PEKELILING PENYEDIA LATIHAN BIL 2/99 Prosedur Baru Bagi Melaksanakan Latihan Di Bawah Skim PROLUS

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PEKELILING MAJIKAN NO.11/2014. TUNTUTAN GERAN LATIHAN SECARA ATAS TALIAN (e-claim) BAGI MAJIKAN DAN PENYEDIA LATIHAN

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN UNIVERSITI

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GED N17 (SAMBILAN)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

BORANG PERMOHONAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN AKADEMIK

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

LAPORAN NILAIAN KERJA KAKITANGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN AKADEMIK

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KANDUNGAN. Pengenalan 1. Latarbelakang 1-2. Objektif 2. Kadar Bantuan Kewangan dan Kos Yang Dibenarkan. Syarat-syarat Kelayakan Untuk Majikan-majikan

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

Giro Takaful Pelindung

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

SKIM BANTUAN PELAJARAN (SBP) TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA

1. Butiran Program. 1.1 Latar Belakang

21030 Kuala Terengganu Terengganu, Malaysia

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PEKELILING PENDAFTAR

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

BAB 11 PINJAMAN Berikut adalah pihak berkuasa melulus mengikut kategori: 2) Pinjaman Komputer Bendahari

TAKLIMAT 1 LATIHAN INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 9/2010

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

SURAT PEKELILING BENDAHARI


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PEKELILING PENDAFTAR

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

Garis Panduan Permohonan Mengelola Latihan Akademik oleh Pusat Tanggungjawab (PTj)

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

Transkripsi:

MAJLIS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (Human Resources Development Council) TINGKAT 7, WISMA CHASE PERDANA OFF JALAN SEMANTAN, BUKIT DAMANSARA 50490 KUALA LUMPUR Tel : 03-20984800 Fax : 03-20935722 PEKELILING PENYEDIA LATIHAN BIL 2/99 Prosedur Baru Bagi Melaksanakan Latihan Di Bawah Skim PROLUS 1. TUJUAN 1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai prosedur baru yang perlu dipatuhi dan diketahui oleh Penyedia Latihan yang berdaftar, bagi membolehkan Penyedia Latihan tersebut dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk melaksanakan latihan di bawah Skim PROLUS. 2. TAKRIF 2.1 Bagi pekeliling ini, istilah-istilah berikut adalah bermaksud:- Urusetia : Majlis Pembangunan Sumber Manusia yang bertanggungjawab mentadbirkan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. Majikan : Majikan yang telah berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. Penyedia Latihan : Penyedia Latihan yang berdaftar di bawah Skim PROLUS, Majlis Pembangunan Sumber Manusia. PROLUS/ATP : Program Latihan Yang Diluluskan (Approved Training Programme). 3. AM 3.1 Pekeliling ini juga diedarkan untuk makluman kepada semua majikan yang berdaftar dengan Majlis Pembangunan Sumber Manusia 4. LATAR BELAKANG 4.1 Sejak tahun 1993, Urusetia Majlis Pembangunan Sumber Manusia telah banyak menerima permohonan daripada Penyedia Latihan untuk mendapatkan taraf PROLUS/ATP bagi program latihan/kursus mereka. Apabila memproses dan menimbangkan permohonan tersebut, pihak Urusetia menghadapi beberapa kesukaran dan kesulitan kerana permohonan yang

dikemukakan kurang lengkap atau tidak teratur dan tidak disertakan beberapa maklumat penting. 4.2 Demikian juga halnya apabila majikan membuat tuntutan pembayaran balik kos latihan. Urusetia mendapati banyak tuntutan yang tidak lengkap dan sesetengah tuntutan tersebut didapati bercanggah dengan kelulusan Majlis. Ini menimbulkan kesukaran kepada Urusetia untuk membuat pertimbangan sewajarnya. Jika perkara ini berlaku secara berterusan, ianya akan menimbulkan masalah kepada pihak Urusetia terhadap permohonan tuntutan majikan yang ditolak. 5. MPSM/PRO/1/93 (Pin. 99) - BORANG PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN 5.1 Penyedia Latihan yang berkelayakan sahaja dibenarkan mendaftar di bawah Skim PROLUS/ATP. Antara syarat-syarat yang diperlukan adalah:- Institusi latihan berdaftar @ diperbadankan di Malaysia Mempunyai premis latihan yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan latihan dan pejabat tetap Mempunyai dua orang jurulatih tempatan sepenuh masa dan kakitangan sokongan Telah menawarkan kursus secara umum sekurang-kurangnya 2 tahun kepada majikan sektor perkilangan dan perkhidmatan 5.2 Bayaran pendaftaran sebanyak RM 350 akan dikenakan bagi Penyedia Latihan swasta. Yuran sebanyak RM 175 dikenakan bagi penambahan cawangan atau perpindahan premis latihan. 5.3 Penyedia Latihan yang berpindah tempat latihan perlu memaklumkannya kepada pihak Majlis dan satu lawatan pemeriksaan akan diadakan di tempat latihan baru tersebut. 5.4 Penyedia Latihan yang ingin menambah cawangan mestilah mempunyai pejabat tetap dan bilik latihan yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan latihan di cawangan tersebut. 6. MPSM/PRO/1A/99 - PEMBAHARUAN SIJIL PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN 6.1 Sijil pendaftaran adalah sah bagi tempoh satu (1) tahun sahaja dan haruslah diperbaharui setiap tahun. Bagi tujuan tersebut, borang MPSM/PRO/1A/99 perlulah dilengkapkan. Walau bagaimanapun, Penyedia Latihan haruslah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) program latihan/kursus yang bertaraf PROLUS/ATP.

6.2 Bayaran sebanyak RM 350 dikenakan untuk tujuan pembaharuan Sijil Pendaftaran. 6.3 Sekiranya Penyedia Latihan gagal memperbaharui Sijil Pendaftaran sebagai Penyedia Latihan yang berdaftar di bawah Skim PROLUS, maka semua program latihan/kursus bertaraf PROLUS/ATP akan terbatal dengan sertamerta. 7. MPSM/PRO/1B/99 - PERMOHONAN TEMPAT LATIHAN DI LUAR PREMIS PENYEDIA LATIHAN 7.1 Penyedia Latihan hendaklah mengadakan program latihan/kursus yang diluluskan di pusat latihannya sendiri. Walau bagaimanapun, program PROLUS dibenarkan diadakan secara latihan dalaman (in-house) dengan kelulusan dari Majlis diperolehi terlebih dahulu. Terma-terma dan syarat-syarat berikut mesti dipenuhi:- (a) Program "Soft Skills" Bilangan maksimum pelatih untuk setiap sesi mestilah di antara 15 hingga 25 orang. Terdapat kelengkapan kemudahan latihan seperti bilik latihan yang lengkap dengan kemudahan media latihan & audio visual di premis majikan. Jumlah yuran latihan bagi keseluruhan bilangan pelatih tidak melebihi nilai/pengiraan di bawah Skim SBL atau Skim PROLUS yang mana lebih rendah, jika dijalankan di premis majikan. Program latihan/kursus yang dijalankan di hotel, kadarnya hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Skim PROLUS (yuran yang telah diluluskan). Bagi program latihan/kursus yang dijalankan di luar premis Penyedia Latihan seperti di hotel. Tiada elaun yang akan dibayar jika minuman dan makanan disediakan oleh Penyedia Latihan. Walau bagaimanapun kos sebenar pengangkutan boleh dituntut oleh majikan. (b) Program "Hard Skills" Bilangan maksima pelatih untuk setiap sesi mestilah di antara 15 hingga 20 orang. Terdapat peralatan/kemudahan untuk menjalankan program "hard skills". 8. PROGRAM LATIHAN/KURSUS BERTARAF PROLUS/ATP DI BAWAH SKIM PROLUS YANG KURANG DARI TUJUH (7) JAM

8.1 Bagi program PROLUS/ATP yang diluluskan sebelum ini dengan tempoh kurang dari 7 jam, Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Pemberian Taraf PROLUS/ATP telah membuat keputusan pada 26hb. Februari 1999 bahawa Penyedia Latihan yang mempunyai kelulusan tempoh jam latihan kurang daripada 7 jam adalah diminta supaya meningkatkan tempoh jam menjadi 7 jam. Peningkatan ini adalah selaras dengan pekeliling 11/98 yang menyatakan bahawa sebarang permohonan geran latihan bagi kursus-kursus yang tempoh keseluruhan jam latihan kurang daripada tujuh (7) jam tidak akan diberi pertimbangan. 9. PROGRAM LATIHAN/KURSUS BERTARAF PROLUS/ATP DI BAWAH SKIM PROLUS YANG MELIPUTI SATU JANGKAMASA YANG PANJANG 9.1 Bagi program latihan/kursus yang meliputi satu jangkamasa yang panjang misalnya setahun atau lebih, Penyedia Latihan adalah digalakkan menstrukturkan program latihan/kursus yang panjang kepada modul supaya tuntutan boleh dibuat apabila tamatnya sesuatu modul. 9.2 Bagi tujuan tersebut, mana-mana Penyedia Latihan yang belum menstrukturkan program latihan/kursus kepada modul/semester, adalah diminta untuk mengemukakan permohonan kepada Unit PROLUS supaya kelulusan dapat diberikan. Perlu diingatkan bahawa yuran keseluruhan adalah sama seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS dahulu. 10. MPSM/PRO/2/93 (Pin. 99) - BORANG PENDAFTARAN BUTIR-BUTIR PROGRAM LATIHAN/KURSUS 10.1 Sebelum mengemukakan sesuatu program latihan/kursus untuk diberi taraf PROLUS, program latihan/kursus berkenaan hendaklah telah dijalankan sekurang-kurangnya dua kali semasa memohon taraf tersebut. Penyedia latihan dikehendaki mengemukakan borang penilaian bagi program latihan/kursus berkenaan dan 1 naskah manual latihan beserta butir-butir berikut:- 1 borang asal beserta 12 salinan borang fotostat MPSM/PRO/2/93 (Pin. 99) 13 salinan ringkasan program latihan/kursus yang mengandungi:- Objektif Program Latihan/Kursus Kandungan Kursus Kumpulan Sasar 13 salinan biodata tenaga pengajar 10.2 Tempoh latihan bagi sesuatu program latihan/kursus mestilah dijalankan tidak kurang dari 7 jam. Tempoh latihan bagi program latihan/kursus peringkat sijil (bukan sijil kehadiran), mestilah tidak kurang daripada 36 jam dan program latihan/kursus peringkat diploma ialah tidak kurang daripada 250 jam.

10.3 Pada masa ini, hanya satu kadar yuran program latihan/kursus perlu dikemukakan iaitu kadar yuran bagi bukan ahli sahaja. Walau bagaimanapun, bagi Penyedia Latihan yang berpersatuan/pertubuhan latihan, kadar yuran bagi ahli juga boleh dikemukakan. Kadar yuran program latihan/kursus yang dikenakan oleh pihak Penyedia Latihan hendaklah berpatutan. 10.4 Bagi item "Butir-butir kursus yang dikendalikan sebelum ini", program latihan/kursus tersebut mestilah pernah dijalankan sebanyak dua kali atau telah mengendalikan sekurang-kurangnya sekali bagi kursus bersijil. Walau bagaimanapun, program latihan/kursus berteknologi tinggi atau diploma yang tidak pernah dijalankan sebelum ini, boleh dipertimbangkan oleh Majlis. 10.5 Semua permohonan taraf PROLUS yang lengkap akan dimajukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS. Sayugia diingatkan bahawa penilaian dibuat berdasarkan kepada bahan-bahan berikut :- 10.5.1 Borang MPSM/PRO/2/93 (Pin. 99) yang telah dilengkapkan. 10.5.2 Manual latihan @ manual pengajar, atau/dan manual pelatih yang dikemukakan hendaklah komprehensif dan terperinci. 10.5.3 Ringkasan program latihan/kursus perlu mengandungi tajuk, objektif kursus dan kumpulan sasar yang spesifik serta ringkasan kandungan kursus yang selari dengan manual latihan. Contoh ringkasan program latihan/kursus adalah seperti di LAMPIRAN I. 10.5.4 Borang Penilaian bagi dua kursus yang telah dijalankan. 10.5.5 Tenaga pengajar hendaklah mempunyai kelayakan akademik serta pengalaman dalam aktiviti harian. 10.6 Setiap program latihan/kursus mesti mempunyai dua orang tenaga pengajar yang berkelayakan serta mempunyai pengalaman dalam aktiviti latihan. Biodata tenaga pengajar (CV) perlulah ringkas dan mengandungi maklumatmaklumat dari segi kelayakan akademik, pengalaman pekerjaan yang berkaitan dan pengalaman dalam aktiviti latihan. Penyedia Latihan dikehendaki menggunakan format yang disediakan seperti di Lampiran II. Salah seorang daripada tenaga pengajar itu mestilah warganegara Malaysia. 10.7 Program latihan/kursus yang ditawarkan kepada umum dan memenuhi keperluan latihan majikan adalah layak dipertimbangkan untuk diberi taraf PROLUS di bawah Skim PROLUS. Walau bagaimanapun, bagi program

latihan/kursus yang berbentuk "Open Learning" dan "Distance Learning", hanya program latihan/kursus di peringkat diploma sahaja yang akan dipertimbangkan. 10.8 Seminar, forum, taklimat persidangan, tayangan video/kaset bagi latihan persendirian tidak akan dipertimbangkan. 11. MPSM/PRO/2A/99 - PERLANJUTAN TEMPOH SAH PROGRAM PROLUS 11.1 Pihak Majlis Pembangunan Sumber Manusia telah mengeluarkan borang baru untuk melanjutkan tempoh sah program PROLUS iaitu borang MPSM/PRO/2A/99 bagi menggantikan borang lama iaitu MPSM/PRO/2/93. 11.2 Taraf PROLUS untuk setiap program latihan/kursus adalah sah untuk tempoh tiga (3) tahun dan mesti diperbaharui selepas tempoh tersebut. Bagi melanjutkan tempoh sah program PROLUS, borang MPSM/PRO/2A/99 (1 salinan) perlu dikemukakan untuk setiap program latihan/kursus. Hanya program latihan/kursus yang aktif sahaja layak dilanjutkan taraf PROLUSnya. 12. MPSM/PRO/T/93 (Pin. 99) - TUNTUTAN PEMBAYARAN BANTUAN 12.1 Borang tuntutan MPSM/PRO/3/93 dan MPSM/PRO/T/93 (Pin. 95) telah disatukan menjadi MPSM/PRO/T/93 (Pin. 99). Oleh yang demikian, Penyedia Latihan tidak perlu lagi mengemukakan borang MPSM/PRO/3/93 kepada Urusetia Majlis. 12.2 Penyedia Latihan hanya perlu mengagihkan borang tuntutan MPSM/PRO/T/93 (Pin. 99) dan senarai kehadiran MPSM/PRO/4/93 (Pin. 99) kepada pelatihpelatih berkenaan pada penghujung program latihan/kursus. 13. MPSM/PRO/4/93 (Pin. 99) - BORANG SENARAI KEHADIRAN 13.1 Penyedia Latihan perlulah mengisi borang senarai kehadiran MPSM/PRO/4/93 (Pin. 99) setelah tamatnya program latihan/kursus. Borang ini mestilah dikembalikan kepada majikan secepat mungkin kerana pihak majikan perlu memajukan borang tuntutan MPSM/PRO/T/93 (Pin. 99) bersama-sama MPSM/PRO/4/93 (Pin. 99) untuk mendapatkan pembayaran balik kos latihan yang dibenarkan setelah tamatnya program latihan/kursus yang dimaksudkan.

14. MPSM/ATP/1/93 - BORANG PENILAIAN KURSUS/PROGRAM LATIHAN 14.1 Penyedia Latihan mestilah memastikan kesemua pelatih yang mengikuti latihan di bawah Skim PROLUS mengisi borang penilaian bagi tujuan menilai keberkesanan sesuatu program latihan/kursus yang diikuti. Borang-borang yang telah disempurnakan hendaklah disimpan dengan baik dan teratur kerana dokumen-dokumen berkaitan perlu dihantar kepada Urusetia pada Januari dan Julai setiap tahun. 15. TANGGUNGJAWAB PENYEDIA LATIHAN 15.1 Selain daripada tanggungjawab Penyedia Latihan sepertimana yang terkandung dalam risalah bagi Skim PROLUS, setiap Penyedia Latihan yang berdaftar hendaklah bertindak secara profesional dengan rasa penuh tanggungjawab dalam memberi khidmat kepada majikan. Urusetia Majlis telah menerima banyak rungutan dan maklumbalas daripada majikan berdaftar tentang sesetengah Penyedia Latihan yang sewenang-wenangnya memberi maklumat yang berlainan/bercanggah daripada yang diluluskan oleh Majlis. 15.2 Urusetia Majlis memandang berat tentang tingkahlaku Penyedia Latihan yang terbabit dan berharap perbuatan yang tidak diingini tersebut diberhentikan dengan serta merta. Jika perbuatan ini diteruskan, ianya boleh menyebabkan pendaftaran Penyedia Latihan berkenaan dibatalkan. 15.3 Kebenaran dari Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum apa-apa perubahan boleh dibuat kepada butir-butir berikut:- a) Nama/Tajuk kursus; b) Tempoh latihan; c)kandungan kursus yang melibatkan sebilangan besar perubahan kandungan manual latihan; d) Yuran kursus - Permohonan untuk perubahan yuran kursus tidak akan dipertimbangkan, sekiranya kelulusan terdahulu masih belum melebihi 2 tahun dan kadar kenaikan yuran hanya diterima setakat 10%; dan e) Pengajar/Jurulatih - Permohonan perubahan pengajar/jurulatih boleh

dikemukakan pada bila-bila masa untuk mendapatkan kelulusan dari Majlis. 15.4 Sungguhpun Majlis menggalakkan Penyedia Latihan memberi nasihat dan penjelasan kepada majikan mengenai Skim Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia, Penyedia Latihan adalah dilarang sama sekali menjadi agen kepada majikan, walaupun diberitahu secara rasmi dengan surat lantikan oleh majikan berkenaan. 16. PENUTUP 16.1 Urusetia Majlis berharap pihak Penyedia Latihan dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi menjayakan Skim PROLUS di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. 16.2 Pekeliling Penyedia Latihan Bil 2/99 berkuatkuasa mulai 1 Ogos 1999. Pekeliling ini membatalkan Pekeliling Penyedia-Penyedia Latihan Bil 1/94. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" " LATIHAN TERANCANG TUNGGAK KECEMERLANGAN" Saya yang menurut perintah, (SHAHRIL BIN HASAN) Pengarah Bahagian Sumber Latihan b.p Ketua Pengarah, Majlis Pembangunan Sumber Manusia