POTENSI PELANCONGAN WARISAN BERASASKAN MAQAM ULAMA DAN PEJUANG ISLAM DI KUALA TERENGGANU

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

AhmAd JelAni halimi ishak saat 2010

: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH. Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara.

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Terengganu ini ada tuannya. Sila berunding dengan tuannya!(tokku Paloh) ; titah Sultan kepada wakil British W.L Conlay.

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan

ISHAK SAAT MOHD AZHAR BAHARI

Borang Penyertaan Pertandingan Marhaban Piala Y.A.B Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

PROGRAM FESTIVAL SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN II, 2016

PENGENDALIAN KES PERCERAIAN DI MAHKAMAH SYARIAH PERLIS SATU TINJAUAN

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

SATU KAJIAN AWAL KEDUDUKAN MASJID Dl NEGERI PERLIS BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN INSTITUT TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA

Ulasan Buku/Book Review

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

Tarikh Tutup Pencalonan : 30 April 2017

ISU SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG SIRI 19

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

SISTEM PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Haji Awang Ibrahim Bin Haji Awang Ismail. Guru Agama Pertama Brunei Oleh: Zaemul Khairi Zamhari

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Dapatkan Skema di

Bab. Bab 2. Bab 1. Bab. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 7. Bab

Tarikh Tutup Pencalonan : 30 April 2017

KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,


KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TUGASAN 2 (INDIVIDU) SITI AIDA BINTI MUHAMAD A152797

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

DASAR PENERBITAN JURNAL

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

vvvvvvvvvv MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEPANDU SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO KALI PERTAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

PENGARUH KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN TERHADAP KELANCARAN MEMBACA TEKS ARAB: KAJIAN KES DI KUIM. Mohd Zahimie Mohd Dzahid 1, Hakim Zainal 2

Saintis wanita. mel11buru l{ejayaan. DIBERI ucapan - Canselor UMP Prof.

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN SURAU KAMPUS TETAP UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 12 Mac 2014

BORANG PENYERTAAN Pertandingan Marhaban Piala Ahmad Zahid Hamidi

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN DI TERENGGANU (HALAL CERTIFICATION OF TERENGGANU FOOD INDUSTRY)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Pengenalan kepada Ekonomi

Transkripsi:

Editors: Syahrul Fahmy, Syed Hadzrullathfi Syed Omar, Nabihah Abdullah, Rabiatul Manisah Mohamed Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) e-isbn 978-967-2231-26-4 POTENSI PELANCONGAN WARISAN BERASASKAN MAQAM ULAMA DAN PEJUANG ISLAM DI KUALA TERENGGANU Adi Amiruddin Abdul Wahab 1*, Ahmad Adham Alias 1, Ahmad Asyraf Hashim 1, Muhammad Yamin Zaki 1, Wan Mohd Yusof Bin Wan Chik 2 & Abdul Wahab Mohd Ali 2 adinfs27@gmail.com 1 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin 2 Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin ABSTRAK Pendahuluan: Negeri Terengganu sejak dahulu memang dikenali dengan kealiman para ulamaknya. Ulamak-ulamak ini telah mewariskan legasi ilmu sam ada dalam bentuk penulisan, murid mahupun institusi. Sehingga kini, sedar atau tidak tidak sedar, para pengkaji, pencinta dan peminat warisan ini terus berkunjung ke negeri Terengganu, termasuklah mengunjungi maqam para ulamak. Objektif : Justeru kertas ini cuba mengetengahkan maqam-maqam ulamak sebegai destinasi pelancongan warisan yang amat berpotensi di negeri Terengganu. Metodologi : Kajian berbentuk kualitatif ini dibuat melalui telaahan terhadap bahan kepustakaan dan pemerhatian terhadap lokasi berkaitan. Dapatan : Kajian mendapati terdapat banyak maqam ulamak di Kuala Terengganu sama ada yang terjaga mahupun terbiar. Tidak ramai yang menyedari apatah lagi mengunjungi kewujudan kubur-kubur ini. Kajian turut mendapati bahawa kemungkinan wujudnya unsur bida ah dan khurafat dilakukan oleh pengunjung agak minima. Begitupun garis panduan dan penerangan perlu dibuat secara berterusan demi memastikan sektor pelancongan warisan di maqam-maqam ulamak berkembang dan terpelihara dari sebarang elemen yang tidak dibenarkan syarak. Kesimpulan: kajian ini melihat pentingnya, peranan pihak-pihak berwajib dalam mempromosikan maqammaqam ini sebagai salah satu sektor pelancongan warisan yang unik di negeri Terengganu. Kata Kunci: Maqam, Ulama, Pelancongan, Islam, Warisan 1.0 PENGENALAN Industri pelancongan adalah merupakan salah satu aktiviti yang dapat memberikan pulangan besar kepada sesebuah negara. Antara negara yang berkecimpung dalam kegiatan pelancongan warisan yang menyumbang kepada hasil utama negara ialah Mesir, Turki, Monaco dan Indonesia. Data yang dikeluarkan oleh World Tourism Organisation (WTO) menyatakan bahawa kegiatan industri pelancongan pada tahun 2000 merupakan hasil pendapatan tertinggi berbanding dengan sektor lain kerana menghasilkan jumlah sebanyak US$476 billion dan berkembang dalam kadar 5-6% setahun (World Tourism Organisation 2001). Manakala pada tahun 2007 jumlah hasil pelancongan di dunia adalah 644

US$856 billion, jumlah yang meningkat naik sebanyak 5.6% dari tahun 2006 (UNWTO 2008). Menjelang tahun 2011, aktiviti pelancongan seluruh dunia berkembang sebanyak 4.6% berbanding tahun 2010 dengan memperoleh pendapatan sebanyak US$ 1 trillion, jumlah yang pertama kali dicapai bagi angka trillion (UNWTO 2011). Selain memberikan pendapatan terbesar, industri pelancongan juga menawarkan peluang pekerjaan yang paling banyak di dunia, malahan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan bagi negara-negara di kepulauan Pasifik, Thailand, Bali (Indonesia). Penglibatan tenaga kerja melibatkan pelbagai kumpulan bermula dengan operator pelancongan hinggalah kepada penduduk yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberikan perkhidmatan kepada pelancong. Di Malaysia pada tahun 2005, kegiatan pelancongan merupakan antara penyumbang pendapatan negara yang ketiga penting dan ia diiktiraf oleh kerajaan sebagai sebuah industri yang mendapatkan pendapatan besar kepada negara. Pada tahun 2011, jumlah pendapatan industri pelancongan Malaysia adalah sebanyak RM21.4 billion (Kementerian Pelancongan Malaysia 2012) Perkembangan sesuatu kegiatan pelancongan bergantung kepada bilangan pelancong yang datang ke sesuatu destinasi yang dapat memberikan tarikan kepada mereka. Kunjungan adalah disebabkan oleh tarikan yang ada di sesebuah destinasi pelancongan seperti kawasan riadah dan rekreasi termasuklah di kawasan pantai, tanah-tanah tinggi atau hutan, kawasan-kawasan bersejarah dan tempat membeli belah (Binns & Etienne 2002: 235). Tinggalan-tingalan sejarah juga seringkali digunakan sebagai salah satu tarikan pelancong yang tinggi. Di Mesir, tinggalan sejarah daripada tamadun Mesir purba menawarkan daya tarikan kepada pengunjung luar sehinggakan seseorang pelancong dianggap tidak melawat Mesir jika mereka tidak melawat kawasan bersejarah seperti Spinx dan Piramid. Sehubungan dengan itu, Malaysia juga turut membangunkan kawasan-kawasan bersejarah sebagai daya tarikan pelancong.di Terengganu,terdapat beberapa maqam ulama dan pejuang Islam di sini yang bertempat di Kuala Terengganu.Sehubungan dengan itu,penulis akan mengkaji serba sedikit potensi pelacnongan warisan berasasakan maqam ulama dan pejuang Islam di Kuala Terengganu. 2.0 KONSEP PELANCONGAN WARISAN Pelancongan merupakan salah satu industri yang berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Pembangunan pelancongan dilihat sebagai aktiviti ekonomi yang penting dalam meningkatkan ekonomi penduduk tempatan. Warisan pula 645

telah menjadi semakin penting kepada pelancong hari ini. Warisan dikategorikan sebagai komponen penting dalam pembangunan pelancongan dan dapat dilihat aktiviti perjalanan mengunjungi destinasi berteraskan warisan telah berkembang dengan pesat. Definisi warisan ialah merupakan pusaka peninggalan masa silam yang masih diamalkan pada hari ini dan diperturunkan dari generasi sekarang kepada generasi akan datang. Definisi warisan merupakan sesuatu yang subjektif dan luas dan ianya tiada had masa dan garisan yang dapat menentukan sesuatu khazanah atau peninggalan itu layak dipanggil warisan biarpun sesuatu itu diwarisi dari satu generasi ke generasi lain. Pelancongan warisan merupakan satu bentuk pelancongan untuk melihat segala khazanah warisan yang telah diwarisi seperti sejarah, kebudayaan, kesenian alam semulajadi, artifak dan keagamaan. Pelancongan warisan ini didapati bahawa warisan itulah menjadi tonggak utama bai produk yang ditawarkan dan warisan menjadi faktor utama dalam menggalakkan pelawat atau pelancong. Dari sudut pelancongan, warisan tersebut mestilah menarik dan mudah untuk dilawati oleh para pelancong atau pelawat. Pelancongan warisan merupakan satu fenomena baru, akan tetapi budaya melawat tempat-tempat warisan ini sudah wujud dan popular sejak dahulu lagi. 3.0 MAKAM ULAMA SILAM DI SEKITAR KUALA TERENGGANU. Darul Iman merupakan lambang atau panggilan yang diberikan kepada kerajaan Negeri Terengganu. Antara sebabnya yang utama termasuklah negeri ini merupakan salah satu tempat yang melahirkan ramai tokoh agamawan atau ulama yang sangat hebat dari segi keilmuannya khususnya dalam bidang agama di alam nusantara ini bahkan ada yang bertaraf dunia. Makam Tok Ku Paloh Tok Ku Paloh (Sayid Abdur Rahman bin Sayid Muhammad al-aidrus) (1817-1917). Beliau merupakan anak kepada seorang ulama terkenal Terengganu iaitu Tok Ku Tuan Besar yang merupakan keturunan Nabi Muhammad SAW. Antara anak muridnya terkenal adalah seperti Sultan Zainal Abidin III, Tuan Haji Abdul Rahman Limbong, Haji Mohd [Mat] Hassan bin Munas (Tok Janggut) dan sebagainya. Bahkan, pahlawan Pahang yang menentang campurtangan Inggeris di negeri tersebut seperti Tok Gajah, Dato Bahaman 646

dan Mat Kilau pernah berkesempatan menuntut ilmu dari Syeikh Tokku Paloh semasa mendapatkan perlindungan daripadanya. Beliau meninggalkan khazanah dalam bentuk penulisan kitab-kitab seperti Dhiya Uqud ad-durratain dan manuskrip tasawuf yang sangat terkenal di kalangan masyarakat Tasawuf di Terengganu, Kelantan dan Pahang, Ma arij al-lahfan. Syeikh Tokku Paloh juga memilih Tarekat Naqsyabandiah sebagai amalan tasawufnya. Beliau terlibat secara langsung dengan pemerintahan dan pentadbiran Negeri Terengganu, terutamanya semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Beliau menjadi Syeikhul Ulama (jawatan yang pernah disandang oleh ayahnya Tok Ku Tuan Besar) yang menasihati Sultan dalam hal-hal pentadbiran negeri agar sejajar dengan syariat dan hukum Islam dan merupakan salah-seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Beliau lebih banyak membuat perhubungan peribadi dengan Sultan Zainal Abidin III daripada perhubungan secara rasmi. Beliau antara individu penting dalam penggubalan Itqan al-muluk bi Takdi as-suluk (Undangundang Bagi Diri Kerajaan Terengganu). Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik dan sering diberi peluang mewakili sultan berunding dengan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu. Tok Ku Paloh terkenal sebagai seorang wali Allah yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan Allah swt khususnya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tok Ku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembang luaskan Syahadat Tokku satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tokku Tuan Besar. Beliau mempunyai mahkamah keadilan sendiri di Paloh, dengan mendapat mandat daripada sultan untuk menyelesaikan persoalanpersoalan besar dan mengadili penjahat-penjahat di kawasan pentadbirannya. Manamana keputusan yang dibuatnya dikira muktamad tanpa perlu merujuk kepada sultan. Makam Tok Ku Tuan Besar Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al Aidrus atau lebih dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar (1785-1878M). Antara kitab-kitab hasil tulisannya adalah seperti Kanzul Ula, Jauharus Saniyah, Durrataini fi Tarjamati Kalimataisy Syahadataini, Tuhfatul Wildan, 647

Sirratun Nabawiah, Salasilah Ratib al-hadad dan sebagainya. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan Omar (1839-1876) dan dilantik sebagai ulama penasihat istana dengan gelaran Paduka Raja Indera. Sultan Umar (1839M-1875M) telah menubuhkan beberapa jabatan penting antaranya Dewan Ulama yang diketuai oleh Tok Ku Tuan Besar sebagai Syeikhul Ulama. Ia merupakan badan tertinggi dalam kerajaan negeri Terengganu dan berfungsi sebagai tempat rujukan dalam semua bidang serta menyelesaikan masalah negeri. Sebagai Syeikhul Ulama, beliau merupakan ketua seluruh ulama Terengganu. Kedua-dua kedudukan itu menjadikan Tokku Tuan Besar sangat dihormati dan berpengaruh di kalangan istana dan rakyat keseluruhannya. Tok Ku Tuan Besar pernah menjadi Mufti Terengganu ke-2 dari 1860 hingga 1878. Malah beliau telah diberi kuasa autonomi untuk menguruskan daerah Cabang Tiga oleh Sultan Umar.Beliau telah menjadikan masjid sebagai pejabatnya, membina sebuah rumah pasung bagi menahan pesalah dan sebatang tiang untuk mengikat orang-orang yang dikenakan ta zir kerana tidak berpuasa dan solat Jumaat. Penyerahan daerah Cabang Tiga dan kawasan sekitarnya merupakan satu pengiktirafan serta kepercayaan kepada seorang ulama untuk mentadbir sebahagian daripada negeri Terengganu. Makam Tok Pulau Manis Syeikh Tok Pulau Manis atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Malik merupakan seorang lagi ulama terkemuka Negeri Terengganu dan Alam Melayu. Beliau dilahirkan pada tahun 1650-an di Kampung Pauh, Hulu Terengganu. Beliau berketurunan Sharif Muhammad, yang berasal dari Baghdad, mempunyai pertalian darah dengan Sharif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati), salah-seorang Wali Songo yang terkenal di Indonesia dan Nusantara. Beliau juga mempunyai nasab dari keluarga Rasulullah Saw melalui Syaidina Hussien RA, putera Syaidina Ali bin Abu Talib dengan Syaidatina Fatimah binti Rasulullah SAW. Syeikh Tok Pulau Manis kembali ke Terengganu ketika berusia 40 tahun. Beliau mempunyai pertalian yang erat dengan pembesar tempatan di Terengganu. Malah dikatakan beliaulah yang bertanggungjawab menabalkan Sultan Zainal Abidin I (1725-1734) sebagai Sultan Terengganu yang pertama. Sultan Zainal Abidin I juga dikatakan menantu Syeikh Tokku Pulau Manis. Ketika Syeikh Tokku Pulau Manis berpindah ke Pulau Manis dari Hulu Terengganu, Sultan Zainal Abdin juga ikut sama berpindah dan menjadikan Kuala Terengganu sebagai pusat pemerintahan baginda. 648

Di samping bertugas sebagai mufti Kerajaan Terengganu, beliau menjadikan Kampung Pulau Manis sebagai tempat penyebaran dan perkembangan ilmu islam. Pusat pengajiannya didatangi orang ramai bukan setakat sekitar dari Terengganu dan Pahang bahkan dari sekitar Alam Melayu untuk menuntut ilmu agama di sini. Ada juga sumber yang mencatatkan setelah pulang ke Terengganu (Kuala Berang), Syeikh Tok Pulau Manis telah dijodohkan oleh ayahnya dengan Puteri Mahpuri, anak salahseorang pembesar yang berasal dari Johor yang menetap di Terengganu. Setelah ayahnya meninggal dunia, beliau ditabalkan menjadi pemerintah kerajaan Islam Temir ketika itu. Walau bagaimanapun, keinginan untuk berdakwah dan menyebarkan agama Islam lebih menarik hatinya. Beliau kemudiannya bermesyuarat dengan para pembesarnya untuk mencari penggantinya sebagai pemerintah. Akhirnya mesyuarat tersebut memutuskan Tun Jenal, anak muridnya dan anak seorang pembesar Johor dilantik menjadi pemerintah dengan syarat Tun Jenal hendaklah berkahwin dengan Siti Zubaidah, puteri Syeikh Tok Pulau Manis. Selain itu mesyuarat tersebut juga memutuskan Syeikh Tok Pulau Manis kekal sebagai penasihat dan ulama istana. 649

4.0 PETA dan JADUAL PERJALANAN ZIARAH SEKITAR KUALA TERENGGANU Jadual perjalanan : 07.00 pagi : Berkumpul di Universiti Sultan Zainal Abidin 07.30 pagi : Bertolak dari Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak ke maqam ulama Tokku Paloh 08.00 pagi : Tiba di makam ulama Tokku Paloh 09.30 pagi : Tiba di makam ulama Tokku Tuan Besar 10.30 pagi : Tiba di makam ulama Tok Pulau manis 11.30 pagi : Bertolak balik ke Universiti Sultan Zainal Abidin 5.0 HUKUM MENZIARAHI MAQAM Amalan menziarahi kubur atau maqam adalah amat dituntut di dalam ajaran Islam. Hukumnya adalah sunat mengikut pendapat yang sahih (Zulkifli Mohd,2015). Hal ini berdasarkan kepada nas yang banyak walaupun amalan menziarahi kubur dilarang oleh Rasulullah SAW pada awalnya, dan kemudianya dibenarkan. Ini berdasarkan Rasulullah SAW bersabda: 650

ك ن ت ن ه ي ت ك م ع ن ز ي ار ة الق ب ور ف ز ور ه ا Maksudnya: Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah. Para ulama telah bersepakat bahawa menzarahi kubur bagi kaum lelaki adalah dibolehkan, bagi kaum wanita pula al-hafiz Ibn al-arabi yang mensyarahkan hadith riwayat al-taurmuzi berkata Yang benar adalah Nabi SAW membolehkan menziarahi kubur untuk lelaki dan perempuan. Jika ada sebahagian yang menganggapnya makruh bagi perempuan, maka hal itu kerana lemahnya kemampuan perempuan untuk bersikap tabah dan sabar sewaktu berada di kubur atau kerana penampilan yang tidk menutup aurat dengan sempurna. Secara rumusannya, hokum kaum wanita menziarahi kubur adalah harus jika tujuanya adalah untuk mengambil iktibar dan untuk mengingati kematian di samping menjaga adab-adab. Namun jika tujuanya adalah sebaliknya dan tidak menjaga adab yang telah ditetapkan untuk menziarahi kubur maka hukumnya boleh menjadi haram. Adab Menziarahi Kubur Antara tujuan utama setiap muslim disarankan untuk menziarahi kubur atau maqam ulama adalah tidak bukan untuk mengingati akan kematian dan kehidupan selepasnya iaitu hari akhirat. Oleh itu wujud beberapa panduan atau adab semasa menziarahi kubur demi menjaga kesucian amalan menziarahi kubur atau maqam dari perkara yang sesat dan sesbagainya. Antaranya : 1. Mengucapkan Salam Disunatkan bagi orang yang menziarahi kubur mengucapkan salam kepada penghuni kubur Muslim. Afdal dilakukan dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arahmuka penghuni kubur yang diziarahi. 2. Mendoakan Ahli Kubur Hendaklah orang yang menziarahi kubur mendoakan orang yang sudah meninggal agar Allah SWT mengampuni dosa-dosanya, disamping itu juga berdoa untuk dirinya 651

agar diampunkan dosa, termasuklah juga berdoa ialah membaca al-quran yang pahalanya di sedekahkan kepada ahli kubur. 3. Tidak memuja-muja orang yang sudah meninggal. Setiap muslim yang menziarahi kubur tidak seharusnya terlalu memuja-muja atau menganggap keramat sesebuah maqam disebabkan orang yang didalam maqam itu orang yang mulia dalam pandangan mereka. Hal ini dapat menimbulkan kecelaruan kepercayaan aqidah seseorang. 4. Tidak melakukan perkara yang khurafat. Haram melakukan perkara-perkara khurafat dan syirik yang boleh menjejaskan aqidah seperti mencium atau mengusap-usap batu nisan, kubur, tanah perkuburan atau sebagainya. 5. Menjaga dan membersihkan kawasan tanah perkuburan. Mengucapkan Salam. Menjaga dan membersihkan kawasan tanah perkuburan. Adab Menziarahi Kubur Mendoakan Ahli Kubur. Tidak melakukan perkara yang khurafat. Tidak memujamuja orang yang sudah meninggal. Rajah 1 : Adab-adab menzirahi kubur atau maqam 652

Hikmah Menziarahi Kubur Terdapat banyak kelebihan apabila seseorang itu menziarahi maqam. Antara hikmah yang terkandung dalam tradisi ziarah kubur ialah untuk meningatkan manusia yang masih hidup bahawa akan datangnya kematian pada saat yang telah ditentukan akan datang ajalnya sesuai dengan ketentuan yang telah ditetapkan bahwa semua makhluk yang hidup akan mengalami kematian. Selain itu, amalan menziarahi kubur kebiasaanya dilazimi dengan doa kepada Allah SWT agar arwah yang di dalam kubur tersebut diampuni segala dosa dan kesalahannya, dan ditempatkan pada tempat yang layak di sisi-nya. Ini boleh diambil sebagai salah satu tempat untuk berdoa kepada semua muslim dan diri kita sendiri. Manusia sinonim dengan sifat lalai dalam kehidupan seharian, sehingga kadangkala seseorang belum sempat insaf dan bertaubat serta mempersiapkan diri untuk bertemu dengan Allah SWT. Oleh kerana itu, adalah satu kewajiban bagi yang hidup untuk mendoakannya terutama doa daripada anak yang soleh kepada ibubapanya. Akhir sekali dengan menziarah kubur dapat menjadikan seseorang berfikir, merenung, dan bermuhasabah diri terhadap dirinya sendiri, berapa banyak dosa dosa yang selama ini telah dirinya lakukan dan berapa banyak orang orang disekelilingnya yang selama ini telah disakiti dan dizalimi olehnya. Sehingga dia akan berfikir tentang perhitungan amal yang akan dipertanggungjawab olehnya di akhirat kelak. 6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN Dapatlah disimpulkan bahawa pelancongan warisan berasaskan maqam ulamak dan pejuang Islam di Kuala Terengganu ini merupakan salah satu faktor motivasi dalam menggalakkan aktiviti pelancongan pada masa kini. Pelancongan warisan berasaskan maqam ulamak dan pejuang Islam dapat menyumbang impak sosiobudaya yang positif. Pembangunan pelancongan berteraskan warisan ini juga dapat mendatangkan natijah yang negatif apabila tiada perancangan yang sistematik dan kawalan yang longgar dalam menjaga tempat warisan ini. Turut disertakan cadangan mengenai potensi pelancongan warisan berasaskan maqam ulamak dan pejuang Islam di Kuala Terengganu, bagi memastikan pembangunan 653

pelancongan warisan ini berjaya maka, pengurusan dan pemantauan harus diwujudkan. Sesebuah destinasi pelancongan warisan yang berjaya adalah destinasi yang mempunyai rancangan pembangunan yang teliti dan menarik. Pihak kerajaan haruslah memainkan peranan yang utama dalam memastikan objektif pelancongan warisan ini tercapai. Selain itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab haruslah turut sama membantu agar pelancongan warisan berasaskan maqam ulamak dan pejuan Islam ini dapat direalisasikan. Ironinya, dalam usaha membangunkan potensi pelancongan yang mapan, setiap potensi memerlukan perancangan dan pengurusan yang efektif agar ianya mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan natijah-natijah negatif pada masa akan datang. 7.0 PENGHARGAAN Alhamdullilah,bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz kami khasnya Prof. Madya Dr. Wan Mohd Yusof Bin Wan Chik selaku pensyarah kepada subjek matapelajaran ini kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada kami untuk melaksanakan kertas kerja ini. Dalam usaha menjayakan kertas kerja ini, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Wahab Mohd Ali kerana telah banyak membantu kami dengan memberikan bahan rujukan yang berkaitan dengan tugasan ini. Beliau telah meluangkan masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing kami untuk menyempurnakan kertas kerja ini. Seterusnya, penghargaan kepada semua kawan yang terlibat atas kerjasama dalam menyiapkan kertas kerja ini. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soal selidik dan temubual berkaitan dengan tugasan. Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kertas kerja ini. Kami berharap agar kerjasama dan sokongan yang telah diberikan akan membuahkan hasil di masa hadapan dengan harapan akan beroleh kejayaan. 8.0 RUJUKAN Dr. Haji Abdullah Ishak,(1993),Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya, JAKIM. 654

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Berhanudin Abdullah dan Rohaizan Baru,(2015), Peranan Ulama dalam Kesultanan Terengganu, Kuala Terengganu, Yayasan Diraja Sultan Mizan. Ismail Mat,(1992), Ulama Silam dalam Kenangan, Selangor, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Paizah Hj. Ismail,(1990), Generasi Ulama, Kuala Lumpur, Media Ehsan. Aidit Ghazali dan Dzulfawati Hassan,(1997), Peranan Ulama Dalam Pembangunan Menjelang Abad Ke-21, Kuala Lumpur, Institut Perkembangan Minda (INMIND). H.W.M. Shaghir Abdullah,(1990), Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fatani Ulama Dan Pengarang Terulung Asia Tenggara, Shah Alam, Penerbitan HIZBI. Hj. Wan Mohd.Shaghir Abdullah,(1999), Penyebaran Islam Dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu, Kuala Lumpur, Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara. Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Hassan,(1977), Sejarah Perkembangan Ulama Kelantan, Kelantan, Pakatan Keluarga Tuan Tabal. Haliza Abdul Rahman,(2018), Potensi dan Cabaran Dalam Memajukan Pelancongan Islam di Malaysia, Jurnal Sultan Alaudin Sulaiman Shah. Jabil Mapjabil.,et al(2015), Pelancongan Islam Suatu Tinjauan Konseptual dan Relevenya di Malaysia, Malaysia Journal of Society and Space, Laman web https://merahsilu.blogspot.com/search?q=terengganu 655