BAB PERTAMA PENGENALAN. bahasa-bahasa yang wujud. Segala persamaan dan perbezaan yang wujud ini dikaji dan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB KETUJUH RUMUSAN DAN CADANGAN. ayat bahasa Arab dan bahasa Melayu secara terperinci, maka terbuktilah di sana wujud

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

SENARAI JADUAL. JADUAL : Interpretasi Skor Min Amat baik Baik Memuaskan Lemah.

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

BAB KEENAM PERBANDINGAN STRUKTUR ASAS AYAT BAHASA ARAB- MELAYU

BAB KETIGA SUBJEK DAN PREDIKAT. Struktur ayat di dalam bahasa Arab terdapat dua jenis, iaitu struktur al-jumlat al-

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

LAMPIRAN B. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara dan saudari yang budiman,

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

JABATAN PELAJARAN TERENGGANU SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 PENDIDIKAN ISLAM

SULIT 1223/2 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 2 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Sunnah menurut bahasa berarti: Sunnah menurut istilah: Ahli Hadis: Ahli Fiqh:

KOMPETENSI DASAR INDIKATOR:

Oleh: Shahmuzir bin Nordzahir

BAB LAPAN PENUTUP. cadangan. Tajuk kesimpulan mengandungi kesimpulan-kesimpulan bagi. mempertingkatkan pengajaran bahasa Arab.

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

ISLAM dan DEMOKRASI (1)

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

Bacaan Tahlil Lengkap

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

Berkompetisi mencintai Allah adalah terbuka untuk semua dan tidak terbatas kepada Nabi.

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

BAB IV KONSEP SAKIT. A. Ayat-ayat al-qur`an. 1. QS. Al-Baqarah [2]:

MEMAHAMI KANDUNGAN AL-QUR AN DENGAN METODE MANHAJI NAUFAL AHMAD RIJALUL ALAM

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Anjuran Mencari Malam Lailatul Qadar

MENGIKUT JAMAAH MUSLIMIN

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 3 halaman bercetak)

Kajian Bahasa Arab KMMI /12 Shafar 1433 H 1

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Keutamaan Akrab Dengan Al Qur an

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Yang Diizinkan Tidak Berpuasa

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di


BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

PENEMPELAN PHOTO PADA MUSHAF AL-QUR AN (KEMULIAAN AL-QUR AN)

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

BAB SATU PENDAHULUAN. tesis. Ia merangkumi kepentingan tajuk yang dipilih, tinjauan kajian

BAB IV. A. Analisis Terhadap Dasar Hukum yang Dijadikan Pedoman Oleh Hakim. dalam putusan No.150/pdt.G/2008/PA.Sda

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Mengganti Puasa Yang Ditinggalkan

" ا ي ج ع ل ه بحال ي ق ب ر.

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Orang Yang Meninggal Namun Berhutang Puasa

KUNCI MENGENAL ISLAM LEBIH DALAM

ISI KANDUNGAN. Abstrak. Penghargaan. Isi Kandungan. Jadual Pedoman Transliterasi. Senarai Kependekan. Senarai Rajah BAB 1 PENGENALAN (1-10)

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma Perguruan Pengajian Islam

ISLAM DIN AL-FITRI. INDIKATOR: 1. Mendeskripsikan Islam sebagai agama yang fitri

Akal Yang Menerima Al-Qur an, dan Akal adalah Hakim Yang Adil

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 3 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

TAHAJJUD (QIAMUL LAIL) & WITIRNYA. Oleh: Rasul bin Dahri

CARA PRAKTIS UNTUK MENGHAFAL AL-QUR AN

المضارع الماضي الا مر

MENTASHARUFKAN DANA ZAKAT UNTUK KEGIATAN PRODUKTIF DAN KEMASLAHATAN UMUM

BAB I PENDAHULUAN. rangka mencerdaskan kehidupan bangsa yang diatur dengan undang-undang.

Berkahilah untuk ku dalam segala sesuatu yang Engkau keruniakan. Lindungilah aku dari keburukannya sesuatu yang telah Engkau pastikan.

RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN (RPP) TAHUN PELAJARAN 2015/2016 SIKLUS 1

بسم اهلل الرحمن الرحيم

Jawaban yang Tegas Dari Yang Maha Mengetahui dan Maha Merahmati

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

SET KEDUA. Jawab semua soalan. Baca dialog, kemudian jawab soalan-soalan

BAB EMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Khutbah Pertama. Jamaah Jum'at yang dirahmati Allah.

PERAYAAN NATAL BERSAMA

BAB 6: DAPATAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. Sehubungan dengan itu Allah Swt berfirman dalam Alquran surah At-Tahrim

ISLAM IS THE BEST CHOICE

BAB IV ANALISIS METODE ISTINBA<T} HUKUM FATWA MUI TENTANG JUAL BELI EMAS SECARA TIDAK TUNAI

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGAKUAN

dan 3 ماضي juga dapat di-tashrif (diubah) berdasarkan kata ganti, baik dalam bentuk المزيد

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab yang terakhir ini akan menyatakan cadangan dan saranan yang boleh

KRITERIA MASLAHAT. FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 6/MUNAS VII/MUI/10/2005 Tentang KRITERIA MASLAHAT

BAB PERTAMA PENGENALAN. Kajian mengenai al-ùibéq yang merupakan komponen terpenting dalam al-badi adalah

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

Al Qur an dan Ilmu Kimia

Konsisten dalam kebaikan

TAFSIR SURAT ATH- THAARIQ

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Transkripsi:

BAB PERTAMA PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Setiap bahasa mempunyai sistemnya yang tersendiri. Sistem bahasa itu terdiri daripada ciri-ciri tertentu, sama ada dari segi persamaan mahupun perbezaan antara bahasa-bahasa yang wujud. Segala persamaan dan perbezaan yang wujud ini dikaji dan dianalisis secara sistematik melalui kaedah analisis kontrastif. Kaedah ini dapat mengenalpasti segala permasalahan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu bahasa sasaran (Roshidah Hassan:1997:1). Seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa asing akan menghadapi kesukaran dan kesulitan dalam proses pembelajarannya. Para linguis mencadangkan agar setiap kesulitan itu perlu dilihat, dikaji dan seterusnya diamati melalui kaedah analisis kontrastif. Menurut Jamaliah Mohd Ali (1998:333) analisis konstrastif ini merupakan satu teknik menganalisis linguistik yang telah dikembangkan oleh Bloomfield (1914) dengan tujuan menganalisis bahasa secara terancana dan seterusnya dikembangkan lagi oleh Fries dan Lado sekitar tahun 50-an. Antara aspek yang mempengaruhi dalam pembentukan sesuatu bahasa adalah sintaksis. Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. اب ن Menurut Abd. al-azi:z Ati:q (1974:135) yang mengambil kata-kata dari Ibn Jinni:yy ( di dalam karangannya al-khasa:is memberikan pengertian sintaksis itu adalah suatu (ج ن ي kaedah dan rumusan orang Arab yang berpandukan kepada kaedah bahasa mereka untuk 1

mengelakkan daripada berlaku kesilapan berbahasa dan menjadikan golongan bukan Arab fasih berbahasa Arab dan terhindar dari kesilapan. Sintaksis juga dikenali sebagai Ilmu al-nahu ( الن ح و (ع ل م di dalam pendidikan Arab yang diperkenalkan di Ira:q oleh Abu al-aswad al-du aliyy (65-96H). Idea untuk menamakannya sebagai Ilmu al-nahu adalah dari hasil ungkapan Sayidina Ali semasa Abu al-aswad al-du aliyy membentangkan hasil tulisannya tentang ilmu ini kepada baginda yang berbunyi : (Tanta:wiyy,1995:33) م ا ا ح س ن ه ذا الن ح و ال ذ ى ق د ن ح و ت Bermaksud : Alangkah indahnya arah ini yang telah engkau terokai Oleh yang demikian, pemilihan tajuk kajian ini iaitu Analisis Kontrastif Struktur Asas Ayat Bahasa Arab dan Melayu adalah tajuk yang secara langsung berkaitan dengan sintaksis yang menekankan kepada pembentukan dan pembinaan sesuatu struktur asas ayat sama ada di dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Kajian ini juga merupakan tajuk yang penting di dalam kajian terhadap sebarang persamaan dan perbezaan yang berlaku di antara bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dengan bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Oleh itu, dengan adanya kajian seperti ini dapatlah kita mengetahui persamaan di dalam struktur asas ayat bahasa Arab dan bahasa Melayu dan juga mendapati terdapat perbezaan yang berlaku di antara kedua-dua bahasa tersebut dalam membentuk dan membina struktur ayat betul dan tepat. Hasil dari pengetahuan ini, mereka dapat meningkatan motivasi diri untuk 2

mempelajari dan mengkaji serta mendalami bahasa Arab sebagai bahasa kedua mereka. Di samping itu juga mereka dapat meningkatan pengetahuan di dalam pembinaan struktur ayat dan memudahkan mereka untuk membentuk ayat dengan betul. Hasil kajian ini juga akan menyebabkan pelajar tidak berasa bingung dan terkeliru untuk menggunakan struktur-struktur ayat yang tepat. Oleh yang demikian, tajuk kajian kontrastif yang berkaitan dengan penstrukturan ayat bahasa Arab-Melayu adalah perlu untuk dikaji dan dianalisis sebagai panduan untuk dipraktikkan dan mendatangkan faedah kepada mereka yang ingin mendalami bahasa Arab sebagai bahasa kedua. 1.1 Pernyataan Masalah Mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua merupakan proses yang agak sukar yang dihadapi oleh pelajar, terutama dalam kalangan pelajar Melayu yang tidak terdedah secara langsung kepada situasi dan persekitaran sebenar bahasa Arab itu digunakan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dikalangan pelajar Melayu, kesulitan dan kesukaran sering berlaku terutamanya berkisar dalam memahami dan menguasai konsep pembentukan dan penstrukturan asas ayat tersebut. Ini akan menghalang penguasaan bagi memahami bahasa Arab dengan lebih baik. Kesulitan ini adalah berdasarkan faktor kelemahan yang wujud dalam menguasai konsep pembentukan dan penstrukturan ayat dasar bahasa Arab di samping gangguan dan pengaruh dari bahasa ibunda mereka. Di dalam pembinaan struktur ayat bahasa Arab yang dimulai dengan kata Kerja (KK) umpamanya, seperti contoh : ز ي د ج اء, yang dikenali sebagai al-jumlat al-fi li:yyat, pelajar akan menyebut kata kerjanya dahulu ketika menterjemahkannya. Berbanding di dalam bahasa Melayu yang mendahulukan kata nama (KN) sebelum kata Kerjanya seperti contoh di atas, iaitu : Zaid telah datang. 3

Kesulitan seperti di atas adalah sebahagian kesulitan dan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar. Oleh itu dengan adanya kajian kontrastif seperti ini dapat membantu dan memberikan pendedahan serta kefahaman yang sebaiknya kepada mereka. 1.2 Latar Belakang Kajian Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia sudah sekian lama bertapak. Ini dapat dibuktikan dengan terbinanya sekolah-sekolah agama rakyat yang bersistemkan pondok atau madrasah. Berikutan sambutannya yang menggalakkan di kalangan rakyat, maka terbinalah institusi-instituti pendidikan beraliran agama, sama ada dari usaha sendiri mahupun bantuan dari kerajaan negeri. Ini disusuli dengan terdirinya sekolah menengah kebangsaan beraliran agama yang dikenali dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan juga Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh Malaysia hingga kini. Justeru semakin berkembangnya aliran agama ini, maka sukatan pelajaran pun berubah. Institusi-instituti agama ini menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa utama dan bahasa pengantar di dalam kitaran hidup harian guru dan pelajar di sekolah. Seiring dengan perkembangan ini, maka timbullah masalah di dalam penguasaan bahasa Arab yang kian lemah dan longlai dikalangan pelajar. Masalah yang sering timbul di kala ini adalah kedapatan pelajar agak sukar untuk menguasai bahasa Arab. Antara sebab yang dapat dikenalpasti adalah kekeliruan di dalam membina struktur ayat di dalam bahasa Arab di samping faktor-faktor yang lain. Apabila kelemahan seperti ini timbul, maka penguasaan tidak mungkin tercapai sepenuhnya. Hasilnya pembinaan ayat di dalam bahasa Arab adalah mengikut acuan gaya bahasa dan struktur ayat bahasa ibunda dan ini akan mengakibatkan tersasarnya dari makna sebenarnya yang dimaksudkan. Dari penyataan di atas, dapatlah penulis simpulkan bahawa inilah peluang dan 4

ruang untuk merungkai permasalahan tersebut menerusi kajian kontrastif ini dengan mengemukakan tajuk, iaitu : ANALISIS KONTRASTIF STRUKTUR ASAS AYAT BAHASA ARAB DAN MELAYU. Penulis mengharapkan hasil dari kajian dan analisis yang akan dihasilkan ini dapat memberikan imbuhan dan sumbangan kepada para pelajar dan guru serta masyarakat untuk mendalami dan menguasai bahasa Arab. 1.3 Objektif Kajian Secara umumnya, kajian yang akan dijalankan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih jelas dan mendalam kepada pelajar dan guru mengenai struktur asas ayat di antara bahasa Arab dan bahasa Melayu. Namun secara khususnya, kajian ini adalah berobjektifkan kepada perkara-perkara berikut : i- Menjelaskan bentuk-bentuk asas ayat bahasa Arab ii- iii- Menjelaskan bentuk-bentuk asas ayat bahasa Melayu Mengenalpasti persamaan dan perbezaan yang wujud dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu iv- Memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih mudah kepada pelajar dan guru dalam menguasai struktur asas ayat bahasa Arab Berdasarkan objektif di atas, diharapkan kajian ini dapat membantu para pelajar dan guru dalam penguasaan mereka terhadap bahasa Arab dan meningkatan motivasi diri untuk lebih mendalami lagi bahasa tersebut serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. 1.4 Skop Kajian Skop kajian kontrastif ini tertumpukan kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan 5

pembinaan struktur asas ayat yang berlaku di dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Begitu juga skop perbandingan antara kedua-dua bahasa tersebut dari aspek persamaan yang wujud dan juga perbezaannya yang akan dihasilkan. Secara ringkasnya, aspek yang dikaji adalah berkaitan tentang subjek dan predikat الا س ن اد di dalam bahasa Melayu. Manakala di dalam bahasa Arab dikenali sebagai al-isna:d ( ). الم س ن د ا ل ي ه ) dan al-musnad ilayh ( الم س ن د ) yang mengandungi al-musnad ( Di dalam bahasa Melayu, setiap ayat yang dibina adalah didahului dengan kata nama yang merupakan subjek atau benda. Ini berbeza dengan pembinaan ayat di dalam bahasa Arab. Oleh itu, skop dan batasan kajian ini berkisar mengenai struktur-struktur ayat berikut dan berserta contohnya : Bil Struktur ayat bahasa Arab Contoh Makna 1- : ف ع ل + ف اع ل ج اء م ح م د Muhammad telah datang kata nama + pelaku 2- : ف ع ل + ف اع ل + م ف ع ول ن ص ر الط ال ب م ع ل م ه Pelajar itu menolong gurunya kata nama + pelaku + objek (1,2 atau 3) : ف ع ل + ن اي ب الف اع ل -3 الم ع ل م ن ص ر Guru itu ditolong kata nama + pengganti pelaku 6

: م ب تد ا + خ ب ر م ف ر د -4 ك ب ير الب ي ت Rumah itu besar subjek + predikat tunggal الم ع ل م ن ص ر م ح م د Muhammad telah : م ب تد ا + خ ب ر ج م ل ة ف ع ل ي ة -5 menolong seorang guru subjek + predikat Ayat Kerjaan ج د يد ق ل م ه م ح م د Muhammad pennya : م ب تد ا + خ ب ر ج م ل ة اس م ي ة -6 baharu subjek + predikat Ayat Namaan 7- : م ب تد ا + خ ب ر ظ ر ف الم ك ان الم ع ل م ا م ام الف ص ل Guru itu di depan kelas subjek + Frasa Adverba Tempat 8- : م ب تد ا + خ ب ر ظ ر ف الز م ان الع ط لة ي و م الج م ع ة Cuti hari Jumaat subjek + Frasa Adverba Masa 9- : م ب تد ا + ج ار و م ج ر ور الم ع ل م ف ي الف ص ل Guru itu di dalam kelas subjek + Frasa Anjung Ayat 10- : خ ب ر م ق د م + م ب تد ا م و خ ر ف ي الف ص ل الم ع ل م Di dalam kelas ada guru pendepanan predikat + pengakhiran subjek 7

Manakala di dalam bahasa Melayu pula, binaan ayatnya juga terdiri daripada subjek iaitu benda atau perkara yang diceritakan dan juga predikat iaitu cerita berkenaan sesuatu perkara itu. Berikut adalah struktur asas di dalam pembinaan ayat bahasa Melayu pula, iaitu : Bil Struktur ayat bahasa Melayu Contoh 1- Subjek Frasa Nama + Predikat Frasa Nama Ahmad guru 2- Subjek Frasa Nama + Predikat Frasa Kerja Fatimah sedang makan 3- Subjek Frasa Nama + Predikat Frasa Sifat/adjektif Aminah sangat cantik 4- Subjek Frasa Nama + Predikat Frasa Sendi Adik di dalam rumah Struktur-struktur asas ayat di atas mempunyai persamaan dan perbezaan dengan struktur di dalam bahasa Arab dan perkara tersebut akan dihuraikan secara mendalam di dalam bab yang akan datang. 1.5 Tinjauan Kajian Berkaitan Sebelum meneruskan kajian ini, terlebih dahulu penulis meninjau beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini. Hasil tinjauan yang dibuat, penulis menemui beberapa disertasi sarjana dan tesis yang berkaitan dengan bidang yang akan dijalankan. Antaranya ialah: 1- Pendepanan Subjek dan Predikat dalam Pembentukan Ayat Namaan di dalam Bahasa Arab. Abd Rahman bin Abd Rashid. Disertasi Sarjana Bahasa Moden, Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM (1998) Disertasi ini merupakan kajian ilmiah mengenai proses pembentukan Ayat Namaan melalui pendepanan subjek dan predikat. Penulis memberikan langkah-langkah pembentukan ayat tersebut berdasarkan kepada contoh pembentukan ayat dan analisisnya. Perbahasan dalam kajian ini dibentangkan dalam enam bab, antaranya; di dalam bab 8

pertama penulis menerangkan tentang pengenalan kajian yang akan dilakukan berkaitan dengan permasalahan, skop kajian, tujuan dan sebagainya. Seterusnya di dalam bab kedua penulis menumpukan kepada pengertian subjek dan predikat berdasarkan pandangan ahli sintaksis bahasa Arab serta ciri-ciri yang didapati pada kedua-duanya. Penulis juga membicarakan tentang hubungan yang wujud antara subjek dan predikat sama ada hubungan secara nyata atau secara tak nyata berdasarkan struktur ayat berkenaan. Di dalam bab empat, penumpuan penulis adalah kepada kajian bentuk-bentuk pendepanan subjek dan predikat berserta contoh-contohnya dan seterusnya mengemukakan rumusan-rumusan mengenai kajian yang telah dilakukan dan cadangan yang patut ditengahkan. 2- Pelengkap Isnad dalam Bahasa Arab : Satu Kajian dalam Surah al-kahf. Nik Mahiran bt Mohamad Noor. Disertasi Sarjana Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM (2006) Disertasi ini adalah satu kajian untuk menjelaskan tentang beberapa topik utama yang menjadi asas kepada bahasa Arab sekaligus menjelaskan tentang hubungan nahu atau sintaksis bahasa Arab dengan al-qur an. Ia mengaitkan hubungan antara ayat-ayat yang terdapat di dalam al-qur an dan peranan ayat dalam menyampaikan makna serta kedudukannya dalam sintaksis bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa contoh-contoh pelengkap al-isna:d banyak terdapat di dalam surah al-kahf terutamanya contoh-contoh berkaitan zarf al-maka:n الم ك ان ) (ظ ر ف dan zarf al-zama:n الز م ان ).(ظ ر ف Begitu juga dengan penggunaan al-ha:l Manakala penggunaan Maf u:l Lah.(الت م ي يز ) dan al-tamyi:z (الاس ت ثن اء ) al-istithna:,(الح ال ) ل ه ) (م ف ع ول terdapat di dalam beberapa ayat tertentu sahaja. Penulis juga mendapati terdapat beberapa perbezaan dari segi penggunaan istilah 9

di antara pakar sintaksis Arab dan pakar balaghah, begitu juga dari segi penekanan dan pembahagian tajuk-tajuk tertentu. 3- Subjek dan predikat : Satu Bandingan antara Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Wan Moharani bin Mohammad. Disertasi sarjana, UKM 2003. Kajian bandingan tertumpu pada dua kriteria utama, iaitu morfologi dan sintaksis dalam menganalisis subjek dan predikat dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Antara objektif utama kajian ini ialah menganalisis persamaan dan perbezaan subjek dan predikat dalam kedua-dua bahasa. Dari sudut metode, kajian ini merupakan kajian perpustakaan yang membanding serta menganalisis binaan dan hukum tatabahasa subjek dan predikat kedua-dua bahasa. Seterusnya kajian ini mengkaji aspek persamaan dan perbezaan antara kedua-dua bahasa. Kajian ini mendapati ada persamaan dan perbezaan binaan serta hukum tatabahasa subjek dan predikat dalam kedua-dua bahasa. Berdasarkan kajian ini, didapati juga bahasa Melayu mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Arab dari aspek semantik dan penggunaan, walaupun keduaduanya berasal dari dua rumpun bahasa yang berbeza. الن ظ ام الن ح و ي ف ي الل غ ة الع ر ب ي ة و الم ال يز ي ة : د ر اس ة ف ي الت ح ل يل ي الت ق اب ل ي -4 " Mohd Zain bin Mahmud Ismail. Tesis Doktor Falsafah Uni. Iskandariah, Mesir (1994). Kajian yang dijalankan adalah suatu bentuk perbandingan dari aturan nahu di antara bahasa Arab dan bahasa Melayu. Penulis menyatakan setiap aturan nahu bahasa Arab disertakan sama sekali dengan nahu bahasa Melayu agar pembaca dapat membandingkannya dengan jelas antara kedua-dua bahasa tersebut. Hasil tinjauan yang dilakukan ini, penulis mendapati kajian-kajian tersebut amat berguna untuk dijadikan panduan di dalam mendalami lagi bahasa Arab, terutamanya 10

kepada pengkaji-pengkaji baru di dalam bidang kontrastif ini. Di samping itu juga, kajian seperti ini juga dapat mendedahkan sebarang persamaan dan perbezaan yang wujud di antara kedua-dua bahasa berdasarkan kajian kontrastif yang dijalankan. 5. Kiasan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu : Satu Kajian Perbandingan. Azman bin Azizan. Disertasi Sarjana Bahasa Moden, Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM Kajian yang dijalankan oleh penulis ini adalah bermatlamatkan untuk menyatakan sebarang persamaan dan juga perbezaan dalam uslub al-kina:yat bahasa Arab dan Kiasan bahasa Melayu. Selain daripada itu, kajian ini juga berobjektifkan sejauhmana persamaan dan perbezaan tersebut dapat memawa kepada keberkesanan penggunaan kiasan dalam pertuturan mahun dalam memahami ungkapan-ungkapan seperti di dalam al-quran dan juga hadis. Kajian ini juga dicetuskan untuk menyingkap rahsia pembentukan al-kina:yat dan kiasan Melayu yang menjadi penyeri kepada kedua-dua bahasa. 1.6 Metodologi Kajian Untuk meneruskan kajian ini, penulis akan mengemukakan metodologi kajian yang digunakan bagi memenuhi objektif kajian yang telah dinyatakan sebelum ini. Kajian ini tertumpu kepada kajian perpustakaan dan rujukan kepada bahan yang bersumberkan rujukan bahasa Arab dan juga rujukan bahasa Melayu serta segala kemudahan yang disediakan seperti bahan-bahan dari internet. Berdasarkan matlamat kajian ini, iaitu untuk menjelaskan konsep struktur binaan ayat dan perbandingannya bahasa Arab dan juga bahasa Melayu dari aspek persamaan dan perbezaan, maka penulis berpendapat tidak perlu untuk melibatkan kajian lapangan di dalam kes ini. Dalam kajian analisis kontrastif ini juga, istilah-istilah Arab yang dipakai akan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan diikuti dengan istilah bahasa Arab yang asal. Ini adalah bertujuan utuk memberi maklumat kepada pembaca yang belum menguasai 11

bahasa Arab dengan baik di samping menjaga keaslian makna istilah yang digunakan. Pendekatan yang akan digunakan oleh penulis dalam menganalisis data yang telah dikumpulkan adalah secara kontrastif atau perbandingan. Ini bermakna penulis akan mengkaji tentang struktur ayat kedua-dua bahasa yang berasal dari berlainan rumpun bahasanya. Analisis ini adalah berkaitan dengan data utama (primer) iaitu bahasa Arab itu sendiri dan juga data kedua(sekunder) iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Seterusnya adalah proses menghuraikan asas-asas pembinaan kedua-dua bahasa secara khusus sebelum mengkategorikan ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang ada. Hasil dari perbandingan yang dijalankan dengan pengamatan yang telus, rumusan bagi keseluruhan kajian akan dilaksanakan dan disusun di dalam bab yang tertentu. Kajian analisis kontrastif akan dijelaskan secara lebih jelas lagi di dalam bab kedua nanti. 1.7 Rangka Kajian Di dalam kajian ini, penulis memperuntukan 7 bab untuk dimuatkan di dalam penyelidikan, iaitu : Bab 1 : Penumpuan terhadap latar belakang kajian, permasalahan, objektif, skop kajian, tinjauan kajian yang berkaitan, metod yang digunakan dan rangka kajian. Bab 2 : Penulis akan menghuraikan di dalam bab ini perkara-perkara yang berkaitan dengan pengenalan analisis kontrastif dan beberapa pendapat ahli linguistik tentang pentakrifan, sejarah dan teori-teori yang berkaitan dengan kajian. 12

Bab 3 : Penulis akan menerangkan mengenai pengenalan subjek dan predikat di dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu dan perkaitan antara kedua-dua asas tersebut. Bab 4: Penulis akan menerangkan di dalam bab ini pengenalan asas pembinaan ayat bahasa Arab berserta contoh-contoh yang berkaitan. Bab 5 : Penulis akan memberikan pendedahan di dalam bab ini mengenai pengenalan asas pembinaan ayat bahasa Melayu dan contoh-contoh yang berkaitan. Bab 6 : Bab ini menekankan tentang kajian kontrastif yang dijalankan antara kedua-dua bahasa dari segi persamaan, kemudian perbezaan yang berlaku. Bab 7 : Di dalam bab ini, penulis akan membuat rumusan hasil dari kajian perbandingan yang dijalankan dan mengemukakan cadangan yang boleh diaplikasikan oleh pihak tertentu. 1.8 Kesimpulan Bahasa Arab adalah satu bahasa yang unik dan tersendiri. Ia merupakan bahasa yang mempunyai ciri-ciri binaan ayatnya yang tersendiri dan terpelihara daripada sebarang kecacatan di samping keunikannya mampu menarik jiwa-jiwa manusia untuk mempelajarinya dan ia berkekalan walaupun telah berlalu berabad lamanya. Oleh itu 13

pemahaman dan penguasaannya perlu bagi setiap individu agar dapat memahami isi kandungan al-qur a:n dan al-hadi:th dengan sebaiknya. Bagi para pelajar, inilah peluang untuk memahami dan menguasai bahasa Arab di samping menilai ciri-ciri persamaannya antara bahasa pertuturan harian, iaitu bahasa ibunda dengan bahasa Arab. Di samping itu juga dapat menilai apakah yang membezakan antara kedua-duanya, terutamanya berkaitan pembinaan ayat. Semoga kajian yang dijalankan ini mendatangkan manfaat dan berguna dalam memartabatkan bahasa Arab di dalam kehidupan harian. 14