KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 Draf
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." 2
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Objektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid: 1. Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia; 2. Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya; 3. Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik; 4. Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan 5. Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia. 3
PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 4
TAFSIRAN o o o o o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain. o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain. 5
TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN 1 TAHU 2 TAHU DAN FAHAM Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 3 4 5 6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. 6
BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengetahui nilai-nilai berakhlak mulia 2 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berakhlak mulia 3 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia 4 5 6 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia dengan beradab, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian / pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian / pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat dan diteladani 7
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 1 Tahu B1 Mengetahui nilai-nilai berakhlak mulia B1D1 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri Amanah (1.2) Harga Diri (1.3) Bertanggungjawab (1.4) Hemah Tinggi (1.5) Kasih Sayang (1.9) Keadilan (1.10) Rasional (1.11) B1D1E1 Boleh menyenaraikan etika kerja rakyat Malaysia (1.2) cara hidup sihat (1.3) tugas seorang pekerja (1.4) B1D1E2 Boleh menyatakan cara mengakui kesilapan diri (1.5) prinsip keadilan diamalkan oleh kerajaan (1.10) B1D1E3 Boleh mengenal pasti punca gejala HIV/AIDS merebak (1.9) pertuturan dan perlakuan yang baik dan buruk dalam pelbagai situasi (1.11) B1D2 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga (2.2) Mengekalkan tradisi kekeluargaan (2.3) Tanggungjawab terhadap Keluarga (2.4) B1D2E1 Boleh memberikan contoh prinsip kekeluargaan yang diamalkan dalam keluarga (2.2) B1D2E2 Boleh menyatakan adat dan pantang larang keluarga dalam kelahiran/perkahwinan/kematian.(2.3) B1D2E3 Boleh menyenaraikan cara menjaga nama baik dan maruah keluarga (2.4) 8
B1D3 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Alam Sekitar Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar (3.2) Kemapanan Alam Sekitar (3.3) Peka terhadap isu-isu alam sekitar (3.4) B1D4 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme Cinta akan Negara (4.1) Taat Setia kepada Raja dan Negara (4.2) Sanggup Berkorban untuk Negara (4.3) B1D3E1 Boleh menyatakan punca berlakunya pencemaran udara (3.2) B1D3E2 Boleh memberikan contoh kehidupan laut (3.3) B1D3E3 Boleh memberi contoh aktiviti terancang yang menjamin kualiti alam sekitar.(3.4) B1D4E1 Boleh memberi contoh khazanah negara (4.1) B1D4E2 Boleh menyatakan prinsip Rukun Negara ( 4.2) kempen/program negara yang dilaksanakan (4.3) B1D5 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia Melindungi Hak Kanak-kanak (5.1) Menghormati Hak Wanita (5.2) Melindungi Hak Pekerja (5.3) Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya (5.4) Melindungi Hak Pengguna (5.5) B1D5E1 Boleh menyatakan pihak yang bertanggungjawab dalam memberi pendidikan formal dan tidak formal kepada kanak-kanak (5.1) hak wanita sebagai isteri dan ibu dalam keluarga (5.2) contoh pengiktirafan yang diberikan kepada pekerja (5.3) B1D5E2 Boleh mengenal pasti sumbangan golongan kurang berupaya dalam pelbagai bidang (5.4) 9
kegunaan pengetahuan pendidikan kepenggunaan dalam mendidik pengguna bersikap lebih rasional (5.5) B1D6 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang (6.1) Kebebasan Beragama (6.3) Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara (6.4) B1D6E1 Boleh menyenaraikan aktiviti /kegiatan yang menyalahi peraturan dan undang-undang negara (6.1) B1D6E2 Boleh mengenal pasti cara mendapatkan pendidikan agama secara formal dan tidak formal (6.3) B1D6E3 Boleh menyatakan pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen-kempen yang dianjurkan demi kemajuan negara (6.4) B1D7 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian Hidup Bersama secara Aman (7.1) Saling Membantu dan Bekerjasama (7.2) Saling Menghormati antara Negara (7.3) B1D7E1 Boleh menyatakan cara-cara menyelesaikan konflik/masalah secara diplomasi (7.1) cara/bentuk pencerobohan terhadap sesebuah negara (7.3) B1D7E2 Boleh menyenaraikan dasar negara (7.2) 10
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 2 Tahu dan Faham B2 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berakhlak mulia B2D1 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri Amanah (1.2) Harga Diri (1.3) Bertanggungjawab (1.4) Hemah Tinggi (1.5) Kasih Sayang (1.9) Keadilan (1.10) Rasional (1.11) B2D1E1 Boleh menerangkan kepentingan sikap amanah dalam melaksanakan tugas sebagai pekerja (1.2) kepentingan pelaksanaan prinsip keadilan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan/kesihatan/infrastruktur (1.10) kesan pertuturan dan perlakuan yang baik dan buruk dalam pelbagai situasi (1.11) B2D1E2 Boleh menjelaskan kepentingan cara hidup sihat (1.3) kesan melaksanakan tugas dengan sempurna (1.4) kebaikan mengakui kesilapan diri (1.5) cara mengelakkan diri daripada jangkitan HIV/AIDS (1.9) B2D2 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan Kasih Sayang terhadap Keluarga (2.1) Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga (2.2) Mengekalkan tradisi kekeluargaan (2.3) Tanggungjawab terhadap Keluarga (2.4) B2D2E1 Boleh menjelaskan peranan ibu bapa dalam keluarga (2.1) kebaikan menjaga nama baik dan maruah keluarga (2.4) B2D2E2 Boleh menerangkan kepentingan prinsip kekeluargaan yang diamalkan dalam keluarga (2.2) 11
B2D2E3 Beleh menghuraikan kepentingan memelihara adat dan pantang larang keluarga dalam kelahiran/perkahwinan/kematian(2.3) B2D3 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Alam Sekitar Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar (3.2) Kemapanan Alam Sekitar (3.3) Peka terhadap isu-isu alam sekitar(3.4) B2D3E1 Boleh menjelaskan cara mengatasi pencemaran udara(3.2) Kepentingan aktiviti terancang terhadap kualiti alam sekitar(3.4) B2D3E2 Boleh menerangkan kepentingan laut dan lautan kepada manusia (3.3) B2D4 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme Cinta akan Negara (4.1) Taat Setia kepada Raja dan Negara (4.2) Sanggup Berkorban untuk Negara (4.3) B2D5 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia Melindungi Hak Kanak-Kanak (5.1) Menghormati Hak Wanita (5.2) Melindungi Hak Pekerja (5.3) B2D4E1 Boleh menerangkan kepentingan memelihara khazanah negara (4.1) B2D4E2 Boleh menjelaskan kepentingan prinsip Rukun Negara (4.2) kepentingan menyokong dan melibatkan diri dalam pelbagai program/ kempen negara (4.3) B2D5E1 Boleh menjelaskan peranan ibu bapa/ guru/ masyarakat/ media massa dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak (5.1) menjelaskan hak wanita sebagai isteri dan 12
Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya (5.4) Melindungi Hak Pengguna (5.5) ibu dalam keluarga (5.2) kepentingan mengiktiraf jasa dan sumbangan pekerja (5.3) sumbangan golongan kurang berupaya dalam pelbagai bidang (5.4) B2D5E2 Boleh menerangkan kepentingan pengetahuan pendidikan kepenggunaan (5.5) B2D6 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang (6.1) Kebebasan Beragama (6.3) Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara (6.4) B2D6E1 Boleh menjelaskan kesan melibatkan diri dengan kegiatan yang menyalahi peraturan dan undangundang negara (6.1) kepentingan mendapatkan pendidikan agama masing-masing (6.3) B2D6E2 Boleh menerangkan tujuan kempen-kempen yang dianjurkan oleh pelbagai pihak (6.4) B2D7 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian Hidup Bersama secara Aman (7.1) Saling Membantu dan Bekerjasama (7.2) Saling Menghormati antara Negara (7.3) B2D7E1 Boleh menjelaskan cara menyelesaikan konflik /masalah secara diplomasi ( 7.1) kepentingan dasar negara (7.2) B2D7E2 Boleh menerangkan kesan pencerobohan terhadap sesebuah negara ( 7.3) 13
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat B3 Mengetahui, memahami, dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia B3D1 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berikut Kepercayaan kepada Tuhan (1.1) Harga Diri (1.3) Hemah Tinggi (1.5) Toleransi (1.6) Berdikari (1.7) Kerajinan (1.8) Kesederhanaan (1.12) Tanggungjawab Terhadap Keluarga (2.4) Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar (3.1) Taat Setia kepada Raja dan Negara (4.2) Sanggup Berkorban untuk Negara (4.3) Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang( 6.1) Kebebasan Bersuara ( 6.2) Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara (6.4) Sikap Keterbukaan (6.5) Hidup Bersama Secara Amana (7.1) B3D1E1 Boleh menguruskan /melibatkan diri dalam aktiviti penjagaan alam sekitar apabila diarah (1.1,3.1) B3D1E2 Boleh menunjukkan cara hidup sihat (1.3) usaha berterusan dalam bidang diceburi apabila disuruh (1.8) sikap berfikir sebelum bersuara dalam perbincangan apabila disuruh (6.2) sikap terbuka dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah apabila disuruh (6.5) B3D1E3 Boleh menunjukkan perlakuan bersedia mengakui kesilapan diri (1.5) berlandaskan prinsip Rukun Negara (4.2) menyokong dan melibatkan diri dalam program / kempen negara apabila disuruh ( 4.3, 6.4) mematuhi peraturan dan undang-undang negara apabila disuruh (6.1) B3DIE4 Boleh bersikap berdikari dalam bidang diceburi (1.7) sederhana dalam sesuatu majlis apabila disuruh (1.12) 14
B3D1E5 Boleh menyelesaikan konflik / masalah secara diplomasi apabila disuruh (1.6,7.1) B3D1E6 Boleh menjaga nama baik dan maruah keluarga apabila disuruh (2.4) 15
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab B4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia dengan beradab, iaitu berlandaskan peraturan dan undangundang B4D1 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai Kepercayaan kepada Tuhan (1.1) Harga Diri (1.3) Hemah Tinggi (1.5) Toleransi (1.6) Berdikari (1.7) Kerajinan (1.8) Kesederhanaan (1.12) Tanggungjawab Terhadap Keluarga (2.4) Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar (3.1) Taat Setia kepada Raja dan Negara (4.2) Sanggup Berkorban untuk Negara (4.3) Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang( 6.1) Kebebasan Bersuara ( 6.2) Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara (6.4) Sikap Keterbukaan (6.5) Hidup Bersama Secara Aman (7.1) B4D1E1 Boleh menguruskan /melibatkan diri dalam aktiviti penjagaan alam sekitar dengan rela hati (1.1,3.1) B4D1E2 Boleh menunjukkan cara hidup sihat dengan rela hati (1.3) usaha berterusan dalam bidang diceburi dengn rela hati (1.8) sikap berfikir sebelum bersuara dalam perbincangan dengan tertib (6.2) sikap terbuka dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan rela hati (6.5) B4D1E3 Boleh menunjukkan perlakuan bersedia mengakui kesilapan diri dengan rela hati (1.5) berlandaskan prinsip Rukun Negara dengan rela hati (4.2) menyokong dan melibatkan diri dalam program / kempen negara dengan rela hati ( 4.3, 6.4) mematuhi peraturan dan undang-undang negara dengan rela hati (6.1) 16
B4DIE4 Boleh bersikap berdikari dalam bidang diceburi dengan rela hati (1.7) sederhana dalam sesuatu majlis dengan rela hati (1.12) B4D1E5 Boleh menyelesaikan konflik / masalah secara diplomasi dengan tertib (1.6,7.1) B4D1E6 Boleh menjaga nama baik dan maruah keluarga dengan rela hati (2.4) 17
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji B5 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undangundang serta norma masyarakat B5D1 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berikut dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi Kepercayaan Kepaa Tuhan (1.1) Harga Diri (1.3) Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar (3.1) Taat Setia kepada Raja dan Negara (4.2) Sanggup Berkorban untuk Negara (4.3) Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang (6.1) Kebebasan Bersuara (6.2) Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara (6.4) B5D1E1 Boleh menguruskan /melibatkan diri dalam aktiviti penjagaan alam sekitar dengan rela hati dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat (1.1,3.1) B5D1E2 Boleh mengamalkan cara hidup sihat dengan rela hati secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat (1.3) sikap berfikir sebelum bersuara dalam perbincangan dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat (6.2) B5D1E3 Boleh menunjukkan perlakuan berlandaskan prinsip Rukun Negara dengan rela hati secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat(4.2) menyokong dan melibatkan diri dalam pelbagai program/kempen negara dengan rela hati secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat ( 4.3, 6.4) mematuhi peraturan dan undang-undang negara dengan rela hati secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat (6.1) 18
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali B6 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian / pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undangundang serta norma masyarakat dan diteladani B6D1 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai berikut dalam kehidupan seharian dan dicontohi Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar (3.1) Sanggup Berkorban untuk Negara (4.3) Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara (6.4) B6D1E1 Boleh menguruskan/melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti penjagaan alam sekitar dengan rela hati dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat dan dicontohi (3.1) B6D1E2 Boleh menunjukkan perlakuan menyokong dan melibatkan diri dalam pelbagai program/kempen negara dengan rela hati secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat dan dicontohi ( 4.3, 6.4) 19