PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (Human Resources Development Berhad) TINGKAT 7, WISMA CHASE PERDANA OFF JALAN SEMANTAN, BUKIT DAMANSARA 50490 KUALA LUMPUR Tel : 03-20984800 Fax : 03-20935722 21 Jun 2004 PEKELILING PENYEDIA LATIHAN BIL. 3/2004 PROSEDUR BARU MENGENAI SYARAT TAMBAHAN BAGI PENDAFTARAN DAN PEMBAHARUAN SIJIL PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN 1.0 TUJUAN 1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Penyedia Latihan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) mengenai prosedur baru untuk pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan. 2. LATARBELAKANG 2.1 Para 7 dalam Pekeliling Penyedia Latihan Bil. 4/2002 bertarikh 1 November 2002 menerangkan peraturan pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan. Butiran lengkap mengenai pembaharuan sijil tersebut adalah seperti berikut: 2.1.1 Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kelas A dan B borang PSMB/PRO/1A/01 perlu dilengkapkan. Walau bagaimanapun, Penyedia Latihan mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) program/kursus yang bertaraf PROLUS. Bayaran sebanyak RM1,200.00 dikenakan untuk tujuan pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kelas A dan RM1,000.00 dikenakan bagi pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kelas B. Bayaran sebanyak RM200.00 pula dikenakan bagi pembaharuan setiap cawangan Penyedia Latihan. Sekiranya Penyedia Latihan gagal memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan, maka semua program latihan/kursus bertaraf PROLUS akan terbatal dengan serta-merta. 2.1.2 Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kelas C
borang PSMB/PL/ICA/01 perlulah dilengkapkan. Bayaran pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kelas C ialah sebanyak RM700.00. 2.2 Mengikut peraturan yang sedia ada, pihak PSMB akan memaklumkan kepada semua penyedia latihan melalui surat peringatan pertama untuk memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan iaitu sebulan sebelum tamat tempoh sijil pendaftaran tersebut. Jika Penyedia Latihan masih lagi tidak memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan selepas tarikh sijil tamat, pihak PSMB akan menghantar peringatan kedua kepada Penyedia Latihan yang berkenaan dua (2) minggu selepas tarikh Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan tamat. Jika Penyedia Latihan tersebut masih lagi tidak memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan selepas tiga (3) bulan dari tarikh surat peringatan kedua dikeluarkan, PSMB akan membatalkan status Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan tersebut. 2.3 Penyedia Latihan dikehendaki memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan masing-masing sebelum tarikh sijil tamat. Sekiranya penyedia latihan gagal memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan pada tarikh sijil tamat, maka semua program latihan akan terbatal dengan serta merta. Implikasi yang timbul jika Penyedia Latihan tidak memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan ialah pihak majikan yang berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) akan menghadapi masalah untuk membuat tuntutan geran latihan setelah mengikuti latihan yang telah dilaksanakan oleh Penyedia Latihan tersebut. 2.4 Bagi mengatasi masalah ini, peraturan yang lebih ketat perlu diadakan oleh PSMB untuk mengawal disiplin dikalangan penyedia latihan yang berdaftar dengan PSMB supaya majikan tidak menghadapi masalah apabila membuat tuntutan bantuan kewangan. 3.0 PROSEDUR BARU PENDAFTARAN DAN PEMBAHARUAN SIJIL PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN 3.1 Terma dan syarat-syarat untuk pendaftaran Penyedia Latihan di bawah Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kelas A dan B adalah seperti berikut : a. Institusi latihan yang berdaftar atau diperbadankan di Malaysia. b. Mempunyai premis latihan yang dilengkapi dengan kemudahankemudahan latihan dan pejabat tetap (sekurang-kurangnya 1 bilik latihan dengan kapasiti seramai 20 orang) c. Mempunyai dua (2) orang jurulatih tempatan sepenuh masa dan kakitangan sokongan. d. Telah menawarkan kursus secara umum/dalaman sekurangkurangnya dua (2) tahun (kecuali bagi kursus berteknologi tinggi atau
teknologi maklumat peringkat kepakaran) kepada majikan berdaftar di bawah KWPSM. e. Pendaftaran penyedia latihan di bawah Kelas A dan B akan hanya dibenarkan untuk Penyedia Latihan yang mempunyai pengalaman dalam latihan industri. Penyedia Latihan yang tidak mempunyai pengalaman tersebut dikehendaki mendaftar di bawah Kelas C terlebih dahulu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum dibenarkan untuk berdaftar di bawah Kelas A atau B. 3.2 Terma dan syarat untuk pendaftaran Sijil Penyedia Latihan di bawah Kelas C: a. Penyedia Latihan mestilah syarikat yang berdaftar atau diperbadankan di Malaysia. b. Mempunyai pejabat dan juga sekurang-kurangnya seorang pengajar tetap bagi setiap program dan juga mempunyai kakitangan sokongan yang mencukupi. c. Hanya program latihan soft skills dibenarkan. d. Telah menawarkan sekurang-kurang satu (1) tahun latihan korporat kepada majikan- majikan yang berdaftar di bawah KWPSM. 3.3 Pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kelas A dan B 3.3.1 Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kelas A dan B borang PSMB/PRO/1A/01 perlu dilengkapkan. Walau bagaimanapun, Penyedia Latihan perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) program/kursus yang bertaraf PROLUS. Bayaran sebanyak RM1,200.00 dikenakan untuk tujuan pembaharuan Sijil Pendaftaran Kelas A dan RM1,000.00 dikenakan bagi pembaharuan Sijil Pendaftaran Kelas B. Bayaran sebanyak RM200.00 pula dikenakan bagi pembaharuan setiap cawangan Penyedia Latihan. 3.3.2 Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kelas C borang PSMB/PL/ICA/01 perlu dilengkapkan. Bayaran proses bagi pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kelas C ialah sebanyak RM700.00. Sekiranya Penyedia Latihan gagal memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kelas C, maka perjanjian SBL-Khas akan terbatal dengan serta-merta.
3.4 Denda lewat atau gagal memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan 3.4.1 Bagi memastikan Penyedia-Penyedia Latihan supaya memperbaharui Sijil Pendaftaran mereka mengikut jadual, denda lewat akan dikenakan kepada penyedia latihan yang gagal berbuat demikian dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tamat sijil. Jumlah denda kerana lewat memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan yang akan dikenakan adalah pada kadar 50% yuran pendaftaran mengikut kelas sijil seperti berikut: (i) RM600.00 untuk Kelas A; (ii) RM500.00 untuk Kelas B; dan (iii) RM350.00 untuk Kelas C. 3.4.2 Sekiranya Penyedia Latihan masih lagi tidak memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan selepas tempoh enam (6) bulan, maka pendaftaran sijil akan dibatalkan. Penyedia Latihan tersebut tidak dibenarkan mendaftar semula dalam tempoh satu (1) tahun mulai dari tarikh pendaftaran sijil dibatalkan. 4. PENUTUP 4.1 Urusetia PSMB berharap pihak Penyedia Latihan dapat memberi kerjasama sepenuhnya untuk mematuhi semua terma dan syarat yang telah ditetapkan dalam prosedur Pendaftaran Penyedia Latihan di bawah KWPSM. 4.2 Pekeliling Penyedia Latihan Bil 3/2004 berkuatkuasa mulai 1 Julai 2004. Pekeliling ini juga membatalkan butiran di para 7, Pekeliling Penyedia Latihan Bil 4/2002 bertarikh 1 November 2002. Sekian, terima kasih. PEKERJA TERLATIH MENJANA KECEMERLANGAN BERSAMA SEIRING MENGHADAPI GLOBALISASI Yang ikhlas, (DATUK YAU DE PIYAU) Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad