UNIT 7: RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN (LAN)

dokumen-dokumen yang mirip
UNIT I T 7 RAN A GKA K I A A I N A K A K W A A W S A A S N A T E T M E P M A P T A A T N A (LA L N A ) MaizunJamil,Jke,Pmm

UNIT 8 : RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN - LAN

3.0 RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI

PENGENALAN KEPADA RESIPAN

TAJUK MODUL SISTEM RANGKAIAN & DUNIA INTERNET

Topologi Jaringan Komputer

UNIT 2: PRINSIP ASAS PERHUBUNGAN DATA

9/1/2010. Topologi Jaringan Komputer. Pertemuan 5

Pertemuan V. Local Area Network

WEB DAN PERANGKAIAN SEKOLAH PENSYARAH ENCIK NORHASHIMI BIN SAAD

Mengenal Macam-macam Jaringan Komputer

3.0 RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI

Pertemuan 3 Dedy hermanto/jaringan Komputer/2010

KESTABILAN CERUN (ANALISIS TEGASAN JUMLAH)

PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH

TOPOLOGI JARINGAN KOMPUTER

Topologi Jaringan. Pengertian Topologi Jaringan. Jenis jenis Topologi :

MACAM-MACAM TOPOLOGI JARINGAN

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

Unsur yang menentukan jenis suatu LAN atau MAN adalah : Topologi Media Transmisi Teknik Medium Access Control

KONSEP DASAR JARINGAN KOMPUTER

Pengenalan. rajah blok sistem perhubungan analog/digital. SEE3533 (Prinsip Perhubungan 1) 1 / 52. Alias Mohd

Topologi Jaringan Topologi jaringan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Topologi Jaringan. 1. Topologi BUS

KESTABILAN CERUN- KAEDAH HIRISAN FELLENIUS

TOPOLOGI. Kelebihan dan kekurangan :

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET

Cara kerja Ethernet Card berdasarkan broadcast network yaitu setiap node dalam suatu jaringan menerima setiap transmisi data yang dikirim oleh suatu

MACAM-MACAM TOPOLOGI JARINGAN

TEKANAN SISI TANAH - TEMBOK PENAHAN

Bagaimana? Adakah anda masih ingat apa yang dinamakan sebagai tanah tidak jelekit?

PENGANTAR TEKNOLOGI INFORMASI TOPOLOGI JARINGAN

Materi. Penilaian UTS 30% UAS 40% Tugas 20% Partisipasi 10%

JARINGAN KOMPUTER 1 TUGAS 2 TOPOLOGI JARINGAN KOMPUTER

Jaringan Komputer 1 of 10. Topologi menunjuk pada suatu cara dimana end system atau station yang dihubungkan ke jaringan saling diinterkoneksikan.

PENGENALAN KEPADA TEKANAN SISI TANAH

TEGASAN TANAH - TEORI RANKINE DAN TEORI COULOMB (TANAH JELEKIT) OBJEKTIF : UNIT 7. Objektif Am :

computer modem konektor rj45

1. Membuat atau mengubahsuai sistem kawalan lebih mudah kerana tidak perlu mengubah sistem pendawaian, cuma perlu mengubah aturcara.

LOCAL AREA NETWORK. Mata kuliah Jaringan Komputer Iskandar Ikbal, S.T., M.Kom

UNIT 2 RESIPAN (JARINGAN ALIRAN BAGI TANAH ISOTROPIK) - CERUCUK KEPING DAN EMPANGAN KONKRIT OBJEKTIF

Gambar. 1: Physical Layer. Gambar. 2: Protocol Data Unit

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

1. Percakapan antar individu(manusia) 2. Mengirim dan atau menerima surat 3. Percakapan melalui telepon 3. Menonton Televisi 4. Mendengarkan radio

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST102 Pengantar Sistem Pengendalian & Komunikasi Data

KONSEP JARINGAN KOMPUTER

PENGANTAR JARINGAN KOMPUTER

Gambar : Topologi Bus Seluruh komputer berkomunikasi melalui satu jalur yang sama, yang dipergunakan bergantian.

JENIS JENIS JARINGAN KOMPUTER

Pengertian Jaringan Komunikasi Data. Komponen Jaringan Komunikasi Data

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST102 Pengantar Sistem Pengendalian & Komunikasi Data

~ 1 ~ 2. Apa itu Pangkalan Data. Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang.

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

PENGANTAR TEKNOLOGI INFORMASI PERTEMUAN VI : KONSEP DASAR JARINGAN

JARINGAN. berhubungan untuk melakukan komunikasi data. Tahun 1940-an : di Amerika dibuatlah proses beruntun (Batch Processing)

Perangkat Keras jaringan pengkabelan dan konektor. Untuk Kalangan sendiri SMK Muh 6 Donomulyo

KOMUNIKASI DATA. Agar komunikasi data dapat dilakukan, 3 buah elemen harus ada. data. Media transmisi. penerima. sumber

9/6/2014. Topologi Jaringan. Sesi 2. Mahasiswa mengenal tipe-tipe topologi jaringan komputer secara umum

MEDIA IMPLEMENTASI JARINGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Jaringan Komputer Dan Pengertiannya

SISTEM KONEKSI JARINGAN KOMPUTER. Oleh : Dahlan Abdullah

Kriteria Belanjawan Modal

PANDUAN FROG APPLIANCE PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jawaban Ulangan Harian XI TKJ Media, Macam, Topologi Jaringan

KOMUNIKASI DATA DAN JARINGAN KOMPUTER

UNIT 2 : TEKNIK DIAGNOSIS DAN ALAT-ALAT ENGUJIAN

Pengantar Teknologi Informasi Jaringan (Layer Fisik)

BAB II DASAR TEORI. menggunakan media gelombang mikro, serat optik, hingga ke model wireless.

Topologi Jaringan Komputer Ciri Kelebihan Jenis Topologi Jaringan

Topology Jaringan Komputer dan Pengkabelan Ring Topology

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Tugas 1. Pengantar Informatika

Jaringan Komputer. Struktur dan Arsitektur Jaringan Komputer. Dimodifikasi: Andik Setyono, Ph.D.

Memahami peranan komputer dalam komunikasi manusia Mengenalpasti definisi komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi Membezakan kategori komputer

Pengenalan perangkat keras Iwan Syarif

Secara khususnya, kepentingan keperluan komunikasi itu dapat kita senarai seperti berikut :

Perbedaan Kabel Utp dan Coaxial. Perbedaan Kabel Utp dan Coaxial. A.Kabel Coaxial

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

MYNETWORK TECHNOLOGY

PENGETAHUAN DASAR MEMBUAT JARINGAN KOMPUTER

Pertemuan I. Pengenalan Jaringan Komputer. Program Studi TEKNIK INFORMATIKA

PENGUJIAN LITAR. Tujuan pengujian bagi pemasangan

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Yulianto, M. Kom. STIE Putra Bangsa

UNIT 10 SERVIS PADUAN RANGKAIAN DIGIS

Network Technologies & Devices

MODUL 2 INSTALASI JARINGAN DAN SUBNETING

BAB 2 LANDASAN TEORI

INSTALASI LAN JARINGAN KOMPUTER BANDUNG, 2013

PROTOKOL PADA LAN Mata kuliah Jaringan Komputer Jurusan Teknik Informatika - UNIKOM

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

A. TOPOLOGI FISIK JARINGAN

JARINGAN KOMPUTER JARINGAN KOMPUTER

Pendahuluan. Koneksi secara fisik (Topologi secara fisik) Koneksi secara Logis (Topologi secara Logic)

Transkripsi:

E5124 / UNIT 7/ 1 UNIT 7: RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN (LAN) OBJEKTIF Objektif Am: Mengetahui dan memahami konsep rangkaian kawasan tempatan (LAN) Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya Dapat: - Mentakrif rangkaian kawasan tempatan (LAN). Menerangkan maksud topologi dalam rangkaian kawasan tempatan (LAN) dan kaedah yang digunakan seperti gelung, bintang dan bas. Menerangkan teknik penghantaran. Baseband Broadband

E5124 / UNIT 7/ 2 INPUT 7.0 Pengenalan Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN) Rangkaian kawasan Tempatan atau Local Area Network (LAN) merupakan sekumpulan komputer yang berkongsi sama ada perkakasan, perisian atau data. Secara ringkasnya ianya menghubungkan komputer yang berada berdekatan memggunakan talian komunikasi agar setiap komputer boleh berkongsi sumber dan media antara satu sama lain. LAN juga merujuk kepada suatu sistem rangkaian yang terbatas dalam suatu kawasan kecil. Secara fizikalnya, kawasan tersebut boleh jadi suatu makmal komputer, sekolah atau bangunan. komputer pelayan Rajah 7.1 Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN)

E5124 / UNIT 7/ 3 Apa itu rangkaian Komputer? Rangkaian Komputer adalah sekumpulan komputer dan peranti-peranti yang disambung bersama untuk membolehkan perkongsian sumber berlaku. Sumber-sumber yang boleh dikongsi bersama dalam suatu rangkaian antaranya ialah seperti rajah 7.2. Penceta Mode Mesin Rangkaian Grafik Data Mese Rajah 7.2 rangkaian komputer Secara umum rangkaian komputer mempunyai komponen-komponen seperti berikut: Servers komponen yang menyediakan perkongsian sumber kepada pengguna Rangkaian Client komputer yang boleh mencapai perkongsian sumber yang disediakan oleh Server Medium Kaedah atau cara bagaimana komputer disambung

E5124 / UNIT 7/ 4 INPUT 7.2 Topologi dalam LAN dan kaedah yang digunakan Topologi ialah susun atur atau bentangan fizikal komputer, kabel dan komponen-komponen rangkaian yang lain. Ianya merupakan satu istilah yang biasanya digunakan oleh para profesional rangkaian apabila mereka merujuk kepada rekabentuk asas rangkaian.susun atur fizikal ini boleh mengambarkan rekabentuk rangkaian yang hendak dibina, melalui lakaran rajah. Pemilihan topologi rangkaian yang betul dan tepat adalah penting kerana ia akan memberi kesan kepada keseluruhan rangakaian yang hendak dibina. Diantaranya kesannya ialah: i) Jenis peralatan yang diperlukan oleh rangkaian ii) Keupayaan peralatan iii) Pengembangan rangakaian iv) Cara rangkaian diurus. Dalam sistem rangkaian, komputer perlu disambung ke rangkaian untuk membolehkannya dapat berkongsi sumber. Kebanyakan rangkaian menggunakan kabel sebagai media penyambungan. Namun demikian ianya tidak semudah mencucuk kabel rangkaian komputer anda dengan kabel yang tersambung dengan komputer lain. Kita perlu mengambil kira kombinasi jenis kabel dengan Network Interface Card yang digunakan, sistem pengoperasian rangkaian, dan komponenkomponen lain yang memerlukan jenis susunan yang berbeza. Topologi juga dapat menyatakan bagaimana komputer berkomunikasi di dalam rangkaian. Topologi yang berbeza memerlukan kaedah komunikasi yang berbeza dan kaedah ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap rangkaian

E5124 / UNIT 7/ 5 Terdapat tiga jenis topologi asas rangkaian iaitu; 1. BAS (BUS) 2. BINTANG (STAR) 3. GELUNG/CINCIN (RING) 7.2.1 Topologi BAS (BUS) Juga dikenali sebagai bas linear dan merupakan topologi yang paling mudah. Ia mengandungi kabel tunggal (juga dikenali sbagai segmen atau backbone) yang menyambung ke semua komputer dalam rangkaian dalam satu baris. Rajah 7.3 Topologi Bas Komputer dalam topologi ini berkomunikasi melalui pengalamatan data kepada komputer tertentu dengan meletakkan data dalam bentuk isyarat elektronik ke kabel rangkaian. Untuk memahami bagaimana komputer berkomunikasi dalam rangkaian bas kita kena tahu tiga konsep berikut: Penghantaran isyarat Isyarat bounce Terminator (penamat) a) Penghantaran isyarat Data dalam rangkaian adalah dalam bentuk isyarat elektronik dihantar kepada semua komputer dalam rangkaian. Namun demikian maklumat hanya akan diterima oleh komputer yang mempunyai alamat yang sepadan dengan alamat yang

E5124 / UNIT 7/ 6 dikodkan oleh isyarat asal. Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar isyarat atau data dalam satu tempoh masa. Oleh kerana hanya satu komputer sahaj yang boleh menghantar data dalam satu masa, maka ini akan memebri kesan kepada perfomance rangkaian apabila bilangan komputer yang tersambung meningkat. Semakin banyak komputer yang tersambung maka semakin lama komputer menunggu giliran untuk menghantar data dan rangkaian akan semakin lambat (slow). Tetapi tidak semestinya disebabkan bilangan komputer yang banyak tersambung dalam rangkaian bas, adalah sebab utama rangkaian menjadi lambat, ia juga boleh disebabkan beberapa faktor yang lain antaranya; Keupayaan perkakasan komputer dalam rangkaian Jumlah kekerapan komputer menghantar data Jenis aplikasi yang sedang dilaksanakan dalam rangkaian Jenis kabel yang digunakan dalam rangkaian Jarak diantara satu komputer dengan komputer yang lain dalam rangkaian Bas adalah rangkaian komputer yang pasif. Komputer dalam rangkaian bas hanya mendengar di talian rangkaian untuk mengetahui samada terdapat data yang di hantar. Komputer ini tidak bertindakbalas untuk menghantar data kepada komputer yang bersebelahan. Jika komputer gagal, ianya tidak memberikan kesan kepada kerseluruhan rangkaian. Dalam rangkaian yang aktif komputer menjana semula isyarat yang diterima sebelum memindahkan data tersebut talian rangkaian. b) Isyarat lantunan Data yang merupakan isyarat elektronik di hantar ke seluruh rangkaian, akan bergerak dari pangkal hingga hujung kabel rangkaian tersebut. Jika isyarat ini tidak dihentikan, isyarat ini akan melantun depn dan kebelakang disepanjang talian tersebut, Ini akan menyebabkab komputer lain tidak dapat menghantar isyarat atau data. Maka dengan itu isyarat ini harus dihentikan.

E5124 / UNIT 7/ 7 c) Terminator Untuk menghentikan isyarat ini dari melantun, terminator diperlukan pada setiap kedua-dua hujung kabel tersebut. Terminator ini berfungsi untuk menyerap isyarat yang telah dihantar agar ia tidak melantun dan menggangu komputer lain yang sedang menunngu giliran untuk menghantar data.jika kabel terputus maka salah satu hujung kabel tidak ada terminator maka ini akan meyebabkan rangkaian komputer terputus kerana berlakunya lantunan isyarat. Namun demikian komputer masih boleh digunakan tetapi perkonsian data tidak boleh berlaku selagi segmen yang terputus tidak dibaiki. Apabila rangkaian semakin berkembang kabel boleh dikembangkan dengan dua kaedah berikut: 1. Menggunakan barrel connector, yang membolehkan dua kabel disambung. Perlu diingatkan disini penyambung akan meyebabkan isyarat menjadi lemah atau susut. Jika terlalu banyak menggunakan penyambung ini juga boleh menyebabkan isyarat yang salah diterima. 2. Menggunakan repeater, iaitu boleh menyambungkan dua kabel. Repeater biasanya meningkatkan isyarat yang melaluinya sebelum ia dihantar ke destinasi. Repeater adalah lebih baik dari barrel kerana ia dapat menyambungkan dua kabel yang panjang atau jarak jauh tanpa perlu risau berlakunya kehilangan data.

E5124 / UNIT 7/ 8 AKTIVITI 7A Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya. Selamat Mencuba. Soalan a) Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian Kawasan Tempatan? b) Nyatakan 3 (tiga) topologi yang digunakan dalam LAN? c) Lukiskan dengan rangkaian topologi BAS 7.1.2 Topologi Bintang (STAR) Dalam topologi BINTANG semua kabel penyambung dari komputer akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semuanya akan disambung ke peranti yang dikenali sebagai hub. Rajah 7.4 : Toplogi Bintang Setiap komputer di dalam topologi ini berkomunikasi dengan hub pusat yang akan menghantar mesej samada kepada semua komputer (broadcast star network) atau hanya kepada destinasi komputer sahaja (switch star network).

E5124 / UNIT 7/ 9 Hub dalam adalah contoh rangkaian bintang broadcast. Hub terdapat boleh diperolehi dalam dua jenis iaitu aktif dan pasif. Hub jenis aktif menjana semula isyarat elektrik yang diterima dan menjana semula sebelum ia dihantar kepada semua komputer yang terseambung dengannya. Hub ini juga dikenali sebagai multiport repeater. Ia memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi. Hub jenis pasif, seperti panel pendawaian atau blok punch-down hanya bertindak sebagai punca penyambungan yang tidak menguatkan atau menjana semula sebarang isyarat yang masuk melaluinya. Ia juga tidak memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi. Rangkaian jenis star ini boleh dikembangkan lagi untuk membetuk rangkaian yang dikenali sebagai rangkaian HYBRID BINTANG. Rajah 7.5: Toplogi Bintang Hybrid Kelebihan topologi bintang 1. Proses penyambungan yang mudah 2. Proses memasang atau membuang sebarang peranti tambahan yang terbabit 3. tidak akan mengganggu sistem rangkaian 4. Sebarang kerosakan pada sistem rangkaian dapat dikesan dengan lebih mudah dan panta Kelemahan topologi bintang 1. Memerlukan kabel yang lebih panjang daripada topologi bas yang linear 2. Jika hub rosak, semua nod tidak boleh berfungsi dalam sistem rangkaian 3. Kos lebih tinggi jika dibandingkan dengan topologi linear bas

E5124 / UNIT 7/ 10 7.1.3.Topologi Cincin 1. Topologi Cincin atau Token Ring pula menghubungkan semua nod sebagai satu rantaian membulat seperti cincin. 2. Mesej atau data akan dipindahkan secara turutan mengikut satu laluan yang sama dalam cincin yang sama 3. Teknologi ini mula digunakan oleh sistem IBM dengan menggunakan Kabel jenis Type I dalam kategori Shielded Twisted Pair (STP). 4. Setiap data yang melalui nod akan disemak lokasi penghantarannya. Sekiranya tidak sama dengan nod yang dilaluinya, ia akan diserahkan kepada nod yang seterusnya dan ini akan berterusan sehingga alamat penghantarannya sama dengan nod yang dilaluinya. W orkstation W orkstation TO P O LO G I G E LU N G (R IN G ) W orkstation Rajah 7.6 Topologi Cincin 5. Memandangkan data dipindahkan mengikut satu laluan yang sama secara turutan maka kemungkinan untuk berlakunya perlanggaran data tidak timbul. 6. Kerja-kerja penyelenggaraan bagi sistem ini juga adalah seakan-akan sama dengan sistem topologi bintang. 7. Setiap nod boleh disambungkan ke sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem secara langsung. 8. Namun satu masalah yang timbul ialah sekiranya satu nod gagal berfungsi, keseluruhan sistem rangkaian kemungkinan akan turut terjejas. 9. Susunan nod di dalam topologi ini juga secara fizikalnya adalah hampir sama seperti topologi bintang, Cuma secara logiknya adalah berbentuk cincin.

E5124 / UNIT 7/ 11 10. Alat tambahan yang diperlukan dalam topologi ini dinamakan Multi Station Access Unit (MSAU). i) MSAU ini dipasang dalam satu rangkaian berbentuk cincin jika ianya lebih daripada satu unit. ii) Jika hanya satu unit sahaja digunakan, maka secara fizikalnya topologi ini adalah sama dengan sambungan topologi bintang. 7.3 Teknik Penghantaran i) Laju penghantaran suatu sistem ialah bit-bit yang dihantar persaat ii) iii) Lebar jalur yang besar membolehkan halaju yang lebih tinggi dan memuatkan bit komunikasi data yang tinggi Ada dua kaedah teknik penghantaran 7.3.1 Baseband 1. Menyediakan saluran tunggal untuk seluruh lebar jalur dimana lebarjalur tidak dibahagi kepada saluran-saluran 2. Boleh digunakan untuk membawa maklumat berlaianan jenis dengan teknik TDM dimana slot masa digunakan secara bergilir-gilir 3. Oleh kerana penghantaran secara digital tidak memerlukan modem walaubagaimanapun untuk suara memerlukan modem 4. Lebarjalur tidak semestinya besar lebih sesuai menggunakan kabel baseband diantara PC 5. Penghantaran Maxima bagi Baseband ialah (10Mbps atau lebih). Rajah 7.7(a) menunjukkan contoh penghantaran yang menggunakan kabel coaxial.ia digunakan untuk penghantaran data diantara dua sistem yang dipanggil point to point seperti yang ditunjukkan pada rajah 7.7(b).Manakala rajah 7.7(c) pula menunjukkan perkongsian masa (time-shared) yang dirujuk sebagai multidrop.

E5124 / UNIT 7/ 12 Rajah 7.7(a) Isyarat Kabel Coaxial Rajah 7.7(b) Point to point Rajah 7.7(b) Multidrop 7.3.2 Broadband 1. Lebarjalur dibahagikan kepada beberapa saluran 2. Menyediakan subsalur komunikasi dan membolehkan permindahan maklumat secara selari 3. Broadband mengunakan teknik FDM(frequency-devision multiplexing) kerana setiap saluran membawa frekuensi yang berbeza. Peranti FDM biasa dipanggil sebagai radio frequency (RF) modem. Rajah 7.8 adalah menunjuk prinsip bagi Boardband yang melibatkan proses pemodulatan dan nyahmodulat serta penapisan frekuensi. 4. Perlu lebarjalur yang besar yang besar, supaya boleh menempatkan banyak saluran iaitu 20 hingga 30 saluran per kabel

E5124 / UNIT 7/ 13 Rajah 7.8 Prinsip Broadband (a) Kabel skimatik (b) Bandwidth (c) RF modem skimatik.

E5124 / UNIT 7/ 14 AKTIVITI 7B Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya. Selamat Mencuba. SOALAN 1. Lakarkan rangkaian topologi bintang dan nyatakan kebaikan Kelemahannya. 2. Terangkan secara ringkas Teknik Penghantaran berikut: Baseband Broadband

E5124 / UNIT 7/ 15 MAKLUM BALAS 7A DAN 7B JAWAPAN a) Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian Kawasan Tempatan? Rangkaian kawasan Tempatan atau Local Area Network (LAN) merupakan sekumpulan komputer yang berkongsi sama ada perkakasan, perisian atau data. Secara ringkasnya ianya menghubungkan komputer yang berada berdekatan memggunakan talian komunikasi agar setiap komputer boleh berkongsi sumber dan media antara satu sama lain. b) Nyatakan 3 (tiga) topologi yang digunakan dalam LAN? i. Topologi Bas ii. iii. Topologi cincin Topologi bintang c) Lukiskan dengan rangkaian topologi bas.

E5124 / UNIT 7/ 16 Jawapan Soalan 1. Lakarkan rangkaian topologi bintang dan nyatakan kebaikan Kelemahannya. Kelebihan topologi bintang 5. Proses penyambungan yang mudah 6. Proses memasang atau membuang sebarang peranti tambahan yang terbabit 7. tidak akan mengganggu sistem rangkaian 8. Sebarang kerosakan pada sistem rangkaian dapat dikesan dengan lebih mudah dan panta Kelemahan topologi bintang 4. Memerlukan kabel yang lebih panjang daripada topologi bas yang linear 5. Jika hub rosak, semua nod tidak boleh berfungsi dalam sistem rangkaian 6. Kos lebih tinggi jika dibandingkan dengan topologi linear bas

E5124 / UNIT 7/ 17 2. Terangkan secara ringkas Teknik Penghantaran berikut: Baseband Broadband Jawapan Baseband Menyediakan saluran tunggal untuk seluruh lebar jalur dimana lebarjalur tidak dibahagi kepada saluran-saluran Boleh digunakan untuk membawa maklumat berlaianan jenis dengan teknik TDM dimana slot masa digunakan secara bergilir-gilir Oleh kerana penghantaran secara digital tidak memerlukan modem walaubagaimanapun untuk suara memerlukan modem Lebarjalur tidak semestinya besar lebih sesuai menggunakan kabel baseband diantara PC Penghantaran Max 10Mbps Broadband Lebarjalur dibahagikan kepada saluran-saluran Menyediakan subsalur komunikasi dan membolehkan permindahan maklumat secara selari Broadband mmengunakan teknik FDM kerana setiap saluran membawa frekuensi yang berbeza Perlu lebarjalur yang besar yang besar, supaya boleh menempatkan banyak saluran iaitu 20 hingga 30 saluran per kabel Hantar data hingga 180Mbps

E5124 / UNIT 7/ 18 PENILAIAN KENDIRI Untuk memahirkan diri anda lagi mengenai unit ini, anda bolehlah mencuba menjawab soalan kendiri yang telah disediakan. Selamat Mencuba.(soalan ini sebagai tugasan) SOALAN Terangkan jenis-jenis topologi yang terdapat dalam LAN dan nyatakan kaedah yang digunakan.