UNI ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD (Co. No K) MICROSOFT COMPLETE FOR BUSINESS INSURANS PERLINDUNGAN PERANTI MICROSOFT

dokumen-dokumen yang mirip
Diri Semua Risiko Terma & Syarat

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

Mesin dan Kelengkapan Perniagaan Terma & Syarat

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F413(E)

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F006(E)

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

Insurans Wang Terma & Syarat

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

Borang Cadangan Insurans Dandang dan Bekas Tekanan

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

SIJIL INDUK UNTUK TAKAFUL Complimentary Group Personal Accident

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

POLISI EMPUNYARUMAH / ISIRUMAH APAKAH YANG MEMBENTUK POLISI INI

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang

Borang Cadangan Insurans Mesin

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

RINGKASAN PERLINDUNGAN

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

WARANTI TERHAD. (i) membaiki bahagian yang rosak pada Peranti BlackBerry tanpa mengenakan bayaran kepada ANDA untuk bahagian baharu atau yang dibaiki;

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Borang Cadangan Insurans Peralatan Elektronik

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Semua Risiko Kontraktor Terma & Syarat

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

Secara amnya, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

IKHLAS CRITICAL ILLNESS SECURE TAKAFUL RIDER

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Dandang dan Bekas Tekanan Terma & Syarat

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

Borang Cadangan Insurans Plat Kaca

Kecurian Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

Teman Pemandu Kenderaan Terma & Syarat

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad berkaitan Kempen CIMB Clicks einvest ("Kempen")

Perjanjian Penyewaan Untuk (MASUKKAN ALAMAT DI SINI),

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Transkripsi:

Jadual 1 - SIJIL UNI ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD (Co. No. 16688-K) MICROSOFT COMPLETE FOR BUSINESS INSURANS PERLINDUNGAN PERANTI MICROSOFT NO. SIJIL INSURANS sepertimana No. SIRI peranti yang dilindungi Nama : Maklumat Peranti : Tarikh Mula : Lebihan : No. Sijil Utama : Sijil ini melindungi Ahli terhadap : 1. Peranti yang dinyatakan di atas daripada Kerosakan Akibat Kemalangan termasuk Kerosakan Akibat Cecair. Dengan syarat bahawa liabiliti Syarikat di bawah Sijil ini berkaitan dengan mana-mana kerugian tidak melebihi jumlah yang diinsuranskan terhadap Peranti Sijil ini adalah tertakluk kepada terma, syarat dan pengecualian yang terkandung di dalam Polisi Utama yang dinyatakan di atas yang diinsuranskan oleh UNI ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD (Co. No. 16688-K). (Dokumen ini dihasilkan secara berkomputer tiada tandatangan diperlukan) UNI ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kami bertanggungjawab untuk melindungi data peribadi anda. Sila layari laman web kami di www.uniasiageneral.com.my untuk maklumat lanjut mengenai Dasar Privasi kami. Sebagai alternatif, anda boleh e-mel pertanyaan atau permintaan anda untuk mengemaskinikan data peribadi anda kepada kami di customercare@uniasiageneral.com.my atau melalu pos kepada Pusat Khidmat Pelanggan, Uni.Asia General Insurance Berhad, Tingkat 10, Menara Uni.Asia, 1008, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia. Microsoft Malaysia MY Complete for Business - 081714 1

MICROSOFT COMPLETE FOR BUSINESS Ringkasan Terma dan Syarat untuk Program Perlindungan Peranti Apakah Perlindungan Yang Akan Anda Terima Jikalau Anda telah membayar Premium, dan Kami telah menerima permohonan anda, Kami bersetuju untuk melindungi Anda dalam Tempoh Insurans mengikut terma, syarat, pengecualian dan Had dalam Polisi Utama Apa Yang Akan Dibayar Kami akan melindungi Anda terhadap Kerosakan yang disebabkan Akibat Kemalangan (termasuk Kerosakan Akibat Cecair) Tanggungjawab Anda Untuk Memberitahu Apa Yang Perlu Anda Maklumkan Kepada Kami Anda mesti maklumkan semua perkara yang Anda tahu, atau sepatutnya tahu, yang mana boleh mempengaruhi keputusan Kami untuk melindungi Anda dan/ atau terma yang melindungi Anda. Anda perlu melakukan perkara ini semasa memohon Perlindungan insurans atau memperbaharui perlindungan insurans Anda. Apabila Kami merujuk kepada Anda soalan khusus, Anda hendaklah menjawab soalan dengan jujur. Adalah penting untuk setiap orang yang dilindungi di bawah insurans ini menjawab soalan dengan sejujurnya. Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Anda Tidak Memberitahu Kami Sekiranya Anda melindungi maklumat atau Anda tidak menjawab soalan Kami dengan cara seperti yang diterangkan, Kami boleh mengurangkan pembayaran Tuntutan Anda, atau Kami boleh membatalkan perlindungan polisi Anda. Sekiranya kegagalan Anda untuk memaklumkan Kami dianggap sebagai penipuan, atau jawapan Anda tidak benar, Kami boleh mengambilkira seolah-olah polisi Anda tidak pernah wujud. Adakah Anda Layak Untuk Perlindungan Anda akan layak dilindungi di bawah Polisi ini jika Anda adalah pembeli Peranti baru dari Microsoft dan Melebihi umur 18. Perkataan-Perkataan Yang Membawa Maksud Tertentu Sebahagian perkataan-perkataan di dalam Sijil Insurans/Polisi Utama membawa maksud tertentu. Perkataan-perkataan tersebut dan maksudnya adalah seperti di bawah. Microsoft Malaysia MY Complete for Business - 081714 2

Kemalangan Bermaksud peristiwa luaran yang melibatkan kekerasan, keganasan dan yang menyebabkan Kerosakan yang tidak dijangka, berlaku secara kebetulan dan tanpa sebarang perancangan dan berlaku tanpa bergantung kepada sebab-sebab lain. Walaubagaimanapun, kecurian peranti adalah terkecuali. Sijil Insurans Bermaksud Sijil Insurans yang mengandungi perincian seperti nama Anda, perincian buatan dan model Peranti yang dilindungi. Ianya merupakan sebahagian daripada Polisi Utama, dan Anda hendaklah membacanya bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat di dalam Polisi Utama. Tuntutan Bermaksud tuntutan bagi mana-mana hak dan faedah di bawah Polisi Utama. Syarikat akan menyelesaikan Tuntutan dengan membayar pusat perkhidmatan yang disahkan. Kami, Syarikat Merujuk kepada UNI.ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD Kerosakan Bermaksud Kerosakan fizikal, kemusnahan dan kegagalan Peranti Anda (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Kerosakan akibat cecair) yang menghalang Peranti Anda dari berfungsi dengan sewajarnya. Tarikh Kejadian Bermaksud tarikh apabila Kerosakan Akibat Kemalangan berlaku. Lebihan Bermaksud jumlah yang perlu ditanggung oleh Anda untuk setiap Tuntutan. Anda hendaklah membayar jumlah pertama untuk semua Tuntutan, dan jumlah Lebihan tersebut dinyatakan di dalam Polisi Anda. Kejadian Bermaksud peristiwa Kerosakan Akibat Kemalangan (termasuk Kerosakan Akibat Cecair) berlaku. Anda Merujuk kepada individu yang namanya dinyatakan dalam Sijil tertakluk kepada terma kelayakan yang telah ditentukan oleh syarikat dari masa ke semasa. Ahli yang Diinsuranskan Polisi ini meliputi peranti yang digunakan oleh organisasi, pekerja ataupun individu. Microsoft Malaysia MY Complete for Business - 081714 3

Had Bermaksud jumlah maksimum yang dibayar di bawah Polisi Utama ini dalam Tempoh Perlindungan untuk penggantian atau pembaikan Peranti; Harga Penggantian atau kos pembaikan dan dua tuntutan maksimum hanya untuk tempoh perlindungan tetapi jumlah semua faedah yang dibayar atau perlu dibayar semasa polisi ini berkuatkuasa tidak akan melebihi agregat dua kali jumlah yang diinsuranskan peranti. Penukaran Material Bermaksud apa-apa penukaranan material yang melibatkan fungsi Peranti yang dilindungi, samada meningkatkan keupayaannya atau penglibatan yang dapat mengurangkan keupayaannya daripada spesifikasi asal pengeluar. Peranti Bermaksud Peranti yang dinyatakan di dalam Sijil Insurans Ahli yang Diinsuranskan termasuk nombor SIRI, pengeluar dan ciri-ciri model. Tempoh Perlindungan Bermaksud Tempoh Perlindungan dimana Kami telah menerima Caruman daripada Ahli yang Diinsuranskan. Sijil Bermaksud peraturan/ perjanjian Insurans di antara Anda dan Kami. Caruman Bermaksud amaun wang yang Anda setuju bayar kepada Kami di bawah Sijil Insurans sebagai balasan kepada manfaat yang tertera di dalamnya. Harga Penggantian Bermaksud nilai pasaran satu (1) unit Peranti dari pengeluar dan model yang sama seperti Peranti atau Peranti lain yang mempunyai keupayaan fungsi dan teknikal yang sama jika tiada stok Peranti tersebut yang tersedia semasa tarikh penggantian, dengan syarat nilai Peranti gantian tersebut tidak melebihi nilai Peranti asal. Nombor Siri Adalah kod unik yang digunakan untuk mengenal pasti sesebuah Peranti Had Kawasan Bermaksud di dalam Malaysia. Bila Perlindungan Berkuatkuasa Microsoft Malaysia MY Complete for Business - 081714 4

Tempoh Insurans akan bermula dari masa pembayaran diterima daripada Anda dan akan berakhir pada 12.01 pagi waktu Malaysia, atau pada tarikh pembatalan. Sebarang kegagalan untuk membayar Caruman akan mengakibatkan Perlindungan dibatalkan secara serta-merta. Siapakah Yang Akan Kami Bayar Semua pampasan di bawah Polisi Utama akan dibayar kepada Pusat Servis yang disahkan dan tertakluk kepada Had seperti yang dinyatakan di dalam Polisi Utama. Apa Yang Tidak Dilindungi Kami tidak akan melindungi Anda terhadap Kerosakan yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada perkara di bawah: i. Banjir, Gempa Bumi dan lain-lain kejadian alam; ii. iii. iv. Perbuatan yang bertentangan dengan larangan kerajaan atau undang-undang; Peperangan, penaklukan, perbuatan musuh asing, permusuhan (samada peperangan diisytiharkan atau tidak), peperangan sivil, dahagi, pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa oleh pihak tentera atau pemerintahan tentera; Sebarang tindakan keganasan. Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermaksud tindakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan paksaan atau kekerasan dan/ atau ugutan sedemikian, oleh mana-mana orang atau golongan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubungan dengan mana-mana organisasi atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau yang seumpamanya termasuk niat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/ atau menyebabkan orang awam atau sebahagian orang awam berada dalam ketakutan. v. Kelewatan, rampasan, penahanan, pemusnahan atau pengambilan oleh Kastam atau Polis atau disebabkan arahan daripada Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa, samada sebagai barang seludup atau barang curi atau sebaliknya, atau akibat dari perbuatan atau aktiviti haram atau sebagainya; vi. vii. viii. Keadaan atmosfera (selain dari kilat atau hujan ribut); Ionising, radioaktif atau pencemaran radioaktif dari mana-mana bahan api nuklear, dari manamana letusan lebihan nuklear, dari bahan api atau senjata nuklear ; dan/ atau Penipuan atau kegiatan jenayah oleh Anda atau pihak Anda. Kami Juga Tidak Melindungi:- i. Lebihan, seperti yang ditunjukkan pada Polisi. ii. Kerugian yang tidak dijangka terhadap Peranti Ahli dalam Tempoh Insurans yang disebabkan oleh Ahli atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ahli untuk menggunakan peranti mudah alih mereka. Microsoft Malaysia MY Complete for Business - 081714 5

iii. iv. Kerosakan: a) akibat dari haus dan lusuh, marring, calar, Kerosakan mekanikal atau elektrik, perubahan warna, atau mana-mana jenis Kerosakan atau kegagalan yang tidak berkaitan dengan cara Peranti tersebut berfungsi; ; b) akibat daripada pengubahan, penyelenggaraan, pembaikan, masalah rekabentuk, atau mana-mana proses pembersihan atau pemulihan. Sebarang kerugian Ahli mungkin mengalami atau kos yang ditanggung oleh Ahli untuk: a) kehilangan nilai, kehilangan kegunaan, kehilangan maklumat yang disimpan di memori atau apa-apa kehilangan turutan (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kehilangan ekonomik, atau kehilangan pendapatan, keuntungan, perniagaan, goodwill atau penjimatan yang dijangka), kecuali seperti yang telah dinyatakan di dalam Polisi ini; b) Kerosakan, kos atau caj, apabila membaiki atau mengganti aerial, pengecas bateri atau bateri di mana barangan ini adalah satu-satunya bahagian Peranti yang telah mengalami kerosakan atau kecurian; c ) Sebarang Kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan sengaja atau kecuaian oleh Ahli, pekerja-pekerja Ahli atau mana-mana orang yang menggunakan Peranti dengan kebenaran Ahli; d) kos atau caj apabila menggantikan aksesori yang tidak boleh lagi digunakan dengan Peranti; e) kos membaiki atau mendapatkan gantian Peranti di mana Kerosakan tersebut dilindungi oleh jaminan atau waranti pengeluar yang berkenaan untuk bahagian gentian atau kerja-kerja pembaikan; f) kos yang disebabkan oleh Peranti tersebut diservis secara berkala, diperiksa, diselaras atau dibersihkan; g) penggantian atau pembaikan sebarang aksesori yang berkaitan dengan Peranti Ahli; v. Kebocoran dalaman bateri, melainkan jika ianya disebabkan Kemalangan; vi. vii, viii. ix. Kemerosotan berperingkat atau pembukaan mana-mana bahagian Peranti tersebut atau Kerosakan kepada mana-mana bahagian semasa ianya dialihkan dari kedudukan biasa, karat atau hakisan; kehilangan yang tidak dapat dijelaskan atau kehilangan secara misteri; Kecacatan produk samada inheren tersembunyi atau tidak; Kegagalan atau kehilangan fungsi elektronik termasuk nyalaan sendiri atau terbakar, samada akibat dari kegunaan, salah guna, percubaan atau pembaikan; x. Kerosakan berikutan dari tindakan Ahli yang disengajakan. Microsoft Malaysia MY Complete for Business - 081714 6

Bagaimana Membuat Tuntutan Notis Tuntutan Untuk Akibat Kemalangan, Anda mesti melakukan perkara seperti yang berikut: a) laporkan kepada Kami dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari waktu menyedari Kejadian tersebut b) hubungi Kami di talian bebas tol bernombor 1-800-886-295 dengan segera untuk memaklumkan Kejadian Kerosakan Akibat Kemalangan membuat Tuntutan. Anda hendaklah mengemukakan semua dokumen penting pada masa yang munasabah bagi pemeriksaan kami dan hendaklah bekerjasama dengan Kami dalam semua perkara yang berkaitan dengan apaapa tuntutan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan Tuntutan tersebut. Membuat Tuntutan palsu/ tipu akan menyebabkan Tuntutan tersebut tidak sah dan menyebabkan kami menolak Tuntutan tersebut. Bukti Tuntutan Anda hendaklah mengemukakan kepada Kami sebarang bukti samada secara bertulis atau sebaliknya yang diperlukan untuk menyokong Tuntutan Anda dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari dari tarikh melaporkan Tuntutan seperti yang dinyatakan di atas. Anda perlu menyerahkan Peranti tersebut kepada Kami sebelum pembaikan atau penggantian dapat dilakukan. Kegagalan untuk mengemukakan bukti tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan tidak akan menyebabkan Tuntutan tidak sah atau mengurangkan Tuntutan jika ianya tidak mungkin dengan wajarnya mengemukakan bukti itu dalam tempoh masa yang ditetapkan, dengan syarat bukti tersebut dikemukakan secepat mungkin dan tidak boleh lewat daripada tiga puluh (30) hari dari Tarikh Kejadian. Semua dokumen, maklumat afidavit dan bukti hendaklah dikemukakan di dalam bentuk dan keadaan yang dikehendaki di atas tangungan Anda. Pilihan Penyelesaian Kami berhak menentukan cara penyelesaian samada untuk membaiki atau menggantikan Peranti; dan mungkin menyertai mana-mana Syarikat Insurans lain untuk berbuat demikian jika Peranti itu juga dilindungi di mana-mana. Jika Kami menggantikan Peranti tersebut, ianya akan digantikan dengan yang baru tetapi mungkin: a) model yang berbeza; b) tidak mempunyai ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang sama seperti Peranti yang rosak atau hilang; c) seakan-akan sama, jenis atau kualiti seperti Peranti tersebut. Microsoft Malaysia MY Complete for Business - 081714 7

Pengumpulan Kami berhak: a) Jika berlaku Kerosakan kepada Peranti, mengambil dan menyimpan Peranti Rosak dan menguruskannya dengan cara yang munasabah untuk mengurangkan kerugian; dan b) Mengambil alih di atas nama Ahli yang Diinsuranskan dan bagi pihak Ahli yang Diinsuranskan, keseluruhan pengendalian, pengawalan dan penyelesaian perundangan dan memulakan perlaksanaan perundangan dengan perbelanjaan Kami dan untuk manfaat Kami tetapi atas nama Ahli yang Diinsuranskan untuk mendapatkan ganti rugi daripada pihak-pihak ketiga untuk apa-apa yang dilindungi oleh Sijil Utama. Ahli yang Diinsuranskan perlu mengemukakan semua maklumat, dokumen dan member pertolongan yang diperlukan oleh Kami. Tanggungjawab Anda a) Anda hendaklah mengambil semua langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi Peranti Anda pada setiap masa. b) Anda perlu memaklumkan kepada Kami sekiranya ada perubahan/ Penukaran Material kepada Peranti yang dinyatakan di dalam Polisi. Bila Perlindungan Tamat Perlindungan ini akan tamat dengan sendirinya apabila perkara berikut yang mana terdahulu berlaku: a) sebarang Caruman kena dibayar di bawah Sijil ini tidak dijelaskan selepas tarikh bayaran Caruman; atau b) apabila Perlindungan dibatalkan oleh Kami di bawah terma polisi ini; c) Anda menjual atau menukar hakmilik Peranti tersebut dengan mana-mana cara; d) Peranti diubahsuai atau diubah dalam apa jua cara, atau identiti elektronik Peranti diubah; atau e) Ahli yang Diinsuranskan menukar Peranti Ahli yang Diinsuranskan untuk apa-apa sebab selain daripada di bawah jaminan skim pertukaran pengilang atau Tuntutan di dalam Sijil. Pembatalan Pihak Diinsuranskan dan Syarikat berhak untuk membatalkan Polisi ini pada bila-bila masa dalam tempoh kuatkuasanya dengan menyediakan notis tujuh (7) hari yang lain secara bertulis. Apabila pemberitahuan itu, perlindungan adalah terhenti pada tujuh hari terakhir dan bayaran balik pro-rata caruman akan dibenarkan untuk baki tempoh insurans berkuat kuasa. Microsoft Malaysia MY Complete for Business - 081714 8

Insurans Lain Kami tidak melindungi sebarang Kerosakan Akibat Kemalangan, yang dilindungi di bawah sijil yang lebih khusus atau Insurans Peranti lain yang disertai oleh Anda. Undang-Undang dan Bidang Kuasa Polisi Utama merujuk kepada Undang-Undang Malaysia, jika berlaku sebarang pertikaian, ia akan ditentukan oleh Mahkamah di Malaysia. Fasal Timbangtara Mana-mana pertikaian, perbezaan atau soalan yang mungkin timbul selepas ini di antara Kami dan Ahli yang Diinsuranskan atau wakil yang sah berhubung dengan pembinaan sebenar Polisi atau hak atau tanggungan hendaklah dirujuk kepada timbangtara. Polisi Utama hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia dan undang-undang Malaysia. Timbangtara hendaklah didengar oleh seorang penimbangtara yang dipersetujui oleh pihak-pihak dalam perjanjian ini dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh bermulanya timbangtara. Jika tidak ada persetujuan, mereka akan terikat dengan pelantikan penimbang tara itu dan tertakluk kepada peruntukan Akta Timbangtara Malaysia atau mana-mana pengubahsuaian berkanun atau pembuatan semulanya yang sedang berkuat kuasa. Aduan Jika Ahli yang Diinsuranskan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Ahli yang Diinsuranskan, Ahli yang Diinsuranskan boleh menghubungi Microsoft secara langsung di alamat berikut: Surface Extended Service Plan Business, Microsoft Regional Sales Corp., 438B Alexandra Road, #04-09/12, Block B, Alexandra Technopark, Singapore, 119968. Sila nyatakan nama dan alamat Ahli yang Diinsuranskan, dan nombor keahlian yang ditunjukkan atas Sijil. Jika Anda masih tidak berpuas hati dengan maklumbalas dari Microsoft, Anda boleh menulis terus kepada Pegawai Khidmat Pelanggan seperti alamat yang tertera di bawah. Sila nyatakan nama, alamat dan nombor keahlian Anda seperti yang tertera di atas Sijil. Unit Perkhidmatan Pelanggan UNI.ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD Tingkat 10, Menara Uni. Asia, 1008, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Tel. No.: 03-2619 9000 03-2619 9169 Fax No.: 03-2693 2893 Microsoft Malaysia MY Complete for Business - 081714 9

NOTIS PENTING UNTUK PEMEGANG POLISI Saluran untuk menyelesaikan Aduan Insurans Anda Jika anda tidak berpuas hati dengan maklum balas atau keputusan kami, Anda boleh mengemukakan aduan anda kepada saluran di bawah. Sila semak dengan Unit Aduan Syarikat kami ini tentang saluran yang betul untuk mengemukakan aduan anda. Saluran lain untuk menyelesaikan Aduan Anda: Biro Perkhidmatan Pelanggan Jabatan Pengawalan Insurans, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur. Tel. No.: 03-2698 8044 Fax No.: 03-2694 5986 Jika aduan anda masih tidak diselesaikan dan memuaskan hati anda, Anda boleh meminta untuk penilaian bebas dan percuma dalam tempoh enam bulan daripada keputusan terakhir kami kepada: Biro Pengantaraan Kewangan/The Financial Mediation Bureau Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel: 03-22722811 Fax: 03-22745752 PENTING Anda hendaklah membaca Sijil ini dengan teliti, dan jika terdapat sebarang kesilapan atau salah tafsiran di dalamnya, atau jika perlindungan tidak mengikut kehendak Anda, Kami perlu diberitahu dengan serta-merta dan Sijil ini dikembalikan untuk diberi perhatian Terma dan Syarat Sijil Utama akan dirujukkan. Sekiranya terdapat kekeliruan, kekaburan dan konflik dalam pentafsiran mana-mana terma atau syarat kontrak ini, versi Bahasa Inggeris adalah terpakai dan mengatasi versi Bahasa Melayu. Microsoft Malaysia MY Complete for Business - 081714 10