BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB SATU PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

KANDUNGAN. ii iii iv v vi vii xiii xiv xv

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

6.2 APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PEYEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

SENARAI KANDUNGAN BAB PENDAHULUAN HALAMAN PENGESAHAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan.

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

3.0 ARAH PEMBANGUNAN STRATEGIK

BAB 14 AUDIT DALAMAN

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Penyelidikan keatas pengurusan bahan buangan dalam industri pembinaan telah menjuruskan bagaimana amalan kerja-kerja sediada

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

8.0 PENILAIAN KEMAMPANAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor perindustrian dapat meningkatkan kemampuan pencapaiannya bagi pembangunan negara (Aniza, 2001). Perkembangan pembangunan sektor industri menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Perletakan kawasan perindustrian adalah penting kerana lokasinya akan memberi kesan kepada pembangunan lain di persekitarannya. Pembinaan kilangkilang dan gudang-gudang memerlukan kawasan yang strategik dan sesuai di mana lokasinya mudah diakses oleh organisasi atau firma yang memerlukan hasil daripada pengoperasian pembangunan tersebut. Organisasi atau firma memerlukan pengeluaran yang baik daripada kilang dan gudang yang menghasilkan dan membekalkan sesuatu produk harta tanah. Oleh itu, kedudukan industri yang sesuai dengan lokasinya akan memberi kesan kepada firma khususnya kesan ke atas kos dan untung firma tersebut.

2 1.2 Latar Belakang Masalah Pembangunan industri yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan masih terdapat beberapa masalah terutamanya berhubung kait dengan aspek perletakan sesebuah industri di kawasan tertentu. Pihak pemaju juga tidak terkecuali memainkan peranan penting dalam perancangan industri khususnya faktor kemudahsampaian bagi lokasi industri. Pemilihan kawasan perindustrian merupakan proses awal bagi menentukan lokasi yang sesuai bagi pembangunan yang dirancang. Hal ini penting kerana lokasi industri yang tidak sesuai akan menyebabkan kenaikan kos, kelewatan tempoh masa dan jarak perjalanan yang panjang bagi pengangkutan. Secara tidak langsung hal ini akan menyebabkan keuntungan firma berkurangan dan tidak mencapai matlamat yang dirancang. Masalah yang timbul di peringkat perancangan perindustrian boleh mendatangkan banyak kesan negatif dan seterusnya menghalang perindustrian dari terus berkembang maju (Mazlin, 2008). Kriteria pemilihan kawasan pembangunan biasanya berbeza mengikut jenis harta tanah yang hendak dibina. Contohnya pembangunan rumah kedai sebagai harta tanah perdagangan haruslah mengambil kira kawasan yang mempunyai bilangan pengunjung dan pembeli yang maksimum. Hal ini kerana pembangunan harta tanah tersebut memfokuskan perspektif pembeli berdasarkan kawasan yang banyak permintaan. Namun, bagi pembangunan harta tanah perindustrian pula, pembinaannya berdasarkan zon perancang dan guna tanah. Perancangan industri berat haruslah dibina di kawasan yang jauh dari kawasan perumahan dan perdagangan, manakala industri ringan dan sederhana pula biasanya ditempatkan di kawasan berdekatan perdagangan. Menurut Garis Panduan Perancangan Kawasan Perindustrian (GPPKP) yang diterimapakai oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru pada tahun 1999, perancangan tapak dan pengezonan perlulah sesuai dari segi perletakan agar mudah untuk sampai. Merujuk kepada Hamid (2006), semakin banyak kemudahsampaian suatu tapak ke suatu tempat aktiviti dicapai, semakin berkurang kos ke tapak tersebut. Hal ini

3 menyebabkan tapak tersebut berpotensi dalam memberi pulangan dan nilai pasaran. Tapak yang mempunyai kemudahsampaian yang tinggi adalah sesuai untuk pembangunan kerana ia berpotensi untuk memberi pulangan kepada pelaburan projek pembangunan serta menghasilkan nilai pasaran yang tinggi. Kemudahsampaian perlu dikira dalam menentukan suatu tapak yang sesuai, iaitu tapak yang banyak terdapat kemudahan di sekitarnya. Kemudahsampaian dikira berdasarkan jarak, masa dan kos (Zhu, Liu dan Yeow, 2005). Kemudahsampaian boleh dikira dengan menggunakan perisisan Sistem Maklumat Geografi (GIS). GIS adalah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam mengira kemudahsampaian dengan menggunakan perisian GIS (Farraw dan Nelson, 2001). Antara perisian GIS yang dapat mengira kemudahsampaian dan seterusnya menentukan tapak adalah Arcview dan ArcGIS. Pemilihan lokasi adalah sesuatu yang sukar dilakukan dalam perancangan pembangunan perindustrian. Prinsip dalam perancangan kawasan perindustrian lebih banyak memfokuskan kepada aspek fizikal dan persekitaran. Kesilapan dalam memilih lokasi industri yang dirancang boleh memberi kesan negatif kepada projek pembangunan itu pada masa akan datang. Contohnya, projek tersebut tidak mendatangkan keuntungan, kesukaran membekalkan perkhidmatan dan produk kepada firma, risiko pencemaran kepada kawasan persekitaran industri dan sebagainya. Bagi mengelak masalah ini berlaku, analisis pemilihan tapak perlu dijalankan bagi memfokuskan lokasi yang sesuai terutamanya dalam aspek kemudahsampaian. Kemudahsampaian merupakan kriteria perancangan yang penting diambil kira dalam membuat pemilihan lokasi bagi pembangunan industri. Menurut Lewis (1987) dalam Peiser dan Frej (2003), terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira oleh pemaju sebelum membeli tapak untuk pembangunan. Antaranya adalah memastikan jenis zon guna tanah yang sesuai dengan pembangunan yang ingin dijalankan. Perkara ini juga turut ditekankan oleh Miles et al. (2000) dan Kone

4 (1994) dalam Greg et al. (2003) yang mengatakan sekatan undang-undang dan peraturan kerajaan seperti pengezonan dan kawalan guna tanah merupakan faktor penting dalam pemilihan tapak. Aspek kemudahsampaian juga menitikberatkan peluang kepada individu itu terhadap lokasi yang diberi agar memudahkan mereka untuk menyertai sesuatu aktiviti. Pada asasnya kemudahsampaian mewakili aktiviti yang mudah untuk dicapai dari lokasi tertentu dengan adanya sistem pengangkutan (Zhu, et. al, 2004). Ini menunjukkan sesuatu aktiviti seperti perindustrian boleh dicapai dengan adanya kemudahsampaian yang sangat baik. Maka kajian ini hanya memfokuskan kepada kriteria kemudahsampaian sahaja sebagai suatu aspek penting dalam menentukan kesesuaian lokasi perindustrian. Pengukuran kemudahsampaian lokasi industri biasanya terdiri daripada jarak perjalanan, masa perjalanan dan kos perjalanan. Menurut Zhu Liu dan Yeow (2005), penggunaan masa dan wang secara minimum akan mendorong lebih banyak aktiviti yang boleh dicapai di dalam suatu masa yang ditetapkan. Penjimatan masa dan wang tersebut menunjukkan bahawa kemudahsampaian lokasi industri tersebut adalah lebih baik. Kemudahsampaian juga diukur dalam bentuk jarak laluan terdekat di mana ia boleh didefinisikan sebagai jarak yang paling dekat untuk dilalui antara satu nod dengan nod yang lain (Yang, 2004). Penggunaan jarak perjalanan terdekat biasanya diperlukan di antara dua lokasi sama ada dari satu bilik ke bilik yang lain, satu jalan ke jalan yang lain atau dari satu bandar ke bandar yang lain (Rohaizan, 2005). Kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dipilih sebagai kawasan kajian kerana bersesuaian dengan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Johor Bahru (2003) yang akan meletakkan kawasan pentadbiran MBJB sebagai kawasan industri sederhana dan ringan serta akan menumpukan kepada kawasan industri terancang. Terdapat pelbagai kaedah statistik digunakan dalam membuat pemilihan tapak yang bersesuaian tanpa mengambil kira analisis kemudahsampaian sepenuhnya serta

5 keutamaan pembeli dalam pemilihan tapak. Penentuan lokasi yang bersesuaian bagi sesebuah industri yang melibatkan jarak akan dianalisis mengunakan analisis rangkaian. Oleh itu, pemilihan lokasi dengan mengambil kira faktor kemudahsampaian berasaskan masa perjalanan kenderaan akan menentukan tahap kesesuaian lokasi industri tersebut yang akan digambarkan menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS). 1.3 Penyataan Masalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam perancangan sesuatu pembangunan dan penentuan perletakan kawasan perindustrian di sesuatu kawasan. Menurut Garis Panduan Perancangan Kawasan Perindustrian (2005), masalah yang masih diketengahkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) adalah dari aspek perancangan. Kriteria yang ditetapkan dalam perancangan kawasan perindustrian merangkumi konsep kemudahsampaian, komponen dan kualiti, keselamatan dan kesejahteraan, kebersihan dan keindahan, pengoptimuman, dan dokumen yang informatif. Biasanya lokasi bagi industri sederhana lebih cenderung bertumpu di kawasan berdekatan taburan penduduk seperti kediaman dan perdagangan. Ini kerana sistem pengangkutan dan perhubungannya boleh menjimatkan kos pengeluaran dan memendekkan masa perjalanan untuk mudah sampai ke kawasan urus niaga. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti di manakah lokasi industri sederhana yang mempunyai kemudahsampaian tinggi. Walaupun aspek kemudahsampaian telah digariskan dalam panduan berkenaan, ia tidak diasaskan kepada konsep pengoptimuman jarak dan masa perjalanan yang mempengaruhi kos dan kecekapan pergerakan kenderaan.

6 Lokasi industri yang mempunyai kemudahsampaian yang tinggi memudahkan pemasaran barangan. Secara tidak langsung, kos penghantaran boleh diminimumkan kerana jarak perjalanan yang dekat dan tempoh masa yang singkat. Aplikasi GIS boleh digunakan untuk menganalisis kemudahsampaian sesuatu lokasi industri di sesebuah kawasan yang kemudahannya boleh digunakan untuk menggambarkan tahap kesesuaian lokasi berkenaan. Maka, sistem ini akan menjadi alat dalam perancangan kawasan industri yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam perancangan dan pembangunan industri. Berdasarkan penyataan masalah yang telah dinyatakan, kajian ini akan dijalankan terhadap aspek pengukuran kemudahsampaian lokasi yang beasaskan masa perjalanan kenderaan. Hal ini kerana sesebuah firma industri amat mementingkan aspek penjimatan kos. Kos pengangkutan dipengaruhi oleh jarak dan masa perjalanan. Oleh itu, terdapat beberapa persoalan yang timbul di mana persoalanpersoalan tersebut akan dikupas dalam kajian ini. Persoalan yang timbul adalah apakah faktor-faktor lokasi industri yang akan memberi kesan terhadap kemudahsampaiannya? Seterusnya, bagaimanakah GIS diaplikasikan untuk mengukur tahap kesesuaian bagi faktor lokasi industri berdasarkan pengukuran kemudahsampaian yang berasaskan tempoh masa perjalanan?

7 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: a) Membincangkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi kemudahsampaian sesuatu lokasi industri; dan b) Mengukur kemudahsampaian lokasi industri secara spatial berdasarkan masa perjalanan kenderaan dan menentukan kesesuaian lokasi berdasarkan masa perjalanan terpantas. 1.5 Skop Kajian Skop kajian ini memfokuskan kepada dua aspek utama berkaitan dengan pembangunan kawasan industri yang terdiri daripada aspek kemudahsampaian dan lokasi industri. Satu aspek kemudahsampaian yang dikaji adalah berasaskan masa perjalanan (time-travel) yang akan diukur bagi menentukan tahap kemudahsampaian sesuatu lokasi industri. Aspek kedua yang menjadi fokus kajian adalah faktor-faktor lokasi yang bersifat ruang (spatial). Faktor-faktor lokasi adalah penting bagi menentukan kesesuaian lokasi industri di peringkat perancangan. Salah satu prinsip yang perlu dipenuhi oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam merancang kawasan perindustrian adalah kemudahsampaian. Kawasan perancangan perindustrian di bawah pentadbiran MBJB dipilih sebagai lokasi kajian yang memfokuskan kepada industri sederhana sebagai contoh kilang menghasilkan produk

8 susu. Jaringan jalan raya yang lengkap di sekitar kawasan MBJB digunakan dalam kajian untuk memudahkan lagi hasil kajian yang tepat. GIS akan digunakan dalam kajian ini bagi menentukan lokasi yang sesuai bagi industri sederhana. Analisis rangkaian dalam sistem tersebut digunakan bagi mengukur kemudahsampaian berasaskan masa perjalanan dari kawasan industri ke kawasan perdagangan yang berhampiran. Bagi mengukur masa perjalanan, jarak juga diperlukan bagi mengukur masa. Selain itu, skop kajian fokus kepada suatu lokasi industri sederhana yang paling sesuai dan menguntungkan di mana produk yang dikeluarkan dapat sampai ke tempat yang dituju dengan mudah, selamat serta dapat memenuhi kriteria yang diingini kedua-dua pihak sama ada daripada pihak pembeli atau pembekal dan pengusaha industri tersebut. Oleh kerana perusahaan memproses susu terhad di kawasan Johor Bahru, aktiviti industri ini akan dijadikan subjek kajian untuk membuat perbandingan dan contoh secara tidak langsung kerana kawasannya terletak di zon industri sederhana. Produk yang diproses merupakan produk yang mempunyai tempoh masa terhad dan cepat rosak. Akhir sekali pengukuran kemudahsampaian akan dijalankan untuk memastikan kesesuaian lokasi industri tersebut dan menentukan kawasan yang sesuai untuk akiviti industri sederhana.

9 1.6 Kepentingan Kajian Pada amnya, terdapat dua perkara utama yang berkait dengan persoalan yang dibincangkan. Pertama, persoalan faktor-faktor kemudahsampaian yang boleh diukur untuk mengetahui tahap kesesuaian tapak industri. Kedua ialah penggunaan GIS untuk menentukan ukuran kemudahsampaian bagi lokasi industri yang sesuai. Oleh itu, kajian ini penting kepada:- 1.6.1 Pihak Berkuasa Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memainkan peranan penting dalam merancang pembangunan tanah. Oleh itu, kajian ini penting kepada MBJB untuk mengkaji semula segala permasalahan berkaitan pembangunan yang dijalankan khususnya perancangan bagi pembangunan harta tanah industri. Selain mengkaji dari aspek guna tanah, aspek kemudahsampaian juga perlu diambilkira. Oleh itu, penting bagi MBJB dalam mengkaji kepentingan kemudahsampaian dalam merancang lokasi pembangunan industri. 1.6.2 Pihak Pemaju dan Pengusaha Industri Pemaju memainkan peranan sebagai pemilik tanah yang akan meneruskan pembangunan yang dirancang mengikut zon guna tanah di kawasan yang dipilih. Oleh itu, pemaju harus membuat keputusan dalam memilih lokasi yang sesuai sebelum merancang pembangunan industri di kawasan tersebut. Hal ini penting

10 supaya pengusaha industri dapat memastikan bahawa operasi industri tersebut berjalan lancar apabila industri sudah siap dibangunkan. 1.6.3 Firma Perdagangan Kemudahsampaian lokasi sesebuah industri penting bagi organisasi dan firma yang berurusan dengan perusahaan tersebut bagi mendapatkan bekalan produk dan perkhidmatan. Antara faktor kemudahsampaian yang penting dalam konteks ini adalah jarak dan masa perjalanan firma dengan industri tersebut. Jarak yang dekat akan menjimatkan kos perjalanan dan pengangkutan, serta masa perjalanan. Oleh itu kajian ini penting bagi firma supaya mereka bijak membuat keputusan untuk memilih lot perdagangan yang mempunyai kesesuaian jarak tertentu. 1.6.4 Kepentingan Pembangunan dan Kualiti Persekitaran Antara kepentingan lain, ialah dari aspek pembangunan persekitaran. Pembangunan industri yang berada di lokasi dan kawasan yang sesuai akan memberi kepentingan kepada industri tersebut dan juga pembangunan di sekitarnya. Sekiranya pembangunan industri berada di lokasi yang tidak sesuai khususnya industri berat, ia akan menyumbang risiko kepada pembangunan yang lain seperti pencemaran. Risiko ini akan mengurangkan kualiti persekitaran yang baik di kawasan tersebut.

11 1.7 Metodologi Kajian Keputusan kajian ini bergantung kepada langkah-langkah menjalankan kajian iaitu dalam mendapatkan sumber-sumber data yang lengkap. Oleh itu, metodologi kajian ini akan menjelaskan dengan terperinci berkenaan kaedah kajian yang digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Beberapa langkah telah dikenalpasti dalam menjalankan kajian terhadap kemudahsampaian lokasi industri yang sesuai. Metodologi kajian diterangkan dalam lima peringkat seperti berikut: 1.7.1 Peringkat Pertama : Mengenalpasti Penyataan Masalah Peringkat pertama merupakan peringkat pemahaman awal. Idea-idea kajian akan diwujudkan daripada isu yang telah dikenalpasti dan diperolehi daripada pembacaan bahan-bahan rujukan seperti jurnal, keratan akhbar atau artikel, internet, buku-buku dan bahan ilmiah yang lain. Setelah menjelaskan penyataan masalah kajian, objektif kajian pula dikenalpasti. Melalui objektif tersebut, pemilihan skop dan kepentingan kajian akan ditentukan. Oleh itu, kajian dapat dijalankan berpandukan kepada objektif kajian yang hendak dicapai. 1.7.2 Peringkat Kedua : Kajian Literatur Peringkat kedua kajian ini meliputi kajian literatur di mana pengumpulan maklumat secara terperinci diperoleh daripada data sekunder. Pengumpulan data tersebut berdasarkan penyataan masalah yang telah dikenalpasti. Idea dan maklumat

12 akan dikumpul daripada bahan-bahan rujukan utama termasuk pembacaan bukubuku, jurnal-jurnal, tesis-tesis, internet dan bahan-bahan ilmiah yang bersesuaian dengan isu yang dikaji berkenaan kemudahsampaian dan kesesuaian lokasi industri. Melalui kajian literatur, teori-teori serta perkara asas mengenai perancangan lokasi perindustrian dapat diketahui dengan lebih jelas. Kajian literatur dapat menunjukkan gambaran sebenar kajian kes yang dipilih supaya memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai masalah dalam menentukan lokasi industri yang sesuai dalam aspek kemudahsampaian. 1.7.3 Peringkat Ketiga: Kajian Lapangan Kawasan Pentadbiran MBJB dijadikan lokasi kajian yang asas untuk mendapatkan maklumat bagi pengumpulan data kawasan kajian. Maklumat yang diperlukan ini melibatkan data terperinci yang melibatkan kepadatan penduduk, lokasi kilang susu, pembangunan perindustrian di kawasan sekitar, jaringan pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian, pembangunan persekitaran, kawasan pasaran dan sebagainya. Selain itu maklumat perancangan kilang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) seperti jenis perindustrian yang terdapat di kawasan sekitar, kilang-kilang yang berhampiran, bilangan industri yang terdapat di kawasan kajian dan sebagainya. Kesemua maklumat ini penting untuk dijadikan panduan bagi menentukan lokasi perletakan industri sederhana yang sesuai dan boleh memberikan faedah serta keuntungan industri dan firma yang berurus niaga.

13 1.7.4 Peringkat Keempat : Menganalisis Data Kajian Data-data yang diperoleh daripada sumber sekunder akan dianalisis untuk mencapai objektif kajian ini. Kaedah analisis yang digunakan ialah analisis rangkaian. Kaedah ini digunakan untuk menentukan masa perjalanan terpantas berdasarkan jarak perjalanan terpendek dalam menentukan tahap kemudahsampaian. Analisis ini menggunakan beberapa fungsi di dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) seperti lapisan dan pengkelasan untuk mendapatkan hasil bagi lokasi industri yang sesuai. 1.7.5 Peringkat Kelima : Kesimpulan dan Cadangan Peringkat terakhir di dalam kajian ini adalah membuat kesimpulan. Pada peringkat ini, kesimpulan akan diperolehi daripada hasil analisis yang dilakukan berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan pada peringkat awal kajian. Selain itu, cadangan-cadangan, limitasi dan permasalahan kajian, serta cadangan kajian lanjutan juga dinyatakan di dalam kesimpulan. 1.8 Susunatur Bab Susunatur bab mengandungi ringkasan pembahagian bab yang menerangkan secara ringkas kandungan perbincangan bagi setiap bab dalam kajian yang

14 dijalankan. Huraian ringkas ini diharapkan dapat memberi sedikit gambaran dan pemahaman terhadap keseluruhan perbincangan dalam penulisan ini. 1.8.1 Bab 1 : Pengenalan Bab ini menerangkan kepentingan kemudahsampaian dalam sesebuah pembangunan industri yang memberi kesan kepada organisasi atau firma yang secara langsung terlibat dalam urusan mendapatkan bekalan daripada industri tertentu. Di samping itu, dalam menentukan kemudahsampaian sesuatu lokasi industri pemilihan tapak adalah proses awal dalam menentukan lokasi yang sesuai untuk pembangunan industri. Hal ini penting bagi kelancaran pengoperasian industri dan kemudahsampaian yang menjadi ukuran penting bagi firma yang ingin berhubung dalam aktiviti perniagaan dengan industri tersebut. 1.8.2 Bab 2 : Lokasi Industri, Kemudahsampaian dan Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) Bab ini memberikan keterangan secara teoritikal mengenai pembangunan lokasi industri yang sesuai secara umum iaitu menyentuh tentang definisi industri serta pengkelasan industri, faktor-faktor lokasi industri yang bersifat ruang (spatial) dalam menentukan kesesuaian lokasi. Selain itu konsep kemudahsampaian diterangkan secara jelas dan pengukuran kemudahsampaian berdasarkan GIS dalam menentukan lokasi yang sesuai bagi sesebuah indutri.

15 1.8.3 Bab 3 : Metodologi Kajian Bab ini menerangkan berkaitan dengan metodologi kajian iaitu cara-cara pengumpulan data yang digunakan bagi mencapai objektif-objektif kajian berkenaan kesesuaian lokasi industri berdasarkan aspek kemudahsampaian. Kaedah analisis data yang hendak digunakan juga dinyatakan dalam bab ini iaitu berdasarkan teknik Analisis Spatial (Spatial Analysis) dengan menggunakan GIS untuk mengenalpasti kemudahsampaian yang tinggi dan lokasi industri yang sesuai. 1.8.4 Bab 4 : Analisis Pengukuran Kemudahsampaian Lokasi Industri Berasaskan Masa Perjalanan Kenderaan Bab ini menerangkan hasil analisis yang diperoleh daripada analisis berbentuk spatial dengan menggunakan perisian GIS. Analisis rangkaian digunakan ke atas faktor kemudahsampaian yang diukur untuk menentukan lokasi yang sesuai bagi kilang susu. Faktor-faktor kemudahsampaian seperti jarak dan masa akan diperoleh berdasarkan analisis ini bagi menunjukkan tahap kemudahsampaian yang tinngi dan rendah di samping mengetahui tahap kesesuaiannya. Seterusnya, industri yang dipilih sebagai kajian kes akan dibandingkan dengan kawasan taburan perletakan seperti yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

16 1.8.5 Bab 5 : Kesimpulan dan Cadangan Bab terakhir ini merangkumi huraian daripada hasil analisis kajian. Hasil analisis tersebut akan dirumuskan sebagai suatu penemuan kajian. Selepas membuat kesimpulan kajian, penulis menyatakan cadangan bagi mengatasi masalah yang wujud di dalam menentukan lokasi industri yang sesuai untuk pembangunan industri pada masa hadapan yang mementingkan aspek kemudahsampaian. 1.9 Kesimpulan Secara keseluruhannya, bab pertama ini penulis telah menerangkan tentang objektif yang ingin dicapai daripada kajian berdasarkan isu dan penyataan masalah yang dikenalpasti. Skop dan kepentingan kajian. Penulis juga menerangkan secara ringkas keseluruhan bab dalam kajian ini. Seterusnya, kajian ini akan dilaksanakan ke arah mencapai objektif-objektif kajian yang ditetapkan dengan menggunakan carta alir metodologi kajian yang telah dirangka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 dalam bab ini.

17 PENYATAAN MASALAH Apakah faktor lokasi yang memberi kesan kepada kesesuaian dan kemudahsampaian industri? Bagaimana mengukur kemudahsampaian dan kesesuaian lokasi industri? OBJEKTIF KAJIAN Kajian Literatur (Kaedah analisis Dokumen) Aplikasi GIS (Kaedah analisis Spatial) i) Membincangkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi kemudahsampaian sesuatu lokasi industri. ii) Mengukur kemudahsampaian lokasi industri secara spatial berdasarkan masa perjalanan kenderaan dan menentukan kesesuaian lokasi berdasarkan masa perjalanan terpantas. SKOP KAJIAN Dua aspek utama perancangan industri sederhana:- i) Kemudahsampaian dan kesesuaian kawasan industri berasakan ukuran masa perjalanan. ii) Faktor lokasi yang bersifat spatial bagi menentukan tahap kesesuaian dan tahap kemudahsampaian kawasan industri. METODOLOGI KAJIAN Perisian ArcGIS 9 (Closest Facility Analysis dalam Analisis Rangkaian) KEPENTINGAN KAJIAN PENGUMPULAN DATA ANALISIS DATA KESIMPULAN DAN CADANGAN Memberi pengetahuan tentang pemilihan lokasi dan kawasan yang terbaik untuk pembangunan industri sederhana berdasarkan ukuran kemudahsampaian. i) Blok Perancangan MBJB (dari MBJB) ii) Kawasan Perindustrian (dari MBJB) iii) Gunatanah semasa (dari IRDA) iv) Jaringan Jalan Raya (dari IRDA) Masa perjalanan terpantas melalui laluan terdekat berdasarkan nilai min masa HASIL ANALISIS Data dimasukkan ke dalam extension ArcMap Rajah 1.1: Carta Alir Metodologi Kajian