MELAYU BERSATU: ULASAN KE ATAS PELAWAAN TUN DR. MAHATHIR. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

dokumen-dokumen yang mirip
KAJISELIDIK POPULARITI PERDANA MENTERI DAN CALON PERDANA MENTERI PEMBANGKANG

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI DAN ISU-ISU UTAMA PILIHANRAYA UMUM KE-14

KAJISELIDIK KEBOLEHPINDAHAN UNDI ANTARA PARTI PEMBANGKANG

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

BAHAGIAN 1 : Demografi

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

BAHAGIAN 1 : Demografi

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

ETIKA MESYUARAT AGUNG

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

AKTA PILIHAN RAYA 1958

Jawapan Terhadap Pembohongan-pembohongan SPR Mengenai Isu Persempadanan Semula

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 226 AKTA TAMAN NEGARA 1980

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.


Setiausaha Agung DAP

1. Apakah tujuan Jawatankuasa Barnes dibentuk oleh kerajaan British? (m.s 128)

PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA (UMCEDEL)

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

Sempena Konvensyen Pemerkasaan Jalinan Rakyat PDM Wanita UMNO Negeri Johor. 28 Oktober 2016 (Jumaat) BERJAYA HOTEL WATERFRONT JOHOR BAHRU

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan. Sistem Ahli. Pembentukan Parti Perikatan. Pilihan raya Negeri

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERATURAN UMUM PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI HKSBP38

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti- Lambakan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN SEMASA (SIKCAS) 2013

BORANG SOALAN KESELAMATAN. Dokumen ini adalah harta Kerajaan. Ia hendaklah dianggap SULIT dalam semua peringkat. Kepada...

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

EzLearn2U.my. Tingkatan 3 Sejarah Bab 4 : Kerjasama antara kaum ke Arah Kemerdekaan. Soalan Objektif. Pilih jawapan yang paling tepat

Peperiksaan Penguasa Kastam

Nama : Tingkatan : Sekolah : HAK CIPTA JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUANKULA LUMUR BAB 1 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

DEBAT SANTAI LANCASTER UNIVERSITY 02hb JANUARI 2013

AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA BUKU PANDUAN PEMERHATI BARUNG

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

Undang-Undang Malaysia

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

Transkripsi:

1 MELAYU BERSATU: ULASAN KE ATAS PELAWAAN TUN DR. MAHATHIR Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Hanya lebih kurang dua tahun dahulu, Tun Dr. Mahathir membuat pusingan-u dan pergi melutut kepada Dato Seri Anwar Ibrahim (DS Anwar) dan bekerjasama dengan Lim Kit Siang (DAP) dan Mat Sabu (Amanah) untuk bersama-sama menjatuhkan DS Najib dan kerajaan BN. Sekarang beliau membuat pusingan-u lagi. Kali ini beliau mengajak partiparti Melayu (dan orang Melayu) bersatu dengan menyertai partinya, Bersatu, untuk memperkuatkan kedukan politik orang Melayu. Saya perturunkan dahulu laporan itu setakat yang berkenaan: JOHOR BAHRU, 2 Zulkaedah 1440H, Jumaat Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengajak parti Melayu, termasuk UMNO, supaya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mengelakkan bangsa Melayu berpecah. Pengerusi Bersatu itu berkata, Johor pernah menjadi kubu kuat UMNO, tetapi selepas parti itu hilang arah, Bersatu dapat membuka jalan memasuki negeri ini. Beliau juga mendapati sekarang ini semakin banyak parti Melayu diwujudkan, sekali gus mengurangkan potensi untuk memenangi pilihan raya. Sebagai seorang Melayu yang semenjak tahun 2014 menyeru parti-parti Melayu, terutama sekali UMNO dan Pas, supaya bekerjasama, saya tentulah tertarik dengannya. Tetapi, beberapa persoalan besar timbul daripada pelawaan yang ringkas itu yang perlu difikirkan: Apakah yang menyebabkan beliau berbuat demikian? Apakah tujuannya? Apakah bentuk perpaduan itu? Apakah yang menyebabkan beliau berbuat demikian? Saya akan bincang dripada dua perspektif. Pertama, beliau berbuat demikian kerana terdesak, untuk menyelamatkan diri dan parti. Kedua, beliau berbuat demikian sematamata untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Kita tahu bahawa Bersatu adalah parti terkecil dari segi bilangan kerusi Parlimen yang dimilikinya dalam Pakatan Harapan (PH), tetapi Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri (PM) atas pesetujuan parti-parti komponen PH yang dikatakan selama dua tahun itu. Sekarang tempoh dua tahun itu semakin hampir. DS Anwar sudah tidak sabar menunggu lagi. DAP juga nampak seolah-olah sudah tidak sabar dengan tindak tanduk Tun Dr Mahathir dan lebih suka DS Anwar mengambil alih jawatan PM. Tetapi, Tun Dr Mahathir

2 nampak seolah-olah keberatan untuk melepaskan jawatannya dan mula bercakap bahawa beliau memerlukan tiga tahun untuk menyelasaikan tugasnya. DS Anwar tentu tidak bersetuju dan DAP pun, didesak oleh pengundi Cina yang mula tidak senang dengan Tun Dr. Mahathir, tentu sekali menyokong DS Anwar. Dalam keadaan itu, Tun Dr. Mahathir hanya mempunyai dua pilihan: Pertama, besetuju menyerahkan jawatan PM kepada DS Anwar dan menjadi penumpang dalan kerajaan PH yang pemandunya DS Anwar dan navigatornya DAP. Kedua, tidak menyerahkan jawatan PM kepada DS Anwar yang, besar kemungkinan, akan mengakibatkan undi tidak percaya akan dilakukan oleh PKR-DAP-Amanah terhadap beliau dan Bersatu disingkir dari PH. (Ini cuma mungkin dilakukan jika DS Anwar dapat mengumpul cukup kerusi untuk menubuh kerajaan tanpa Bersatu. Ini bererti, senyap-senyap, mungkin DS Anwar juga berusaha memujuk ahli-ahli Parlimen UMNO untuk menyertai PKR.) Saya tidak fikir Tun. Dr. Mahathir boleh menerima pilihan pertama itu. Maka, setakat yang boleh, beliau akan cuba mengelaknya. Oleh itu, pelawaan itu adalah untuk mengelakkan senario pertama dan kedua itu berlaku. Maka, beliau mengajak parti-parti Melayu dan orang Melayu bersatu. Sebenarnya, beliau tidak menghendaki orang Melayu yang berparti atau tidak berparti untuk menjadi ahli Bersatu untuk menguatkan kedudukan Bersatu dalam PH kerana mereka tidak boleh menguatkan kedudukan Bersatu dalam PH. Yang boleh menguatkan kedudukan Bersatu dalam PH adalah bilangan ahli Parliman yang dimilikinya. Parti Melayu di luar PH yang ada ahli Parlimen adalah UMNO dan Pas. Tetapi, ahli-ahli Parlimen Pas tentu sekali tidak akan meninggalkan Pas dan menyertai Bersatu. Taat seita mereka terhadap parti adalah kuat. Sebenarnya pelawaan beliau itu adalah ditujukan kepada ahli-ahli Parlimen UMNO. Tetapi, beliau tidak boleh terus menujukan pelawaannya kepada mereka. Perpaduan Melayu adalah alasan yang paling sesuai digunakan. Dilihat dari sudut ini, pelawaan itu nampaknya bukanlah terbit daripada niat untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam, tetapi kerana terdesak untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai PM dan partinya dalam PH. Mungkin dihujahkan, ini politik. Dalam politik tidak ada moral. Yang penting ialah kehendak kita tercapai. Dalam kata-kata lain, kita tidak perlu memikirkan sebab pelawaan itu dibuat. Kita hanya perlu melihat kepada cadangan itu, sama ada ia menguntungkan orang Melayu atau tidak. Jika ia menguntungkan, ia patut diterima. Saya tidak fikir sebab pelawaan itu dibuat tidak perlu dipertimbangkan langsung. Ini kerana, jika ia berbangkit daripada sebab kedua (untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam), maka tujuan beliau membuat palawaan itu adalah

3 lebih ikhlas. Jika demikian, beliau tentulah lebih komited dalam mempertahankan hakhak orang Melayu dan kedudukan agama Islam dan tidak akan mungkir janji dan membuat pusingan-u seperti yang dilakukannya kepada PH. Sebaliknya, jika alasannya ialah yang pertama (kerana terdesak dan untuk menyelamatkan diri), maka parti-parti Melayu perlulah lebih berhati-hati untuk mengelak daripada menjadi kuda tunggangannya. Pelawaan kepada individu (terutama sekali kepada ahli-ahli Parlimen UMNO) menyertai Bersatu itu terpakai sama ada Bersatu berada di dalam PH atau pun di luar PH. Tetapi, pelawaan kepada parti-parti Melayu untuk bergabung dengan Bersatu tidak boleh berlaku jika Bersatu masih menjadi anggota PH atas sebab-sebab berikut: Pertama, saya tidak fikir PH boleh menerima satu pakatan beberapa buah parti sebagai satu anggota dalam PH. Kedua, DAP dan Amanah tentu tidak boleh menerima Pas sebagai anggota PH. Demikian juga Pas tidak mungkin menyertai PH jika DAP dan Amanah berada di dalamnya. Ketiga, Setiausaha Agung UMNO telah pun mengatakan UMNO tidak akan menyertai PH selagi DAP menjadi anggotanya. Keempat, DAP tentu tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu yang bergabung dengan UMNO dan Pas. Apa akan jadi jika PH menyingkir Bersatu? Jika itu berlaku, kita akan berhadapan dengan senario-senario berikut: Pertama, jika Tun Dr. Mahathir dapat mengumpul majoriti kerusi daripada ahli-ahli Parlimen di luar PH, beliau boleh kekal sebagai PM Kedua, beliau boleh meminta Yang di-pertuan Agong (YDPA) mengadakan pilihanraya umum. Ketiga, pada masa yang sama, jika PH dapat mengumpul majoriti ahli Parlimen yang memihak kepadanya, ia boleh meminta YDPA melantik calonnya mengganti Tun Dr. Mahathir. Jika Tun Dr. Mahathir enggan meletak jawatan atau YDPA enggan melantik calon PH untuk menjadi PM, PH boleh mengusulkan undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir di Parlimen. Jika ia diluluskan, Tun Dr. Mahathir terpaksa meletak jawatan dan PM baru kerajaan PH akan dilantik, melainkan jika sebelum usul itu diluluskan, YDPA telah pun mengisytiharkan perkenan baginda untuk diadakan pilihanrayu umum. Saya telah katakan bahawa ahli-ahli Parlimen Pas tidak akan meninggalkan parti mereka untuk menyertai Bersatu. Bagaimana dengan ahli-ahli Parlimen UMNO? Beberapa orang ahli Parlimen UMNO telah pun menyertai Bersatu, termasuk bekas menteri. Ada

4 beberapa orang bekas menteri lagi yang nampak seperti sedang memerhati mana yang lebih menguntungkan mereka. (Bagi saya mereka ini tidak ada maruah.) Mungkinkah UMNO akan menutup kedai dan manasihat semua ahlinya menyertai Bersatu? Pada masa ini pun, UMNO, dari segi bilangan ahlinya, bilangan kerusi yang di menanginya, nilai eset UMNO lebih besar daripada Bersatu. (Masalahnya ia dibekukan). Infrastrukturnya terdapat di seluruh negara. Bandingkan dengan Bersatu. Jika ditolak undi orang Cina dan undi orang India, jika UMNO dan Pas mengelak daripada bertanding tiga penjuru dengan Bersatu, dengan orang muda yang semasa PRU14 teruja dengan ucapan Tun Dr. Mahathir dan Mat Sabu menghentam DS Najib, kini sudah mula kecewa dengan janji-janji yang tidak ditepati, bilangan kerusi yang boleh dimenangi oleh Bersatu dalam PRU 15 mungkin boleh dibilang dengan jari sebelah tangan. Sebenarnya, berada di luar PH, Bersatu lebih memerlukan UMNO daripada sebaliknya. Itu pun, selagi Tun Dr. Mahathir masih ada. Tanpa beliau, Bersatu mungkin lebih dahulu tutup kedai. Memandang dari sudut itu, adalah tidak logic bagi UMNO untuk menutup kedai dan beramai-ramai mengangkut harta benda kepunyaan UMNO untuk di bawa masuk Bersatu. Kerap disebut bahawa Tun Dr Mahathir mempunyai satu senjata yang boleh digunakan terhadap UMNO: membatalkan pendaftaran UMNO. Melihat peruntukan Akta Pertubuhan 1966 secara sepintas lalu, jika tindakan itu hendak dibuat pun, ia berkemungkinan di bawah seksen 13 (1) (c) yang bermula dengan Jika Pendaftar berpuas hati Itu pun, setakat ini, saya tidak nampak peruntukan mana yang berkenaan. Perlu diambil ingatan bahawa seksyen-kecil (3) (1) (c) adalah mengenai kuasa Pendaftar. Undang-undang menhendaki Pendaftar berpuas hati bahawa salah satu keadaan yang tersebut itu wujud dan untuk berpuas hati beliau mestilah mempunyai keterangan untuk menyokongnya. Pendaftar perlu menimbang hanya faktor-faktor yang berkenaan (relevant) dan membuat keputusan yang tidak unreasonable. Membuat keputusan atas arahan PM atau Menteri melanggar kaedah ini dan menyebabkan keputusan itu boleh diketepikan oleh mahkamah. Itu Pendaftar perlu faham. Jangan fikir PM atau Menteri boleh mengarahkannya berbuat apa sahaja. PM dan Menteri juga perlu faham. Biar apa pun, katakanlah Pendaftar Pertubuhan membatalkan pendaftaran UMNO, ia tentu akan menjadi tekanan kepada bekas ahli-ahli UMNO untuk mencari sebuah parti untuk disertainya. Pilihan yang ada adalah parti-parti yang sedia ada, atau mereka

5 memohon didaftar sebuah parti baru. Bagi saya pilihan yang terakhir disebut itu adalah lebih bermaruah. Katakanlah, UMNO tidak dibatalkan pendaftarannya dan Bersatu sudah berada di luar PH, patutkah UMNO bekerjasama dengan Bersatu sabagaimana ia, pada prinsipnya, telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Pas. Dalam bembuat pertimbangan itu, UMNO patutlah berunding dengan Pas terlebiih dahulu dan membuat pendirian bersama. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut: Pertama, UMNO dan Pas telah lebih awal berbincang mengenai kerjasama di antara keduanya untuk menentang PH dan telah pun melakukannya dengan jayanya. Janganlah kerjasama itu musnahkan oleh Bersatu. Kedua, UMNO dan Pas adalah dua parti Melayu/Islam terbesar dan tertua. Kerjasama di antara keduanya lebih bermakna kepada orang Melayu/Islam daripada kerjasama salah satu daripadanya dengan Bersatu. Ringkasnya, kerjasama UMNO dan Pas adalah lebih utama dan sebarang kerjasama dengan Bersatu hendaklan atas persetujuan bersama UMNO dan Pas. Matlamat utama ialah mengalahkan PH. Melangkah selangkah lagi. Katakanlah Bersatu berada di luar PH dalam PRU 15, apakah bentuk kerjasama itu? Jika kerjasama itu hanya di antara UMNO dan Pas, ianya lebih mudah. Di kawasan yang di menangi oleh UMNO, UMNO bertanding. Di kawasan yang dimenangi oleh Pas, Pas bertanding. Di kawasan yang dimenangi oleh PH, jika UMNO mendapat lebih banyak undi daripada Pas, UMNO bertanding, dan sebaliknya. Jika Bersatu berada dalam kerjasama ini, bagi kawasan yang dimenangi UMNO dan Pas, kita boleh gunakan formula yang sama. Tetapi, bagi kawasan yang dimenangi oleh Bersatu dan PKR, Bersatu tentu mahu diberikan kedapanya. Tetapi, kita perlu ingat mereka menang dengan bantuan undi orang Cina dan kerana undi orang Melayu berpecah di antara UMNO dan Pas. Tolak dua faktor itu, di kebanyakan Kawasan, PKR atau Bersatu tidak mungkin menang. Sekarang, undi orang Cina sudah tidak ada, UMNO dan Pas akan mengelak pertandingan sama sendiri, anak-anak muda sudah mula kembali kepada UMNO, mengapa kawasan-kawasan itu hendak diberi kepada Bersatu? Menimbang semua itu, adalah lebih baik UMNO dan Pas kekal dengan kerjasamanya yang asal. Seperti air mencari parasnya sendiri, biarlah Bersatu menemui setakat mana kekuatannya, bersendirian. 09 07 2019 tunabdulhamid@gmail.com http://www.tunabdulhamid.my https://tunabdulhamid.me