Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

dokumen-dokumen yang mirip
TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Bismillahi Rahmani Rahim.

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 165 TARIKH: 6 JAMADIL AKHIR 1437/15 MAC 2016 (SELASA); JAM: PAGI; TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 159 TARIKH: 20 JUN 2014 (JUMAAT); JAM: PAGI TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN PELAN STRATEGIK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH UPACARA PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH SELAMA

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:


DI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PARA PEMENANG SAYEMBARA SENI KHAT JAWI DAN PERASMIAN PAMERAN SAYEMBARA SENI KHAT JAWI

TITAH TUANKU CANSELOR DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

TEKS UCAPAN YB DATO SUK SEMPENA POGRAM ROADSHOW INTEGRITI 2018

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor.

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Teks Ucapan Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman Pemangku Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA ENCIK TAJUDDIN ATAN, KETUA EKSEKUTIF BANK SIMPANAN NASIONAL,

UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PPIPT DAN PELANCARAN BUSINESS ON WHEEL UniMAP 8 FEBRUARI 2012

PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU. Siti Norayu Mohd Basir

Assalamualaikum dan selamat petang serta selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

TEKS UCAPAN PERASMIAN YAB DATO SERI DR ZAMBRY B ABD KADIR MENTERI BESAR PERAK MAJLIS PERASMIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SIMPANG PULAI, PERAK

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Siri Ceramah ARIF BUDIMAN. Prof Dr Mahsun Prof Dr Arndt Graf Datuk Al azhar Prof Dr tatiana Denisova

TARIKH: 29 OGOS TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

KONVENSYEN MEMPERKUKUH PASAK NEGARA: KE ARAH WASIAT LEBIH TERSURAT TARIKH : 5-6 OGOS 2017M / DZULKAEDAH 1438H TEMPAT : HOTEL MARRIOTT PUTRAJAYA

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN WISMA LEVIDA.MY DAN MENYAKSIKAN

TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

UCAPAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN PENASIHAT KEHORMAT YAYASAN SOFA SEMINAR DAKWAH DAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA -

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

SEMINAR BOLEHKAH WANITA BERSUARA, JIKA BERSUARA ADAKAH DIDENGAR? (PEMIKIRAN GAYATRI CHAKRAVORTY SPIVAK) Teks Ucapan

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU MODEN (Soalan Sebenar STPM: )

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia yang saya hormati saudara dan saudari pengerusi majlis,

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

Tetamu terhormat, Dr. Yaacob Ibrahim Menteri Penerangan, Perhubungan & Kesenian merangkap Menteri Bertanggungjawab Atas Ehwal Masyarakat Islam

TEKS UCAPAN LT. KOL. PROF. DATO DR. KAMARUDIN HUSSIN REKTOR KUKUM BERSEMPENA DENGAN PROGRAM ENGINEERING & TECHNICAL EXPOSURE 2006

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

TEKS UCAPAN YBHG. DATO SYED KAMARULZAMAN BIN DATO SYED ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN PENGARAH URUSAN PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

KANDUNGAN. Muka Surat. Sekapur Sirih Kata Alu-aluan.. 4

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCA- RAN PERAYAAN MENYAMBUT ABAD KE 15 HIJRAH DI BANGUNAN PARLIMEN, PADA 21 NOVEMBER, 1979.

TEKS UCAPAN OLEH: MAJLIS: SEMINAR PEMBANGUNAN KAPASITI USAHAWAN BUMIPUTERA PADA: TEMPAT:

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahagian A. [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Gambar 1 menunjukkan warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Transkripsi:

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH DI MAJLIS SANTAPAN TENGAH HARI SEMPENA PERASMIAN SEMINAR BAHASA ROJAK: KECELARUAN PENGGUNAAN BAHASA TARIKH: 19HB. JULAI 2007 (KHAMIS); JAM: 12.30 TENGAH HARI TEMPAT: MENARA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera Bismillahi Rahmani Rahim Segala puji milik Allah Subhanahu Wata ala. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, para keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya kepada para ulama dan para tabiin. Semoga memperoleh ihsan sehingga hari kebangkitan. 2. Beta bersyukur ke hadrat ILAHI, kerana dengan izin dan rahmat dari Nya juga, Beta bersama Raja Puan Besar dapat berangkat ke majlis santapan tengah hari sempena Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa. 3. Seminar ini membuktikan bahawa usaha memelihara keindahan bahasa Melayu terus diberikan perhatian oleh para pejuang dan pencinta bahasa. Penguasaan bahasa dan pemeliharaan mutu bahasa, merupakan salah satu syarat utama dalam proses peningkatan peradaban manusia. Bahasa itu menunjukkan bangsa dan bahasa itu adalah jiwa kepada bangsa. Bahawa sejarah sesuatu bangsa itu termaktub dalam bahasanya. Bahawa 1

perkembangan tamadun sesuatu bangsa dari segi keupayaan dan pencapaian intelek, tergambar dalam bahasa yang digunakan. Bahasa turut mencerminkan adab tertib, etika dan etiket bangsa dalam sesuatu peradaban. 4. Ahli-ahli falsafah dalam peradaban Barat dan Timur, serta dalam peradaban Islam dan bukan Islam memberi perhatian utama kepada urusan menguasai bahasa dan memelihara mutu bahasa. Mereka berupaya menerangkan kejadian alam budaya dan alam kosmos serta perilaku manusia secara teratur melalui penggunaan jalan bahasa yang tertib dan pemilihan kata yang sesuai dengan konsep dan mesej yang disampaikan. Sesuatu pemikiran itu laksana mutiara bernilai di dasar minda. Mutiara bernilai tersebut perlu diungkapkan melalui jalan bahasa yang teratur dan pemilihan kata yang sesuai agar ia dapat difahami dengan jelas. 5. Pertemuan bangsa dan bahasa dari peradaban yang berbeza telah berlaku sejak berkurun lamanya. Globalisasi masyarakat manusia telah lama berlaku. Globalisasi itu menjadi begitu disedari hari ini disebabkan tahap kelajuan yang begitu pantas berikutan dengan penciptaan teknologi komunikasi dan maklumat yang begitu canggih. Lalu berlakulah proses pengaruh mempengaruhi antara budaya termasuk aspek bahasa pada kadar kelajuan penyerapan yang begitu pantas. 6. Perkembangan ini bukan fenomena baru yang dihadapi oleh bahasa Melayu. Pada hakikatnya elemen pengaruh mempengaruhi telah memperkayakan bahasa Melayu hingga menjadikan bahasa Melayu bahasa yang dinamik, bahasa yang hidup dan terus berkembang. Bahasa Melayu, menghadapi gelombang pertama peradaban luar apabila alam peradaban Melayu dikunjungi oleh peradaban India. Pertemuan ini membawa banyak 2

konsep abstrak berhubung falsafah hidup melalui perkataan-perkataan yang berakar dari bahasa Sanskrit. 7. Gelombang kedua peradaban luar yang dihadapi oleh alam Melayu datangnya dari peradaban Islam-Arab. Gelombang ini membawa lebih banyak konsep abstrak yang menggambarkan lunas-lunas kepercayaan ketuhanan, adab dan akhlak. Meskipun gelombang kedua berteraskan ciri-ciri peradaban Islam mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu, namun ia tidak menghapuskan konsep-konsep yang telah bertapak dari gelombang pertama, malah terkandung penggunaan perkataan Sanskrit yang sesuai dalam pengajaran adab dan akhlak Islam. 8. Pengaruh Barat berasaskan peradaban Yunani dan Romawi Kuno terkandung dalam gelombang ketiga. Pengaruh dalam gelombang ketiga lebih bersifat kebendaan seperti yang diperlihatkan dalam konsep perniagaan, perdagangan, sains dan teknologi. Alam peradaban Melayu memperlihatkan karakter dinamik, berupaya menyerap, mengubahsuai dan memanfaatkan pengaruh dari ketiga-tiga gelombang tersebut secara tersusun lagi harmonis, hingga menjadikan bahasa Melayu itu bahasa yang tidak jumud; malah bahasa Melayu berupaya mencapai ke tahap berperanan sebagai bahasa pengantar pelbagai bidang ilmu, merangkumi ilmu-ilmu agama, sains sosial, sains tulen, teknologi, ekonomi, perdagangan dan perindustrian. 9. Bahasa Melayu hidup subur, terpelihara melalui alam sasteranya dan pada ketika yang sama memperlihatkan kekuatan daya kreatif untuk menjadi perantaraan bahasa penyampaian ilmu merangkumi pelbagai pengajian profesional, antaranya di bidang undang-udang, perakaunan, perubatan, kejuruteraan, seni bina. Segala-galanya ini tercapai kerana para pejuang bahasa 3

telah memperlihatkan keterbukaan, keberanian, kecekalan dan kesungguhan membantu perkembangan bahasa Melayu menjadi bahasa yang hidup dan kekal relevan sepanjang waktu. 10. Bahasa Melayu adalah bahasa perantaraan umum yang berakar di bumi ini; bahasa yang dipertuturkan oleh lebih 300 juta manusia, merupakan antara sepuluh bahasa yang teramai penuturnya di dunia. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa ilmu dan bahasa perdagangan di era Kesultanan Melayu Melaka. 11. Sejak abad ke-13 bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa kerajaankerajaan Melayu-Islam, bahasa persuratan, bahasa undang-undang, bahasa komunikasi dan bahasa pengembangan agama Islam di Nusantara. Bahasa Melayu telah berkembang sejak ratusan tahun sebagai lingua franca perdagangan dan sosial. Ia menjadi medium pengantara yang merentas sempadan etnik dan sempadan geografi. Bahawa bahasa Melayu sebagai identiti orang Melayu tidak mungkin dapat dikikis. Bahasa Melayu diberi pengiktirafan sebagai bahasa kebangsaan negara selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ia termaktub kukuh dalam Perlembagaan negara berasaskan kepada sejarah sosiopolitik bahasa Melayu itu sendiri. 12. Bahasa Melayu telah berjaya dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan 50 tahun yang lalu. Perjuangan menobatkan bahasa Melayu telah melalui perjalanan yang panjang dan memakan masa yang lama. Raja-raja Melayu dalam mesyuarat Durbar pada tahun 1903 telah membangkitkan soal pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. 1 Usaha menobatkan 1 Abdul Aziz Bari, Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan Dalam Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, 22 4

bahasa Melayu mencapai puncak apabila bahasa Melayu dilaksanakan sepenuhnya menjadi bahasa ilmu di pusat-pusat pengajian tinggi dan menjadi lengkap apabila terlaksana penggunaannya di kamar mahkamah di negara ini. 13. Bahasa itu adalah salah satu komponen yang memberikan identiti bukan hanya kepada bangsa tetapi kepada negara. Bahasa yang dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan negara, tidak wajar dijadikan hiasan sahaja; tidak ada maknanya jika hanya termaktub dalam satu perenggan dalam perlembagaan negara. Bahasa Melayu itu perlu diberi nyawa- diberi nafas, disuntik dengan nilai dan harga. Oleh itu negara harus arif melakukan perimbangan bijaksana supaya warisan pusaka bangsa tidak tergadai dalam hasrat mahu membangunkan sumber manusia bersifat global. 14. Kejayaan memberikan martabat kepada bahasa Melayu dalam sebuah negara bangsa merdeka telah di perkukuhkan dengan kejayaan menyuntik nilai kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu diterima dan dipraktikkan sebagai bahasa pentadbiran rasmi negara. Bahasa Melayu telah dipertingkatkan martabatnya apabila berjaya berfungsi sebagai bahasa perantaraan ilmu. Bahasa Melayu telah menjadi instrumen penting sebagai bahasa perhubungan yang dapat menyatupadukan warga. Pencapaian tersebut adalah hasil dari usaha gigih lagi bersungguh dari kalangan pejuang bahasa. Para pejuang bahasa secara arif melakukan adukan secara sistematis dan artistik menggabung, menerima pakai dan mengubahsuai bahasa Melayu dari bahasa dan peradaban lain hingga berjaya memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Ratusan ribu jam manusia (man-hour) telah diabadikan dalam usaha memastikan bahasa Melayu berkembang dinamik berupaya memenuhi fungsi sebagai bahasa pentadbiran, berupaya berfungsi sebagai bahasa ilmu dan berupaya berperanan sebagai bahasa menyatupadukan warga. 5

15. Dewan Bahasa dan Pustaka berserta para petugas di institusi ini amatlah besar jasa dan peranannya dalam perjuangan memartabatkan dan memberi nilai kepada bahasa warisan bangsa ini. Pastinya pengorbanan dan sejarah itu tidak seharusnya disia-siakan. Pastinya bangsa Melayu tidak rela bahasanya menerima nasib yang berkemungkinan pupus dan terkubur satu hari nanti. 16. Pada ketika negara di ambang menyambut ulang tahun 50 tahun kemerdekaan, pastinya bangsa Melayu wajib mempertahankan martabat dan kedaulatan bahasa ini supaya terus mempunyai nilai dan harga. Di institusi bersejarah ini, para pejuang bahasa hari ini sekali lagi berkumpul. Dalam membicarakan isu-isu berkaitan pencemaran bahasa, wajib dikunjungi dan disentuh isu pokok akan kedudukan dan nilai bahasa dalam negara bangsa yang setengah abad menyambut kemerdekaan. Memberikan martabat dan kemuliaan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan itu adalah sebahagian dari semangat perjanjian merdeka. Semangat itu wajib terus dihidupkan, obor memperjuangkannya hendaklah dinyalakan sepanjang masa. 17. Semoga seminar ini dalam usaha mengolah cara dan merumuskan usaha untuk memelihara ketertiban, keindahan dan keharmonian bahasa, turut juga mengulangi ketegasan mempertahankan warisan milik bangsa yang telah diberikan darjat dan kedudukan; turut mengingatkan negara dan bangsa supaya dalam usaha mengejar yang baru, jangan sampai ke peringkat keciciran khazanah yang sedang dikendong. Dalam merintis usaha untuk menjamin tidak berlaku kecelaruan penggunaan bahasa, minda negara lebih penting diselamatkan dari bersifat celaru. 6

18. Dengan kebesaran kalimah Bismillahi Rahmani Rahim, Beta dengan kesyukuran merasmikan seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa. Wabillahi taufik, walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. ******************** 7