Hadirin yang dirahmati oleh Allah SWT,

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Kejayaan Umat Dalam Berhijrah. Dr. Tajuddin Pogo, Lc.MH

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor.

[Nasihat Islam Tentang Hari Esok]

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Khutbah Jum'at. Keutamaan Muharam. Bersama Dakwah 1

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

Perjanjian Aqabah I. Pada tahun ke-12 kenabian, bertepatan dengan tahun 621 M, Nabi. Muhammad saw. menemui rombongan haji dari Yatsrib.

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Fadhilat Berbaik Sangka

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

PEMBUKAAN MUSABAQAH TILAWATIL QURAN TINGKAT NASIONAL XXII, 17 JUNI 2008, DI SERANG, PROPINSI BANTEN Selasa, 17 Juni 2008

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

Sambutan Presiden RI Pd Silaturahmi dg Peserta Musabaqah Hifzil Quran, tgl 14 Feb 2014, di Jkt Jumat, 14 Pebruari 2014

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

BUPATI PADANG LAWAS SAMBUTAN BUPATI PADANG LAWAS PADA ACARA PERINGATAN ISRA MI RAJ 1437 H DI KABUPATEN PADANG LAWAS KAMIS, 26 MEI 2016

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS BERBUKA PUASA RTM 19 JUN (Salutasi akan dikemaskini pada hari acara)

PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ ASWANZIE ABBYD BIN ZAINAL ABIDIN USTAZ MUHAMMAD ALI BIN JANAS MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

Bukti Cinta Kepada Nabi

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Disebarluaskan melalui: website: TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

Perayaan Tahun Baru Islam

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

BUPATI BENGKALIS SAMBUTAN BUPATI BENGKALIS PADA KENDURI ADATSEMPENA HARI JADI KE-505BENGKALIS TAHUN 2017 BENGKALIS,19 JULI2017

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

PENGAJIAN AKBAR DALAM RANGKA MEMPERINGATI ISRA MI RAJ NABI MUHAMMAD SAW DI MASJID AGUNG KOTA BLITAR TAHUN 2012 / 1433 H

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Ucapan Aluan Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena Majlis Graduasi Program Pensijilan USIM-BIMB 2016

Sambutan Presiden RI pada Peringatan Nuzulul Quran 1430 H, Senin, 07 September 2009

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

KISI-KISI SOAL SEMESTER GANJIL TAHUN PELAJARAN 2012/ Pengertian Sejarah Kebudayaan Islam

SEJARAH SPM 1249/2 (Set B)

Ceramah Ramadhan 1433 H/2012 M Bagaimana Kita Merespon Perintah Puasa

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCA- RAN PERAYAAN MENYAMBUT ABAD KE 15 HIJRAH DI BANGUNAN PARLIMEN, PADA 21 NOVEMBER, 1979.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

Yang Berbahagia, Prof. Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP.

Syuraih yang Bijaksana

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan. /

TAMADUN ISLAM INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI DIPLOMA. minggu ke 5

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat)

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan

Transkripsi:

N A T h BU 8 3 M 4 1 A A S rah j i N h E l EMP maa S N PA UCA Hadirin yang dirahmati oleh Allah SWT, Marilah terlebih dahulu kita memanjatkan puji syukur yang sedalam-dalamnya kepada Allah swt. Berkat rahmat, taufik dan hidayahnya, kita dapat berkumpul bersama-sama pada hari yang sangat berbahagia ini. Hari ini kita telah memasuki tahun baru Hijriah. Maka, selayaknya kita menggunakan kesempatan ini menoleh sejenak ke belakang. Melakukan penilaian sejujurnya. Tentang berapa jauh ketaatan dan amal bakti yang telah kita lakukan untuk agama kita selama ini. Untuk bangsa. Untuk tanahair. Adakah kita dari mereka yang selama ini mengabdikan diri, menginfakkan harta, masa dan tenaga demi agama? Atau apakah kita antara mereka yang ke sana dan ke mari menunggang agama demi kepentingan sendiri? Yang pasti, meraih masa depan yang baik itu memerlukan kita melakukan peghijrahan. Menuntut pembaharuan. Kita harus menjadi lebih berani, lebih inovatif, berfikir melangkau zaman dan masa. Kerana peristiwa Hijrah itu sendiri sarat dengan elemen pemikiran luar kelaziman. Pemikiran yang cerdas dan inovatif. Yang terakam jelas dalam sekurang-kurang 2 perkara penting. 1 Dato Mohamed Khaled Nordin Menteri Besar Johor BAIT AL AMANAH Dan seperti yang diingatkan kepada kita di dalam Surah Al-Asr, ayat 1 dan 2, Allah SWT sendiri bersumpah, betapa demi masa, manusia itu dalam kerugian. Jesteru, dalam memasuki lembaran baru ini, saya mempunyai satu seruan. Marilah kita susun langkah-langkah yang selayaknya untuk meraih masa depan yang lebih baik dan gemilang, dalam naungan redha Allah swt. Untuk diri kita. Untuk keluarga. Untuk bangsa. Untuk Tanahair. House of Trust Biar dalam kelompok manapun kita tergolong. Apabila tibanya tahun baru, tanamlah azam dan ltizam. Untuk memperbaharui dan menambah baik kadar sumbangan kita pada Islam. Kerana dengan melakukan penilaian secara cermat dan teliti sebegini, insyallah, kita akan sedar. Apakah selama masa yang kita lewati ini, kita termasuk orang yang beruntung, atau hanya menjadi orang yang selalu dalam kelalain.

Pertama, dalam peristiwa penetapan kalender Hijriyah yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin Khattab R.A. Orang Arab pra kerasulan Rasulullah SAW, telah lama menggunakan bulan-bulan dalam kalender hijriyah ini. Tetapi mereka tidak menetapkan tahunnya. Sekadar hari dan bulan. Sebaliknya, bagi merujuk kepada sesuatu tahun, mereka hanya memberikan gelaran-gelaran tertentu. Misalnya kita mengetahui bahawa kelahiran Rasulullah SAW adalah pada Tahun Gajah. Suatu hari, Abu Musa Al-Asyári, salah seorang governor pada zaman Khalifah Umar telah menulis surat kepada Amirul Mukminin, yang isinya mempersoalkan surat-surat dari khalifah yang tidak ada tahunnya. Bagi beliau, amalan sebegitu sangat membingungkan, kerana hanya tarikh dan bulan sahaja yang dinyatakan. Lantas Khalifah Umar bingkas mengumpulkan beberapa sahabat dan mereka kemudian bermusyawarah mengenai kalendar Islam. Ada yang mengusulkan agar tahun Islam dikira berdasarkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Ada juga yang mencadangkan agar waktu Muhammad saw diangkat menjadi Rasul menjadi penanda aras. Namun akhirnya, usul yang diterima adalah dari Ali bin Abi Thalib, iaitu untuk menggunakan momentum hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah sebagai kiraan tahun dalam kalendar Islam. Lalu, bermulalah lembaran baru dalam sejarah Islam. Semuanya dengan tujuan memudahkan segala urusan keduniaan. Agar perancangan dapat dilakukan. Agar peristiwa dapat dirakam dan diingati. Agar perjanjian mempunyai tempoh untuk matang dan dilaksanakan. BAIT AL AMANAH House of Trust Peristiwa ini jelas menggambarkan bahawa penghijrahan itu bukan sekadar sebuah perpindahan. Ia telah menginspirasikan permulaan baru. Permulaan yang inovatif dengan memperkenalkan sistem kalender Islam yang lebih sistematik. Semua ini akhirnya menjurus kepada pembenterasan segala kekeliruan yang selama ini membelenggu masyarakat. 2

Kedua, ketika Saidina Ali R.A. mengusulkan saat Nabi Muhammad saw hijrah dari Kota Makkah ke Madinah itu sebagai tahun baru Islam yang pertama. Kota Mekah kala itu merupakan suatu wilayah atau negeri yang di dalamnya berlaku kehidupan yang sangat kufur. Sedangkan Madinah adalah negeri yang subur dengan kehidupan yang Islami. Hasil pengorbanan begitu ramai sahabat yang telah menggerakkan dakwah dan mengajak kepada Islam, sebelum berhijrahnya Rasulallah. Dan setelah berhijrahnya Rasulullah SAW keadaan menjadi lebih Islami. Lalu Umar R.A. menyimpulkannnya dengan pandangan yang sangat mengesankan. Bahawa Hijrah itu memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. Maka seharusnya kita mengenang bahawa tahun Hijriah itu bukan hanya sebatas perayaan tahun baru acapkali terbitnya fajar 1 Muharram. Sebaliknya, ia adalah peringatan dan peluang. Yang hadir saban tahun. Untuk mengajak kita semua menuju kepada perpindahan kehidupan yang lebih baik. Mengajak kita kepada kebenaran. Mengajak kita meninggalkan kebatilan. Agar terbangun kehidupan yang berpijak kepada syariat Islam. Dengan harapan kehidupan di tahun yang baru ini, lebih baik dari kehidupan tahun sebelumnya. Jika tidak, maka yang berinjak hanyalah tahun dan takwim. Tanpa disusuli dengan perubahan kehidupan. Ke arah yang lebih baik. Lebih maju. Lebih sejahtera. Lebih beramal soleh. BAIT AL AMANAH House of Trust Maka marilah kembali menjadikan momen dan peristiwa Hijrah ini, sebagai momentum untuk kita berusaha berpindah menuju ke kehidupan yang baik. Kehidupan yang lebih bermanfaat. Yang diabadikan untuk jalan kebenaran dan jalan kebaikan. 3

Tuan-tuan dan Puan-puan; Tetapi kehidupan yang lebih baik itu tidak akan terjelma tanpa usaha dan amal. Menyimpan hasrat untuk menuju kepada kehidupan yang lebih baik sahaja tidak memadai. Kita diperintahkan untuk bekerja dan selalu berusaha agar apa yang kita ingin dan cita-citakan dapat tercapai. Inilah sikap dan pemikiran berkemajuan. Yakinlah tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang boleh berhasil tanpa melalui proses bekerja dan berusaha. Seperti sabda Rasulullah yang berbunyi: Dan katakanlah: bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu. Allah akan memberikan kehidupan yang baik dan sejahtera bagi orang beriman yang mahu beramal atau bekerja secara baik dan bersungguh-sungguh. Dinyatakan dalam sabda Nabi Muhammad saw yang ertinya: Bekerjalah untuk kehidupan kamu di dunia, seakan-akan kamu akan hidup selamanya dan beramallah untuk akhiratmu, seakan-akan kamu akan mati esok. Maka, bersempena dengan lembaran tahun baru ini, saya mengajak semua pihak untuk mempertimbangkan 3 perkara penting. Pertama, tampil dan bekerjalah untuk agama. Untuk bangsa dan Negeri Johor. Untuk Malaysia yang kita cintai. Hanya melalui kerja keras, kita akan menjadi Melayu maju. Bangsa yang yang terhormat. Dan Malaysia akan berdaya saing. Lakarkanlah apa jua strategi pemerkasaan ummah. Ia pasti tidak akan berjaya tanpa transformasi budaya dan pemikiran bahawa segala-galanya harus melalui usaha dan kerja keras. Keperkasaan insan, kehidupan yang sejahtera, kejayaan dalam kerjaya dan pendidikan, semuanya tidak akan tercipta tanpa kegigihan usaha dan amal. Maka kembalilah kepada fitrah sebuah kejayaan, yakni usaha dan kerja keras. BAIT AL AMANAH House of Trust 4

Kedua, percayalah betapa kehidupan yang lebih baik itu tidak akan terjelma jika kita gagal memandang ke depan dengan penuh optimis. Inilah pemikiran berkemajuan. Benar, cabaran dan ujian itu akan sentiasa datang. Jalan kejayaan akan sentiasa berliku. Jika tidak kerana kelemahan pendekatan kita, barangkali kerana masa dan waktu yang tidak sesuai. Tetapi, biar apa pun pancarobanya, kejayaan dan rencana masa depan menuntut kebingkasan tanpa mengenal putus asa. Kerana Islam mengajar kita untuk tidak boleh berputus asa. Tanpa adanya semua ini, kita tidak akan dewasa dalam kehidupan kita. Dan Islam secara tegas melarang sikap berputus asa, sebagaimana firman Allah swt dalam surat Yusuf ayat 87 yang maksudnya: Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir. Maka jangan sesekali kita putus harap dalam memperbaiki diri kita, keluarga kita, bangsa kita, tanahair kita. Benar kita selalu lalai. Itu lumrah manusiawi. Dan kita kerap sekali tersasar dan lupa. Tetapi adalah benar juga bahawa berputus asa itu tidak akan membawa kita kemana-mana. Jangan kita lupa risalah Rasulallah yang sangat kita cintai. Apa yang baginda tidak tempuhi sebelum hijrahnya. Selama bertahun-tahun baginda dicerca, diperangi, dihindari oleh masyarakat Mekah. Tidak pernah sekali baginda berputus harap. Bayangkan jika baginda berputus harap. Pasti Islam tidak akan sampai ke zaman dan daerah ini. Tetapi segala cubaan, segala derita, telah memaksa baginda mencari jalan baru untuk menjayakan Islam.Lalu dengan harapan baru, baginda melakukan penghijrahan. Dan melalui perjalanan bersejarah itulah, Islam sekarang ini menjadi anutan kepercayaan terbesar dunia. Menjadi agama yang membawa pencerahan. Menjadi kepercayaan yang tersebar paling cepat di seluruh pelusuk dunia. 5 BAIT AL AMANAH House of Trust

Ketiga, marilah kita semua berusaha menyeramakkan ukhuwah islamiyyah, demi mengukuhkan perpaduan ummah. Selari dengan tema sambutan kita pada tahun ini, saya ingin sekali menegaskan betapa amat penting untuk kita semua bersatu padu demi menikmati kehidupan yang lebih baik dan sejahtera. Malah, bukan sahaja bersatu padu dan hidup bersama sebagai sebuah komuniti. Namun, benar-benar bersahabat dan menjadi saudara kepada satu sama lain. Dengan ikhlas, dengan jujur kepada satu sama lain. Tidak akan ada kehidupan yang lebih baik jika masyarakat Islam itu berpecah belah. Saling menyakiti antara satu sama lain. Akhirnya, yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Tidak akan ada kehidupan yang lebih baik jika kita menidakkan kepentingan dan hak orang bukan Islam. Raikanlah kepelbagaian tanahair kita. Semua orang berbeza. Semua orang tidak sama. Maka terima segala perbezaan ini dan bersatulah di bawah lembayung dan syiar Islam. Hanya melalui kesatuan kita akan menjadi kuat. Kesatuan sesama Muslim. Kesatuan bersama pelbagai kaum lain. Pelbagai agama lain. Kerana Islam itu mengajak kepada kesatuan. Mengajak pada jalan damai dan jalan saling mengasihi antara satu sama lain. Maka ambillah peringatan sempena lembaran baru ini. Luaskan persahabatan kita. Murnikan nurani kita dengan mengasihi semua orang. Kerana hanya dengan kesatuan hati-hati yang baik, yang damai, yang tiada hasad dan dengki, Islam akan lebih subur. Islam yang subur dan maju, akan menjadikan negara dan bangsa ini maju dan bersatu. Negara yang maju dan bersatu, akan menjelmakan umat terbaik. Darinya kelak, akan lahirlah negara dan masyarakat yang mendapat limpahan rahmat dan pengampunan illahi, insyaallah. Tuan-tuan dan puan-puan, BAIT AL AMANAH House of Trust Maka, saya akhiri dengan mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat Tahun Baru 1438 Hijrah. Semoga tahun ini lebih baik buat kita semua. Terima kasih. 6