PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

dokumen-dokumen yang mirip
PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PANDUAN MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN MARA

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

MAKLUMAT PINJAMAN PENDIDIKAN

CONTOH BORANG PERJANJIAN PINJAMAN SILA GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA!!!!!

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut...

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

MEMORANDUM PENERIMAAN

MEMORANDUM PENERIMAAN

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

MEMORANDUM PENERIMAAN

PERJANJIAN AL-BAI BITHAMAN AJIL UNTUK SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN KAKITANGAN MAJLIS DAERAH TUMPAT

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN AL BAI BITHAMAN AJIL. Nama Penuh: No.KP: Alamat Rumah: No. Tel: Alamat Pejabat: No. Tel: Nama Barang: Harga:RM

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

PANDUAN PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN (LEPASAN SEKOLAH)

PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN ASASI IPTA

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN ASASI IPTA

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD PEMBIAYAAN PEMBELIAN BARANG ELETRIK ATAU PERABUT MENGGUNAKAN KAEDAH AL-BITHAMAN AJIL SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

PANDUAN MENGISI DAN MENANDATANGANI BORANG PERJANJIAN

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1 3. BENTUK PROGRAM SABATIKAL 2-3

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Liabiliti Majikan Terma & Syarat


BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK


MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

SYARAT-SYARAT JUALAN

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

UJRAH SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN MENGIKUT TURUTAN

PERISYTIHARAN JUALAN

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

PERMOHONAN ANGGOTA BARU KOSWIP

Jawapan: Tuan adalah layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan jika tuan telah memenuhi syarat-syarat berikut:

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Fasal-fasal yang dipinda

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

No.Pendaftaran 1/ Skim Pembiayaan Al-Quard 3. Pembiayaan. 2. Skim Pembiayaan Al-Murabah dan Al-Bithaman Ajil 4. Pembiayaan Persendirian/Kredit

ULASAN: SENARAI SEMAK DOKUMEN PEMINJAM

Terma dan Syarat Kad Kredit MRCA Hong Leong ("Terma dan Syarat")

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Transkripsi:

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERJANJIAN INI dibuat pada hari dan tahun seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 1, Jadual kepada Perjanjian ini di antara pihak yang bernama dan beralamat seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 2, Jadual kepada Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut Pelajar ) sebagai pihak pertama; DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT, sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 yang beralamat di Ibu Pejabat MARA, Medan MARA, No. 21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut MARA ) sebagai pihak kedua; DAN Pihak yang bernama dan beralamat seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 3, Jadual kepada Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut Penjamin ) sebagai pihak ketiga; BAHAWASANYA: (A) MARA menyediakan program latihan kemahiran sepenuh masa bagi melatih Bumiputera dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi menyediakan mereka untuk berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian (kemudian daripada ini disebut sebagai Program Latihan Kemahiran ) (B) Pelajar telah memohon kepada MARA untuk mengikuti Program Latihan Kemahiran.

(C) MARA telah bersetuju menawarkan Pelajar untuk mengikuti Program Latihan Kemahiran yang bersesuaian dengan kelayakan Pelajar bagi mengikuti latihan seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 5, Jadual kepada Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut sebagai Latihan tersebut ) di institusi latihan MARA atau institusi yang telah diluluskan oleh MARA seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 6 kepada Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut sebagai Institusi tersebut ) tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini. (D) Penjamin telah bersetuju untuk menggerenti perlaksanaan oleh Pelajar terhadap kewajipan dan tanggungan-tanggungannya di bawah Perjanjian ini dan selanjutnya bersetuju untuk melepaskan tanggungan MARA terhadap apa-apa kerugian yang mungkin ditanggungnya akibat dari kemungkiran oleh Pelajar terhadap Perjanjian ini atau mana-mana bahagiannya. DENGAN INI DIPERSETUJUI DAN DIAKUI SEPERTI BERIKUT: 1. Bagi Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan yang berkuatkuasa semasa Perjanjian ini ditandatangani MARA dengan ini bersetuju bersetuju untuk membayar kepada Pelajar elaun-elaun disepanjang tempoh Latihan tersebut dengan syarat bahawa MARA adalah berhak membuat apa-apa perubahan dari masa ke semasa tentang kadar elaun-elaun tersebut sepertimana yang diperuntukkan di bawah Klausa 9 Perjanjian ini sebagaimana yang ditentukan sebagai mustahak mengikut budibicaranya (kemudian daripada ini disebut sebagai Elaun tersebut ).

2. Pelajar dengan kebenaran dan persetujuan Penjamin bersetuju seperti berikut: 2.1. Akan memasuki Institusi tersebut serta meneruskan dan menyempurnakan Latihan tersebut mengikut kurikulum latihan yang telah ditetapkan oleh MARA dan akan menamatkan Latihan tersebut dalam masa yang ditetapkan atau dalam tempoh masa lanjutan sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh MARA (kemudian daripada ini disebut sebagai Tempoh tersebut ); 2.2. Bagi maksud Latihan tersebut, Pelajar akan mengikuti Latihan tersebut yang akan diadakan di Institusi Tersebut atau di lain-lain tempat di dalam atau di luar negara sebagaimana yang ditetapkan oleh MARA dari masa ke semasa di sepanjang Tempoh tersebut; 2.3. Akan sentiasa berkelakuan baik di sepanjang Tempoh tersebut dan mestilah mematuhi segala peraturan termasuk peraturan berkaitan tatatertib dan disiplin yang berkuatkuasa dari masa ke semasa ke atas Pelajar di Institusi tersebut atau di lain-lain tempat dibawah arahan Institusi tersebut di mana Latihan tersebut atau mana-mana bahagiannya dilaksanakan ; 2.4. Sepanjang Latihan tersebut, tidak akan mengambil bahagian dalam apaapa jua kegiatan yang pada pendapat MARA tidak berfaedah atau tidak selaras dengan kepentingan Pelajar, MARA atau Negara; 2.5. Tidak akan melakukan perbuatan jenayah, atau perbuatan yang melanggar tatasusila atau moral atau bertentangan dengan syarak atau apa-apa salah laku termasuk yang boleh mencemarkan nama baik Pelajar atau nama baik negara atau nama baik MARA dan Institusi tersebut;

2.6. Tidak akan mengambil apa jua bahagian dalam apa-apa cara dalam sesuatu penghasutan atau menunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang memudaratkan kepentingan negara atau MARA atau Institusi tersebut; 2.7. Tidak akan menyedia atau mengaturkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian menyedia atau mengaturkan apa-apa penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang memudaratkan kepentingan negara atau MARA atau Institusi tersebut. 2.8. Tidak akan menyedia, menyiarkan, membahagi atau mengedarkan atau mengambil bahagian dalam apa-apa cara dalam menyedia, menyiarkan, membahagi-bahagi atau mengedarkan apa-apa dokumen-dokumen yang memudaratkan kepentingan negara atau MARA atau Institusi tersebut. 2.9. Tidak akan membuat apa-apa pernyataan di sesuatu perhimpunan, apa-apa kumpulan orang di mana-mana tempat, yang memudaratkan kepentingan negara atau MARA atau Institusi tersebut; 2.10. Tidak akan menjadi seorang ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan apa-apa aktiviti Parti Politik, Kesatuan sekerja, pertubuhan, Badan atau kumpulan orang yang tujuan atau kegiatankegiatan itu adalah pada pendapat MARA boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik samaada di dalam atau di luar Institusi tersebut tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari MARA dan MARA, mengikuti budibicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu;

2.11. Tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada MARA dan MARA, mengikuti budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusannya itu; 2.12. Akan mematuhi peruntukan mana-mana undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan, termasuklah kaedah-kaedah tatatertib sebagaimana yang berkuatkuasa dari masa ke semasa di Institusi tersebut atau yang dikuatkuasakan oleh MARA; 2.13. Pelajar adalah bertanggungjawab untuk mengambil perkhidmatan insurans berkumpulan bagi menjaga keselamatan untuk Tempoh tersebut. 3. Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa jika Pelajar :- 3.1. telah gagal atau meninggalkan Latihan tersebut sebelum tamat Latihan tersebut; 3.2. dibuang dari Institusi tersebut atas apa-apa sebab; 3.3. enggan atau oleh kerana salah lakunya sendiri atau oleh sebab tiada kemajuan menjadikan dirinya tidak layak atau tidak sesuai untuk mengikuti Latihan tersebut; 3.4. tidak menunjukkan prestasi yang baik dan tidak mencapai kejayaan mengikut kriteria dan tahap yang ditentukan oleh MARA di dalam Latihan tersebut ;

3.5. telah melakukan pelanggaran yang menyebabkan Perjanjian ini di tamatkan oleh MARA di bawah Fasal 5 Perjanjian ini; MARA boleh mengikut budibicaranya yang mutlak memberhentikan Pelajar daripada mengikuti Latihan tersebut. 4. Maka adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui oleh Pelajar seperti berikut: 4.1 Akan Menjalani Latihan Tersebut yang telah ditetapkan oleh MARA di Institusi Tersebut atau mana-mana institusi yang telah dipilih oleh MARA; 4.2 Tidak akan menukar tempat latihan atau Insitusi tersebut tanpa kebenaran bertulis MARA ; 4.3 Akan memenuhi syarat-syarat atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh MARA dan Institusi tersebut; 4.4 tidak boleh meminta atau mengharapkan sebarang bantuan sama ada berupa wang atau kemudahan lain dari Institusi tersebut; 4.5 MARA adalah berhak memotong sebahagian atau semua Elaun tersebut jika Pelajar tidak meneruskan Latihan tersebut; 4.6 Bagi Pelajar yang belum berkahwin pada tarikh Perjanjian ini, Pelajar tidak boleh berkahwin kecuali terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada MARA; 4.7 Tidak boleh menerima apa-apa pekerjaan baik yang berpendapatan ataupun tidak, kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada MARA.

5. Jika Pelajar melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma dalam Fasal 1, 2, 3 dan 4 Perjanjian ini dan Perjanjian ini secara amnya, MARA boleh, menurut budibicara mutlaknya: 5.1 mengenakan tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap Pelajar; dan/atau 5.2 Menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak MARA di bawah Perjanjian ini, Pelajar tidaklah lagi berhak ke atas apaapa faedah di bawah Perjanjian ini DAN Pelajar serta Penjamin hendaklah bersesama dan masing-masing bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang mungkin ditanggung oleh MARA akibat dari kemungkiran oleh Pelajar terhadap terma-terma Perjanjian ini dan Penamatan Perjanjian ini menurut fasal ini adalah muktamad. 6. Adalah dengan ini dipersetujui dan diperakui bahawa jika pada bila-bila masa dalam masa berkuatkuasanya Perjanjian ini Penjamin didapati ; 6.1. Meninggal dunia; 6.2. Tidak lagi tinggal dalam Malaysia; 6.3. Diisytiharkan muflis; 6.4. Tidak sempurna akal. Maka Pelajar hendaklah mendapatkan seorang penjamin lain yang memuaskan MARA dan yang bersedia serta sanggup menggantikan tempat Penjamin yang berkenaan ; DENGAN SYARAT bahawa jika sekiranya pengganti Penjamin tersebut tidak dapat dicari atau ia tidak sanggup membuat Perjanjian ini, maka MARA boleh pada bila-bila masa selepas itu menarik balik atau menamatkan

Perjanjian ini dan dengan demikian, Pelajar tidak lagi berhak kepada apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini dan Pelajar hendaklah dengan serta merta bertanggungjawab membayar balik kepada MARA keseluruhan Elaun Tersebut yang telah dibayar kepadanya oleh MARA. 7. Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa jika Pelajar; 7.1. Meninggalkan Latihan tersebut sebelum sempurnanya Latihan tersebut tanpa persetujuan bertulis MARA; atau 7.2. Telah melakukan pelanggaran yang menyebabkan Perjanjian ini ditamatkan oleh MARA di bawah Fasal 5 Perjanjian ini; Maka dan mana-mana hal yang sedemikian, Pelajar dan Penjamin hendaklah bersesama dan masing-masingnya bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-waris, wasi-wasi, pentadbir-pentadbir dan penerima serah hak mereka itu membayar balik keseluruhan atau mana-mana bahagian Elaun tersebut yang telah dikeluarkan oleh MARA dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh tuntutan dikemukakan oleh MARA. 8. MARA adalah pada bila-bila masa dan tanpa memberikan apa-apa sebab baginya dan tanpa menyentuh hak-hak di bawah Perjanjian ini berhak untuk menarik balik atau berhenti daripada memberi apa-apa jumlah atau jumlah-jumlah tambahan atau menamatkan perjanjian ini dan Pelajar atau Penjamin atau salah seorang dari mereka tidak mempunyai apa-apa tuntutan atau hak membawa tindakan terhadap MARA atau yang berkenaan dengan atau yang timbul akibat dari penarikan balik atau pemberhentian itu. 9. MARA boleh pada setiap masa tanpa melepaskan atau dengan apa-apa jalan menyentuh tanggungan Penjamin di bawah Perjanjian ini:

9.1. Mengurangkan Elaun tersebut atau membayar sebahagian sahaja daripada Elaun tersebut; 9.2. Memberi kepada Pelajar apa-apa jumlah atau jumlah-jumlah tambahan Elaun tersebut; 9.3. Meminda, mengubahsuai atau menambah syarat-syarat Perjanjian ini. 10. Tanpa mengambilkira peruntukan-peruntukan lain di dalam Perjanjian ini, MARA boleh melalui notis bertulis satu (1) bulan kepada Pelajar menarik balik atau mengurangkan kadar Elaun Tersebut atau menamatkan Perjanjian ini pada bilabila masa dalam Tempoh tersebut, tanpa memberi apa-apa sebab baginya dan dengan itu semua faedah kepada Pelajar dan/atau Penjamin di bawah Perjanjian ini hendaklah terhenti serta-merta dan Pelajar dan/atau Penjamin tidak berhak untuk mengemukakan sebarang tuntutan terhadap MARA atas penarikan balik atau penguranag kadar Elaun tersebut atau penamatan Perjanjian ini. 11. MARA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian kepada Pelajar yang berlaku di sepanjang Latihan tersebut. 12. Memadailah sekiranya surat-menyurat dan notis-notis yang hendak diserahkan kepada Pelajar dan/atau Penjamin dialamatkan dan dihantar ke alamat dalam Perjanjian ini dan memadailah sekiranya surat-menyurat dan notis-notis yang dihantar dengan pos dikira terserah pada masa yang ia sepatutnya sampai di alamat yang dituju. 13. Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa penghantaran sebarang proses pemula mahkamah melalui pos hendaklah dianggap sebagai serahan sempurna pada masa yang ia sepatutnya sampai di alamat yang dituju.

14. Pelajar dan penjamin dengan ini memberi pengakuan akan membayar balik kepada MARA apabila dituntut semua faedah, kos dan perbelanjaan termasuk kos guaman atas asas peguamcara-anakguam untuk menuntut, menyaman atau mendapatkan balik wang terhutang oleh Pelajar kepada MARA atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan lain di bawah Perjanjian ini. 15. Duti Setem yang kena dibayar ke atas Perjanjian ini hendaklah ditanggung dan dibayar oleh Pelajar. 16. Dalam Perjanjian ini, perkataan-perkataan yang membawa maksud sebagai seorang lelaki hendaklah disifatkan sebagai termasuk pihak perempuan dan lainlain pihak dan bilangan tunggal termasuk bilangan banyak dan sebaliknya melainkan perkara tersebut berlawanan dengan Perjanjian. 17. Adalah dengan ini diakui dan dipersetujui bahawa Jadual-Jadual kepada Perjanjian dan Surat Tawaran yang butir-butirnya dinyatakan di Bahagian 5 Jadual kepada Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. 18. Perjanjian ini juga mengikat pengganti, penerima serah hak, waris-waris, wasiwasi, pentadbir harta dan wakil di sisi undang-undang kedua-dua pihak. 19. Masa hendaklah disifatkan sebagai intipati Perjanjian ini dan disifatkan sebagai mustahak berhubung dengan semua terma-terma Perjanjian ini. 20. Force Majeure 20.1 MARA adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang perbuatan, tinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan mana-mana atau kesemua termaterma Perjanjian ini jika perbuatan, tinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan yang tergolong di bawah Force Mejeure seperti

rusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan, gempa bumi dan sebab-sebab lain yang seumpamanya yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak kepada perjanjian ini. 20.2 Sekiranya Force Majeure berlaku, Perlaksanaan Perjanjian ini hendaklah ditangguhkan setakat mana tempoh Force Majeure tersebut berlaku dan/atau MARA berhak menangguhkan pembayaran atau menarik balik pembayaran Elaun Tersebut atau Perjanjian ini boleh ditamatkan oleh MARA serta-merta sepertimana yang telah diperuntukan oleh Klausa 10 Perjanjian ini.

PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak tersebut dalam Perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada hari bulan dan tahun tersebut di atas. DITANDATANGANI oleh Pelajar ) di hadapan ) ) Tandatangan Nama : No. K/P : Nama: ) No. Kad Pengenalan: ) Cop Rasmi Jawatan: ) Tandatangan Saksi DITANDATANGANI oleh dan bagi ) pihak MAJLIS AMANAH RAKYAT) di hadapan ) DITANDATANGANI oleh Penjamin ) di hadapan: )... Tandatangan Penjamin Nama : No. K/P : Nama: ) No. Kad Pengenalan: ) Cop Rasmi Jawatan: ) Tandatangan Saksi

JADUAL A (Dibaca bersama dan menjadi sebahagian dari Perjanjian ini) BAHAGIAN PERKARA BUTIR-BUTIR 1. Tarikh hb. 20 2. Butir-butir Pelajar Nama : No. Kad Pengenalan (Baru): (Lama): Alamat: 3. Butir-butir Penjamin Nama: No. Kad Pengenalan (Baru): (Lama): Alamat: 4. Surat Tawaran Bil. Rujukan: Tarikh: 5. Butir-butir Latihan 6. Butir-butir Institusi

PANDUAN MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN MARA SILA BACA DENGAN TELITI KETERANGAN INI SEBELUM MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN 1. SURAT PERJANJIAN 1.1 Setiap pelajar yang ditawarkan ke KKTM / IKM oleh MARA adalah dikehendaki memenuhi dan menandatangani tiga (3) salinan dokumen perjanjian. 1.2 Dokumen-dokumen perjanjian yang telah dilengkapi dengan tidak mengikut peraturan atau didapati kotor atau terlalu banyak kesilapan dan dikembalikan atau ditolak, pihak MARA tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan pembayaran elaun. 2. PERATURAN MENGISI SURAT PERJANJIAN 2.1 Dokumen perjanjian hendaklah diisi dengan berhati-hati dan cermat dengan tulisan yang jelas menggunakan pen dakwat hitam atau biru sahaja. Salinan karbon atau dakwat selain daripada hitam dan biru, atau tulisan bertindih atau berulang (over-lapping) tidak dibenarkan. 2.2 Sebarang kesilapan hendaklah dipotong dengan satu garisan sahaja dan ditandatangani (initial) oleh pelajar dan penjamin di tepi kesilapan. Penggunaan sebarang cecair pemadam (liquid paper / correcting fluid) untuk tujuan pembetulan adalah tidak dibenarkan. 3. CARA-CARA MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN 3.1 Hanya tulisan rumi dibenarkan untuk mengisi dokumen-dokumen perjanjian. 3.2 Nama penuh, alamat rumah yang tetap dan no. kad pengenalan pelajar serta penjamin di dalam perjanjian itu hendaklah diisi dengan penuh dan betul. 3.3 Salinan contoh untuk mengisi dokumen perjanjian dilampirkan bersama dan pelajar hendaklah berhati-hati semasa mengisi dokumen perjanjian tersebut.

3.4 SYARAT-SYARAT SAKSI Saksi bagi pelajar dan penjamin hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai seperti berikut; a. Pegawai-pegawai MARA Negeri / Daerah dari kumpulan A dan B b. Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret, Peguam dan sebagainya. c. Pegawai-pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B d. Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Mukim atau Jaksa Pendamai yang mempunyai cop jawatan rasmi. e. Wakil Rakyat Saksi-saksi hendaklah menandatangani serta menurunkan butir-butir diri (Nama dan No. Kad Pengenalan) dan Cop Rasmi Jawatan serta Jabatan mereka pada ruangan yang telah disediakan. Seorang saksi boleh menjadi saksi kepada Pelajar dan Penjamin. 3.5 SYARAT DAN KELAYAKAN PENJAMIN a. Penjamin (seorang sahaja) hendaklah Warganegara Malaysia dan terdiri daripada: i. Ibu (bekerja / pencen) ATAU bapa (bekerja / pencen) ATAU orang perseorangan yang bekerja. b. Umur Penjamin: i. Ibu atau bapa : Tidak dihadkan ii. Bukan Ibu/bapa : Tidak melebihi 50 tahun pada tarikh menandatangani Dokumen Perjanjian c. Gaji / Pendapatan Penjamin: i. Program Luar Negara: Tidak kurang dari RM1000.00 / bulan ii. Program Dalam Negeri: Tidak kurang dari RM500.00 / bulan iii. Ibu/bapa/ Golongan Rakyat Termiskin: - Dikecualikan dari kategori pendapatan di atas dengan syarat status golongan Rakyat Termiskin mestilah terdapat dalam senarai JPM / EPU d. Pengesahan Pendapatan: i. Bekerja dengan Kerajaan / Swasta Disahkan oleh majikan masing-masing

ii. iii. Bekerja sendiri / berniaga Disahkan oleh Penghulu / Ketua Kampung / Jaksa Pendamai. Golongan rakyat termiskin Disahkan oleh Pegawai Daerah e. Penjamin dibenarkan menjamin 2 orang sahaja pada satu-satu masa. f. Pegawai-pegawai MARA tidak dibenarkan menjadi penjamin KECUALI untuk anak sendiri. g. Kedua-dua penjamin dikehendaki melengkapkan borang laporan penjamin dan dihantar bersama-sama dengan Surat Perjanjian. h. Penjamin-penjamin yang telah bersetuju menandatangani Surat Perjanjian tidak boleh menarik diri dari menjadi penjamin kecuali mereka hilang kelayakan seperti yang diperuntukkan dalam Surat Perjanjian. 4. CUKAI SETEM Setem Hasil sebanyak RM10.00 hendaklah dimatikan disudut kanan muka hadapan tiaptiap dokumen perjanjian di mana-mana Pejabat Cukai Setem (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sebelum dikembalikan kepada KKTM / IKM 5. PERTUKARAN ALAMAT Sebarang pertukaran alamat pelajar, hendaklah dimaklumkan kepada KKTM / IKM dengan segera

CONTOH MUKA HADAPAN DOKUMEN PERJANJIAN Gunakan Huruf Besar Sahaja (Block Letters) PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA (Tulis Nama Pelajar) HURUF BESAR... DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN (Tuliskan Nama Penjamin) HURUF BESAR... PADA... HARIBULAN...20...

(TARIKH MATIKAN SETEM) CONTOH MUKA SURAT 9 DOKUMEN PERJANJIAN DITANDATANGANI oleh pelajar Tersebut di hadapan... Tandatangan Pelajar Nama: No. KP: NAMA: DAUD BIN AHMAD No Kad Pengenalan: A 1234567 Cop Rasmi Jawatan: Pegawai Daerah Raub PAHANG... Tandatangan Saksi DITANDATANGANI oleh dan Bagi pihak MAJLIS AMANAH RAKYAT di hadapan DITANDATANGANI OLEH Penjamin Di hadapan:... Tandatangan Penjamin NAMA: DAUD BIN AHMAD No Kad Pengenalan: A 1234567 Cop Rasmi Jawatan: Pegawai Daerah Raub PAHANG... Tandatangan Saksi PERHATIAN: TANDATANGAN MESTILAH DENGAN DAKWAT HITAM / BIRU DAN BUKAN BALL PEN. DINASIHATKAN MENANDATANGANI DI HADAPAN PEGAWAI MARA DAERAH YANG BERDEKATAN BAGI MENGELAK SEBARANG KESILAPAN.

CONTOH MUKA SURAT 10 DOKUMEN PERJANJIAN JADUAL A BAHAGIAN PERKARA BUTIR-BUTIR 1 Tarikh...hb...20... (penuhkan seperti tarikh setem dimatikan) 2 Butir-butir Pelajar Nama: (nama penuh pelajar HURUF BESAR) No. Kad Pengenalan (Baru) :... (Lama):... Alamat: (alamat rumah yang tetap HURUF BESAR) 3 Butir-butir Penjamin Nama: (nama penuh penjamin HURUF BESAR) No. Kad Pengenalan (Baru) :... (Lama):... Alamat: (alamat rumah yang tetap HURUF BESAR) 5 Surat Tawaran Bil Rujukan: (sila lihat No. Rujukan dibahagian kanan surat tawaran pelajar) Tarikh: (sila rujuk tarikh surat tawaran pelajar) 6 Butir-butir Latihan Diploma / Sijil: 7 Butir-butir Institusi KKTM / IKM: