ULASAN BUKU / BOOK REVIEW

dokumen-dokumen yang mirip
PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Pentingnya pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia *RESOLUSI

Shamrahayu A. Aziz, (Profesor Madya, Dr) Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN SEMASA (SIKCAS) 2013

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

Bab 2. Bab 5. Bab. Bab 1. Bab. 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 10. Bab

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Ulasan Buku / Book Review Dilema Ummah di Malaysia oleh Muhammad Syukri Salleh Bangi: Penerbit UKM. 66 halaman.

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

Beberapa aspek tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Sinopsis:

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. Mengenal pasti dan merangka strategi survival Melayu dan Bumiputera Menjelaskan strategi. Bumiputera fokus Malaysia.

Malaysia: Tohmahan dan Kefahaman (Perspektif. undang) Undang-undang

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UCAPAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN PENASIHAT KEHORMAT YAYASAN SOFA SEMINAR DAKWAH DAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA -

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian, 1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama mengucapkan syukur ke

Ulasan Buku/Book Review

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

TEKS UCAPAN YABHG TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DI MAJLIS SELAWAT & SALAM PERDANA 2014 GEMA CINTA 5 NEGARA UNTUK MU YA HABIBALLAH

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

Oleh: YBhg. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari Profesor Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGENALAN CTU261 5/18/2014. Fatimah Hamrie 1 CTU 261 ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEJARAH SPM 1249/2 (Set D)

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU MODEN (Soalan Sebenar STPM: )

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Transkripsi:

National University of Malaysia Institute of Islam Hadhari ULASAN BUKU / BOOK REVIEW Islam Hadhari dalam negara Islam oleh Abdul Manaf Ahmad. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2006, 151 hlm. Diulas oleh Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari Buku ini merupakan antara karya yang boleh dikategorikan sebagai reaksi kepada pengisytiharan prinsip Islam Hadhari yang telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Dato Seri ketika itu) pada tahun 2004. Buku ini telah ditulis oleh Datuk Abdul Manaf Haji Ahmad, bekas Timbalan Yang Di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan dihadiahkan kepada saya 24 Mac 2007 ketika bertemu beliau di pejabat YADIM untuk membincangkan tentang kerjasama menganjurkan sebuah seminar berkaitan sejarah dan tamadun Islam. Buku ini digarap untuk menelusuri konsep kenegaraan di dalam Islam termasuk konsep Islam Hadhari yang diketengahkan oleh kerajaan. Buku ini turut menyingkap sejarah negara Islam dari zaman Rasulullah s.a.w sehingga pemerintahan kerajaan Islam sekarang. Penulis berpendapat bahawa gaya pemerintahan Rasulullah s.a.w. merupakan panduan yang paling ideal untuk umat Islam menjalankan pemerintahan negara. Baginda s.a.w. merupakan model bagi umat Islam menyelesaikan masalah negara dan bagaimana melaksanakan sebuah pemerintahan yang adil kepada setiap rakyat termasuk yang bukan beragama Islam. Selain itu, buku ini turut menyentuh pelbagai aspek penting seperti Perjanjian Hudaibiyyah, Sahifah Madinah, Perlembagaan Malaysia dan sebagainya untuk renungan para pembaca. Selain itu, buku ini mengandungi beberapa faktor penting seperti berikut: 1. Nas asal Perlembagaan Islam Madinah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk panduan dan rujukan umat Islam. 2. Ulasan mengenai isu-isu penting dalam Perlembagaan Malaysia khususnya berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan oleh pakar perundangan seperti Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim. 3. Kajian perbandingan yang menarik di antara Perlembagaan Islam dan Perlembagaan Malaysia. 119

4. Mengandungi hujah-hujah yang bersandarkan ayat-ayat al-qur an dan hadith serta pendapat ulama salaf dan khalaf. 5. Ulasan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Malaysia. Buku ini dibahagikan kepada empat bab utama iaitu:- Bab Pertama Bab Kedua Bab Ketiga Bab Keempat Negara Islam Peranan Islam dalam Perlembagaan Malaysia Kajian perbandingan Islam Hadhari: Pendekatan Malaysia bagi mencapai kemajuan ummah Bab pertama membincangkan sejarah kemunculan negara Islam bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. hingga zaman Kerajaan Abbasiyyah. Penulis telah menghuraikan proses pembentukan kerajaan Islam di Madinah dengan menyatukan persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, mewujudkan perikatan dengan golongan Yahudi Madinah, memeterai Perjanjian Hudaibiyah dengan orang kafir Quraisy dan membentuk Sahifah Madinah (hlm. 1-15). Semua usaha ini telah dilakukan dengan baik oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjamin survival negara Islam Madinah yang baru ditubuhkan. Bab ini turut membincangkan tentang Perlembagaan Madinah (atau Sahifah Madinah) dan peranannya dalam membentuk ummah dan bangsa bagi sebuah negara Islam. Selain itu, perlembagaan ini turut berperanan untuk menjaga keamanan dan kebahagiaan rakyat jelata di negara Islam Madinah. Penulis turut memuatkan teks dokumen Perlembagaan Madinah yang siap diterjemah ke dalam bahasa Melayu sebagai rujukan (hlm. 26-41). Bab ini turut menjelaskan secara ringkas tentang perjalanan sistem pemerintahan Islam selepas zaman Rasulullah s.a.w. iaitu era Khulafa al-rashidin, Umawi dan Abbasi. Tanggungjawab rakyat dan pemerintah turut disertakan sebagai kaedah untuk menjamin kestabilan dan keutuhan negara. Bab kedua membincangkan tentang peranan Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan bererti pemerintahannya berteraskan kepada ketuhanan Allah Yang Esa dan menolak anggapan bahawa Perlembagaan Malaysia bersifat sekular. Selain itu, bab ini turut mengulas beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia yang bertepatan dengan tuntutan Islam seperti Perkara 121 (1A), Bahagian 2 Perkara 5 berkaitan kebebasan diri, Perkara 6 (1) yang menolak hamba abdi, Perkara 8 (1) berkaitan sama rata menurut Islam, dan Perkara 32 (1) menyebut tentang jawatan Yang Di-Pertuan Agong yang boleh disamakan dengan jawatan khalifah dalam Islam (hlm. 75-90). Bab ketiga memuatkan kajian perbandingan antara Perlembagaan Islam dengan Perlembagaan Malaysia. Penulis menjelaskan dalam buku ini bahawa Perlembagaan Malaysia berpandukan al-qur an dan tidak bersifat sekular 120

kerana meletakkan kuasa yang ada kepada agama Islam di mercu yang tinggi, apabila ia mengiktiraf agama Islam sebagai agama Persekutuan. Penulis turut menyenaraikan nilai-nilai tersirat dalam perlembagaan yang memasukkan Islam sebagai agama Persekutuan mengandungi unsur-unsur berikut (hlm. 99-100): 1. Agama Islam mengaku dan mengiktiraf bahawa kuasa Allah mengatasi segala kuasa yang tersebut dalam Perlembagaan Malaysia. Dengan itu, ia selari dengan Perlembagaan Islam yang menyebut bahawa kuasa Allah mengatasi segala kuasa lain. 2. Agama Islam mengaku al-qur an sebagai perlembagaan yang unggul, tunggal dan lengkap. Perlembagaan Malaysia merupakan secebis daripadanya. 3. Mengaku dan percaya kepada syahadah dan beriman dengannya. 4. Mengaku sebagai umat Islam yang percaya kepada Rukun Islam dan Rukun Iman. 5. Melaksanakan syariat Islam seperti yang dikehendaki di dalam al- Qur an sedikit demi sedikit sekadar yang termampu. Penulis turut menyatakan bahawa Rukun Islam menjadi sandaran kepada Perlembagaan Malaysia. Malah, Perlembagaan Malaysia ini memberi banyak faedah dan manfaat kepada umat Islam kerana sentiasa mendapat peruntukan yang mencukupi bagi program-program meningkatkan syiar Islam sehingga dapat mengembangkan Dawlah al-islamiyyah dengan bebas dan berkesan. Antara faedah-faedah tersebut ialah penubuhan Majlis Kebangsaan Hal-ehwal Ugama Islam Malaysia, pendidikan Islam, melindungi Islam, peruntukan kewangan kerajaan untuk pembangunan umat Islam, hak istimewa orang Melayu dan kebebasan beragama (hlm. 112-117). Bab keempat membincangkan Islam Hadhari dan pendekatan Malaysia bagi mencapai kemajuan ummah. Permulaan bab ini berkisarkan kepada sejarah ringkas pembangunan dan perkembangan Islam di Malaysia bermula pada zaman penjajahan hingga era pemerintahan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia. Antaranya seperti kuasa Raja-Raja Melayu terhadap hak keistimewaan orang Melayu dan kesucian agama Islam, penubuhan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC), pembangunan bidang pendidikan agama, penubuhan yayasan agama seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, penubuhan institusi seperti Bank Islam dan Universiti Islam 121 Ulasan Buku / Book Review

Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pemerkasaan Islam menerusi gagasan Islam Hadhari (hlm. 118-121). Penulis merasakan Islam Hadhari dibawa pada masa yang tepat ketika rakyat Islam di Malaysia mahukan satu perlembagaan Islam wujud dalam pemerintahan negara. Selain itu, gagasan ini turut memberi penekanan kepada aspek-aspek utama Islam seperti politik, ekonomi, sosial, akidah dan peradaban (hadharah). Penulis telah mendefinisikan Islam Hadhari sebagai Islam yang menekankan aspek tamadun dan dalam bahasa Inggeris sebagai Civilizational Islam atau Islamic Civilizational Approach. Justeru, takrifan ini membawa maksud ajaran Islam yang fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan negara yang bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta masalah penjajahan pemikiran dan cara hidup (hlm. 125-126). Namun demikian, terdapat begitu banyak perbezaan dan perselisihan berkaitan takrif dan istilah Islam Hadhari misalnya Abdul Hadi Awang yang menolak istilah Islam Hadhari yang mempunyai kesilapan dari sudut tatabahasa dan merasakan istilah yang tepat ialah al-hadharah al-islamiyyah. Walau bagaimanapun, 10 prinsip utama Islam Hadhari yang diperkenalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan berlandaskan al-qur an. Selain itu, menerusi prinsip Islam Hadhari, rakyat dapat mengembangkan potensi diri masing-masing, tanpa takut untuk meluahkan kreativiti kerana tiada halangan sama ada dari segi halangan budaya, undang-undang dan adat resam. Semua ini akan dapat membentuk semangat kesukarelaan yang tinggi sehingga mencintai kebaikan dan melakukannya hanya untuk mendapat keredhaan Allah. Penulis turut menyatakan pendapat dalam buku ini bahawa konsep Islam Hadhari perlu dijelaskan kepada pegawai kerajaan dan orang awam agar golongan ini dapat memahaminya dengan baik dan melaksanakan semua prinsip tersebut. Selain itu, Islam Hadhari ini mesti mempunyai pelan bertindak yang sistematik khususnya berkaitan kerjaya yang cemerlang, kewangan yang telus, rakyat yang sihat dan hidup dalam keadaan aman. Umat Islam di Malaysia berharap agar agenda Islam Hadhari disusun dan dijalankan dengan sebaik-baiknya supaya tasawwur tentang Islam tidak bersifat retorik sematamata. Agenda tersebut harus disusun dengan lebih baik untuk masyarakat yang toleran, berintegrasi dan saling menghormati antara suku kaum dan pegangan agama. Semua ini mesti dilakukan dengan berpegang kepada al-qur an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dengan mengambil negara Islam Madinah sebagai contoh untuk membina satu sistem kenegaraan yang utuh dan cemerlang. Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 122

123