TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen 2019 March CIMB Bank Spend & Get Bonus Points

dokumen-dokumen yang mirip
Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

Kempen Win RM1,000 Vouchers Daily Overseas & Online Spend Visa CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD yang mengawal Kempen Belanja dan MenangCIMB-IKEA

TERMA DAN SYARAT. Peraduan Debit & ATM Card Replacement

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

1. Kempen ini dikendali oleh CIMB Bank dan setiap penyebutan C I M B B a n k merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CashLite CIMB Bank

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Duit Raya Tesco CIMB Bank

Terma-terma dan Syarat-syarat bagi Kempen CIMB EVA x JomPAY Memenangi iphone X

Kempen Seluruh Negara JomPAY Terma-Terma dan Syarat-Syarat Tambahan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB- IKEA

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-Senheng

Terma-Terma & Syarat- Syarat Kad Kredit Cash Rebate Platinum

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Peraduan Debit to Win It

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-IKEA

TERMA DAN SYARAT Kempen Debit Card RM5 Dining Cash Back

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB MALAYSIA AIRPORTS (NIAGA) SDN BHD 2017

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

CIMB Auto Finance Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu Terma-terma dan Syarat-syarat

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Termaa-terma dan Syarat-syarat Kempen Akaun Kwik CIMB Bank

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen HADIAH PUSAT MEMBELI BELAH DENGAN PEMBELIAN CIMB 2014

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. CIMB Islamic - Peraduan Kirim & Menang

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Submit Your EPF Statement CIMB Bank

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN CIRI-CIRI DAN FAEDAH-FAEDAH TAMBAHAN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS Cash Back. 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen Perkhidmatan Perbankan Serantau CIMB (Malaysia Singapura)

1. Setiap penyebutan C I M B merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS JomPAY TM. 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad Preferred

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Terma-terma dan Syarat-syarat untuk program 2-Minit Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) oleh CIMB Bank Berhad

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

KAD UOB VISA INFINITE COMPLIMENTARY AIRPORT CAR RIDE Terma & Syarat Kad UOB VISA Infinite. Tempoh Kempen. Perbelanjaan yang layak

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA DAN SYARAT Kempen Penggunaan Besar-besaran Kad RHB Pertengahan Tahun 2016

Transkripsi:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen 2019 March CIMB Bank Spend & Get Bonus Points 1. Kempen 2019 March CIMB Bank Spend & Get Bonus Points ( Kempen ) adalah dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) ( CIMB Bank ). Tempoh Kempen 2. Kempen akan bermula dari 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019, termasuk kedua-dua tarikh tersebut ( Tempoh Kempen ), berdasarkan tiga (3) kitaran bulan kempen seperti yang berikut:- Bulan Kempen Tempoh Perbelanjaan 1 1 Mac 2019 31 Mac 2019 2 1 April 2019 30 April 2019 3 1 Mei 2019 31 Mei 2019 Setiap kitaran bulan kempen adalah dirujuk sebagai Bulan Kempen dan secara kolektif dirujuk sebagai Bulan-bulan Kempen. 3. CIMB Bank berhak memberikan notis tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar untuk menukar tempoh dan/atau permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen. Kelayakan 4. Kempen ini adalah terbuka kepada semua pemegang kad kredit utama CIMB Bank yang: (i) memegang kad kredit yang dikeluarkan oleh CIMB Bank di Malaysia; dan (ii) menerima satu sistem pesanan ringkas ( SMS ) pada nombor mudah alih pemegang kad dan/atau mel langsung elektronik ( MLE ) pada alamat e-mel pemegang kad yang keduaduanya dikekalkan dalam rekod CIMB Bank dari CIMB Bank berkenaan Kempen ini sebagai jemputan untuk menyertai Kempen ini ( Peserta Yang Layak ). Akaun kad kredit CIMB Bank untuk Peserta Yang Layak adalah secara kolektif dirujuk sebagai Akaun Kad Kredit Yang Layak. Peserta yang Layak bertanggungjawab memastikan nombor mudah alih dan alamat e-mel mereka yang diberi ("Maklumat Perhubungan") kepada CIMB Bank adalah terkini dan dikemas kini. Sekiranya terdapat perubahan kepada Maklumat Perhubungan maka Peserta Yang Layak bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada CIMB Bank. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Yang Layak atas sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian turutan akibat daripadanya) yang ditanggung sekiranya Maklumat Hubungan yang dikekalkan dalam rekod CIMB Bank tidak terkini atau tepat. 5. Kategori orang yang berikut adalah tidak layak untuk menyertai Kempen ini: (i) Kakitangan atau pekerja-pekerja tetap dan/atau sambilan CIMB Bank (termasuk subsidiarinya dan syarikat-syarikat berkenaan) dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibubapa, abang dan kakak); dan/atau

(ii) Wakil dan/atau agen-agen (termasuk agen-agen pengiklanan dan promosi) CIMB Bank, VISA Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura, dengan alamat di 30, Raffles Place, #10-00, Chevron House, Singapore 048622 ( Visa ) dan Mastercard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah State of Delaware, dengan pejabat dan tempat perniagaan utama di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America ( Mastercard ) (termasuk subsidiari mereka dan syarikat berkenaan masing-masing). Syarat-syarat dan Mekanik Kempen 6. Dalam SMS dan/atau MLE dari CIMB Bank, Peserta Yang Layak akan dimaklumkan keperluan untuk dipenuhi untuk menyertai Kempen, seperti berikut:- (i) Gandaan satu (1X) Mata Bonus atas Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak ("Tawaran Peringkat 1") yang akan diterima oleh Peserta Yang Layak sekiranya mereka tidak memenuhi keperluan perbelanjaan bulanan pada Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak ( Keperluan Perbelanjaan Bulanan ) pada Akaun Kad Kredit Yang Layak mereka dalam mana-mana satu Bulan-bulan Kempen semasa Tempoh Kempen; (ii) Gandaan lima (5X) Mata Bonus atas Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak ("Tawaran Peringkat 2") yang akan diterima oleh Peserta Yang Layak sekiranya mereka memenuhi Keperluan Perbelanjaan Bulanan pada Akaun Kad Kredit Yang Layak mereka dalam Bulan Kempen tertentu semasa Tempoh Kempen; dan (iii) di mana Peserta Yang Layak boleh mendapatkan atau mengakses terma-terma dan syaratsyarat Kempen. Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak rujuk kepada klausa 9 dan 10 untuk maklumat lanjut. Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak rujuk kepada klausa 8 untuk maklumat lanjut. 7. Untuk menikmati Tawaran Peringkat 1 atau Tawaran Peringkat 2 yang dispesifikasikan di dalam SMS dan/atau MLE, Peserta Yang Layak mesti berbelanja atas Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak pada Akaun Kad Kredit Yang Layak dalam mana-mana satu Bulan-bulan Kempen semasa Tempoh Kempen seperti yang dispesifikasikan di dalam SMS dan/atau MLE. (i) Peserta Yang Layak akan diganjarkan dengan Tawaran Peringkat 1 jika mereka tidak memenuhi Keperluan Perbelanjaan Bulanan dalam mana-mana satu Bulan-bulan Kempen semasa Tempoh Kempen. (ii) Peserta Yang Layak akan diganjarkan dengan Tawaran Peringkat 2 jika mereka memenuhi Keperluan Perbelanjaan Bulanan dalam mana-mana satu Bulan-bulan Kempen semasa Tempoh Kempen. 8. Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak terdiri daripada kategori perbelanjaan Pembayaran Bil, Beli-Belah, Jamu Selera, Barangan Runcit & Petrol (Setiap Hari) dan Penerbangan & Penginapan (Perjalanan) hanya terlibat kepada transaksi Kod Kategori Peniaga berikut berdasarkan rekod CIMB Bank ( MCC Yang Layak ):

Kategori Perbelanjaan MCC Yang Layak Pembayaran Bil MCC: 4813, 4814, 4899, 4900 dan 5968 Beli-belah MCC: 5311 Jamu Selera MCC: 5462, 5499, 5811, 5812, 5813 dan 5814 Barangan Runcit MCC: 5411, 5422 dan 5451 Petrol MCC: 5172, 5541, 5542 dan 5983 Penerbangan MCC: 3000 3299, 4511 dan 5282 Penginapan MCC: 3501 3999 dan 7011 Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak serta MCC Yang Layak dikenali secara kolektif sebagai ( Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak ). Untuk kejelasan, jumlah Mata Bonus dikira berdasarkan Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak dan bukan Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak. Setiap perbelanjaan Ringgit Malaysia Satu (RM1) atas Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak akan memperoleh satu (1) Mata Bonus dibawah Tawaran Peringkat 1 dan setiap perbelanjaan RM1 atas Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak akan memperoleh lima (5) Mata Bonus dibawah Tawaran Peringkat 2. 9. Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak adalah transaksi pembelian untuk barangan dan perkhidmatan termasuk transaksi tempatan, luar negara, dan dalam talian yang di luluskan oleh CIMB Bank dan dicajkan kepada mana-mana Akaun Kad Kredit Yang Layak semasa Tempoh Kempen. Transaksi perbelanjaan runcit mata wang asing akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia (RM) untuk tujuan pengiraan perbelanjaan runcit dan akan berdasarkan kepada kadar pertukaran semasa CIMB Bank. 10. Bagi mengelakkan keraguan, transaksi yang berikut dikecualikan secara nyata dan tidak akan dianggap sebagai Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak:- (i) transaksi yang dibuat pada Kad Perniagaan Platinum Business CIMB Bank, Kad Kredit Islamik dan Kad perkongsian CIMB; (ii) Transaksi Tunai Kuasi (contoh: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); (iii) Ansuran bulanan di bawah kemudahan pembayaran ansuran yang disediakan oleh CIMB Bank; (iv) Perkhidmatan arahan tetap/auto-pembayaran; (v) Pembayaran yuran tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj fraud atau yuran-yuran, caj-caj atau penalti-penalti yang lain samada dikenakan oleh CIMB Bank atau sebaliknya; (vi) Transaksi untuk pembayaran yang dibuat terhadap premium insurans dan/atau sumbangan takaful dalam apa jua sekalipun; (vii) Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai; dan (viii) Transaksi perbelanjaan runcit yang kemudiannya dibatalkan atau dipulangkan, dipertikaikan, tidak dibenarkan atau penipuan. 11. Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak dan Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak adalah dikira berdasarkan jumlah gabungan (utama dan tambahan) perbelanjaan

Peserta Yang Layak pada Akaun Kad Kredit Yang Layak mereka. Sekiranya pemegang kad mempunyai pelbagai akaun kad kredit, Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak yang dilakukan ke semua Akaun-Akaun Kad Kredit Yang Layak oleh pemegang-pemegang kad kredit utama dan tambahan akan digabungkan dan tidak akan dilihat secara individu untuk memenuhi Keperluan Perbelanjaan Bulanan dalam Bulan Kempen semasa Tempoh Kempen. Contoh: Pemegang kad A mempunyai satu kad kredit CIMB World Mastercard, satu kad kredit CIMB Visa Signature dan 2 kad kredit tambahan CIMB Visa Signature. Semua Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak pada mana-mana kad kredit CIMB akan digabungkan dan tidak akan dilihat secara individu untuk memenuhi perbelanjaan masing-masing Kempen ini. 12. Semua Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak dan Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak akan dikesan secara automatik oleh CIMB Bank untuk tujuan memenuhi Keperluan Perbelanjaan Bulanan dan mengira Tawaran Peringkat 1 dan Tawaran Peringkat 2 seperti yang ditetapkan dalam SMS dan/atau MLE. Pengesanan Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak adalah berdasarkan tarikh transaksi dan/atau waktu (Waktu Malaysia) seperti yang terdapat dalam rekod transaksi CIMB Bank semasa Tempoh Kempen. Apa-apa penentuan oleh CIMB Bank sebagai apakah Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak dan Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana cara sekalipun kecuali yang sama dilihat sebagai terlalu tidak adil. 13. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kelewatan dan/atau kesilapan atau kegagalan dalam penghantaran Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak dan Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak ke Akaun Kad Kredit Yang Layak disebabkan oleh apa jua sebab yang ditimbulkan kerana kelewatan pada pihak peniaga melainkan ia adalah disebabkan oleh kecuaian sengaja dan keingkaran CIMB Bank. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan dan/atau kelewatan dalam penghantaran bukti transaksi jualan oleh Visa, Mastercard, pertubuhan peniaga atau manamana pihak yang lain melainkan yang sama berlaku akibat kecuaian melampau atau keingkaran CIMB Bank. Proses Kriteria Pemenuhan Mata Bonus 14. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Peserta Yang Layak akan diberi ganjaran atas Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan berdasarkan jumlah Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak dalam mana-mana satu Bulan-bulan Kempen semasa Tempoh Kempen. Kedua-dua Tawaran Peringkat 1 dan Tawaran Peringkat 2 adalah berdasarkan Kadar Maksima Mata Bonus seperti yang dijelaskan di bawah. Kumpulan Keperluan Perbelanjaan Bulanan, RM Kadar Maksima Tawaran Peringkat 1 Kadar Maksima Tawaran Peringkat 2 6,000 - <8,000 4,000 Mata Bonus 22,000 Mata Bonus 8,000 - <10,000 4,000 Mata Bonus 28,000 Mata Bonus 10,000 4,000 Mata Bonus 32,000 Mata Bonus Contoh: Keperluan Perbelanjaan Bulanan: RM10,000 Tawaran Peringkat 1: 1X Mata Bonus atas Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan

Kadar Maksima Tawaran Peringkat 1: 4,000 Mata Bonus Tawaran Peringkat 2: 5X Mata Bonus atas Transaksi Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Kadar Maksima Tawaran Peringkat 2: 32,000 Mata Bonus Bulan Kempen 1 2 3 Tempoh Perbelanjaan 1 31Mac2019 1 30Apr2019 1 31Mei2019 Jumlah Transaksi Perbelanjaan 5,000 15,000 10,000 Runcit Yang Layak, RM Mencapai Keperluan Perbelanjaan Bulanan Tidak Ya Ya Tawaran Peringkat yang Layak Tawaran Tawaran Tawaran Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 2 Gandaaan Tawaran yang Layak 1X 5X 5X Jumlah Perbelanjaan Setiap Hari & Perjalanan Yang Layak, RM 1,000 7,000 2,000 Mata Bonus sebelum Kadar Maksima 1,000 35,000 10,000 Melebihi Kadar Maksima Peringkat Tidak Ya Tidak Penerimaan Mata Bonus oleh Peserta yang Layak 1,000 32,000 10,000 15. Sebarang penentuan oleh CIMB Bank mengenai pengiraan dan jumlah Mata Bonus adalah muktamad dan tidak akan dicabar dengan apa jua cara, kecuali untuk kesilapan nyata. Mata Bonus tidak boleh ditukar kepada hadiah lain atau hadiah dengan nilai yang sama atau sebarang alternatif lain dalam apa jua keadaan. 16. Mata Bonus akan dikreditkan ke dalam Akaun Kad Kredit CIMB Peserta Yang Layak utama dalam masa dua belas (12) minggu dari penamatan Tempoh Kempen ( Tempoh Pemenuhan ). Peserta Yang Layak hendaklah memberitahu CIMB Bank dalam tempoh lapan (8) minggu dari Tempoh Pemenuhan ("Tempoh Tertentu") jika Mata Bonus tidak dikredit. Sekiranya Peserta Yang Layak tidak memberitahu CIMB Bank dalam Tempoh Tertentu, Mata Bonus akan dianggap sebagai berjaya dikredit. 17. Hanya Peserta/Pemegang Kad Yang Layak utama akan layak untuk diberikan Mata Bonus di bawah Kempen ini. 18. Pada masa penerimaan Mata Bonus oleh Peserta Yang Layak, Akaun Kad Kredit CIMB Peserta Yang Layak TIDAK BOLEH berdelinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan dalam definisi CIMB Bank, jika tidak Peserta Yang Layak akan dilucutkan kelayakan daripada menyertai atau menerima Mata Bonus. 19. Para Peserta Yang Layak yang berhak menerima Mata Bonus akan menerima satu pemberitahuan melalui SMS dari CIMB Bank bahawa Mata Bonus telah dikreditkan ke dalam Akaun Kad Kredit Yang Layak. Mata Bonus juga akan dinyatakan dalam penyata bulanan kad kredit Peserta Yang Layak yang seterusnya iaitu selepas pengkreditan Mata Bonus.

20. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB secara nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, waranti atau pengendorsan, secara tersirat ataupun tersurat, bertulis atau lisan, bagi semua Mata Bonus dan tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab terhadap Mata Bonus yang ditawarkan di bawah Kempen ini. 21. Dengan menerima Mata Bonus, Peserta Yang Layak yang menerima Mata Bonus bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing daripada apa-apa tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB Bank dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawaipegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing berkenaan dengan penyertaan Peserta Yang Layak dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Mata Bonus. Semua risiko, kerugian atau kerosakan berkenaan dengan penggunaan Mata Bonus akan ditanggung oleh Peserta Yang Layak. 22. CIMB tidak akan melayan apa-apa jua aduan berkenaan dengan Mata Bonus dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara sekalipun berkenaan dengan kegagalan teknikal atau apa jua bentuk, apa-apa campur tangan, gangguan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui Kad Kredit CIMB Bank melainkan ia adalah disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB Bank. 23. CIMB tidak menerima apa-apa tanggungjawab bagi apa-apa implikasi percukaian yang boleh timbul daripada Mata Bonus atau penggunaannya. Apa-apa kewajipan pemfailan cukai atau apaapa pembayaran cukai tertunggak kepada mana-mana pihak berkuasa akibat daripada penerimaan Mata Bonus Perbelanjaan akan kekal menjadi tanggungjawab tunggal Peserta Yang Layak. Ia adalah tanggungjawab setiap Peserta Yang Layak untuk mendapatkan nasihat bebas berkenaan dengan implikasi berpotensi yang mungkin wujud ke atas keadaan kewangan beliau Terma-terma dan Syarat-syarat Umum 24. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-Terma & Syarat-Syarat ini serta memberi persetujuan kepada CIMB untuk memproses dan mendedahkan data peribadi mereka menurut Notis Privasi Kumpulan CIMB yang terdapat di www.cimbbank.com.my dan bersetuju bahawa semua keputusan yang dilakukan secara adil dan munasabah oleh CIMB berkenaan dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Mata Bonus yang diberikan dan penentuan Peserta Yang Layak, hendaklah muktamad, terikat dan konklusif. 25. Akaun Kad Kredit Peserta Yang Layak (i) MESTI tidak memungkiri terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal Akaun Kad Kredit DAN (ii) MESTI tidak ditamatkan atau ditutup atau tertakluk kepada apa-apa ikatan, perintah bertentangan yang dikenakan oleh Mahkamah atau manamana pihak berkuasa yang diiktirafkan oleh undang-undang, delinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan seperti yang ditetapkan oleh CIMB Bank semasa Tempoh Kempen dan/atau sebelum penghantaran/pengkreditan Mata Bonus, jika tidak Peserta Yang Layak akan dilucutkan kelayakan daripada menyertai Kempen ini dan tidak akan layak untuk menerima Mata Bonus.

26. CIMB menyimpan hak atas budi bicara tunggalnya untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta Yang Layak yang ia tentukan akan mengganggu proses penyertaan, atau bertindak memungkiri atau berpotensi memungkiri Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. 27. CIMB menyimpan hak untuk menggantikan Mata Bonus dengan mana-mana barangan yang mempunyai kos setara dan/atau melanjutkan, memendekkan, menghentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen ini dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar kepada Peserta Yang Layak. Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa pelanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh CIMB tidak akan melayakkan mana-mana Peserta Yang Layak atau mana-mana jua orang lain kepada apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap CIMB bagi apa-apa kerugian atau kehilangan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Yang Layak akibat secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pelanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini. 28. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak dengan ini bersetuju bahawa CIMB tidak akan dalam apa cara sekalipun dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab kepada Peserta Yang Layak sekiranya CIMB tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian kewajipannya di sini, disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kegagalan manamana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, perang, mogok, rusuhan, apa-apa bencana alam ( act of God ) di luar kawalan CIMB atau akibat daripada apa-apa faktor dalam bentuk force majeure yang berada di luar kawalan munasabah CIMB. 29. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Yang Layak atau mana-mana pihak bagi apaapa kehilangan atau kerugian apa jua sifat sekalipun yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) yang timbul, berkenaan dengan penyertaan atau bukan penyertaan dalam Kempen ini termasuk disebabkan tidak menerima atau kelewatan dalam menerima SMS dan/atau MLE oleh Peserta Yang Layak melainkan jika ia timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau dan keingkaran sengaja CIMB. 30. CIMB menyimpan hak dengan memberikan notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar untuk meminda (sama ada penambahan, pemadaman, pengubahsuaian, pindaan atau apa-apa jua) ( Pindaan ) mana-mana terma-terma dan syarat-syarat di sini. Notifikasi kepada Peserta Yang Layak berkenaan dengan Pindaan boleh dilaksanakan mengikut budi bicara mutlak CIMB melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, dengan paparan komunikasi elektronik di laman web CIMB dan cawangan-cawangan CIMB di mana peruntukan terperinci berhubung Pindaan tersebut boleh diberikan dalam notis itu sendiri atau boleh diberikan kepada Peserta Yang Layak atas permintaan; atau melalui iklan mengenai Pindaan dalam satu surat khabar pilihan CIMB atau melalui apa-apa kaedah notifikasi lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan akan dianggap terikat ke atas Peserta Yang Layak dari tarikh notifikasi tersebut atau dari tarikh lain seperti yang boleh dinyatakan oleh CIMB dalam notifikasi. Peserta Yang Layak mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB pada selang masa yang tetap untuk menyemak Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen ini dan memastikan bahawa mereka sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan kepada Terma-terma dan Syaratsyarat ini.

31. Tiada pampasan dalam tunai atau apa jua jenis akan diberikan kepada Peserta Yang Layak untuk sebarang kerugian atau kehilangan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Yang Layak sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada pindaan, perubahan, pemadaman, penambahan atau pengubahan Terma-terma dan Syarat-syarat di sini. 32. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini (seperti yang dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 30) akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terdapat dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Pemegang Kad CIMB semasa yang akan digunapakai sebagai tambahan kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. 33. Terma-terma dan Syarat-syarat ini tertakluk kepada pemakaian mana-mana undang-undang, garis panduan, arahan, notis, peraturan semasa yang digubal dan/atau mana-mana undangundang bertulis lain atau yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana perbadanan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan ke atas CIMB berhubung dengan atau yang terpakai bagi Kempen atau apa-apa perkara yang terkandung di sini. 34. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, versi Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan telah dibuat oleh Peserta Yang Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia Terma-terma dan Syarat-syarat Pemegang Kad telah dipilih oleh Peserta Yang Layak untuk mengawal operasi Akaun Kad Kredit Penyertaan Peserta Yang Layak, maka versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. 35. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen, Pemegang Kad Yang Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank yang mempunyai alamat, nombor telefon dan e-mel yang berikut (atau mempunyai alamat, nombor telefon dan e-mel lain sepertimana yang boleh ditukarkan oleh CIMB Bank melalui pemberitahuan kepada Pemegang Kad Yang Layak): CIMB Bank Berhad, Unit Resolusi Pelanggan (CRU), Peti Surat 10338, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan. Tel: 603 6204 7788/cru@cimb.com.