Tabung Pendidikan Jamin Masa Depan Anak BH, 1 Oktober 2015

dokumen-dokumen yang mirip
MODUL 202 (A) MEMBINA TABUNG PENDIDIKAN

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

10 April 2012 Hotel Quality

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH


MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

Pelajar berdaftar. Warga Negara Malaysia. Mengikuti Pengajian Sepenuh Masa. Peringkat Sarjana Muda. Penduduk Tetap Malaysia.

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

MODUL 7: MERANCANG UNTUK PELAJARAN LANJUTAN ANDA

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU SPM2004/A/S2. (a) Jenis-jenis pendapatan individu:

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PINJAMAN INSENTIF ANGGOTA BAHARU / PENCADANG

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD PINJAMAN ATAS YURAN

Rahsia! Bagaimana seorang guru mendapat 5 keuntungan apabila membeli emas secara konsisten 1 gram setiap bulan.

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 2000/2001. April 2001

PruBSN PROTECT LINDUNGI HAK DAN KEUTAMAAN KITA. LINDUNGILAH YANG TERSAYANG.

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

AKUAN BERKANUN PENGISYTIHARAN HARTA, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2016

BAHAGIAN I PERMULAAN

ACW Perakaunan Korporat II

PRUvantage. Jangan sia-siakan simpanan anda. Perolehi pulangan terjamin dan perlindungan daripadanya.

...2/- SBU204 - Analisis Pelaburan Projek UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Masa: 2jam

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

Tempoh pinjaman Dua puluh (20) tahun atau sehingga umur enam puluh (60) tahun (yang mana lebih awal).

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

SKIM PINJAMAN PELAJARAN TINGGI FELDA

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

Amanah Saham Panduan Pelabur

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

SKIM HUTANG AL-QARDHUL HASAN KOPERASI MUSLIMIN

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

BORANG PERMOHONAN BAI AL- INAH. Tarikh Hantar :... Tarikh Terima :...

CPF: Jaminan anda dalam Persaraan

AAW Perakaunan Kewangan Lanjutan I

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Tempoh Pinjaman Tempoh pinjaman berkadar berdasar kepada jumlah yang telah dikeluarkan dan sehingga usia enam puluh (60) tahun.

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PINJAMAN INSENTIF MENGEKALKAN KEANGGOTAAN

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

JTW 111- Prinsip Perakaunan Kewangan

FAQs BELANJAWAN Apakah dokumen yang perlu disertakan? Salinan kad pengenalan pemohon dan tanggungan Salinan penyata gaji (jika ada)

Pengurusan Kewangan Peribadi

ATW Prinsip Kewangan

Mengapa anda perlu membuat perancangan awal untuk pendidikan anak anda?

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD PINJAMAN ATAS YURAN

MANIFESTO RAKYAT KOS PROGRAM PAKATAN HARAPAN RAKYAT

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Transkripsi:

Tabung Pendidikan Jamin Masa Depan Anak BH, 1 Oktober 2015 Kos pendidikan di negara ini meningkat saban tahun, sayangnya sebahagian besar ibu bapa di negara ini tidak mengetahui kos sebenar yang perlu ditanggung apabila anak-anak mereka memulakan pengajian selepas sekolah menengah. Kajian oleh HSBC baru-baru ini yang bertajuk Learning for Life di 16 negara membabitkan 5,500 ibu bapa menunjukkan hanya 33 peratus daripada ibu bapa di Malaysia yang ketika ini mempunyai anak di sekolah rendah, menyedari bahawa mereka perlu meminjam untuk membiayai kos pendidikan pengajian tinggi anak-anak mereka pada masa depan. Hal ini agak mengejutkan kerana sejak beberapa tahun lalu, sebahagian besar daripada penuntut universiti perlu meminjam terutamanya daripada PTPTN untuk membiayai pengajian mereka. Justeru kesedaran sepatutnya sudah semakin meningkat di kalangan ibu bapa bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain, selain membina tabung pendidikan demi mengurangkan bebanan anak-anak yang melanjutkan pengajian pada masa depan. Ini lebih-lebih lagi apabila kos pendidikan negara diunjur terus meningkat pada kadar minimum 4 peratus setahun kerana inflasi dan usaha menambahbaik mutu pendidikan serta perkhidmatan institusi pengajian tinggi tempatan.

Kos Pengajian Ini bermakna, sekiranya kos untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di IPTS tempatan hari ini ialah RM38,000, ia mungkin mencecah RM84,000 dalam tempoh 20 tahun akan datang. Jadi, sekiranya anak anda yang berusia satu tahun hari ini tidak menerima biasiswa apabila melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda kelak, mereka mungkin memulakan kehidupan bekerjaya dengan hutang sebanyak RM84,000 dalam poket yang perlu dibayar sebaik menamatkan pengajian. Berapa agaknya jumlah bayaran bulanan yang perlu mereka bayar untuk pinjaman berkenaan? Jika berdasarkan kadar faedah 1 peratus yang dicaj oleh PTPTN, mereka dianggarkan perlu membayar kira-kira RM500 sebulan untuk tempoh 15 tahun untuk melangsaikannya. Katakan pada masa depan, gaji lepasan ijazah baharu ialah RM3,500 sebulan, anak-anak anda perlu mengetepikan kira-kira 14 peratus daripada gaji bulanan mereka untuk membayar hutang pendidikan mereka. Anda juga mungkin terpaksa terus bekerja selepas bersara atau menggunakan wang tabungan pencen untuk membiayai pendidikan anakanak anda demi melihat mereka menggenggam segulung ijawah. Bina tabung pendidikan seawal usia enam bulan Justeru, bagaimana ibu bapa boleh membantu anak-anak dan pada masa sama mengurangkan bebanan kos pendidikan di bahu mereka pada masa depan? Cara terbaik ialah membina tabung pendidikan untuk anak-anak seawal usia mereka enam bulan atau setahun.

Sekiranya anda mula menabung pada sambutan hari jadi mereka yang pertama, anda mempunyai tempoh 18 tahun sebelum mereka memulakan pengajian di peringkat tinggi. Katakan anda melabur RM100 sebulan dalam instrumen pelaburan yang memberi pulangan 7 peratus setahun, anak akan memiliki tabung pendidikan berjumlah RM43,000 apabila mereka berusia 19 tahun. Jumlah tabungan ini adalah hampir separuh daripada jumlah RM84,000 yang diperlukan untuk membiayai pendidikan pengajian mereka sekiranya mereka memilih jurusan perakaunan. Syarat untuk menjadikan tabungan pendidikan ini satu kenyataan juga sebenarnya amat mudah. Anda hanya perlu melabur secara konsisten setiap bulan, mengekalkan modal asal dan tidak mengeluarkan dividen tahunan yang diterima. Kaedah potongan gaji (SPG) Seorang penasihat pelaburan mencadangkan kaedah pelaburan seperti potongan gaji setiap bulan kerana dengan cara ini pelabur tidak perlu lagi menguruskan pelaburan mereka secara manual. Setiap bulan, pelaburan dilakukan secara automatik dan selepas beberapa tempoh, pelabur mungkin terlupa mereka pernah membuat komitmen berkenaan, dan ini merupakan rahsia utama kejayaan dalam membina tabungan, katanya.

Beliau berkata, institusi pelaburan seperti Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menawarkan kaedah pelaburan ini secara percuma untuk pelaburan dalam ASB dan AS1M. Potongan Gaji Mereka yang bekerja dengan syarikat swasta boleh menggunakan kemudahan ini sekiranya majikan mereka sudah berdaftar dengan ASNB manakala untuk kakitangan swasta, potongan gaji boleh dibuat menerusi Jabatan Akauntan Negara. Kedua-dua akaun pelaburan ini merupakan pilihan tepat untuk pelaburan jangka panjang kerana ia berharga tetap dan berisiko rendah namun berupaya memberi pulangan kompetitif sekitar 6-8 peratus sejak dilancarkan, katanya. Justeru sekiranyanya syarikat tempat anda berkhidmat belum lagi menawarkan kemudahan potongan gaji oleh ASNB ini, apa kata anda memohon majikan anda untuk berbuat demikian. Dengan adanya kemudahan potongan gaji ini kelak, sudah pasti lebih mudah untuk anda melabur setiap bulan untuk membina tabungan kukuh demi masa depan anda dan keluarga.

Jadual menunjukkan jumlah tabung pendidikan anak-anak apabila mereka berusia 18 tahun sekiranya pelaburan dibuat ketika mereka berusia satu tahun, 7 tahun atau 13 tahun. Jumlah pelaburan setiap bulan (RM) Tempoh melabur (tahun) / Pelaburan Terkumpul (RM) 17 tahun 11 tahun 5 tahun 10 3,901 1,979 715 50 19,506 9,899 3,579 100 39,012 19,798 7,159 150 58,518 29,698 10,738 200 78,025 39,597 14,318 Pelaburan dibuat dalam instrumen pelaburan yang memberi pulangan purata 7 peratus setahun, modal pelaburan tidak dikeluarkan dan agihan pendapatan tahunan dilaburkan semula.