KONSEP SYARIKAT DALAM ISLAM: SATU TINJAUAN

dokumen-dokumen yang mirip
BAB II KERJASAMA USAHA MENURUT PRESPEKTIF FIQH MUAMALAH. Secara bahasa al-syirkah berarti al-ikhtilath (bercampur), yakni

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

Insurans dan Takaful: Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB V PENUTUP. Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi akad mudarabah dalam operasi

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4043 Fiqh Mu'amalat (Minggu 1)

PENGURUSAN HARTA FARAID SECARA BERSAMA OLEH AHLI-AHLI WARIS MELALUI PEMBENTUKAN SYARIKAH: SATU PANDANGAN DARI SEGI FIQAH MUAMALAT

SUMBER HUKUM ISLAM 1

buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Kajian Ringkas Berkenaan Isu Kad Diskaun Berbayar

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

BAB V PENUTUP. bertanggung jawab, saling bekerja sama dan saling melindungi dalam kegiatankegiatan

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB II LANDASAN TEORI. Adapun landasan teori yang akan diuraikan adalah teori-teori yang

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

BAB III. Koperasi (Syirkah Ta awuniyah) bersal dari perkataan Co dan Operation yang mengandung arti kerja sama untuk

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

NAMA PRODUK : AKAUN SIMPANAN MUAMALAT (WADI AH)-i MUAMALAT SAVING ACCOUNT (WADI AH)-i 1. PENGENALAN

PARAMETER PELABURAN EMAS

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

Halal Guide.INFO - Guide to Halal and Islamic Lifestyle

HALAL, HARAM & SYUBHAT

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

Pengenalan kepada Kewangan

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

Institusi terulung dalam sejarah Islam dan bertindak sebagai Perbendaharaan Negara Dikenali juga dengan nama Kementerian Kewangan pada masa kini.

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Akaun Pelaburan Waheed

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI SPM2004/A/S1

Halal Guide.INFO - Guide to Halal and Islamic Lifestyle

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

TEKS UCAPAN YABHG TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DI MAJLIS SELAWAT & SALAM PERDANA 2014 GEMA CINTA 5 NEGARA UNTUK MU YA HABIBALLAH

MUNAKAHAT : IDDAH, RUJUK, FASAKH,KHULU DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ATIQAH

BAB 19: HUTANG, INSURANS, DAN SAHAM

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP KENAIKAN DENGAN SISTEM BON DI WARKOP CAHYO JAGIR SURABAYA

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Pengenalan Makroekonomi

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

TARIKH : 10 JUN 2007 MASA : 8.30 PG HINGGA 5.00 PTG DISAMPAIKAN OLEH: USTAZ ABDULLAAH BIN JALIL PENSYARAH FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

85. Swap Kadar Keuntungan (Profit Rate Swap) secara Islam Berasaskan Bai` `Inah

FATWA DEWAN SYARIAH NASIONAL Nomor: 55/DSN-MUI/V/2007 Tentang PEMBIAYAAN REKENING KORAN SYARIAH MUSYARAKAH

Fiqh dan Pengurusan Harta Warisan: Dengan Fokus kepada Faraid

0C2B F A4?OpenDocument

EKONOMI ISLAM. 2. Konsep Penguasaan - Manusia bebas bergerak seluas2nya dlm garis panduan yg disediakan oleh Allah

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

SYIRKAH MUTANAQISHAH DAN IMPLEMENTASINYA PADA PEMBIAYAAN KPRS DI BANK SYARIAH

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Jawapan: Tuan adalah layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan jika tuan telah memenuhi syarat-syarat berikut:

Pusat Perkembangan Industri Suruhanjaya Sekuriti

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

BAB II LANDASAN TEORI. Secara etimologi, al mal berasal dari kata mala yang berarti condong atau

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

PENGURUSAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH. Zulkifli Hasan

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Transkripsi:

KONSEP SYARIKAT DALAM ISLAM: SATU TINJAUAN Ahmad Shamsul Dato Abd Aziz Harta merupakan sesuatu yang diingini oleh tabiat semulajadi manusia dan boleh disimpan untuk sesuatu tempoh masa. Dengan harta juga seseorang itu boleh menggunakannya sebagai modal bagi menjalankan sesuatu perniagaan. Antara sumber pendapatan yang paling penting ialah melalui perniagaan, pertukangan dan pertanian. Ha1 ini, walaupun boleh dilakukan secara perseorangan, kebiasaannya ia memerlukan kerjasama pihak lain. Oleh itu, maka diperundangkan syarikat di dalam syariah yang diturunkan oleh Allah s. w. t. Organisasi syarikat boleh diwujudkan apabila terdapat dua atau lebih pihak yang sanggup berkongsi dalam menjalankan sebuah perniagaan. Artikel ini akan membincangkan mengenai konsep syarikat di dalam perundangan Islam. PENDAHULUAN Dalam konteks hubungan manusia dengan harta, menerusi konsep perkongsian telah membawa kepada penubuhan satu entiti perniagaan yang dikenali sebagai as-syarikah atau musyarakah atau syarikat. Aktiviti perniagaan seperti ini bukan sekadar satu perkongsian semata-mata tanpa adab dan peraturan, tetapi syarikat di dalam sistem ekonomi Islam merupakan satu kaedah yang telah diterimapakai sejak zaman Rasulullah s.a.w. Syarikat ditubuhkan untuk menggerakkan harta melalui penggabungan harta tersebut dengan sumber manusia supaya ia terus berkembang dan dapat dimanfaatkan untuk pembangunan individu pemilik harta tersebut khususnya dan masyarakat umumnya. Secara etimologi, as-syarikah bererti percampuran antara sesuatu dengan yang lain sehingga sukar dibezakan (Rahman Ritonga, 1999). Manakala syarikah mengikut penggunaan umum bahasa Arab pula membawa erti menggabungkan dua perkongsian sebagai satu cara untuk membuatkan keduanya tidak boleh dibezakan (Ala Eddin Kharofa, 1 997). Walau bagaimanapun jumhur ulama tidak mensyaratkan percampuran sebagai satu elemen yang membentuk definisi syarikah, sebaliknya memberi tumpuan tentang konsep kontsak yang mendasari sesuatu entiti perniagaan itu (Gulf Legal Services, 200 1 ). Para fuqaha pula memberikan pelbagai definisi tentang istilah syarikat. Ulama Maliki mentafsirkan syarikat sebagai izin kedua pihak yang bersyarikat bagi * En. Ahmad Shamsul Dato Abd Aziz, Pensyarah Undang-undang, Sekolah Pengurusan, Universiti Utara Malaysia. 81

1 pengurusan harta milik mereka dan setiap pihak mempunyai hak pengurusan (Say id Sabiq, 1990). Ulama Ham bali pula mentakrifkan syarikat sebagai perhimpunan dalam memperolehi hak atau tasarruf atau kuasa pengurusan (Ala Eddin Kharofa, 1997). Ulama Syafie menyatakan syarikat sebagai sabit hak pada sesuatu bagi dua orang atau lebih secara bersama manakala ulama Hanafi menjelaskan syarikat sebagai suatu kontrak antara dua orang yang berkongsi modal dan untung (Wahbah Zuhaili, 2000). Pada hakikatnya, definisi yang dikemukakan oleh para fuqaha menunjukkan terdapatnya unsur kerjasama dan perkongsian sama ada dalam bentuk hak pengurusan mahupun hak keuntungan. Namun begitu, definisi yang dikemukakan oleh ulama Hanafi kelihatan lebih menyeluruh kerana ia mengungkapkan syarikat sebagai suatu kontrak dengan sendirinya mewujudkan konsep hak dan tanggungjawab yang mengikat, sedangkan definisi yang lain lebih menjurus kepada tujuan atau kesan kontrak itu sendiri. Pemakaian konsep syarikat atau perkongsian sebagai suatu kontrak bukan sahaja terpakai kepada umat Islam, malahan konsep ini telahpun bertapak di zaman purba Rom di mana undang-undang Rom kuno telah mendefinisikan syarikat sebagai suatu kontrak yang dibuat secara sukarela yang akan mendatangkan tanggungjawab eksklusif kepada pihakpihak yang berkontrak seperti kontrak jual-beli dan sebagainya. HUKUM SYARIKAT DALAM ISLAM Menurut para ulama Fiqh, adalah hams mengadakan perkongsian atau syarikat. Pensabitan hukum harus ini berdasarkan kepada dalil AI-Quran, Sunnah dan Ijma. Di dalam AI Quran, konsep perkongsian dinyatakan dalam bentuk perkongsian di dalam pembahagian harta perwarisan. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa ayat 12 yang membawa erti Maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dari perempuan). Manakala di dalam surah Sad ayat 24, Allah menerangkan tentang bagaimana rakan kongsi memperlakukan rakan-rakan kongsi yang lain, iaitu finnan Allah,... Sesungguhnya kebanyakan orang yang bergaul dan berhubungan (dalam pelbagai Iapangan hidup), sesetengahnya berlaku zalim kepada sesetengah yang lain, kecuali orang yang beriman dan beramal salih... Di samping nas AlQuran, terdapat sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan yang Allah s.w.t ber fi rm an, 82

Aku (Allah) adalah orang ketiga bersama-sama dengan rakan kongsi, selama masing-masing tidak mengkhianati yang lain maka Aku meninggalkan mereka berdua. Berdasarkan hadis ini, jelaslah Allah s.w.t telah berjanji bersama-sama menjaga dan memelihara pihak-pihak yang berkongsi itu selama mereka saling jujur dan amanah di dalam perniagaan mereka. Berdasarkan nas-nas ini, maka ijma ulama sepakat mengharuskan kontrak syarikat memandangkan Allah sendiri telah berjanji untuk bersama-sama rakan kongsi yang jujur dan amanah serta berlandaskan hukum-hukum syariah dalam perniagaannya. PENGKELASAN SYARIKAT Secara umumnya, para ulama Fiqh membahagikan syarikat kepada 2 bentuk iaitu: a) Syarikat Milik (Syarikat Amlak) b) Syarikat Kontrak (Syarikat Uqud) Syarikat Milik bermaksud dua orang atau lebih memiliki suatu barang tanpa kontrak. Syarikat Milik ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu: i) Syarikat Pilihan (Syarikat Ikhtiar) - pihak-pihak bersetuju untuk berkongsi pemilikan ke atas sesuatu barang dengan kerelaan sendiri. ii) Syarikat Tanpa Pilihan (Syarikat Jabar) - timbulnya persyarikatan bukanlah atas dasar pilihan pekongsi seperti barang perwarisan. Syarikat Kontrak pula berlaku di antara dua orang atau lebih untuk berkongsi dan turut serta dalam perniagaan dengan menyumbangkan sama ada modal atau tenaga untuk berkongsi di antara mereka apa-apa keuntungan atau kerugian (Razali Nawawi, 1999). Perbincangan dalam artikel lebi h menjurus kepada Syarikat Kontrak kerana syarikat jenis ini yang seringkali diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Menurut Mazhab Hambali, Syarikat Kontrak terbahagi kepada lima bahagian iaitu syarikat al-inan (penggabungan harta atau modal dua orang atau lebih yang semestinya sama banyak), Syarikat Al-Mufawadah (syarikat yang mana modal, kerjasama dari segi kualiti dan kuantiti dan keuntungan antara rakan kongsi adalah sama rata), Syarikat AI-Abdan (syarikat dalam bentuk perkhidmatan), Syarikat AI-Wujuh (syarikat tanpa modal) dan Syarikat Al-Mudharabah (bentuk kerjasama antara pemilik modal dengan pengusaha supaya memperniagakan modal dan keuntungan dibahagi bersama). Namun begitu, mazhab Maliki dan Hanafi tidak memasukkan Syarikat AI-Mudharabah sebagai 83

sebahagian Syarikat Kontrak. Manakala ulama Hanafi pula hanya membahagikan kepada tiga kategori iaitu Syarikat Al-Amwal, Syarikat AI-A mal dan Syarikat AI- Wujuh. Ketiga-tiga syarikat ini memiliki ciri-ciri yang sama dengan Syarikat Al-Inan dan AI- Mufawadah. Rukun-rukun bagi Syarikat Kontrak pula terbahagi kepada tiga iaitu dua pihak yang berkontrak (pemegang-pemegang saham), perkara yang dikontrakkan dan lafaz akad. (Wahbah Zuhaili, 2000).Tanpa memenuhi ketiga-tiga rukun tersebut, sesebuah syarikat itu menjadi tidak sah. SYARAT-SYARAT UMUM SYARIKAT KONTRAK (UQUD) Terdapat empat syarat umum yang patut ada pada Syarikat Kontrak (BIMB Institute of Research and Training (BIRT), 1998) iaitu: boleh menerima perwakilan - seorang rakan kongsi memberi kuasa pengurusan kepada rakan kongsinya yang lain sama ada untuk membeli, menjual atau menerima kerja. nisbah keuntungan di antara rakan kongsi dinyatakan dengan jelas di majlis akad keuntungan itu hendaklah bersifat umum dan bukannya dalam jumlah tetap. Contohnya seperti menetapkan untung bagi salah seorang dari rakan kongsi sebanyak RM 100 atau RM 1000. Rasionalnya ialah kerana dikhuatiri kemungkinan jumlah tersebut tidak memadai dengan modal dan usaha yang disumbangkan. Keuntungan diambil daripada hail laba perniagaan syarikat dan bukan daripada harta lain. Syarat-syarat in i amat penting dalam menentukan keesahan sesebuah kontrak mengikut hukum syarak. Ketidaktentuan dan kejahilan mengenai perkara yang dikontrakkan akan menyebabkan kontrak itu menjadi fasid atau terbatal. PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN KONTRAK \ SESEBUAH SYARIKAT Terdapat dua perkara yang mem batalkan kontrak syarikat iaitu:- i) perkara yang secara umumnya membatalkan kesemua jenis syarikat; ii) perkara yang khusus membatalkan sesetengah syarikat sahaja. 84

Perkara umum yang membatalkan Kontrak Syarikat: Syarikat difasakhkan oleh salah seorang rakan kongsi. Kematian salah seorang rakan kongsi. Salah seorang rakan kongsi menjadi murtad dan lari ke negara musuh. Rakan kongsi menjadi gila secara berterusan. Perkara khusus yang membatalkan Kontrak Syarikat: Tidak ada persamaan di antara dua modal khususnya bagi Syarikat al-mufawadah. Kerosakan harta syarikat seluruhn ya atau kerosakan harta salah seorang daripada rakan kongsi sebelum dimulakan pembelian sesuatu. SYARIKAT SEBAGAI INSTRUMEN SISTEM KEWANGAN ISLAM I Penubuhan syarikat yang paling baik dan diutamakan dalam Islam ialah perkongsian sesama muslim kerana diandaikan setiap muslim mempunyai akhlak yang terpuji dan memahami tanggungjawab masing-masing (Ismail Omar, 2000). Walau bagaimanapun, perkongsian atau penubuhan syarikat di antara muslim dan bukan muslim dibolehkan juga selagi kedua-dua pihak berada dalam rukun kedamaian serta memenuhi syarat-syarat yang tidak bercanggah dengan syariah. Selain daripada itu, ia dibolehkan dalam keadaan tidak ada atau susah mendapatkan umat Islam yang berupaya menerokai atau memajukan perniagaan secara aktif. Oleh yang demikian, boleh diadakan perdamaian dengan orangorang musyrik apabila mereka memperolehinya dan tidak diperolehi kaum muslimin) (Imam Syafie, 1982) Selain dari jenis syarikat yang telah dibincangkan, terdapat pelbagai syarikat dalam sistem kewangan Islam. Antaranya ialah: \.k a) Syarikat al-tausiyyah al-basitah 1g Ia terbentuk dari ahli-ahli syarikat di mana rakan kongsi yang menanggung tanggungan adalah seorang yang menguruskan syarikat dan dia juga bertanggungjawab ke atas hak-hak berkaitan syarikat manakala rakan kongsi yang satu lagi merupakan pemilik harta syarikat. b) Syarikat al-tamadun (Syarikat tanggungan bersama) 85

Ia merupakan sebuah syarikat yang dikontrakkan oleh dua orang atau lebih untuk melakukan perniagaan dalam semua jenis perniagaan atau sebahagiannya dan setiap ahli syarikat bertanggungjawab menjamin seluruh tanggungan syarikat. Syarikat al-muhasah Ia merupakan syarikat yang melibatkan dua orang rakan kongsi atau lebih dan menjalankan satu projek kewangan dan mengemukakan saham yang berbentuk harta atau tenaga. Setiap keuntungan dan kerugian dibahagi kan antara mereka. Syarikat Zatul Mas uliyyah al-mahdudah (Syarikat tanggungan berhad) Ia merupakan sebuah perniagaan yang sama seperti syarikat harta. Setiap ahli bertanggungjawab setakat kadar pelaburannya sahaja dalam syarikat dan jumlah ahli tidak lebih daripada 50 orang. Syari kat al-musahamah Modal bagi syarikat ini dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil yang sama banyak dan setiap bahagian itu dipanggil saham yang tidak boleh dipecahkan tetapi boleh ditukar ganti. Pemegang saham mempunyai tanggungjawab yang terhad kepada nilai sahamnya sahaja. S yar i kat Kenderaan Sebahagian daripada ahli syarikat memiliki saham-saham tertentu dan salah seorang daripada mereka menjadi pemandu dan kebiasaannya mengambil upah atau gaji bukan dalam jumlah yang tertentu. Syarikat ini juga terbentuk di atas tanggungan ahli-ahli syarikat atau atas kerja mereka dan juga berdasarkan kepada konsep wakalah (perwakilan). Syarikat Binatang (Syarikat al-baha im) Modal diberi oleh rakan kongsi manakala rakan kongsi lain menguruskan perniagaan. Terdapat juga keadaan di mana dua orang ahli syarikat itu berkongsi membayar harga binatang dan kemudian salah seorang rakan kongsi itu bekerja sama ada mengembala ataupun memberi makanan. Syarikat jenis ini tidak diamalkan secara meluas di negara kita. 86