KP (PP) 0137/47 (27) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2011 PEMANJANGAN BAYARAN INSENTIF TAWARAN BARU DI BAWAH BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DALAM KUMPULAN SOKONGAN BUKAN GURU TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menggariskan pelaksanaan pemberian Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Sokongan Bukan Guru di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. LATAR BELAKANG 2. Selaras dengan pelaksanaan NKRA Pendidikan iaitu Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan, terdapat empat (4) sub-nkra Pendidikan dan salah satu sub-nkra Pendidikan tersebut adalah untuk mengadakan Tawaran Baru (New Deals) kepada Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Penilaian Berasaskan Pencapaian yang dibuat melalui Bai ah atau Kontrak Perjanjian. 1
3. Pemberian BITB kepada Pengetua, Guru Besar dan guru-guru telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2011. Sebagai penghargaan dan keprihatinan terhadap sumbangan Pegawai Kumpulan Sokongan Bukan Guru, Kerajaan telah bersetuju supaya BITB turut dibayar kepada Pegawai Kumpulan Sokongan Bukan Guru yang berkhidmat di sekolah yang melayakkan Pengetua atau Guru Besar menerima BITB. TAFSIRAN 4. Tawaran Baru merupakan suatu usaha baru Kerajaan bagi memberi insentif kewangan kepada Pengetua dan Guru Besar yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang cemerlang melebihi sasaran yang ditetapkan berdasarkan kepada Penilaian Berasaskan Pencapaian (Performance Based Assessment). 5. Jawatankuasa BITB Guru bermaksud jawatankuasa Tawaran Baru kepada guruguru yang mempunyai ahli-ahli dan terma rujukan seperti ditetapkan di para 13.3, 13.4 dan 13.5 Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2011. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk mempertimbang dan meluluskan senarai nama Pegawai Kumpulan Sokongan Bukan Guru yang layak menerima BITB. 6. Pegawai bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Sokongan Bukan Guru. PELAKSANAAN Syarat dan Kelayakan 7. Pegawai yang berkhidmat di sekolah yang melayakkan Pengetua atau Guru Besar menerima BITB layak diberikan BITB sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: 7.1. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Sokongan Bukan Guru; 7.2. bertaraf tetap, sementara dan kontrak (contract of service); 2
7.3. berkhidmat genap enam (6) bulan atau lebih pada tahun penilaian; 7.4. LNPT dinilai oleh Pegawai Penilai di sekolah yang melayakkan Pengetua atau Guru Besar menerima BITB; 7.5. bebas daripada tindakan tatatertib pada tahun penilaian; dan 7.6. diluluskan oleh Jawatankuasa BITB Guru. Pegawai Yang Tidak Layak 8. Pegawai yang tidak layak dibayar BITB adalah seperti berikut: 8.1. lantikan contract for service dan sambilan; 8.2. pegawai lantikan selain Pihak Berkuasa Melantik di peringkat Persekutuan; 8.3. ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam atau demi kepentingan perkhidmatan awam dalam tahun penilaian; dan 8.4. dikenakan hukuman tatatertib dalam tahun penilaian. Pegawai Yang Ditangguhkan Pemberian BITB 9. Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, ditangguhkan pemberian BITB. Pegawai hanya layak sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah. Kadar 10. Kadar BITB bagi Pegawai Kumpulan Sokongan Bukan Guru adalah sebanyak RM500.00. Mekanisme Pelaksanaan Dan Pentadbiran 11. Bagi tujuan pelaksanaan dan pentadbiran, pembayaran BITB ini adalah berdasarkan para 13 Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2011. Walau bagaimanapun, terma rujukan 3
di para 13.5 (i) PP KPM 1/2011 diperluaskan kepada mempertimbang dan meluluskan senarai nama guru-guru yang layak menerima BITB bersekali dengan Pegawai Kumpulan Sokongan Bukan Guru. KAEDAH PEMBAYARAN 12. Perkiraan kadar pemberian BITB bagi Pegawai adalah seperti berikut: 12.1. tidak layak BITB sekiranya berkhidmat kurang daripada enam (6) bulan; dan 12.2. layak BITB pada kadar penuh sekiranya berkhidmat genap dan melebihi enam (6) bulan. 13. Pegawai hanya boleh menerima satu BITB sahaja di sekolah terakhir pegawai berkhidmat. 14. Pegawai yang bersara/ meninggal dunia/ letak jawatan/ tamat perkhidmatan/ tamat kontrak yang memenuhi syarat di para 7.1 hingga 7.6 adalah layak dibayar BITB. 15. Pegawai yang mengambil cuti tanpa gaji/ dipinjamkan ke agensi lain tetapi tidak sepanjang tahun dalam tahun penilaian yang memenuhi syarat di para 7.1 hingga 7.6 adalah juga layak dibayar BITB. TARIKH KUATKUASA 16. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 17. Ketua-ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan mengedarkan Pekeliling Perkhidmatan ini kepada Pusat Tanggungjawab (Sekolah bertaraf Pusat Tanggungjawab dan 4
Pejabat Pelajaran Daerah) di bawah pentadbiran masing-masing supaya urusan pembayaran dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur serta mematuhi peraturan kewangan semasa. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" (DATO' DR. ROSLI BIN MOHAMED) Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia ~ Oktober 2011 Salinan Kepada: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Semua Setiausaha BahagianIPengarah Bahagian Setiausaha Sulit Kanan Kepada Y.A.B. Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit Kanan Kepada Y.B. Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran Edaran Luar: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Blok C l-c2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan Aras 3, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan No.5, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 PUTRAJAY A 5
Akauntan Negara Malaysia Jabatan Akauntan Negara Kompleks Kementerian Kewangan No.1, Persiaran Perdana, Presint 2 62595 PUTRAJAYA Ketua Audit Negara Jabatan Audit Negara Malaysia Pejabat Ketua Audit Negara Aras 9, Blok D2, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62518 PUTRAJA YA "lmalaysia: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" 6