ISU UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DI MALAYSIA DAN SEJAUH MANAKAH PERLAKSANAANNYA

dokumen-dokumen yang mirip
SENARAI KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG DIKENAKAN HUKUMAN SEBAT

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Zulkifli Hasan

KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA : SATU SOROTAN

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

Undang-Undang Malaysia

ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

AMALAN PERINTAH TAUBAT (ISTITABAH) BAGI PERMOHONAN KELUAR AGAMA ISLAM

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 (Akta 521) SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN

Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 1 D.R. 6/2017 RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

DI KELANTAN DAN BRUNEI 1. Oleh: Dr Muhammad Fathi Yusof & Dr Nazri Mansur

MEMAHAMI UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM. Zulkifli Hasan

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

BAB II PROFIL MAHKAMAH SYARIAH SHAH ALAM SELANGOR. A. Sejarah Singkat Mahkamah Syariah Shah Alam Selangor

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY. TAMBAHAN No.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

FAKTA- FAKTA TENTANG QISAS, HUDUD, TAKZIR & DIYAT

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

BAB III PENERAPAN KANUN JINAYAH SYARIAH DI SARAWAK MALAYSIA

ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) /1999. BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, Pemangku Raja Selangor

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

MOHD AMRI BIN ABDULLAH

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

0C2B F A4?OpenDocument

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

BAB EMPAT : WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. bermastautin. Setiap kes yang difailkan akan melalui prosiding tertentu dari awal

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG PRODUK HALAL DI MALAYSIA: ISU PENGUATKUASAAN DAN PENDAKWAAN

Ulasan Buku Undang-undang [ULASAN Islam di Malaysia: BUKU] Prinsip dan Amalan 179. Mohd Norhusairi Mat Hussin

PEKELILING PERLAKSANAAN ARAHAN WAJIB TAKSIR DAN PEMBAYARAN ZAKAT PENDAPATAN

Ahli Kimia (Pindaan) 1 D.R. 1/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Kimia 1975.

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 1 D.R. 9/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

ISU-ISU TERHADAP TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN DI BAWAH ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SELANGOR (2003)

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

Undang-Undang Malaysia

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

Nota Editor 27 KANUN (1) Farid Sufian Shuaib dan Ainul Jaria Maidin 1 NOTA EDITOR

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

Bab 4. Pelaksanaan Permohonan Perintah Faraid Menurut Undang-undang Islam di Mahkamah Syariah di Malaysia

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

Tatacara Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang Jenayah Syariah : Analisis Perundangan Dan Amalan Di Malaysia

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

TAJUK 10 KEHAKIMAN. Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim. Perlantikan Hakim Tribunal Kod Etika Hakim

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Undang-Undang Malaysia

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 1 OBJEKTIF. sepatutnya dapat :

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

Transkripsi:

ISU UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DI MALAYSIA DAN SEJAUH MANAKAH PERLAKSANAANNYA Zulkifli Hasan Ketua Program Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK Pada tahun ini, genap 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan dunia dapat menyaksikan perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai sama ada dari aspek ekonomi, politik, sosial dan undang-undang. Namun begitu, jika direnung kembali kepada perkembangan undang-undang Islam di Malaysia sehingga kini, hakikatnya masih terdapat kekurangan malahan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang amat terhad dan perlu diberi penambahbaikan terutamanya dari sudut pengamalan dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam. Bahkan boleh dikatakan bahawa secara umumnya, undang-undang jenayah syariah di Malaysia boleh dikategorikan atau hanya meliputi takzir. Oleh itu, artikel ini akan memfokuskan perbincangan dengan cuba memberikan gambaran secara umum mengenai perkembangan undang-undang jenayah Islam di Malaysia dan menghuraikan amalan serta perlaksanaannya di Mahkamah Syariah. Penulis juga akan membicarakan isu-isu semasa perundangan berkaitan undang-undang jenayah Islam sama ada dari segi bidang kuasa, klasifikasi jenayah dengan merujuk kepada peruntukan undang-undang sedia ada, kes-kes yang dilaporkan termasuk sumber-sumber perundangan lain yang diterima pakai. 1.0 Pendahuluan Pada dasarnya undang-undang jenayah Islam di Malaysia hanya meliputi ruanglingkup takzir. Hingga kini tiada sebarang undang-undang khas hudud mahupun qisas dilaksanakan walaupun terdapat usaha-usaha untuk melaksanakannya di Kelantan dan Terengganu satu ketika dulu. Malahan bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah juga amatlah terhad jika dibandingkan dengan mahkamah sivil. Sebelum adanya enakmen jenayah syariah negeri-negeri, undang-undang berkaitan dengan jenayah syariah kebanyakannya diperuntukkan di bawah enakmen pentadbiran undang-undang Islam negeri-negeri. Dari aspek bidangkuasa jenayah, hukum maksimun yang diperuntukkan di dalam enakmen-enakmen sebelum tahun 1965 hanya merangkumi denda sebanyak lima ribu atau penjara selama tempoh tidak melebihi 4 bulan atau keduaduanya sekali. Had hukuman maksimum ini telah ditingkatkan pada tahun 1965 dengan denda seribu atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Pindaan pada Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) telah dibuat pada tahun 1984 dan setelah itu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah ialah denda lima ribu atau penjara tiga tahun atau enam kali sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman. Dengan itu, kebanyakan negeri telah memperkenalkan enakmen kesalahan jenayah syariah masing-masing.

Pada tahun 1988 telah berlaku perpindaan di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu artikel 121(1A) yang telah membawa kepada penambahan kewibawaan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah telah diberi kuasa ekslusif yang mana bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dicampuri oleh mahkamah sivil. Dari era sebelum merdeka hingga hari ini, kita telah menyaksikan beberapa pembaharuan dan perkembangan terhadap ruanglingkup undang-undang jenayah Islam di Malaysia. Secara umumnya undang-undang jenayah syariah ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis kesalahan. Kesalahan-kesalahan ini dapat dibahagikan kepada kesalahan berhubung dengan seksual, minuman keras, akidah, kesusilaan, judi, rukun Islam, kesucian agama Islam dan institusinya, matrimoni dan juga kesalahan-kesalahan lain. 2.0 Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Secara umumnya, kesalahan-kesalahan jenayah yang dpperuntukkan dalam enakmenenakmen berkenaan adalah terlalu sedikit dan amat terhad termasuk peruntukan hukumannya. Hukuman yang diperuntukkan hanyalah merangkumi takzir iaitu penjara, denda atau sebatan. Peruntukan ini boleh dilihat dalam beberapa enakmen negeri-negeri seperti Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985 dan Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (pindaan) (Kelantan) 1986. Bagi negeri yang masih tidak mempunyai enakmen jenayah syariah, peruntukan kesalahan terdapat di dalam enakmen pentadbiran undang-undang Islam negeri masing-masing. Selain daripada itu terdapat juga kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan di bawah enakmen undang-undang keluarga Islam bahagian iv dan x yang dikenali sebagai kesalahan matrimoni seperti Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Johor) 2003 1. Bagi memudahkan perbincangan, pengklasifikasian kesalahan jenayah syariah ini dapat diringkaskan seperti berikut: a) Kesalahan di bawah enakmen atau akta jenayah syariah:- i) Kesalahan yang berhubung dengan akidah; ii) Kesalahan berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya; iii) Kesalahan berhubung dengan rukun Islam, arak, judi dan kesusilaan; iv) Kesalahan seksual; v) Kesalahan berhubung dengan kesejahteraan orang lain; vi) Kesalahan Pelbagai; b) Enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam:- i) Penalti berhubung dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan; dan ii) Penalti am. 1 Penulis akan merujuk Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 sebagai rujukan utama di dalam artikel ini. Rujukan kepada enakmen atau akta negeri-negeri yang lain akan dirujuk secara sampingan.

3.0 Kesalahan Di Bawah Enakmen Atau Akta Jenayah Syariah. 3.1 Kesalahan Berhubung Dengan Akidah Seksyen 4-8 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan seksyen 3-6 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan berhubungan dengan akidah yang merangkumi pemujaan 2, mendakwa orang bukan Islam untuk mengelakkan tindakan 3, takfir atau mengatakan mana-mana orang Islam adalah kafir 4, doktrin palsu 5 dan dakwaan palsu 6. Terdapat beberapa kes yang dilaporkan di dalam jurnal hukum seperti Pendakwa Mahkamah Syariah Perak v Shah Pandak Othman (1991) 8 JH 99 dan Akbar Ali v Majlis Agama Islam (1996) 10 JH 197. 3.2 Kesalahan Berhubung Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya Seksyen 9-16 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan kesalahan ini yang terdiri daripada mempersendakan al-quran atau Hadis, menghina atau menyebabkan pandangan hina terhadap Islam yang masing-masing jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman. Kesalahan menghina pihak berkuasa Agama, pendapat bertentangan dengan Fatwa, mengajar tanpa tauliah, mengingkari perintah mahkamah dan penerbitan agama bertentangan dengan Hukum Syarak, mereka yang disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 3.3 Kesalahan Berhubung Dengan Rukun Islam, Arak, Judi dan Kesusilaan. Seksyen 17-21 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan kesalahan jenayah syariah seperti berjudi yang membawa hukuman boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, minum minuman yang memabukkan, menjual dan membeli minuman yang memabukkan yang hukumannya boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya 7, tidak menghormati ramadhan hukumannya boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya 8, tidak menunaikan solat jumaat hukumannya boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit 2 Boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 3 Boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 4 Boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 5 Boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam rotan atau kombinasi mana-mana hukuman. 6 Boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 7 Pendakwa Syarie Kelantan v Yusundy Josan (1994) 9 JH 206. 8 Lihat Abd Rahman & Anor v Pendakwa Hal Ehwal Terengganu (1994) 10 JH 121.

atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan tidak membayar zakat atau fitrah hukumannya ialah boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan melibatkan kesusilaan, seksyen 30 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan kesalahan lelaki berlagak perempuan dan seksyen 31 kesalahan perbuatan tidak sopan di tempat awam 9 yang mana kedua-duanya memperuntukkan hukuman boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. 3.4 Kesalahan Seksual Terdapat sepuluh jenis kesalahan yang diperuntukkan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, perbuatan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, hubungan jenis antara orang yang sama jantina, persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii, khalwat, lelaki berlagak seperti perempuan dan perbuatan tidak sopan di tempat awam. a) Persetubuhan luar nikah Kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang melakukan persetubuhan atau hubungan kelamin dengan pasangannya yang bukan isterinya atau suaminya yang sah menurut syarak dan tidak terbukti mengandungi unsur paksaan ataupun persetubuhan syubhah. Hukuman yang dikenakan adalah didenda sebanyak lima ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun ataupun disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun kombinasi hukuman-hukuman tersebut 10. b) Perbuatan sumbang mahram Hukuman kesalahan ini adalah didenda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun dihukum dengan kombinasi hukuman itu 11. c) Pelacuran Kesalahan pelacuran bermakna mana-mana individu yang melacurkan dirinya ataupun melacurkan atau membenarkan atau menyebabkan anak-anak atau isterinya ataupun kanak-kanak yang dalam jagaannya 12. Mana-mana orang yang terbukti melacurkan diri akan di denda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan 9 Lihat Pendakwa Syarie Selangor v Fahyu Hanim, Noni Mohamad dan Sharina Shaari. Jurnal Syariah 8:1 (2000) 137-155. 10 Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Lihat Pendakwa Syarie Perak v Jaffary dan Hasliza (1991) 8 JH 105. 11 Seksyen 22, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. 12 Seksyen 23(2) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun kombinasi 13 d) Muncikari Kesalahan muncikari bermakna seseorang yang telah bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi mencapai apa-apa tujuan yang menyalahi Hukum Syara 14. Mana-mana orang yang terbukti sebagai muncikari akan didenda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun kombinasi 15 e) Perbuatan sebagai persediaan untuk persetubuhan luar nikah Kesalahan yang disebutkan sebagai perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dan mana-mana orang yang terbukti bersalah akan di denda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun kombinasi 16. f) Khalwat Mana-mana orang yang terbukti berkhalwat akan di denda tidak melebihi tiga ribu atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali 17. g) Hubungan jenis antara orang sama jantina Hubungan sejenis antara orang yang sama jantina. Bagi sesama lelaki disebut sebagai liwat dan bagi sesama wanita disebut sebagai musahaqah. Mana-mana orang yang terbukti melakukan hubungan jenis antara orang sama jenis akan di denda tidak melebihi dua ribu atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. 18 h) Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii Mana-mana orang yang terbukti melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii akan di denda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun kombinasi 19 13 Seksyen 23(2), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. 14 Seksyen 2 (Tafsiran) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. 15 Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. 16 Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. 17 Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. 18 Seksyen 27 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. 19 Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

3.5 Kesalahan Berhubung Dengan Kesejahteraan Orang Lain Seksyen 32 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan kesalahan memujuk lari perempuan bersuami di mana hukumannya boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, seksyen 33 menghalang pasangan hidup suami isteri yang boleh membawa hukuman boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan seksyen 34 menghasut suami isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawab dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 3.6 Kesalahan Pelbagai Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 juga memperuntukkan beberapa kesalahan lain iaitu menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam 20, Qazaf 21, Pemungutan Zakat atau Fitrah Tanpa Diberi Kuasa 22 dan Penyalahgunaan Tanda Halal. Bagi penyalahgunaan tanda halal, seksyen 38 Enakmen Jenayah Syariah ( Selangor) 1995 memperuntukkan mana-mana orang yang mempamerkan pada atau berkenaan dengan mana-mana makanan atau minuman yang tidak halal, apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa makanan atau minuman itu adalah halal adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya. Menariknya di Sabah terdapat peruntukan tambahan kesalahan iaitu menyembelih tanpa kebenaran Majlis di bawah seksyen 59 (6) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sabah) 1995yang menyatakan bahawa sesiapa yang menyembelih apa-apa binatang halal untuk tujuan jualan tanpa mendapat kebenaran atau perakuan bertulis dari Majlis adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. 4.0 Kesalahan di bawah enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam 4.1 Bab IV Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 Bab IV memperuntukkan 10 seksyen berkenaan dengan kesalahan jenayah matrimoni, bermula dengan seksyen 35 berkaitan dengan kesalahan tidak hadir dihadapan pendaftar. Ianya merupakan peruntukan undang-undang yang memerlukan pihak-pihak yang berkahwin di luar negara untuk mendaftarkan perkahwinan mereka di Pendaftar Nikah Cerai Rujuk di mukim masing-masing. Bagi mereka yang gagal mematuhi seksyen ini 20 Seksyen 35 dan hukumannya boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 21 Seksyen 36 dan hukumannya boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 22 Seksyen 37 dan hukumannya boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Lihat Pendakwa Syarie Johor v Abd Talib Harun (1996) 10 JH 150

maka, seksyen 36 akan terpakai kepada mereka. Seksyen 36 ini merupakan penalti yang dikenakan ke atas mereka yang gagal mematuhi seksyen 32 ini. Seterusnya bab ini memperuntukkan seksyen 37 iaitu gangguan terhadap sesuatu perkahwinan. Bagi mereka yang membuat pernyataan palsu untuk mendaftarkan perkahwinan pula akan dikenakan penalti sebagaimana seksyen 38. Manakala seksyen 39 merupakan penalti kepada mereka yang melakukan akad nikah yang tidak dibenarkan. Seksyen 40 memeperuntukkan undang-undang ke atas mereka yang menjalankan upacara akad nikah tanpa kebenaran. Peruntukan ini juga tertakluk ke atas mereka yang berkahwin dihadapan saksi dan jurunikah yang tiada tauliah. Penalti maksimum yang dikenakan keatas mereka ialah denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Bagi pasangan yang menghadapi masalah kesalahan atau kesilapan di dalam surat nikah, seksyen 42 boleh dipakai iaitu mereka mempunyai hak untuk meminda kesalahan yang terdapat di dalam sijil tersebut. Seksyen 43 memberikan hak kepada mahkamah untuk menyimpan indeks mengenai perkahwinan dan membenarkan ianya diperiksa dengan bayaran fee. Malah mahkamah turut mempunyai hak keatas dokumen-dokumen ini sekiranya ianya ingin dijadikan bahan bukti di mahkamah bagi sesuatu kes. 4.2 Bab IX Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 Kesalahan Jenayah Matrimoni di bawah bab IX memperuntukkan sebelas seksyen bermula dari seksyen 123 sehingga seksyen 133 berkenaan dengan kesalahan jenayah kekeluargaan. Sebelas peruntukan tersebut berkenaan dengan poligami, perceraian luar mahkamah, gagal membuat laporan, meninggal langsung isteri, menganiayai isteri, tidak memberi keadilan sewajarnya kepada isteri, isteri tidak menurut perintah, menjadi murtad untuk membatalkan perkahwinan, persetubuhan luar nikah antara orang-orang bercerai, kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah dan yang terakhir percubaan serta subahat. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 turut memperuntukkan bahawa seseorang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Melihat kepada peruntukan dalam seksyen 127 dan 128, ia memberi remedi kepada isteri yang dianiayai. Suami yang menganiayai isterinya boleh dihukum sehingga maksimum denda seribu ringgit atau denda sehingga enam bulan. Seksyen 130 yang memperuntukkan mengenai penalti ke atas mereka yang jadi murtad untuk membatalkan perkahwinan. Ini bermakna sesiapa yang ingin membatalkan perkahwinan mereka dan mengaku telah murtad boleh diambil tindakan di bawah peruntukan ini.

5.0 Isu-isu Semasa Berkaitan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia 5.1 Ketidakseragaman dan konflik undang-undang Walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan hampir 50 tahun, hingga kini masih terdapat ketidakseragaman dan beberapa perbezaan peruntukan yang terkandung di dalam enakmen-enakmen atau akta undang-undang jenayah Syariah negeri-negeri di Malaysia. Isu penyelarasan undang-undang syariah bagi negeri seluruh Malaysia bukannya satu perkara baru dan banyak usaha telah dilaksanakan untuk menyeragamkan undang-undang syariah, namun sehingga kini ia masih belum dapat mencapai matlamatnya. Sebagai ilustrasi, kita boleh merujuk kepada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Bagi kesalahan mendakwa bukan Islam untuk mengelakkan tindakan di dalam seksyen 5 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, peruntukan ini tiada di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Manakala kesalahan mengembangkan doktrin agama berlaku sebaliknya. Terdapat juga ketidakseragaman dari aspek hukuman yang dikenakan. Sebagai contoh di dalam kes melibatkan kesalahan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam, seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya manakala seksyen 7 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 menyatakan hukuman denda yang sama tetapi penjara hanya tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Isu ketidakseragaman undang-undang ini sepatutnya dapat diselesaikan. Ini memandangkan ianya boleh menimbulkan pelbagai permasalahan undang-undang dan juga reaksi negatif masyarakat kepada pentadbiran undang-undang Islam. Dari aspek konflik bidang kuasa mahkamah syariah dengan mahkamah sivil sepatutnya sudah lama telah diselesaikan melalui artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, ianya tidak berlaku secara menyeluruh. Buktinya masih terdapat pertikaian mengenai bidang kuasa mahkamah syariah seperti di dalam kes Mohamed Habibullah b Mahmood v Faridah Dato Talib (1992) 2 MLJ 793, Dalip Kaur v Pegawai Polis Bukit Mertajam (1992) 1 MLJ 7 dan Md. Hakim Lee v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (1998) 1 MLJ 681. Malahan jika diteliti terdapat beberapa peruntukan di dalam enakmen jenayah syariah yang bertindih iaitu juga terdapat di dalam Kanun Keseksaan seperti berlaku di dalam kes Sukma Dermawan Sasmitaat Madja v Ketua Pengarah Penjara Malaysia (1999) 1 MLJ 266. Berdasarkan perkara di atas dapatlah disimpulkan bahawa masih terdapat ketidakseragaman dan konflik bidang kuasa yang berlaku berkaitan dengan peruntukan undang-undang jenayah syariah di Malaysia. Seharusnya usaha-usaha ke arah menyelesaikan isu ini dilipatgandakan dan matlamatnya dicapai sepenuhnya dalam masa terdekat.

5.2 Kesalahan Murtad Gejala kerosakan akidah semakin menular di negara kita lebih-lebih lagi ianya membabitkan pertukaran agama atau murtad. Isu ini lebih menarik perhatian ramai apabila Mufti Perak, Dato Seri Haji Harussani Zakaria pada Julai 2006 telah membuat kenyataan bahawa berdasarkan laporan kajian dari sekumpulan Melayu profesional didapati bahawa seramai 100,000 umat Islam di Malaysia telah bertukar agama. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa isu keluar agama atau murtad telah lama berlaku seperti di dalam kes ayah Pin, Nor Aishah Bokhari, Nyonya Tahir dan Lina Joy. Namun begitu, kita menyaksikan bahawa tidak terdapat peruntukan yang jelas di dalam mana-mana enakmen jenayah syariah di Malaysia mengenai kesalahan murtad. Pada dasarnya, boleh dirumuskan bahawa tidak terdapat undang-undang yang jelas mengenai murtad termasuk hukumannnya. Namun demikian, terdapat peruntukan kesalahan keluar agama Islam diguna pakai di beberapa buah negeri. Sebagai contoh, Melaka telah memperuntukkan kesalahan keluar dari agama Islam sebagai satu kesalahan 23. Seksyen 66(1) Enakmen Kesalahan Syariah (Melaka) 1991 menyatakan bahawa apabila seseorang Islam dengan sengaja mengaku hendak keluar dari Agama Islam atau mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam, Mahkamah boleh memerintahkan orang itu supaya ditahan di Pusat Bimbingan Islam untuk tempoh tidak melebihi enam bulan dengan tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut hukum syarak. Jika seseorang telah bertaubat, maka taubatnya itu mestilah disahkan di Mahkamah dan kemudian barulah dia boleh dibebaskan. Jika pula seseorang itu bertaubat semasa dalam tahanan, Pegawai Penjaga hendaklah melaporkan perkara itu kepada mahkamah dan taubatnya juga perlu disahkan oleh Mahkamah. Seksyen 6 (1) pula memperuntukkan seseorang yang bersyubahat dibawah seksyen 66 adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-dua nya sekali. Jika ditinjau sememangnya terdapat enakmen yang memperuntukkan undang-undang dan hukuman murtad secara khusus iaitu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (Kelantan) 1993 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002 yang akhirnya tidak dapat dilaksanakan kerana faktor-faktor tertentu. Kedua-dua enakmen ini ada menyebut sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad, hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman supaya bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati bersalah dan sekiranya dia enggan bertaubat, maka mahkamah boleh memenjarakannya selama lima tahun dan jika tidak bertaubat juga boleh mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya. Isu murtad ini semakin hangat timbul apabila melibatkan kes Lina Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors[2005] 6 MLJ 193 seorang Melayu yang telah menukar agamanya kepada Kristian. Mahkamah Tinggi dan Rayuan telah memberikan penghakiman bahawa bidang kuasa di dalam kes seumpama ini adalah mahkamah 23 Di Perlis, satu Rang Undang-undang Perlindungan Aqidah Islam (Perlis) 2000 mengenakan hukuman rehabilitasi selama tidak lebih satu tahun sekiranya didapati cuba menukar agama Islam.

syariah. Saat ini, semua pihak masih menanti-nantikan keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia. Jelasnya di sini ialah sepatutnya plaintif di dalam kes ini boleh didakwa di bawah undang-undang jenayah syariah kerana melibatkan kesalahan murtad. Oleh kerana tiadanya peruntukan yang jelas mengenai kesalahan ini, pelbagai permasalahan akan timbul dari masa ke semasa. 5.3 Ajaran Sesat Baru-baru ini, masyarakat telah disajikan dengan berita mengenai dakwaan ajaran salah yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Rufaqa Corporation yang dikatakan mempunyai kesinambungan dengan ajaran yang pernah diharamkan oleh kerajaan Malaysia iaitu al-arqam. Selain daripada itu terdapat juga ajaran salah atau doktrin palsu lain seperti Black Metal, Tarikat Naqsyabandiyyah, Ajaran Ayah Pin, Golongan Anti Hadis, Ajaran Martabat Tujuh 24. Pada hakikatnya mereka yang terlibat dengan ajaran salah ini boleh didakwa di bawah pelbagai peruntukan enakmen jenayah syariah seperti seksyen 4(1), 7(1), 8(a)(b), 9, 13(1), 14(1), 16(1)(a) dan 20 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Namun begitu, jika diteliti, terdapat kelemahan dari aspek undang-undang di mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan-kesalahan ini adalah terlalu ringan berbanding dengan kemudaratannya kepada orang Islam. Oleh itu, bagi membendung fenomena ajaran salah ini, seharusnya tindakan segera dan pendakwaan dilipatgandakan kepada pihak yang terlibat. Selain daripada itu, bidang kuasa mahkamah syariah dari aspek hukuman juga perlu ditingkatkan bersesuaian dengan seriusnya ancaman ajaran seumpama ini kepada akidah umat Islam. 5.4 Kesalahan Khalwat Mendominasi Statistik Jenayah Syariah Jika ditinjau, didapati kesalahan yang sering dibicarakan di mahkamah syariah ialah kesalahan khalwat. Ini boleh dibuktikan melalui kes-kes yang dilaporkan sama ada di dalam media masa mahupun di dalam jurnal akademik 25. Sebagai contoh, penulis merujuk kepada statistik kes khalwat yang berlaku di Selangor pada tahun 2006 mengikut peringkat umur di Selangor di bahagian Perundangan Syarak Majlis Agama Islam Selangor. Seksyen 26 29(a) 29(b) JUMLAH 24 t.n. 2000. Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng dan Sesat Dalam Negeri Selangor. Selangor: Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor. 25 Lihat Rusidah Abdul Ghani v Pendakwa JAWI (1991) 7 JH 209, Pendakwa Syarie Kelantan v Muhamad Sabu (1997) 11 JH 61, Pendakwa Syarie Perak v Jaffary dan Hasliza (1991) 8 JH 105, Mokhtar Pangat v Pendakwa JAWI (1990) 7 JH 203 dan Pendakwa Syarie Negeri Sembilan v Jaafar Sudin (1990) 7 JH 253. 26 Seksyen 29 (a) dan (b) memperuntukkan mana-mana orang lelaki yang didapati berada dengan seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya atau orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam

Usia 16-20 87 189 276 21-25 362 384 746 26-30 169 114 283 31-35 62 43 105 36-40 51 28 79 41-45 26 17 43 46-50 21 6 27 51-55 11 2 13 56-60 3 1 JUMLAH 792 784 1576 Jumlah keseluruhan bilangan kes khalwat yang berjaya direkodkan pada tahun 2006 sahaja telah mencecah mencecah 1576 kes. Ini tidak termasuk kes-kes yang tidak dilaporkan mahupun direkodkan oleh pihak berkuasa. Rekod juga menunjukkan bahawa purata usia yang paling tinggi melakukan kesalahan khalwat ialah yang berumur 21-25 iaitu sebanyak 362 bagi kesalahan di bawah seksyen 29(a) dan 384 di bawah seksyen 29(b) dan peringkat usia paling sedikit melakukan kesalahan khalwat ialah 56-60 iaitu 3 orang bagi pesalah lelaki manakala seorang bagi pesalah wanita. Trend kesalahan jenayah syariah seumpama ini menunjukkan bahawa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah hanya melibatkan perkara-perkara kecil dan hukuman yang amat terhad. Amat jarang dilaporkan kes-kes melibatkan kesalahan-kesalahan lain seperti berhubungan dengan akidah, akhlak dan hukum hakam berkaitan Islam. Jika adapun ianya tidak sebanyak kesalahan khalwat. Oleh itu, perhatian terhadap kesalahan lain yang lebih serius perlu juga diberikan seperti kesalahan ajaran sesat, doktrin palsu, menghina al-quran dan hadis dan sebagainya. 6.0 Kesimpulan Secara umumnya berdasarkan perbincangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa selepas 50 tahun kemerdekaan, bidang kuasa mahkamah syariah dari aspek undang-undang jenayah Islam hanyalah merangkumi hukuman maksima tiga tahun penjara atau enam sebatan atau lima ribu denda atau kombinasi mana-mana hukuman 27. Jelasnya, bidang rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. 27 Akta Bidang kuasa Mahkamah Syariah (Jenayah) Pindaan 1984.

kuasa jenayahnya adalah terhad dan hanya boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja. Peruntukan undang-undang jenayah syariah terdapat di bawah enakmen atau akta jenayah syariah dan juga enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam negeri-negeri. Kesalahan di bawah enakmen atau akta jenayah syariah terdiri daripada kesalahan yang berhubung dengan akidah, kesucian agama Islam dan institusinya, rukun Islam, arak, judi dan kesusilaan, seksual, kesejahteraan orang lain dan pelbagai. Bagi negeri yang masih tidak mempunyai enakmen jenayah syariah, peruntukan kesalahan terdapat di dalam enakmen pentadbiran undang-undang Islam negeri masing-masing. Manakala bagi kesalahan di bawah enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam ianya terdiri daripada penalti berhubung dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan dan penalti am. Jika ditinjau masih terdapat banyak peruntukan kesalahan jenayah syariah yang masih belum dikuatkuasakan. Hakikatnya hanya beberapa peruntukan sahaja yang lebih kerap digunakan seperti kesalahan khalwat dan matrimoni berbanding dengan kesalahankesalahan lain. Menyentuh mengenai isu semasa berkaitan, penulis telah merujuk kepada beberapa isu sahaja iaitu ketidakseragaman dan konflik undang-undang, kesalahan murtad, ajaran sesat dan kesalahan khalwat yang mendominasi. Isu-isu ini mencerminkan beberapa kelemahan dan kekurangan undang-undang pentadbiran Islam di Malaysia khususnya dari aspek undang-undang jenayah syariah. Hingga kini, mahkamah syariah masih lagi terikat dengan peruntukan hukuman yang amat terhad iaitu lima tahun penjara, denda lima ribu dan sebatan tidak melebihi enam kali. Dengan itu, sesuai dengan genapnya kemerdekaan Malaysia 50 tahun, sepatutnya mahkamah syariah diberikan bidang kuasa yang setaraf dengan mahkamah sivil dan - diberikan hak secara ekslusif bagi membicarakan kes-kes melibatkan undang-undang Islam. Ini selaras dengan roh perlembagaan Malaysia yang menyebut secara jelas bahawa agama Islam adalah agama persekutuan. RUJUKAN Abd Rahman & Anor v Pendakwa Hal Ehwal Terengganu (1994) 10 JH 121. Akta Bidang kuasa Mahkamah Syariah (Jenayah) Pindaan 1984. Dalip Kaur v Pegawai Polis Bukit Mertajam (1992) 1 MLJ 7. Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (pindaan) (Kelantan) 1986. Enakmen Kesalahan Syariah (Melaka) 1991. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Johor) 2003. Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (Kelantan) 1993. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002. Lina Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors[2005] 6 MLJ 193. Md. Hakim Lee v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (1998) 1 MLJ 681. Mokhtar Pangat v Pendakwa JAWI (1990) 7 JH 203. Mohamed Habibullah b Mahmood v Faridah Dato Talib (1992) 2 MLJ 793. Pendakwa Syarie Johor v Abd Talib Harun (1996) 10 JH 150. Pendakwa Syarie Kelantan v Muhamad Sabu (1997) 11 JH 61. Pendakwa Syarie Kelantan v Yusundy Josan (1994) 9 JH 206. Pendakwa Syarie Negeri Sembilan v Jaafar Sudin (1990) 7 JH 253. Pendakwa Syarie Perak v Jaffary dan Hasliza (1991) 8 JH 105. Pendakwa Syarie Selangor v Fahyu Hanim, Noni Mohamad dan Sharina Shaari. Jurnal Syariah 8:1 (2000) 137-155. Perlembagaan Persekutuan. Rang Undang-undang Perlindungan Aqidah Islam (Perlis) 2000. Rusidah Abdul Ghani v Pendakwa JAWI (1991) 7 JH 209. Sukma Dermawan Sasmitaat Madja v Ketua Pengarah Penjara Malaysia (1999) 1 MLJ 266. t.n. 2000. Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng dan Sesat Dalam Negeri Selangor. Selangor: Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor.