KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DSP Dunia Muzik Tahun 2 5 Januari 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN DUA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA ARAB TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN VISUAL SUAIAN TAHUN 1 MASALAH PENGLIHATAN

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH SENI VISUAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN DUA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH. 1. Memahami semua aspek unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN TIGA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN DUA

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN ENAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH KEBANGSAAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

PENAMBAHBAIKAN UPSR DAN PMR

MINGGU BIDANG/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN OBJEKTIF STRATEGI P DAN P 1 Menggambar Tajuk: Pemandangan Sawah Padi.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Kurikulum Kebangsaan

Transkripsi:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." 2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk: 1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan 2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual 3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya 4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti 5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual 6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain 7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa 8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya 9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup 10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa 3

PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 4

TAFSIRAN o o o o o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain. o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali. 5

TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN 1 TAHU 2 TAHU DAN FAHAM Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 3 4 5 6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. 6

BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka. 2 Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan dan pemerhatian terhadap sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual. 3 Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional. 4 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul serta dapat menerangkan tentang hasil kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik. 5 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul, mematuhi prosedur serta dapat membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai baik 6 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkan sumber alam, warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai baik. 7

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 1 Tahu B1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka. B1D1 Menyatakan dan mengetahui unsur seni dalam Asas Seni Reka. B1D1E1 Menyatakan unsur seni garisan rupa bentuk jalinan ruang warna B1D2 Menyatakan dan mengetahui prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka. B1D2E2 Menyatakan prinsip rekaan Kontra Harmoni Penegasan Imbangan Irama dan pergerakan Kepelbagaian Kesatuan 8

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 2 Tahu dan Faham B2 Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan dan pemerhatian terhadap sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual. B2D1 Mengenalpasti fungsi serta peranan unsur seni dalam Asas Seni Reka pada sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual. B2D1E1 Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni, pada sumber alam, benda buatan manusia. B2D1E2 Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni, pada hasil karya Seni Halus. B2D1E3 Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni, pada hasil karya Komunikasi Visual. B2D1E4 Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni, pada hasil karya Kraf Tradisional. 9

B2D2 Mengenalpasti fungsi serta peranan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka pada sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual. B2D2E1 Mengenalpasti fungsi dan peranan prinsip rekaan, pada sumber alam, benda buatan manusia. B2D2E2 Mengenalpasti fungsi dan peranan prinsip rekaan, pada hasil karya Seni Halus. B2D2E3 Mengenalpasti fungsi dan peranan prinsip rekaan, pada hasil Komunikasi Visual. B2D2E4 Mengenalpasti fungsi prinsip dan peranan rekaan, pada hasil karya Kraf Tradisional. 10

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat B3 Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional. B3D1 Aplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional menerusi proses penerokaan pelbagai media dan teknik B3D1E1 Menghasilkan lakaran idea lukisan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik B3D1E2 Menghasilkan lakaran idea catan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik B3D1E3 Menghasilkan lakaran idea arca dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik B3D1E4 Menghasilkan lakaran idea cetakan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik B3D1E5 Menghasilkan lakaran idea rekaan grafik yang mudah dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik 11

B3D1E6 Menghasilkan lakaran motif dan reka bentuk dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan kraf ukiran atau tekat B3D2 Menghasilkan karya seni visual menerusi penerokaan proses, alat, media dan teknik. B3D2E1 Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran asas, penerokaan proses, media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek B3D2E2 Menghasilkan catan dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran asas catan, penerokaan proses, media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek B3D2E3 Menghasilkan arca dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media, proses dan teknik yang sesuai B3D2E4 Menghasilkan cetakan timbulan atau stensil dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media, proses dan teknik yang sesuai 12

B3D2E5 Menghasilkan reka bentuk grafik mudah dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea penggunaan media, proses dan teknik dengan memberi perhatian kepada ilustrasi dan mukataip B3D2E6 Menghasilkan ukiran atau tekat yang mudah dengan mengaplikasi Asas Seni Reka, berdasarkan lakaran idea motif dan reka bentuk, penggunaan media, proses dan teknik dengan memberi perhatian kepada motif dan reka bentuk yang mudah. 13

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradab B4 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul serta dapat menerangkan tentang hasil kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik. B4D1 Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional berdasarkan idea dan proses. B4D1E1 Menghasilkan lakaran lukisan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan lukisan dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, B4D1E2 Menghasilkan lakaran catan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan catan dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan B4D1E3 Menghasilkan lakaran idea dengan mengaplikasikan asas seni reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan arca dengan memberi penekanan kepada bentuk konkrit (3D) B4D1E4 Menghasilkan lakaran idea dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan cetakan 14

B4D1E5 Menghasilkan lakaran idea ilustrasi dengan mengaplikasikan asas seni reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan seni grafik yang mudah B4D1E6 Menghasilkan lakaran motif dan reka bentuk dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, media yang sesuai dan teknik yang betul dalam penghasilan kraf tradisional ukiran atau tekat B4D2 Menggunakan media yang sesuai dan teknik yang betul di dalam penghasilan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional B4D2E1 Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penerokaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek B4D2E2 Menghasilkan catan dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penerokaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek. B4D2E3 Menghasilkan arca dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi penekanan kepada bentuk konkrit (3D) 15

B4D2E4 Menghasilkan cetakan timbulan atau stensil dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi penekanan kepada disiplin cetakan B4D2E5 Menghasilkan reka bentuk grafik mudah dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media dan teknik yang sesuai dengan memberi perhatian kepada ilustrasi, mukataip dan reka letak B4D2E6 Menghasilkan ukiran atau tekat dengan mengaplikasi Asas Seni Reka, berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai serta proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada motif dan reka bentuk yang mudah. B4D3 Membuat apreasiasi terhadap karya sendiri B4D3E1 Mempamerkan dan memperihalkan hasil kerja sendiri. B4D4 Mengamalkan nilai kendiri yang baik semasa menjalankan aktiviti B4D4E1 Mengamalkan nilai kendiri yang baik semasa menjalankan aktiviti penghasilan seni visual seperti bertanggungjawab, berdisiplin dan berkeyakinan diri. 16

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Terpuji B5 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul, mengikut proses penghasilan serta dapat membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai baik B5D1 Menghasilkan lakaran karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional yang mempunyai tema dan mengaplikasikan Asas Seni Reka dengan betul. B5D1E1 Menghasilkan lakaran lukisan mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan B5D1E2 Menghasilkan lakaran idea catan mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan. B5D1E3 Menghasilkan lakaran idea mengikut tema dengan mengaplikasikan asas seni reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dalam penghasilan arca B5D1E4 Menghasilkan lakaran idea mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan cetakan 17

B5D1E5 Menghasilkan lakaran idea ilustrasi mengikut tema dengan mengaplikasikan asas seni reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan seni grafik B5D1E6 Menghasilkan lakaran motif dan reka bentuk yang menarik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, media yang sesuai dan teknik yang betul dalam penghasilan kraf tradisional ukiran atau tekat B5D2E1 Menghasilkan lukisan yang kreatif mengikut tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan B5D2 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional yang kreatif dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan media dan teknik yang betul dan sesuai B5D2E2 Menghasilkan catan yang kreatif dan mengikut tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan 18

B5D2E3 Menghasilkan arca mengikut tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka yang bersesuaian berdasarkan lakaran idea dan penggunaan media yang kreatif serta proses dan teknik yang betul dengan memberi penekanan kepada bentuk konkrit (3D) B5D2E4 Menghasilkan cetakan timbulan atau stensil yang kreatif dan mengikut tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea dan penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi penekanan kepada disiplin cetakan B5D2E5 Menghasilkan reka bentuk grafik yang kreatif dan mengikut tema, dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media dan teknik yang sesuai dengan memberi perhatian, kepada mukataip, ilustrasi, reka letak dan gubahan warna. B5D2E6 Menghasilkan ukiran atau tekat yang kreatif dan menarik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka, berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai serta proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada reka bentuk dan ragam hias 19

B5D3 Mengamalkan nilai kendiri yang terpuji semasa menjalankan aktiviti B5D3E1 Mengamalkan nilai kendiri yang terpuji semasa menjalankan aktiviti penghasilan seni visual seperti bertanggungjawab, berdisiplin dan yakin diri B5D3E2 Menghargai sumber alam ciptaan Tuhan dalam proses penghasilan karya B5D4 Membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri menggunakan bahasa seni B5D4E1 Mempamer dan memperihal hasil kerja sendiri dengan menggunakan bahasa seni 20

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Adab Mithali B6 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media dan teknik yang betul dan kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkan sumber alam, warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai baik. B6D1 Menghasilkan lakaran karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional yang kreatif dan unik dengan mengaplikasi Asas Seni Reka dan mempunyai elemen nilai tambah. B6D1E1 Menghasilkan lakaran lukisan serta menepati tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan B6D1E2 Menghasilkan lakaran idea catan yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian, menerusi penerokaan dan penelitian pelbagai media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan B6D1E3 Menghasilkan lakaran idea yang kreatif dan unik, serta menepati tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi penerokaan, pelbagai media dan teknik dalam penghasilan arca B6D1E4 Menghasilkan lakaran idea yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan cetakan 21

B6D1E5 Menghasilkan lakaran ilustrasi yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasikan asas seni reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan seni grafik, secara manual atau berbantukan komputer B6D1E6 Menghasilkan lakaran motif dan reka bentuk yang kreatif dan unik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, media yang sesuai dan teknik yang betul dalam penghasilan kraf tradisional ukiran atau tekat B6D2 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional yang kreatif dan unik dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan media dan teknik mengikut prosedur yang betul, secara manual dan berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi. B6D2E1 Menghasilkan lukisan yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, menerusi penggunaan media dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan. B6D2E2 Menghasilkan catan yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, menerusi penggunaan media dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan. 22

B6D2E3 Menghasilkan arca yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi idea, proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada bentuk konkrit (3D). B6D2E4 Menghasilkan cetakan timbulan atau stensil yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea dan penggunaan media, proses dan teknik yang betul dengan memberi penekanan kepada disiplin cetakan B6D2E5 Menghasilkan reka bentuk grafik yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea yang kreatif dan unik, serta menggunakan media dan teknik yang betul dengan memberi perhatian, kepada mukataip, ilustrasi, reka letak dan gubahan warna B6D2E6 Menghasilkan ukiran atau tekat yang kreatif dan unik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka, berdasarkan lakaran idea, penggunaan media, proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada reka bentuk, ragam hias dan kemasan B6D3 Membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dan hasil kerja rakan B6D3E1 Mempamerkan dan membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dan hasil kerja rakan menggunakan bahasa seni 23

B6D4 Memahami dan menghargai hasil kerja sendiri, sumber alam, warisan seni budaya, seni visual tanah air dan luar negara B6D4E1 Menyediakan portfolio hasil kerja sendiri, warisan seni budaya, seni visual tanah air dan luar negara B6D5 Membudayakan nilai kendiri terpuji yang boleh dicontohi semasa menjalankan aktiviti B6D5E1 Mengamal nilai baik semasa menjalankan aktiviti seperti bertanggungjawab,berdisiplin dan yakin diri dan menjadi contoh yang baik kepada rakan sebaya B6D5E2 Menjadi pembimbing rakan sebaya sewaktu menjalankan aktiviti 24