PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

dokumen-dokumen yang mirip
FEDERALISME FISKAL. Perlunya Federalisme Fiskal

PILIHAN AWAM DAN POLITIK FISKAL

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Tingkatan 4 Bab 4: Firma Sebagai Pengeluar

Kriteria Belanjawan Modal

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan.

Ekonomi (944) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

944/2 PERCUBAAN STPM 2012

TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

KULIAH 3: TEORI BARANG AWAM

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Masalah Menggunakan Data Pendapatan Negara Perkapita Sebagai Ukuran Taraf Hidup Antara Masa Dan Antara Negara

Pengenalan Makroekonomi

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

Pengenalan kepada Kewangan

Aliran Fizikal Aliran dalam bentuk wang tunai seperti pendapatan faktor pengeluaran (SUFK) perbelanjaan penggunaan(c), tabungan (S)

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

Pelaburan Sekuriti clan Pengurusan Portfolio

Penilaian Sekuriti PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

RANCANGAN KEWANGAN BERKOMPUTER

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. JTW Makroekonomi

Soalan Huraian Markah 1(a) Enci Majid menghadapi masalah kekurangan. 1m - kekurangan wang/pendapatan

PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM /1 PERCUBAAN EKONOMI KERTAS 1 MIKROEKONOMI ANEKA PILIHAN DAN ESEI

A B C D A B C D A B C D. 3757/ Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu SULIT

ATW Prinsip Kewangan

Analisis Risiko PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

SKIMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)

Topik: Belanjawan Modal

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

SAMPEL SOALAN PEPERIKSAAN (Sukatan lama dan baru)

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Encik Din sentiasa mengubah amalan perakaunan perniagaannya mengikut citarasanya sendiri dari tahun ke setahun.

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Pilih satu jawapan terbaik.

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengenalan kepada Ekonomi

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara

[3756/1] Prinsip Akaun Kertas 1. Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

EKSTERNALITI. Hyman(2002) mendifinisikan eksternaliti sebagai kos atau faedah daripada suatu transaksi pasaran yang tidak dikenakan sebarang harga.

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

STPM KERTAS 2 (PERAKAUNAN PENGURUSAN)

Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK Kertas 3 Mac Mei 2018


SOALAN LATIH TUBI BERFOKUS (SOLAF 2) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /1

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 2000/2001. April 2001

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2013

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 1: EKONOMI DAN KERAJAAN


BAB 15 PENYATA KEWANGAN

Urusniaga belian aset direkodkan berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut dilakukan.

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI SPM2004/A/S1

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

Bangunan yang dibeli pada 1 Januari 1997 pada harga RM masih direkod dengan nilai yang sama pada tahun kewangan 2007

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2016

SOALAN LATIH TUBI BERFOKUS (SOLAF 2) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN Masa : 1 jam 15 minit 3756/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Akaun Semasa Mudarabah

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

HASIL BELANJA HASIL BELANJA. 1.0 Memahami Penyata Pendapatan

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2015

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

3756/1 PRINSIP AKAUN

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

ACW Perakaunan Korporat II

JTW 111- Prinsip Perakaunan Kewangan


Akaun Pelaburan Wafiyah

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

SULIT 3757/2 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Sept jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM EKONOMI ASAS. Kertas 2. Dua Jam

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

AAW Perakaunan Kewangan Lanjutan I

2003 Kertas 1 Soalan 1 (a) Yang berikut ialah maklumat kewangan bagi Syarikat Mercu Tanda Berhad.

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

Transkripsi:

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM perbincangan aspek jumlah perbelanjaan harus ditentukan oleh pihak kerajaan terhadap penyediaan barang dan perkhidmatan awam serta aspek agihan peruntukan perbelanjaan antara berbagai-bagai projek awam. Peraturan Membuat Keputusan Perbelanjaan Awam Secara umum, prinsip membuat keputusan perbelanjaan awam ialah belanjawan yang ada hendaklah diperuntukkan antara berbagai-bagai projek awam sehingga faedah bersih (jumlah faedah tolak jumlah kos) mencapai tingkat maksimum. Kerajaan hendaklah memilih pelbagai projek awam yang dapat menghasilkan jumlah faedah yang terbesar. 1. Projek Boleh Bahagi dan Saiz Belanjawan Tetap Andaikan terdapat dua projek awam sahaja iaitu projek T (taman teknologi) dan projek J (jalan raya), dan jumlah belanjawan ialah RMK. peraturan keputusan, kerajaan hendaklah terus memperuntukkan RMK antara projek T dengan projek J sehingga jumlah faedah daripada kedua-dua projek tersebut dapat dimaksimumkan. dicapai apabila faedah sut daripada ringgit terakhir perbelanjaan terhadap projek T sama dengan faedah sut daripada ringgit terakhir perbelanjaan terhadap projek J, Pada keadaan optimum ini, 0F 1 = 0F 2 dan RMK 1 RMK j = RMK, jumlah faedah maksimum ialah 0F t E t K t bagi projek T dan 0F j E j K j bagi projek J. Feadah Sut T Feadah Sut J F 1 F 1 E 1 E j F 2 F 2 K 1 Perbelanjaan terhadap T Projek T E j Perbelanjaan terhadap J Projek J Rajah 8.1 Peruntukan Perbelanjaan Apabila Belanjawan Tetap 1

2. Projek Boleh Bahagi dan Saiz Belanjawan Berubah Andaikan projek T dinamakan sebagai projek awam, dan projek J sebagai projek swasta faedah bersih yang maksimun apabila faedah sut daripada perbelanjaan seringgit terakhir projek awam, dan projek swasta, adalah sama. pengembangan projek awam, T dan penguncupan projek swasta J akan terus berlaku sehingga faedah daripada perbelanjaan seringgit terakhir dalam projek awam dan projek swasta adalah sama. perbelanjaan kedua-dua projek tersebut hendaklah diteruskan sehingga perbelanjaan seringgit terakhir juga menghasilkan faedah bernilai seringgit. pada keadaan kecekapan peruntukan, faedah sut projek awam 0F 1 dan faedah projek swasta 0F 2 bernilai RM1, iaitu 0F 1 = 0F 2 = RM1, dan saiz belanjawan negara ialah RMK t untuk projek awam dan RMK j untuk projek swasta. 3. Projek Tak Boleh Bahagi dan Saiz Belanjawan Tetap peruntukan belanjawan yang tetap antara projek-projek yang besar, yang tidak boleh dibahagikan kepada saiz yang kecil, yang memerlukan belanjawan sekali gus yang besar, dan tidak boleh ditambah secara sedikit-sedikit. andaikan kerajaan mempunyai kekangan belanjawan sebanyak RM1.4 juta untuk membiayai tujuh projek landasan kereta api. Nilai faedah projek merupakan semua faedah yang diperoleh daripada peruntukan kos projek tersebut. Misalnya, nilai faedah projek T bagi peruntukan kos K t ialah semua kawasan 0K t E t F t.. Nilai kos merupakan jumlah belanjawan yang diperlukan untuk melaksanakan suatu projek. Jenis Projek Jadual 8.1 Kos (K) Faedah (F) Pilihan Projek Tak Boleh Bahagi Dengan Saiz Belanjawan Tetap Faedah Bersih (F-K) Nisbah Faedah Kos (F/K) Pemeringkatan F/K A 400 800 400 2.0 2 B 290 350 60 1.2 5 C 160 208 48 1.3 4 D 100 250 150 2.5 1 E 600 840 240 1.4 3 F 610 660 50 1.1 6 G 250 200-50 0.8 7 Nota: Nilai kos dan faedah dalam ribu RM Terdapat berbagai-bagai peraturan keputusan untuk memilih projek jenis ini supaya memenuhi jumlah belanjawan yang ditetapkan. o peraturan memaksimumkan faedah bersih, projek yang dapat dipilih ialah projek A, E, D, dan B. Jumlah perbelanjaan semua projek ini ialah RM1.39 juta, jumlah faedah ialah RM2.24 juta. faedah bersih yang dapat dimaksimumkan ialah RM850,000. 2

Jumlah dana yang tidak dibelanjakan ialah RM10,000. o peraturan nisbah faedah-kos yang tertinggi, projek yang patut dipilih ialah projek D, A, E, dan C kerana projek ini menghasilkan nisbah faedah-kos yang terbaik dan dapat memenuhi kekangan belanjawan yang ditetapkan. jumlah faedah daripada semua projek ini ialah RM2.098 juta jumlah kos RM 1.26 juta. faedah bersih RM838 000, baki dana tidak dibelanjakan ialah RM140 000 o peraturan meminimumkan baki belanjawan. tertakluk kepada nisbah faedah-kos melebihi satu, projek yang patut dipilih ialah projek A, B, D, dan F. Jumlah faedah yang diperolehi ialah RM2.060 juta, jumlah kos ialah RM1.4 juta. faedah bersih RM660 000, baki wang yang tidak dibelanjakan ialah sifar. Berdasarkan keputusan di atas, peraturan pertama dan kedua lebih baik daripada peraturan ketiga, o kerana faedah bersih yang diperoleh lebih besar dan kos yang ditanggung lebih kecil. o Namun begitu, pilihan antara peraturan pertama dengan peraturan kedua menimbulkan sedikit kesukaran. kekurangan faedah bersih sebanyak RM12 000 dalam peraturan kedua berbanding dengan peraturan pertama disebabkan oleh peraturan kedua memilih projek C dan tidak memilih projek B. Pemilihan projek C oleh peraturan kedua disebabkan projek itu menghasilkan nilai nisbah faedah-kos (1.3) yang lebih besar daripada projek B (1.2), walaupun faedah bersih projek B (RM60 000) lebih besar daripada projek C (RM48.000). peraturan kedua boleh menimbulkan keputusan yang terpesong apabila saiz belanjawan ditetapkan. umumnya, peraturan pertama, iaitu memaksimumkan faedah bersih lebih cekap daripada peraturan lain. 4. Projek Tak Boleh Bahagi dan Saiz Belanjawan Berubah prinsip peraturan keputusan yang sering digunakan ialah memilih semua projek awam yang menghasilkan faedah bersih yang sama atau lebih besar daripada sifar. Peraturan ini selaras dengan peraturan yang mencadangkan pemilihan semua projek yang mempunyai nisbah faedah-kos yang sama atau lebih besar daripada satu. Kedua-dua peraturan ini akan dapat memaksimumkan faedah bersih. kecuali projek G, semua projek patut dilaksanakan sekiranya tidak wujud kekangan belanjawan. Implikasi Bagi projek boleh bahagi dan saiz belanjawan berubah, kerajaan hendaklah memperuntukkan belanjawan negara sehingga faedah sut sama dengan satu, iaitu sehingga faedah bersih menjadi sifar. 3

Bagi projek boleh bahagi dan saiz belanjawan tetap, kerajaan hendaklah memperuntukkan belanjawan negara antara berbagai-bagai projek awam sehingga faedah sut semua projek adalah sama. Bagi projek tak boleh bahagi dan saiz belanjawan berubah, kerajaan hendaklah memilih semua projek yang menghasilkan faedah bersih yang positif. Bagi projek tak boleh bahagi dan saiz belanjawan tetap, kerajaan hendaklah memilih berbagai-bagai projek awam yang memaksimumkan faedah bersih, tertakluk kepada konstren belanjawan. Pengenalpastian Faedah Dan Kos Konsep Faedah Bersih dikaitkan dengan konsep lebihan pengguna Keluk PT ialah keluk permintaan terhadap suatu barang awam. Menurut teori pengguna, kecekapan atau keseimbangan penggunaan akan wujud apabila pembelian mencapai tingkat output yang menghasilkan utiliti sut atau faedah sut sama dengan kos sut (harga yang mesti dibayar). lebihan pengguna ialah KPE, iaitu 0PEA 6-0KEA 6. sebenarnya juga merupakan faedah bersih. Sekiranya barang awam tidak dikenakan bayaran, maka pengguna akan menggunakan barang tersebut hingga kepada tingkat 0T, iaitu utiliti sut penggunaan pada unit terakhir itu sama dengan sifar. Oleh sebab kosnya sifar, maka jumlah utiliti atau faedah yang diperoleh adalah sama dengan lebihan pengguna dan sama dengan faedah bersih, iaitu keseluruhan kawasan 0PT. merujuk barang awam yang boleh bahagi. barang awam tak boleh bahagi, hubungan lebihan pengguna dengan faedah bersih adalah seperti yang berikut. Katakan saiz barang awam itu 0A 4 dan kos seunit 0K. Dengan yang demikian, jumlah utiliti atau faedah ialah 0PRA 4, manakala jumlah kos ialah 0KWA 4 - lebihan pengguna ialah KPRW. Oleh sebab KPRW sama dengan jumlah faedah (0PRA 4 ) yang ditolak jumlah kos (0KWA 4, maka lebihan pengguna sama juga dengan faedah bersih. Harga A H H P x y z R E S 0 A A 2 A 4 A 6 T Kuantiti barang A Rajah 8.2 Faedah Projek Awam dan Lebihan Pengguna 4

Jenis Faedah dan Kos Faedah sebenar dikelaskan kepada dua kategori, o faedah benar o faedah kewangan. kos sebenar, o kos benar o kos kewangan. Faedah benar dan kos benar pula bersifat seperti yang berikut: 1. Langsung atau tak langsung. 2. Ketara atau tak ketara. 3. Akhir atau pertengahan. 4. Dalaman atau luaran. Faedah Benar dengan Faedah Kewangan dan Kos Benar dengan Kos Kewangan Faedah benar merupakan faedah yang dinikmati oleh pengguna akhir daripada suatu projek awam. o Kesan daripada faedah ini ialah meningkatkan kebajikan masyarakat. Kos benar merupakan kos melepas benar. Faedah kewangan dan kos kewangan pula ialah faedah dan kos yang wujud daripada kesan perubahan harga relatif yang berlaku dalam pasaran peringkat kedua apabila ekonomi bergerak balas terhadap penawaran perkhidmatan awam. Langsung atau Tak Langsung Faedah dan kos langsung ialah faedah dan kos yang berkait rapat dengan objektif utama projek awam itu, faedah dan kos tak langsung merupakan faedah dan kos sampingan daripada projek tersebut. Jadual 8.2 Pengelasan Faedah Dan Kos Sesuatau Projek Awam Jenis Contoh Faedah Contoh Kos Projek Pengairan Benar Ketara Peningkatan output petani Pemasangan Paip Langsung Tak ketara Keindahan Kawasan Pemupusan Hutan Tak Langsung Ketara Pengurangan Hakisan Tanah Pengalihan arah laluan air Tak ketara Pengekalan masyarakat desa Pemupusan hidupan liar Kewangan Pembaikan relatif dalam industri peralatan petani Projek Pendidikan Benar Langsung Ketara Meningkatkan pendapatan masa depan Gaji guru, kos bangunan dan kehilangan perolehan pelajar Tak ketara Mengayakan kehidupan Kehilangan masa lapang Tak Langsung Ketara Mengurangkan kos mencegah jenayah Kewangan Tak Ketara Pengundian yang lebih bijaksana Pertambahan relatif dalam pendapatan guru. 5

Ketara dan Tak Ketara dirujuk kepada faedah dan kos yang dapat dinilai dalam pasaran, manakala faedah dan kos tak ketara sebaliknya, iaitu tidak boleh dinilai dalam pasaran. faedah dan kos ketara dan tidak ketara mesti dimasukkan dalam pengiraan penilaian sesuatu projek awam. Akhir dan Perantaraan Faedah akhir ialah faedah yang dinikmati secara langsung daripada penggunaan barang dan perkhidmatan akhir daripada sesuatu projek awam faedah yang diperoleh daripada menyediakan barang akhir dalam projek awam. faedah perantaraan ialah faedah yang diperoleh daripada penglibatan pengeluaran barang perantaraan untuk dijadikan sebagai input dalam pengeluaran barang akhir. diambil kira dalam penilaian suatu projek awam. Dalaman dan Luaran berdasarkan taburan faedah dan kos mengikut lokasi. faedah dan kos itu melibatkan unit ekonomi dalam kawasan perundangan tempat projek awam itu dilaksanakan, maka faedah dan kos itu disifatkan sebagai faedah dan kos dalaman. faedah dan kos sesuatu projek awam itu melimpah ke luar kawasan perundangan-faedah dan kos luaran atau lebih dikenali sebagai limpahan faedah dan kos. Pengukuran Faedah dan Kos Penilaian Faedah dan Kos Ketara diukur mengikut harga barang dan perkhidmatan awam yang dijual dalam pasaran atau harga barang dan perkhidmatan yang serupa yang dijual oleh pengeluar swasta. Nilai kos ketara pula dihitung berdasarkan jumlah perbelanjaan terhadap faktor pengeluaran dan bahan mentah yang terlibat dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan awam yang diusahakan sendiri oleh kerajaan atau harga barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh kerajaan daripada pengeluar swasta. Kos yang dihitung itu akan mengukur kos melepas sumber ekonomi yang tidak digunakan untuk projek swasta. Penilaian faedah dan kos ketara menjadi sukar apabila o wujud ketaksempurnaan pasaran, seperti pasaran monopoli, o pengenaan cukai oleh kerajaan sendiri, o pengangguran sumber dalam ekonomi, o ekonomi negara membangun, o kadar pertukaran asing. harga dan kos pasaran tidak lagi menggambarkan nilai sosial yang sebenar. pelarasan nilai diperlukan. 6

Penilaian Faedah dan Kos Tak Ketara Kesukaran anggarannya disebabkan oleh ketiadaan nilai pasaran, iaitu masalah utama penilaian barang awam. Untuk mengatasi masalah kesukaran ini, beberapa cara dapat digunakan, iaitu melalui proses politik, kaedah penilaian tak langsung, tatacara ujikaji, analisis keberkesanan kos, dan pendekatan pasaran dan lebihan pengguna. Pendiskaunan Nilai Faedah Dan Kos nilai seringgit masa depan lebih kecil daripada nilai seringgit kini akibat wujudnya inflasi dan kadar bunga positif. Nilai Kini Terdiskaun NK = - K 0 ( F1 1 K1) ( F2 i (1 K 2 i) 2 ) ( Fn... (1 Kn) n i) = n j = 0 F K j (1 i) j n NK ialah jumlah nilai kini faedah bersih, F nilai faedah, K nilai kos, i kadar diskaun, dan n hayat projek dalam tahun. Formula di atas menunjukkan aliran faedah bersih tahunan yang didiskaunkan pada kadar i untuk mendapatkan jumlah nilai kini faedah bersih untuk projek yang mempunyai hayat n tahun. Pada nilai faedah, kos dan tempoh hayat yang diberi, nilai kini sangat bergantung pada kadar diskaun yang digunakan. Pemilihan kadar diskaun sangatlah penting dari segi mempengaruhi penilaian dan pemeringkatan projek. Jadual 8.3 Nilai Kini dan Kadar Diskaun Projek R S T Kos RM20 760 RM20 760 RM20 760 Bilangan tahun 5 15 25 Faedah tahunan 4 794 2 000 1 472 Jumlah nilai kini faedah Kadar diskaun (peratus) 3 RM21 956 RM23 876 RM25 632 5 20 760 20 760 20 760 8 19 142 17 118 15 714 Jumlah nilai kini faedah bersih 3 RM1 196 RM3 116 RM4 872 5 0 0 0 8-1 618-3 642-5 046 Nilai kini nisbah faedah kos 3 RM1.057 RM1.150 RM1.235 5 1.000 1.000 1.000 8 0.922 0.825 0.757 menunjukkan tiga projek awam R, S, dan T. Semua projek itu memerlukan jumlah kos yang sama pada pemulaan tahun, bernilai RM20 760. Tempoh hayat setiap projek berbeza, iaitu 5 tahun bagi projek R, 15 tahun bagi projek S dan 25 tahun bagi projek T. 7

Nilai faedah setahun diandaikan sama sepanjang hayat masing-masing, iaitu RM4794 bagi projek R, RM2000 bagi projek S, dan RM1472 bagi projek T. dapati bahawa nilai kini setiap projek semakin berkurangan apabila kadar diskaun meningkat daripada 3 peratus kepada 5 peratus dan 8 peratus. Kadar pengurangan nilai tersebut berbeza mengikut tempoh hayat dan aliran faedah sesuatu projek. Ini seterusnya akan mengubah kedudukan pangkat projek tersebut. Kedudukan penilaian projek di atas berubah apabila kadar diskaun dinaikkan e.g kepada 8 peratus, Kesimpulannya, kadar diskaun yang dipilih akan mempengaruhi penilaian dan pemeringkatan sesuatu projek. Pemilihan Kadar Diskaun Swasta apakah kadar diskaun yang patut digunakan? terdapat dua pilihan utama yang boleh dipertimbangkan, iaitu kadar diskaun swasta dan kadar diskaun sosial. penyelesaian yang mudah dirumitkan oleh berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah ketaksempurnaan pasaran, ketakpastian, risiko, cukai pendapatan syarikat dan dasar makro. o Ketaksempurnaan Pasaran Faktor ini berpunca daripada perbezaan kemudahan mendapatkan kredit daripada institusi kewangan dan halangan institusi terhadap usaha pelaburan. Kesannya menyebabkan berbagai-bagai individu akan berhadapan dengan berbagai-bagai kos dan pulangan peminjaman, pelaburan, dan tabungan mereka. Satu kadar diskaun swasta untuk semua pihak tidak wujud dalam pasaran. Penyelesaian yang biasa digunakan oleh kerajaan ialah mendapatkan kadar diskaun purata. Biasanya, pengiraan kadar ini melibatkan wajaran yang menggambarkan kedudukan pembayar cukai yang membiayai projek awam. Dalam kes ini, kadar diskaun yang betul bergantung pada cara projek awam dibiayai. o Ketakpastian Faktor ini dikaitkan dengan keadaan tingkat kadar bunga pada masa depan. Kita ketahui bahawa kadar bunga jangka pendek selalunya berbeza dengan kadar bunga jangka panjang. Kadar bunga untuk satu tahun tabungan tidak sama dengan kadar untuk dua atau lima tahun. kadar hasil bon jangka pendek yang tidak sama dengan kadar untuk bon jangka panjang. sukar untuk memilih dan menentukan satu kadar bunga untuk keseluruhan tempoh hayat projek awam itu. Kadar yang terpilih pastilah tidak terlepas daripada masalah ketakpastian yang memerlukan pelarasan dari semasa ke semasa. o Risiko Semua projek pelaburan, sama ada swasta atau awam, tidak terlepas daripada sesuatu risiko. 8

Kesulitan yang berkaitan ialah saiz risiko tidak sama antara satu projek dengan projek yang lain. Oleh itu, kadar pulangan kasar mestilah berbeza mengikut jumlah premium risiko. Untuk mendapatkan satu kadar diskaun yang sesuai yang menggambarkan kadar keutamaan masa atau kadar kos melepas, selalunya kadar hasil pelaburan yang disifatkan selamat digunakan, seperti kadar bunga bon Kerajaan Persekutuan, yang pada umumnya mempunyai risiko yang sangat rendah. o Cukai Pendapatan Syarikat Faktor cukai ini akan menyebabkan kadar pulangan bersih sahaja yang sesuai untuk mengukur kadar keutamaan masa atau kadar kos melepas, bukannya kadar pulangan kasar atau kadar pulangan pasaran. Jika pengguna meminjamkan modalnya pada kadar bunga i a,, maka kadar pulangan bersihnya sama dengan (1-t) i a dengan t ialah kadar cukai dan i a ialah kadar pulangan kasar. o Dasar Makro Penentuan kadar diskaun swasta bertambah sulit apabila terdapat pengangguran dan inflasi yang berpunca daripada sesuatu sisten makroekonomi. penggunaan dasar diskaun swasta berdasarkan hakikat bahawa kadar tersebut sentiasa menjamin peruntukan penggunaan yang cekap, kadar bunga yang ada lebih berfungsi sebagai dasar penstabilan, dan bukannya menggambarkan kadar keutamaan masa pengguna atau kadar kos melepas projek pelaburan. kadar purata wajaran perlu digunakan atau kadar lain yang disebut kadar diskaun sosial. Pemilihan kadar Diskaun Sosial Kadar diskaun sosial merupakan suatu pendekatan harga bayangan terhadap persoalan pemilihan kadar diskaun yang sesuai. Pada umumnya, kadar ini ditentukan dengan berdasarkan kadar hasil sekuriti jangka panjang Karajaan Persekutuan. Ini kerana kadar tersebut merupakan kadar kos peminjaman kerajaan dan dianggap sebagai penunjuk terbaik tentang kos keutamaan masa bagi individu terhadap pendapatan semasa berbanding dengan pendapatan masa depan. nilai kadar diskaun sosial tidaklah terlalu tinggi, seperti kadar diskaun swasta yang boleh menolak projek yang diutamakan oleh orang ramai, dan tidak pula terlalu rendah hingga boleh menerima projek yang dinilai rendah oleh orang ramai. pembangunan ekonomi yang berkekalan perlu menggunakan kadar diskaun sosial, dan bukannya kadar diskaun swasta untuk menilai projek pelaburan awam. 9

Ini kerana terdapat beberapa alasan sokongan yang munasabah. o banyak individu berfikiran singkat kerana mereka lebih mengutamakan penggunaan kini daripada penggunaan masa depan. Ini menyebabkan tabungan pelaburan berkurangan. o Kadar keutamaan masa pengguna adalah tinggi. Oleh itu, projek yang menghasilkan pulangan yang sangat tinggi sahaja akan dilabur. o Keadaan ini perlu diperbaiki oleh kerajaan dengan menggunakan kadar yang lebih rendah supaya projek yang sangat diutamakan oleh orang ramai, tetapi pulangannya kecil, dapat dilaksanakan. o Banyak individu tidak memikirkan kebajikan generasi masa depan. o Mereka sangat ghairah dengan penggunaan semasa hingga mengabaikan tabungan yang akan membanyakkan stok modal untuk generasi masa depan. o Kerajaan sebagai penjaga generasi masa depan dan perancang ekonomi perlu mengimbangi kelakuan individu dengan menggunakan kadar diskaun sosial yang bersifat sangat menggalakkan projek awam. Implikasi Dalam kes apabila terdapat individu yang mementingkan kebajikan generasi masa depan, kadar diskaun swasta yang tinggi masih menyebabkan kurang pelaburan, terutama projek yang mewujudkan eksternaliti faedah dan penunggang percuma. Keadaan ini perlu diperbaiki oleh kerajaan dengan menggunakan kadar diskaun sosial yang rendah dan seterusnya memperbanyakkan lagi projek awam yang berfaedah. Persoalan kebajikan generasi masa depan juga lebih merupakan persoalan agihan dan ekuiti antara generasi. Jika matlamat ekuiti ini ialah menyamakan dan memaksimumkan penggunaan perkapita bagi semua generasi, maka setiap generasi mesti sama-sama berkorban untuk generasi yang lain, seperti mereka berkorban untuk diri mereka sendiri. Mereka mesti berusaha mencapai titik kesejahteraan, iaitu satu keseimbangan yang dicapai apabaila kadar pulangan modal sama dengan kadar pertumbuhan ekonomi dan seterusnya sama dengan kadar pertumbuhan penduduk. Kadar pulangan ini akan menyediakan kadar diskaun yang betul untuk digunakan dalam penilaian projek. Kesimpulannya, kadar diskaun sosial hendaklah lebih rendah daripada kadar diskaun pasaran supaya lebih banyak pelaburan awam dapat diwujudkan. kadar diskaun sosial yang rendah akan menghasilkan nilai yang lebih tinggi untuk nilai kini aliran faedah projek awam. Kadar diskaun ini juga akan menggalakkan kerajaan membuat pilihan pelaburan terhadap projek yang lebih panjang hayatnya. Penggunaan Kadar Pulangan Dalaman Kadar pulangan dalaman merupakan kadar yang mendiskaunkan aliran faedah bersih masa depan supaya nilai kini faedah bersih menjadi sifar. Secara formula. NK = n Fj - Kj = 0 j=o (1i) j 10

pendekatan kadar pulangan dalaman ialah mencari nilai i yang menjadikan nilai kini bersamaan sifar. Secara umumnya, pendekatan ini dapat mengatasi masalah pemilihan kadar diskaun yang dibincangkan di atas. Pemilihan projek awam akan ditentukan berdasarkan perbandingan kadar ini dengan kadar diskaun sosial, iaitu semua projek awam akan dipilih sekiranya kadar pulangan dalaman melebihi kadar diskaun sosial. kadar ini juga mempunyai beberapa masalah. Antaranya ialah mungkin terdapat lebih daripada satu kadar pulangan dalaman bagi sesuatu projek. Keadaan ini terjadi apabila nilai faedah bersih tahunan bertukar ganti antara positif dengan negatif. Untuk memuaskan persamaan di atas, lebih daripada satu kadar pulangan diperlukan. Kadang-kadang terdapat keadaan apabila projek yang berbeza tempoh hayatnya mungkin mempunyai kadar pulangan dalaman yang sama, Keputusan penilaian semakin rumit apabila pemeringkatan projek agihan kadar pulangan dalaman berbeza dengan apa yang dinilai oleh kadar diskaun swasta. Ini berlaku apabila terdapat tempoh hayat projek yang berbeza. Jika kadar diskaun swasta lebih besar daripada kadar pulangan dalaman, maka projek pelaburan yang lebih pendek hayatnya akan mendapat pangkat pertama. Sebaliknya, apabila kadar diskaun swasta lebih rendah daripada kadar pulangan dalaman, maka projek yang lebih panjang hayatnya akan mendapat pangkat pertama. Kadar pulangan dalaman sukar dijadikan penunjuk apabila projek awam mempunyai tempoh hayat yang sangat panjang sehingga menyulitkan peramalan tentang faedah, kos, dan kadar bunga pada masa depan. Berdasarkan masalah di atas, pendekatan kadar pulangan dalaman jarangjarang digunakan, walaupun kadar ini dapat memberi penilaian yang baik dalam pemeringkatan projek. Batasan Analisis Faedah-Kos Kekurangan Maklumat Keputusan Yang Bercanggah Tempoh Hayat Yang Panjang Ketakpastian dan Ketaktepatan Inflasi Perubahan Dinamik dan Penangguhan Projek Ekuiti 11