JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

DASAR PELETAKAN JAWATAN

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

JPA.BK(S)173/9/3 Jld.5(20) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2015

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

I~ A II~ LiJI!YI~~ Io~~,;,~~;;~,,1 MSISO'001 : 2000 REG.NO.AR3I11 SlaM Institution Cert. No:

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

CARTA ALIR PROSEDUR PELETAKAN JAWATAN

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

Universiti Malaysia PAHANG

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

PROSEDUR PERKHIDMATAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (20) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2017 BAYARAN KHAS TAHUN 2017

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2004 SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PESARA DAN BEKAS PEGAWAI AWAM

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2006

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2003 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK GRED J17, J22, J26

JPA(S)324/1 Klt. 36(17) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2005

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato /Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PROFIL PERKHIDMATAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1998 KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI BERSALIN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERADA DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

PEJABAT PENDAFTAR PROSEDUR PERKHIDMATAN PERSONEL. Ringkasan Pindaan Dokumen Dokumen Baru PP(P) TPK (HCM)

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Transkripsi:

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009 DASAR DAN PROSEDUR PELETAKAN JAWATAN DAN PELEPASAN DENGAN IZIN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan dasar dan prosedur peletakan jawatan dan pelepasan dengan izin pegawai supaya pelaksanaannya diuruskan dengan teratur, cekap dan seragam. DEFINISI 2. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini: Jabatan bermaksud: (a) Kementerian; (b) Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan; (c) Jabatan Persekutuan di luar negara; atau (d) mana-mana entiti lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; 1

Ketua Jabatan bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu Jabatan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan; Ketua Perkhidmatan bermaksud pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan. Bagi perkhidmatan tertentu, Ketua Jabatan juga merupakan Ketua Perkhidmatan; Notis Peletakan Jawatan bermaksud pernyataan hasrat untuk meletak jawatan yang dibuat oleh seseorang pegawai secara bertulis dan ditandatangani olehnya; Pegawai bermaksud seseorang pegawai yang dilantik secara tetap atau sementara; Pelepasan Dengan Izin bermaksud kelulusan secara bertulis yang diberikan oleh Ketua Perkhidmatan bagi membenarkan seseorang pegawai meninggalkan jawatan sebelumnya dan membolehkan tempoh perkhidmatan terdahulu dimasuk kira bagi tujuan perkiraan faedah persaraan mengikut Peraturan 6(g) Peraturan - Peraturan Pencen 1980 [P.U.(A)176/1980] untuk dilantik ke jawatan dalam: (a) skim perkhidmatan yang lain di bawah Suruhanjaya yang sama; (b) skim perkhidmatan yang sama/ berlainan di bawah Suruhanjaya yang lain; atau (c) skim perkhidmatan yang sama/ berlainan ke perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan; Peletakan Jawatan bermaksud berhenti daripada berkhidmat dengan perkhidmatan awam yang dibuat melalui notis bertulis yang dikemukakan 2

kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan yang menyebabkan perkhidmatannya terputus; Pemendekan Notis bermaksud tempoh notis peletakan jawatan pegawai dipendekkan dari tempoh notis sebenar yang ditetapkan dengan kelulusan Ketua Jabatan; Perkhidmatan Awam bermaksud perkhidmatan kehakiman dan undangundang, perkhidmatan awam am Persekutuan, pasukan polis dan perkhidmatan pelajaran; dan Suruhanjaya bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan Suruhanjaya Pasukan Polis atau mana-mana pihak yang diberi kuasa secara sah untuk melantik seseorang berkhidmat dengan manamana agensi awam di bawah bidang kuasa Suruhanjaya berkenaan. LATAR BELAKANG 3. Peraturan mengenai peletakan jawatan serta pemendekan notis peletakan jawatan telah dinyatakan dalam Peraturan 51, 52 dan 53 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005]. Manakala Peraturan 54, P.U.(A)176/2005 pula menyatakan bahawa peletakan jawatan bagi pegawai sedang berkhidmat tidak perlu sekiranya seseorang pegawai itu dilantik ke dalam perkhidmatan awam lain, tetapi dengan syarat permohonan ke jawatan baru itu dibuat melalui dan disokong oleh Ketua Jabatan selaras dengan Peraturan 17, P.U.(A)176/2005. 4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1980 telah menjelaskan kaedah menamatkan perkhidmatan pegawai di perkhidmatan sebelumnya sama ada diberi pelepasan dengan izin atau peletakan jawatan bagi membolehkan pegawai berkhidmat 3

di agensi lain dan bagi membolehkan tempoh perkhidmatan pegawai di jawatan asal dimasuk kira untuk perkiraan faedah persaraan. 5. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1977 menjelaskan prosedur peletakan jawatan dan kesan penarikan balik notis peletakan jawatan yang telah dikemukakan. Sementara itu, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1996 pula menjelaskan pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji, tempoh cuti tersebut tidak boleh diambil kira untuk tujuan notis peletakan jawatan. 6. Walaupun terdapat peraturan yang menjelaskan prosedur peletakan jawatan dan pelepasan dengan izin, namun prosedur sedia ada perlu diperkemas, ditambah baik dan diperjelaskan supaya pelaksanaannya lebih seragam, teratur dan menepati peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa. DASAR Dasar Peletakan Jawatan 7. Dasar peletakan jawatan bagi semua pegawai ditetapkan seperti berikut: (a) peletakan jawatan adalah bertujuan untuk memutuskan perkhidmatan jawatan yang sedang disandang oleh pegawai; (b) pegawai boleh meletak jawatan dengan mengemukakan notis bertulis yang ditandatangani olehnya kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan mengikut tempoh seperti berikut: (i) 90 hari bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan; atau (ii) 30 hari bagi pegawai yang dalam tempoh percubaan atau pegawai sementara. 4

(c) bagi peletakan jawatan yang tidak memenuhi tempoh notis yang ditetapkan, pegawai hendaklah membayar sebulan gaji sebagai ganti notis. Gaji bagi maksud ini adalah gaji pokok berdasarkan matagaji dalam struktur gaji yang tidak termasuk imbuhan tetap yang terakhir diterima oleh pegawai sebelum meletak jawatan; (d) pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji, tempoh cuti berkenaan tidak boleh diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh notis; (e) peletakan jawatan berkuat kuasa pada hari berikutnya selepas tamat tempoh notis yang diberikan atau pada tarikh yang ditetapkan oleh pegawai walaupun pegawai gagal memenuhi tempoh notis yang ditetapkan di perenggan 7(b)(i) dan 7(b)(ii) atau gagal membayar sebulan gaji sebagai ganti notis seperti yang ditetapkan di perenggan (7)(c); (f) peletakan jawatan tidak memerlukan kelulusan sebaliknya hanya diambil maklum oleh Ketua Perkhidmatan; (g) pegawai boleh memohon pemendekan notis bagi dikecualikan bayaran sebulan gaji dengan mengemukakan sebab-sebab tertentu dan ia perlu dikemukakan sebelum tarikh kuat kuasa peletakan jawatan; (h) Ketua Jabatan boleh membenarkan permohonan pemendekan notis atas alasan berikut: (i) pegawai ditawarkan pelantikan ke mana-mana jawatan dalam sesuatu Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri), Pihak Berkuasa Tempatan atau agensi lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); 5

(ii) pegawai ditawarkan pelantikan ke mana-mana jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri dan syarikat milik Kerajaan sepenuhnya; (iii) pegawai atau pasangan, anak atau ibu bapa pegawai itu menghadapi masalah kesihatan; (iv) pegawai mengikuti kursus atau latihan yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan; atau (v) sebab-sebab lain yang diluluskan oleh KPPA. Bagi maksud ini, Ketua Jabatan yang menyokong permohonan tersebut hendaklah mengemukakan perakuan kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan memanjangkan kepada KPPA untuk pertimbangan. (i) peletakan jawatan yang telah berkuat kuasa tidak boleh ditarik balik. Walau bagaimanapun, peletakan jawatan yang belum berkuat kuasa boleh ditarik balik dengan syarat pegawai mengemukakan notis secara bertulis kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan dan diterima oleh Ketua Perkhidmatan sebelum tarikh kuat kuasa peletakan jawatan; (j) pegawai perkhidmatan awam yang dilantik ke jawatan lain dalam perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan, atau sebaliknya, perlu meletak jawatan. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan tempoh perkhidmatan sebelum ini dimasuk kira untuk perkiraan faedah persaraan, pegawai hendaklah memohon pelepasan dengan izin; (k) bagi pegawai yang pernah meletak jawatan atas sebab selain daripada menerima pelantikan jawatan baru di mana-mana agensi kerajaan dalam perkhidmatan awam atau perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa 6

Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan, Suruhanjaya boleh melantik semula pegawai berkenaan melalui kebenaran khas setelah menimbang laporan sebab peletakan jawatan daripada Ketua Jabatan tempat pegawai itu berkhidmat sebelum peletakan jawatannya; dan (l) Ketua Jabatan juga perlu menyemak semua hutang piutang pegawai dan ikatan perjanjiannya dengan Kerajaan. Jika ada, Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan kepada pegawai akan tanggungjawab menyelesaikannya. Walau bagaimanapun, tanggungan hutang piutang pegawai dan ikatan perjanjian ini tidak menghalang kuat kuasa peletakan jawatan yang dibuat oleh pegawai. Dasar Pelepasan Dengan Izin 8. Dasar pelepasan dengan izin bagi semua pegawai ditetapkan seperti berikut: (a) pegawai yang dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang sama/ berlainan dalam perkhidmatan awam termasuk pelantikan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) perlu memohon pelepasan dengan izin untuk dilantik ke jawatan baru; (b) pegawai perkhidmatan awam yang dilantik ke jawatan lain dalam perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan, atau sebaliknya, perlu meletak jawatan dan memohon pelepasan dengan izin bagi tujuan perkiraan faedah persaraan seperti mana yang ditetapkan di perenggan 7(j); (c) pertimbangan pelepasan dengan izin di perenggan 8(a) dan 8(b) adalah tertakluk dengan syarat permohonan pegawai ke jawatan baru itu dikemukakan kepada Suruhanjaya melalui dan disokong oleh Ketua Jabatan; 7

(d) pegawai yang memohon jawatan lain melalui tetapi tidak disokong oleh Ketua Jabatan atau tanpa melalui Ketua Jabatan, pelepasan dengan izin tidak boleh dipertimbangkan dan pegawai perlu meletak jawatan; (e) walau apa pun peraturan di perenggan (d), pelepasan dengan izin boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang ditawarkan ke jawatan lain tertakluk dengan syarat permohonan ke jawatan tersebut dibuat sebelum pegawai berkhidmat dengan kerajaan; (f) Ketua Perkhidmatan mempunyai kuasa untuk menimbang dan meluluskan permohonan pelepasan dengan izin. Dalam keadaan tertentu, Ketua Perkhidmatan boleh mewakilkan kuasa menimbang dan meluluskan permohonan pelepasan dengan izin kepada Ketua Jabatan; (g) dalam menimbang permohonan pelepasan dengan izin, Ketua Perkhidmatan perlu mengambil kira keperluan perkhidmatan pegawai kepada agensi berkenaan serta kemajuan kerjaya pegawai pada masa akan datang; dan (h) tarikh kuat kuasa pelepasan dengan izin adalah mulai tarikh pegawai melaporkan diri bertugas di jawatan baru dan pelepasan dengan izin yang telah berkuat kuasa tidak boleh ditarik balik. 9. Notis peletakan jawatan dan permohonan pelepasan dengan izin hendaklah dikemukakan kepada Ketua Perkhidmatan sebelum pegawai melaporkan diri bertugas di jawatan baru. Ketua Perkhidmatan hendaklah mengemukakan surat akuan pemakluman peletakan jawatan dan kelulusan pelepasan dengan izin kepada pegawai sebelum beliau melaporkan diri bertugas di jawatan baru. Dalam keadaan tertentu, sekiranya pelepasan dengan izin belum dapat dipertimbangkan oleh Ketua Perkhidmatan, pegawai boleh memohon penangguhan tarikh melaporkan diri bertugas di jawatan baru tertakluk kepada persetujuan Ketua Jabatan baru yang akan memaklumkan kepada Suruhanjaya. 8

10. Bagi pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kelulusan pelepasan dengan izin yang diberi tidak boleh digunakan untuk perkiraan faedah persaraan. PELAKSANAAN Pelaksanaan Peletakan Jawatan 11. Pegawai perlu meletakkan jawatan dalam keadaan berikut: (a) pegawai yang tidak lagi berminat berkhidmat dengan perkhidmatan awam; (b) pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan yang menerima tawaran untuk mengikuti kursus di mana-mana insitusi latihan/ pengajian tinggi yang tidak layak dipertimbangkan kemudahan cuti belajar; (c) pegawai lantikan pertama yang belum disahkan dalam perkhidmatan dan menerima tawaran untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan; dan (d) pegawai dalam perkhidmatan awam yang tidak diluluskan pelepasan dengan izin oleh Ketua Perkhidmatan apabila dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain di bawah Suruhanjaya yang sama atau dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang sama/ berlainan di bawah Suruhanjaya yang lain. 9

Pelaksanaan Pelepasan Dengan Izin 12. Pegawai tidak perlu meletak jawatan dan boleh dipertimbangkan pelepasan dengan izin jika pegawai dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain di bawah Suruhanjaya yang sama atau dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang sama/ berlainan di bawah Suruhanjaya yang lain dengan syarat permohonan pegawai ke jawatan baru itu dikemukakan kepada Suruhanjaya berkenaan melalui dan disokong oleh Ketua Jabatan. Sebagai contoh: (a) Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17 lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) (Perkhidmatan Awam Persekutuan) dilantik sebagai Penolong Pegawai Sains Gred C27 oleh SPA (Perkhidmatan Awam Persekutuan); (b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Perkhidmatan Awam Persekutuan) dilantik sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 oleh SPA (Perkhidmatan Awam Persekutuan); atau (c) Pemandu Kenderaan Gred R3 lantikan kementerian di bawah penurunan kuasa SPA (Perkhidmatan Awam Persekutuan) dilantik sebagai Pembantu Penguat Kuasa Gred N17 oleh SPA (Perkhidmatan Awam Persekutuan). Pelaksanaan Peletakan Jawatan Dan Pelepasan Dengan Izin 13. Pegawai perlu meletak jawatan dan boleh dipertimbangkan pelepasan dengan izin jika pegawai dalam perkhidmatan awam dilantik ke perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) atau Pihak Berkuasa Tempatan, atau sebaliknya, bagi membolehkan tempoh perkhidmatan pegawai sebelum itu dimasuk kira untuk perkiraan faedah persaraan. Sebagai contoh : 10

(a) Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 lantikan SPA (Perkhidmatan Awam Persekutuan) dilantik sebagai Pegawai Tadbir Gred N41 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Pihak Berkuasa Tempatan); atau (b) Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 lantikan SPA (Perkhidmatan Awam Persekutuan) dilantik sebagai Pegawai Tadbir Gred N41 oleh Universiti Sains Malaysia (Pihak Berkuasa Berkanun). PROSEDUR Prosedur Peletakan Jawatan 14. Prosedur peletakan jawatan melibatkan proses berikut: (a) pegawai perlu mengemukakan notis peletakan jawatan secara bertulis dan ditandatangani olehnya kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan mengikut contoh di Lampiran A yang mengandungi maklumat berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) nama penuh; jawatan serta tempat bertugas; tempoh notis; sebab peletakan jawatan; tarikh kuat kuasa peletakan jawatan; tarikh notis ditandatangani; dan tandatangan pegawai. (b) Ketua Jabatan hendaklah menyemak sama ada tempoh notis peletakan jawatan yang diberikan menepati tempoh seperti ditetapkan dengan mengira tempoh notis bermula dari tarikh notis dikemukakan kepada Ketua Jabatan sehingga tarikh kuat kuasa peletakan jawatan tersebut. Jika notis peletakan jawatan tersebut tidak menepati tempoh ditetapkan, 11

Ketua Jabatan hendaklah menuntut bayaran sebulan gaji sebagai ganti notis kecuali bagi pegawai yang diluluskan pemendekan notis; (c) Ketua Jabatan hendaklah menyemak semua hutang piutang pegawai dan ikatan perjanjiannya dengan Kerajaan. Jika ada, Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan kepada pegawai akan tanggungjawab menyelesaikannya. (d) Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan notis peletakan jawatan tersebut kepada Ketua Perkhidmatan; (e) Ketua Perkhidmatan hendaklah mengeluarkan surat akuan pemakluman peletakan jawatan kepada pegawai sebaik sahaja notis peletakan jawatan diterima daripada Ketua Jabatan dan memaklumkannya kepada Suruhanjaya. Sesalinan surat akuan pemakluman tersebut juga akan dikemukakan kepada Ketua Jabatan dan Kementerian Kewangan (Bahagian Pinjaman Perumahan) mengikut contoh di Lampiran B; (f) Ketua Jabatan hendaklah mengemas kini maklumat peletakan jawatan pegawai di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS); (g) Ketua Jabatan hendaklah merekodkan peletakan jawatan tersebut dalam Rekod Perkhidmatan pegawai; dan (h) Ketua Jabatan hendaklah memastikan pegawai tidak dibenarkan hadir bertugas mulai tarikh kuat kuasa peletakan jawatan. Jika pegawai terus berkhidmat selepas tarikh tersebut, pegawai tidak layak dibayar sebarang emolumen. 12

15. Bagi pegawai yang layak memohon pemendekan notis seperti yang ditetapkan dalam perenggan 7(h), permohonan pemendekan notis hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan seperti contoh di Lampiran C. Permohonan tersebut hendaklah disertakan dengan bukti bagi menyokong permohonan pemendekan notis tersebut. Contohnya surat tawaran pelantikan, surat tawaran mengikuti kursus atau latihan atau surat pengesahan pegawai perubatan bagi pegawai atau pasangan, anak atau ibu bapa yang menghadapi masalah kesihatan bersekali dengan notis peletakan jawatan seperti contoh di Lampiran A. 16. Ketua Jabatan hendaklah mempertimbangkan permohonan pemendekan notis yang dikemukakan oleh pegawai berdasarkan sebab-sebab peletakan jawatan seperti di perenggan 7(h). Contoh surat keputusan pemendekan notis adalah seperti di Lampiran D. 17. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan keputusan permohonan pemendekan notis dalam Rekod Perkhidmatan pegawai. 18. Pegawai yang meletak jawatan tetapi tidak memenuhi syarat tempoh notis yang ditetapkan dan pegawai yang tidak diluluskan pemendekan notis hendaklah membayar sebulan gaji sebagai ganti notis kepada Ketua Jabatan. 19. Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan menuntut bayaran sebulan gaji berdasarkan peraturan kewangan yang berkuat kuasa. 20. Peletakan jawatan yang belum berkuat kuasa boleh ditarik balik dengan syarat pegawai mengemukakan notis secara bertulis kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan dan diterima oleh Ketua Perkhidmatan sebelum tarikh kuat kuasa peletakan jawatan. Carta alir prosedur peletakan jawatan adalah seperti di Lampiran E. 13

Prosedur Pelepasan Dengan Izin 21. Prosedur pelepasan dengan izin melibatkan proses berikut: (a) pegawai perlu mengemukakan notis bertulis yang ditandatangani olehnya bagi memohon pelepasan dengan izin kepada Ketua Perkhidmatan sebaik sahaja pegawai menerima tawaran jawatan baru mengikut contoh di Lampiran F; (b) Ketua Perkhidmatan hendaklah mempertimbangkan permohonan pelepasan dengan izin yang dikemukakan oleh pegawai berdasarkan kepada peraturan yang dinyatakan di perenggan 8 (g); (c) kelulusan pelepasan dengan izin daripada Ketua Perkhidmatan hendaklah dikemukakan kepada pegawai dan dimaklumkan kepada Suruhanjaya, Ketua Jabatan serta Ketua Jabatan baru. Contoh surat kelulusan pelepasan dengan izin adalah seperti di Lampiran G; dan (d) Ketua Jabatan hendaklah merekodkan keputusan permohonan pelepasan dengan izin dalam Rekod Perkhidmatan pegawai. 22. Bagi pegawai yang tidak diluluskan pelepasan dengan izin tetapi masih berhasrat untuk menerima pelantikan jawatan baru, Ketua Jabatan perlulah menasihatkan pegawai supaya meletakkan jawatan. Walau bagaimanapun Ketua Jabatan hendaklah menjelaskan implikasinya sebelum pegawai mengambil keputusan meletak jawatan, antaranya perkhidmatan pegawai dengan kerajaan akan terputus dan tempoh perkhidmatan pegawai di jawatan sebelum ini tidak boleh dimasuk kira untuk tujuan perkiraan faedah persaraan. Carta alir prosedur pelepasan dengan izin adalah seperti di Lampiran H. 14

Prosedur Peletakan Jawatan Dan Pelepasan Dengan Izin 23. Bagi pegawai yang perlu meletakkan jawatan dan memohon pelepasan dengan izin, prosedur peletakan jawatan dan pelepasan dengan izin seperti mana yang dinyatakan di perenggan 14 hingga 22 hendaklah dipatuhi. Carta alir prosedur peletakan jawatan dan pelepasan dengan izin adalah seperti di Lampiran E dan H. PEMAKAIAN 24. Peruntukan di perenggan 7(j), perenggan 8(b) dan perenggan 13 hendaklah terpakai kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan (Pihak-Pihak Berkuasa) manakala peruntukan lain Pekeliling Perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada penerimaan pakai oleh Pihak-Pihak Berkuasa yang berkenaan. PEMBATALAN 25. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan berikut adalah dibatalkan: (i) Service Circular Letter No. 25 of 1959; (ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan No. 10 Tahun 1963; (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1977; (iv) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1980; dan (v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1996. 15

KEKECUALIAN DAN PERALIHAN 26. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini setakat mana ia tidak bertentangan dengan undang-undang hendaklah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan KPPA. 27. Semua permohonan untuk peletakan jawatan atau pelepasan dengan izin yang telah diterima dan telah diproses sebelum tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah terus diuruskan mengikut peraturan sebelum berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini. TARIKH KUAT KUASA 28. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (TAN SRI ISMAIL ADAM) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 18 November 2009 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 16

CONTOH NOTIS PELETAKAN JAWATAN LAMPIRAN A (nama dan alamat pegawai ) Kepada : (nama dan alamat Ketua Perkhidmatan) Melalui : (nama dan alamat Ketua Jabatan) Tuan, (nama jawatan) PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI... (nama penuh) Dengan hormatnya saya.. berjawatan sebagai.. (nama jawatan) Gred.. bertugas di.. (nama tempat bertugas) dan bergaji akhir RM... (P T ) meletak jawatan (tarikh) dengan memberi tempoh notis 30 hari / 90 hari* mulai... (tarikh) hingga... (tarikh ini hendaklah tidak lebih awal daripada tarikh notis ditandatangan) 17

2. Peletakan jawatan saya adalah atas sebab......... 3. Dengan peletakan jawatan ini, saya bertanggungjawab menyelesaikan segala hutang hutang piutang dan ikatan perjanjian saya dengan Kerajaan. Sekian, terima kasih. Tandatangan :.. Nama penuh :.. Jawatan :.. Tarikh :.. Catatan : * : Potong mana yang tidak berkenaan. 18

CONTOH SURAT AKUAN PEMAKLUMAN PELETAKAN JAWATAN LAMPIRAN B (nama dan alamat pegawai) Rujukan Kami : Tarikh : Tuan, PEMAKLUMAN PELETAKAN JAWATAN Dengan hormatnya saya merujuk kepada notis peletakan jawatan tuan yang ditandatangani pada... dan diterima oleh Jabatan ini pada... 2. Dimaklumkan bahawa peletakan jawatan tuan yang berkuat kuasa mulai... telah diambil maklum dan direkodkan. Sehubungan itu, tuan dengan ini dikehendaki: (i) mematuhi keputusan dan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam / Kerajaan Negeri /... jika tuan mempunyai ikatan biasiswa dengan pihak berkenaan; (ii) bertanggungjawab menyelesaikan segala hutang piutang tuan dengan Kerajaan; (iii) menyediakan Nota Serah Tugas; dan (iv) menyediakan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan pegawai di bawah penyeliaan tuan selama enam (6) bulan atau lebih dalam tahun penilaian (jika ada) sama ada Pegawai Penilai Pertama / dan / atau Pegawai Penilai Kedua. 19

Sekian, terima kasih. (Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan, mana yang berkenaan) Tandatangan :... Nama Penuh :... Jawatan :... Tarikh :... s.k. 1. Setiausaha (Suruhanjaya yang berkaitan)......... 2. Ketua Jabatan......... 3. Kementerian Kewangan Bahagian Pinjaman Perumahan...... 20

LAMPIRAN C CONTOH SURAT PERMOHONAN PEMENDEKAN NOTIS PELETAKAN JAWATAN (nama dan alamat Ketua Jabatan) Tuan, PERMOHONAN PEMENDEKAN NOTIS PELETAKAN JAWATAN Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. (nama penuh) 2. Dimaklumkan bahawa saya... (nama jawatan) berjawatan sebagai.... (nama tempat bertugas) Gred.. bertugas di.. dan bergaji akhir RM...(P.. T... ) memohon pemendekan notis mulai / pada... 3. Pemendekan notis saya adalah atas sebab berikut: i. ditawarkan pelantikan ke jawatan baru di... ii. iii. iv. masalah kesihatan diri/ pasangan/ anak/ ibu bapa mengikuti kursus atau latihan yang diluluskan oleh. sebab-sebab lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 21

4. Sehubungan itu, bagi menyokong permohonan saya ini, bersama-sama ini disertakan dokumen berkaitan. Sekian, terima kasih. Tandatangan :.. Nama penuh :.. Jawatan :.. Tarikh :.. 22

LAMPIRAN D CONTOH SURAT KEPUTUSAN PEMENDEKAN NOTIS PELETAKAN JAWATAN (nama dan alamat pegawai) Rujukan Kami : Tarikh : Tuan, PERMOHONAN PEMENDEKAN NOTIS PELETAKAN JAWATAN Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat tuan bil.... bertarikh berhubung perkara di atas. 2. Permohonan pemendekan notis peletakan jawatan tuan telah dipertimbangkan dengan sewajarnya dengan keputusan diluluskan/ tidak diluluskan* 3. Sehubungan itu, tuan dikehendaki membayar sebulan gaji sebagai ganti notis.** Sekian, terima kasih. (Ketua Jabatan) Tandatangan :.. Nama penuh :.. Jawatan :.. Tarikh :.. Catatan : * : Potong mana yang tidak berkenaan. ** : Masukkan perenggan 3 sekiranya permohonan pemendekan notis peletakan jawatan tidak diluluskan. 23

LAMPIRAN E CARTA ALIR PROSEDUR PELETAKAN JAWATAN Prosedur Pemendekan Notis Pegawai kemukakan notis bertulis (Lampiran A) kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan. Pegawai memohon pemendekan notis (Lampiran C) kepada Ketua Jabatan. Pertimbangan Ketua Jabatan. Contoh keputusan pemendekan notis seperti di Lampiran D. Tidak lulus Lulus Ketua Jabatan menyemak tempoh notis peletakan jawatan. Sekiranya tempoh notis tidak mencukupi/ tidak lulus pemendekan notis, Ketua Jabatan menuntut bayaran sebulan gaji sebagai ganti notis. Ketua Jabatan hendaklah menyemak semua hutang piutang pegawai dan ikatan perjanjian dengan Kerajaan. Jika ada, Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan kepada pegawai akan tanggungjawab menyelesaikannya. Ketua Jabatan kemukakan notis peletakan jawatan kepada Ketua Perkhidmatan. Ketua Perkhidmatan keluarkan surat akuan pemakluman peletakan jawatan dan memaklumkan kepada Suruhanjaya. Sesalinan surat akuan pemakluman dikemukakan kepada Ketua Jabatan dan Kementerian Kewangan (Bahagian Pinjaman Perumahan) seperti di Lampiran B. Ketua Jabatan kemas kini maklumat peletakan jawatan dalam HRMIS. Ketua Jabatan merekodkan peletakan jawatan/ pemendekan notis pegawai dalam Rekod Perkhidmatan. 24

LAMPIRAN F CONTOH NOTIS PELEPASAN DENGAN IZIN (nama dan alamat Ketua Perkhidmatann) Tuan, PERMOHONAN PELEPASAN DENGAN IZIN JAWATAN... GRED.....KERANA DITAWARKAN JAWATAN SEBAGAI... GRED....DI.... Dengan hormatnya saya memohon pelepasan dengan izin jawatan...gred...bagi membolehkan saya menjawat jawatan...gred...di... mulai... 2. Saya berharap semoga pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan pelepasan dengan izan saya atas: i. dasar keperluan perkhidmatan, kemajuan kerjaya dan bagi membolehkan tempoh perkhidmatan saya dimasuk kira untuk perkiraan faedah persaraan*; atau ii. dasar keperluan perkhidmatan dan kemajuan kerjaya**. 25

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan sesalinan surat tawaran jawatan baru untuk tindakan tuan selanjutnya. Sekian, terima kasih. Tandatangan :... Nama Penuh :... Jawatan :... Tarikh :... Catatan : * : peruntukan ini terpakai bagi pegawai yang telah memperolehi pemberian taraf berpencen. ** : peruntukan ini terpakai bagi pegawai yang memilih opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 26

CONTOH SURAT KELULUSAN PELEPASAN DENGAN IZIN LAMPIRAN G Rujukan Kami : Tarikh : (nama dan alamat pegawai) Tuan, KELULUSAN PELEPASAN DENGAN IZIN ENCIK/ PUAN...JAWATAN... GRED...DI... KERANA DITAWARKAN JAWATAN SEBAGAI... GRED...DI... Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat tuan bil.... bertarikh mengenai perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini bersetuju meluluskan pelepasan dengan izin tuan bagi menjawat jawatan sebagai... Gred...di...mulai... 3. Perkhidmatan tuan di Jabatan ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. 27

Sekian, terima kasih. (Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan, mana yang berkenaan) Tandatangan :... Nama Penuh :... Jawatan :... Tarikh :... s.k. 1. Setiausaha... (Suruhanjaya yang berkaitan)...... 2. Ketua Jabatan (Ketua Jabatan asal)......... 3. Ketua Jabatan... (Ketua Jabatan baru)...... 28

LAMPIRAN H CARTA ALIR PROSEDUR PELEPASAN DENGAN IZIN Pegawai menerima tawaran jawatan baru daripada Suruhanjaya. Pegawai mengemukakan notis bertulis pelepasan dengan izin (Lampiran F) kepada Ketua Perkhidmatan untuk pertimbangan. Tidak lulus Ketua Jabatan menasihatkan pegawai meletakkan jawatan dan menjelaskan implikasinya. Pertimbangan Ketua Perkhidmatan. Lulus Kelulusan pelepasan dengan izin daripada Ketua Perkhidmatan (Lampiran G) dikemukakan kepada pegawai dan dimaklumkan kepada Suruhanjaya, Ketua Jabatan asal serta Ketua Jabatan baru. Ketua Jabatan merekodkan keputusan permohonan pelepasan dengan izin dalam Rekod Perkhidmatan. 29