Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

PENYERTAAN BERKUMPULAN (PUSAT TANGGUNGJAWAB) INDIVIDU

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi ICT

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

GARIS PANDUAN. 3.1 Inovasi hendaklah hasil idea yang dicetuskan oleh Fakulti/Institut/Pusat Kecemerlangan/Unit/Jabatan/Staf Universiti Putra Malaysia;

Anugerah Inovasi Proses Pengurusan Dan Pentadbiran

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pengurusan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA 2013 JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN INOVASI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 2016

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

1.0 TUJUAN 2.0 PENGENALAN

3 JUN 2016 (JUMAAT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Amalan Berkualiti (Individu)

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

GARIS PANDUAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HYBRID DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SPK ISO 9001:2000 FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PENGUKURAN, ANALISIS DAN PEMBAIKAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2000

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

TAKLIMAT PENYELARASAN DAN PENGHARMONIAN AUDIT SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR ISO 14001:2004 (EMS) UPM

1.0 TUJUAN 2.0 PENGENALAN

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KRITERIA AKNC 2017 Berdasarkan Kriteria Pendidikan Malcolm Baldridge 2011

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) DI UMS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN merupakan salah satu anugerah HKIP UPM 2016 Yang telah diadakan pada 28 OKTOBER 2016

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Kepimpinan Inovatif UKM

UNSUR PENILAIAN TERAS UTAMA UNTUK KENAIKAN PANGKAT - KATEGORI I Lampiran 1A-1

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

TAJUK PROJEK: TEKNIK DAN PROSEDUR PEMBUATAN BERSANDAR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2012 BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN 1 RINGKASAN EKSEKUTIF

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2005

Taklimat Kriteria untuk Komponen 2 -Transformasi (Sub-Komponen Jaringan Komuniti) Bagi Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran Sempena

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Manual Pengguna (Sekolah) APIn-J

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

GARISPANDUAN PENGURUSAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) di Universiti Teknologi MARA

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27

GARIS PANDUAN PENCALONAN

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

PROGRAM KESEDARAN DASAR DAN GARIS PANDUAN ICT SEKTOR AWAM JANUARI 2016

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

GARIS PANDUAN LIBATSAMA KOMUNITI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

BAB 14 AUDIT DALAMAN

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA 2016

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

DASAR PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 GARIS PANDUAN BAGI KATEGORI ANUGERAH PENTADBIR TERBILANG UNIVERSITI AWAM

Transkripsi:

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Kandungan 2 A. Tujuan Garis Panduan 3 B. Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan 3 Komunikasi (AIICT) I. Pengenalan II. Tafsiran Inovasi III. Objektif AIICT IV. Bentuk Hadiah V. Syarat Kelayakan Permohonan VI. Kaedah penyertaan VII. Tatacara permohonan VIII. Struktur Jawatankuasa Penilaian IX. Proses Penilaian C. Panduan Penyediaan Laporan Pencalonan AIICT 9 D. Kriteria Penilaian AIICT 10 Glosari 14 MUKA 2

A. TUJUAN GARIS PANDUAN 1. Dokumen ini merupakan panduan kepada agensi Sektor Awam untuk memohon menyertai Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT). Panduan ini menggariskan tatacara syarat kelayakan permohonan, format laporan permohonan, proses, kriteria-kriteria dan penilaian AIICT. B. ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT) I. PENGENALAN 2. Pada tahun 1999, Anugerah Perdana Teknologi Maklumat (APTM) telah diperkenalkan. Anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberi kepada sesuatu organisasi yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelaksanaan dan penggunaan berkesan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). APTM telah dianjurkan bersama oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri dan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM). Pada tahun 2007, APTM telah digantikan dengan Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AKICT) yang diperkenalkan di bawah struktur baru Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA). Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P) pada 2 November 2009 telah bersetuju supaya satu kaedah pengiktirafan yang baru diperkenalkan bagi Sektor Awam. Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) telah diperkenalkan bagi menggantikan AKICT pada tahun 2010 dan proses pencalonan AIICT dibuat secara atas talian. 3. Pemilihan pemenang dan Majlis Penyampaian Anugerah kepada pemenang akan dilaksanakan secara tahunan di dalam Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA). MUKA 3

II. TAFSIRAN INOVASI 4. Dalam konteks perkhidmatan awam, inovasi boleh ditafsirkan sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea tersebut boleh diperoleh dari dalam dan luar atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau diadaptasi untuk diguna pakai mengikut keperluan jabatan atau agensi. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada. Inovasi boleh berbentuk produk, perkhidmatan, proses atau teknologi. 5. Dalam konteks teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), inovasi merangkumi aplikasi, kandungan tempatan dan creative multimedia. III. OBJEKTIF AIICT 6. Anugerah ini diwujudkan dengan tujuan untuk : a. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada organisasi di atas inisiatif inovasi yang telah dilaksanakan serta telah berjaya memanfaatkan ICT; b. Memprofil pelaksanaan ICT yang inovatif bagi menggalakkan perkongsian maklumat melalui benchmarking; dan c. Mencetuskan persaingan positif dalam carta kedudukan (ranking) di kalangan organisasi dalam penggunaan ICT ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkualiti. MUKA 4

IV. BENTUK HADIAH 7. Pemenang akan diberi ganjaran yang lumayan dan setimpal dengan tarafnya sebagai anugerah unggul dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Sektor Awam. Ganjaran bagi pemenang adalah sebanyak RM300,000 dengan satu penerima sahaja. V. SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN 8. Syarat kelayakan bagi memohon menyertai AIICT adalah seperti berikut: a. Agensi-agensi Sektor Awam yang telah berjaya menggunakan ICT secara inovatif dalam menjalankan fungsi dan operasi teras mereka di organisasi masing-masing dengan berkesan; b. Projek yang dicalonkan perlulah telah beroperasi tidak kurang dari satu (1) tahun pada tarikh pencalonan AIICT dibuka; dan c. Projek yang dicalonkan tidak dikaitkan dengan rekod aduan yang serius atau aktiviti yang melanggar peraturan/pekeliling/akta/ undang-undang kerajaan yang sedang berkuat kuasa. VI. KAEDAH PENYERTAAN 9. Penyertaan bagi kategori pengiktirafan Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah melalui permohonan oleh agensi-agensi Kerajaan berpandukan kriteria penilaian yang ditetapkan. Agensi-agensi Kerajaan akan dipelawa untuk mengemukakan penyertaan bagi inovasi dan inisiatif kecemerlangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. MUKA 5

VII. TATACARA PERMOHONAN 10. Permohonan bagi AIICT adalah secara atas talian. Pemohon perlu mengemukakan Borang Pencalonan dan Laporan Pencalonan seperti dilampirkan mengikut format yang ditetapkan secara atas talian. Laporan Pencalonan Organisasi wajib mengemukakan Laporan Penuh dan Ringkasan Eksekutif yang menggambarkan secara ringkas keseluruhan projek yang dicalonkan. Maklumat lanjut pencalonan perlu dikemukakan mengikut format seperti di Borang Pencalonan AIICT. Laporan yang dikemukakan akan dirujuk oleh Jawatankuasa Tapisan dan Panel Penilai semasa proses penilaian dibuat ke atas setiap pencalonan. Laporan yang disediakan perlu : 0 Mengikut format yang telah ditetapkan secara atas talian; dan 0 Ringkas, padat dan jelas. Laporan yang dikemukakan perlulah lengkap dan sebolehnya memberi gambaran projek sebenar. Ini adalah penting kerana penilaian dan penapisan di peringkat pertama akan dibuat berdasarkan laporan yang dikemukakan secara atas talian. MUKA 6

VIII. STRUKTUR JAWATANKUASA PENILAIAN 11. Jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk untuk mengurus dan menjalankan proses penilaian pencalonan AIICT adalah seperti berikut : Jawatankuasa Tapisan Jawatankuasa diurusetiakan oleh Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Kerajaan Elektronik (BPPEG), MAMPU dan dianggotai oleh pegawai kanan MAMPU. Tanggungjawab jawatankuasa adalah seperti berikut: (i) Menyemak dan menilai Laporan Pencalonan; (ii) Membuat senarai pendek pencalonan di peringkat pertama; dan (iii) Menyediakan laporan dan ulasan pencalonan yang telah disenaraipendekkan untuk dimaju kepada Panel Penilai. Panel Penilai Panel Penilai AIICT dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MAMPU dan Timbalan Ketua Pengarah MAMPU (ICT) sebagai pengerusi silih ganti. Panel dianggotai oleh pegawai kanan MAMPU, wakil beberapa Kementerian/Jabatan/Agensi Sektor Awam, dan individu yang dikenal pasti mengikut kepakaran ICT. Tanggungjawab Panel Penilai adalah seperti berikut: (i) Menyemak laporan dan ulasan pencalonan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Tapisan serta Laporan Pencalonan; (ii) Membuat lawatan pemeriksaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut projek, membuat penilaian dan senarai pendek pencalonan di peringkat kedua; dan (iii) Menyediakan laporan perakuan pemenang-pemenang untuk pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P). MUKA 7

IX. PROSES PENILAIAN 12. Semua pencalonan yang diterima oleh Sekretariat AIICT akan ditapis berdasarkan pematuhan kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Hanya pencalonan yang berjaya melepasi tapisan ini akan dinilai seperti berikut : Penilaian Pertama Penilaian Jawatankuasa Tapisan Pemarkahan dan penyenaraian pendek berdasarkan Laporan Pencalonan Penilaian Kedua Penilaian Panel Penilai Perakuan Laporan Penilaian Pertama, penilaian persembahan projek dan lawatan tapak projek terpilih Penilaian Ketiga Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P) Keputusan pemenang AIICT MUKA 8

C. PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENCALONAN AIICT SEKSYEN A : FORMAT LAPORAN PENCALONAN Laporan pencalonan yang dikemukakan perlu mempunyai dua (2) bahagian iaitu: a. Ringkasan Eksekutif b. Laporan Penuh SEKSYEN B : RINGKASAN EKSEKUTIF Skop laporan perlulah mematuhi perkara seperti berikut : a. Ringkasan laporan pencalonan; dan b. Justifikasi Mengapa pencalonan ini wajar dianugerahkan pemenang AIICT. SEKSYEN C : LAPORAN PENUH Skop laporan penuh hendaklah berpandukan Kriteria Penilaian AIICT seperti di Bahagian D. MUKA 9

D. KRITERIA PENILAIAN AIICT Kriteria penilaian AIICT terdiri daripada tujuh (7) aspek yang merangkumi empat (4) aspek utama dalam penilaian Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dan tiga (3) aspek sokongan/tambahan. Kriteria-kriteria ini secara keseluruhan akan memberi penekanan kepada keberhasilan atau outcome dan impak sesuatu inovasi dalam bidang ICT. Setiap kriteria mestilah diterangkan tidak melebihi daripada 350 patah perkataan. Setiap kriteria dan sub-kriteria perlu diberi pernyataan dan disertakan dengan statistik yang bersesuaian. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut: KRITERIA 1: INOVATIF (20 MARKAH) Kriteria ini menilai projek berasaskan: a. Hendaklah bersifat unik, tersendiri, asli (originality) dan berbeza dengan projek-projek sedia ada; b. Kaedah pelaksanaan projek hendaklah bercirikan leading edge; dan c. Mempunyai nilai ciptaan ataupun value creation. KRITERIA 2: RELEVAN (15 MARKAH) Kriteria ini menilai relevansi projek dari segi: a. Pelaksanaan projek hendaklah selaras dengan agenda nasional; b. Mempunyai kolaborasi (kerjasama) yang khusus dengan rakyat/kumpulan sasar; c. Berupaya untuk memberi keberuntungan kepada Kerajaan dan rakyat/kumpulan sasar; d. Berupaya untuk menjimatkan kos atau menjana hasil kepada Kerajaan dengan ketara; dan e. Projek tersebut dapat memenuhi keperluan dan permintaan semasa. MUKA 10

KRITERIA 3: SIGNIFIKAN (10 MARKAH) Kriteria ini menilai tentang kepentingan projek: a. Projek yang dapat menunjukkan keberhasilan yang signifikan atau bermakna; b. Memberi kesan atau impak yang tinggi kepada Kerajaan dan rakyat/kumpulan sasar; dan c. Boleh diterima pakai dan dilaksanakan di peringkat tempatan, nasional dan global. KRITERIA 4: KEBERKESANAN (15 MARKAH) Kriteria ini menilai: a. Hasil pelaksanaan projek hendaklah menunjukkan keberkesanannya dengan pembuktian seperti data statistik; b. Keberhasilan projek berupaya mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik secara mapan/mantap dan berterusan; dan c. Dapat meningkatkan tahap kepuasan kumpulan sasaran. Pengukuran penerimaan dan kepuasan pelanggan wajar dibuat berdasarkan Key Performance Indicators (KPI) atau pengukuran prestasi yang telah ditetapkan melalui saluran-saluran seperti borang maklum balas, soal selidik, temu bual dan sebagainya. Keberkesanan projek perlu dibuktikan daripada hasil kajian kepuasan pelanggan. KRITERIA 5: FUNGSI / CIRI-CIRI (15 MARKAH) Kriteria ini menilai: a. Projek yang dicalonkan mempunyai fungsi dan ciri-ciri yang menarik seperti integrasi dan mekanisma kawalan; b. Mestilah mudah untuk dicapai oleh pengguna; c. Projek mestilah stabil dan kestabilan dapat diukur seperti kekerapan capaian, response time, Service Level Agreement (SLA) yang telah ditetapkan dan bagaimana masalah tersebut diatasi; d. Projek yang dicalonkan hendaklah praktikal untuk digunakan serta memudahkan atau memendekkan proses kerja yang terlibat; MUKA 11

e. Kandungan projek mempunyai pautan atau/dan mendapat sokongan daripada penyedia-penyedia perkhidmatan atas talian yang lain seperti pembayaran secara atas talian, agensi-agensi Kerajaan dan organisasiorganisasi bukan Kerajaan; dan f. Projek dibangunkan secara dalaman (inhouse) atau luaran (outsource). KRITERIA 6: KUALITI / PENGIKTIRAFAN (15 MARKAH) Kriteria ini menilai: a. Pendekatan dan metodologi yang digunakan di dalam proses quality assurance di semua peringkat pelaksanaan dan pengujian sistem menepati piawaian yang ditetapkan di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa; b. Reka bentuk projek yang dihasilkan mengambil kira dan memenuhi kehendak dan keperluan pengguna; c. Produk yang boleh dipercayai dari segi perancangan, pelaksanaan dan keberhasilan; d. Berciri mesra pengguna; e. Pengiktirafan yang telah diperoleh semenjak sistem ini digunakan seperti memenangi anugerah tertentu atau telah meningkatkan kedudukan organisasi di dalam carta penyampaian perkhidmatan yang cekap dan cepat; f. Jawatankuasa-jawatankuasa yang telah dibentuk bagi memantau perjalanan projek seperti Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal bagi memastikan tahap kualiti yang tinggi dikekalkan setiap masa; dan g. Penerangan mengenai strategi, pendekatan dan pengukuran prestasi dalam pengurusan pembekal sekiranya projek dilaksanakan outsource. secara MUKA 12

KRITERIA 7: WAYFORWARD (10 MARKAH) Kriteria ini menilai: a. Projek yang berpotensi untuk berkembang dan mempunyai perancangan masa hadapan beserta dengan penambahbaikan dan outcome yang disasarkan dengan pelaksanaan perancangan tersebut; dan b. Penandaarasan bagi projek-projek yang seumpamanya yang telah dilaksanakan oleh organisasi di dalam dan di luar negara dalam usaha mempertingkatkan kualiti, penggunaan, keberkesanan dan impak sistem. MUKA 13

Glosari: 1. value creation aktiviti yang boleh meningkatkan sesuatu perkhidmatan 2. signifikan bermakna atau penting 3. relevan berkaitan atau berhubung secara langsung 4. kolaborasi kerjasama 5. integrasi penggabungan atau pergabungan dari segi sistem, data dll 6. mekanisma kawalan kaedah kawalan yang digunakan dari segi keselamatan, integriti data dll 7. mudah untuk dicapai capaian atau akses kepada sistem yang sentiasa tersedia. Stabil dari segi rangkaian. Penafian: Istilah dan huraian ini hanya terpakai di dalam garis panduan ini sahaja. MUKA 14