUK Shah Alam, Selangor Darul Ehsan PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA OLEH: Dr. Zulfakar Ramlee Saad Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor Dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA. PENGENALAN Oleh Zulfakar Ramlee Saad Telah menjadi satu kemestian ke atas orang yang membuat tuntutan atau pendakwaan untuk mengemukakan atau membawa keterangan atau bukti dalam menyokong tuntutan atau dakwaan tersebut. Kegagalan mengemukankan bukti dalam banyak kes menyebabkan tuntutan akan ditolak. Justeru itu, ia perlu membawa keterangan atau bukti. Seksyen 100 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (WP) 1998 [Akta 585] memperuntukkan: Tertakluk kepada Akta ini dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (WP) 1997, apa-apa fakta yang dikehendaki dibuktikan pada perbicaraan apa-apa prosiding melalui keterangan pihak-pihak atau saksi-saksi hendaklah dibuktikan dengan memeriksa pihak-pihak atau saksi-saksi itu secara lisan di dalam Mahkamah terbuka Begitu juga dalam perbicaraan kes-kes jenayah dimana hanya sekadar dakwaan sematamata tidak akan diterima. Pihak pendakwa mesti membawa bukti-bukti dalam menyokong dakwaan tersebut. Seksyen 226 Akta Prosedur Jenayah Syariah (WP) 1997 [Akta 560] menyatakan: Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, Mahkamah hendaklah mematuhi segala peruntukan Hukum Syarak berhubung dengan bilangan, Kertas kerja ini dibentangkan dalam Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia, anjuran Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 23-24 Disember 2009, bertempat di Dewan Annex, Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam., Selangor Darul Ehsan. Penolong Profesor di Jabatan Undang-Undang Islam, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM. 1

kedudukan atau kualiti saksi atau keterangan yang dikehendaki untuk membuktikan apa-apa fakta. Oleh kerana keterangan itu satu kemestian, ada baiknya perbincangan ini menjurus kepada satu akta yang memperuntukkan jenis-jenis dan kaedah memberi keterangan iaitu Akta Keterangan Mahkamah Syariah (WP) 1997 [Akta 561]. Seksyen 2 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (WP) 1997 memperuntukkan: Akta ini hendaklah terpakai bagi segala prosiding kehakiman di dalam atau di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah. TAKRIFAN KETERANGAN Seksyen 3 [Akta 561] dalam mendefinisikan makna keterangan menyatakan bahawa keterangan termasuklah: (a) bayyinah dan syahadah; (b) segala penyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat dihadapannya oleh saksi berhubungan dengan perkara-perkara fakta yang disiasat: penyataan sedemikian disebut keterangan lisan; (c) segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan Mahkamah: dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar; Adapun makna bayyinah pula ialah keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah. Manakala al-shahadah pula ialah apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz asyhadu untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan. Dengan bahasa yang mudah, al-shahadah merupakan sejenis keterangan lisan yang didahului dengan lafaz asyhadu yang dibuat dalam Mahkamah oleh saksi-saksi yang memenuhi syarat sabagai seorang saksi yang layak untuk memberi kesaksian seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 83(1). Antara syarat-syarat yang diperlukan ialah seorang yang beragama Islam, berakal, baligh (cukup umur), adil, mempunyai ingatan yang baik dan tiada tomahan terhadap dirinya. Jelaslah di sini bahawa saksi yang bukan Islam tidak kompeten untuk memberi alshahadah. Kedudukan mereka sama seperti seorang Islam yang tidak mempunyai sifat adil. Begitu juga seorang Islam yang adil tetap tidak kompeten untuk memberi al-shahadah sekiranya terdapat tomahan atau berprasangka samada terhadap 2

dirinya kerana ada kepentingan dalam kes tersebut atau disebabkan faktor hubungan baik atau tidak baik antara saksi dengan pihak yang terlibat. Persoalannya, apakah kedudukan atau status saksi bukan Islam dalam konteks Malaysia? Peranan orang bukan Islam dalam konteks Malaysia yang terdiri dari masyarakat majmuk tidak dapat dinafikan pentingnya terutama dalam system kehakiman Syariah. Saksi bukan Islam bukan saja relevan tetapi dalam keadaan tertentu amat diperlukan kerana dapat membantu mahkamah dalam menyelesaikan banyak kes. Kertas kerja ini sengaja tidak membincangkan polimik perbahasan ulama silam dalam membincangkan kedudukan orang bukan Islam sebagai saksi tetapi terus menjurus kepada pandangan ulama yang menerima keterangan saksi orang bukan Islam sebagai al-bayyinah. Walaupun keterangan mereka tidak diterima sebagai alshahadah (oral testimony) tetapi mahkamah Syariah masih boleh menerima keterangan mereka dalam konteks al-bayyinah (oral evidence). Secara mudahnya, al-bayyinah adalah keterangan lisan yang dibuat oleh saksi-saksi yang tidak memenuhi syarat sabagai seorang saksi untuk memberi kesaksian seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 83(1). Saksi-saksi ini tidak memberi kesaksian (shahadah) tetapi hanyalah bayyinah. Mereka terdiri daripada saksi yang bukan Islam atau saksi orang Islam tetapi fasik. Menariknya, seorang Islam yang adil pun tetapi mempunyai kepentingan dalam kes tersebut tetap memberi bayyinah bukan alshahadah.. 1 Inilah yang diperuntukan di bawah Seksyen 83(2): Seseorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk memberi bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut Hukum Syarak. Pemakaian peruntukan ini telah dilaksanakan dalam beberapa kes mahkamah Syariah antaranya dalam kes Si Mati Nyonya binti Tahir. 2 PENGAKUAN (IQRAR) Islam bukanlah syarat untuk sahnya sesuatu iqrar itu. Akta Keterangan Mahkamah syariah 1997 menerima Iqrar yang dibuat oleh mereka yang bukan Islam. Di bawah seksyen 18 tidak disyaratkan bagi orang yang membuat pengakuan (Iqrar) supaya beragama Islam. 1 Lihat seksyen 83 (2)(3) (4) (5)(6)(7), 84, 85(3)(4) AKS. 2 Mahkamah Tinggi Syariah Seremban [2006] JH 221. 3

Walaubagaimanapun, pengakuan salah oleh orang yang bukan Islam mengenai kesalahan yang dilakukannya di bawah kesalahan jenayah syariah seperti menghina agama Islam (seksyen 7), menghina pihak berkuasa agama (seksyen 9), berjudi (seksyen 18), berzina (seksyen 23) dan melakukan khalwat (seksyen 27) tidak mempunyai kesan perundangan ke atas dirinya walaupun ia melakukannya bersama orang Islam. Sebagai contoh, seorang lelaki yang bukan Islam berzina dengan seorang perempuan Islam. Pengakuan salah yang dibuat oleh lelaki tadi tidak memberi kesan perundangan ke atasnya kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa jenayah ke atas orang bukan Islam. 3 Adapun dalam kes-kes mal (sivil) seperti hibah (gift), wasiat, penjagaan anak dan seumpamanya, Iqrar orang bukan Islam adalah diterima dan mempunyai kuasa perundangan iaitu pengakuan itu akan mengikat dirinya. Masalahnya jika dia enggan hadir di Mahkamah Syariah, bolehkah dia dipaksa? Seterusnya bolehkah Mahkamah Syariah membuat perintah ke atas orang bukan Islam? SUMPAH OLEH ORANG BUKAN ISLAM Peruntukan di bawah Akta Keterangan 1997 mengenai kedudukan sumpah yang diambil oleh orang bukan Islam di Mahkamah Syariah agak kurang jelas. Ini disebabkan terdapat banyak perkara mengenai sumpah tidak diperuntukkan di dalam Akta ini. Peruntukan yang boleh dirujuk ialah seksyen 87(1) iaitu: Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh plaintif dan defendan, dan jika defendan menafikan tuntutan terhadapnya dia hendaklah dikehendaki mengangkat sumpah mengikut Hukum Syarak. Perkataan mengikut Hukum Syarak membawa maksud pandangan Mazhab Shafie, Maliki, Hanafi dan Hambali. 4 Seperti yang saya tegaskan di atas, kertas kerja ini tidak membincangkan polimik perbahasan ulama silam dalam hal ini tetapi cukup sekadar menyatakan terdapat pandangan ulama (Mazhab) yang membenarkan orang bukan Islam untuk mengambil sumpah, maka orang bukan Islam boleh mengambil sumpah di Mahkamah Syariah di Malaysia. PANDANGAN PAKAR (EXPERT OPINION) Adakalanya di dalam sesuatu perbicaraan, timbul sesuatu fakta yang rumit yang melibatkan persoalan sainstifik. Misalnya isu kesahihan cap jari atau ketulenan dokumen. Oleh kerana fakta ini ada kerelevanannya dengan fakta persoalan (fact in issue) maka Mahkamah perlu memberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Seksyen 33 Akta Keterangan 1997 [Akta 561]memperuntukan: 3 Seksyen 1(2)(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) 1997. 4 Seksyen 3 Akta Keterangan 1997. 4

(1) Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identity atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubung dengan penentuan nasab, maka pendapat atas perkara itu daripada orang yang mempunyai kemahiran khusus dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu, atau dalam soal identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubung dengan penentuan nasab ialah qarinah. (2) Orang sedemikian itu dipanggil pakar. KELAYAKAN SEBAGAI SEORANG PAKAR Akta ini tidak menentukan kepakaran seseorang itu berdasarkan agama atau tahap keadilannya (credibleness). Apa yang penting ialah orang tersebut mestilah mempunyai kemahiran khusus dalam perkara-perkara tersebut. Dengan ini seorang doktor Islam tetapi fasik boleh memberi pendapatnya. Begitu juga seorang doktor yang bukan Islam boleh memberi pendapatnya di dalam Mahkamah Syariah. Walaupun pendapat mereka ini dianggap sebagai qarinah tetapi ia masih dikira sebahagian dari al-bayyinah. 5 Ini juga ditegaskan di bawah seksyen 83(2): Huraian- Bayyinah seorang pakar bukan Islam terhadap seorang Islam boleh diterima, jika dikehendaki. KETERANGAN DOKUMENTAR Terdapat banyah cara atau kaedah yang dibenarkan oleh Akta Keterangan dalam membuktikan sesuatu dokumen. Mengenai kedudukan bukan Islam dalam membuktikan sesuatu dokumen, bolehlah diringkaskan bahawa mereka boleh membuat pengakuan (Iqrar), atau memberi keterangan lisan (al-bayyinah), memberi pandangan sebagai seorang pakar, atau bersumpah dalam mensabitkan sesuatu dokumen. KEBOLEHPAKSAAN SAKSI BUKAN ISLAM (Can non-muslim witness be compelled?) Isu yang menarik selepas mengetahui kedudukan bukan Islam sebagai saksi ialah samada mereka iaitu saksi bukan Islam boleh atau tidak dipaksa untuk memberi keterangan mereka di Mahkamah Syariah? 5 Seksyen 3 [Akta 561] bayyinah ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah. 5

Secara logiknya, mereka yang diterima keterangannya boleh dipaksa hadir untuk memberi keterangan. Seksyen 219 Akta Prosedur Jenayah Syariah (WP) 1997 [Akta 560] memperuntukkan: Mana-mana Mahkamah boleh, pada mana-,ana peringkat apa-apa perbicaraan atau prosiding lain di bawah Akta ini, memanggil mana-mana orang sebagai saksi,, dan Mahkamah hendaklah memanggil dan memeriksa atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang itu jika keterangannya didapati perlu demi keputusan yang adil dalam kes itu. Kegagalan untuk hadir tanpa sebab yang munasabah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 [Akta 559] dengan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi dua tahun. Masalahnya, prosiding ini tidak dapat dilaksanakan ke atas orang bukan Islam kerana Akta ini hanya terpakai untuk orang Islam sahaja (seksyen 2). Adalah disarankan atas nama keadilan asasi (natural justice) saksi bukan Islam perlu dan patut tampil kehadapan bilamana Mahkamah Syariah memerintahkan agar mereka hadir untuk memberi keterangan. KESIMPULAN Dalam mencapai keadilan, Mahkamah perlu kepada keterangan. Oleh yang demikian para saksi perlu tampil kehadapan dengan rasa penuh tanggungjawab mengemukakan keterangan mereka. Saksi bukan Islam tidak terkecuali dalam hal ini. Oleh kerana keterangan mereka menjadi relevan dan boleh diterima, mereka perlu hadir ke Mahkamah secara sukarela sebagai satu tanggungjawab sosial. Sekiranya kehadiran mereka sebagai saksi difikirkan perlu maka disarankan agar ianya perlu dibuat melalui pengubalan undang-undang. 6