Istilah anda merujuk kepada pengguna atau pemerhati laman web kami.

dokumen-dokumen yang mirip
Polisi Privasi. Pengenalan

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

TERMA-TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB SCICOM

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay

Sejuta Impian / Dana Belia 1Malaysia Borang Permohonan 2012

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

KENYATAAN PRIVASI (BAHASA MALAYSIA)

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

theaqiqah.com atau kami merujuk kepada LEGIT ASIA SDN BHD (SYARIKAT NO H) merupakan penjual produk di theaqiqah.com online.

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

TERMA PENGGUNAAN. Skop

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Peraduan InstaHarapan AADK

TERMA PENGGUNAAN Laman Web TomTom

NOTIS PRIVASI. Maklumat Peribadi Sensitif merujuk kepada maklumat yang berkatian dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama dll.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

Hadiah-Hadiah 1 Hadiah-Hadiah:

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

Polisi Privasi Smiggle

KEMPEN PENEBUSAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ STAR WARS BB-8

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

Jika anda tidak ingin bersetuju dengan terma-terma ini, sila klik TIDAK TERIMA dan dapatkan bayaran balik harga belian seperti berikut:

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

NESTLE# # #LEE AH MOY# #RM41.20

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

2 Penyimpanan Tempatan dan Perkongsian Data adalah di bawah Kawalan Anda

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Notis undang undang. Sebarang penggunaan perkara yang telah di sahkan di dalam laman sesawang tidak boleh di ubahsuai di dalam apa cara sekalipun.

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 PROTOKOL PERLINDUNGAN DATA PERIBADI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

syarikat-syarikat bersekutunya, entiti-entiti yang dikawal bersamanya dan gabungangabungannya

TERMA & SYARAT PERADUAN

Borang Cadangan Insurans Mesin

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN NAZRIN SHAH [LHKSNS] 2017 (Sila luangkan masa untuk membaca syarat2 dan peraturan di bawah)

Baki 2/3 daripada aset akan diagihkan kepada waris Faraid anda mengikut perkadaran Faraid.

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS TIADA

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

Transkripsi:

TERMA PENGGUNAAN DAN DASAR PRIVASI I. UMUM Selamat datang ke laman web kami. Jika anda terus menyemak imbas dan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat penggunaan, yang bersama dengan dasar privasi kami mentadbir hubungan Sime Darby Motors ( Sime Darby Motors ) dengan anda berhubung laman web ini. Istilah Sime Darby Motors atau kami merujuk kepada:- (a) pemilik laman web yang pejabat berdaftarnya adalah di Tingkat 1, Lot 33, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia; dan/atau (b) mana-mana satu (1) motor operasi unit yang menjalankan perniagaan pengedaran, penjualan dan/atau servis kenderaan di Malaysia seperti berikut:- (b.i) Auto Bavaria, divisi di bawah Sime Darby Auto Bavaria Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Sime Darby Motor Division Sdn Bhd) (b.ii) Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (b.iii) Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (b.iv) Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd (b.v) Sime Darby Auto Hyundai Sdn Bhd (b.vi) Sime Darby Auto Italia Sdn Bhd (b.vii) Sime Darby Auto Performance Sdn Bhd (b.viii) Sime Darby Rent A Car Sdn Bhd (b.ix) Sime Darby Auto Britannia Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Timeless Diamond Sdn Bhd) Istilah anda merujuk kepada pengguna atau pemerhati laman web kami. Sime Darby Motors berhak untuk meminda terma dan syarat penggunaan dan kandungan laman web tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. II. DASAR PRIVASI Dasar privasi; menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Malaysia; menetapkan bagaimana Sime Darby Motors menggunakan dan melindungi sebarang maklumat yang anda berikan kepada Sime Darby Motors apabila anda menggunakan laman web ini. Sime Darby Motors komited dalam memastikan anda dilindungi. Sekiranya kami meminta anda untuk memberikan maklumat tertentu yang menyebabkan anda boleh dikenal pasti semasa menggunakan laman web ini, maka yakinilah bahawa ia hanya akan digunakan selaras dengan penyataan privasi ini. Sime Darby Motors mungkin menukar dasar ini dari masa ke semasa dengan mengemas kini halaman ini. Anda perlu menyemak halaman ini dari semasa ke semasa untuk memastikan anda berpuas hati dengan sebarang perubahan. Dasar ini berkuat kuasa dari 15 November 2013. Dasar privasi ini keberkesanan kepada segala maklumat yang diberi atau dikumpulkan melalui laman web ini.

II.1 Apa yang kami ambil Kami mungkin mengambil maklumat berikut: Nama, nama syarikat dan jawatan kerja Maklumat hubungan termasuk alamat, nombor telefon and alamat e-mel Maklumat demografi seperti poskod, keutamaan dan minat Maklumat peribadi seperti borang EA, agama, tarikh lahir, umur* Maklumat lain yang berkaitan dengan tinjuan pembelian kenderaan, tinjuan pelanggan dan/atau lain-lain *Maklumat peribadi ini diperlukan sekiranya anda menginginkan kami membantu anda memasukkan permohonan untuk mendapatkan pinjaman sewa-beli untuk membiayai pembelian kenderaan. II.2 Apa yang kami lakukan dengan maklumat yang kami ambil Kami memerlukan maklumat ini untuk memahami keperluan anda dan memberikan anda perkhidmatan yang lebih baik, dan secara khusus untuk tujuan berikut: Pemeriksaan dan pendaftaran kenderaan ke atas nama tuanpunya kenderaan di jabatan-jabatan berkenaan termasuk Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalanraya. Penyimpanan rekod dalaman termasuk pengemaskini rekod servis/kerja pembaikan kenderaan. Maklumat tersebut akan digunakan oleh kami, servis dealer yang terlantik, agen dan/atau kontraktor agar dapat memberi kerja servis dan/atau pembaikan serta berkomunikasi dengan anda atas apa-apa perkara mengenai kerja servis dan/atau pembaikan secara am keseluruhannya. Kami mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan. Kami mungkin menggunakan maklumat untuk menyesuaikan laman web. Pengaktifan waranti kenderaan dengan syarikat pengimport/pengedar kenderaan dan/atau pengilang kenderaan yang berada di luar Malaysia dan pengaktifan waranti lanjutan kenderaan dengan syarikat insuran yang berkenaan. Kami mungkin memberi maklumat kepada servis provider, agen dan/atau kontraktor dari masa ke semasa untuk membantu kami untuk melakukan promosi kenderaan serta servis kepada anda dan anda mempunyai opsyen untuk memilih samada untuk menerima pemasaran langsung ataupun tidak daripada kami dengan menggunakan cara yang dirujukkan dalam perkara no. II.3 di bawah. Menjalankan analisis statistik dan termasuk pemberian maklumat kepada pusat servis pelanggan untuk menjalankan penyelidikan dan analisi agar kami dapat mengadakan pengawalan dan memperbaiki servis yang kami berikan kepada pelanggan kami; ataupun untuk proses administrasi dan analisis statistik. II.3 Keselamatan Kami komited dalam memastikan maklumat anda dilindungi. Dalam usaha untuk mencegah akses atau pendedahan tanpa kebenaran, kami telah meletakkan prosedur fizikal, elektronik dan pengurusan yang sesuai untuk melindungi maklumat yang kami ambil melalui online. Kami tidak menjual, mengedar atau memajak maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga melainkan kami telah mendapatkan kebenaran daripada anda ataupun diperlukan oleh undang-undang.

Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar maklumat promosi mengenai pihak ketiga yang kami rasakan anda mungkin menarik minat anda jika anda memberitahu kami yang anda ingin ini berlaku. Anda boleh memilih untuk menghadkan pengambilan atau penggunaan maklumat peribadi anda dengan cara berikut: Apabila anda diminta untuk mengisi borang pada laman web, cari kotak yang anda boleh klik untuk menunjukkan bahawa anda tidak langsung mahu maklumat digunakan oleh sesiapa untuk tujuan pemasaran. Jika, sebelum ini, anda bersetuju dengan kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, anda boleh mengubah fikiran pada bilabila masa dengan menghantar e-mel kepada kami dengan perkara Unsubscribe kepada:- (a) - e-mel: porsche.unsubscribe@simedarby.com. (b) memberi kami maklumat yang lengkap agar kami dapat mengenalpasti anda (seperti nombor akaun anda, nama pengguna anda, nombor pendaftaran kenderaan). (c) sekiranya tujuan anda adalah membantah bukan terhadap pemasaran langsung tetapi adalah bantahan terhadap cara komunikasi pemasaran langsung dihantar kepada anda (seperti sms, e-mel ataupun telefon), sila memberitahu cara komunikasi yang anda bantah. II.4 Penyimpanan maklumat peribadi Tuanpunya kenderaan kebiasaannya akan memandu kenderaan mereka untuk tempoh yang agak lama. Sedemikian, kami akan menyimpan maklumat anda serta maklumat kenderaan anda untuk jangkamasa seperti berikut:- lima (5) tahun dari tarikh - - anda didaftarkan sebagai tuanpunya kenderaan tersebut; atau - pihak lain memberitahu bahawa beliau/mereka adalah tuanpunya kenderaan yang baru lima (5) tahun dari- - tarikh waranti kenderaan diaktifkan dengan pihak pengilang kenderaan di luar Malaysia dan/atau tarikh waranti lanjutan kenderaan diaktifkan dengan syarikat insuran; atau - tarikh terakhir kenderaan dihantar ke pusat servis kami untuk diservis ataupun dilakukan kerja pembaikan ke atas kenderaan tersebut. satu (1) tahun dari tarikh anda memberi maklumat dan/atau informasi kepada kami melalui laman web ini dan/atau borang persetujuan kami apabila anda melawati kami dan/atau pihak penjual dan/atau pihak servis yang terlantik. II.5 Bagaimana kami menggunakan kuki Kuki adalah fail kecil yang meminta kebenaran untuk diletakkan pada pemacu keras komputer anda. Sebaik sahaja anda bersetuju, fail ditambah dan kuki membantu menganalisis lalu lintas web atau memberitahu anda apabila anda melawat laman tertentu. Kuki membenarkan aplikasi web untuk memberi maklum balas kepada anda sebagai individu. Aplikasi web dapat menyesuaikan operasinya untuk memenuhi keperluan anda, perkara yang disukai dan tidak disukai dengan mengumpul dan mengingati maklumat mengenai pilihan anda. Kami menggunakan kuki log lalu lintas untuk mengenal pasti halaman mana yang digunakan. Ia membantu kami menganalisis data mengenai lalu lintas halaman web dan memperbaiki laman web kami untuk mengikuti keperluan pelanggan. Kami

hanya menggunakan maklumat ini untuk tujuan analisis statistik dan kemudian, data itu akan dikeluarkan daripada sistem. Secara keseluruhan, kuki membantu kami memberikan anda laman web yang lebih baik, dengan membolehkan kami memantau halaman mana yang anda dapati berguna dan yang mana tidak berguna. Kuki tidak akan memberikan capaian kepada komputer anda atau sebarang maklumat mengenai anda, selain daripada data yang anda pilih untuk kongsikan dengan kami. Anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kuki. Kebanyakan penyemak imbas web secara automatik menerima kuki, tetapi biasanya anda boleh mengubah suai tetapan penyemak imbas anda untuk menolak kuki jika anda mahu. Ini mungkin menghalang anda daripada mengambil manfaat yang sepenuhnya daripada laman web ini. II.6 Pautan kepada laman web lain Laman web kami mungkin mengandungi pautan untuk membolehkan anda melawati laman web kumpulan syarikat kami dan laman web pihak ketiga yang dipilih dengan mudah. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda telah menggunakan pautan ini untuk meninggalkan laman kami, anda perlu sedia maklum bahawa kami tidak mempunyai sebarang kawalan pada laman web lain itu. Oleh kerana itu, kami tidak bertanggungjawab untuk perlindungan dan privasi sebarang maklumat yang anda berikan semasa melawati laman seperti itu dan laman seperti itu tidak ditadbir oleh kenyataan privasi ini. Anda perlu berjaga-jaga dan melihat pada kenyataan privasi yang berkenaan dengan laman web tersebut. II.7 Mengawal maklumat peribadi anda Anda boleh meminta:- sesalinan maklumat peribadi anda yang kami menyimpan (di mana kami mungkin mengenakan bayaran yang minima) untuk memberi akses kepada maklumat peribadi anda. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, anda boleh:- (a) masukkan permintaan anda secara bertulis; (b) memberi pengesahan mengenai identiti dan alamat anda (contoh adalah seperti sesalinan lesen memandu dan bill kad kredit yang terbaru); dan (c) memberitahu mana-mana/jenis maklumat peribadi anda yang anda ingin melihat, termasuk akaun ataupun nombor rujukan, jikalau ada. pembetulan terhadap apa-apa kesalahan yang didapati pada maklumat peribadi anda tanpa pengenaan apa-apa bayaran. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, anda boleh:- (a) masukkan permintaan anda secara bertulis; (b) memberi maklumat lengkap agar kami dapat mengenalpasti identity anda (contoh adalah seperti nombor akaun, nama pengguna, nombor pendaftaran kenderaan); dan (c) memberitahu apa-apa maklumat peribadi anda yang salah serta pembetulan terhadap maklumat peribadi anda yang salah.

II.8 Untuk menghubungi pihak kami Pihak kami mengalukan pendapat anda mengenai dasar ini ataupun maklumat peribadi anda yang diberikan kepada pihak kami. Sekiranya anda ingin menghubungi pihak kami, sila menghubungi Penolong Pengurus CRM & latihan dengan:- (a) membuat panggilan kepada nombor telefon: +6-03-5032-9911; ATAUPUN (b) menghantar e-mel kepada crm@porsche.com.my ATAUPUN (c) menghantar surat kepada pihak kami di Sime Darby Auto Performance Sdn Bhd Customer Relations Department beralamat di 26 & 28, Jalan Juruhebah U1/50, Temasya Industrial Park, Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor III. TERMA PENGGUNAAN Penggunaan laman web ini tertakluk kepada terma penggunaan berikut: kandungan halaman laman web ini adalah untuk maklumat dan kegunaan umum sahaja. Ia tertakluk kepada perubahan tanpa notis. kami mahupun mana-mana pihak ketiga tidak memberikan sebarang ganti rugi atau jaminan kepada ketepatan, ketepatan masa, pretasi, kesempurnaan atau kesesuaian maklumat dan bahan yang ditemui atau diberikan pada laman web ini untuk sebarang tujuan tertentu. Anda mengakui bahawa maklumat dan bahan seperti itu mungkin mengandungi ketidaktetapan atau ralat dan kami dengan jelas tidak bertanggungjawab untuk sebarang ketidaktepatan atau ralat setakat sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang. Penggunaan sebarang maklumat atau bahan anda pada laman web ini adalah secara keseluruhannya pada risiko anda sendiri untuk yang mana kami tidak bertanggungjawab. Ia akan menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan sebarang produk, perkhidmatan atau maklumat yang tersedia melalui laman web ini memenuhi keperluan khusus anda. Laman web ini mengandungi bahan yang dimiliki atau diberi lesen kepada kami. Bahan ini termasuk, tetapi, tidak terhad kepada, reka bentuk, susun atur, rupa dan grafik. Penghasilan semula adalah dilarang selain daripada menurut notis hak cipta, yang membentuk sebahagian daripada terma dan syarat. Semua tanda dagangan yang dihasilkan semula dalam laman web ini, yang bukan harta, atau diberi lesen kepada kami, diperakui pada laman web. Penggunaan tanpa kebenaran laman web ini mungkin membawa kepada tuntutan untuk kerosakan dan/atau menjadi kesalahan jenayah. Dari masa ke semasa, laman web ini juga mungkin memasukkan pautan kepada laman web lain termasuk kumpulan syarikat Sime Darby Berhad. Pautan ini diberikan untuk kemudahan anda untuk memberikan maklumat lanjut. Selain daripada laman web kumpulan syarikat Sime Darby Berhad, kami tidak memberi pengesahan kepada laman web pihak ketiga yang lain. Kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan laman web bagi pihak ketiga yang dipautkan laman-laman web. Anda tidak boleh membuat pautan kepada laman web ini dari laman web ataupun dokumen lain tanpa mendapatkan kebenaran bertulis Sime Darby Motors terlebih dahulu. Penggunaan laman web ini dan sebarang pertikaian daripada penggunaan laman web ini oleh anda adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

IV. PENAFIAN LAMAN WEB Maklumat yang terkandung di dalam laman web ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Maklumat ini diberikan oleh Sime Darby Motors dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat itu terkini dan betul, kami tidak mewakili atau memberi waranti bagi sebarang jenis, secara jelas atau tersirat, mengenai kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan berhubung laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan atau grafik berkaitan yang terkandung pada laman web untuk sebarang tujuan. Sebarang kebergantungan yang anda letakkan ke atas maklumat itu adalah sama sekali di atas risiko anda sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian, secara tidak langsung atau berbangkit atau kerosakan, atau apa-apa kerugian atau kerosakan apa jua pun yang timbul daripada kehilangan data atau kekurangan yang berbangkit daripada atau berhubung dengan penggunaan laman web ini. Melalui laman web ini, anda boleh memautkan ke laman web lain yang bukan di bawah kawalan Sime Darby. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas keadaan, kandungan dan ketersediaan laman tersebut. Kemasukan sebarang pautan tidak semestinya membayangkan cadangan atau menyokong pandangan yang dinyatakan di dalamnya. Setiap usaha dilakukan untuk memastikan laman web ini berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, Sime Darby Motors tidak bertanggungjawab ke atas laman web yang tergendala buat sementara waktu disebabkan oleh isu teknikal yang di luar kawalan kami. V. NOTIS HAK CIPTA DAN TANDA DAGANGAN Semua hak cipta dalam laman web ini (termasuk teks, grafik, logo, ikon dan rakaman bunyi) dimiliki atau diberikan lesen kepada Sime Darby Motors dan akan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia 1987. Sebarang pengedaran semula atau penghasilan semula bagi sebahagian atau kesemua kandungan dalam sebarang bentuk dilarang selain daripada yang berikut: Anda boleh mencetak atau memuat turun ke ekstrak cakera keras tempatan untuk kegunaan peribadi anda dan bukan komersial sahaja Anda boleh menyalin kandungan kepada pihak ketiga individu untuk kegunaan peribadinya, tetapi, hanya jika anda mengakui laman web sebagai sumber bahan Anda tidak boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis yang jelas daripada kami, menyesuaikan, menghasilkan semula, mengedar, membuat kerja terbitan sebarang bahagian daripada laman web ini atau secara komersial, mengeksploitasi kandungan. Anda juga tidak boleh menghantarnya atau menyimpannya di dalam sebarang laman web lain atau bentuk lain yang boleh diperoleh semula secara elektronik. Adobe, Acrobat dan Reader adalah sama ada tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan bagi Adobe Systems Incorporated di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain untuk butiran lanjut, sila lihat http://www/adobe.com/. Microsoft, Word, Excel, PowerPoint, Windows dan Silverlight adalah sama ada tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan bagi Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain untuk butiran lanjut, sila lihat http://www.microsoft.com. WinZip adalah tanda dagangan WinZip International LLC untuk butiran lanjut, sila lihat http://www.winzip.com. Kembali ke atas