ASPEK KAJIAN SASTERA. 1. Ringkasan cerita lebih kurang patah perkataan. 2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

dokumen-dokumen yang mirip
PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

Gurindam Tonggak Dua Belas

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

Kesusasteraan Melayu (922)

RAGAM TULISAN KREATIF. Muhamad Husni Mubarok, S.Pd., M.IKom

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

KESUSASTERAAN MELAYU

MODUL BAHASA INDONESIA CERITA PENDEK

BAB 1 PENDAHULUAN. adanya bahasa, barulah sesebuah komunikasi itu dapat berjalan dengan lancar.

ASPEK SENI BAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

BAB II KAJIAN TEORI. bagaimana unsur cerita atau peristiwa dihadirkan oleh pengarang sehingga di dalam

Mellisa (Abdullah Hussain)

MENU UTAMA UNSUR PROSA FIKSI PENGANTAR PROSA FIKSI MODERN

BAHAN PELATIHAN PROSA FIKSI

BAB V KESIMPULAN DAN SARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Hartono, M. Hum., PBSI FBS UNY. Bahan Mata Kuliah

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

Meneliti semula kerelevanan maklumat.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Penangguhan (Wijaya Mala)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Masalah Astri Rahmayanti, 2013

KONSEP KENDIRI (Part 5)

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

BAB II KONSEP, LANDASAN TEORI, DAN TINJAUAN PUSTAKA

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

II. TINJAUAN PUSTAKA. Puisi merupakan salah satu bentuk karya sastra yang bersifat imajinatif yang lahir

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

PENULISAN KARANGAN FIKSI * Oleh: ASHADI SIREGAR

Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

BAB I PENDAHULUAN. kreatif dalam rupa atau wujud yang indah. Pengertian indah, tidak semata-mata merujuk pada

BAB II KAJIAN PUSTAKA, KONSEP, DAN LANDASAN TEORI

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASI PROJEK FILEM PENDEK BABAK TERAKHIR: PENDEKATAN GENRE PSYCHOLOGICAL THRILLER

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Masalah. Karya sastra adalah salah satu jenis hasil budidaya masyarakat yang dinyatakan

BAB II LANDASAN TEORI. berjudul Citra Perempuan dalam Novel Hayuri karya Maria Etty, penelitian ini

BAB II KAJIAN PUSTAKA, KONSEP DAN LANDASAN TEORI

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

KEMAMPUAN MENULIS CERPEN BERDASARKAN PENGALAMAN SISWA DI SMP NEGERI 17 KOTA JAMBI

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU ( TINGKATAN 1 ) 2013 JABATAN PELAJARAN PERAK

BAB I PENDAHULUAN. Dalam bab pendahuluan ini akan diberikan gambaran mengenai latar belakang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Gaya dan Stilistika Citra, Metafora,Simbol, dan Mitos

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

II. LANDASAN TEORI. dan pengenalan yang tepat, pertimbangan, penilaian dan pernyataan yang

BAB II KONSEP, LANDASAN TEORI, DAN KAJIAN PUSTAKA

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

KISI-KISI SOAL ULANGAN KENAIKAN KELAS Tahun 2012/2013

RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN (RPP)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang. Sastra adalah karya fiksi yang merupakan hasil kreasi berdasarkan luapan

BAB I PENDAHULUAN. ekspresi, maka karya sastra sangat banyak mengandung unsur kemanusiaan.

BAB 3 METODOLOGI PENELITIAN

ANALISIS GAYA BAHASA PADA PUISI AKU KARYA CHAIRIL ANWAR

I. PENDAHULUAN. terjadi konflik-konflik yang akhirnya menyebabkan terjadinya perubahan jalan

KESUSASTERAAN MELAYU

BAB II LANDASAN TEORI. 1. Analisis Gaya Bahasa pada Lirik Lagu Grup Band Noah dalam Album Seperti Seharusnya (Edi Yulianto, 2015)

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB II KAJIAN TEORITIS. Penelitian tentang Kemampuan Siswa Kelas VIII SMP Negeri 1 Telaga

Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi)

bentuk karya sastra yang menggunakan kata-kata yang indah dan kaya makna.

II. LANDASAN TEORI. Pada umumnya drama menampilkan beberapa tokoh yang saling. sebagai manusia hidup di dunia nyata artinya tokoh-tokoh tersebut

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB I PENDAHULUAN. maupun kehidupan sehari-hari. Seseorang dapat menggali, mengolah, dan

P U I S I PENGERTIAN PUISI Pengertian Puisi Menurut Para Ahli

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

SMA/MA IPS kelas 11 - BAHASA INDONESIA IPS BAB 1. MEMAHAMI CERPEN DAN NOVELLatihan Soal 1.3

Gaya Bahasa MINGGU 11

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. pada jiwa pembaca. Karya sastra merupakan hasil dialog manusia dengan

BAB I PENDAHULUAN. Secara etimologis kata kesusastraan berasal dari kata su dan sastra. Su berarti

BAB II KAJIAN PUSTAKA, KONSEP, DAN LANDASAN TEORI. nilai-nilai moral terhadap cerita rakyat Deleng Pertektekkendengan menggunakan kajian

BAB II KAJIAN PUSTAKA

BAB IV KESIMPULAN. Peristiwa yang terjalin dalam novel Nagabonar Jadi 2 terbentuk menjadi

PENGENALAN KEPADA KONFLIK, AMARAH, STRES DAN KRISIS

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 UNIT 6 ( ARAS 1 )

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Panduan Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

ALUR DALAM FIKSI. Kusmarwanti, M. Pd. Bahan mata kuliah Kajian Fiksi

BAB II KAJIAN PUSTAKA, LANDASAN TEORI, KERANGKA BERFIKIR, DAN HIPOTESIS TINDAKAN

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

BAB II LANDASAN TEORI. curahan perasaan pribadi, (2) susunan sebuah nyanyian (Moeliono (Peny.), 2003:

BAB I PENDAHULUAN. Sastra sebagai cabang dari seni, yang keduanya unsur integral dari

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

Transkripsi:

ASPEK KAJIAN SASTERA Sinopsis 1. Ringkasan cerita lebih kurang 100-150 patah perkataan. 2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot. Tema dan Persoalan 1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit). 2. Persoalan bermaksud perkara-perkara atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya. Watak dan Perwatakan Plot 1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam. 2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. 3. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan. 4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis. 5. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu. 6. Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca. 7. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya. 8. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir. 9. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak. 10.Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan. 11.Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis. 1. Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat. 2. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat. 3. Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubahsuai mengikut kemahuan pengarang. 1

4. Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian. 5. Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana. 6. Perkembangan plot mengakibatkan konflik. 7. Peristiwa berkembang kepada peringkat pertenga-han cerita, iaitu perumitan (komplikasi). 8. Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka. Teknik Plot 1. Teknik plot ialah cara pengarang mengem-bangkan plot ceritanya supaya menarik. 2. Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut: (a) Imbas kembali i. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. ii. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman (b) Imbas muka i. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. ii. Imbas muka dapat mewujudkan ke-yakinan di kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku. (c) Saspens i. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. (d) Konflik i. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. ii. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam din watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. iii. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran? 2

(e) Kejutan i. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. ii. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca. (f) Dialog i. Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. ii. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema. Latar Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita. Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar. Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya. Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu: (a) Latar tempat Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi. (b ) Latar waktu atau masa Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya. (c) Latar masyarakat atau citra masyarakat Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak. (e) Latar peralatan cerita dan watak Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita. 3

Sudut Pandanqan Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak. Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya. Teknik sudut pandangan: (a) Sudut pandangan orang, pertama Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita iru dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik. (b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak. (c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja. (d) Sudut pandangan objektif Gaya Bahasa Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut. Jenis Gaya Bahasa Huraiannya (a) Diksi bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej (b) Ayat merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang 4

(c) Personifikasi dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak. contohnya:...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan (d) Simile merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung) contohnya: perahu duka, ladang kesabaran (e) Metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya contohnya: samudera hampa, lautan fikiran (f) Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya contohnya: serihu lautan sanggup diharungi (g) Sinkope bermaksud penyingkatan perkataan contohnya: "Apa dah jadi ini?" (h) Rima bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua bans atau lebih daripada dua ban's daiam puisi terdiri daripada rima awal, rima daiam, dan rima akhir (i) Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama daiam baris-baris sajak contohnya: pengulangan vokal w daiam bans Kerana aku penyair kupenuhi hidupku (j) Aliterasi bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama daiam bans sajak contohnya: pengulangan konsonan m daiam bans Memacu menghimpun kekuatan (k) Pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang daiam sajak anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD! Tambah mengimbau sorotan Kitab ESA! epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya:...di pundakku...had sepiku (1) Perlambangan repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda Nilai Antara contoh nilai ialah: 1. Baik hati 2. Berdikari 3. Hemah tinggi 5

4. Hormat-menghormati 5. Kasih sayang 6. Keadilan 7. Kebebasan 8. Keberanian 9. Kebersihan mental dan fizikal 10. Kejujuran 11. Kerajinan 12. Kerjasama 13. Kesederhanaan 14. Kesyukuran 15. Rasional 16. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian. Pengajaran Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton. Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung. Jika nilai positif, mulakan dengan Kita hendaklah Kita seharusnya Ji Jika nilai negatif, mulakan jawapan dengan Kita jangan Kita tidak boleh diikuti dengan contoh dalam teks. 6