3. Surat Pekeliling lkhtisas ini berkuatkuasa serta merta dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling lkhtisas yang berikut:-

dokumen-dokumen yang mirip
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1999: Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1998: Alternatif Meringankan Beban Tugas Guru Kemahiran Hidup Sekolah Menengah

PENYELARASAN WAKTU MENGAJAR BAGI GURU PENYELARAS BESTARI SERTA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH )

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.8 TAHUN 2011

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

Semua Ketua Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor. Semua Setiausaha Bahagian/Timbalan Pengarah/Ketua Penolong

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS UNTUK DUA TAHUN (TAHUN 2008 DAN 2009) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9/1991 PANDUAN MENGENAI PELAKSANAAN DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 3 TAHUN 2007 KEMEMTERIAN PENGAJIAN TINGGI

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1992 : Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Mulai Tahun 1993

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

I~ & II~ [ij1msc '-..tntrn..,rtrr.i.

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

GARIS PANDUAN MEMOHON POTONGAN DI BAWAH SEKSYEN 34(6)(ha) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN" Ruj. Kami: dlm.ipk.sel Jld.2

SURAT PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 2 TAHUN 2010 TATACARA PENERIMAAN HADIAH/DERMA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 Tahun 2014 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

LAMPIRAN A GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN (BBTP)

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1/2008

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

UTHM/PB/100 6/4/1 (14 ) Tarikh: 25Julai 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 8 / 2008

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2004 TATACARA PENYEDIAAN PESANAN TEMPATAN DI PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB

BAB 14 AUDIT DALAMAN

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/1995

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PANDUAN MENAMBAH BAIK PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MENERUSI PENGGUNAAN KIOS DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 1999 PELAKSANAAN PERKONGSIAN PINTAR ANTARA AGENSI-AGENSI KERAJAAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERADA DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

Transkripsi:

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900 Fax: 03-2535150 KP (BS) 8591/Jld.XVI (19) 9 Disember 2000 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 19/2000: Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya berhasrat untuk menggalakkan badan korporat, badan berkanun, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, dan individu perseorangan memberi kerjasama serta sumbangan dalam program yang boleh meningkatkan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan murid sekolah. Kerjasama dan sumbangan tersebut boleh berbentuk kepakaran, peralatan dan sumbangan lain dalam bidang teknologi maklumat yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh muridmurid. 2. Bersama-sama ini disertakan satu panduan untuk kegunaan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian, dan sekolah dalam urusan menerima sumbangan, tajaan, dan kerjasama daripada pihak luar yang dinyatakan di atas. Hal ini adalah bagi memastikan faedah timbal balik bersama wujud antara pihak yang menyumbang dan pihak yang menerima sumbangan. Semoga dengan cara ini pihak penyumbang mempunyai iltizam yang berterusan untuk membantu sekolah. 3. Surat Pekeliling lkhtisas ini berkuatkuasa serta merta dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling lkhtisas yang berikut:- a. Bil. 6/1988 : Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah b. Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar c. Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan Atau Pungutan Wang d. Bil. 8/2000 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah 4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada pegawai-pegawai yang berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian, dan semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan. Sekiranya terdapat sebarang keraguan tentang apa jua perkara yang tidak dinyatakan dalam panduan tersebut, maka pihak Kementerian Pendidikan hendaklah dirujuk terlebih dahulu. Sekian. Terima Kasih. 1

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" DATO SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan 3. Y.B. Dato' Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan 4. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan 5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Ketua Nazir Sekolah 10. Pegawai Perhubungan Awam 2

PANDUAN MENGGALAKKAN KERJASAMA DAN SUMBANGAN PIHAK LUAR DALAM PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Dl SEKOLAH 1. Pendahuluan 1.1 Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pihak yang berminat untuk memberi pelbagai bentuk sumbangan kepada sekolah bagi meningkatkan lagi perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan warga sekolah. Kementerian Pendidikan sememangnya menyanjung tinggi dan menggalakkan kerjasama dan sumbangan yang dibuat oleh pelbagai pihak ini dalam membantu mengembangkan kemahiran ICT, terutamanya di kalangan murid sekolah. 1.2 Tujuan panduan ini adalah untuk memaklumkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian, dan sekolah tentang perkaraperkara yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan apabila sesuatu pihak ingin menaja atau menyumbangkan kepakaran, perkakasan, perisian atau apa jua bentuk peralatan ICT kepada sekolah serta tatacara menerima sumbangan. 2. Perkara Yang Dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan 2.1 Bagi menggalakkan sumbangan, perkara yang berikut adalah dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. i) Pihak penyumbang bekerjasama dengan pihak sekolah dan membuat perancangan jangka panjang dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat murid serta melengkapkan sekolah dengan kemudahan komputer. ii) Pihak penyumbang meletak label nama penyumbang pada bilik atau peralatan. iii) Pihak penyumbang mengadakan majlis pelancaran di sekolah untuk mendapatkan liputan media massa dan menanggung perbelanjaannya serta mengusahakan tenaga kerja yang berkaitan. iv) Pihak penyumbang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R & D) di sekolah asalkan ia tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk tujuan ini, pihak penyumbang perlu terlebih dahulu mengemukakan kertas cadangan tentang penyelidikan yang akan dijalankan ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan kelulusan. 3. Persediaan oleh Pihak Sekolah Sebelum Menerima Sumbangan 3.1 Sebelum pihak sekolah bersetuju untuk menerima sumbangan peralatan atau tajaan, perkara-perkara yang berikut perlulah diberi perhatian: i) Memastikan bahawa sumbangan kepada pihak sekolah merupakan outright gift dan tiada bayaran akan dikenakan kepada murid dan guru pada suatu masa kelak. 3

ii) Memastikan bahawa sumbangan yang diterima tidak membebankan pihak sekolah, misalnya sumbangan komputer lama yang mungkin membebankan pihak sekolah untuk menyenggaranya. iii) Pertimbangan perlu diberikan kepada perkara-perkara seperti penyediaan sumber elektrik, talian telefon, bilik yang mencukupi untuk diubahsuai menjadi makmal komputer, keselamatan peralatan dan murid, dan peruntukan kewangan untuk menjelaskan bayaran utiliti. iv) Bagi sumbangan berbentuk peralatan dan kemudahan makmal komputer, pihak sekolah perlu berunding dengan pihak penyumbang untuk mendapatkan sumbangan secara pakej, misalnya sumbangan makmal komputer yang lengkap berserta dengan latihan untuk guru; atau sumbangan yang termasuk kos penyelenggaraan dalam bentuk pemberian atau subsidi tahunan. 3.2 Bagi sumbangan berbentuk kepakaran pula, pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara yang berikut: i) Kandungan kursus yang diberikan hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu untuk diteliti. ii) Pihak pengurusan sekolah perlu memantau kursus yang diberikan dari semasa ke semasa untuk memastikan keberkesanannya. iii) Tiada bayaran dikenakan bagi perkhidmatan kepakaran yang diberikan, umpamanya untuk memasangkan rangkaian LAN di makmal komputer atau memberi kursus kepada guru dan murid. 4. Tatacara Penerimaan Sumbangan oleh Pihak Sekolah 4.1 Bagi memastikan kelicinan dalam penerimaan sumbangan, pihak sekolah yang menerima sumbangan hendaklah mematuhi perkara-perkara yang berikut: i) Memohon kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah masing-masing. ii) Satu memorandum persetujuan (sekiranya perlu) antara pihak penyumbang dan pihak sekolah hendaklah ditandatangani dan disaksikan oleh Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah. iii) Pihak sekolah hendaklah merekod sumbangan ke dalam borang Kew. 312 (daftar harta modal). iv) Segala urusan yang berkaitan hendaklah dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. 5. Tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daeiah 5.1 Bagi memastikan kesinambungan program yang diluluskan, pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah perlu melaksanakan perkara-perkara yang berikut: 4

i) Meminta pihak sekolah membuat pengiraan imptikasi kos selepas tamat tempoh tajaan daripada aspek: Kos penyelenggaraan peralatan; Kos sewaan talian; Kos penggunaan alat; Kos penggunaan perisian; dan Kos penggunaan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran. ii) Merancang kos tersebut untuk dikernukakan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) tahun tamat tempoh tajaan. iii) Memaklumkan semua kelulusan program ini kepada Bahagian Sekolah dengan salinan kepada Urus Setia Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Kementerian Pendidikan (JMPK) di Bahagian Sistem Maklumat, dan Pusat Perkembangan Kurikulum. 5