Ulasan Buku/Book Review

dokumen-dokumen yang mirip
SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

Garis Panduan PENERBITAN. Institut Pengurusan Penyelidikan

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIAN

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

TAJUK PROJEK: MEMPERKASAKAN ILMU METODOLOGI KEJURULATIHAN TAHAP ASAS DAN TAHAP PERTENGAHAN BAGI JURULATIH DAN GURU SUKAN DI MAJLIS AMANAH RAKYAT

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

TAJUK PROJEK: AKTIVITI KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN AUDIT TENAGA BAGI INSTITUT PENDIDIKAN GURU WILAYAH UTARA MALAYSIA

Tamadun Islam & tamadun asia. Sinopsis:

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Beberapa aspek tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Sinopsis:


TAJUK PROJEK: TEKNIK DAN PROSEDUR PEMBUATAN BERSANDAR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

ULASAN BUKU/BOOK REVIEW

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

TAJUK PROJEK: PENGLIBATSAMAAN KOMUNITI MELALUI PROGRAM KAJIAN KOMUNITI DAN KES KELUARGA (KKKK) KE ARAH PENAMBAHBAIKAN DALAM KESIHATAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

GARIS PANDUAN PENCALONAN

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAH KOD PROJEK: K-DG/18 (USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: DR. KAMARUL ARYFFIN BAHARUDDIN

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

ULASAN BUKU PENGENALAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

LMCK 1531 Kepimpinan dan Kreativiti Laporan Hasil Pembelajaran

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA METAFORA HATI DALAM KORPUS TRADISIONAL DAN KORPUS KONTEMPORARI: SATU ANALISIS TEORI HIBRID NUR FAIZZAH BINTI MOHD ZALKANIL

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Biodata. Dahlia Janan PhD

Balakrishnan AIL Parasuraman

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO DAN HIJAU BAGI SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

GARIS PANDUAN LAPORAN PROJEK PRAKTIKUM SHE 101/2 HUBUNGAN ETNIK SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2015 / 2016

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS. dapatan kajian. Dalam prosedur analisis data, teknik Delphi melalui temu bual dilakukan

Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Transkripsi:

Peranan dan Orientasi Akademika Sains Sosial 70 Malaysia (Januari) 2007: 159-163 159 Ulasan Buku/Book Review Peranan dan Orientasi Sains Sosial Malaysia (Role and Orientation of Malaysian Social Science). Edisi Baru. Abdul Rahman Embong (ed.). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 2006. 225 hlm. Kulit nipis. ISBN 967-942-794-3. Harga RM30.00. Diulas oleh Wan Ibrahim Wan Ahmad. Persoalan mengenai orientasi dan peranan sains sosial, khususnya antropologi, sosiologi dan psikologi di Malaysia pada masa ini merupakan persoalan yang mendesak dan perlu dibincangkan dengan mendalam. Persoalan ini mendesak kerana pada masa ini bidang sains sosial seperti yang terdapat di universiti dan pusat pengajian tinggi yang lain di Malaysia diperkenalkan melalui tradisi sains sosial masyarakat industri Barat yang berorientasikan keperluan akademik, politik dan ekonomi masyarakat itu. Selain itu bidang sains sosial itu sendiri serta ahli-ahlinya kini berhadapan dengan beberapa persoalan masyarakat yang asas dan mendesak yang memerlukan kajian saintifik, analisis yang tepat dan objektif serta cadangan-cadangan yang konkrit untuk membantu negara menyelesaikan masalah tersebut. Buku Peranan dan Orientasi Sains Sosial Malaysia (edisi baru) suntingan Abdul Rahman Embong, yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, merupakan buku yang membincangkan persoalan di atas dalam konteks perkembangan sains sosial Malaysia di awal pengenalannya di Malaysia pada tahun-tahun 1960an dan awal 1970an. Buku ini asalnya merupakan hasil kertas kerja persidangan serta laporan perbahasannya yang telah diterbitkan sebagai prosiding seminar yang berlangsung pada tahun 1974. Persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Antropologi dan Sosiologi, berlangsung pada 17 dan 18 Ogos 1974 di Universiti Kebangsaan Malaysia di kampus sementaranya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Hasil persidangan tersebut, satu prosiding berjudul Peranan dan Orientasi Sains Sosial dan Ahli-ahli Sains Sosial di Malaysia telah diterbitkan oleh Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Buku tersebut merupakan hasil suntingan penyunting yang sama, Abdul Rahman Embong. Untuk tujuan penerbitan edisi baru, prosiding asal, khususnya semua kertas kerja telah diedit semula dan diterbitkan sebagai bab-bab tersendiri menurut sistem pengarang-tarikh. Beberapa nota di dalamnya turut diringkaskan, dan mengikut penyunting juga, sesetengahnya yang kurang berkaitan dengan isi teks ditiadakan. Laporan perbahasan yang merupakan bahagian yang penting dalam buku ini juga disunting dan diberikan tajuk-tajuk kecil yang sesuai. Buku Peranan dan Orientasi Sains Sosial Malaysia (edisi baru) ini memuatkan sebuah kata pengantar khusus yang berjudul Malaysian Social Sciences: Yesterday, Today and Tomorrow oleh Profesor Emeritus Clive Kessler, seorang pakar sains sosial yang banyak melakukan kajian mengenai Malaysia sejak empat dekad yang lalu. Dalam kata pengantarnya, Profesor Clive Kessler

160 Akademika 70 membincangkan perkembangan dan cabaran sains sosial di samping membuat penilaian ke atas pentingnya buku ini diterbitkan. Sebuah pendahuluan baru oleh penyunting juga turut disertakan dalam edisi ini dengan tajuk Menoleh ke Belakang, Melangkah ke Hadapan: Sains Sosial di Malaysia. Pendahuluan ini menguraikan tradisi sains sosial di Barat, perkembangan sains sosial di Malaysia, beberapa pencapaian penting setakat ini, liku-liku yang dilaluinya serta cabaran yang perlu ditangani bagi memperkayakan korpus ilmu dan meningkatkan sumbangan ilmu ini kepada masyarakat. Kecuali kata pengantar Profesor Clive Kessler yang berada di luar bahagian dan bab, kesemua bab buku ini berada dalam bahagian buku. Buku ini mengandungi empat bahagian yang merangkumi tujuh bab. Pendahuluan oleh penyunting dimuatkan dalam Bahagian I buku ini. Kesemua tujuh bab yang membincangkan peranan dan orientasi sains sosial dan ahli sains sosial di Malaysia daripada pelbagai perspektif diletakkan dalam Bahagian II. Tiga bab pertama buku ini membincangkan peranan dan orientasi antropologi dan ahli antropologi di Malaysia, peranan dan orientasi sosiologi dan ahli sosiologi di Malaysia serta peranan dan orientasi psikologi dan ahli psikologi di Malaysia. Empat bab berikutnya membincangkan peranan dan orientasi sains sosial dan ahli sains sosial di Malaysia. Penyumbang bab, yang juga merupakan penyumbang kertas kerja konferensi 1974 terdiri daripada lapan penulis, iaitu Mohd. Dahlan Hj. Aman (H.M. Dahlan), Abdul Rahman Embong, Wan Rafaei Abdul Rahman dan Abdul Halim Othman, A. Kahar Bador, Mohd. Yusof Hashim, Razak Yahya dan Mohd. Daud Hashim. Dalam Bahagian III pula terdapat empat sub topik besar yang memuatkan perbahasan Bab I mengenai peranan dan orientasi antropologi dan ahli-ahli antropologi di Malaysia, perbahasan Bab 2 mengenai peranan dan orientasi sosiologi dan ahli-ahli sosiologi di Malaysia, perbahasan Bab 3 mengenai peranan dan orientasi psikologi dan ahli-ahli psikologi di Malaysia dan perbahasan Bab 4, 5, 6 dan 7, yang berkaitan dengan perbahasan mengenai peranan dan orientasi sains sosial dan ahli-ahli sains sosial di Malaysia. Perbahasan untuk Bab 4, 5, 6 dan 7 dirangkumkan dalam satu sub topik. Keempat-empat bab tersebut membahaskan tajuk yang sama oleh penulis yang berlainan. Maklumat lain seperti tujuan konferensi, majlis pembukaan, perbahasan resolusi, majlis penutup serta kesimpulan seminar dimuatkan dalam Bahagian IV. Bab 1 yang ditulis oleh Mohd. Dahlan Hj. Aman (H.M. Dahlan) membincangkan peranan dan orientasi antropologi dan ahli-ahli antropologi di Malaysia. Melalui bab ini pembaca didedahkan dengan perkembangan disiplin ini yang bermula di Eropah. Satu fakta menarik yang diutarakan oleh penulis bab ini ialah kemunculan disiplin ini berlaku serentak dengan kemunculan kuasa centrifugal dalam nasionalisme Barat yang memungkinkan terjadinya kontak di antara peradaban Barat dan peradaban bukan Barat. Menjelang abad ke-18 beberapa kuasa Eropah telah menjelajah keluar dan menjajahi beberapa kawasan

Peranan dan Orientasi Sains Sosial Malaysia 161 Dunia Baru. Ekoran itu timbul golongan manusia dalam masyarakat Barat ini yang cenderung mendekati masyarakat di Dunia Baru tersebut yang dianggap masih primitif. Inilah yang telah menjadi asas kepada kewujudan dan perkembangan disiplin ini di Eropah, sehingga pada tahap amalannya, disiplin antropologi ini menumpukan perhatiannya kepada pemikiran masyarakat primitif. Namun, disebabkan selepas era kolonial masyarakat primitif tersebut telah hilang dengan cepat, maka orientasi antropologi dan ahli-ahli antropologi kini mengalami perubahan. Di Malaysia, sehingga tahun-tahun 1970an, seperti yang ditunjukkan oleh H.M. Dahlan, tradisi disiplin ini masih dikatakan sebagai sepi. Walaupun sudah terdapat beberapa monograf, tetapi monograf itu masih lagi kecil jumlahnya, dan kebanyakannya menumpukan pengkajian ke atas komuniti tani dan bercorak community studies. Peranan dan orientasi sosiologi dan ahli-ahli sosiologi di Malaysia pula dibincangkan oleh Abdul Rahman Embong. Perbincangan aspek ini terdapat dalam Bab 2. Disiplin sosiologi secara formal mula mendapat tempat di Malaysia mulai pertengahan tahun-tahun 1960an dan awal 1970an. Pada pertengahan 1960an, Universiti Malaya memperkenalkan jurusan antropologi dan sosiologi dalam Jabatan Pengajian Melayunya. Mulai saat itu disiplin ini mula menjadi sebahagian daripada kurikulum pengajian di Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Institut Teknologi Kebangsaan Malaysia. Antara perkembangan yang amat penting dalam sejarah perkembangan disiplin sosiologi di Malaysia ialah penubuhan Jabatan Antropologi dan Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1970 yang disusuli dengan penubuhan jabatan yang sama di Universiti Malaya pada 1971. Sejak itu beberapa institusi pengajian tinggi lain turut memperkenalkan disiplin sosiologi dalam kurikulum mereka. Seperti disiplin antropologi, disiplin ini juga dipengaruhi secara mendalam oleh orientasi yang dominan dalam sains sosial di Barat. Untuk memperbaiki dan memperkaya isi pengajaran sosiologi di peringkat universiti supaya lebih bercorak tempatan, penulis bab ini berpendirian orientasi semula disiplin ini adalah perlu, khususnya dalam konteks penyelidikan. Penyelidikan dalam sosiologi perlu berpandukan garis ini, iaitu: 1) penyelidikan dan penilaian ke atas teori dasar dan umum oleh tokoh-tokoh klasik dan moden; 2) penyelidikan dan penilaian ke atas pelbagai teori, metodologi dan pendekatan berhubung dengan kemunduran dan pembangunan di Dunia Ketiga; 3) penyelidikan pensejarahan yang mengkaji evolusi dan perkembangan masyarakat tempatan dari dahulu sehingga kini dengan tumpuan khusus kepada perkembangan pemikiran dan falsafah sosial tempatan; dan 4) penyelidikan kontemporari terhadap pelbagai aspek masyarakat Melayu hari ini. Wan Rafaei Abdul Rahman dan Abdul Halim Othman yang membincangkan peranan dan orientasi psikologi dan ahli-ahli psikologi di Malaysia dalam Bab 3 berpendapat peranan ahli psikologi ialah menyalurkan ilmu ini kepada masyarakat. Menurut penulis ini disiplin psikologi dan ahli psikologi

162 Akademika 70 mempunyai peranan penting untuk mewujudkan kesejahteraan manusia dengan cara membantu manusia mengatasi masalah mereka, tetapi sehingga kini negara masih kekurangan ahli psikologi. Prinsip-prinsip psikologi yang masih dikaji juga tersimpan di universiti, sementara tulisan yang mengandungi hasil penyelidikan psikologi dibuat dalam konteks sosiobudaya lain. Oleh itu untuk menyalurkan ilmu ini kepada masyarakat, prinsip-prinsip psikologi perlu difahami oleh masyarakat dengan jelas. Di Malaysia, disiplin ini adalah masih baru dan masih belum mendapat pengiktirafan. Perkembangan disiplin ini di Malaysia dimulai oleh pengaplikasian ilmu ini dalam bidang pendidikan dan perubatan. Universiti Malaya menubuhkan Fakulti Pendidikan pada tahun 1965 selepas dua tahun sebagai Sekolah Pendidikan. Universiti Malaya juga menubuhkan Jabatan Perubatan Psikologi pada 1966 yang memperkenalkan bidang psikiatri. Sehingga 1974, walaupun psikologi sebagai disiplin sudah diajar di kebanyakan universiti, tetapi psikologi sebagai sebuah jabatan belum lagi tertubuh di mana-mana universiti. Melalui penyelidikan disiplin psikologi yang telah dibuat, dibayangkan terdapat tiga orientasi, iaitu 1) orientasi terhadap penyelidikan yang saintifik, orientasi terhadap bidang-bidang tertentu, yang dimulai dengan bidang perubatan dan pendidikan, berkembang kepada kajian psikologi sosial dan antara budaya, dan 3) orientasi terhadap penyelesaian masalah dan pengujian hipotesis. Peranan dan orientasi sains sosial dan ahli-ahli sains sosial di Malaysia dibincangkan dalam empat bab berikutnya, iaitu Bab 4, 5, 6 7. Menurut A. Kahar Bador ilmu sains sosial adalah agak lewat diperkenalkan berbanding ilmu lain dalam liberal arts ataupun natural sciences. Di antara pelbagai ilmu dan ilmu sains sosial ini, ilmu ekonomi merupakan ilmu yang terawal diperkenalkan di Malaysia. Disebabkan kegagalan ilmu ekonomi memecahkan masalah dan penyakit masyarakat, maka tumpuan masyarakat mula beralih kepada ilmu lain dalam sains sosial, khususnya kepada antropologi sosial, sosiologi dan psikologi sosial. Disiplin ini sehingga awal 1970an sudah mulai mendapat tempat di semua universiti di Malaysia dan telahpun mendapat penghargaan yang wajar daripada pihak-pihak tertentu. Penghargaan ini adalah selaras dengan pembangunan yang telah dicapai oleh Malaysia dari segi sosial, ekonomi dan juga politik yang memerlukan sumbangan disiplin ini. Dalam Bahagian III pula semua kertas kerja tadi dibahaskan semula oleh tokoh-tokoh yang hadir semasa persidangan. Melalui perbahasan ini banyak buah fikiran dapat digali, dan semua buah fikiran dan pembahasan tersebut diolah, disunting dan diberikan tajuk-tajuk yang tersendiri yang sesuai. Buku ini adalah satu buku yang menarik dan perlu dibaca kerana pembaca akan mendapat kefahaman mengenai sejarah sains sosial di Malaysia. Sains sosial sudah berkembang di Malaysia selama kira-kira lima dekad. Selama lima dekad tersebut banyak kemajuan telah dicapai oleh ilmu ini. Untuk meneliti kemajuan yang dicapai, kita perlu juga menoleh ke belakang melihat apa yang berlaku dalam sejarah awalnya. Buku ini dapat memberikan maklumat mengenai

Peranan dan Orientasi Sains Sosial Malaysia 163 apa yang berlaku dalam sejarah awal sains sosial ini di Malaysia, khususnya pada tahun-tahun 1960an dan awal 1970an. Buku ini juga merupakan sebuah dokumentasi penting dan menarik serta amat berguna kepada sesiapa yang ingin menyorot perkembangan sains sosial, khususnya disiplin antropologi, sosiologi dan psikologi di sejak disiplin ini diperkenalkan di Malaysia. Melalui buku ini juga akan dapat diketahui tokoh-tokoh awal disiplin sains sosial di Malaysia. Tokoh-tokoh awal yang merupakan pendiri disiplin ini di Malaysia kesemuanya telah bergelar profesor sebelum bersara, dan sekarang ini masing-masing sudahpun melewati zaman kerjaya mereka. Walaupun ada di antara mereka masih menyambungkan perkhidmatan mereka secara kontrak dengan universiti, yang lain ada yang sudah berhenti terus daripada dunia akademik. Ada juga di antaranya yang sudah meninggal dunia. Oleh itu sesiapa yang ingin menjejaki sejarah sains sosial dan mengenali tokoh-tokoh pendiri korpus ilmu ini di Malaysia, inilah buku yang perlu dibaca. Wan Ibrahim Wan Ahmad, Ph.D. Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok, Kedah Darulaman wiwa@uum.edu.my