UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 ( 31) 3 Mei 2010 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 31/2010 PELAKSANAAN DASAR CUTI GANTIAN Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan Pelaksanaan Dasar Cuti Gantian yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti dalam mesyuaratnya bil.1/2010. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Cuti Gantian merupakan satu kemudahan Cuti Tanpa Rekod yang diperuntukkan melalui Perintah Am, Bab C (Cuti). Ianya bertujuan menggantikan bayaran yang tidak dituntut kerana kerja lebih masa dan staf yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana kerja lebih masa. 2.2 Perkara 40, Perintah Am Bab C (Cuti), Cuti Gantian bermaksud: Seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana kerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain boleh diberi Cuti Gantian oleh Ketua Jabatan kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan. 2.3 Berdasarkan kepada peraturan sedia ada, staf yang berada di Gred 41 dan ke atas tidak layak menuntut bayaran lebih masa. Walau bagaimanapun pegawai berkenaan boleh dipertimbangkan Cuti Gantian tertakluk kepada kelulusan Ketua Pusat Tanggungjawab. 3. PELAKSANAAN 3.1 Kemudahan Cuti Gantian ini dipanjangkan kepada semua staf di Universiti ini yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 3.2 Staf layak dipertimbangkan Cuti Gantian bagi tempoh sebenar kerja-kerja yang dijalankan di luar waktu bekerja pejabat biasa yang ditetapkan kepada seseorang staf, iaitu menjalankan tugastugas rasmi yang berkaitan dengan tugas rasmi jawatan hakikinya atau tugas rasmi bagi jabatannya. 3.3 Cuti Gantian adalah tidak layak dituntut bagi sebarang tugasan yang berbayar seperti menerima elaun sebagai penceramah atau menghadiri sebarang mesyuarat yang dibayar elaun. 3.4 Selari dengan Dasar Latihan Sektor Awam (DLSA), staf yang menjadi peserta program latihan yang diambil kira dalam jam kursus setahun sama ada dianjurkan oleh pihak Universiti ataupun pihak luar adalah tidak layak dipertimbangkan Cuti Gantian.
Manakala staf yang dilantik sebagai urus setia adalah layak dipertimbangkan Cuti Gantian. Senarai program latihan adalah seperti di LAMPIRAN A. 3.5 Bagi aktiviti yang tidak disenaraikan dalam LAMPIRAN A, staf adalah layak dipertimbangkan pemberian Cuti Gantian. Ini adalah termasuk bagi menghadiri mesyuarat, sama ada yang dianjurkan oleh pihak Universiti ataupun pihak luar. 3.6 Cuti Gantian diberikan berdasarkan kepada tempoh sebenar kerjakerja yang dilaksanakan oleh staf berkenaan, waktu yang tidak digunakan bagi menjalankan tugas rasmi seperti berehat / makan (termasuk masa sembahyang) adalah tidak layak untuk diambil kira. 3.7 Masa dalam perjalanan pergi ke tempat bertugas di luar Ibu Pejabat dan balik dari tempat bertugas ke Ibu Pejabat adalah tidak boleh diambil kira bagi maksud perkiraan tempoh masa untuk Cuti Gantian. 3.8 Pertimbangan dan kelulusan permohonan Cuti Gantian adalah di bawah kuasa Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing. 3.9 Walau apa pun syarat yang dinyatakan di atas, Pendaftar berhak memberikan Cuti Gantian dengan pertimbangan dan kelulusan khas yang difikirkan patut dan munasabah demi kepentingan perkhidmatan. 4 KADAR / TEMPOH MASA 4.1 Cuti Gantian hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas, tempoh masa berkenaan hendaklah cukup 9 jam bagi 1 hari Cuti Gantian. 4.2 Tempoh masa yang layak dipertimbangkan boleh di kumpul bagi 2 bulan berturut, dan diambil dalam tempoh 6 BULAN sahaja. 4.3 Tempoh 6 bulan diambil kira mulai bulan berikutnya selepas tempoh 9 jam mencukupi, bagaimanapun ini tidak akan menghalang pengambilan Cuti Gantian pada bulan berkenaan. Contoh pengiraan adalah seperti di LAMPIRAN B. 4.4 Pengumpulan dan pengambilan Cuti Gantian adalah tidak terhad pada tahun semasa sahaja, ianya boleh dibawa ke tahun hadapan selagi memenuhi syarat yang ditetapkan. 4.5 Had maksimum pengumpulan jam bagi tujuan Cuti Gantian adalah dihadkan kepada 9 jam sahaja dalam sehari. 4.6 Penjumlahan waktu bekerja lebih masa sebenar pada hari yang berlainan adalah dibenarkan untuk diambil kira sebagai tempoh masa yang layak bagi tujuan Cuti Gantian.
5 TARIKH KUAT KUASA Pekeliling Pengurusan ini berkuat kuasa mulai 1 Mei 2010. 6. Sekian untuk makluman dan perhatian YBhg. Prof. Dato / Datin/ Prof./ Tuan/ Puan. Terima kasih. DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA Yang benar, SULAM BIN HAMID Pendaftar 7100 s.k. - YBhg. Dato Naib Canselor - Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) - Dekan-Dekan Fakulti - Pengarah Pejabat/Pusat - Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit SH/mfaa/03052010/pekelilingpengurusan
LAMPIRAN A PROGRAM LATIHAN YANG DIAMBIL KIRA DALAM JAM KURSUS BIL. PROGRAM LATIHAN JENIS KURSUS 1 Latihan i. Kursus ii. Seminar iii. Konvensyen iv. Bengkel v. Forum vi. Simposium vii. Kolokium viii. Persidangan ix. Lawatan Rasmi/ Korporat/ Sambil Belajar x. Klinik Kaunseling 2 Sesi Pembelajaran i. Sesi Pembelajaran PTK ii. Sesi Pembelajaran di peringkat Kementerian/ Jabatan, Bahagian, Cawangan dan Seksyen iii. Sesi perkongsian ilmu di peringkat Kementerian/ Jabatan, Bahagian, Cawangan dan Seksyen iv. Program Executive talk anjuran INTAN atau seumpama dengannya v. Perhimpunan Bulanan di peringkat Kementerian/ Jabatan, Bahagian, Cawangan vi. Program Penerapan Nilai-nilai Murni dan Ceramahceramah khas pada bulan Ramadhan vii. Program Sambutan/ Program khas Sambutan Bulanbulan Islam/ Perayaan yang mengandungi ucapan / ceramah/ forum viii. Pertemuan Mentor Mentee ix. Sesi Perbincangan / Perkongsian Idea Pengurusan Tertinggi/ Tetamu Jemputan Khas, Pembentangan Kertas Kerja di Seminar, Konvonsyen, Simposium, Persidangan. x. Sesi kaunseling persidangan dan xi. Menyampaikan ceramah di dalam kursus / Bengkel (Modul yang pertama kali dibentang atas tajuk yang sama sahaja diambil kira)
BIL. PROGRAM LATIHAN JENIS KURSUS 3 Pembelajaran Kendiri i. Penggunaan Portal e-pembelajaran Sektor Awam (EPSA) www.epsa.intan.my ii. Pengunaan portal e-pembelajaran yang diiktiraf oleh Jabatan / Kerajaan iii. Pengunaan Pangkalan Repositori Ilmu Sumber Manusia (PRISMA-HRMIS) iv. Pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (Buku biasa/bentuk fizikal atau e-book) v. Pembacaan Jurnal Ilmiah / Laporan / Kajian dan lainlain bahan ilmiah secara fizikal atau maya (virtual). Sebaiknya bahan yang ingin dibentangkan mendapat persetujuan pegawai penyelia. Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (Dasar Latihan Sektor Awam)
LAMPIRAN B KAEDAH PENGUMPULAN DAN PENGAMBILAN CUTI GANTIAN CONTOH 1 Butiran Jam yang boleh diambil kira bagi Cuti Gantian Bulan Januari : 09/01/2010-3 jam 22/01/2010 3 jam Bulan Februari : 06/02/2010-3 jam 20/02/2010 3 jam Tarikh pengumpulan cukup 9 jam : 06/02/2010 Tarikh mula pengambilan Cuti Gantian : 07/02/2010 (sehari selepas genap 9 jam) Tarikh akhir pengambilan Cuti Gantian : 31/08/2010 (6 bulan mulai Mac hingga Ogos) CONTOH 2 Butiran Jam yang boleh diambil kira bagi Cuti Gantian Bulan Februari : 06/02/2010-3 jam (telah diambil) 20/02/2010 3 jam Bulan Mac : 06/03/2010-3 jam 31/03/2010 3 jam Bulan April : 06/04/2010-3 jam 20/04/2010 3 jam Tarikh pengumpulan cukup 9 jam : 31/03/2010 Tarikh mula pengambilan Cuti Gantian : 01/04/2010 (sehari selepas genap 9 jam) Tarikh akhir pengambilan Cuti Gantian : 30/09/2010 (6 bulan mulai April hingga September) Nota: Pengumpulan Bulan Februari dan April tidak dibenarkan kerana melangkau bulan. Pengumpulan hanya dibenarkan bagi 2 bulan yang berturut.