!!! NOTA PANDUAN SPIM! KPP BAHARU! KELAS D MANUAL (D) & KELAS D AUTOMATIK (DA)! KPP 02: AMALI DI LITAR! KPP 03: AMALI DI JALAN RAYA!

dokumen-dokumen yang mirip
KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH MENSERVIS AUTOMOBIL

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMANDU. DISAMPAIKAN OLEH ; EN. NASIR BIN OSMAN Ketua Bahagian Pejabat Pendaftar UTM KUALA LUMPUR

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

JAL 331/3 Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERENDAH POLISI SEKOLAH SELAMAT

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

BAHAGIAN PEYAKIN KESELAMATAN

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

Undang-undang Permainan

TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN. Kandungan:

Kelsow Work Instruction. Seligi-A RB-211 Permulaan Mesin Pemampat

Secara amnya, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:

GARIS PANDUAN TANDA AMARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

01 Apakah maksud gambar berikut ini? A. Jangan menghampiri pintu keluar. B. Awas kepala anda C. Pintu keluar kecemasan. D. Tidak dibenarkan berjalan.

Kemalangan yang disebabkan elektrik: 1.sentuhan terus dengan arus elektrik 2.arka elektrik

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Am MASUM.

PERATURAN LALULINTAS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2012

GARIS PANDUAN MENGENAI PENGURUSAN KENDERAAN SUHAKAM (PEKELILING SETIAUSAHA BIL 2 TAHUN 2012)

02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

GARIS PANDUAN KESELAMATAN UMUM PENGGUNAAN AUTOKLAF

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 4

KEPEGAWAIAN OLAHRAGA PENASIHAT 3/12/2018 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH PENGURUS KEJOHANAN PENGURUS KEJOHANAN PENGURUS TEKNIK PANEL JURI RAYUAN

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK RAGA TIMBANG PESUMA KE-30

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

PEMBINAAN TALIAN ATAS

KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 1. KEBERSIHAN LUARAN

Oleh : Unit Peperiksaan dan Penilaian Sektor Akademik Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor / 3588

1. Siapakah yang mewujudkan interaksi di kalangan semua yang terlibat melalui sistem komunikasi yang sedia ada.

PEMASANGAN. 1 Mengeluarkan

Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F) dalam Borang Tender.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

Pemeriksaan Casis Demi Keselamatan Perjalanan Balik Kampung Raya Ini

NAMA : KELAS : UJIAN AKHIR TAHUN 2015 TAHUN 5 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI. Satu jam (1jam)

PENGENDALIAN BENGKEL MELAKSANAKAN KHIDMAT PELANGGAN

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala.

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA/KEDUA SESI 20_/20_ TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS

UNIT 2 : TEKNIK DIAGNOSIS DAN ALAT-ALAT ENGUJIAN

C D. A. Bahaya kilat B. Bahaya elektrik C. Bahaya mekanikal D. Bahaya bahan kimia. MSOC - Malay Sample Questions Set 2

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERHIMPUNAN KEBANGSAAN SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (SISPA)

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

PENGUJIAN LITAR. Tujuan pengujian bagi pemasangan

ISI KANDUNGAN. MAKLUMAT 1.0 Peraturan Am Jurukamera dan Juruvideo 2. PERALATAN 3.0 Pakaian Peralatan 2

PERATURAN SPESIFIK (LEBUHRAYA)

Terima kasih kerana memilih DEEBOT!

PROGRAM PERLINDUNGAN SINARAN (PPS)

THREE PHASE ELECTRICAL TESTING

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.2/1995 :: Penjagaan, Penggunaan Dan Penyimpanan Alat Total Station ::

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Kadet Remaja Sekolah di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

EAL 571/4 Rekabentuk Turapan

Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda.

BAB 7 PENGURUSAN STOR

KANDUNGAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA DALAM BAHASA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN KENDERAAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

05 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

EAL 432/4 - Kejuruteraan Lebuhraya dan Pengangkutan Lanjutan

04 Jika seseorang pekerja jatuh sakit dan perlu mengambil cuti sakit, beliau harus

PELAN KECEMASAN RADIASI

PELAN TINDAKAN PENGOSONGAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN / BENCANA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI DAN KLINIK-KLINIK KESIHATAN KOTA TINGGI

BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO.

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

AKU JANJI PENERIMAAN DAN PENGGUNAAN PERALATAN ICT (SEWAAN) POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (Diisi sebanyak dua (2) salinan)

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998

Panduan menggunakan amalan baik ini

JAL 533/ JAJ 433/3 Kajian Ekonomi Lebuhraya & Pengangkutan

Selamat Datang. Pengenalan. 1. Susun atur

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1999

PROGRAM TOYOTA 24SEVEN ROAD ASSIST

Sebagai Tetamu di Rumah Seseorang

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

Gambar: Komponen-komponen utama sebuah kapal terbang. Rangka bagi menetapkan bentuk kapal terbang.

6.5 PENGENALAN KEPADA SISTEM SIARAYA

BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

Bola Keranjang Permainan Kecil Bola Keranjang

Mengenai Kempen Penyertaan Semua Untuk Kemalangan Sifar

PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018

BAHAGIAN PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

Polisi Privasi. Pengenalan

Papan lungsur. Kedudukan plat logam pada palang SOP 1 PENGUKURAN ANTROPOMETRI

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Kaedah biasa yang digunakan untuk mencerunkan dasar parit adalah : a) Penggunaan ROD ARAS b) Penggunaan timbang air dan kayu lurus

BAHAGIAN 8 - PENGURUSAN STOR

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Sistem Automatik RIRO VCB

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Transkripsi:

NOTA PANDUAN SPIM KPP BAHARU KELAS D MANUAL (D) & KELAS D AUTOMATIK (DA) KPP 02: AMALI DI LITAR KPP 03: AMALI DI JALAN RAYA Disediakan oleh: DAYANG SALIANA BINTI ABANG ALLI BOLHASSANC.A(M), MBA TOT. KPP. QTI. SPIM INSTITUT MEMANDU CANGIRAN SDN. BHD. 1

UJIAN MEMANDU KPP 02 BAHAGIAN II (AMALI DI LITAR) A. RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK) HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus, pemandu dapat: i. Mengelakkan sebarang kerosakan semasa perjalanan. ii. Memastikan kenderaan dalam keadaan baik sepanjang perjalanan. iii. Mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada kerosakan atau masalah teknikal kenderaan. INFORMASI RPK ialan satu amalan yang perlu diterapkan dalam siri setiap pemandu untuk: i. Mengelakkan sebarang kerosakan sepanjang perjalanan. ii. Memanstikan kenderaan dalam keadaan optimum sepanjang perjalanan. iii. Mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada kerosakan atau masalah teknikal kenderaan. Dengan itu, ia dapat menjamin keselamatan pemandu dan penumpang dalam perjalanan. ARAHAN/TAKLIMAT Calon diajar tentang kepentingan amalan rutin pemeriksaan sebelum memandu serta ditunjukkan komponen-komponen yang perlu diperiksa. Pemeriksaan dibuat bermula dari hadapan kenderaan kemudian bergerak mengelilingi kenderaan mengikut arah jam (formula POWDER) Pemeriksaan luaran motokar dibuat untuk memastikan keadaan kenderaan seperti berikut berada dalam keadaan baik iaitu: Lampu hadapan, lampu brek belakang, dan lampu isyarat. Tekanan angin tayar, bunga tayar, dan bentuk fizikal tayar. Badan motokar termasuk nombor plat pendaftaran, bonet & but, cermin pintu kiri/kanan, bumper, cermin sisi kiri/kanan, cermin hadapan/belakang. Pemeriksaan dalam but motokar: tayar gantian, peralatan keselamatan, dan perkakasan (tools). Pemeriksaan di ruangan enjin: bateri, petunjuk aras pelincir, cecair brek/paras minyak setereng, tali sawat, hos, paras air pengelap cermin, air radiator dan air tangki simpanan. 2

B. RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM) HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus, pemandu dapat: i. Memeriksa keadaan kenderaan sebagai satu rutin sebelum memulakan perjalanan. ii. Menghargai keselamatan diri. INFORMASI Amalan yang mesti diterapkan dalam diri setiap pemandu yang bertujuan untuk: Mengelakkan sebarang kerosakan semasa perjalanan. Memastikan kenderaan dalam keadaan optimum sepanjang perjalanan. Mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada kerosakan atau masalah teknikal kenderaan. Menjamin keselamatan pemandu dan penumpang dalam perjalanan. ARAHAN/TAKLIMAT Calon diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu diperiksa sebelum memulakan perjalanan. Antaranya ialah: Calon masuk duduk dalam kenderaan dan memastikan brek tangan ditarik. Tempat duduk dilaraskan. Kedudukan tangan pada stereng iaitu tangan kiri pada pukul 9 dan tangan kanan pada pukul 3. Cermin pandang belakang dan sisi dilaraskan. Memastikan semua petunjuk pada panel instrumen berfungsi dengan baik seperti tolok bahan bakar, tolok suhu enjin, lampu amaran brek tangan, lampu amaran tekanan minyak enjin, lampu amaran bateri, dan lampu penunjuk kedudukan gear (motokar auto). Memastikan gear dalam keadaan bebas (P). Enjin dihidupkan dengan menekan brek atau cekam. Memastikan peralatan berfungsi dengan baik iaitu lampu isyarat, hon, pengelap cermin, lampu hadapan, lampu Hazard, dan takometer/rpm. Memastikan tali pinggang keledar dilaraskan. 3

C. PERGERAKAN DI SELEKOH S' HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus, pemandu mengawal stereng dengan baik di selekoh dengan perlahan dan berterusan. INFORMASI Memandu di selekoh dalam litar adalah bagi memastikan pemandu boleh membuat permerhatian dengan menjangka ketajaman selekoh dan kenderaan yang datang dari arah hadapan kemudian membuat kawalan stereng untuk memilih posisi selamat yang membolehkan pemandu dapat pandangan yang lebih luas untuk menjangka selekoh dan kenderaan dari hadapan kemudian mengawal pemecut bagi mendapatkan kelajuan stabil dengan pemilihan gear yang betul sebelum memasuki selekoh supaya kenderaan dapat melepasi selekoh dengan stabil, selesa dan selamat. Calon diterangkan tentang: Pemerhatian yang baik di selekoh. Posisi di selekoh yang baik. Kawalan stereng secara tarik dan tolak. Kawalan kelajuan yang stabil apabila memasuki selekoh. Kenderaan yang stabil, selesa dan selamat di selekoh. ARAHAN/TAKLIMAT Calon perlu melakukan rutin sebelum memandu sebelum mula perjalanan. Calon perlu melakukan rutin selamat memandu (CITO) sebelum bergerak iaitu: C - periksa cermin pandang belakang dan sisi untuk dapatkan maklumat di belakang dan sisi kenderaan. I - beri syarat untuk bergerak. T - periksa titik buta dengan menoleh kepala hingga ke paras bahu bagi memastikan hazard yang tidak dapat dilihat melalui cermin. O - bergerak pada olah gerak yang betul dari segi posisi dan kelajuan yang sesuai. Calon perlu gunakan gear yang sesuai bagi memulakan pergerakan supaya kelajuan kenderaan dapat dikawal. Pergerakan kenderaan mestilah lancar, tidak telalu laju, dan tidak tersekat-sekat. Calon perlu memandu dengan mengawal stereng mengikut kaedah pull and push supaya pergerakan kenderaan mudah dikawal. Calon akan digagalkan serta merta jika: Melanggar atau menyentuh benteng dan garisan semasa melakukan pergerakan. Melakukan pergerakan melalui selekoh S dalam masa yang ditetapkan (3 minit). Terlibat dalam kemalangan. 4

D. PERGERAKAN DI SELEKOH Z HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus, pemandu dapat mengawal serta mengendalikan kenderaan di laluan sempit secara berterusan. INFORMASI Memandu di selekoh dalam litar adalah bagi memastikan pemandu boleh membuat permerhatian dengan menjangka ketajaman selekoh dan kenderaan yang datang dari arah hadapan kemudian membuat kawalan stereng untuk memilih posisi selamat yang membolehkan pemandu dapat pandangan yang lebih luas untuk menjangka selekoh dan kenderaan dari hadapan kemudian mengawal pemecut bagi mendapatkan kelajuan stabil dengan pemilihan gear yang betul sebelum memasuki selekoh supaya kenderaan dapat melepasi selekoh dengan stabil, selesa dan selamat. Calon diterangkan tentang: Pemerhatian yang baik di selekoh. Posisi di selekoh yang baik. Kawalan stereng secara tarik dan tolak. Kawalan kelajuan yang stabil apabila memasuki selekoh. Kenderaan yang stabil, selesa dan selamat di selekoh. ARAHAN/TAKLIMAT Calon perlu melakukan rutin sebelum memandu sebelum mula perjalanan. Calon perlu melakukan rutin selamat memandu (CITO) sebelum bergerak iaitu: C - periksa cermin pandang belakang dan sisi untuk dapatkan maklumat di belakang dan sisi kenderaan. I - beri syarat untuk bergerak. T - periksa titik buta dengan menoleh kepala hingga ke paras bahu bagi memastikan hazard yang tidak dapat dilihat melalui cermin. O - bergerak pada olah gerak yang betul dari segi posisi dan kelajuan yang sesuai. Calon perlu gunakan gear yang sesuai bagi memulakan pergerakan supaya kelajuan kenderaan dapat dikawal. Pergerakan kenderaan mestilah lancar, tidak telalu laju, dan tidak tersekat-sekat. Calon perlu memandu dengan mengawal stereng mengikut kaedah pull and push supaya pergerakan kenderaan mudah dikawal. Calon akan digagalkan serta merta jika: Melanggar atau menyentuh benteng dan garisan semasa melakukan pergerakan. Melakukan pergerakan melalui selekoh Z dalam masa yang ditetapkan (3 minit). Terlibat dalam kemalangan. 5

E. UJIAN MENDAKI DAN MENURUNI BUKIT HASIL PEMBELAJARAN Pemandu dapat berhenti dengan selamat di kawasan tidak rata atau berbukit. i. Mengagak kecuraman bukit bagi memastikan penggunaan pilihan gear yang betul. ii. Kenderaan digerakkan ke hadapan dengan menggunakan gear. iii. Kawal kelajuan kenderaan supaya dapat memberhentikan kenderaan pada kecerunan bukit dalam masa 3 minit (dalam ujian sahaja). iv. Berhenti sepenuhnya dengan memastikan roda hadapan berada di atas garisan kuning melebihi 50% serta memastikan enjin kenderaan tidak mati. v. Menarik brek tangan dan mengangkat tangan setelah berpuas hati (dalam ujian sahaja), kaki masih di posisi brek dan cekam. vi. Bersedia untuk menerima arahan untuk bergerak ke hadapan. INFORMASI Amalan yang mesti diterapkan dalam diri pemandu. Ia bertujuan untuk: Mengelakkan sebarang kerosakan semasa perjalanan. Memastikan kenderaan dalam keadaan optimum sepanjang perjalanan. Mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada kerosakan atau masalah teknikal kenderaan. Menjamin keselamatan pemandu dan penumpang dalam perjalanan. ARAHAN/TAKLIMAT Calon perlu melakukan rutin sebelum memandu sebelum mula perjalanan. Calon perlu melakukan rutin selamat memandu (CITO) sebelum bergerak iaitu: Calon perlu gunakan gear yang sesuai bagi memulakan pergerakan mendaki supaya kelajuan kenderaan dapat dikawal. Calon perlu mahir mengawal pedal pemecut/cekam semasa mendaki dan menuruni bukit. Calon perlu mengangkat tangan atau bunyikan hona setelah berpuas hati meletakkan keduadua roda hadapan di atas garisan kuning. Calon akan digagalkan serta merta jika: Gagal berhenti dan meletakkan kedua-dua roda hadapan melebihi 50% di atas garisan kuning. Melanggar atau menyentuh garisan, benteng atau tiang penanda semasa mendaki dan menuruni bukit. Kedua-dua roda hadapan berundur melebihi 50% dari garisan kuning. Melakukan pergerakan mendaki melebihi 3 minit. Terlibat dalam kemalangan. 6

F. MEMAKIR SISI HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus, pemandu dapat: i. Memakir secara masuk belok di dalam petak pakir dengan betul. ii. Menjangka hazard supaya olah gerak kereta dapat dilakukan dengan selamat. iii. Mempamerkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. iv. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya. INFORMASI Ianya bertujuan untuk memastikan pemandu dapat meletak dan keluar dari tempat meletak kenderaan dengan selamat. Calon diterangkan: Penggunaan cermin sisi. Penggunaan stereng dan kenderaan. Mengimbangi brek dan pemecut. ARAHAN/TAKLIMAT Calon mestilah mengamalkan rutin sebelum memandu. Calon mestilah mengamalkan rutin selamat memandu (CITO) sebelum bergerak. Pergerakan mestilah lancar dan menggunakan gear yang betul. Calon hendaklah memastikan roda selari dengan badan motokar semasa dalam petak. Calon menggunakan teknik putar stereng pull and push semasa mengawal pergerakan kenderaan. Calon perlu mengangkat tangan atau bunyikan hon jika sudah berpuas hati dengan kedudukan kenderaan dalam petak. Calon akan digagalkan serta merta jika: Melanggar atau menyentuh benteng/garisan semasa melakukan pergerakan. Keseluruhan badan motokar tidak berada dalam petak. Badan motokar menjulur keluar semasa masuk atau keluar petak. Pergerakan masuk dan keluar petak melebihi 5 minit. Terlibat dalam kemalangan. 7

G. PERGERAKAN TIGA PENJURU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus, pemandu dapat: i. Memiliki keupayaan untuk meletakkan kenderaan di tempat meletak kenderaan berbentuk L sama ada di kawasan dalam bangunan atau di pusat membeli belah. ii. Menjangka hazard supaya olah gerak kereta dapat dilakukan dengan selamat. iii. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya. INFORMASI Memastikan pemandu mengamalkan CITO sepanjang proses pemanduan dengan mendapat maklumat dan mengenalpasti hazard di sekeliling sebelum melakukan sebarang olah gerak untuk meletak kenderaan berbentuk L sama ada di kawasan bangunan atau pusat membeli belah. ARAHAN/TAKLIMAT Calon mestilah mengamalkan RSM. Calon mengamalkan rutin selamat memandu (CITO). Calon boleh mengaplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng. Calon boleh menggunakan gear yang sesuai bagi memulakan pergerakan. Calon akan digagalkan serta merta jika: Gagal memasuki lorong yang betul. Calon melanggar atau menyentuh benteng atau garisan semasa melakukan pergerakan. Olah gerak melebihi 3 pergerakan. Badan menjulur keluar semasa masuk atau keluar petak. Calon melakukan pergerakan masuk dan keluar petak melebihi masa 3 minit. Calon terlibat dalam kemalangan. 8

H. TANJAKAN (RAMP) UNTUK MOTOKAR TRANSMISI AUTOMATIK HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus, pemandu dapat: i. Memiliki keupayaan untuk menggerakkan kenderaan ke hadapan, ke atas tanjakan (ramp) dan memberhentikan kenderaan atas tanjakan dan menggerakkan kenderaan ke belakang ii. melepasi tanjakan. Menggerakkan kenderaan ke hadapan di atas tanjakan memberhentikan kenderaan di atas tanjakan bergerak ke hadapan melepasi tanjakan. iii. Menggerakkan kenderaan ke belakang ke atas tanjakan, memberhentikan kenderaan di atas tanjakan dan bergerak ke hadapan melepasi tanjakan. INFORMASI Mendekati tanjakan dan mendaki tanjakan. ARAHAN/TAKLIMAT 1. Calon mestilah mendekati dan mendaki ke hadapan menaiki tanjakan. Calon mestilah melakukan RSM. Calon mestilah melakukan rutin selamat memandu CITO. Calon hendaklah berhenti di hujung tanjakan dengan kedua-dua roda hadapan menyentuh hujung tanjakan. Calon dikehendaki menarik brek tangan. Calon dikehendaki meletakkan gear pada kedudukan P. Calon dikehendaki mengangkat tangan atau bunyikan hon setelah kedua-dua roda hadapan di atas tanjakan. Calon akan digagalkan serta merta jika: Mendaki secara berterusan dengan kedua-dua roda hadapan berada di atas tanjakan. Badan kereta melebihi garisan atau melanggar tiang penanda. Calon mestilah tarik brek tangan. Calon mestilah letakkan gear pada kedudukan N. 2. Calon mestilah berhenti dengan keempat-empat roda di atas tanjakan. Calon mestilah angkat tangan atu bunyikan hon setelah keempat-empat roda di atas tanjakan. Calon akan digagalkan serta merta jika: Gagal meletakkan keempat-empat roda di atas tanjakan. 3. Semasa menuruni tanjakan, calon hendaklah bergerak ke hadapan dengan penggunaan gear dan brek yang sesuai untuk menuruni tanjakan. Calon mestilah tarik brek tangan. Calon perlu letakkan gear pada kedudukan P. 9

4. Semasa mendekati dan mendaki mengundur menaiki tanjakan, calon mestilah melakukan rutin selamat memandu CITO. Calon perlu berhenti di hujung tanjakan dengan kedua-dua roda belakang menyentuh hujung tanjakan. Calon perlu tarik brek tangan. Calon perlu letakkan gear pada kedudukan N. Calon perlu angkat tangan atau bunyikan hon setelah kedua-dua roda belakang di atas tanjakan. Calon perlu bergerak ke hadapan dengan penggunaan gear dan brek yang sesuai turun dari tanjakan. Calon akan digagalkan serta merta jika: Calon gagal melakukan pendakian tanjakan dengan kedua-dua roda belakang berada di atas tanjakan. Badan motokar melebihi garisan atau melanggar tiang penanda. Calon gagal melaksanakan kesemu pergerakan secara berterusan melebihi 5 minit. Calon terlibat dalam kemalangan. 10

UJIAN MEMANDU BAHAGIAN III (AMALI DI JALAN RAYA) A. RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM) HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus, pemandu dapat: i. Memeriksa keadaan kenderaan sebagai satu rutin sebelum memulakan perjalanan. ii. Menghargai keselamatan diri. INFORMASI Amalan yang mesti diterapkan dalam diri setiap pemandu yang bertujuan untuk: Mengelakkan sebarang kerosakan semasa perjalanan. Memastikan kenderaan dalam keadaan optimum sepanjang perjalanan. Mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada kerosakan atau masalah teknikal kenderaan. Menjamin keselamatan pemandu dan penumpang dalam perjalanan. ARAHAN/TAKLIMAT Calon diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu diperiksa sebelum memulakan perjalanan. Antaranya ialah: Calon masuk duduk dalam kenderaan dan memastikan brek tangan ditarik. Tempat duduk dilaraskan. Kedudukan tangan pada stereng iaitu tangan kiri pada pukul 9 dan tangan kanan pada pukul 3. Cermin pandang belakang dan sisi dilaraskan. Memastikan semua petunjuk pada panel instrumen berfungsi dengan baik seperti tolok bahan bakar, tolok suhu enjin, lampu amaran brek tangan, lampu amaran tekanan minyak enjin, lampu amaran bateri, dan lampu penunjuk kedudukan gear (motokar auto). Memastikan gear dalam keadaan bebas (P). Enjin dihidupkan dengan menekan brek atau cekam. Memastikan peralatan berfungsi dengan baik iaitu lampu isyarat, hon, pengelap cermin, lampu hadapan, lampu Hazard, dan takometer/rpm. Memastikan tali pinggang keledar dilaraskan. 11

B. MEMULAKAN PERJALANAN HASIL PEMBELAJARAN Pemandu boleh membiasakan diri untuk imbangan pemecut supaya kenderaan bergerak ke hadapan dengan lancar, selesa, dan selamat. INFORMASI Satu rutin yang perlu diamalkan sebelum mulakan perjalanan. Mengamalkan CITO. ARAHAN/TAKLIMAT Calon perlu kesan Hazard menggunakan cermin sisi dan pandang belakang dengan betul. Calon perlu beri isyarat dengan betul dalam tempoh yang mencukupi. Calon perlu gunakan gear yang betul bagi memulakan perjalanan. Calon perlu toleh ke kanan untuk memeriksa kawasan titik buta. Calon perlu lepaskan brek tangan sebelum bergerak. Calon perlu aplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng yang betul (pull and push). Calon akan digagalkan serta merta jika: Calon gagal kawal motokar dengan selamat semasa mulakan perjalanan. Calon gagal beri isyarat. Calon gagal beri keutamaan kepada kenderaan atau pengguna jalan raya yang lain. 12

C. MEMANDU DI JALAN LURUS HASIL PEMBELAJARAN Pemandu boleh memandu dengan kelajuan yang sesuai mengikut had laju yang ditetapkan. Pemandu mengamalkan jarak mengekor dengan selamat. Pemandu memandu di lorong yang betul dengan selamat. Pemandu boleh menukar lorong dengan selamat. Mempamirkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain. INFORMASI Satu rutin yang perlu diamalkan sebelum mulakan perjalanan. Mengamalkan CITO. ARAHAN/TAKLIMAT Calon perlu aplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng yang betul (pull & push). Penggunaan gear yang sesuai mengikut kelajuan kenderaan. Memandu pada kelajuan yang sesuai. Memandu di posisi yang betul. Mengamalkan peraturan jarak mengekori yang selamat. Mematuhi peraturan memotong dan dipotong. Mengesan hazard menggunakan cermin yang betul. Memberi isyarat yang secukupnya sebelum melakukan olah gerak. Memastikan lampu isyarat dimatikan selepas digunakan. Menoleh untuk memeriksa titik buta. Melepaskan kaki dari cekam atau brek semasa memandu. Menggunakan brek dengan baik dan lancar. Calon akan digagalkan serta merta jika: Calon tidak mematuhi had laju yang ditetapkan. Calon tidak beri isyarat sebelum melakukan olah gerak. Calon gagal kawal stereng dengan baik. Calon memasuki lorong pemandu lain kecuali memotong. Tidak mengamalkan peraturan memotong. Tidak mematuhi garis terus, garisan berkembar, atau garisan chevron. 13

D. MEMANDU DI PERSIMPANGAN HASIL PEMBELAJARAN Pemandu boleh memandu di persimpangan dengan selamat. Pemandu mengurangkan kelajuan dan tahu arah. Pemandu memandu di lorong yang betul dengan selamat. Mempamirkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain. INFORMASI Memberi perhatian yang lebih apabila menghampiri persimpangan. Pemandu mengamalkan CITO. ARAHAN/TAKLIMAT Calon perlu kesan hazard menggunakan cermin dengan betul. Calon perlu beri isyarat secukupnya sebelum melakukan olah gerak. Calon perlu kurangkan kelajuan secara efektif. Calon perlu gunakan gear yang sesuai. Calon perlu berhentikan motokar pada jarak yang selamat iaitu 2 meter dengan cara efektif. Calon perlu gunakan brek tangan dengan betul. Calon perlu pastikan gear dalam keadaan bebas. Calon perlu pijak pedak brek semasa berhenti. Calon perlu pilih gear yang sesuai bagi meneruskan perjalanan. Calon perlu gunakan pemecut dengan efektif bagi menjauhi hazard. Calon perlu toleh ke kanan untuk perksa titik buta. Calon perlu mematikan isyarat selepas digunakan. Calon perlu aplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng dengan betul (pull & push). Calon akan digagalkan serta merta jika: Calon tidak berhenti di persimpangan. Calon tidak berhenti di garisan berhenti. Calon tidak memberi isyarat sebelum melakukan olah gerak. Calon tidak mengambil lorong yang betul semasa membelok. Calon tidak mematuhi isyarat. Calon tidak berhenti di posisi atau lorong yang betul dan selamat. Calon tidak melakukan olah gerak dengan betul dan selamat. 14

E. MEMBELOK KE KIRI DAN KE KANAN HASIL PEMBELAJARAN Pemandu boleh memandu di persimpangan dengan selamat. Pemandu mengurangkan kelajuan dan tahu arah. Pemandu memandu di lorong yang betul dengan selamat. Mempamirkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain. INFORMASI Memberi perhatian yang lebih apabila menghampiri persimpangan kerana terdapat banyak hazard yang tidak dijangka. Pemandu mengamalkan CITO. ARAHAN/TAKLIMAT Calon perlu kesan hazard menggunakan cermin dengan betul. Calon perlu memberi isyarat yang secukupnya sebelum melakukan olah gerak. Calon perlu kurangkan kelajuan secara efektif. Calon perlu gunakan gear yang sesuai mengikut kelajuan. Calon perlu aplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng dengan betul (pull & push). Calon perlu mahir menukar lorong dengan lancar. Calon akan digagalkan serta merta jika: Calon tidak beri isyarat sebelum melakukan olahgerak. Calon tidak melakukan olahgerak dengan betul dan selamat. Calon tidak berhenti di belakang/sebelum garisan berhenti. Calon tidak mematuhi arahan lampu isyarat. Calon tidak memandu di posisi atau lorong yang betul dan selamat. Calon tidak memandu atau membelok ke kiri atau ke kanan dengan berwaspada. 15

F. MEMANDU DI SELEKOH HASIL PEMBELAJARAN Pemandu boleh memandu di selekoh dengan selamat. Pemandu mengurangkan kelajuan dan menggunakan gear yang sesuai. Pemandu memandu di lorong yang dipilih dengan betul dan selamat. Pemandu mengamalkan rutin pemanduan yang berhemah yang selamat apabila berada di jalan raya. Mempamirkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain. INFORMASI Memandu di selekoh memerlukan pemandu yang dapat mengendalikan kenderaan dengan baik dari segi kawalan setereng, di posisi yang betul dengan kelajuan dan kawalan gear yang betul untuk melepasi selekoh tersebut dengan lancar dan selamat. Pemandu mengamalkan CITO. ARAHAN/TAKLIMAT Calon perlu kesan hazard menggunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang dengan betul. Calon perlu kurangkan kelajuan secara efektif apabila memasuki selekoh. Calon perlu gunakan gear yang sesuai mengikut kelajuan. Calon perlu aplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng dengan betul (pull & push). Calon perlu mahir mengawal brek dan menukar gear di selekoh. Calon perlu gunakan pemecut dengan efektif bagi melepasi dan menjauhi selekoh. Calon perlu amalkan peraturan jarak mengekori dengan selamat. Calon akan digagalkan serta merta jika: Calon tidak mengawal setereng dengan baik di selekoh. Calon memasuki lorong pemandu lain semasa di dalam selekoh. Calon memotong semasa di kawasan selekoh. 16

G. MEMANDU DI BULATAN/LALUAN SUSUR HASIL PEMBELAJARAN Pemandu boleh memandu di bulatan/laluan susur dengan selamat. Pemandu mengurangkan kelajuan dan menggunakan gear yang sesuai. Pemandu memandu di lorong yang dipilih dengan betul dan selamat. Pemandu mengamalkan rutin pemanduan yang berhemah yang selamat apabila berada di jalan raya. Mempamirkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain. INFORMASI Memandu di bulatan memerlukan pemandu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas memandu dan membelok di persimpangan kerana di kawasan bulatan hazard akan bertambah seperti: Fizikal: Jalan mempunyai banyak cabang keluar dan masuk, dan semua lorong bertemu di bahagian bulatan. Pengguna jalan raya: Bulatan akan menjadi tumpuan pengguna lain yang akan bergerak dengan pilihan untuk mengubah arah pemanduan. Permukaan jalan: Bulatan sebagai tumpuan kenderaan. Ini menyebabkan permukaan jalan terhakis berpunca daripada geseran tayar. Selalunya akan terdapat banyak pasir dan jalan akan berlopak atau bekas lopak yang diturap semula. Oleh itu, bulatan selalunya tidak dapat memberikan satu cengkaman yang baik kepada tayar kenderaan. Pemandu mengamalkan CITO. ARAHAN/TAKLIMAT Calon perlu kesan hazard menggunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang dengan betul. Calon memberi isyarat yang secukupnya sebelum melakukan olahgerak. Calon perlu menoleh untuk periksa kawasan titik buta. Calon perlu kurangkan kelajuan secara efektif. Calon perlu gunakan gear yang sesuai mengikut kelajuan. Calon perlu mengamalkan peraturan jarak mengekori yang betul dengan selamat. Calon perlu kawal stereng dengan betul sewaktu membelok. Calon perlu tahu mengaplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng iaitu tarik dan tolak (pull & push). Calon perlu tahu kawal pemecut dan cekam dengan efektif. Calon akan digagalkan serta merta jika: Calon tidak melakukan olahgerak yang betul dan selamat. Calon tidak memandu di posisi atau lorong yang betul dan selamat. Calon tidak memberi isyarat sebelum melakukan olahgerak Calon tidak memberi laluan kepada kenderaan dari arah kanan sebelum mamsuki bulatan. 17

H. MEMANDU DI KAWASAN SELEKOH/PERUMAHAN DAN LAIN- LAIN HASIL PEMBELAJARAN Pemandu boleh memandu di kawasan sekolah dengan selamat. Pemandu mengurangkan kelajuan dan mematuhi had laju. Pemandu mengamalkan jarak yang selamat. Pemandu mengamalkan rutin pemanduan yang berhemah yang selamat apabila berada di jalan raya. Mempamirkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain. INFORMASI Pemandu perlu memahami hazard yang terdapat di kawasan sekolah dan kawasan perumahan serta tanda-tanda yang berkaitan agar dapat bergerak dengan selamat dan lancar. Pemandu memandu dengan berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan persekitaran dan aktiviti-aktiviti harian untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diduga. Pemandu mengamalkan CITO. ARAHAN/TAKLIMAT Calon perlu kesan hazard menggunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang dengan betul. Calon memberi isyarat yang secukupnya sebelum melakukan olahgerak. Calon perlu beri reaksi yang sesuai kepada hazard sama ada isyarat lampu atau bunyikan hon. Calon perlu kurangkan kelajuan berdasarkan had laju yang sesuai. Calon perlu gunakan gear yang sesuai mengikut kelajuan. Calon perlu mengamalkan peraturan jarak mengekori yang betul dengan selamat. Calon akan digagalkan serta merta jika: Calon tidak melakukan olahgerak yang betul dan selamat. Calon memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Calon tidak memberi keutamaan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain. Calon tidak memandu di posisi atau lorong yang betul. 18