GARIS PANDUAN: PENGGUNAAN MEMO GP.BAPS.PTMK(01)

dokumen-dokumen yang mirip
POLISI PENGGUNAAN

GARIS PANDUAN: KAWALAN FAIL DI DALAM APLIKASI FILES BANK PK.BBP.PTMK (01) DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH

PROSEDUR: PROSEDUR PENGGUNAAN KATA NAMA (USERNAME) DAN KATA LALUAN (PASSWORD) GP.BAPS.PTMK (03)

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN EMEL JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR DAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN ICT. Disediakan oleh: Jawatankuasa ICT, Politeknik Jeli Kelantan.

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

DASAR UMUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

POLISI KELAYAKAN BAGI KEMUDAHAN & PERALATAN ICT UNTUK STAF DAN JABATAN DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Program Membangunkan Keupayaan ICT MKM

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Polisi Privasi. Pengenalan

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PANDUAN PERLINDUNGAN TERHADAP JENAYAH PENYAMARAN LAMAN WEB (WEB PHISHING SCAMS)

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT

LAMAN WEB PERIBADI UPM

LAMAN WEB PERIBADI UPM

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Powered by TCPDF (

MANUAL PENGGUNA. MODUL OPERASI DATA GURU (e-operasi) Hakcipta Terpelihara 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SURAT PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 3 TAHUN 2007 TAPISAN KESELAMATAN

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN ETIKA KESELAMATAN ICT MAIK

JABATAN PEGUAM NEGARA

GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH

ETIKA PENGGUNAAN E-MEL DAN INTERNET PKS

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

RUJUKAN: UKM 3.6/224/3 Jld Oktober 2003 PEKELILING PENDAFTAR BIL. 9/2003

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TATACARA PENGGUNAAN DAN KESELAMATAN ICT KKM. Versi 3.0

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Sistem e-transit Modul Pergerakan

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI. GARIS PANDUAN PENGURUSAN IDENTITI Tarikh: 01/07/2016

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SURAT PEKELILING BENDAHARI

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Polisi Privasi Smiggle

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

BAB 7 Dasar Infrastruktur

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Notis undang undang. Sebarang penggunaan perkara yang telah di sahkan di dalam laman sesawang tidak boleh di ubahsuai di dalam apa cara sekalipun.

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BAB 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI UMP

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

DASAR MEDIA SOSIAL UNIVERSITI

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

PROSEDUR KAWALAN REKOD PK.UiTMPs.(P).02

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2.0 PENYATAAN MASALAH

MODUL PERMOHONAN PENGAJARAN SAMBILAN, KATEGORI PENTADBIR SISTEM

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN/PERHATIAN PIHAK BERKUASA UNIVERSITI

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

GARIS PANDUAN LAMAN WEB/PORTAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

ZULKIFLI ALANG MAHAT. 1 P a g e

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARISPANDUAN PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Versi SISTEM PENGURUSAN SURAT (SPS) - Surat Keluar - Buku Alamat - Cetakan - Nilai Setem dan Serahan. Panduan Pengguna

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

Makluman. Kandungan manual ini mungkin akan berubah, dari masa ke semasa agar selaras. dengan polisi kehadiran KPTM. Tarikh manual: 30 Jun 2016

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Transkripsi:

BAHAGIAN APLIKASI & PEMBANGUNAN SISTEM PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS : GP.BAPS.PTMK() Nama & Jawatan DISEDIAKAN OLEH Wan Azlee bin Hj. Wan Abdullah Pegawai Teknologi Maklumat Bahagian Aplikasi & Pembangunan Sistem Irman bin Khalil Pegawai Teknologi Maklumat Bahagian Server & Baik Pulih DILULUSKAN OLEH Mesyuarat ICT Council 3/2006 Hazarina binti Abd. Hamid Pen. Pegawai Teknologi Maklumat Bahagian Aplikasi & Pembangunan Sistem Tarikh 12 Oktober 2006 15 November 2006

DOKUMEN GP.BAPS.PTMK() PINDAAN MUKA SURAT 2/10 1.0 OBJEKTIF Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan penggunaan memo menerusi aplikasi e-community sebagai alat komunikasi dalaman antara individu /jabatan dan terhad kepada tujuan pejabat sahaja. 2.0 SKOP Garis panduan ini digunapakai oleh warga kampus semasa menggunakan aplikasi memo yang disediakan oleh Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi secara berintegriti dan beretika. 3.0 PELAKSANAAN GARIS 3.1. GARIS DAN ETIKA 3.1.1. APLIKASI 3.1.1.1. Akaun memo adalah bukan hak mutlak seseorang. Ia adalah kemudahan yang tertakluk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar melalui akaun e-community dan boleh ditarik balik jika penggunaannya melanggar peraturan. 3.1.1.2. Akaun memo hendaklah digunakan bagi tujuan urusan rasmi antara jabatan (maximum group to atau cc terhad kepada 3 jabatan. Jika penghantaran melebihi had yang ditetapkan, maka penggunaan sistem Announcement Board digalakkan) yang berkaitan dengan tugas rasmi 2

DOKUMEN GP.BAPS.PTMK() PINDAAN MUKA SURAT 3/10 seseorang staf Universiti. Pengguna adalah dilarang daripada menggunakan akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama. Sebarang urusan tidak rasmi hendaklah disampaikan dengan menggunakan saluran e-mail. 3.1.1.3 Rahsiakan nama pengenalan dan katalaluan anda dari pengetahuan orang lain. Pendedahan yang berlaku akan membolehkan orang lain menyalahgunakan kemudahan ini tanpa pengetahuan anda. Pastikan anda sentiasa menukar katalaluan untuk tujuan keselamatan (Rujuk prosedur penggunaan Kata Nama & Kata Laluan) 3.1.1.4 Sebarang bentuk pemakluman, iklan, promosi, jemputan dan sebagainya yang melibatkan sebahagian besar pengguna adalah tidak dibenarkan sama sekali menggunakan aplikasi memo. Bagi tujuan seperti tersebut pengguna perlulah menggunakan aplikasi announcement yang telah disediakan. 3.1.2. MENYENGGARA KOTAK MEL (MAIL BOX) 3.1.2.1. Kandungan dan penyelenggaraan kotak mel masing-masing adalah menjadi tanggungjawab pengguna. 3.1.2.2. Kemudahan memo hendaklah digunakan secara aktif. Pengguna digalakkan membuka memo sebaik saja sampai ke pejabat atau sewaktu memulakan kerja pada waktu pagi. Memo tersebut boleh 3

DOKUMEN GP.BAPS.PTMK() PINDAAN MUKA SURAT 4/10 dibiarkan aktif pada keseluruhan waktu kerja supaya memo yang dialamatkan kepada anda dapat sampai tepat pada masanya untuk diambil tindakan yang selanjutnya. Lakukan pemeriksaan ke atas kotak mel dalam jangkamasa waktu yang sesuai (contohnya pada setiap jam) sekiranya ada memo yang memerlukan pengguna membuat tindakan segera (contohnya menghadiri mesyuarat tergempar). 3.1.2.3. Pengguna harus menghadkan jumlah memo yang harus disimpan dalam kotak mel. Hapuskan memo yang difikirkan tidak perlu disimpan. Jika anda fikir memo itu akan dirujuk kemudian hari atau untuk dijadikan bahan bukti, buatlah salinan memo tersebut pada sumber storan kedua seperti disket, thumbdrive, hardisk, cd-rom dan sebagainya. 3.1.2.4. Memo yang yang dianggap bukan rasmi akan dihapuskan dalam pangkalan data rasmi universiti setiap sebulan sekali tanpa ada pemakluman dibuat terhadap pemilik memo tersebut. (Rujuk Polisi Jangka Waktu Simpanan Data Memo) 3.1.2.5. Pengguna hendaklah berwaspada ketika menghantar atau menyimpan memo di dalam kotal mel kerana ia mungkin terdedah kepada pencerobohan atau dicapai oleh penceroboh (hackers). 4

DOKUMEN GP.BAPS.PTMK() PINDAAN MUKA SURAT 5/10 3.1.3. MENYEDIA, MENGHANTAR (COMPOSE) DAN MENGEDIT 3.1.3.1. Pastikan tajuk (subject) dan kandungan memo (content) menyentuh perkara yang sama bagi memudahkan penerima menentukan keutamaan ke atas memo yang masuk ke dalam kotak melnya (inbox). 3.1.3.2. Memo hendaklah ditulis secara biasa dengan gabungan teks dalam huruf kecil dan huruf besar di tempat-tempat yang sesuai. Kandungan memo dalam huruf besar akan dianggap sebagai mesej berbentuk amaran. 3.1.3.3. Apabila ingin menjawab memo (reply), berikan fokus kepada perkara-perkara yang perlu dirujuk sahaja ketika menjawab. 3.1.3.4. Pengguna tidak digalakkan menggunakan aplikasi reply all jika kandungan memo tersebut hanya untuk makluman orang perseorangan sahaja. 3.1.3.5. Pengguna perlu mengetahui akan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia yang boleh dikaitkan dengan penyalahgunaan rangkaian internet. Elakkan dari melibatkan diri dari menggunakan kemudahan ini untuk tujuan menghasut, menfitnah, menghantar berita palsu, menerbit semula hakcipta atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undang-undang. 5

DOKUMEN GP.BAPS.PTMK() PINDAAN MUKA SURAT 6/10 3.1.3.6 Pastikan dengan betul alamat penerima memo yang hendak dihantar. Satu alamat memo (to) boleh mewakili satu individu atau mewakili satu kumpulan individu (iaitu terhad kepada 3 kumpulan jabatan sahaja). Salinan kepada (carbon copy (cc)) boleh digunakan apabila memo tersebut perlu dimaklumkan kepada penerima lain. 3.1.3.7 Bcc (blind carbon copy (bcc)) adalah memo yang disalinkan kepada seseorang, tanpa diketahui memo tersebut juga dihantar (to) atau disalinkan (cc) kepada orang lain atau dengan kata lain, ianya tidak dipaparkan pada penerima memo tersebut. 3.1.3.8 Jika ingin memanjangkan memo yang diterima kepada pengguna lain, gunakan arahan forward tanpa mengedit kandungan memo asal. Jika ingin membuat komen peribadi, pengguna boleh masukkan komen itu di sebelah atas kandungan memo asal. 3.1.3.9 Pengguna hendaklah menggunakan saiz tulisan (font) yang bersaiz 10pt atau 12pt semasa membuat penghantaran memo. Penggunaan saiz tulisan yang agak besar (melebihi 12pt) dianggap tidak beretika dan boleh disalahertikan oleh penerima memo. 6

DOKUMEN GP.BAPS.PTMK() PINDAAN MUKA SURAT 7/10 3.1.4. PENERIMAAN 3.1.4.1. Sekiranya memo yang diterima adalah berbentuk rasmi contohnya panggilan ke mesyuarat,anda perlu memaklumkan kepada pengirim bahawa memo tersebut telah diterima. 3.1.4.2. Memo yang berbentuk pertanyaan atau memerlukan tindakan perlu dijawab dengan segera. Jika perkara tersebut masih dalam tindakan, pengguna boleh memaklumkan kepada pengirim tindakan yang telah diambil dan sekiranya ada perkembangan lanjut akan dimaklumkan. 3.1.4.3 Sekiranya perkara tersebut bukan dibawah bidang kuasa pengguna, pengguna boleh memanjangkan memo tersebut kepada pegawai yang berkenaan atau memaklumkan kepada pengirim nama pegawai yang bertanggungjawab. 7

DOKUMEN GP.BAPS.PTMK() PINDAAN MUKA SURAT 8/10 3.1.5. BAHASA 3.1.5.1. Semua mesej / maklumat yang disampaikan melalui aplikasi memo hendaklah menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang standard. 3.1.5.2. Bahasa dialek, loghat kedaerahan/kenegerian, singkatan ala SMS yang keterlaluan, dan bahasa kesat/lucah adalah dilarang sama sekali penggunaannya untuk mengelakkan kekeliruan dan salah tafsir tentang mesej yang hendak disampaikan. 3.1.5.3. Maklumat-maklumat yang berunsur hasutan, cacian ataupun yang boleh menimbulkan syak wasangka/perselisihan dikalangan pengguna juga adalah dilarang sama sekali. 3.1.6. KOD WARNA 3.1.6.1 Penggunaan kod warna adalah bagi tujuan membezakan memo yang diterima oleh penerima itu adalah berbentuk rasmi atau tidak rasmi dan bagi memo yang tidak rasmi akan dihapuskan secara automatik oleh pentadbir pangkalan data tanpa ada pemakluman. 3.1.7.1 Kod warna yang digunakan adalah seperti berikut: a. Warna Biru Pengirim adalah kategori staf b. Warna Ungu Pengirim adalah pelajar c. Warna Hitam Pengirim adalah pengguna luar d. Warna Merah Tajuk memo adalah rasmi 8

DOKUMEN GP.BAPS.PTMK() PINDAAN MUKA SURAT 9/10 3.1.7. KEINGKARAN PERLANGGARAN 3.1.7.1 Sebarang bentuk memo yang melanggari garis panduan ini akan dihapuskan oleh pentadbir sistem tanpa sebarang pemakluman. 3.1.7.2 Sekiranya berlaku sebarang keingkaran/perlanggaran terhadap garis panduan ini, pengguan boleh dikenakan tindakan tatatertib. 4.0 MAKLUMAT TAMBAHAN Pengguna bertanggungjawab dalam mematuhi tatacara penggunaan memo. Antara perkara-perkara yang dilarang dan perlu dielakkan dalam penggunaan memo adalah seperti berikut: a. Membuat objek/teks bergerak pada laman memo (Marquee Text). b. Memaparkan imej bergambar dengan cara melaksanakan pautan url secara automatik (Execute URL Image) dalam kotak mesej memo. c. Membuat sebarang promosi yang tidak sepatutnya diiklankan dalam memo rasmi (cth: iklan topup hset, pembelian barangan, dan sebagainya yang difikirkan tidak sewajarnya). d. Pengguna perlu memastikan agar memo yang dikirim tidak mengandungi unsur-unsur sensitif, khianat, lepas geram, dan sebagainya. 9

DOKUMEN GP.BAPS.PTMK() PINDAAN MUKA SURAT 10/10 e. Penggunaan font yang agak menonjol (impress) dan bersaiz besar tidak digalakkan KECUALI penekanan(bold) kepada tajuk atau sub-tajuk penting sahaja supaya menampakkan perbezaan antara isi dan tajuk. 5.0 KESIMPULAN Garis panduan ini adalah diharap dapat dipatuhi sepenuhnya oleh semua peringkat pengguna bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat yang bertanggungjawab, kompeten dan berkesan. Berbanggalah dengan kemudahan yang diberikan ini dan jadilah pengguna yang bijaksana untuk meningkatkan produktiviti jabatan secara keseluruhannya. 10

POLISI JANGKA WAKTU SIMPANAN DATA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI 1.0 TUJUAN Tujuan polisi ini adalah untuk memakluman kepada semua warga kampus mengenai pelaksanaan jangka waktu simpanan data memo bagi semua staf dan pelajar UMP. 2.0 LATAR BELAKANG Memo merupakan aplikasi yang terdapat di dalam e-community yang digunakan sebagai perantara komunikasi secara dalaman. Dari segi penggunaannya, memo tidak jauh berbeza dengan emel namun apa yang berbeza ialah memo digunakan bagi hal-hal dalaman antara warga UMP manakala emel pula lebih kepada urusan antara pihak UMP dengan pihak luar. Selain itu, memo tidak mempunyai fungsi attachment seperti emel. Kedua-dua aplikasi ini merupakan antara aplikasi yang paling banyak digunakan oleh para staf dan pelajar UMP. 3.0 OBJEKTIF Objektif cadangan ini ialah untuk :- a. Memastikan perjalanan aplikasi memo berjalan dengan baik dan lancar. b. Memastikan bilangan data memo tidak terlalu banyak sehingga mengganggu perjalanan aplikasi lain. 11

4.0 KAEDAH PERLAKSANAAN Jumlah data memo boleh mencapai 9000 sehingga 60000 memo dalam sehari. Sekiranya suatu kaedah penyelenggaraan tidak dilakukan dengan sepatutnya maka ianya akan memberi kesan kepada prestasi pangkalan. Melihat kepada masalah yang dihadapi maka berikut dikemukakan kaedah bagi menyelesaikannya :- i. Jangka waktu simpanan memo. Setiap memo akan berada di dalam pangkalan data selama sebulan. Jangka waktu ini terkecuali kepada memo yang berbentuk official dan draf. ii. Penghapusan Data yang Berusia Lebih Sebulan Data memo yang berusia lebih sebulan akan dihapuskan terus dari pangkalan data UMP kecuali memo berbentuk official dan draf. iii. Jangka waktu Simpanan data bagi Memo Official dan Draf. Memo Official dan draf yang berusia setahun akan dihapuskan dari pangkalan data dua kali dalam setahun iaitu pada 1 Julai tahun semasa dan pada 1 Februari tahun berikutnya. iv. Penyediaan Aplikasi Bagi Pengumuman. Penghantaran memo kepada semua staf dan pelajar akan meningkatkan jumlah memo di dalam pangkalan data. Sehubungan dengan itu, suatu sistem pengumuman akan disediakan bagi menggantikan penghantaran memo kepada semua staf dan pelajar. Fungsi penghantaran memo kepada semua staf dan pelajar juga akan dikeluarkan dari e-community bagi mengelakkan penyalahgunaan fungsi tersebut. 12

Berikut gambaran secara ringkas cadangan perlaksanaan tersebut :- Pangkalan Data UMP inbox Dipindahkan ke table archive setelah mencapai 1 bulan Memo Dihapuskan dari pangkalan data UMP 5.0 KESIMPULAN Diharapkan aplikasi memo dapat digunakan dengan efektif oleh para staf dan pelajar UMP. 13