PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR

dokumen-dokumen yang mirip
Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan permohonan hak harta intelek hasil penyelidikan UPM di dalam dan luar negara.

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

3.1 Timbalan Pengarah (Geran Penyelidikan), RMC adalah bertanggungjawab menentukan garis panduan ini dipatuhi.

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan permohonan hak harta intelek hasil penyelidikan UPM di dalam dan luar negara.

4.1 Penentuan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI)

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/LAB/P001 PROSEDUR PENGURUSAN MAKMAL/BENGKEL

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001. Prosedur ini menerangkan cara perlaksanaan penyelenggaraan ICT.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SOKONGAN PENENTUKURAN DAN VERIFIKASI PERALATAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/LAB/P001 PROSEDUR PENGURUSAN MAKMAL/BENGKEL

SOKONGAN PENENTUKURAN DAN VERIFIKASI PERALATAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

SOKONGAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/LAB/P001 PROSEDUR PENGURUSAN MAKMAL/BENGKEL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN GERAN PENYELIDIKAN

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN GERAN PENYELIDIKAN

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NIC KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (NRGS-KPM) (NICHE RESEARCH GRANT SCHEME)

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

OPERASI PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANCELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) KOD DOKUMEN: UPM/OPR/HEPA/P001

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/OPR/IDEC/P004

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

GARIS PANDUAN DANA PADANAN KOLABORASI

SOKONGAN PENYELENGGARAAN PERALATAN & KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: UPM/SOK/PYG/P002

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP09

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS )

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/OPR/PNC-BP/P001 PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KE LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-BYR/P009 PROSEDUR PEMBAYARAN TANPA PESANAN BELIAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

SOKONGAN PENYELENGGARAAN PERALATAN & KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: UPM/SOK/PYG/P002

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

GARIS PANDUAN DANA LONJAKAN PENERBITAN (DLP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-HSL/P015 PROSEDUR PERLAKSANAAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSITI

GARIS PANDUAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat)

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/OSH/P002

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP08

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

PROSEDUR & GARIS PANDUAN PENUBUHAN SYARIKAT TERBITAN DAN SYARIKAT SPIN OFF/ START-UP

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P007. PROSEDUR RUNDINGAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (AKADEMIK/PERTUKARAN PELAJAR) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SOKONGAN PENGURUSAN PELANGGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/PEL/P001

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN MTUN COE

DASAR HARTA INTELEK RAKAN SEKUTU UKM (TAMBAHAN)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT BURSAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/BEN-BJT/P002 PROSEDUR PERMOHONAN PINDAHAN PERUNTUKAN BELANJA MENGURUS

Transkripsi:

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 1/15 1.0 TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan menerangkan kepada penyelidik tentang kaedah permohonan geran penyelidikan, pengurusan dan pelaksanaan projek penyelidikan, pemantauan, perlindungan harta intelek, penyebaran dan pengkomersilan hasil penyelidikan. 2.0 TANGGUNGJAWAB TNCPI, PRMC, PPSP dan Ketua PTJ adalah bertanggungjawab menentukan garis panduan ini dipatuhi. Penyelidik dan sesiapa yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan perlu mematuhi garis panduan ini. 3.0 TERMINOLOGI DAN GLOSARI Geran Utama : Geran penyelidikan daripada agensi kerajaan iaitu Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), Exploratory Research Grant Scheme (ERGS), Long term Research Grant Scheme (LRGS), Prototype Research Grant Scheme (PRGS), penyelidikan EScienceFund dan Research University Grant Scheme (RUGS) sahaja Geran Luar : Geran penyelidikan lain selain Geran Utama daripada agensi kerajaan, swasta dan antarabangsa Penaja Geran : Terdiri daripada pihak awam dan swasta Personel R&D : Ahli kumpulan penyelidikan (Penyelidik Bersama, Pelajar Siswazah, Pembantu Penyelidik, Felo Pasca Doktoral, Felo Penyelidik dan Felo Perunding/Profesor Pelawat) JKE : Jawatankuasa Etika berkaitan peneylidikan JKP : Jawatankuasa Penilai JPHI : Jawatankuasa Penilaian Harta Intelek KM Portal : Knowledge Management Portal KP : Ketua Projek PIA : Pengarah Institut / Akademi PPSP Pengarah PSP PSP : Putra Science Park PTJ : Pusat Tanggungjawab yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan PYB : Pegawai Yang Bertanggungjawab PRMC : Pengarah RMC R&P : Reka bentuk dan Pembangunan RMC : Research Management Centre (Pusat Pengurusan Penyelidikan) TDP : Timbalan Dekan yang bertanggungjawab di dalam portfolio penyelidikan dan inovasi di PTJ TNCPI : Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) TPGP : Timbalan Pengarah, Bahagian Geran, RMC UPMH : UPM Holdings Sdn. Bhd.

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 2/15 4.0 DOKUMEN RUJUKAN Kod Dokumen UPM/PU/PY/P001 UPM/SOK/CAL/P001 UPM/PU/PY/GP16/PTJ UPM/PU/PY/GP17/PTNCPI SOK/LAB/GP01/PKM Tajuk Dokumen Prosedur Pengurusan dan Pelaksanaan Penyelidikan Prosedur Penentukuran Peralatan Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan Untuk Pusat Tanggungjawab (PTJ) Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan Untuk Pejabat TNCPI Garis Panduan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal/Bengkel Buku Peraturan Kewangan dan Perakaunan, Pejabat Bendahari UPM Pelan Strategik UPM Buku Panduan Perkhidmatan UPM Polisi Penyelidikan UPM Statut Universiti Putra Malaysia (Harta Intelek) 2003 Polisi Media Universiti Putra Malaysia Guidelines for EScienceFund Garis Panduan Permohonan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) Garis Panduan Permohonan Exploratory Research Grant Scheme (ERGS) Garis Panduan Permohonan Longterm Research Grant Scheme (LRGS) Garis Panduan Permohonan Prototype Research Grant Scheme (PRGS) Garis Panduan Permohonan Research University Grant Scheme (RUGS) Garis Panduan Permohonan NKEA Herbs Research Grant Scheme (NRGS) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Akta Rahsia Rasmi 1972 Akta Paten 1983 Dasar Harta Intelek Negara 2007 Akta Arkib Negara 2003 Akta Hakcipta 1986 Akta Cap Dagangan 1976 Akta Rekabentuk Perindustrian 1996 Akta Varieti Tumbuhan Baru 2004

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 3/15 5.0 PANDUAN 5.1 Reka Bentuk Pembangunan dan Pelaksanaan Penyelidikan 5.1.1 Rancang R&P Penyelidikan a) Pelaksanaan R&P penyelidikan di dalam kertas cadangan penyelidikan (proposal) perlu dirancang berpandukan pelan strategi, polisi penyelidikan, etika penyelidikan berkaitan, program penyelidikan universiti / bidang tujahan universiti, perancangan strategik negara (seperti Rancangan Malaysia, National Key Result Areas (NKRA), National Key Economic Area (NKEA), Economics Transformation Programme (ETP)) serta keperluan penaja geran. b) Tahap proses merekabentuk penyelidikan perlu ditentukan merangkumi proses semakan, verifikasi, validasi dan aktiviti yang bersesuaian di setiap peringkat penyelidikan seperti berdasarkan gantt chart / milestone penyelidikan dan perlu dikemaskini jika terdapat perubahan. c) Tanggungjawab dan bidang kuasa untuk R&P perlu ditentukan meliputi; i. Pihak lain / luar yang terlibat dalam pelaksanaan penyelidikan termasuk pelajar siswazah berserta tanggungjawab yang jelas dan pastikan komunikasi efektif dengan semua pihak terlibat. ii. Kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi menjalankan penyelidikan. 5.1.2 Keperluan Input R&P Penyelidikan a) Pastikan input R&P penyelidikan di dalam kertas cadangan penyelidikan lengkap, jelas, mencukupi dan tidak bercanggah merangkumi objektif, kaedah kajian, kajian literature, kajian terdahulu, jangkaan hasil dan keperluan peraturan/akta yang berkaitan. b) Input lain yang perlu dikenal pasti adalah seperti berikut: i. Keperluan kewangan untuk menjalankan penyelidikan ii. Bahan mentah / material untuk kegunaan penyelidikan iii. Mesin atau alat perkakasan yang bersesuaian iv. Sumber manusia / ahli penyelidik yang kompeten v. Tempoh masa untuk menjalankan penyelidikan vi. Persekitaran kerja yang kondusif dan bersesuaian vii. Pengurusan sumber / informasi / data yang bersesuaian

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 4/15 5.1.3 Keperluan Output R&P Penyelidikan a) Output R&P disediakan dalam bentuk yang membolehkan verifikasi dilakukan terhadap input R&P dan mestilah diluluskan sebelum dikeluarkan. b) JKP akan menyemak dan membuat penilaian kertas cadangan penyelidikan dari aspek kecukupan input R&P, lengkap, jelas dan tidak bercanggah antara satu sama lain. 5.2 Panduan Geran Utama 5.2.1 Permohonan Geran Utama a) Penyediaan kertas cadangan penyelidikan mestilah; i. Mengikut format penaja; atau ii. Menggunakan Borang Permohonan Geran Penyelidikan RUGS (PU/PY/BR01/RUGS) bagi Research University Grant Scheme (RUGS). b) Penyelidik perlu memastikan kertas cadangan adalah lengkap sebelum menghantar kertas cadangan penyelidikan ke Pejabat TDP/PIA dari segi; i. Pematuhan kepada syarat penaja KP memenuhi syaratsyarat pemohonan (status lantikan, kewarganegaraan, projek sedang dalam pelaksanaan, permohonan peruntukan tidak melebihi siling yang ditetapkan, bilangan penerbitan, dsb); ii. Kecukupan dokumen Carta Alir, Gantt Chart, CV Ketua Projek, CV Ahli projek, bukti penerbitan dan lainlain dokumen yang diperlukan oleh penaja. iii. Kecukupan maklumat semua ruangan borang diisi dengan lengkap oleh penyelidik, borang ditandatangani, dsb 5.2.2 Penilaian Geran Utama a) Penyelidik perlu membuat pindaan sepertimana dicadangkan oleh JKP di peringkat Universiti. Pindaan akan dinilai semula oleh JKP. b) Penyelidik perlu memastikan kertas cadangan yang dipinda semula adalah lengkap sepertimana perkara 5.2.1 (b) dan dihantar kepada TPGP melalui TDP/PIA dalam tempoh masa yang ditetapkan. 5.2.3 Makluman Keputusan permohonan Geran Utama a) Keputusan permohonan daripada penaja akan dimaklumkan kepada penyelidik oleh pihak RMC. Salinan keputusan akan dihantar kepada TDP/PIA.

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 5/15 b) Bagi permohonan yang berjaya, penyelidik perlu melengkapkan persetujuan penerimaan geran / menandatangani perjanjian dan dikembalikan kepada TPGP. c) Bagi permohonan yang melibatkan penggunaan manusia, haiwan dan organisma hidup, penyelidik perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Etika diperingkat universiti melalui Pejabat PRMC dan pihak berkuasa berkaitan. Bagi penilaian etika berkaitan Organisma Hidup yang Terubahsuai (GMO), borang boleh dimuat turun daripada laman web http://www.nre.gov.my. d) Penyelidik perlu memaklumkan keputusan penilaian etika yang diterima terus daripada pihak berkuasa berkaitan kepada TDP/PIA dan PRMC. 5.2.4 Pelaksanaan Projek Penyelidikan Geran Utama a) Penyelidikan perlu dilaksanakan sepertimana kertas cadangan penyelidikan yang telah diluluskan atau dokumen perjanjian penyelidikan yang telah ditandatangani. b) Bagi pelantikan personel R&D, KP perlu menyokong Borang Permohonan Pelantikan Personel R&D (PU/PY/BR38/PERSONELR&D) yang diisi oleh pemohon dan dikemukakan kepada TDP/PIA untuk diproses. c) Segala perbelanjaan menggunakan peruntukan geran perlu mendapatkan kelulusan TDP/PIA kecuali bagi perolehan aset dan inventori yang bernilai RM1,000 per unit dan ke atas perlu mendapatkan kelulusan PRMC. d) Semasa pelaksanaan penyelidikan, sekiranya terdapat keperluan terhadap perkara di bawah, penyelidik perlu mengisi Borang Pengurusan Geran (PU/PY/BR39/URUSGERAN) dan dihantar kepada PRMC untuk pengesahan melalui TDP/PIA; i. perolehan aset; ii. pembelian inventori yang bernilai RM1,000 dan ke atas per unit; iii. pertukaran Ketua Program / Ketua Projek; Nota : Penyelidik perlu membuat permohonan pertukaran Ketua Projek dengan mengisi Borang Pengurusan Geran (PU/PY/BR39/URUSGERAN) sekiranya tidak boleh lagi mengetuai projek. Maklumat awal berkaitan pertukaran Ketua Projek ini perlu dimaklumkan kepada Ketua PTJ untuk tindakan selanjutnya. iv. perlanjutan tempoh projek; v. perubahan agihan peruntukan;

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 6/15 e) Penyelidik perlu memastikan peralatan dikalibrasi sebelum menjalankan penyelidikan. Rujuk Prosedur Penentukuran Peralatan (UPM/SOK/CAL/P001). f) Penyelidik perlu mematuhi peraturan makmal semasa menjalankan penyelidikan di makmal. Rujuk Garis Panduan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal/Bengkel (SOK/LAB/GP01/PKM). g) Penyelidik dan kumpulan penyelidikan perlu mencatatkan kerja penyelidikan dalam buku rekod aktiviti penyelidikan. Rujuk langkah 5.4. h) Penyelidik boleh merancang perbelanjaan geran penyelidikan berdasarkan panduan berikut; i. 20% daripada jumlah peruntukan diterima dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh mula projek; ii. 60% daripada jumlah peruntukan diterima dalam tempoh setahun pelaksanaan projek; dan iii. 100% daripada keseluruhan peruntukan apabila tamat projek. i) Penyelidik tidak dibenarkan untuk berbelanja melebihi jumlah peruntukan yang diluluskan. 5.2.5 Pelaporan Geran Utama a) Verifikasi aktiviti penyelidikan perlu dilaksanakan melalui laporan kemajuan berkala untuk memastikan output R&P telah mencapai keperluan input R&P yang dijalankan. b) Penyelidik perlu menyediakan laporan kemajuan penyelidikan(lkp) menggunakan borang berikut; i. Skim Geran Universiti Penyelidikan (RUGS) Borang Laporan Kemajuan Penyelidikan (PU/PY/BR09/LKP) dan Borang Laporan Output Penyelidikan (PU/PY/BR15/OUTPUT) sekiranya terdapat output / hasil penyelidikan yang ingin dilaporkan; atau ii. Geran dari kementerian borang mengikut format kementerian dan Borang Laporan Output Penyelidikan (PU/PY/BR15/OUTPUT) sekiranya terdapat output / hasil penyelidikan yang ingin dilaporkan. c) Penyelidik perlu menghantar LKP dua kali setahun ke TDP/PIA. Laporan kemajuan hendaklah dihantar selewatlewatnya pada 10 Januari dan 10 Julai setiap tahun. d) LKP akan dinilai oleh panel yang dilantik oleh PTJ melalui seminar atau lainlain bentuk penilaian setiap kali penghantaran laporan. Walau bagaimana

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 7/15 pun, penilaian melalui seminar adalah tertakluk kepada sekali setahun bagi setiap projek. Laporan akan dinilai dari segi; i. Pencapaian / kemajuan projek; ii. Isu dan masalah yang dihadapi; iii. Penggunaan dan pengemaskinian buku rekod penyelidikan; dan iv. Pelaksanaan semakan penyelidikan oleh penyelidik dengan menggunakan Borang Laporan Semakan Penyelidikan (LSP) (PU/PY/BR14/LSP) tertakluk kepada projek yang telah mencapai setahun tempoh pelaksanaan. e) Penyelidik yang gagal mengemukakan laporan kemajuan dan projek bermasalah perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Ketua PTJ untuk tindakan selanjutnya. f) Penyelidik perlu menyediakan laporan akhir penyelidikan (LAP) menggunakan borang berikut; i. Skim Geran Universiti Penyelidikan (RUGS) Borang Laporan Akhir Penyelidikan (PU/PY/BR10/LAP) dan Borang Laporan Output Penyelidikan (PU/PY/BR15/OUTPUT); atau ii. Geran dari kementerian Borang mengikut format kementerian dan Borang Laporan Output Penyelidikan (PU/PY/BR15/OUTPUT). g) LAP perlu dihantar kepada TDP/PIA selewatlewatnya tiga (3) bulan selepas tarikh tamat projek atau mengikut keperluan penaja. h) LAP akan dinilai oleh panel yang dilantik oleh PTJ melalui seminar atau lainlain bentuk penilaian yang akan ditentukan oleh PTJ. Laporan akan dinilai dari segi; i. Pelaksanaan projek yang mengikut jadual; ii. Pencapaian output seperti dicadangkan; iii. Perbelanjaan yang mengikut jadual; iv. Bilangan penerbitan, pembentangan dalam dan luar negara dan sumber manusia yang dihasilkan berdasarkan garis panduan penaja geran; v. Isuisu yang dihadapi dalam pelaksanaan projek ; dan vi. Penggunaan dan pengemaskinian buku rekod penyelidikan. i) Makluman penutupan akaun akan dibuat 9 bulan daripada tarikh tamat projek oleh pihak RMC. Sebarang tanggungan perbelanjaan yang tidak dijelaskan selepas akaun projek ditutup adalah tanggungjawab KP. j) Penyelidik mestilah menyerahkan aset/ inventori di bawah setiap projek yang telah tamat kepada Ketua PTJ. Rujuk Prosedur Pengurusan Aset (UPM/SOK/KEWAST/P012).

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 8/15 5.3 Panduan Geran Luar 5.3.1 Permohonan Geran Luar a) Penyediaan kertas cadangan penyelidikan mestilah mengikut format penaja atau geran lain yang tidak mempunyai format khusus penaja mestilah menggunakan Borang Permohonan Geran Luar (PU/PY/BR02/GERANLUAR) dan dihantar ke Pejabat TDP/PIA. b) Bagi penyelidikan yang melibatkan kerjasama dengan pihak luar, Borang Permohonan Geran Luar (PU/PY/BR02/GERANLUAR) hendaklah dilampirkan bersama dengan dokumen yang diperlukan. c) Penyelidik perlu menandatangani NonDisclosure Agreement (NDA) sebelum perbincangan kerjasama dengan pihak industri dijalankan. d) Keputusan permohonan daripada penaja akan dimaklumkan oleh PRMC kepada penyelidik. Salinan akan dihantar kepada TDP/PIA. e) Bagi geran yang diperolehi terus daripada penaja (tanpa melalui RMC), penyelidik perlu memaklumkan kelulusan kepada TDP/PIA beserta dokumen berkaitan; i. Surat tawaran daripada penaja; atau ii. Dokumen perjanjian; iii. Kertas cadangan penyelidikan; dan iv. Borang pembukaan akaun amanah. f) Bagi permohonan yang berjaya, penyelidik perlu melengkapkan persetujuan penerimaan geran / menandatangani perjanjian dan dikembalikan kepada TPGP. g) Bagi permohonan yang melibatkan penggunaan manusia, haiwan dan organisma hidup, penyelidik perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Etika diperingkat universiti melalui Pejabat PRMC dan pihak berkuasa berkaitan. Bagi penilaian etika berkaitan Organisma Hidup yang Terubahsuai (GMO), borang boleh dimuat turun daripada laman web http://www.nre.gov.my h) Penyelidik perlu memaklumkan keputusan penilaian etika yang diterima terus daripada pihak berkuasa berkaitan kepada TDP/PIA dan PRMC. PRMC akan menamatkan projek sekiranya gagal mendapatkan kelulusan penilaian etika penyelidikan.

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 9/15 i) Penyelidik perlu melengkapkan Borang Pembukaan Akaun Amanah (SOK/KEW/BR042/AKN) mengikut Garis Panduan Permohonan Pembukaan Akaun Amanah (SOK/KEW/GP024/AKN). 5.3.2 Pelaksanaan Geran Luar a) Penyelidikan perlu dilaksanakan sepertimana kertas cadangan penyelidikan yang telah diluluskan atau dokumen perjanjian penyelidikan yang telah ditandatangani. b) Bagi pelantikan personel R&D, KP perlu menyokong Borang Permohonan Pelantikan Personel R&D (PU/PY/BR38/ PERSONELR&D) yang diisi oleh pemohon dan dikemukakan kepada TDP/PIA untuk diproses. c) Segala perbelanjaan menggunakan peruntukan geran perlu mendapatkan kelulusan TDP/PIA kecuali bagi perolehan aset dan inventori yang bernilai RM 1,000 per unit dan ke atas perlu mendapatkan kelulusan PRMC. d) Semasa pelaksanaan penyelidikan, sekiranya terdapat keperluan terhadap perkara di bawah, penyelidik perlu mengisi Borang Pengurusan Geran (PU/PY/BR39/URUSGERAN) dan hantar kepada PRMC untuk pengesahan melalui TDP/PIA; i. perolehan aset; ii. pembelian inventori yang bernilai RM1,000 dan ke atas per unit; iii. pertukaran Ketua Program / Ketua Projek; Nota : Penyelidik perlu membuat permohonan pertukaran Ketua Projek dengan mengisi Borang Pengurusan Geran (PU/PY/BR39/URUSGERAN) sekiranya tidak boleh lagi mengetuai projek. Maklumat awal berkaitan pertukaran Ketua Projek ini perlu dimaklumkan kepada Ketua PTJ untuk tindakan selanjutnya. iv. perlanjutan tempoh projek; v. perubahan agihan peruntukan; e) Penyelidik perlu memastikan peralatan dikalibrasi sebelum menjalankan penyelidikan. Rujuk Prosedur Penentukuran Peralatan (UPM/SOK/CAL/P001). f) Penyelidik perlu mematuhi peraturan makmal semasa menjalankan penyelidikan di makmal. Rujuk Garis Panduan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal/Bengkel (SOK/LAB/GP01/PKM). g) Penyelidik dan kumpulan penyelidikan perlu mencatatkan kerja penyelidikan dalam buku rekod aktiviti penyelidikan. Rujuk langkah 5.4.

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 10/15 h) Penyelidik boleh merancang perbelanjaan geran penyelidikan berdasarkan panduan berikut; i. 20% daripada jumlah peruntukan diterima dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh mula projek; ii. 60% daripada jumlah peruntukan diterima dalam tempoh 12 bulan pelaksanaan projek; dan iii. 100% daripada keseluruhan peruntukan apabila tamat projek. i) Penyelidik tidak dibenarkan untuk berbelanja melebihi jumlah peruntukan yang diluluskan 5.3.3 Pelaporan Geran Luar a) Verifikasi aktiviti penyelidikan perlu dilaksanakan melalui laporan kemajuan berkala untuk memastikan output R&P telah mencapai keperluan input R&P yang dijalankan. b) Laporan kemajuan perlu dihantar mengikut jadual perbatuan seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian. c) Sekiranya terdapat output / hasil penyelidikan, Borang Laporan Output Penyelidikan (PU/PY/BR15/OUTPUT) ini boleh dihantar pada bilabila masa. d) Makluman penutupan akaun akan dibuat 9 bulan daripada tarikh tamat projek oleh pihak RMC. Sebarang tanggungan perbelanjaan yang tidak dijelaskan selepas akaun projek ditutup adalah tanggungjawab KP. e) Penyelidik mestilah menyerahkan aset / inventori di bawah setiap projek yang telah tamat kepada Ketua PTJ. Rujuk Prosedur Pengurusan Aset (UPM/SOK/KEWAST/P012). 5.4 Buku rekod aktiviti penyelidikan (bagi semua jenis geran penyelidikan) 5.4.1 Penyelidik dan kumpulan penyelidikan perlu mencatatkan kerja penyelidikan meliputi tujuan, bahan penyelidikan, kaedah yang digunakan, keputusan yang diperolehi serta kesimpulan daripada eksperimen dalam buku rekod aktiviti penyelidikan seperti berikut: a) Format buku rekod adalah bebas tetapi muka hadapan buku perlu mengandungi, nama penyelidik, nama penyelia (jika ada), tahun mula catatan dan tajuk projek. b) Catatan perlulah menggunakan dakwat kekal. c) Rekod catatan adalah dalam bentuk buku atau dibukukan.

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 11/15 d) Kandungan buku rekod aktiviti penyelidikan perlu diverifikasi oleh ketua projek/ penyelia atau ketua program mengikut kesesuaian setiap eksperimen / aktiviti yang dijalankan. e) Buku rekod aktiviti penyelidikan perlu dihantar bersamasama penghantaran laporan kemajuan untuk mendapatkan pengesahan TDP/PIA. f) Sepanjang tempoh pelaksanaan, semua penyelidik yang terlibat bertanggungjawab memantau dan menyimpan dengan selamat. g) Buku rekod aktiviti penyelidikan perlu dikembalikan kepada ketua projek / penyelia selepas pelajar menghantar tesis pengajian untuk pemeriksaan atau selepas pembantu penyelidik/pasca doktoral tamat perkhidmatannya dalam projek berkenaan. 5.4.2 Pada akhir penyelidikan, buku rekod aktiviti penyelidikan hendaklah diserahkan kepada TDP/PIA untuk disimpan secara kekal dan salinan disimpan oleh penyelidik. 5.5 Permohonan Baharu / Pembaharuan Perkhidmatan Kontrak Personel R&D 5.5.1 Permohonan (bagi semua jenis geran penyelidikan) a) Permohonan Personel R&D perlu dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Pelantikan Personel R&D (PU/PY/BR38/PERSONELR&D). b) Permohonan ini perlu dihantar kepada Ketua PTJ untuk proses seterusnya. 5.5.2 Penilaian Prestasi a) Ketua Projek dan TDP akan memantau prestasi personel R&D (seperti kehadiran bekerja, permohonan cuti, prestasi dan pelanjutan kontrak) menggunakan Borang Penilaian Prestasi Personel R&D (PU/PY/BR06/NILAIPRESTASI) bagi tujuan pembaharuan perkhidmatan kontrak. 5.6 Perlindungan Hasil Penyelidikan 5.6.1 Permohonan (bagi semua jenis geran penyelidikan) a) Penyelidik perlu mengisi dan menghantar borang permohonan kepada PRMC berdasarkan jenis perlindungan hasil penyelidikan berikut: i. Borang Permohonan Paten (PU/PY/BR16/PATEN); ii. Borang Permohonan Hak Cipta (PU/PY/BR17/CR); iii. Borang Permohonan Cap Dagangan (PU/PY/BR18/TM); iv. Borang Permohonan Reka Bentuk Perindustrian (PU/PY/BR19/ID); v. Borang Permohonan Varieti Tumbuhan Baru (PU/PY/BR20/NPV).

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 12/15 NOTA : Keterangan lanjut berkenaan dengan jenisjenis harta intelek boleh dirujuk di laman web Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). b) Setiap borang permohonan yang dihantar akan dibentangkan oleh penyelidik dan dinilai kesesuaiannya oleh JPHI untuk pemfailan perlindungan. Hanya permohonan yang disokong oleh JPHI sahaja yang akan difailkan dengan penambahbaikan, sekiranya ada. c) Pihak PSP akan membantu dalam proses penderafan dan permohonan pemfailan. Permohonan pemfailan yang telah lengkap akan dimajukan oleh PPSP kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia/ Pesuruhjaya Sumpah. d) Penyelidik akan menerima sesalinan sijil pemfailan/akuan berkanun daripada PSP untuk simpanan. e) Penyelidik akan menerima laporan pemeriksaan MyIPO (kecuali untuk pemfailan hakcipta) bagi penyediaan maklum balas, penambahbaikan atau penyimpanan sampel (jika berkaitan) untuk tujuan pendaftaran. f) Keputusan pendaftaran paten (patent granted) akan diterima dalam jangka masa tiga (3) tahun atau lebih bergantung kepada merit setiap kes. Penyelidik akan menerima sesalinan sijil pendaftaran daripada RMC untuk simpanan. g) Bagi pemfailan paten, penyelidik akan menerima tawaran untuk membuat pemfailan ke luar negara dari PSP sebelum tamat tempoh setahun daripada tarikh pemfailan di Malaysia. h) Bagi penyelidik yang berminat untuk memohon pemfailan luar negara, penyelidik perlu menyediakan kertas cadangan kajian pasaran untuk dibentang dan dinilai oleh JPHI. Keutamaan akan diberikan kepada permohonan yang mempunyai rakan perniagaan. i) Hanya permohonan yang disokong oleh JPHI sahaja yang akan difailkan. Proses seterusnya bagi pemfailan di luar negara adalah sama seperti proses pemfailan di Malaysia. 5.7 Penyebaran Hasil Penyelidikan 5.7.1 Seminar/ Konferensi/ Bengkel/Lawatan Luar Negara a) Permohonan Seminar/ Konferensi/ Bengkel/Lawatan Luar Negara adalah bertujuan untuk membentangkan kertas kerja atau poster, menghadiri

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 13/15 mesyuarat / bengkel atau membuat lawatan teknikal seperti yang diluluskan dalam kertas cadangan penyelidikan. b) Penyelidik perlu mengemukakan Borang Permohonan SKBL (PU/PY/BR30/SKBL) ke Pejabat TDP/PIA, selewatlewatnya 6 minggu sebelum tarikh program. Permohonan akan dipertimbangkan oleh JKKSKBL yang bermesyuarat pada minggu kedua setiap bulan. c) Bagi permohonan yang berjaya, penyelidik perlu mendapatkan kelulusan Naib Canselor sebelum menghadiri program dengan menggunakan Borang Permohonan Ke Luar Negara (SOK/KEW/BR035/BYR) dan sekiranya perjalanan melebihi 14 hari, penyelidik perlu mendapatkan kelulusan pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang dibuat melalui Pejabat Naib Canselor. d) Setelah tamat program yang dihadiri penyelidik perlu; i. Menghantar Borang Laporan Perjalanan Ke Luar Negara (PU/PY/BR31/LAPORANSKBL) dan salinan kertas kerja yang dibentangkan kepada TDP/PIA dalam tempoh sebulan setelah tamat program yang dihadiri. Kegagalan penyelidik mengemukakan laporan akan menjejaskan permohonan menghadiri seminar ke luar negara pada masa akan datang. ii. Membentangkan laporan dan kertas kerja dalam seminar di peringkat PTJ mengikut perancangan PTJ. iii. Menghantar satu salinan kertas kerja yang dibentangkan kepada Ketua Seksyen, Unit Perolehan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM untuk tujuan koleksi bahan rujukan perpustakaan. 5.7.2 Penerbitan Jurnal Pertanika a) Bagi penyelidik yang ingin menyebarkan hasil penyelidikan melalui penerbitan Jurnal Pertanika (Journal Science & Technology/Journal Social Sciences and Humanities/Journal Tropical Agriculture Sciences), sila rujuk kod etika penerbitan atau berhubung terus dengan Penerbit UPM. 5.7.3 Pameran a) Pameran penyelidikan terbahagi kepada pameran pertandingan dan trade show. Penyelidik boleh mendapatkan maklumat pameran penyelidikan yang ingin disertai melalui laman web Pejabat TNCPI atau sumber lain sama ada di dalam atau luar negara.

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 14/15 b) Sekiranya pameran yang ingin disertai adalah pameran pertandingan, penyelidik perlu memastikan syarat berikut dipenuhi; i. R&D telah dilindungi; ii. R&D pernah memenangi anugerah peringkat UPM bagi penyertaan pameran pertandingan peringkat kebangsaan; iii. R&D pernah memenangi anugerah peringkat kebangsaan bagi penyertaan pameran pertandingan peringkat antarabangsa. c) Permohonan pameran pertandingan perlu dibuat melalui laman web www.exhibition.upm.edu.my. Permohonan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pameran Kebangsaan/ Antarabangsa dan kos berkaitan akan dibiayai oleh PSP. d) Bagi pameran trade show yang ingin disertai, penyelidik akan ditawarkan penyertaan pameran daripada PSP. e) Bagi penyertaan pameran yang diluluskan, penyelidik perlu menghubungi pihak PSP bagi menyediakan bahan pameran (poster/brosur/direktori/sampel produk). 5.7.4 Hebahan Media a) Penyelidik perlu menghubungi PSP dan menyediakan maklumat lengkap berkenaan hasil penyelidikan yang telah bersedia untuk dihebahkan/promosi melalui media massa (akhbar/majalah/televisyen). 5.8 Pengkomersilan Hasil Penyelidikan 5.8.1 Sekiranya penyelidik ingin menjalankan pengkomersilan, penyelidik perlu melengkapkan Borang Suai Padanan Teknologi (PU/PY/BR23/SPT) atau surat permohonan dari syarikat dan dihantar kepada Pejabat PSP. 5.8.2 Penyelidik bersamasama dengan pihak syarikat akan diminta untuk membuat pembentangan yang diaturkan oleh PSP bagi menentukan jenis kerjasama yang tepat dengan pihak industri. 5.8.3 Sekiranya perbincangan berjaya mencapai keputusan untuk pengkomersilan, pihak PSP akan melesenkan harta intelek tersebut kepada pihak UPMH. 5.8.4 UPMH akan menjalankan proses perundingan pengkomersilan dengan pihak syarikat termasuk; a) Menentukan kadar yuran pelesenan, royalti dan ekuiti b) Jenis mod pengkomersilan sama ada perlesenan secara eksklusif/ tidak eksklusif, penjualan terus dan lainlain.

( DAN INOVASI) GARIS PANDUAN PENGURUSAN Halaman: 15/15 6.0 REKOD KUALITI Bil Kod Fail, Tajuk Fail dan Senarai Rekod 1. UPM/(KOD PTJ)/7002/ 1/(NAMA GERAN)/(KOD PROJEK) Fail Projek (Nama Geran/ Kod Projek / Nama Penyelidik) Tempat dan Tempoh Simpanan Pejabat TDP / PIA Tanggungjawab Menyenggara TDP / PIA / PT Kuasa dan Cara Melupus Ketua PTJ Senarai Rekod: 1. Surat makluman kelulusan / tawaran geran 2. Kelulusan etika penyelidikan jika ada 3. Kertas cadangan penyelidikan muktamad 4. Borang Pengurusan Geran (PU/PY/BR39/URUSGERAN) jika ada 5. Borang Permohonan Pelantikan Personel R&D (PU/PY/BR38/PERSONELR&D) jika ada 6. Borang Laporan Output Penyelidikan (PU/PY/BR15/OUTPUT) 7. Borang Laporan Kemajuan Penyelidikan (PU/PY/BR09/LKP) 8. Borang Laporan Akhir Penyelidikan (PU/PY/BR010/LAP) 9. Laporan Penilaian dan Semakan Penyelidikan (PU/PY/ BR09/LSP) 10. Borang Permohonan SKBL (PU/PY/BR03/SKBL) jika ada 11. Borang Laporan Perjalanan ke Luar Negara (PU/PY/BR31/LAPORANSKBL) jika ada 12. Dokumen yang berkaitan 7 tahun setelah semua projek tersenarai tamat Rincih 2. Buku rekod penyelidikan PTJ Kekal KP Ketua PTJ