INOVASI MELALUI PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) Ahmad Manfazi bin Manaf, Nurul Aina binti Ismayuddin UMP Advanced Education

dokumen-dokumen yang mirip
KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

LAMPIRAN B KETERANGAN BAGI BENTUK / KATEGORI PROGRAM KOMUNITI. A) Projek One-Off Individu

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

Program Doktor Pendidikan Tinggi

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

2. TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA PENYELIDIKAN & PENGEMBANGAN ILMU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA UPNM PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

DASAR e-pembelajaran NEGARA (DePAN)

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TAJUK PROJEK: TEKNIK DAN PROSEDUR PEMBUATAN BERSANDAR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

RASIONAL KOLEJ VOKASIONAL

SESI PERKONGSIAN SEKSYEN KENAIKAN PANGKAT PEJABAT PENDAFTAR. 11 April 2018

Pelan Strategik KTSN Ke Arah Pembangunan Insaniah Pelajar. Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib Pengetua

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB 8 MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

PERANCANGAN STRATEGIK. Politeknik Sultan Idris Shah Kementerian Pendidikan Malaysia

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

TEL: FAX:

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN DI TERENGGANU (HALAL CERTIFICATION OF TERENGGANU FOOD INDUSTRY)

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

KAPS-12 Kod Amalan Syarat Kemasukan Khas - Bahasa Inggeris, Kesihatan SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Pencapaian KPI PSPTN UKM 2013

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

POLISI PENERBITAN BAB DALAM BUKU (BOOK CHAPTERS) UTM

PENGGUBALAN SATU SKIM PEMBAYARAN UPAH KEPADA STAF & MAHASISWA UNIVERSITI DAN INDIVIDU LUAR

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

UNSUR PENILAIAN TERAS UTAMA UNTUK KENAIKAN PANGKAT - KATEGORI I Lampiran 1A-1

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN EKONOMI PENTERNAK KAMBING DAN KELUARGA DI MUKIM BATU TALAM RAUB, PAHANG

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

GARIS PANDUAN LIBATSAMA INDUSTRI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

GARIS PANDUAN LIBATSAMA KOMUNITI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

HARI MISI KESINAMBUNGAN BISNES 2017 : JCORP INTRAPRENEUR 2.0 CHALLENGE

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) 2014

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEMERIHALAN ANUGERAH INOVASI UKM TAHUN 2014 (PENILAIAN 2013)

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

KPI POLITEKNIK (2013) Achievement 2012 Achievement Process Owner. Strategic Objective. Operational Definition. Bil

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

GARIS PANDUAN SEMAKAN KURIKULUM

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang Dan Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda)

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KAPS-13 Kod Amalan Program Luar (Pesisir/Khas) SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

GARIS PANDUAN BERKAITAN INDUSTRY- CENTRE OF EXCELLENCE (I-CoE) Universiti Malaysia Pahang

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DASAR DAN PRINSIP JAMINAN KUALITI PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KAPS-11 Kod Amalan Pengajian Doktoral Industri SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN PENJANAAN EKONOMI PENTERNAK IKAN PATIN DI TEMERLOH, PAHANG

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

Transkripsi:

INOVASI MELALUI PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) Abstrak Ahmad Manfazi bin Manaf, Nurul Aina binti Ismayuddin UMP Advanced Education E-mel: ahmadmanfazi@gmail.com, ainaisma87uae@gmail.com Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan lonjakan ketiga dalam pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada pendidikan asas dan pendidikan tertiari negara. Tambahan pula, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT), turut memfokus kepada seluruh warga Malaysia untuk menghayati PSH. PSH merupakan program yang telah lama dijalankan oleh kebanyakan agensi dan institusi-institusi pengajian tinggi lain. Justeru, UAE mengambil inisiatif untuk melaksanakan PSH melalui pelbagai inovasi bagi memastikan kualiti programprogram PSH ini terjamin. Antaranya mempelbagai dan menawarkan program-program profesional baharu PSH. Bagi memastikan kualiti program yang ditawarkan ini terjamin, UAE telah memperkenalkan garis panduan akademik dan mewujudkan buku peraturan akademik sebagai rujukan dalam pelaksanaan program-program PSH. Dengan adanya garis panduan ini, bahagian akademik UAE dapat mengawal kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar bagi tujuan jaminan kualiti. Beberapa langkah lain seperti proses pembelajaran dan penilaian perlu mengikut panduan yang digariskan. Sehingga kini, UAE telah melahirkan seramai 1891 pelajar sejak tahun 2012 sehingga 2015. Sebahagian besar pelajar berkenaan telah pun mendapat pekerjaan di industri yang mengimplikasikan bahawa kebolehpasaran graduan PSH adalah tinggi. Kata Kunci: Inovasi, PSH, UAE, kualiti, garis panduan program PSH, buku peraturan akademik PSH UMP. 1

Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah university teknikal yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran disamping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan. UMP menawarkan program berbentuk Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) memlalui anak syarikat miliknya iaitu UMP Advanced Education (UAE). Antara program-program yang ditawarkan oleh UAE adalah; 1. Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda separuh masa ; 2. Program professional dan eksekutif bagi golongan pekerja industri ; 3. Program pembangunan sosioekonomi ; 4. Program kursus jangka pendek. Pembelajaran Sepanjang Hayat Agenda pembelajaran sepanjang hayat (PSH) mendapat perhatian pihak kerajaan dalam memastikan aspek pendidikan diperluas untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, berilmu pengetahuan, berdaya saing dan pro-aktif dalam menimba ilmu. Ini jelas dizahirkan dalam Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2020 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025. PSH juga merupakan tonggak ketiga kepada Pembangunan Modal Insan yang menjadikan inisiatif ini satu realiti ke arah menuju sebuah negara Malaysia yang kompetetif dan mempunyai kelebihan bersaing. Di negara maju, konsep PSH telah lama diterap dan diamalkan seiring dengan perkembangan ekonomi dan taraf hidup serta dunia semasa yang semakin menuntut rakyatnya untuk mempunyai ilmu pengetahuan yang terkini. Umumnya, konsep PSH antara Kesatuan Eropah, UNESCO dan Bank Dunia mentakrifkan pembelajaran sepanjang masa dalam pelbagai bentuk merentas umur ke arah manambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Boleh dikatakan untuk mencapai status negara maju, aspek pembangunan modal insan yang memberi fokus kepada PSH adalah satu kemestian. Masayarakat yang berilmu adalah penting untuk memastikan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menterjemah pelbagai inisiatif dan cabaran demi 2

memastikan usaha transformasi negara untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi 2020 menjadi kenyataan. Penawaran Program-Program PSH Baharu Merujuk kepada Pelan Strategik Universiti Malaysia Pahang (2011-2015), ia menggariskan keperluan pembangunan modal insan profesional. Maka UMP perlu melahirkan individu dan profesional yang berketerampilan dan menepati kehendak pasaran dengan bantuan kepakaran daripada pihak industri serta niche sedia ada di UMP.Selain daripada menawarkan program akademik sepenuh masa, UMP juga menawarkan program akademik berteraskan pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Program PSH termasuk program separuh masa, eksekutif dan profesional di peringkat Sijil, Diploma, Bacelor dan Master. Melalui penglibatan aktif bersama Fakulti / Pusat di UMP, kerjasama mantap turut dijalinkan bersama pihak industri, rakan kerjasama serta agensi kerajaan dalam usaha untuk memperkembang program PSH. Tambahan itu, program yang dicadangkan ini merupakan program PSH di peringkat diploma profesional yang melibatkan industri dan komuniti setempat. Antara program profesional baharu PSH yang ditawarkan oleh UAE adalah: a) Sijil Profesional i- Sijil Profesional Teknologi Automotif b) Diploma Profesional i- Diploma Profesional Pengurusan Automotif (Servis Selepas Jualan) ii- Diploma Profesional Teknologi Elektrik & Pemasangan iii- Diploma Profesional Kawalan Proses & Teknologi Instrumentasi (Minyak dan Gas) iv- Diploma Profesional Teknologi Pembuatan c) Bacelor Eksekutif i- Bacelor Eksekutif Pengurusan Pembuatan Pihak UAE menawarkan program baharu ini melalui kolaborasi pintar rakan kerjasama yang mensasarkan pasaran di Johor dan Selangor.mempunyai pasaran pelajar yang ditakrifkan sebagai market ready. Pada masa yang sama, program ini membuka peluang penjenamaan UMP melalui pelaksanaan pembelajaran di lokasi premis pihak rakan kerjasama berkaitan dengan menyediakan dewan kuliah serta prasarana yang kondusif. Pengambilan pertama program baharu ini telah dilaksanakan dalam tahun 2016.Program ini adalah usaha untuk mempelbagaikan kaedah penawaran program PSH di UMP. Program PSH bukan sahaja 3

membuka peluang kepada golongan berkerjaya yang berkelayakan untuk meningkatkan kompetensi, bahkan kepada mereka yang berpengalaman kerja tetapi tiada kelayakan akademik juga akan berpeluang untuk melanjutkan pengajian. Pengwujudan Garis Panduan Perancangan Dan Pelaksanaan Program PSH UMP Dalam hal ini, seiring dengan pertambahan program dan bilangan peserta yang semakin meningkat, tuntutan memastikan perancangan dan pelaksanaan program yang dijalankan adalah amat penting. Permintaan program-program yang bersifat industry-driven dan selari dengan dasar-dasar semasa yang mendapat tempat dalam kalangan pasaran serta industri serta yang memberi impak akan diutamakan oleh pihak UAE.Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan untuk mewujudkan Garis Panduan Perancangan dan Pelaksanaan Program PSH bagi panduan kepada Fakulti/Pusat di UMP di dalam merancang dan melaksanakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Perkara ini penting dan seterusnya dapat menjamin dan mengawal kualiti program akademik yang ditawarkan bersama Fakulti/Pusat di UMP adalah sentiasa terkawal.cadangan ini juga selaras dengan hasrat Majlis Pembelajaran Sepanjang Hayat (MPSH) tentang keperluan meletakkan aspek penambahbaikan kualiti secara berterusan program PSH di UMP berada pada tahap yang baik. Penawaran program PSH oleh Fakulti/Pusat di UMP terbahagi kepada program separuh masa, profesional/eksekutif dan kursus jangka masa pendek di mana program ini perlu dirancang secara teliti dan mengikut garis panduan.ump Advanced Education (UAE) berperanan sebagai urus setia dalam menyelaras proses perancangan penawaran dan pembangunan program PSH oleh Fakulti/Pusat di UMP. Ini termasuk menyediakan dokumen rujukan, mengkaji keperluan PSH oleh fakulti/agensi luar dan menjalinkan kerjasama strategik dengan Fakulti/Pusat bagi menyelaraskan penawaran program PSH yang bersesuaian dengan keperluan tersebut. PengwujudanBuku Peraturan Akademik Program Profesional PSH UMP Sebelum terhasil nya buku peraturan akademik ini, pihak UAE menggunapakai Kerangka Peraturan Akademik Program PSH dimana ianya telah mendapat kelulusan Mesyuarat Senat Kali Ke-117 Bil.7/2015 dan mula dikuatkuasakan kepada pelajar dan rakan kerjasama dalam mewujudkan satu keseragaman dan standard bagi pelaksanaan program PSH pada masa hadapan.selari dengan perkembangan semasa, terdapat keperluan untuk mewujudkan Buku Peraturan Akademik Program Profesional PSH bagi menjamin dan mengawal kualiti program akademik yang ditawarkan bersama rakan kerjasama strategik adalah sentiasa terkawal. 4

Perkara ini juga selari dengan dinamik akademik dan penambahbaikan kualiti secara berterusan program PSH UMP Buku Peraturan Akademik Program Profesional PSH yang dicadang telah dibentangkan untuk penambahbaikan dan semakan melalui Bengkel Penambahbaikan Peraturan Program Separuh Masa & Program Profesional yang telah diadakan pada 13 April 2016 dan Bengkel Penambahbaikan Peraturan Program Profesional pada 19 Mei 2016. Kesimpulan dan Rumusan Semoga dengan usaha dan inovasi secara berterusan ini, penambahbaikan serta pembaharuan dapat ditingkatkan dan dapat menarik minat serta meningkatkan jumlah pelajar disamping kualiti program PSH UMP terjamin. Ini adalah seiring dalam memperluas akses pendidikan dan memperkasa agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) Pengajian Tinggi (Lonjakan Ketiga) dan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (2011-2020). 5