AKTA [ ] DAN BAWASANYA kekurangan tersebut telah berakar umbi sejak beberapa generasi dan menimbulkan kitaran ketaksamaan turun-temurun;

dokumen-dokumen yang mirip
UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 1 D.R. 43/2010

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Teknologis dan Juruteknik 1 D.R. 30/2014 RANG UNDANG-UNDANG TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2014

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 1 D.R. 2/2015 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM 2015

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 1 D.R. 13/2015 RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA 2015

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

RANG UNDANG-UNDANG AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

AKTA PILIHAN RAYA 1958

SUSUNAN FASAL BAHAGIAN. 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

D.R. 53/2007 RANG UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2007

D.R. 27/2006 RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2006

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

(b) apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dilaporkan,

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

D.R. 2/2008 RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

AKTA BANK PERTANIAN MALAYSIA 1969

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

BAHAGIAN I PERMULAAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

Yayasan Labuan 1 D.R. 26/2009 RANG UNDANG-UNDANG YAYASAN LABUAN 2009

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

KAEDAH-KAEDAH PENGANTARAAN KLRCA JADUAL-JADUAL PENGANTARAAN KLRCA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta A1489 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2015

Undang-Undang Malaysia

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Kawalan Harga dan Antipencatutan 1 D.R. 29/2010 RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2010

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

Transkripsi:

AKTA KETERANGKUMAN SOSIAL 2014 AKTA [ ] Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pembangunan dan pelaksanaan pelan tindakan bersepadu untuk menangani penyisihan serius dalam masyarakat Malaysia. BAHAWASANYA sebuah masyarakat yang terangkum dari segi sosial adalah masyarakat di mana keperluan asas semua ahli masyarakat tersebut dipenuhi agar mereka dapat hidup sentosa; DAN BAHAWASANYA sebilangan besar warganegara Malaysia telah menjadi masyarakat terpinggir dan dihalang daripada mengambil bahagian dengan sepenuhnya dalam masyarakat, lantas menyebabkan mereka tersisih, antara lainnya, daripada peluang pekerjaan dan pendidikan dan rangkaian sosial dan masyarakat; DAN BAHAWASANYA individu tersebut diberikan akses yang amat terbatas kepada kuasa dan badan membuat keputusan, peluang yang terhad untuk mempengaruhi keputusan atau dasar yang menjejaskan mereka, dan peluang yang tipis untuk meningkatkan standard kehidupan mereka; DAN BAWASANYA kekurangan tersebut telah berakar umbi sejak beberapa generasi dan menimbulkan kitaran ketaksamaan turun-temurun; DAN BAHAWASANYA pembangunan dan pelaksanaan pelan tindakan bersepadu diakui sebagai amat penting untuk menangani penyisihan ini demi kemajuan dan pembangunan berterusan negara ini; MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Parlimen seperti berikut: 1

BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula berkuat kuasa (1) Akta ini bolehlah dinamakan [Akta Keterangkuman Sosial 2014]. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. 2. Tafsiran Dalam Akta ini, melainkan jika konteks menghendaki makna yang lain:- Ahli Gabungan termasuk yayasan, syarikat dan entiti yang dibiayai oleh Kerajaan yang terlibat dalam program membasmi kemiskinan dan pembangunan masyarakat Asas Aset ertinya tahap pencapaian pendidikan, kemahiran pekerjaan, status kesihatan am dan pemakanan; dan sumber kewangan individu, keluarga dan masyarakat Pelan Tindakan ertinya satu agenda yang bersepadu dan menyeluruh yang merangkum dasar, program dan projek yang diselia dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Penyisihan ertinya proses melalui mana individu atau kumpulan diketepikan, dengan sepenuhnya atau sebahagiannya, daripada melaksanakan hak ekonomi, sosial dan politik mereka masing-masing. Penyisihan menghalang insan daripada merealisasi potensi penuh mereka dan daripada turut serta dengan sepenuhnya sebagai ahli yang berharga dalam masyarakat. 2

Suruhanjaya ertinya Suruhanjaya Keterangkuman Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta ini BAHAGIAN II PENUBUHAN SURUHANJAYA 3. Penubuhan Suruhanjaya (1) Maka dengan ini tertubuhlah suatu pertubuhan perbadanan dengan nama "Suruhanjaya Keterangkuman Sosial". (2) Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan. (3) Suruhanjaya boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya. (4) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, dan atas apa-apa terma yang difikirkannya patut, Suruhanjaya boleh - (a) (b) membuat kontrak; dan berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan harta tak alih: (i) (ii) memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan memegang, menikmati, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, 3

memindahmilikkan, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apaapa urusan mengenai, harta itu dan sebarang kepentingan dalam harta itu yang terletak hak pada Suruhanjaya. 4. Meterai perbadanan (1) Meterai perbadanan Suruhanjaya hendaklah mengandungi suatu tanda yang diluluskan Suruhanjaya dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan "Suruhanjaya Keterangkuman Sosial" bolehkah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Suruhanjaya. (3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis. (4) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan dan disahkan sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (3), hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya. (5) Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain 4

yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya bagi pihak Suruhanjaya. (6) Meterai perbadanan Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. 5. Keanggotaan Suruhanjaya (1) Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada tujuh orang anggota.. (2) Anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik oleh Yang di-pertuan Agong atas saranan Perdana Menteri, yang mana saranannya hendaklah ditentukan oleh Parlimen sebagaimana yang disebut dalam Seksyen 6. (3) Anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik daripada mereka yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktik dalam atau berhubung dengan subjek Akta ini. (4) Seorang anggota Suruhanjaya hendaklah menjawat jawatan bagi tempoh tiga tahun dan layak dilantik semula sekali lagi bagi suatu tempoh selama tiga tahun lagi. 6. Jawatankuasa hendaklah dirunding berhubung dengan pelantikan (1) Bagi maksud subseksyen 5(2) dan 7(1), Parlimen hendaklah menentukan orang-orang yang disarankan oleh Perdana Menteri kepada Yang di-pertuan 5

Agong untuk dilantik sebagai anggota Suruhanjaya. (2) Bagi maksud seksyen 5(1), Dewan Rakyat hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen bagi tujuan menentukan orang-orang sesuai yang akan disarankan, dan Suruhanjaya tersebut hendaklah terdiri daripada: (a) (b) ketua Pembangkang, yang hendaklah bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa tersebut; dan empat Ahli Parlimen, dua daripadanya masingmasing dicalonkan oleh Kerajaan dan Pembangkang. (3) Jawatankuasa tersebut boleh menentukan pengendalian prosidingnya sendiri tetapi hendaklah melantik tiga orang pakar dalam hal-hal yang melibatkan Suruhanjaya dengan mengambil kira keadaan khusus di Malaysia Barat, Sabah dan Sarawak untuk membantu Jawatankuasa tersebut dalam penimbangannya. (4) Jawatankuasa tersebut hendaklah mengemukakan saranannya di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen untuk sokongan mereka sebelum Parlimen memaklumkan saranannya kepada Perdana Menteri. Jika Parlimen tidak dapat menyokong saranan oleh Jawatankuasa tersebut, Jawatankuasa tersebut akan bersidang semula untuk menimbangkannya dengan lanjut sebagaimana dianggap wajar menurut keadaan. 7. Pengerusi dan Naib Pengerusi (1) Yang di-pertuan Agong hendaklah, atas saranan oleh Perdana Menteri, melantik seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi Suruhanjaya daripada anggota yang 6

dilantik di bawah seksyen 5. (2) Tempoh jawatan Pengerusi dan Naib Pengerusi adalah tempoh keanggotaan mereka masing-masing dalam Suruhanjaya. (3) Sekiranya Pengerusi Suruhanjaya tidak dapat melaksanakan fungsi Pengerusi atas apa-apa sebab jua, atau semasa sebarang tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Naib Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi. 8. Mesyuarat Suruhanjaya (1) Pengerusi Suruhanjaya akan mempengerusikan semua mesyuarat Suruhanjaya. (2) Jika Pengerusi tidak menghadiri apa-apa mesyuarat, Naib Pengerusi Suruhanjaya hendaklah mempengerusikan mesyuarat tersebut. (3) Kuorum pada semua mesyuarat hendaklah dua pertiga daripada bilangan anggota Suruhanjaya. (4) Anggota Suruhanjaya hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mencapai semua keputusan mesyuarat secara persetujuan dan jika tidak, keputusan oleh majoriti dua pertiga anggota yang hadir diperlukan. (5) Suruhanjaya hendaklah menentukan pengendalian prosidingnya sendiri. 9. Saraan (1) Pengerusi Suruhanjaya hendaklah dibayar sebarang jumlah saraan dan elaun yang boleh ditentukan oleh Yang di-pertuan Agong. 7

(2) Setiap anggota Suruhanjaya hendaklah dibayar elaun pada sebarang kadar yang boleh ditentukan oleh Yang di-pertuan Agong (3) Pembayaran saraan kepada anggota Suruhanjaya adalah dibiayai dibawah Kumpulan Wang Disatukan. 10. Pengosongan jawatan Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah menjadi kosong - (a) (b) (c) (d) jika anggota itu meninggal dunia; jika anggota itu meletak jawatan melalui surat yang dialamatkan kepada Yang di-pertuan Agong; apabila tamat tempoh jawatannya; atau jika anggota itu disingkirkan daripada jawatannya atas apa-apa alasan yang dinyatakan dalam seksyen 11. 11. Penyingkiran Seseorang anggota Suruhanjaya boleh disingkirkan daripada jawatan oleh Yang di-pertuan Agong jika- (a) (b) anggota itu dihakimi insolven oleh mahkamah dengan bidang kuasa kompeten; anggota itu disabitkan kesalahan di Malaysia atau di tempat lain terhadap kesalahan jenayah yang menjadikannya tidak sesuai menjadi anggota Suruhanjaya, dan terutamanya, tetapi tidak terhad 8

kepada, kesalahan melibatkan fraud atau ketidakjujuran; (c) (d) (e) Yang di-pertuan Agong, selepas berunding dengan pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, berpendapat bahawa anggota itu tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk terus menjawat jawatannya; anggota itu tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa mendapatkan kebenaran Suruhanjaya atau, bagi Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri; apabila Parlimen menentukan bahawa anggota itu:- (i) terlibat dalam sebarang jawatan atau pekerjaan berbayar yang bercanggah dengan tugasnya sebagai anggota Suruhanjaya; (ii) telah melakukan salah laku atau berkelakuan dalam cara yang memburukkan nama Suruhanjaya; atau (iii) bertindak melanggar Akta ini dan bercanggah dengan tugasnya sebagai anggota Suruhanjaya. 12. Penzahiran kepentingan (1) Seseorang anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 14 yang memperolehi kepentingan langsung atau tidak langsung sama ada dengan sendiri, melalui ahli keluarganya atau sekutunya berhubung dengan apaapa perkara yang dibincangkan oleh Suruhanjaya atau jawatankuasa hendaklah menzahirkan kepada Suruhanjaya atau jawatankuasa, mengikut keadaan, 9

hakikat tentang kepentingannya dan sifat kepentingan tersebut. (2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa, mengikut keadaan, di mana perkara tersebut dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu - (a) (b) tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam sebarang pertimbangan atau keputusan Suruhanjaya atau jawatankuasa, mengikut keadaan; dan tidak boleh dikira bagi maksud membentuk suatu kuorum Suruhanjaya atau jawatankuasa, mengikut keadaan, apabila perkara tersebut dibincangkan atau diputuskan. (3) Seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang gagal menzahirkan kepentingannya seperti yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan kesalahan dan, jika disabitkan bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (4) Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa boleh dibatalkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini. (5) Bagi maksud seksyen ini - "ahli keluarganya", berkenaan dengan seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa, termasuk- (a) suami atau isterinya; 10

(b) (c) (d) (e) ibu bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya); anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri); abang atau kakak atau adiknya (termasuk abang atau kakak atau adik suami atau isterinya); dan suami atau isteri abang atau kakak atau adiknya; dan "sekutu", berkenaan dengan seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa, ertinya- (a) (b) (c) (d) (e) orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu; sesuatu firma yang anggota itu atau mana-mana nomininya menjadi rakan kongsinya; rakan kongsi anggota itu; pemegang amanah bagi amanah yang anggota itu atau ahli keluarganya menjadi benefisiarinya; atau mana-mana perbadanan menurut maksud Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau mana-mana nomininya atau ahli keluarga anggota itu menjadi pengarah atau mempunyai pemegangan saham ketara dalam perbadanan itu. 13. Kebertanggungjawapan kepada Parlimen (1) Suruhanjaya hendaklah bertanggungjawab kepada 11

Parlimen dan hendaklah mengemukakan laporan tahunannya kepada kedua-dua Majlis Parlimen; (2) Di samping itu, Suruhanjaya hendaklah mengemukakan kepada kedua-dua Majlis Parlimen laporan separuh tahun yang terperinci tentang halehwalnya dan laporan itu hendaklah termasuk: (a) semua maklumat yang perlu untuk membolehkan Parlimen membentuk pandangan tentang pengurusan Kumpulan Wang dan penggunaan wang dalam Kumpulan Wang; (b) semua maklumat yang perlu untuk membolehkan Parlimen membentuk pandangan tentang hal-ehwal Suruhanjaya dan tentang keberkesanan program tindakan yang dibangunkan dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya; dan (c) satu perakuan oleh Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa rekod kewangan separuh tahun Kumpulan Wang telah diaudit dan didapati dalam keadaan memuaskan. Dengan syarat bahawa Ketua Audit Negara juga dikehendaki mengesahkan rekod Suruhanjaya bagi maksud laporan tahunan Suruhanjaya. (3) Semua laporan Suruhanjaya hendaklah disediakan kepada orang ramai dengan, antara lainnya, menyediakan salinan laporan pada kos yang munasabah dan menyebabkan laporan diterbitkan di laman web yang ditetapkan oleh Suruhanjaya bagi tujuan tersebut. Peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] tidak terpakai kepada laporan Suruhanjaya. 12

(4) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] terpakai kepada Suruhanjaya. 14. Pelantikan Setiausaha dan kakitangan (1) Suruhanjaya hendaklah melantik Setiausaha Suruhanjaya. (2) Suruhanjaya boleh melantik mana-mana pekerja dan pekhidmat lain yang mungkin diperlukan untuk membantu Suruhanjaya melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini. 15. Perlindungan anggota, pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya (1) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding boleh dimulakan di mana-mana mahkamah terhadap Suruhanjaya atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, atau pekhidmat Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dalam kapasiti tersebut dengan syarat pada masa itu dia menjalankan fungsinya dengan suci hati. (2) Tiada tindakan atau prosiding, sama ada sivil atau jenayah boleh dimulakan di mana-mana mahkamah terhadap mana-mana anggota Suruhanjaya berkenaan dengan sebarang laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini atau terhadap manamana orang lain berhubung dengan penerbitan pemerian yang sebahagian besarnya benar tentang laporan tersebut oleh orang itu. (3) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa 13

tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Suruhanjaya atau terhadap mana-mana anggota Suruhanjaya, mana-mana anggota jawatankuasa, dan pekerja atau ejen Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian. (4) Bab IX dan X Kanun Kesiksaan [Akta 574] terpakai kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya seolah-olah rujukan kepada "pekhidmat awam" telah digantikan dengan "anggota, pegawai atau pekhidmat Suruhanjaya". BAHAGIAN III PENUBUHAN KUMPULAN WANG 16. Penubuhan Kumpulan Wang (1) Maka dengan ini tertubuhlah suatu kumpulan wang yang hendaklah dikenali sebagai Kumpulan Wang Keterangkuman Sosial. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada - (a) (b) (c) sebarang jumlah yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa; semua atau mana-mana bahagian fi, caj pentadbiran atau caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar dibayar kepada Suruhanjaya di bawah Akta ini; semua wang yang merupakan pendapatan yang 14

didapatkan daripada pelaburan yang dibuat oleh Suruhanjaya; (d) (e) (f) (g) semua wang yang diterima oleh Suruhanjaya melalui geran; semua wang dan harta lain yang boleh dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; sebarang kos yang dibayar kepada, atau yang didapatkan kembali oleh, Suruhanjaya dalam apa-apa tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah; dan semua wang yang diterima secara sah oleh Suruhanjaya, termasuklah bunga. (3) Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut: (a) bagi perbelanjaan pembangunan yang ditanggung oleh Suruhanjaya berhubung dengan Akta ini; (b) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Suruhanjaya; (c) membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota Suruhanjaya, anggota jawatankuasa dan pekerja Suruhanjaya; (d) membayar apa-apa bayaran, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan perolehan barang-barang dan perkhidmatan, termasuklah penggajian pakar runding, fi dan kos guaman 15

dan fi serta kos lain, yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh Suruhanjaya pada melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah undangundang persaingan; (e) (f) (g) (h) membeli atau menyewa peralatan, jentera dan apa-apa benda lain, mendapatkan tanah dan apa-apa aset, dan membina bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan membuat apaapa aku janji lain pada melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini; membayar balik wang yang dipinjam dan bunga yang kena dibayar di atasnya; memberikan pinjaman, biasiswa, pendahuluan, faedah persaraan, pencen, ganjaran dan manfaat lain; dan pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini. BAHAGIAN IV FUNGSI DAN KUASA SURUHANJAYA 17. Fungsi Suruhanjaya (1) Untuk melanjutkan matlamat Akta ini, fungsi Suruhanjaya adalah: (a) (b) untuk membangunkan dasar keterangkuman sosial; untuk mengenal pasti individu atau masyarakat yang tersisih atau lemah dan keperluan mereka; 16

(c) untuk membangunkan dan melaksanakan pelan tindakan bersepadu yang dianggap perlu oleh Suruhanjaya untuk menangani penyisihan individu atau masyarakat, seperti program tindakan yang bertujuan: (i) (ii) mengurangkan kemiskinan benar; mengurangkan ketaksamaan pendapatan; (iii) menghapuskan diskriminasi keinstitusian; (iv) membina kapasiti untuk masyarakat yang tersisih atau lemah; (v) menyediakan jaringan keselamatan sosial untuk individu atau masyarakat yang tersisih atau lemah (d) Untuk melaksanakan, atau menyelia pelaksanaan, apa-apa pelan tindakan yang mungkin dibangunkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa; (e) (f) (g) Untuk menetapkan model campur tangan; Untuk memantau, menilai dan meluluskan pelaksanaan pelan tindakan keterangkuman sosial oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri; dan Untuk menyelia dan mengurus Kumpulan Wang. (2) Pada melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, perundangan 17

antarabangsa dan nilai nilai masyarakat demokratik berasaskan kebebasan dan kesamarataan manusia, dan hendaklah berunding dan berinteraksi dengan masyarakat yang tersisih tentang pelbagai aspek keterangkuman sosial. (3) Semasa membuat apa-apa perakuan kepada Yang di- Pertuan Agong di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri hendaklah bertindak mengikut syor Suruhanjaya. (4) Semua pelan tindakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hendaklah dibangunkan sejajar dengan dasar keterangkuman sosial oleh Suruhanjaya, dan diluluskan dalam apa jua cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya, sebelum pelepasan sebarang wang yang diperuntukkan untuk pelan tindakan itu oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, atau mana-mana kementerian, agensi atau ahli gabungan Kerajaan itu. (5) Suruhanjaya hendaklah menyatakan sebabnya semasa meluluskan atau menolak sebarang pelan tindakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana kementerian, agensi atau ahli gabungan Kerajaan itu, dan sebab bertulis itu hendaklah dimasukkan ke dalam laporan separuh tahunan yang diperuntukkan di bawah seksyen 13(2) Akta ini. 18. Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf dasar dasar keterangkuman social (1) Sebelum menyediakan draf dasar keterangkuman social, Suruhanjaya hendaklah mengambil langkah yang pada pendapatnya akan memastikan:- 18

(a) bahawa publisiti diberikan kepada perkara yang dicadangkannya untuk dimasukkan dalam draf dasar keterangkuman sosial; (b) bahawa orang yang mungkin dijangka ingin mendapatkan peluang untuk membuat representasi kepada Suruhanjaya dengan perkara itu menyedari bahawa mereka berhak mendapat, dan diberi, peluang untuk berbuat demikian 19. Publisiti berkaitan dengan draf dasar keterangkuman sosial (1) Selepas menyediakan draf dasar keterangkuman sosial, dan sebelum diterimapakai, Suruhanjaya hendaklah menyediakan salinan draf untuk diperiksa dipejabat, di laman web dan ditempat tempat lain yang dinyatakan dalam notis itu; dan setiap salinan hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan mengenaimasa, sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (2), yang bantahan terhadap rancangan itu boleh dibuat kepada Suruhanjaya. (2) Sebelum menyediakan salinan draf dasar keterangkuman social untuk pemeriksaan dibawah perenggan (1), Suruhanjaya hendaklah menyiarkan, dalam tiga keluaran daripada sekurangkurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, suatu notis yang menyatakan bahawa salinan draf dasar itu boleh didapati untuk diperiksa, dan mass tidak kurang daripada empat minggu tarikh notis dikeluarkan untuk bantahan terhadap draf dasar itu boleh dibuat kepada Suruhanjaya; dan (3) Masa yang diberi untuk bantahan terhadap draf dasar itu, dari tarikh notis itu mula dikeluarkan di bawah 19

perenggan (2), boleh dilanjutkan sekali oleh Suruhanjaya selama tidak melebihi empat minggu untuk faedah mana-mana pembantah yang tertentu. 20. Kuasa Suruhanjaya (1) Untuk melanjutkan matlamat Akta ini, Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Untuk menjalankan sebarang siasatan yang dianggap perlu oleh Suruhanjaya; Untuk melaksanakan sebarang tinjauan yang perlu dalam setiap kawasan pilihan raya Parlimen untuk mengenal pasti individu atau masyarakat yang tersisih atau lemah dan keperluan mereka; Untuk menubuhkan unit campur tangan untuk menyelia dan melaksanakan pelan tindakan di setiap kawasan pilihan raya Parlimen; Untuk mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan penglibatan Ahli-ahli Parlimen untuk membangunkan dan melaksanakan pelan tindakan; Untuk membayar sebarang wang daripada Kumpulan Wang yang dianggap perlu untuk Suruhanjaya melaksanakan pelan tindakan; (2) Suruhanjaya hendaklah, bagi maksud suatu siasatan di bawah Akta ini, mempunyai kuasa - (a) untuk mendapatkan dan menerima semua keterangan, bertulis dan lisan, dan untuk memeriksa semua orang itu sebagai saksi, 20

seperti yang dianggap sesuai atau wajar oleh Suruhanjaya untuk mendapatkan atau memeriksanya; (b) (c) (d) (e) untuk menghendaki agar keterangan, sama ada bertulis atau lisan, oleh mana-mana saksi diberikan di bawah sumpah atau ikrar, dan sumpah atau ikrar tersebut adalah sumpah atau ikrar yang diperlukan daripada saksi sekiranya dia memberikan keterangan di mahkamah undang-undang, dan untuk mengendalikan atau menyebabkan sumpah atau ikrar tersebut dikendalikan oleh pegawai yang diberi kuasa bagi tujuan itu oleh Suruhanjaya kepada setiap saksi tersebut; untuk memanggil mana-mana orang yang menetap di Malaysia agar menghadiri mesyuarat Suruhanjaya untuk memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam milikannya, dan untuk memeriksanya sebagai saksi atau menghendakinya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam milikannya; meskipun sebarang peruntukan dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56], untuk mengemukakan apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah; dan untuk membenarkan atau tidak membenarkan orang ramai menghadiri siasatan tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya. (3) Meskipun perenggan (2)(c), jika orang yang dipanggil adalah orang yang ditahan di bawah 21

sebarang undang-undang bertulis lain, saman tersebut hendaklah dikeluarkan selaras dengan undang-undang yang terpakai berhubung dengan tempat tahanan. BAHAGIAN V AM 21. Kuasa untuk mengambil kerja Suruhanjaya boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat-penasihat teknikal, termasuklah peguambela dan peguamcara, jurubank, pakar runding dan orang lain, pada melaksanakan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa tindakan yang perlu dilaksanakan atau dilakukan untuk melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik. 22. Kuasa untuk membuat peraturan tatatertib. (1) Suruhanjaya boleh membuat sebarang peraturan yang dianggapnya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya. (2) Jika sebarang peraturan tatatertib dibuat di bawah seksyen ini, Suruhanjaya hendaklah menyebabkan notis tentang kesan peraturan tersebut diberikan dalam apa jua cara yang dianggapnya perlu untuk membawanya kepada perhatian semua pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya yang terjejas oleh peraturan itu dan peraturan itu hendaklah, meskipun seksyen 19 dan 20 Akta Pentafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], berkuat kuasa sebaik sahaja notis diberikan tanpa penerbitan dalam Warta. 22