NO. SOALAN 336 DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN BUKAN LISAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DARIPADA Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] SO ALAN Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keluasan Hutan Simpanan Kekal di semua negeri mengikut kategori Hutan Perlindungan, Hutan Hasil, Hutan Lipur (Rekreasi), Hutan Penyelidikan dan Hidupan Liar.
JAWAPAN: Tuan Yang Dipertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengelasan Hutan Simpanan Kekal adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 bagi Semenanjung Malaysia, Enakmen Hutan Sabah 1968 bagi Negeri Sabah dan Ordinan Hutan Sarawak bagi Negeri Sarawak. Bagi Semenanjung Malaysia, pengelasan Hutan Simpanan Kekal adalah mengikut penggunaan, antara lain termasuk Hutan Perlindungan, Hutan Pengeluaran Kayu di bawah Perolehan Berkekalan, Hutan Lipur, Hutan Penyelidikan dan Hutan Perlindungan Hidupan Liar dan pecahannya mengikut keluasan adalah seperti di Lampiran 1. Bagi Negeri Sabah, pengelasan Hutan Simpan adalah mengikut fungsi spesifik dan dibahagikan kepada 7 Kelas iaitu Hutan Kelas I: Hutan Simpan Perlindungan; Hutan Kelas II: Hutan Simpan Komersial; Hutan Kelas Ill: Hutan Simpan Domestik; Hutan Simpan Kelas IV: Hutan Simpan Ameniti; Hutan Kelas V: Hutan Simpan Bakau; Hutan Kelas VI: Hutan Simpan Dara dan Hutan Kelas VII: Hutan Simpan Hidupan Liar. Pecahan keluasan adalah seperti di Lampiran 2. Bagi Negeri Sarawak, mengikut Sarawak Forests Ordinance, 1958. klasifikasi hutan terbahagi kepada 3 iaitu: (i) Hutan Kekal (Permenant Forest Estate); (ii) Hutan Tanah Kerajaan (State Land Forest); (iii) Hutan Terlindung Sepenuhnya (Totally Protected Areas) (a) Taman Negara dan Rizab Semulajadi (b) Suaka Hidupan Liar
Keluasan Hutan Kekal (Permenant Forest Estate), Taman Negara dan Rizab Semulajadi dan Suaka Hidupan Liar adalah seperti di Lampiran 3. Sekian, terima kasih.
Lampiran 1 Jadual: Keluasan Hutan Perlindungan, Hutan Pengeluaran, Hutan Lipur, Hutan Penyelidikan dan Hidupan Liar di mengikut negeri Semenanjung Malaysia Bagi Tahun 2012 (hektar) Negeri Hutan Hutan Hutan Hutan Hutan Perlindungan Perlindungan Pengeluaran Lipur Penyelidikan Hidupan Liar Johor 210,664 221,544 1,799 9,033 1,800 Kedah 140,631 184,832 2274 3,638 0 Kelantan 146,341 477,508 _/ 3,042 2,536 0 Mel aka 3,722 1,429 367 8 74 Negeri Sembilan 60,172 94,405 3,250 2,987 9,036 Pa hang 561,686 1,001,216 v 33,077 1,704 31,154 Perak 470,060 513,076 / 8,563 4,068 255 Perl is 10,799 0 186 0 4,380 Pulau Pinang 6,098 0 69 5 1,229 Selangor 177,583 72,546 14,601 9,643 6,851 Terengganu 177,677 361,556 4,769 10,742 15,000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 68 0 66 68 0 Putrajaya Jumlah 1,965,501 2,928, 112 72,063 44,432 69,779
Lampiran 2 Jadual: Keluasan Hutan Kelas I: Hutan Simpan Perlindungan; Hutan Kelas II: Hutan Simpan Komersial; Hutan Kelas Ill: Hutan Simpan Domestik; Hutan Simpan Kelas IV: Hutan Simpan Ameniti; Hutan Kelas V: Hutan Simpan Bakau; Hutan Kelas VI: Hutan Simpan Dara dan Hutan Kelas VII: Hutan Simpan Hidupan Liar di Negeri Sabah Bagi Tahun 2012 (hektar) Ke las Jenis Hutan Keluasan (ha) Kelas I Hutan Simpan Perlindungan 773,705.74 v Kelas II Hutan Simpan Komersial 2,241,501.00 Kelas Ill Hutan Simpan Domestik 6,919.00 Kelas IV Hutan Simpan Ameniti 15,725.44 Kelas V Hutan Simpan Bakau 331,620.12 Kelas VI Hutan Simpan Dara 102,043.24 Kelas VII Hutan Simpan Hidupan Liar 137,735.00
Lampiran 3 Jadual: Keluasan Hutan Kekal (Permenant Forest Estate}, Taman Negara dan Rizab Semulajadi dan Suaka Hidupan liar di Negeri Sarawak Bagi Tahun 2012 (hektar) Hutan Kekal Taman Negara (Permenant Forest dan Rizab Suaka Hidupan Liar Tahun Estate) Semulajadi 2012 4,337,164 600,000 200,000 Tc~~6 H(A+Ct("\ rl4ae/'5tui / lc/01tl:
JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT RT29/337 PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA PUAN TEO NIE CHING [ KULAI] JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PERTANYAAN BERTULIS Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada surat kelulusan untuk SMPC Foon Yew di Pasir Gudang telah dikeluarkan. JAWAPAN Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang sedang berkuat kuasa tidak memperuntukkan sebarang penubuhan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) baharu mahupun cawangannya.