Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

dokumen-dokumen yang mirip
Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

KERTAS SOALAN CONTOH 931/1 STPM USULUDDIN KERTAS 1 (ILMU TAUHID) (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAHAGIAN A (20 markah)

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Manhaj Ahl al-hadith: Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Nota Sains Islam. Hasanul Arifin

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Bahasa Malaysia (910)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

Seni Visual (970) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SEJARAH SPM 1249/2 (Set B)

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

Kesusasteraan Melayu (922)

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

HALAL, HARAM & SYUBHAT

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

Akidah dalam kehidupan Muslim: analisis aspek aspek penyelewengan. Sinopsis:

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

Ekonomi (944) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN. Satu jam lima belas minit

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Bahasa Malaysia (910)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. sebagai upaya untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat. 1

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 AQIDAH ISLAMIAH. Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013

Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia?

Disediakan Oleh : Safaee b. Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat, Bachok, Kelantan


CONTOH KERTAS ARAHAN KEMAHIRAN SOSIAL (KENDIRI) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, PARCEL D PUTRAJAYA

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 Kertas 2 2 ½ Jam. Dua jam tiga puluh minit. Disediakan oleh; Tasawwur Islam Sesi 2015

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

3756/1 PRINSIP AKAUN

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Satu jam lima belas minit 5226/1 PANITIA TASAWWUR ISLAM SMK JELAWAT BACHOK, KELANTAN

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

BAB V PENUTUP. A. Kesimpulan

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

Transkripsi:

Usuluddin (931) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 908 orang. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 72.58% meningkat sebanyak 5.51% berbanding dengan tahun 2009. Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Gred A A B+ B B C+ C C D+ D F Peratusan 7.71 6.28 8.7 13.1 12.45 13.1 11.24 7.49 6.82 4.19 8.92 RESPONS CALON KERTAS 931/1 (TAUHID DAN MANTIK) Komen am Secara keseluruhannya, prestasi calon pada tahun ini adalah lebih baik berbanding dengan tahun sebelumnya. Calon mampu merancang dan mengemukakan jawapan dengan lebih baik. Namun begitu, terdapat segelintir calon yang tidak berupaya memberikan dalil al-quran sewaktu menghuraikan hujah-hujah mereka. Majoriti calon mampu memahami kehendak soalan dengan baik. Komen soalan demi soalan Bahagian A: Tauhid Soalan 1 Soalan (a) menghendaki calon menghuraikan empat ciri al-din yang benar menurut al-quran. Hampir keseluruhan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Soalan (b) menghendaki calon membincangkan Islam sebagai agama para nabi dan rasul dengan berpandukan al-quran. Kebanyakan calon tidak memberikan jawapan yang lengkap. Calon hanya memberikan dua fakta sahaja, iaitu kesatuan tugas dan kesatuan akidah. Jawapan yang sepatutnya ialah kesatuan akidah, kesatuan tugas, Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir, dan hidayah kepada semua manusia. Calon juga gagal memberikan dalil yang sesuai untuk menyokong fakta yang diberikan. Soalan 2 Soalan (a) menghendaki calon menerangkan konsep Islam, Iman, dan Ihsan berdasarkan al-quran atau al-sunnah. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Soalan (b) pula menghendaki calon menghuraikan akibat yang akan menimpa seseorang jika tidak meyakini konsep Islam, Iman, dan Ihsan. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara jawapan yang diberikan oleh calon ialah golongan tersebut akan dihumban ke dalam api neraka, amalan kebaikan tidak akan dikira oleh Allah, dan sebagainya. 45 931[STPM Lapo 2010].indd 45 5/13/11 10:56:54 AM

Soalan 3 Soalan (a) menghendaki calon memerihalkan kedudukan akidah pada zaman Nabi Muhammad SAW. Terdapat segelintir calon yang tidak memberikan jawapan yang memuaskan. Jawapan yang tepat ialah memberikan gambaran kekuatan dan keteguhan akidah pada zaman Rasulullah SAW, seperti tidak mengamalkan takwil dan sentiasa merujuk kepada Rasulullah SAW. Soalan (b) pula meminta calon menjelaskan perbezaan kedudukan akidah pada zaman Khulafa al-rashidin dengan kedudukan akidah pada zaman ini. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Soalan 4 Soalan (a) menghendaki calon menghuraikan pandangan al-asya irah dan Muktazilah tentang hukum pengutusan para nabi dan rasul. Kebanyakan calon hanya mampu memberikan hukum pengutusan para nabi dan rasul, iaitu harus menurut pandangan al-asya irah dan wajib menurut pandangan Muktazilah. Namun begitu, mereka tidak mampu menghuraikan alasan hukum tersebut dengan lebih jelas. Soalan (b) menghendaki calon menghuraikan perbezaan pandangan antara golongan al-asha irah dan Muktazilah mengenai hikmat pengutusan para nabi dan rasul. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Jawapan yang tepat ialah menurut al-asha irah, pengutusan nabi dan rasul bertujuan memberikan panduan kepada umat manusia, manakala menurut Muktazilah pengutusan nabi dan rasul berkaitan dengan sifat keadilan Allah. Soalan 5 Soalan (a) menghendaki calon menjelaskan pengertian batiniah dan menghuraikan tiga ciri golongan ini. Kebanyakan calon tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Jawapan yang tepat bagi makna batiniah ialah setiap yang zahir mempunyai makna batin. Ciri golongan batiniah ialah mereka mempertikaikan ulama kulit atau zahir, kumpulan batiniah bergerak secara rahsia, dan juga bersifat talam dua muka (munafik). Soalan bahagian (b) meminta calon menghuraikan alasan ulama Islam menolak tafsiran secara batiniah. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Jawapan yang sepatutnya adalah untuk mengelakkan ajaran Islam daripada dijadikan bahan senda gurau, dan tafsiran batiniah juga bertujuan menipu dan menyesatkan akidah umat Islam. Soalan 6 Soalan (a) meminta calon menjelaskan proses perkembangan tasawuf falsafi dalam Islam. Kebanyakan calon tidak memberikan jawapan yang lengkap kerana mereka hanya memberi fokus kepada zaman Rasulullah SAW dan sahabat yang cuba hidup secara zuhud sahaja sedangkan perkembangan seterusnya, iaitu pada abad ketiga, keempat, kelima, dan keenam hijrah, tidak dinyatakan. Soalan (b) pula meminta calon menghuraikan empat aspek penyelewengan akidah yang dibawa oleh aliran tasawuf falsafi. Tidak banyak calon yang dapat menjawab soalan ini dengan baik. Jawapan yang tepat menyentuh konsep kemerdekaan dan kehambaan, hulul bersama Allah, menyentuh fana, dan baqa fillah. Bahagian B: Mantik Kumpulan 1: Mantik Klasik Soalan 7 Soalan (a) meminta calon menjelaskan takrif wahyu dan jenis-jenisnya. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara jawapan yang diberikan oleh calon ialah wahyu sebagai kalam Allah yang diturunkan kepada nabi dan rasul secara rahsia dan tersembunyi. Soalan (b) 46 931[STPM Lapo 2010].indd 46

menghendaki calon menghuraikan fungsi wahyu menurut Ibn Hajar al-asqalani. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara jawapan yang diberikan ialah wahyu sebagai pengajaran daripada Allah, penyembuh, petunjuk, dan lain-lain lagi. Soalan 8 Soalan (a) menghendaki calon menjelaskan konsep al-takrif dan syarat-syaratnya. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara jawapannya ialah al-takrif merupakan satu cara untuk memahami pengertian afrad dan mendapat gambaran yang jelas tentangnya, manakala syaratsyaratnya pula mestilah bersifat jami wa mani, tidak mengandungi lafaz-lafaz simbolik dan negatif, serta tidak menggunakan lafaz yang mengandungi makna yang banyak. Soalan (b) pula menghendaki calon menghuraikan empat faktor yang menyebabkan berlakunya kesilapan dalam mentakrifkan sesuatu. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Soalan 9 Soalan ini menghendaki calon memerihalkan biografi Socrates dan sumbangan utama beliau dalam ilmu mantik. Kebanyakan calon hanya menceritakan biodata Socrates sahaja, manakala sumbangannya tidak dijelaskan dengan tepat. Antara sumbangan beliau termasuklah menyentuh asas pemikiran logik, kaedah analisis logik berdasarkan soal jawab, dan lain-lain. Kumpulan 2: Mantik Moden Soalan 10 Soalan (a) meminta calon menjelaskan takrif tahqiq al-furud dan kepentingannya dalam metode kajian ilmiah. Sebilangan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Tahqiq al-furud ialah proses menentukan (tajribah) kesahihan sesuatu hipotesis atau fard al-furud yang dibuat selepas melakukan sesuatu kajian. Antara kepentingannya pula ialah suatu hipotesis untuk menentukan sama ada layak dijadikan teori ilmiah yang umum dan lain-lain lagi. Soalan (b) meminta calon menghuraikan empat kaedah tahqiq al-furud. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara jawapan yang diberikan ialah tariq al-ittifaq, tariq al-ikhtilaf, tariq al-ittifaq dan alikhtilaf, dan tariq al-bawaqi. Soalan 11 Soalan (a) menghendaki calon menjelaskan kepentingan takmim al-hukm dalam metode kajian ilmiah. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara jawapan calon ialah takmim al-hukm merupakan proses yang menyebabkan seseorang pengkaji boleh mengeluarkan satu hukum umum walaupun hanya mengkaji sebahagian contoh sahaja. Soalan (b) menghendaki calon menghuraikan empat ciri takmim al-hukm. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Jawapan yang sepatutnya ialah hukum atau teori itu hendaklah terkandung dalam ungkapan atau sighah, meliputi semua fenomena, dan lain-lain. Soalan 12 Soalan (a) meminta calon memerihalkan latar diri Francis Bacon. Kebanyakan calon dapat memberikan penjelasan tentang latar diri Francis Bacon seperti tarikh lahir, tempat lahir, tarikh meninggal dunia, bidang kepakaran, dan lain-lain lagi. Soalan (b) meminta calon memberikan penjelasan tentang sumbangan Francis Bacon. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Jawapan yang sepatutnya ialah mengemukakan teori tajribi yang mencadangkan beberapa aspek positif dan negatif seperti manhaj jami al-haqaiq dan marhalah tabwib al-haqaiq yang memerlukan senarai kehadiran, ketiadaan, dan sebagainya. 47 931[STPM Lapo 2010].indd 47

KERTAS 931/2 (ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADIS) Komen am Secara keseluruhannya, mutu jawapan calon pada tahun ini adalah baik dan memuaskan. Namun begitu, masih terdapat kelemahan dalam jawapan calon, iaitu calon sukar memberikan dalil al-quran atau hadis. Calon juga didapati lemah dalam menjawab soalan yang berbentuk perbandingan, perbincangan, penghujahan, dan pemahaman maksud istilah. Calon juga didapati kurang memahami kehendak soalan. Komen soalan demi soalan BAHAGIAN A: Ulum Al-Quran Soalan 1 Soalan (a) menghendaki calon menghuraikan takrif Ulum al-quran secara keseluruhan. Segelintir calon tidak mentakrifkan pengertian Ulum dan al-quran secara berasingan. Jawapan yang sepatutnya ialah calon perlu menjelaskan takrif Ulum dan al-quran dari segi bahasa dan istilah, seterusnya mentakrifkan Ulum al-quran. Soalan (b) pula menghendaki calon menjelaskan lima bidang kajian yang terdapat dalam Ulum al-quran. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan 2 Soalan (a) menghendaki calon menerangkan pengertian al-quran dan menjelaskan tiga nama lain bagi al-quran. Kebanyakan calon dapat mengemukakan jawapan dengan betul. Soalan (b) menghendaki calon membandingkan al-quran dengan kitab samawi yang lain dan menjelaskan lima keistimewaan al-quran. Sebahagian calon tidak mengemukakan perbandingan tetapi hanya menjelaskan keistimewaan al-quran. Jawapan yang sepatutnya ialah al-quran diturunkan secara beransur-ansur manakala kitab-kitab samawi yang lain diturunkan secara sekali gus, syariat al-quran adalah umum dan meliputi semua umat hingga hari kiamat, manakala syariat yang terkandung dalam kitab-kitab samawi yang lain hanya terbatas untuk umat tertentu sahaja, dan lain-lain. Soalan 3 Soalan (a)(i) menghendaki calon menyatakan dua dalil al-quran yang menunjukkan penurunan al-quran ke Langit Dunia secara sekali gus. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Soalan (a)(ii) menghendaki calon menerangkan hikmat penurunan al-quran secara sekali gus ke Langit Dunia. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara jawapannya termasuklah memberikan kemuliaan kepada al-quran, menguatkan keyakinan, dan menambah keimanan manusia terhadap al-quran. Soalan (b) menghendaki calon menghuraikan cara penurunan al-quran secara sekali gus. Kebanyakan calon mengemukakan jawapan yang baik kepada soalan ini. Soalan 4 Soalan (a) menghendaki calon memberikan contoh dan menerangkan cara berlakunya asbab al-nuzul. Sebahagian calon tidak dapat memberikan jawapan yang baik bagi soalan ini. Calon perlu menjelaskan cara berlakunya asbab al-nuzul, iaitu apabila berlaku sesuatu peristiwa, terdapat persoalan yang dikemukakan kepada Rasulullah SAW, tujuan penerangan hukum, dan lain-lain lagi. Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan lima faedah mengetahui asbab al-nuzul. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara jawapan yang diberikan termasuklah memudahkan sesuatu ayat itu dihafaz, dapat memelihara sesuatu ayat, dan lain-lain. 48 931[STPM Lapo 2010].indd 48

Soalan 5 Soalan (a) menghendaki calon menjelaskan perbezaan antara tafsir dengan takwil. Kebanyakan calon dapat mengemukakan jawapan dengan baik. Soalan (b)(i) menghendaki calon menjelaskan maksud tafsir bil ma thur dan hukumnya. Kebanyakan calon dapat menjawabnya dengan baik. Soalan (b)(ii) menghendaki calon menjelaskan maksud tafsir bil ra yi dan memberikan hukumnya. Kebanyakan calon tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Tafsir bil ra yi ialah tafsir yang menggunakan akal fikiran. Ulama berselisih pendapat dalam menentukan hukum beramal dengan tafsir bentuk ini, iaitu terdapat ulama yang menolak dan terdapat ulama yang mengharuskannya. Bahagian B: Ulum Al-Hadis Soalan 6 Soalan (a) menghendaki calon menerangkan Sunnah sebagai wahyu Allah dengan memberikan dua dalil daripada al-quran. Sebahagian calon tidak mengemukakan dalil al-quran. Jawapan yang sepatutnya ialah kita wajib berpegang pada Sunnah, Sunnah mengajar manusia perkara yang tidak diketahui, dan manusia yang tidak mengikut Sunnah akan sesat. Soalan (b) menghendaki calon menghuraikan kewajipan berpegang pada Sunnah berdasarkan dalil hadis. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Soalan 7 Soalan (a) menghendaki calon menjelaskan lima langkah yang diambil oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz dalam usaha memelihara hadis. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan tujuan kegiatan rihlah ahli hadis pada zaman tabiin. Segelintir calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan memuaskan kerana tidak memahami istilah rihlah. Jawapan yang sepatutnya adalah untuk menuntut ilmu, untuk memantapkan hafalan hadis, untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, untuk melanjutkan pengajian, untuk mengumpulkan hadis dalam satu kitab, dan lain-lain. Soalan 8 Soalan (a) menghendaki calon menerangkan empat cara para sahabat mempelajari hadis daripada Rasulullah SAW. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara jawapan yang diberikan oleh calon adalah melalui majlis ilmu, kejadian yang berlaku kepada Rasulullah, kejadian yang berlaku kepada umat Islam, dan lain-lain. Soalan (b) menghendaki calon mengemukakan dalil al-quran dan mengemukakan hujah untuk menolak pendapat golongan orientalis. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana tidak mengemukakan dalil daripada al-quran dan memberikan hujah yang kurang tepat. Jawapan yang tepat ialah hadis sebagai takhsis kepada ayat al-quran yang am, hadis sebagai penguat kepada ayat-ayat al-quran, dan sebagainya. Soalan 9 Soalan (a) menghendaki calon menerangkan pengertian al-jarah wa al-ta dil. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Soalan (b) menghendaki calon menghuraikan enam syarat yang perlu ada pada ahli al-jarh wa al-ta dil. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara jawapannya ialah berilmu, bertaqwa, warak, tidak dikritik (majruh), sentiasa menjaga agamanya, dan lain-lain. 49 931[STPM Lapo 2010].indd 49

Soalan 10 Soalan (a) menghendaki calon memerihalkan biodata penulis kitab Sunan al-nasa i. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Calon dapat memberikan nama penuh, tarikh lahir, dan tempat lahir penulis dengan tepat. Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan metodologi penulisan kitab Sunan al-nasa i dan menghuraikan keistimewaan kitab tersebut. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. 50 931[STPM Lapo 2010].indd 50