GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS)

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) (PINDAAN TAHUN 2015)

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) (PINDAAN TAHUN 2018)

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NIC KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (NRGS-KPM) (NICHE RESEARCH GRANT SCHEME)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS )

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN MTUN COE

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU

PERMOHONAN SKIM GERAN - INDUSTRI -

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (Knowledge Transfer Programme) - KTP - KOMUNITI - JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS Pusat Penyelidikan dan Inovasi

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LESTARI (PINDAAN TAHUN 2016)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

GARIS PANDUAN DANA LONJAKAN PENERBITAN (DLP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN DANA PADANAN KOLABORASI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM. ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2016 (PINDAAN MAC 2015)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP08

GARIS PANDUAN. ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2017

GARIS PANDUAN PROJEK ARUS PERDANA (AP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05

Garis Panduan GERAN DANA UCS (DUCS) (PINDAAN 2017) Bahagian Penyelidikan & Inovasi UCS Kampus Puncak Alam (03) /4179

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK SHORT TERM GRANT (STG) PINDAAN TAHUN 2014

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP09

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN BESTARI PERDANA (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN GERAN BESTARI

GARIS PANDUAN GERAN INSENTIF PENYELIAAN (GIP) (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS - TOP DOWN (PUSAT KAJIAN/ /UNIT KAJIAN/UNIT PENYELIDIKAN)

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN PROJEK ARUS PERDANA (AP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

Skop penyelidikan adalah merangkumi penyelidikan fundamental dan gunaan dalam bidang mengikut kluster berikut:


DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PROSEDUR & GARIS PANDUAN PENUBUHAN SYARIKAT TERBITAN DAN SYARIKAT SPIN OFF/ START-UP

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

Pejabat Kluster Penyelidikan UNIVERSITI MALAYA. Pejabat Kluster Penyelidikan. Garis Panduan UMRG

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PANDUAN PENGENDALIAN PERMOHONAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN GERAN PEMADANAN MTV DAN SOKONGAN LAWATAN ARTIS KE LUAR NEGARA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

GARIS PANDUAN BERKAITAN INDUSTRY- CENTRE OF EXCELLENCE (I-CoE) Universiti Malaysia Pahang

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

1. ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

DASAR DAN ETIKA PENYELIDIKAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

ANUGERAH KHAS UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

KANDUNGAN. 1.0 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi Definisi Latihan Industri Objektif Khusus. 4

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

Transkripsi:

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) (PINDAAN TAHUN 2019) BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 7, NO.2, MENARA 2 JALAN P5/6, PRESINT 5 62000 PUTRAJAYA. No. Tel: 03-8870 6974/6975 No. Faks: 03-8870 6867 BPKI JPT KPM PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 1 GARIS

KANDUNGAN Visi dan Misi Penyelidikan Fundamental 3 BAHAGIAN 1 (PENGENALAN) 1.1 Pendahuluan 4 1.2 Falsafah 4 1.3 Definisi 4 1.4 Tujuan 4 BAHAGIAN 2 (PERMOHONAN) 2.1 Syarat Am Permohonan 5 2.2 Sektor Keutamaan Negara, Kluster Penyelidikan Dan Domain Penyelidikan 6 2.3 Tempoh Penyelidikan 7 2.4 Siling Peruntukan 7 2.5 Hasil Penyelidikan 7 2.6 Peraturan Permohonan 8 BAHAGIAN 3 (PENILAIAN) 3.1 Penilaian Permohonan 10 3.2 Kriteria Penilaian 11 BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 4.1 Pelaksanaan Penyelidikan 12 4.2 Pemantauan Projek 12 BAHAGIAN 5 (PERATURAN KEWANGAN) 5.1 Kod Perbelanjaan 15 5.2 Penggunaan Peruntukan 16 BAHAGIAN 6 (KEPUTUSAN) 6.1 Pemberitahuan Keputusan Dan Pengagihan Peruntukan 17 6.2 Dokumen Dan Ikatan Perjanjian 17 LAMPIRAN Carta Alir dan Jadual 19 BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 2

VISI DAN MISI PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL Visi Penyelidikan fundamental yang berdaya saing untuk transformasi ilmu dan kecemerlangan negara Misi Membudaya, memperkasa dan melestarikan kapasiti penyelidikan berimpak tinggi bagi menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap perkembangan bakat, peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baharu dan penyuburan peradaban yang dinamik BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 3

BAHAGIAN 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Dokumen Garis Panduan Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia ini disediakan sebagai rujukan dan panduan bagi permohonan geran penyelidikan di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Garis Panduan ini perlulah dirujuk bersekali dengan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 1.2 FALSAFAH Kebanyakan hasil penyelidikan pembangunan prototaip tidak dapat dikomersilkan kerana hasil penyelidikan masih di peringkat awal. Untuk kesinambungan, Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) diwujudkan untuk membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan bagi tujuan penciptaan teknologi baru selaras dengan keperluan K-Ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru. 1.3 DEFINISI Dana yang diwujudkan bagi pembangunan prototaip untuk merapatkan jurang di antara penemuan makmal/penyelidikan sehingga sebelum pra-pengkomersilan. Ini termasuk pembuktian konsep (proof of concept), penilaian (evaluation), skala naik (up-scaling), ujian pra-klinikal (pre-clinical testing) dan ujian lapangan (field testing). 1.4 TUJUAN Dana PRGS diwujudkan untuk membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan bagi tujuan penciptaan teknologi/penemuan baru selaras dengan keperluan K-ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru. BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 4

BAHAGIAN 2 PERMOHONAN Pihak JPT, KPM akan memaklumkan pembukaan tarikh permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) melalui surat rasmi kepada institusi. Institusi perlu membuat hebahan pembukaan permohonan dan melaksanakan penilaian permohonan mengikut ketetapan JPT, KPM. Carta alir bagi proses permohonan adalah seperti di Rajah 1. 2.1 SYARAT AM PERMOHONAN 2.1.1 Warganegara Malaysia. 2.1.2 Kakitangan akademik tetap/kontrak (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah) dimestikan mempunyai penyelidik bersama bertaraf tetap dari institusi yang sama. 2.1.3 Bagi kakitangan akademik bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia yang bertaraf tetap. 2.1.4 Permohonan baharu PRGS mestilah berdasarkan projek Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) atau lain-lain geran fundamental yang telah mencapai objektif dan telah lengkap sepenuhnya (100%) serta disahkan oleh RMC. 2.1.5 Pemohon hanya dibenarkan menjadi Ketua Penyelidik bagi satu projek dan hanya satu permohonan projek sahaja akan diperaku pada setiap fasa. 2.1.6 Permohonan baharu bagi Ketua Penyelidik yang telah diluluskan Geran PRGS pada fasa terdahulu akan diberi pertimbangan sekiranya tahap selesai projek telah mencapai 75% dalam modul pemantauan sistem MyGRANTS dan disahkan oleh RMC. 2.1.7 Kakitangan akademik yang bercuti belajar dan cuti sabatikal (dalam dan luar Negara melebihi tempoh 6 bulan) tidak dibenarkan membuat permohonan baharu. Walaubagaimanapun, beliau boleh menjadi ahli dalam kumpulan penyelidikan. BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 5

2.1.8 Kelulusan Jawatankuasa Etika manusia/ haiwan (jika berkaitan) perlu disertakan bersama laporan kemajuan pertama. 2.2 SEKTOR KEUTAMAAN NEGARA, KLUSTER PENYELIDIKAN DAN DOMAIN PENYELIDIKAN 2.2.1 Sektor Keutamaan Negara Setiap permohonan hendaklah memenuhi Sektor Keutamaan Negara (National Priority Areas - NPAs) seperti berikut: i. Jaminan Makanan (Food Security); ii. Jaminan Tenaga (Energy Security); iii. Tanaman Perladangan (Plantation Crops); iv. Keselamatan Siber* (Cyber Security); v. Jaminan Air (Water Security); vi. Kepelbagaian Bio (Biodiversity); vii. Penjagaan Kesihatan dan Perubatan (Healthcare and Medicine); viii. Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Environment and Climate Change); ix. Pengangkutan dan Mobiliti (Transportation and Mobility). *Nota: Sektor Keutamaan adalah merangkumi IR4.0 (Cyber Security, Big Data, Artificial Intelligence) yang merujuk kepada National Policy on Industry 4.0. 2.2.2 Kluster Penyelidikan Setiap permohonan hendaklah berdasarkan salah satu kluster penyelidikan seperti berikut: i. Jaminan dan Keselamatan Makanan (Food Safety & Security); ii. Infrastruktur Asas (Basic Infrastructure); iii. Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (Climate Change & Environment); iv. Kesihatan (Health); v. Pendidikan (Education); vi. Keselamatan Negara (National Security); vii. Kesejahteraan Sosial dan Ekonomi (Social & Economic Wellbeing); BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 6

viii. Teknologi Terkehadapan & Pembuatan Termaju (Frontier Technologies & Advanced Manufacturing). 2.2.3 Domain Penyelidikan Setiap permohonan hendaklah berdasarkan salah satu domain penyelidikan seperti berikut: i. Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Sciences); ii. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering); iii. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences); iv. Sains Sosial (Social Sciences); v. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts); vi. Warisan Alam dan Budaya (Natural and Cultural Heritage); vii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology). 2.3 TEMPOH PENYELIDIKAN Tempoh penyelidikan adalah sehingga dua (2) tahun sahaja. 2.4 SILING PERUNTUKAN Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM500,000.00. 2.5 HASIL PENYELIDIKAN Hasil penyelidikan yang perlu dicapai oleh pemegang geran Prototaip adalah sekurang-kurangnya satu (1) prototaip, satu (1) harta intelek dan hasil pengkormersilan. 2.5.1 Prototaip i. Prototaip yang memenuhi ciri-ciri/objektif yang diluluskan; ii. Prototaip yang berjaya mendapat geran pra-komersilan dan pengkomersilan. BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 7

2.5.2 Harta Intelek i. Setiap projek penyelidikan perlu menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) harta intelek. ii. Ketua projek diwajibkan memfailkan sekurang-kurangnya satu (1) IP selepas setahun projek dimulakan. iii. Bagi projek yang dbiayai oleh geran PRGS, penyelidik digalakkan untuk memohon pendaftaran Harta Intelek di dalam negeri dahulu sebelum ke peringkat antarabangsa. Harta Intelek hasil geran PRGS menjadi hak milik bersama Kerajaan Malaysia dan IPT. iv. Pengurusan Harta Intelek adalah menjadi tanggungjawab IPT. 2.5.3 Hasil Pengkomersilan i. Hasil pengkomersilan dari pembangunan prototaip yang dibiayai oleh geran PRGS dan sumber lain hendaklah dikongsi bersama mengikut pecahan pembiayaan geran dan sumbangan dalam bentuk lain bagi projek tersebut. ii. Untuk IPTA, hasil pengkomersilan perlulah diagihkan mengikut Polisi Pengkomersilan sedia ada. iii. Untuk IPTS, perincian hak milik pengkomersilan hendaklah dipersetujui dalam klausa kontrak. 2.5.4 Serahan Hasil Penyelidikan (Research Deliverables) Menghasilkan research deliverables yang berpotensi diterjemahkan dan dimanfaatkan. 2.6 PERATURAN PERMOHONAN 2.6.1 Permohonan untuk geran PRGS perlu menggunakan Borang Permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip yang terkini melalui sistem atas talian dari JPT, KPM. 2.6.2 Permohonan untuk geran PRGS dibuka kepada projek penyelidikan yang menepati syarat dan bidang penyelidikan seperti yang dinyatakan pada para 2.1 dan 2.2. 2.6.3 Pihak penyelidik diminta menyatakan geran atau sumber kewangan dari peringkat awal projek penyelidikan sehingga ke tahap memerlukan pembangunan prototaip. BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 8

2.6.4 Bagi pembangunan prototaip yang melebihi siling geran PRGS, penyelidik mestilah mengisytiharkan semua pembiayaan yang diperolehi bagi projek tersebut. 2.6.5 Pihak penyelidik perlu menyatakan perancangan geran yang telah/akan diperolehi sehingga ke tahap pra-komersilan. 2.6.6 Semua permohonan geran PRGS perlu dilakukan secara pembentangan kepada Jawatankuasa Penilaian. 2.6.7 Bagi setiap projek yang diluluskan, sekiranya perlu atas nasihat panel penilai, seorang mentor akan dilantik untuk memberi bimbingan ke arah kebolehjayaan komersil produk (commercial viability of product). 2.6.8 Bagi projek penyelidikan yang melibatkan manusia, projek tersebut perlu mendapatkan terlebih dahulu kelulusan Jawatankuasa Etika. BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 9

BAHAGIAN 3 PENILAIAN 3.1 PENILAIAN 3.1.1 Penilaian Permohonan Peringkat Institusi (Penilaian Dalaman) i. Penilaian dalaman dilaksanakan di peringkat IPT dan hasil penilaian dimajukan kepada JPT untuk penilaian dan kelulusan; ii. RMC perlu melantik Ahli Jawatankuasa Penilaian (Penilai dalaman). Pelantikan penilai perlu menepati kriteria yang ditetapkan JPT, KPM; iii. Setiap kertas cadangan penyelidikan (proposal) perlu dinilai sekurang-kurangnya dua (2) orang penilai; iv. Penilai perlu meneliti kertas cadangan penyelidikan yang dikemukakan mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan; dan v. Perakuan RMC perlulah berdasarkan syor dan perakuan panel penilai dalaman yang dilantik di peringkat IPT. 3.1.2 Penilaian Permohonan Peringkat JPT, KPM i. Permohonan geran PRGS akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian JPT mengikut domain penyelidikan yang telah ditetapkan. Jawatankuasa ini diketuai oleh seorang Pengerusi dan dianggotai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa yang diiktiraf sebagai pakar dalam domain masing-masing. ii. Pengerusi bagi setiap Jawatankuasa akan memperakukan permohonan projek yang telah dinilai berdasarkan syarat, peraturan dan kriteria kepada Jawatankuasa Teknikal PRGS yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi untuk kelulusan. iii. Pembentangan kertas cadangan dengan kaedah pitching mengikut format pembentangan oleh ketua projek (wakil TIDAK dibenarkan) bagi cadangan projek yang telah disenaraipendek akan dinilai oleh Panel Penilai yang dilantik oleh JPT, KPM. Keputusan penilaian adalah muktamad. BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 10

3.2 KRITERIA PENILAIAN 3.2.1 Geran yang dipohon mestilah melibatkan penghasilan salah satu perkara berikut: i. Pembuktian konsep (proof of concept); ii. Penilaian (evaluation); iii. Skala naik (up scaling); iv. Ujian Pra Klinikal (pre-clinical testing); atau v. Ujian lapangan (field testing). 3.2.2 Semua syarat dan peraturan garis panduan ini dipenuhi oleh pemohon. 3.2.3 Penyelidik bertanggungjawab mengemas kini profil peribadi dalam MyGRANTS. Profil penyelidik merupakan rujukan bagi penilaian kepatuhan terhadap syarat permohonan. 3.2.4 Prototaip yang memberi impak kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau 3.2.5 Prototaip yang berpotensi untuk menjana industri berasaskan ilmu/pengetahuan baru; atau 3.2.6 Prototaip yang berpotensi yang menyumbang kepada agenda strategik negara. BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 11

4.1 PELAKSANAAN PENYELIDIKAN BAHAGIAN 4 PEMANTAUAN Projek penyelidikan perlu dilaksanakan bermula pada tarikh yang ditetapkan JPT, KPM. Projek perlu dilaksanakan mengikut kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah diluluskan. IPT dan penyelidik perlu mematuhi peraturan dan ketetapan PRGS serta lain-lain ketetapan daripada JPT, KPM. IPT dan penyelidik perlu memastikan sebarang perubahan terhadap kertas cadangan penyelidikan (proposal) mematuhi tadbir urus yang telah ditetapkan. 4.2 PEMANTAUAN PROJEK Pemantauan bagi setiap IPT dan projek penyelidikan perlu mematuhi semua kaedah pemantauan yang telah ditetapkan. Pengurusan, pemantauan dan pelaporan projek adalah dipertanggungjawabkan kepada RMC setiap IPT. Carta alir pemantauan bagi geran PRGS adalah seperti di Rajah 2. 4.2.1 Pemantauan Berjadual Setiap projek penyelidikan tertakluk kepada pemantauan berjadual sepanjang tempoh projek aktif. Penghantaran laporan prestasi kepada JPT, KPM dilaksanakan setiap enam (6) bulan seperti di Jadual 1. i. Penghantaran laporan prestasi dan perbelanjaan bagi projek PRGS adalah: a. Pelaporan pada bulan Februari perlu dikemas kini mengikut pencapaian sehingga Disember pada tahun sebelum; dan b. Pelaporan pada bulan Ogos perlu dikemas kini mengikut pencapaian sehingga Jun pada tahun yang sama. ii. Borang-borang yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut: a) Borang Atas Talian (Sistem MyGRANTS) Laporan Prestasi projek penyelidikan di bawah Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS); untuk diisi oleh setiap penyelidik di IPT; BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 12

perlu dihantar kepada pengurusan penyelidikan di IPT masingmasing. b) Borang Laporan Keseluruhan Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Laporan Keseluruhan Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) mengikut Fasa bagi setiap IPT; diisi oleh pengurusan penyelidikan di IPT masing-masing sebanyak satu (1) salinan; c) Borang Laporan Kewangan Laporan Kewangan bagi Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) mengikut Fasa bagi setiap IPT; diisi oleh pengurusan penyelidikan di IPT masing-masing; d) Laporan Pencapaian Laporan Keseluruhan Pencapaian Projek-Projek Penyelidikan PRGS mengikut Fasa bagi setiap IPT; dan diisi oleh pengurusan penyelidikan di IPT masing-masing. e) Pemantauan tahunan akan dilakukan secara pembentangan kepada panel penilai JPT, KPM. 4.2.2 Pemantauan Tidak Berjadual 4.2.2.1 Setiap projek penyelidikan juga tertakluk kepada pemantauan tidak berjadual mengikut ketetapan dan keperluan JPT, KPM seperti yang berikut: i. Lawatan tapak dan pengauditan; ii. Pelaporan semula berdasarkan syor dan keperluan mengikut syarat yang ditentukan JPT, KPM. 4.2.2.2 JPT juga berhak memanggil pihak IPT untuk pelaporan tidak berjadual melalui apa-apa kaedah yang bersesuaian seperti pembentangan. BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 13

4.2.3 Laporan Akhir Ketua Penyelidik perlu menghantar laporan akhir dalam bentuk salinan keras dan salinan lembut dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tamat projek atau tarikh projek ditamatkan. i. Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut: a) Borang Laporan Akhir; b) Profil Penyelidikan (5 muka surat); c) Hasil (disertakan bahan bukti); Prototaip Harta Intelek Hasil Pengkomersilan d) Infografik Hasil Penyelidikan; e) Penyediaan video impak penyelidikan PRGS berdurasi 3-5 minit mengikut format yang telah ditetapkan JPT, KPM. ii. Semua laporan mesti berdasarkan kepada hasil penyelidikan yang diluluskan sahaja. BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 14

5.1 KOD PERBELANJAAN BAHAGIAN 5 PERATURAN KEWANGAN Peruntukan bagi Geran PRGS adalah tidak dibenarkan bagi perkara berikut: i. Menghasilkan pelan perniagaan (business plan) ii. Kajian pasaran (market survey) iii. Pameran dan promosi produk (product exhibition and promotion) iv. Pembentangan persidangan (conference presentation) 5.1.1 Vot 11000 Upah dan Elaun untuk Pegawai/Pembantu Penyelidik (RO/RA) Siling upah dan elaun bagi RO/RA adalah tidak melebihi RM36,000.00. RO/RA hendaklah yang bukan bertaraf pelajar. 5.1.2 Vot 21000 Perjalanan dan Pengangkutan i. Perjalanan domestik dan antarabangsa yang berkaitan dengan projek tidak melebihi 15% daripada jumlah geran dengan kelulusan Jawatankuasa Penilaian JPT, KPM; dan ii. Perjalanan domestik melibatkan pengangkutan udara hendaklah yang termurah. 5.1.3 Vot 24000 Sewaan Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan pembangunan prototaip. 5.1.4 Vot 27000 Bekalan dan Bahan Penyelidikan Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan pembangunan prototaip sahaja dibenarkan. BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 15

5.1.5 Vot 28000 Baik pulih Kecil dan ubahsuai Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh geran ini. 5.1.6 Vot 29000 Perkhidmatan Ikhtisas i. Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan pembangunan prototaip. ii. Pembayaran pemfailan harta intelek adalah dibenarkan dengan siling berjumlah RM5,000.00 dan selebihnya adalah di bawah tanggungan IPT. 5.1.7 Vot 35000 Aksesori dan Peralatan i. Hanya pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan berkenaan sahaja dibenarkan. Setiap permohonan mestilah disertakan justifikasi dan sebut harga mengikut pekeliling Perbendaharaan; dan ii. Jumlah yang dipohon bagi vot ini pula tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan geran. 5.2 PENGGUNAAN PERUNTUKAN 5.2.1 Tidak dibenarkan membeli peralatan komunikasi, peralatan pejabat dan perkakasan seperti workstation, komputer riba, ipad, telefon bimbit, mesin pencetak, toner, alat tulis serta apa-apa pembelian yang tidak berkaitan langsung dengan projek penyelidikan. 5.2.2 Penggunaan peruntukan geran bagi caj pengurusan/pentadbiran adalah tidak dibenarkan. BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 16

BAHAGIAN 6 KEPUTUSAN 6.1 PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN DAN PENGAGIHAN PERUNTUKAN 6.1.1 Surat kelulusan projek penyelidikan akan disampaikan kepada Naib Canselor IPT dan sesalinan surat kelulusan akan dimajukan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan IPT. 6.1.2 Pembayaran akan dibuat oleh JPT kepada Bendahari/ Kewangan IPT setelah surat kelulusan PRGS dikeluarkan berdasarkan jumlah peruntukan yang diperakukan Jawatankuasa Penilaian PRGS. 6.1.3 Keputusan Jawatankuasa Penilaian PRGS adalah muktamad. 6.2 DOKUMEN DAN IKATAN PERJANJIAN 6.2.1 Dokumen Perjanjian i. Dokumen perjanjian adalah perjanjian yang ditandatangani bagi memastikan projek penyelidikan yang dilaksanakan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di antara Kementerian (diwakili oleh JPT, KPM) dan IPT; ii. Pihak IPT hendaklah memastikan dokumen perjanjian ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa untuk menandatangani dokumen perjanjian bagi pihak IPT; dan iii. Dua (2) salinan asal perlu dikemukakan kepada JPT, KPM. 6.2.2 Ikatan Perjanjian i. Ikatan perjanjian adalah perjanjian yang ditandatangani bagi memastikan projek penyelidikan yang dilaksanakan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di antara IPT dan penyelidik; ii. Pihak IPT hendaklah memastikan ikatan perjanjian dibuat mengikut format yang ditetapkan oleh JPT, KPM. Walau bagaimanapun, pihak BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 17

IPT dibenarkan untuk membuat penambahan syarat dan terma bersesuaian dengan keperluan IPT tanpa meninggalkan sebarang maklumat asas yang telah ditentukan JPT, KPM; dan iii. Pihak IPT perlu menyerahkan satu (1) salinan ikatan perjanjian yang lengkap ditandatangani kepada JPT, KPM. BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 18

CARTA ALIR PERMOHONAN Rajah 1: Carta Alir Permohonan PRGS BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 19

CARTA ALIR PEMANTAUAN Rajah 2: Carta Alir Pemantauan PRGS BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 20

Jadual 1: Jadual Kitaran bagi Pemantauan Berjadual Projek PRGS Peringkat JPT, KPM PEMANTAUAN BERJADUAL BULAN Kitaran Pemantauan 1 Kitaran Pemantauan 2 Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis Penyediaan laporan pemantauan (bagi pencapaian Julai - Dis tahun sebelum dan pencapaian kumulatif dari tarikh mula projek) Penghantaran laporan pemantauan (bagi pencapaian Julai - Dis tahun sebelum dan pencapaian kumulatif dari tarikh mula projek) Penerimaan dan semakan laporan pemantauan (bagi pencapaian Julai - Dis tahun sebelum dan pencapaian kumulatif dari tarikh mula projek) Penyediaan laporan pemantauan (bagi pencapaian Jan - Jun tahun semasa dan pencapaian kumulatif dari tarikh mula projek) Penghantaran laporan pemantauan (bagi pencapaian Jan - Jun tahun semasa dan pencapaian kumulatif dari tarikh mula projek) Penerimaan dan semakan laporan pemantauan (bagi pencapaian Jan - Jun tahun semasa dan pencapaian kumulatif dari tarikh mula projek) BPKI JPT KPM GARIS PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 21

Sebarang pertanyaan/maklumat tambahan boleh diajukan kepada: UNIT PENGURUSAN PENYELIDIKAN BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 7, NO.2, MENARA 2 JALAN P5/6, PRESINT 5 62000 PUTRAJAYA. NO. TEL: 03-8870 6974 / 6975 NO. FAKS: 03-8870 6867 BPKI JPT KPM PANDUAN PRGS (PINDAAN 2019) 22 GARIS